The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Beige_and_Brown_Vintage_History_Project_Cover_A4_Document_20240515

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrsyatirahsulaiman, 2024-05-15 08:19:37

Tapak Arkeologi Bukit Choras Nur Syatirah 302075

Beige_and_Brown_Vintage_History_Project_Cover_A4_Document_20240515

Introduction to Archaeology SADN 1233


Tapak Arkeologi Bukit Choras Nur Syatirah Binti Sulaiman 302075 Dr Naizatul Akma Binti Mohd Mokhtar


ISI KANDUNGAN 0 Pengenalan 1 Tapak Arkeologi Bukit Choras dalam 02 Konteks Persekitaran Geomorfologi 03 Bukti Arkeologi Buddhanisme 04 Penemuan Arca Di Bukit Choras 05 Kesimpulan 06 Rujukan


PENGENALAN Arkeologi Bukit Choras terletak di puncak kira kira dalam 14 km ke utara Gunung Jerai di Kedah. Bukit Choras terdiri daripada beberapa struktur iaitu stupa, dikeliling dengan besut dan tangki air. Oleh itu, sisa-sisa permukaan telah menunjukkan bahawa permukaan struktur itu dibina dengan bata laterit. Walaupun begitu, asal usul laterit mentah yang telah digunakan untuk membuat bata laterit masih tidak diketahui. Oleh yang demikian, sembilan sampel bahan mentah yang telah dikumpul dari pelbagai tempat di sekitar Bukit Choras telah dibandingkan dengan dua bata laterit yang diambil di struktur utama kompleks arkeologi tersebut. (Narayanen, 2020) 01


Tapak Arkeologi Bukit Choras dalam Konteks Persekitaran Geomorfologi Bukit Choras merupakan tapak di Lembah Bujang yang telah menempatkan Kuil Buddha. Permukaan tersebut menunjukkan tentang struktur yang hampir keseluruhannya telah diperbuat daripada Bata Laterit iaitu bahan mentah yang digunakan dalam kawasan. Kawasan persekitaran Bukit Choras mempunyai banyak bahan kaya besi, namun begitu, lokasi sebenar tentang pembina purba yang memperoleh laterit mentah masih menjadi misteri. Untuk mengkaji tentang asal usul bahan ,mentah aripada tapak lain, digunakan dua kaedah iaitu X-Ray Difraction (XRD) dan X-Ray Fluorescence (XRF). Kaedah ini digunakan untuk mengkaji batu purba di Candi Bukit Pendiat. Oleh yang demikian, penggunaan XRD dan XRF bertujuan untuk menyiasat komposisi geokimia batu bata laterit di tapak arkeologi dan asal usul bahan binaan arkeologi Bukit Choras. ( Dishong et al , 2022) . 02


Sisa-sisa struktur arkeologiutama di Bukit Choras di Kedah, Malaysia. 03


Penggalian awal telah dilakukan oleh Quaritch-Wales. Beliau telah menemukan ruang bawah tanah laterit yang berukuran 6.87m panjang dan 7.16 lebar seterusnya 0.91 tinggi. Selain itu, ditemui juga platform rendah yang berukuran 6.4m panjang dan 6.7 lebarnya. Malahan, ditemui juga artifak lain iaitu Buddha inskripsi, Paku Besi dan Tembikar Pecah. Kamaruddin (1989) telah melakukan tinjauan dengan mengenal pasti dua parit besar di sebelah Timur dan telah dipercayai bahawa ianya ialah takungan purba. kompleks Bukit Choras wujud sejak abad ke 6 atau abad ke 7 kerana menurut pemetaan Geofizik, terdapat lebih banyak struktur yang tertimbus. (Suhaimi, 2023b) INSKRIPSI BUKIT CHORAS 04


Bukti Arkeologi Buddhanisme Pada tahun 1936 dan 1941 Quaritch Wales dan James Low telah meneruskan pekerjaan mereka dan melaporkan terdapat tiga puluh penemuan di tapak arkeologi di Lembah Bujang iaitu di Kedah Selatan. Diantara 30 tapak arkeologi yang digali oleh Wales , terdapat tiga set prasasti digali di tiga lokasi berdekatan iaitu, Bukit Choras. Ketigatiga artifak ini mempunyai kaitan dengan Mahayana. Prasasti Bukit Choras ini diukir di dalam lot batu yang ditemui dari ruang bawah tanah yang dibina di laterit di Bukit Choras. Prasasti yang ditulis pada batu segi empat kecil mempunyai ukuran 64.5mm x 13.5mm x 9.0mm. Satu baris skip berada di setiap muka yang sempit manakala dua baris berada di permukaan yang luas. 05


JAllan merupakan Pegawai dari British Museum menyatakan bahawa terdapat inskripsi Sanskrit empat baris telah ditafsirkan dan ianya mempunyai kaitan dengan kredo Buddha iaitu Ye Dharma Hetu yang sama dengan Inskripsi Bukit Meriam. kesannya, segi empat bertulis yang ditemui diruang bawah tanah yang dibina laterit dimiliki oleh seorang Buddha Mahayana. Allan percaya bahawa tarikh Prasasti sepatunya ialah sekitar abad ke 4 dan struktur bawah tanah perlulah sekurang kurangnya setua Prasasti. Beliau berkata sedemikian setelah meneliti epigrafi skrip India Selatan. Namun begitu, menurut Lamb, yang menyediakan hujah epigrafi , J.G de Casparis dan F.D.K Bosh , mereka mengatakan bahawa tarikh Prasasti Bukit Choras sebenarnya sekitar abad ke-9. Manakala Wales tidak bersetuju dengan tarikh yang dinyatakan dan bertegas bahawa Prasasti Bukit Candi adalah dari abad ke-4. (Ampere Tseng, 2020) 06


Penemuan Arca Di Bukit Choras Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) telah menemukan dua arca patung dan batu bertulis dengan huruf Palava abad ke-8 Masihi di tapak Arkeologi Bukit Choras. Dr Nasha Rodziadi Khaw berkata, Candi Bukit Choras mempunyai keistimewaan kerana ianya merupakan satu satunya tapak yang terletak di luar kawasan Merbok dan Lembah Bujang. Penyelidikan telah dijalankan pada 28 Ogos lalu menyebabkan penemuan kepada separuh candi yang mempunyai anggaran 9 meter panjang dan 9 meter lebar manakala ketinggian masih belum diketahui. Dua arca yang baru ditemui mempunyai saiz manusia yang telah diperbuat daripada bahan ‘Stacco’ yang merupakan campuran kapur dan bahan lain yang telah dibentuk di tapak dan tidak pernah ditemui di kawasan Lembah Bujang. (Ikhsan, 2023) 07


Penemuan ini membangkitkan persoalan mengenai kebudayaan di antara Kerajaan Kedah Tua bersama tapak warisan serantau yang lain. Mengikut saiz pelan, Candi Bukit Choras agak besar mengikut ukuran panjang. Arca patung yang terbesar turut ditemui. Penemuan artifak yang menarik dan tinggi dengan unsur kesenian berusia sekitar 1,200 tahun lalu di Tapak Arkeologi Bukit Choras. Hasil ekskavasi dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya (MOTAC) mendedahkan lima penemuan utama iaitu strktur binaan candi, dua buah arca, sebuah Kalam Semah , sebuah Prasasti dan serpihan serpihan Tembikar Tanah. (Berita Harian, 2023) 08


Dr Nasha Rodziadi Khaw berkata tujuan ekskavasi di tapak Arkeologi Bukit Choras bertujuan untuk mengetahui keberadaan dan saiz struktur yang dikesan melalui Kajian Geofizik pada tahun 2017. Pihaknya telah memulakan langkah penggalian pada Ogos lalu dan telah mendapati Penemuan tersebut mempunyai signifikan terhadap Kedah Tua di Lembah Bujang. Seni binanya juga memiliki persamaan dengan artifak kerajaan Srivijaya purba yang telah ditemui di Sumatera dan Jawa Barat, Indonesia. Bukit Choras adalah satu-saunya tapak yang terletak di Utara Gunung Jerai dan Terpencil. Oleh yang demikian, didapati bahawa terdapat penduduk yang besar berada berhampiran bukit ini yang dahulunya merupakan tanjung sebelum proses pemendapan yang mendorong pantai ke jarak kira-kira 8 km dari sini. (USM News Portal , 2023) 09


Penemuan Arca Buddha 1200 tahun10


Pesuruhjaya Warisan, Mohd Azmi Mohd Yusof menyatakan bahawa bahagian kaki candi telah memperlihatkan susunan bertangga dan memiliki orentasi yang bertepatan dengan arah mata angin. Arca tersebut berada dalam keadaan haus dan pecah, namun begitu, arca tersebut masih boleh dikenal pasti dan boleh berada dalam keadaan asal. Semua arca yang telah ditemui telah dibawa ke makmal PPAG, USM untuk dilakukan kerja-kerja pembersihan, konservasi dan penyelidikan lanjut. Tapak ini mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan domestik iaitu arkeopelancongan di daerah Yan dan dapat memberi kesan kepada komuniti setempat. (Malaysiakini, 2023) 11


Kesannya, tapak tersebut telah diwartakan sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada 28 Disember 2016 dan kolaborasi ini merupakan projek dalam bidang penyelidikan dan pendidikan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) di antara JWN dengan Universiti Awam yang telah ditandatangani pada bulan Mac 2023 yang lalu. Pengarah PPAG USM , Profesor Dr. Stephen Chia Ming Soon menyatakan bahawa kerja-kerja penggalian pada 8 September 2023 telah mendedahkan keseluruhan dinding barat candi dan separuh dinding utara selatannya. (NST Online , 2023) 12


Kesimpulan Kesimpulannya, pakar sejarah iaitu Ranjit Singh Malhi telah memuji penemuan struktur candi Buddha terbesar di Bukit Choras, Yan. Jabatan Warisan Negara dan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia telah menawarkan lebih banyak bukti konkrit mengenai Sejarah Tanah Melayu. Oleh yang demikian, kira-kira abad kedua masihi, negara kota atau Kerajaan kecil kerajaan Melayu Imdi di Kedah Tua, Gangga Negara (Perak) dan Langkasuka (Pattani, Thailand ) mula muncul di Semenanjung Melayu . 13


Peta Bukit Choras 14


USM News Portal (2023, September 23). PENEMUAN BERSEJARAH CANDI TERBESAR DI BUKIT CHORAS - STRUKTUR BINAAN DAN ARTIFAK MENARIK, BERSENI TINGGI. Diakses Daripada https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/9490-penemuan-bersejarah-canditerbesar-di-bukit-choras-struktur-binaan-dan-artifak-menarik-berseni-tinggi? fbclid=IwAR2jq-nqNg7mxYa3p_jUVJtjRj836Xni7S96pK4shO2g6CWppxXETd6SnCg RUJUKAN 1 Berita Harian (2023, September 22). Arca berusia lebih 1,200 tahun ditemui di Candi Bukit Choras, Yan, Kedah. Diakses dariapda https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1155851/arca-berusia-lebih1200-tahun-ditemui-di-candi-bukit-choras-yan 2 4 Dishong, N. H., Jusoh, A. F., Khaw, N. R., Narayanen, S., Zulkipli, A. S., Saidin, M., Talib, N. K., Karamah, S. S., Sonie, E., Maler, W., Cangat, A., Edinur, H. A., Yusof, M. F. M., & Roslan, N. (2022). INVESTIGATING THE GEOCHEMICAL CONTENT OF ANCIENT LATERITE BRICKS FROM BUKIT CHORAS ARCHAEOLOGICAL SITE USING X-RAY DIFFRACTION (XRD) AND XRAY FLUORESCENCE (XRF). Journal of Sustainability Science and Management/Journal of Sustainability Science and Management, 17(1), 236–258. https://doi.org/10.46754/jssm.2022.01.016 3 Narayanen, S. (2020). NEAR SURFACE CHARACTERIZATION USING ELECTRICAL RESISTIVITY IMAGING FOR ARCHAEOLOGICAL MONUMENT SITE AT BUKIT CHORAS, KEDAH, MALAYSIA. Journal of Sustainability Science and Management/Journal of Sustainability Science and Management. https://www.academia.edu/43013567/NEAR_SURFACE_CHARACTERIZATION_USING_ELECTR ICAL_RESISTIVITY_IMAGING_FOR_ARCHAEOLOGICAL_MONUMENT_SITE_AT_BUKIT_CHOR AS_KEDAH_MALAYSIA 15


5 Tseng, Ampere A. 2020. Archeological evidence of Mahayana Buddhism in Malaysia before the modern era. in Exploring the Life and Teachings of Mahayana Buddhists in Asia, pp. 279- 311. Ampere A. Tseng (ed). New York: Nova Science. 6 Malaysiakini (2023, September 23). Pakar sejarah puji penemuan candi purba di Bukit Choras. Diakses daripada https://www.malaysiakini.com/news/680275 8 Sinar Harian (2023, September 22). Dua arca Buddha ditemui di Bukit Choras. Diakses daripada https://www.sinarharian.com.my/article/280375/edisi/utara/duaarca-buddha-ditemui-di-bukit-choras 7 NST Online (2023, September 22). Largest Buddhist temple structure unearthed in Bukit Choras, dating back 1,200 years. Diakses daripada https://www.nst.com.my/news/nation/2023/09/958333/largest-buddhisttemple-structure-unearthed-bukit-choras-dating-back-1200 16


9 penemuan Candi Terbaru di Tapak Arkeologi Bukit Choras - The Patriots. (2023, September 27). https://thepatriots.asia/penemuan-candi-terbaru-di-tapakarkeologi-bukit-choras/ 10 PressReader.com - Digital Newspaper & Magazine Subscriptions. (n.d.). Www.pressreader.com. Retrieved May 14, 2024, from https://www.pressreader.com/malaysia/harianmetro/20230924/281728389135896 17


Thank you Thank you


Click to View FlipBook Version