BAHAN-BAHAN Beras
Halia
1 kg Garam
1 buku Santan
secubit Daun Pandan
1 kotak Minyak masak
3 helai
369.06 kcal
NILAI PEMAKANAN 6.07 g
67.52 g
Tenaga 7.71 g
Protein
Karbohidrat
Lemak
LANGKAH PENYEDIAAN
Langkah 1
✓ Basuh dan sukat beras
✓ Air akan ikut paras beras
✓ Sama macam masak putih juga
✓ Sukat santan
✓ Masukkan daun pandan
Langkah 2
✓ Sukat Air
✓ Bila dah dapat sukatan beras, alihkan beras dalam bekas lain. Kemudian, periuk nasi tadi
isikan dengan air ikut paras beras
Langkah 3
✓ Masukkan santan 1 kotak kecil. Ini pun dah cukup rasa lemaknya.
✓ Jangan bazirkan santan yang dalam kotak tu. Masukkan sikit air ke dalam periuk dan
goncang-goncangkan
✓ Tuangkan semula air ke dalam periuk.
✓ Pastikan kotak santan tu dah dibasuh dulu.
Langkah 4
✓ Masukkan halia yang dah diketuk
Langkah 5
✓ Masukkan 3 helai daun pandan yang dipotong kecil
Langkah 6
✓ Perasakan dengan garam
Langkah 7
✓ Untuk sukatan nasi 3 cupak, gunakan minyak masak lebih kurang 3 sudu besar
✓ Fungsinya adalah untuk elakkan nasi lembik
✓ Nanti hasilnya berderai elok sebiji-biji
Langkah 8
✓ Letak di rice cooker dan tekan butang ‘cook’. Tapi jangan masukkan beras dulu.
✓ Tunggu menggelegak dulu air, santan dan daun pandan semua supaya nasi lemak akan
jadi wangi.
✓ Bila dah mula menggelegak, boleh masukkan beras yang dah dibasuh dan ditapis tadi.
✓ Bila dah masukkan beras, sila kacau setiap 5 minit supaya semua nasi sekata dengan
santannya.
Sambal D’delicious
BAHAN-BAHAN Ikan bilis
Bawang besar
1 mangkuk Bawang putih
3-4 biji
3 ulas Cili kisar
Air asam jawa
½ mangkuk
1 sudu kecil Gula
3 sudu
Langkah 1
• Kisar bawang besar dan bawang putih.
Langkah 2
• Panaskan minyak yang agak banyak untuk memastikan bahan tumisan masak dan garing
sempurna. Bila masak, boleh diceduk keluar.
Langkah 3
• Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga cili dan bawang benar-benar masak dan garing
dengan api perlahan. Proses yang sangat penting untuk memastikan keenakan dan juga
ketahanan sambal.
Langkah 4
• Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna
sambal yang merah cantik.
Langkah 5
• Masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan.
Langkah 6
• Masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Jika suka, boleh juga diletakkan
bawang besar hiris.
SELAMAT
MENCUBA!!!
By: Tasha Thulase
Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk
melihat menu nasi lemak kami, semoga nasi lemak anda
akan jadi lebih sedap menikmati bersama keluarga.