The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by namiismail97, 2022-03-20 07:28:24

PELAN OPERASI LATIHAN 2022

PELAN OPERASI LATIHAN 2022

PELAN OPERASI LATIHAN
2022

SEKOLAH KEBANGSAAN TAWAIYARI
LAHAD DATU, SABAH

PELAN OPERASI LATIHAN (POL)
SEKOLAH KEBANGSAAN TAWAIYARI

1. PENGENALAN

Selaras dengan pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (Dasar Latihan
Sumber Manusia Unit Awam), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun
2005 (Pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia Unit Awam) dan Surat
Pekeliling KPM (Dasar Latihan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan
Malaysia), setiap anggota perkhidmatan di Sekolah Kebangsaan Tawaiyari perlu
dilengkapi dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan
(knowledge) yang bersesuaian melalui program latihan yang terancang dan
pembelajaran yang berterusan. Dasar ini telah menetapkan setiap anggota
perkhidmatan awam perlu mengikuti kursus lima (5) hari setahun. Dasar Latihan
ini mampu menjadikan satu mekanisme penilaian bagi tujuan penilaian prestasi,
kenaikan pangkat, melanjutkan pelajaran dan pengurusan pelapis kepimpinan.

2. DEFINISI

2.1 Bagi maksud Pelan Operasi Latihan Sekolah Kebangsaan Tawaiyari (SKT) ini,
i. “Struktur Latihan” merujuk kepada peringkat-peringkat Latihan yang
perlu diikuti oleh guru dan staff SKT
ii. “Peringkat” merujuk kepada tahap-tahap Latihan yang boleh diikuti oleh
guru dan staff SKT
iii. “Standard Umum” merujuk kepada tahap pencapaian yang ditetapkan
oleh guru dan staff SKT
iv. “Institusi Latihan Awam” institut-institut latihan lain yang diwujudkan di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat, Bahagian, Pejabat
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu, Institut-
institut Latihan awam tempatan yang lain yang menjalankan kursus-
kursus bagi anggota Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. LATAR BELAKANG PEJABAT
Sekolah Kebangsaan tawaiyari beralamat di Peti Surat 61319, 91121 Lahad
Datu, Sabah ini diterajui oleh En Rosdin Bin Antong. Di bawah pentadbiran
sekolah ini, terdapat 13 orang guru dan 3 orang staf sokongan seperti berikut :
BIL NAMA GURU
1 ROSDIN @ ROSLIN BIN ANTONG
2 HABIB MUSA BIN HABIB ALI
3 MURIN BIN TINDOK
4 BACHO BIN LAJU
5 RUSLIN BINTI LUMPATIU
6 ALINA BINTI AMIR
7 NORAZRINA BINTI ABD MAJAD
8 ROSMAWATI BINTI PEEIE
9 NORAZIZAH BINTI NAWIR
10 RODI BIN IDRIS
11 MUHAMMAD HADI WAL IKRIMAH DURAHMAN
12 MOHAMMAD NAZMI BIN ISMAIL
13 HABIBAH BINTI SAMSURIE
14 SHARIFAH FADILAH BINTI MAROP
15 MOHD SYUIB BIN SAINI
16 LIANA BINTI ABDUL RAJAN

4. VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

5. MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan potensi
individu bagi memenangi aspirasi negara.

6. OBJEKTIF SEKOLAH KEBANGSAAN TAWAIYARI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi
individu bagi memenangi aspirasi negara.

7. OBJEKTIF LATIHAN
7.1 Latihan adalah diperlukan untuk membentuk sumber manusia di SKT yang

berprestasi tinggi dan cemerlang bagi memenuhi keperluan perkhidmatan
pendidikan. Sehubungan dengan itu, SKT telah menggariskan beberapa
objektif latihan sebagaimana berikut:
i) Menyediakan anggota SKT yang berkelayakan, berkebolehan dan

berkompetensi
ii) Mencapai hasil kerja yang berkualiti/bermutu tinggi
iii) Meningkatkan kompetensi dan produktiviti
iv) Membentuk nilai-nilai murni dan sikap positif
v) Mewujudkan nilai cipta (value creation) dan nilai tambah (value added)

di SKT dan
vi) Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya anggota SKT

8. STRATEGI LATIHAN
8.1 Strategi Latihan adalah seperti berikut:
8.1.1 mengenalpasti keperluan latihan dengan menjalankan analisis keperluan

latihan (Training Needs Analysis)
8.1.2 Memberi keutamaan kepada program-program latihan yang memberi kesan

secara langsung ke atas output atau produktiviti anggota.
8.1.3 Mendapatkan peruntukan yang mencukupi bagi menjalankan program-

program Latihan bagi anggota di bawah pejabat.
8.1.4 Memberi peluang anggota mendapatkan atau memilih latihan/kursus yang

dianjurkan oleh pihak luar dan
8.1.5 Membuat penilaian ke atas program-program latihan/kursus yang

dijalankan (dalaman atau luar).
9. Pelaksanaan Latihan
9.1 Analisis Keperluan Latihan (TNA)
9.1.1 Keperluan Latihan boleh dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:

a. Peringkat Awal Penempatan (Tahap Pendedahan Kompetensi)
b. Peringkat Asas (Tahap Penerapan Kompetensi)
c. Peringkat Pertengahan (Tahap Pembangunan dan Peningkatan

Kompetensi)
d. Peringkat Lanjutan (Tahap Pengukuhan Kompetensi)
e. Peringkat Peralihan (Tahap Peralihan Kerjaya)
9.1.2 Bidang-bidang Kursus
a. Kumpulan Pengurusan dan Profesional (DGA32-DG54)

i. Kepimpinan dan pengurusan
ii. Pengurusan kewangan

iii. Kemahiran komunikasi
iv. Teknologi Maklumat
v. Team Building dan Kecergasan
vi. Pengurusan stress
vii. Keselamatan Perlindungan
viii. Pengurusan Integriti
b. Kumpulan Pelaksana (Gred 1-27)
i. Motivasi diri
ii. Pengurusan kewangan
iii. Kemahiran Komunikasi
iv. Teknologi Maklumat
v. Team Building dan Kecergasan
vi. Pengurusan Aset
vii. Pengurusan Stress
viii. Keselamatan Perlindungan
ix. Pengurusan Integriti

Pemilihan/penetapan kursus yang sebenarnya adalah berasaskan kepada Borang
Matrik Kompetensi/TNA Pegawai dan Staf Sokongan (MS ISO 9001:2008) yang
diedarkan pada awal tahun.

9.2 Metadogi Latihan
9.2.1 Latihan yang dijalankan akan menggunakan kaedah yang selaras dengan

program pembangunan modal insan iaitu secara:
a. Anjuran KPM/ anjuran bersama dengan agensi lain akan dibuat dengan

menggunakan pendekatan :
i. Kuliah termasuk ceramah (classroom method)

ii. Seminar/bengkel
iii. Lawatan sambal belajar
iv. Program sangkutan
b. Penyertaan program kursus, Latihan, seminar, bengkel anjuran agensi
kerajaan yang lain
c. Program yang dibeli (outsourced) daripada pihak swasta.
9.3 Tempoh Kursus
9.3.1 Anjuran Sekolah
a. Kursus- akan diadakan maksimum tiga (3) hari tertakluk kepada
kesesuaian sesuatu bidang kursus
b. Bengkel- akan diadakan maksimum dua (2) hari
c. Program lawatan dan sangkutan- mengikut kesesuaian tempoh waktu
yang diperlukan.
9.3.2 Anjuran PPD, JPN dan Swasta
Tertakluk kepada jumlah hari yang ditentukan oleh pihak penganjur.
9.4 Tempat Kursus
9.4.1 Kursus/ Taklimat/ Latihan yang dianjurkan oleh PPD akan diadakan sama
ada di:
a. Makmal ICT sekolah
b. Pusat-pusat Latihan milik agensi lain di bawah KPM
i. Pejabat Pendidikan Lahad Datu
ii. Jabatan Pendidikan Negeri
iii. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
c. Pusat-pusat Latihan milik agensi kerajaan yang lain
i. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

ii. Institut Pengajian Tinggi Tempatan
d. Lokasi milik swasta seperti hotel dan lain-lain

Pemilihan tempat kursus adalah mengikut kesesuaian sesuatu program
yang dilaksanakan.

9.5 Kumpulan Sasaran
9.5.1 Kumpulan sasaran kursus-kursus yang disediakan mengikut angka adalah

berdasarkan perjawatan seperti berikut:
a. Kumpulan Pengurusan & Profesional – 13 orang
b. Kumpulan Pelaksana – 3 orang
10. PERANCANGAN LATIHAN

Perancangan Latihan tahunan SKT adalah dikhusus kepada bidang-bidang tertentu
sebagai pelengkap kerana pihak induk iaitu Bahagian Sumber Manusia, Kementerian
Pendidikan Malaysia juga menganjurkan pelbagai kursus bagi pegawai dan
kakitangan sokongan.

11. Pelaksanaan Latihan PELAKSANAAN
11.2.1 Program Latihan akan dijalankan seperti berikut: DALAM
Kumpulan Pegawai dan Staf Sokongan di PPD
BIDANG KURSUS SETAHUN
1 kali
Taklimat pengurusan EPSA
Kursus Pedagogi Abad ke 21 2 kali
Kursus Aplikasi ICT dalam Pengurusan pendidikan
Perkongsian Ilmu Pendidikan Murid Alaf baru 2 kali
Bengkel Pengurusan TS25
1 kali

2 kali

Bengkel Pengurusan SKPMg2 3 kali
Kursus Peningkatan Profesionalisme Warga SKT 2 kali

JADUAL PELAKSANAAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

BIL BULAN/LATIHAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DEC

1. Taklimat TNA
POL 2022

2. Taklimat
Pengurusan
Epsa

3. Perkongsian ilmu
aplikasi pedagogi
terkini mengikut
kecerdasan
murid- PAK21

4. Bengkel
Pengurusan
SKPMg2

5. Bengkel
Pengurusan
TS25

6. Kursus
Peningkatan
Profesionalisme
Warga SKT

7. Bengkel Aplikasi
ICT dalam Pdp

8. PLC semua

panitia

12. PENILAIAN DAN PEMANTAUAN

Satu kajian semula yang berkesan oleh pihak pengurusan terhadap POL SKT

hendaklah dilakukan secara berterusan. Kajian semula dan penilaian

suku/setengah tahunan akan bertindak sebagai asas untuk mengenalpasti

masalah secara lebih mendalam dan kemajuan semasa yang dicapai.

Sebarang masalah besar yang dihadapi akan dikaji dengan teliti

memandangkan ia memerlukan satu set Tindakan pembetulan yang

komprehensif untuk meningkatkan prestasi dengan sokongan semua Pejabat/

Bahagian/ Agensi di bawah KPM. Perkara-perkara utama untuk dinilai dan

dikawal adalah aspek-aspek berikut:

a. Peruntukan kewangan yang mencukupi bagi
b. Tenaga kerja yang mencukupi – taburan dan pembahagian tugas
c. Pembangunan tenaga kerja – sistem berasaskan prestasi

penganugerahan, Latihan dan kenaikan pangkat

d. Peralatan teknologi dan kelengkapan yang terkini serta mencukupi

e. Kesan ketara dalam organisasi seperti pengurangan kos.

f. Apabila perancangan Latihan telah dilaksanakan, penilaian perlu dilakukan

bagi mengetahui keberkesanan program Latihan dan pembangunan yang

telah dijalankan. Antara cara penilaian yang boleh dilakukan ialah melalui

cara-cara berikut:

i. Menilai hasil kerja selepas Latihan

ii. Penilaian prestasi

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH:

………………………………… ……………………………………
MUHD HADI WAL IKRIMAH DURAHMAN EN ROSDIN BIN ANTONG
SETIAUSAHA LDP SK TAWAIYARI GURU BESAR SK TAWAIYARI


Click to View FlipBook Version