NAMA MURID :
MOHAMED HAIDER HARITH
BIN MOHAMED GHUZAL
KELAS :
5 PROAKTIF
NAMA GURU :
PN HASLINA BINTI YAACOB
TARIKH :
21 JUN 2021
TAJUK :
PASU MINI
1
GALERI TEMBIKAR TRADISIONAL
Definisi Tembikar
❖ Kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu.
❖ Ragam bentuk dan ragam hias yang terdapat pada sei tembikar melambangkan
keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.
❖ Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar – mempunyai ciri-ciri kegunaan
harian.
❖ Dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau
warnanya kerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri
serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.
❖ Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untuk
dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lain
lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik.
Sejarah
Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu.
Ini terbukti dengan penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan. Bukit Tambun,
Ipoh, Perak, Bukit Tengku Lembu, Perlis dan Ulu Tembeling, Pahang.
Kebanyakan tembikar yang dijumpai mempunyai ciri-ciri barangan harian.
Bentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta
oleh tukang tempatan.
Barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri mempunyai teknik
pembuatannya yang tersendiri serta dipengaruhi oleh budayan latar belakang si
pembuat.
Labu hitam yang rupa bentuknya diilhamkan daripada buah labun dan masih
mengekalkan ciri pembuatan secara tradisional.
Terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang terkenal dengan penghasilan
Sayong dan Pulau Tiga di Perak, Mambong di Kelantan dan di Serawak.
2
Jenis-jenis Rekaan Tembikar
1. Geluk
➢ Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi sebagai bekas air.
➢ Geluk mempunyai ragam hias dari motif-motif yang kecil dan ringkas.
2. Buyung
➢ Dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap.
➢ Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong.
➢ Umumnya buyung nmempunyai bahagian leher dan badan.
➢ Permukaan buyung dibiarkan licin tanpa dihias.
➢ Saiznya besar dan bahagian badan atau perut berbentuk bulat penuh.
3. Jambangan
➢ Berfungsi sebagai tempat meletak bunga.
➢ Saiznya boleh mencapai sehingga ketinggian 0.6 m -0.9 m.
➢ Bahagian badannya seperti labu yang ditinggikan menjadi seperti tempayan
atau buyung berkaki.
3
4. Labu
➢ Diilhamkan daripada buah labu. Bahagian pucuk berbentuk seperti
kubah masjid.
➢ Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau menyimpan air.
➢ Corak hiasan labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri.
➢ Labu ini hanya dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.
5. Bekas Perasapan/Bekas Bara
➢ Dalam kepercayaan magis, bekas ini digunakan untuk membakar kemiyan.
➢ Digunakan sehingga hari ini dalam upacara pengubatan dan kematian
masyarakat tertentu
6. Belanga / Periuk Tanah
➢ Digunakan untuk memasak dan menyimpan makanan.
➢ Sifat tanah liat yang menyerap semua wap air diseluruh ruang dalam periuk dan
menjadikan makanan masak dengan baik.serta tahan haba.
4
Tembikar Terenang
Bahagian Tembikar
Ciri-ciri Tembikar
5
FUNGSI TEMBIKAR TRADISIONALTEMPATAN
Lapik Tiang Rumah
Tempat Perembunan
Bekas Air
( Labu & Buyong )
Perasapan
( Bekas kemenyan &
Bekas bara )
Fungsi Tembikar
Jambangan
Bekas Makanan
( Belanga & Periuk tanah )
Tempat simpanan
mayat
Hadiah perkahwinan
& kelahiran
6