A N T R O P O L O G I SADN1133 GANGSTERISME BY : NUR SYATIRAH BINTI SULAIMAN NO MATRIK : 302075 KEPADA : DR NAIZATUL AKMA BINTI MOHD MOKHTAR
ISI KANDUNGAN PE N G E N ALA N SEBAB BE R LAKU G A N G ST E R ISME KESA N G A N G ST E R ISME PE N Y E L ESAIA N MASALAH G A N G ST E R ISME PE N DAPAT ME N G E N AI G A N G ST E R ISME P U N CA G A N G ST E R ISME BE R LAKU KESIMP U LA N R U J UKA N KE RATA N AKHBAR KAI TA N G A N G ST E R ISME D E N G A N U UM CI R I CI R I G A N G ST E R ISME 1 2 3 5 6 7 8 9 1 1 12 13
PENGENALAN Gangsterisme merujuk kepada kegiatan jenayah terancang yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang dikenali sebagai gangster atau kumpulan samseng. Aktiviti ini melibatkan pelbagai jenis jenayah seperti pembulian, pemerasan, peras ugut, penyeludupan, pengedaran dadah, pelacuran, keganasan, dan pembunuhan. Gangsterisme sering kali dikaitkan dengan struktur organisasi yang ketat, di mana setiap ahli kumpulan mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu, dan mereka beroperasi di bawah perintah seorang ketua atau pemimpin geng. Kumpulan gangster biasanya mempunyai hierarki yang jelas, dengan peraturan yang ketat untuk memastikan disiplin dan ketaatan dalam kalangan ahli. Mereka sering menggunakan ancaman dan keganasan untuk mengekalkan kawalan dan pengaruh mereka, bukan sahaja terhadap anggota kumpulan tetapi juga terhadap orang luar yang berurusan dengan mereka. Aktiviti gangster sering memberi kesan yang besar kepada keselamatan dan ketenteraman awam, menyebabkan masyarakat hidup dalam ketakutan dan ketidakpastian. PA G E O N E | 1
PENDAPAT Gangsterisme di Malaysia masa kini merupakan isu yang serius dan memerlukan perhatian segera dari semua pihak. Walaupun kerajaan dan pihak berkuasa telah mengambil pelbagai langkah untuk membanteras kegiatan gangster, masalah ini masih wujud dan terus memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Isu gangsterisme ini telah berleluasa sehingga menyebabkan pihak berkuasa tidak mampu menanganinya. Gangsterisme ini merupakan satu perkara yang amat serius dan perlu diambil berat atau dipandang serius oleh semua pihak untuk menanganinya. Pada pandangan saya, isu ini kerap berlaku sehingga menjadi biasa dalam kalangan masyarakat kerana mereka tidak terdedah kepada kesan dan akibat daripada isu tersebut. PA G E TWO | 2
CIRI-CIRI GANGSTERISME 1) Mudah Marah Seorang yang terlibat dalam kegiatan gangsterisme biasanya mempunyai keperibadian yang sangat sensitif. Mereka mudah marah kepada orang mereka, walaupun hanya perkara kecil. Teguran daripada ahli keluarga tidak akan dihiraukan malah menyebabkan mereka memberontak. Ibu bapa tidak lagi dihormati dan sering menjadi sasaran mereka. Sebagai contoh, apabila ibu menegur cara pemakaian anaknya, anak itu akan marah dan meninggikan suara terhadap ibu bapa. Teguran dari ibu bapa dilihat sebagai ancaman dan tekanan kepada mereka yang menyebabkan mereka mudah marah walaupun atas sebab yang remeh. Masyarakat sering kali menegur mereka melalui media massa atau media elektronik kerana isuisu berkaitan gangsterisme sering menjadi perbualan dalam media dan masyarakat. Liputan media yang meluas mengenai isu ini menambah lagi tekanan kepada individu yang terlibat, dan mereka merasa disisih oleh masyarakat. Ini menyebabkan mereka merasa lebih terasing dan mungkin lebih cenderung untuk terus terlibat dalam kegiatan gangsterisme sebagai satu bentuk pemberontakan. Individu ini mungkin memerlukan bantuan profesional seperti kaunseling untuk mengatasi masalah emosi dan tingkah laku mereka. PA G E T H RE E | 3
2) Suka Merosakkan Harta Benda Sikap suka merosakkan harta benda merupakan salah satu ciri utama yang ada pada golongan gangster. Contohnya, merosakkan harta benda awam seperti telefon awam, perhentian bas, dan tandas awam. Bagi mereka, merosakkan harta benda ini memberikan kepuasan dan menjadi hiburan apabila hasrat mereka tercapai. Aktiviti ini juga merupakan cara untuk menunjukkan kehebatan dan keberanian mereka kepada masyarakat sekeliling. Selain itu, tindakan merosakkan harta benda awam ini sering kali digunakan sebagai saluran untuk melepaskan kemarahan yang mereka. Tindakan merosakkan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan fizikal yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi, tetapi juga menimbulkan ketidakselesaan dan ketakutan di kalangan masyarakat. Hal ini mencerminkan nilai moral dan etika yang tidak baik dan seharusnya dipupuk sejak kecil. Kesannya, tindakan ini boleh mempengaruhi pelajar atau remaja lain mungkin terjebak untuk menurut serta dalam kegiatan yang merosakkan ini. Ini menyebabkan persekitaran menjadi tidak selamat dan boleh menjejaskan imej kawasan tersebut. Usaha berterusan dari pihak berkuasa, masyarakat, dan institusi pendidikan diperlukan untuk membendung masalah ini, termasuk mengadakan program kesedaran dan kempen antivandalisme yang berkesan. 3) Suka Keluar pada Waktu Malam Ciri lain adalah keluar pada waktu malam. Mereka menganggap waktu ini adalah waktu untuk mereka berseronok dengan aktiviti seperti melepak, berjudi, merempit, merompak, dan lain-lain. Pada waktu malam, mereka akan berkumpul dan berbincang mengenai hal-hal berkaitan kumpulan mereka. Selain itu, mereka sering membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman masyarakat sekitar. Sebagai contoh, mereka berada di bawah pengaruh bahan-bahan memabukkan. Aktiviti-aktiviti ini boleh membawa kepada konflik dan pergaduhan sesama mereka. Pertengkaran ini boleh menjadi ganas, terutama apabila melibatkan penggunaan senjata tajam, yang boleh membawa kepada pertumpahan darah. Pergaduhan ini tidak hanya membahayakan nyawa anggota kumpulan itu sendiri tetapi juga menimbulkan ketakutan dan ketidakselesaan dalam kalangan penduduk setempat. Kegiatan malam ini menambah kepada imej negatif kumpulan gangster dan meningkatkan rasa tidak aman dalam komuniti. Pihak berkuasa dan masyarakat perlu bekerjasama untuk memantau dan menangani aktiviti-aktiviti ini melalui peningkatan kawalan keselamatan dan program pencegahan yang efektif. Langkah-langkah seperti ini adalah penting untuk mengurangkan jenayah dan menjaga keamanan serta kesejahteraan masyarakat. PA G E F O U R| 4
KERATAN AKHBAR Artikel yang ditemui telah melaporkan tentang peningkatan masalah gangsterisme di Julau, Sarawak, yang semakin membimbangkan masyarakat setempat. Larry Sng, seorang wakil rakyat, menyeru Bukit Aman, ibu pejabat Polis Diraja Malaysia, untuk mengambil tindakan segera terhadap kumpulan-kumpulan gangster yang mengancam keselamatan dan ketenteraman penduduk. Larry Sng menegaskan bahawa aktiviti jenayah ini telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan komuniti dan perlu ditangani dengan tegas untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat terjamin. Tindakan segera dari pihak berkuasa sangat diperlukan untuk mengelakkan gangguan lebih lanjut dan memulihkan ketenteraman awam. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/02/1212961/gangsteris me-berleluasa-di-julau-wakil-rakyat-gesa-bukit-aman-bertindak PA G E F IVE | 5
KAITAN DENGAN UUM Universiti Utara Malaysia (UUM) mengutuk tindakan provokatif dan berunsur samseng terhadap enam mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang menyuarakan pendapat mereka dalam sebuah protes di Kuala Lumpur. UUM menegaskan pentingnya menjaga hak kebebasan bersuara dan berkumpul secara aman dalam konteks akademik. Mereka mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dan menekankan komitmen universiti untuk menjaga suasana kampus yang selamat dan kondusif bagi proses pembelajaran. Hal ini menunjukkan dukungan kuat terhadap hak asasi mahasiswa untuk memberi tanggapan. PA G E S IX | 6
SEBAB BERLAKU Masalah Sosioekonomi Individu yang hidup dalam kemiskinan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap sering kali terdesak mencari sumber pendapatan alternatif. Kumpulan gangster menyediakan cara cepat dan kadang-kadang satu-satunya cara untuk mendapatkan wang. Contohnya, di beberapa kawasan bandar di Malaysia, kadar pengangguran yang tinggi telah menyebabkan peningkatan dalam kegiatan jenayah sebagai jalan keluar ekonomi bagi golongan muda. Oleh itu mereka lebih memilih jalan yang lebih muda iaitu gangsterisme untuk mendapatkan wang dengan lebih mudah. Pengaruh Keluarga dan Rakan Sebaya PA G E S EVE N | 7 Remaja yang dibesarkan dalam persekitaran di mana jenayah adalah perkara biasa mungkin merasakan tekanan untuk menyertai kumpulan jenayah bagi diterima oleh rakan sebaya. Di beberapa bandar besar seperti Kuala Lumpur, remaja yang terlibat dengan kumpulan gangster sering kali dipengaruhi oleh rakan sebaya yang sudah menjadi ahli kumpulan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, kesilapan remaja yang bergaul dengan rakan rakan menyebabkan mereka terjebak di dalam gangsterisme. Remaja akan bersikap memberontak jika tidak mendapat sesuatu yang diingini. Sebagai contoh, mereka terlibat dalam kegiatan merokok, dadah akan mendorong mereka untuk bersikap negatif kerana tidak memenuhi keinginan mereka mendapatkan sesuatu.
Kurang didikan agama Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gangsterisme. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gangsterisme. Keluarga yang kurang pendidikan agama ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik, lantas terbabas ke dalam kumpulan bergeng. Sebaliknya, kekurangan pendidikan agama dalam keluarga boleh menyebabkan remaja tidak mempunyai pegangan moral yang kukuh, menjadikan mereka lebih mudah terpengaruh oleh persekitaran negatif dan rakan sebaya yang terlibat dalam jenayah. Sebagai contoh, dalam masyarakat yang didikan agamanya kurang, remaja mungkin lebih mudah terdedah kepada aktiviti yang tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah, pergaduhan, dan kegiatan jenayah lain. Tanpa panduan dan bimbingan yang sesuai, remaja ini boleh terjebak dalam kumpulan gangster yang menawarkan identiti dan sokongan yang mereka tidak dapat di rumah. PUNCA BERLAKU Pengaruh Media Massa Perkembangan media massa memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Tayangan di media elektronik mengenai aksi, tingkah laku, dan tutur kata yang kurang sopan telah menjadi ikutan oleh mereka. Remaja kini terdedah kepada pelbagai jenis kandungan yang tidak disaring, termasuk cabaran berbahaya, trend tidak sihat, dan gaya hidup yang hanya mementingkan populariti. Dalam era digital ini, pengaruh media massa semakin sukar dibendung kerana akses kepada informasi dan hiburan adalah begitu mudah dan cepat PA G E E I G H T | 8
KESAN Aktiviti gengsterisme yang kerap berlaku menyebabkan masyarakat merasa tidak selamat untuk menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, mereka berasa takut akan keganasan, menyebabkan mereka cenderung untuk elak keluar rumah dan mengurangkan aktiviti harian seperti bersukan dan beriadah. Kejadian pergaduhan antara kumpulan gangster seringkali menjadi kebimbangan utama, kerana pertembungan ini boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian. Situasi ini menyebabkan masyarakat hidup dalam ketakutan dan mengekang kebebasan mereka untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti luar rumah dengan selesa Kesan aktiviti gengsterisme yang paling mudah untuk dilihat adalah kerosakan harta benda, terutamanya harta benda awam. Antara harta benda awam yang sering menjadi sasaran mereka adalah pondok telefon, tandas awam dan sebagainya. Buktinya, ganggang telefon awam terputus dan banyak grafik yang menyakitkan mata diconteng di dinding-dinding tandas. Grafikgrafik yang diconteng adalah sukar dipadam dan memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk membersihkan atau mengecatkannya semula. Selain itu, di Alor Star terdapat kes pelajar mengebom kereta guru dengan bom petrol hanya disebabkan seorang guru disiplin merotan mereka kerana melanggar disiplin di sekolah (Harian Metro, 2009). Kegiatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme yang dilakukan oleh ahli-ahli gengsterisme ini telah menyusahkan masyarakat. PA G E N I N E | 9
Aktiviti gangsterisme turut memberi kesan yang ketara terhadap persekitaran. Contoh lain bagi kerosakan harta benda awam seperti pondok telefon dan tandas awam. Contohnya, ganggang telefon yang terputus yang diconteng pada dinding-dinding tandas adalah bukti nyata kegiatan vandalisme ini. Menurut Kamus Dewan (2003), menconteng dinding bermaksud mencoreng dengan cat atau arang tanpa tujuan. Grafiti ini sukar dipadam dan memerlukan kos yang tinggi untuk pembersihan atau pengecatan semula Selain itu, kesan perlakuan gangsterisme bukan sahaja dirasai oleh pelaku sendiri tetapi juga keluarga mereka. Masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap keluarga pelaku, menyebabkan maruah keluarga tercalar. Ungkapan “menconteng arang ke muka” sangat tepat dalam konteks ini, di mana tindakan seorang anggota keluarga boleh memalukan seluruh keluarga. Tekanan dari masyarakat boleh menyebabkan masalah emosional bagi keluarga dan adikberadik pelaku. Pemulihan dari isu ini biasanya memerlukan masa yang lama, dan kadang kala ia memberi kesan buruk terhadap masa depan ahli keluarga yang lain. PA G E T E N | 1 0
C A R A P E N Y ELES A I A N INSTITUSI KELUARGA Terdiri daripada ibu bapa, adik beradik dan juga rakan rakan yang antaranya memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu gangsterisme. Sebagai contoh mempunyai komunikasi yang baik serta didikan dari kecil oleh ibu bapa yang dapat membantu anak-anak daripada terjebak dalam isu ini. Selain itu, anak anak yang diberikan pendedahan awal tentang agama akan menyedari sama ada tindakan mereka benar atau tidak. KEMPEN Kelab Pencegahan Jenayah perlulah mengadakan kempen untuk mengatasi isu gangsterisme yang semakin berleluasa. Sebagai contoh, memberi pendedahan dan ksesedaran kepada orang ramai tentang akibat daripada melakukan atau melibatkan diri dalam gangsterisme. Kempen ini akan menyedarkan mereka tentang gangsterisme merupakan satu perkara yang mempunyai kesan yang amat buruk terhadap diri sendiri. MEDIA Media juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekang masalah gangsterisme. Media boleh mengurangkan siaran tentang pembulian, aksi yang merbahaya dan menayangkan tentang program yang membentuk keperibadian remaja yang unggul. Rancangan sebegini perlulah diutamakan supaya remaja menjadikan orang yang baik keperibadian sebagai 'role model' dan boleh djadikan sebagai ikutan mereka. PA G E E L EVE N | 1 1
KESIMPULAN Kesimpulannya, gangsterisme merupakan satu isu sosial yang amat serius perlulah diambil perhatian oleh semua pihak. Isu ini akan membawa kesan yang negatif yang membawa kepada ketidakselesaan masyarakat kerana mereka hidup dalam ketakutan. Oleh itu, isu ini memerlukan tindakan segera untuk menanganinnya dan tindakan kerasan perlulah dikenakan kepada mereka yang melakukan aktiviti gangsterisme agar mereka sedar akan kesalahan mereka. Hal ini dapat mengatasi masalah ini daripada semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Kesannya, isu gangsterisme merupakan masalah yang serius yang memerlukan jalan penyelesaian yang komprehensif supaya dapat dikekang dengan segera. PA G E TWE LVE | 1 2
RUJUKAN Iedah, I. GENGSTERISME. Scribd. https://www.scribd.com/doc/28693830/GENGSTERISME PA G E T H IRT E E N | 1 3 Mokhtar, M. J. M. GANGSTERISME.docx. Scribd. https://www.scribd.com/document/276128799/GANGSTERIS ME-docx Bernama. (2024b, February 15). Gangsterisme berleluasa di Julau, wakil rakyat gesa Bukit Aman bertindak. Berita Harian https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/02/1212961/ga ngsterisme-berleluasa-di-julau-wakil-rakyat-gesa-bukitaman-bertindak Tadroza. (2017b, September 7). Kesan-kesan Gangsterisme. https://tadroza.blogspot.com/2017/09/kesan-kesangangsterisme.html Zain, R. M. (2020b, November 5). 29 suspek gangsterisme ditahan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/11/750343/29- suspek-gangsterisme-ditahan
RUJUKAN Accedi o iscriviti per visualizzare. https://itit.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/photos/perangigengsterisme-sebelum-menular-putrajaya-polis-teruskomited-melakukan-pem/1572626269414341/ PA G E T H IRT E E N | 1 3 Suzy Rahim GANGSTERISME. https://falsafahetika.blogspot.com/p/gangsterisme.html Lindungi pelajar terjebak gejala gengsterisme | KLiK. (n.d.-b). https://www.klik.com.my/item/story/6425998/lindungipelajar-terjebak-gejala-gengsterisme
2 0 2 3