TAPAK BATU BUAYA “BatuBuayainikononnyadikaitkan ceritazamandahuluyang melibatkanpembesarMelayu Sarawakmelawanbuayabesar. magazine/autumn2030
AINUR FASIHAH BINTI MOHD JASNI 298021 Tapak Batu Buaya di Santubong, Sarawak Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan kehendakNya saya dapat menyiapkan ‘ e- magazine’ ini mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Tanpa sokongan dan bantuan daripada pensyarah dan rakan- rakan ini sememangnya tidak akan dapat disiapkan. Segala kekurangan yang dilihat adalah daripada saya sendiri dan diharapkan dapat disempurnakan lagi pada masa akan datang. InsyaAllah
ISI KANDUNGAN 01.Arkeologi 02.Pengenalan 03.BudayadanMasyarakat 04.SpesisBuayadiSarawak 05.SejarahPenemuanTapakBatuBuaya 06.FizikalTapakBatuBuaya 07.UkuranFizikalTapakBatuBuaya 08.Kesimpulan
Arkeologi Arkeologi ialah sains sosial dan sains semula jadi yang mengkaji manusia melalui analisis artifak, struktur fizikal, dan bahan tinggalan dari masa lalu. Arkeologi berusaha untuk memahami dan membina semula kehidupan manusia dan budaya lampau dengan mengkaji jejak yang ditinggalkan oleh tamadun terdahulu. Ia termasuk penyelidikan tentang tamadun purba, masyarakat prasejarah, budaya purba dan banyak lagi. Arkeologi melibatkan penggalian tapak purba, analisis artifak, penyelidikan sejarah, dan sering bekerjasama dengan disiplin lain seperti antropologi, sejarah, dan sains bumi. 1
Pengenalan Santubong merupakan daerah kecil yang terletak di bahagian utara bandar Kuching yang menjadi pusat tumpuan pelancong. Selain Tapak Batu Buaya, terdapat banyak lagi tapak arkeologi di Santubong yang berada dalam jagaan Jabatan Muzium Sarawak, seperti Bongkissam dan Sungai Jaong. Namun begitu, TBB adalah antara tapak yang sukar dikunjungi atas beberapa faktor antaranya ialah faktor pasang surut air pada setiap jam 3 petang dan juga kes serangan buaya di sekitar Pantai Santubong. 2
Santubong memiliki kawasan tanah rata yang luas, menganjur dari garisan sempadan kaki Gunung Santubong yang merupakan kuala Sungai Santubong dan Sungai Sarawak di barat daya Sarawak. Bahagian arah laut sepanjang kuala Sungai Santubong ditumbuhi dengan pelbagai tumbuhan paya. Di sebelah bahagian baratnya merupakan Gunung Poi dan menganjur ke barat daya pula adalah Tanjung Datu. Di bahagian titik tengah timur Santubong terletaknya Gunung Santubong dan kawasan ke Tanjong Sepang. Manakala kawasan selebihnya adalah bahagian tanjung tinggi membentang jauh dari Bako melalui Pulau Lakei dan Tanjong Po sehingga ke kuala Sungai Sarawak di delta Muara Tebas. Merentangi Laut China Selatan pembahagian antara dua teluk dapat dilihat dengan jelas. Bahagian laut yang dikelilingi lengkungan pantai yang paling besar kawasannya dari Tanjong Datu sehingga ke puncak Santubong dan; bahagian teluk yang sedikit kecil namun masih menggangumkan, iaitu dari puncak Santubong ke Tanjung Po di bahagian timur.
Geomorfologi di Santubong terbahagi kepada tiga ciri utama, iaitu kawasan berlumpur yang banyak ditumbuhi paya bakau, tanah pasir dan permukaan batuan. Santubong merupakan kawasan tanah rata yang menganjur dari garisan sempadan kaki Gunung Santubong sehinggalah ke kuala Sungai Santubong dan terletak di bahagian barat daya adalah Sungai Sarawak. Kawasan paya di Santubong dapat dilihat dari setiap garisan pantai dan delta sungai di mana industri penternakan udang giat dijalankan oleh penduduk tempatan. Aktiviti guna tanah di Santubong sememangnya melibatkan alam semula jadi dan kawasan sekitarnya yang begitu memberi manfaat kepada penduduk tempatan sendiri. Di Santubong, guna tanah yang dijalankan adalah melibatkan penduduk tempatan kerana tanah yang terlibat adalah milik persendirian. Antara aktiviti pertanian yang dijalankan oleh penduduk tempatan di Santubong adalah penanaman kelapa, getah, durian, ubi dan pisang. [ Jurnal Borneo Arkhailogia, 2017 ].
BudayadanMasyarakat Di Sarawak, buaya adalah antara haiwan yang begitu berkait dengan kepercayaan masyarakat setempatnya dan dalam amalan tradisi pembentukan efigi buaya bagi meraikan kejayaan kaum lelaki yang memenggal kepala musuh. Dalam legenda masyarakat Iban di Sarawak, seringkali menyebut nama Ribai yang bermaksud Raja Buaya. Ribai dipercayai merupakan dewa yang menguasai kawasan sungai di Sarawak dan oleh itu, apabila tiba musim menuai maka masyarakat Iban akan membuat efigi buaya menggunakan tanah liat untuk dijadikan sebagai pelindung kepada sawah padi mereka daripada rosak akibat bencana, serangga perosak dan sebagainya. 3
Di Sarawak, spesis c. porosussecara meluasnya terdapat di sekitar kawasan tanah rendah, seperti di anak sungai danpaya air masin. Namun spesis ini juga boleh mempunyai habitat di tempat yang berbeza sekali dengan ciri habitat sebenarnya, seperti sungai air tawar. Contohnya, aliran Loagan Bunut di Sarawak yang merupakan tasik air tawar. Spesis c. porosusjuga adalah antara buaya yang mampu membesar sehingga berukuran enam atau tujuh meter.Pada tahun 1881, c. porosusmenjadi buruan untuk aktiviti penjualan kulit buaya dengan harga 40 sen seinci. Hal ini kerana permintaan terhadap kulit buaya pada tahun itu sangat tinggi. Spesies Buaya di Sarawak Crocodylus Porosus Scneider 4
Tomistoma Schlegelii ataupun disebut juga sebagai false gharial adalah spesis buaya yang jarang ditemui dan antara spesis yang kurang ganas. Namun buaya ini adalah antara buaya yang bersaiz besar dan mampu mencapai saiz besar sehingga 5 meter. Buaya jantan boleh dibezakan dengan tanda gelap pada kulit di muncungnya kerana buaya betina mempunyai kulit pada muncung yang tiada tompok gelap. Spesis buaya Tomistoma terdapat di sekitar selatan Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatera, Kalimantan dan Sarawak. Buaya Tomistomahanya dapat bergaul dengan jenis buaya c. porosus dalam habitat air tawar dan membuat sarangnya menggunakan daun dari rumput, tanaman yang terapung dan ranting kayu. Sarang Tomistoma adalah sama jenis dengan sarang bagi c. porosus, iaitu sarang berbentuk menggunung. Kematangan umur bagi Tomistoma adalah ditentukan oleh saiz panjangnya, iaitu pada kepanjangan 2.5 meter sehingga 3 meter. [ Durasima nameing, 2024 ]. Tomistoma Schlegelii
Selain itu, buaya turut dikaitkan dengan istilah puniyang bermaksud pantang larang, iaitu sebelum seseorang itu keluar bejalai (merantau) ataupun turun ke sungai untuk tujuan tertentu hendaklah terlebih dahulu menjamah nasi atau hidangan yang diingini kerana jika tidak maka sesuatu yang buruk, seperti dibaham buaya akan menimpa individu tersebut. Masyarakat Lun Bawang di Sarawak juga tidak ketinggalan dalam mempercayai bahawa buaya berkuasa di sungai, iaitu penunggu lubuk yang digelar sebagai bayah buda’yang bermaksud buaya putih (Bilcher, 1993: 45). Namun begitu masyarakat Lun Bawang begitu terkenal dengan pembentukan efigi buaya dalam tradisi nenek moyang mereka. Efigi ini akan dibentuk untuk meraikan kepulangan kaum lelaki yang berjaya memenggal kepalamusuh. Buaya dijadikan sebagaisimbol dalamupacara ini adalah atasfaktor ciri buaya yang ganas, kuat danmenyerang hendap. “ Batu Boyak ”
SejarahPenemuan Tapak Batu Buaya Kewujudan tradisi megalitik TBB tersebut dipercayai adalah sebagai tanda tanpa sempadan wujudnya penempatan ataupun kawasan pengasasan masyarakat Melayu yang terawal di Sarawak. TBB telah menjadi tanda keramat perkampungan kampung Santubong. Hal ini membuktikan bahawa kisah ataupun legenda Datuk Merpati adalah satu fakta sejarah yang bukan berunsur fiksyen semata-mata. Menurut penduduk kampung ini serta pihak DBKU menyatakan bahawa terbinanya sebuah penempatan di Santubong adalah diasaskan oleh Datuk Merpati dan keluarganya. 5
Peta Kampung Santubong dan TBB
Fizikal Tapak Batu Buaya Di bahagian pesisir Santubong adalah permukaan berpasir, iaitu garisan pantai dan kawasan yang mengalur ke Buntal dan Bako berupa teluk kebanyakannya terdiri daripada lumpur dan paya. Oleh itu, kawasandi bahagian Santubong inidapat dibahagikan kepada tigajenis bentuk permukaan tanah, iaitu jenis pertama ialah paya bakau dan permukaan berlumpur yang dapat dilihat hampir di setiap kawasan garisan pantai dan di delta Sungai Santubong. 6
Jenis kedua adalah permukaan berpasir yang kurang tumbuhan dan hanya banyak ditumbuhi tumbuhan seperti pokok kelapa. Manakala jenis ketiga adalah permukaan batuan keras yang kurangnya tanah dan sukar untuk digali untuk kegiatan penanaman. Jenis ini dapat ditemui di bahagian teluk bako, Gunung Santubong, dan kawasan Muara Tebas. Tapak TBB terletak 1.5 km daripada Kampung Budaya dan Pantai Damai yang merupakan tumpuan utama pelancong di Santubong. Namun begitu tiada penanda arah yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada pelancong tentang kewujudan tapak TBB ini, seperti mana terdapatnya penanda arah yang menjadi panduan para pelancong untuk ke Pantai Damai, makam Sultan Tengah dan juga Kampung Budaya. [Suara Sarawak, 2024 ].
Rajah1: TradisiMegalitik TBB,Santubongdari sisikiri Rajah 2 : TBB ketika air pasang sepenuhnya pada jam 5 petang.
Jenis dan saiz ukuran Tapak batu Buaya ini sering berubah- ubah dari semasa ke semasa. Lebar TBB ini adalah berukuran 5.8 meter. Tingginya pula adalah setinggi 4.68. Titik tengah TBB adalah 5.94 meter. Bukaan mulut TBB adalah sebesar 77 centimeter. Seterusnya, tinggi muncung atas adalah 89 centimeter dan tinggi muncung bawah adalah 88 centimeter. Selain itu, panjang muncung atas adalah sepanjang 2.68 meter dan panjang muncung bawah adalah sepanjang 3.24 meter. Panjang rahang adalah 3 meter. Tinggi leher TBB ini pula adalah 2.8 meter dan akhir sekali adalah jenis ukur lilit TBB iaitu sebanyak 16.96 meter. [ Jurnal Borneo Arkhailogia,2017 ]. [ Hasil dapatanpengkajidaritapakkajian,24Mac2015] Ukuran Fizikal TBB 7
Rajah 3 : TBB pada awal dilaporkan oleh Tom Harrisson pada tahun 1964. [ Koleksi dari Muzium Kuching DBKU diambil pada 25 Mac 2015 ] Perbandingan terhadap kondisi fizikal TBB ini turut dibuat dengan membandingkan kondisi tapak ini pada awal ianya dilaporkan oleh Tom Harrisson pada tahun 1973 dan kondisinya semasa ianya dikaji pada masa kini. Hasil kajianmendapati bahawa terdapat perubahan yang ketara berlaku keatas kondisi fizikalTBB ini. Semasa awal ianya dilaporkan oleh Harrisson, TBB ini merupakan sebuah bongkah batu yang tinggi dan terdapat batuan lain dibawahnya. Manakala kondisinya semasa kajian terkini pada tahun 2015 berlaku pemendapan ke atas TBB. Hal ini mengakibatkan kondisi fizikal TBB ini hanya dapat dilihat separuh sahaja berbanding dengan semasa ianya dilaporkan pada tahun 1973.[ Elzianie Jaafar, 2019 ].
TBB ini mempunyai ukuran lebar 5.7 meter dan berketinggian 4.43 meterini ketika air surut.Ukuran TBB dariarah air laut adalah 17 meter pada latitud 0142’55.0” utara dan longtitud 11018’54.8” timur. Berdasarkan pemerhatian, tidak terdapat sebarang ukiran pada tradisi megalitik TBB ini. Ia dalam keadaan baik dan tidak ada tanda kegiatan vandalism. Dengan kata lain, keadaan fizikal TBB ini adalah seperti sediakala tanpa ada sebarang tanda ianya pernah diukir. Hal ini berkemungkinan kerana ia dianggap sebagai suatu objek yang keramat oleh masyarakat setempat.
Kesimpulan Kajian TBB di Santubong ini dapat diklasifikasikan sebagai kajian etnoarkeologi. Hal ini kerana kajian yang dilakukan tidak melibatkan sebarang aktiviti ekskavasi dan hanya berfokus kepada ciri sesuatu objek dan perkaitannya dengan masyarakat sekeliling. TBB ini merupakan batu tanda yang terkenal, dengan kisah buruknya dan memiliki kaitan dengan masyarakat tempatan, iaitu kepercayaan terhadap keturunan Datu Merpati. Masyarakat Melayu percaya TBB ini sebagai simbol keramat dan sebagai peninggalan buat Santubong sebagai kenangan bahawa kawasan ini pernah menjadi tempat pertapakan Datu Merpati. 8
Rujukan Abang A. Razak Abang Medaan. ( 1987 ). Kisah Datuk Merpati. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Diakses daripada https://search.worldcat.org/title/kisahdatuk-merpati/oclc/222180090 Baszley Bee B. Basrah Bee. ( 2000 ). Bibliographical Survey on the Megalithic in Malaysia (1895-2000). Jurnal Arkeologi Malaysia. Bil. 13. Diakses daripada https://www.scribd.com/document/126387601/Bumantara -BASZLEY-Edited Durasima Nameing, ( 2024 ) Tapak Batu Buaya, Dari Sudut Arkeologi, https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/v iew/837 Doherty, C., et al.( 2007 ). Archaeological Investigations at Sungai Santubong, Kuching, Sarawak 2006. Sarawak Musuem Journal. Vol. 63 (84). https://journals.openedition.org/baefe/9703 Elziani Jaafar, ( 2019 ) Seni Warisan Tapak Batu Buaya di Kampung Santubong. Diakses daripada https://www.academia.edu/38770507/SENI_WARISAN_TAP AK_BATU_BUAYA_DI_KAMPUNG_SANTUBONG
Rujukan Harrisson, T. & O’Connor, S. J. Jr. ( 1970 ). The ‘Tantric Shrine’ Excavated at Santubong. Sarawak Museum Journal. Vol. 15 (30-31). https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/v iew/837 Jabatan Muzium Negeri Sarawak. ( 2015 ). Laporan Aktiviti Bahagian Arkeologi. Kuching, Sarawak. Diakses daripada https://museum.sarawak.gov.my/web/home/index/ Jurnal Borneo Arkhailogia ( 2017 ) (Heritage, Archaeology and HistoryVol. 1(1) https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/issue/vi ew/171 Mohammad Tahir. ( 1989 ). Hikayat Datuk Merpati. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Diakses daripada http://opac.perlislib.gov.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl? biblionumber=4504 Suara Sarawak ( 2024 ). Batu Buaya Tapak Penting Kerajaan Santubong. Diakses daripada https://suarasarawak.my/batu-buaya-tapak-pentingkerajaan-santubong/
Sekian Terima Kasih