The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorazlinachesat, 2023-06-16 10:10:27

MESYUARAT PIBG KALI KE-47 2023

MESYUARAT PIBG 2023

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SULONG 17 | JUN | SABTU DEWAN TERBUKA, SMKTS 8.00 PAGI AGUNG PIBG Mesy u a r a t KALI KE-47 TAHUN 2023 DIRASMIKAN OLEH: En. Md Sabri bin Hamid Pengurus Kanan KWSP Alor Setar, Kedah


BIL PERKARA HALAMAN 1 SURAT PANGGILAN MESYUARAT 3 2 ATURCARA MAJLIS 4 3 JAWATANKUASA PELAKSANA 5 - 8 4 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG 9 5 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 10 - 15 6 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2022 16 - 18 7 PENYATA KEWANGAN 2022/2023 19 8 USUL MESYUARAT AGUNG PIBG 20 9 CADANGAN KUTIPAN DERMA PIBG SMKTS 2023 21 10 PELANTIKAN BARU PIBG SMKTS 2023-2025 22 Isi Kandungan 2


Surat Panggilan Mesyuarat 3


Aturcara Majlis 8.00 pagi : Para waris dan guru mendaftar nama dan mengambil tempat duduk. : Tayangan video korporat 8.30 pagi : Ketibaan Tuan Pengetua, Yang Dipertua PIBG, AJK PIBG dan para jemputan 9.00 pagi : Ketibaan Tuan Perasmi En. Md Sabri bin Hamid Pengurus Kanan, KWSP Alor Setar, Kedah : Majlis rasmi bermula : Nyanyian lagu Kebangsaan : Kata alu-aluan pengacara majlis : Bacaan Doa : Ucapan alu-aluan YDP PIBG : Ucapan dan Laporan oleh Tuan Pengetua SMKTS : Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke 47 tahun 2023 : Penyampaian Cenderahati dan Sijil Penghargaan AJK PIBG SMK Tunku Sulong 2021 - 2023 : Penyampaian Cenderahati Guru dengan kutipan Sumbangan PIBG 100% tahun 2022 9.45 pagi : Majlis berhenti rehat dan jamuan ringan : Tayangan video 10.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 Tahun 2023 bermula 12.00 t/hari : Cabutan bertuah 12.30 t/hari : Majlis bersurai 4


Jawatankuasa Induk Pengerusi : Tn. Haji Husni Zaim bin Ahmad (Pengetua) Timb. Pengerusi I : En. Sairi bin Abdul Halim ( Yang Dipertua PIBG) Timb. Pengerusi II : En. Mohd Radzri bin Ismail ( PK Pentadbiran ) Naib Pengerusi I : Pn. Azizah binti Md Aris ( PK HEM ) Naib Pengerusi II : Pn. Azlina binti Ahmad ( PK Kokurikulum ) Naib Pengerusi III : Pn.Azwanatulimra binti Abd. Rahim ( PK Ting. 6 ) Setiausaha II : Pn. Che Wan Nur Aina binti Che Wan Ahmad Penyelaras : En. Mohd Fariz bin Samsudin (GKS) : Pn. Sharmila a/p Diamodzarau (GKB) : Pn. Fauziah binti Ismail (GKK) : Pn. Masbi binti Mohd Akhir (GKTV) Bendahari : Pn. Noor Farra Shafinaz binti Zainal Abidin 5


Jawatankuasa Kerja PENYELARAS I : EN. MOHD FARIZ BIN SAMSUDIN (GKS) Jemputan 1. Pn. Normadiah bt Safidi (K) 2. Pn. Roslina bt Che Nor Sambutan VIP 1.Tuan Pengetua 2. PK Pentadbiran 3. PK HEM 4. PK Kokurikulum 5. PK Tingkatan 6 6. YDP PIBG Penyambut Tetamu/Waris 1. En. Mohd Fariz bin Samsudin (GKS) 2. Pn. Sharmila a/p Diamodzarau (GKB) 3. Pn. Fauziah bintiIsmail (GKK) 4. Pn. Masbi binti Mohd Akhir (GKTV) 5. AJK PIBG Buku Pelawat 1.Pn. Salma bt. Puteh 2. Pn. Norazura btIbrahim Buku Program 1.Cik Noor Azlina binti Che Sat 2. Pn. Sharipah bt. Che Dah 3. Pn. Suwartey bt. Abu Bakar 4. Pn.Idah bt. Harun 5. Pn. Che Wan Nur Aina bt. Che Wan Ahmad Jamuan VIP 1. Pn. Kamaliah bt. Hamad@Ahmad (K) 2. Pn. Syuhaila bt. Mohd Yusoff 3. Pn. Norlida bt. MatIl 4. Pn. Siti Shakiroh bt. Awang Kechik 5. Pn. Rozita bt Abdul Razak Jamuan Tetamu/Waris 1. Pn. Ummi Kalsom bt.Mat Usop (K) 2. Pn. Hafizah bt. Misron 3. Pn. Mohanambal a/p Jayaram 4. Pn. Norshahidah bt. Shafie 5. Pn. Nur Atiqah bt. Mokhtar 6. Pn. Siti Fadilah bt. Sujak 7. Pn. Normah bt. Doi Pencatat Minit Mesyuarat 1.Pn. Safizah bt.Mohamad (K) 2. Pn.Nor Azlina bt. Che Ani Sijil Penghargaan & Cenderahati 1. Pn. Faridah bt. Abdul Razak (K) 2. Pn.Nurul Nadia bt. Mat Noh 3. Pn. Noor Assikin bt. Ahmed Jamal 4. Pn. Mina Chin Mui Lan 5. Pelajar Tingkatan 6 6


Jawatankuasa Kerja PENYELARAS II: PN. SHARMILA A/P DIADMODZARAU (GKB) Pendaftaran Ibu Bapa/Waris 1. Pn. Noor Azliza bt. Awang Noh (K) 2. Pn. Zuraini bt. Abdul Ghani 3. Pn. Nadzirah bt. Salleh 4. Pn. Khodijah bt.Abd Khalid 5. Pn. Noorhidayah bt. Jalaludeen 6. Pn. Umrah bt. Hasan Pengacara Cabutan Bertuah 1.En. Mohd Fazli b. Md Salleh 2. En. Muhammad Zaki b. Osman Teks Ucapan 1. Pn. Rokiah bt. Samsudin 2. Pn. Nor Hashimah bt. Hashim 3. Pn. Normala bt. Abu Hassan Hadiah Cabutan Bertuah 1. En. Sairi b. Abdul Halim (K) 2. Pn. Nor Hasada bt Harun 3. . En. Mohd Fazli b. Md Salleh 4. Pn. Noor Farra Shafinaz bt. Zainal Abidin 5. En. Hamzah b. Hussain 6. En. Thawuon a/l Epoi 7. En.Ia Lun a/l Endin Chen 8. En. Mohd Suhaimi b. Abd Rahman 9. En. Muhammad Zaki b. Osman 10. Pn. Siti Aishah bt. Che Pa 11. Pn. Noryan bt.Ishak Pengacara Majlis 1. En. Mohd Nazri b. Mohd Noor (K) 2. Pn. Nurul Natrah bt. Mt Nanyan 3. Pn. Fazilah bt. Md. Saleh 7


Jawatankuasa Kerja PENYELARAS III: PN.FAUZIAH BT. ISMAIL (GKK) Bacaan Doa 1. Tn. Haji Zakaria b. Abu Bakar (K) Persiapan Tempat dan Hiasan Dewan 1.En. Abd Khalik b. Ab Kadir (K) 2. Tn. Haji Asfawasin b.Zainuddin 3. En. Nasaruddin b. Shuaib 4. En. Md Nasri b. MatIsa 5. En. Fairil Azwan b. Abdul Aziz 6. En. Azizan b. Saad 7. Pekerja-pekerja sekolah Hiasan Luar dan Publisiti 1. En. Mohd Nizam b. Osman (K) 2. En. Mohd Azhar b. Ramli @ Danial Malan 3. Pekerja-pekerja sekolah 4. Semua guru kelas Dokumentasi 1. Pn. Meryam bt. Yaakob (K) 2. Pn. Robiah bt. Kamarudin 3. Cik Shalehah bt. Dahari @ Zahari Persiapan Pentas dan Latar Pentas 1. En. Ahmad Jamil b. Hassan (K) 2. Pn. Harzlin bt. Zainal Abidin 3. Pn. Rozana bt. Mohamed Roslan 4. En. Mahathir b. Bakar 5. Pn. Azuin bt. Hashim PENYELARAS IV: PN.MASBI BT. MOHD AKHIR (GKTV) Kawalan Lalu Lintas / Trafik 1. En. Zuki b. Mohammad Said (K) 2. Pn. Diana bt. Johari 3. Pasukan Kadet Polis SMKTS Jurufoto 1. En. Asmadie b. Anuar (K) 2. En. Annuar b. Othman Alat Siar Raya 1. En. Azmi b.Ismail (K) 2. En. Shahrael b. Abdul Kassim Kebersihan 1. Pn. Zaharatul Laila bt. Sulaiman (K) 2. Pn. Sharmilaa a/p Raja 3. Pekerja-pekerja sekolah Media dan ICT 1. Pn. Farhana bt. Che Kob (K) 2. Nur Adina bt. Yusuff 8


Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 2023 10.30 pagi : Mesyuarat bermula 1. Ucapan Yang DiPertua PIBG SMK Tunku Sulong 2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu 3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tunku Sulong Tahun 2022 4. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2022 PIBG SMK Tunku Sulong 5. Membahas dan menerima usul 6. Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2021 – 2023 SMK Tunku Sulong 7. Pemilihan Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung 8. Pemilihan dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG dan 2 orang Juru Audit Dalaman PIBG SMK Tunku Sulong 2023 – 2025 9. Hal-hal lain 10.Ucapan Penangguhan 12:00 tgh : Cabutan Bertuah 12:30 tgh : Majlis dijangka selesai 9


Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 2022 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 TAHUN 2022 SMK TUNKU SULONG, 08700 JENIANG, KEDAH DARUL AMAN. HARI : SABTU TARIKH : 28 MEI 2022 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN TERBUKA SMKTS DIRASMIKAN OLEH : YANG BERHORMAT USTAZ SABRI BIN AZIT AHLI PARLIMEN JERAI KEHADIRAN : 250 ORANG I UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PIBG SMKTS 1.Majlis dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dan ucapan salam kepada semua hadirin. 2.En. Sairi bin Abdul Halim mengalu-alukan kehadiran semua AJK PIBG sesi 2021-2023, guru-guru dan semua waris ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 Tahun 2022. 3.Beliau berharap Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini berjalan dengan lancar. Oleh itu, beliau meminta semua hadirin memberikan kerjasama untuk melontarkan idea-idea yang bernas lagi bermakna demi anak-anak murid SMKTS. II PENGERUSI JAWATANKUASA TAULIAH MENGUMUMKAN JUMLAH KEHADIRAN AHLI 4.En. Thawoun mengesahkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG dapat dijalankan kerana kehadiran seramai 250 orang ahli yang telah mencukupi bilangan yang dikehendaki. III MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-45 TAHUN 2021 5.En. Peron A/L Ahwan@Ahwin selaku Setiausaha Kehormat PIBG SMKTS membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 Tahun 2021 (rujuk Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 pada halaman 10 hingga halaman 14). 6.Pn. Suhaida binti Hashim mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn. Ee Ling a/p Endin Sing. 10


Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 2022 IV MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG BAGI TAHUN 2021 7.En. Peron membentangkan laporan aktivit tahunan PIBG bagi tahun 2021. terdapat 10 aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sesi tersebut. (Rujuk Buku Program Mesyuarat Agung PIBG ke-46 pada halaman 15). 8.En. Khairizal mencadangkan laporan aktiviti ini disahkan dan disokong oleh Pn. Ee Ling a/p Endin Sing V MEMBENTANG, MENERIMA DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR PADA 31 MAC 2022 9.Pn. Noor Farra Shafinaz binti Zainal Abidin selaku Bendahari Kehormat PIBG SMKTS membentangkan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Mac 2022 (rujuk Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 di halaman 18). VI MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL-USUL 10.Usul 1 daripada En. Hamzah bin Hussain. Pn Asiah mengusulkan murid yang berambut panjang (sepatutnya dipotong 1,2,4). dicadangkan dipotong oleh pihak sekolah, setelah diberi amaran. Pihak sekolah akan menyediakan tukang gunting dan murid perlu membayar kepada tukang gunting. Perbahasan usul 1 PK1 : masalah ini mewakili murid lelaki kerana apabila berambut panjang, mereka akan mewarnakan rambut. Hal ini sudah pasti akan mengganggu fokus kepada pelajaran. Tambahan pula, semua murid wajib menyertai unit beruniform yang berfungsi untuk mendidik murid berdisiplin termasuklah hal yang berkaitan dengan rambut. Oleh itu, PK 1 menyokong usul ini dan memberi cadangan tambahan untuk menggunting rambut menggunakan mesin nombor 2. Pn. Ee Lin : tidak bersetuju sebab nombor 2 terlalu pendek. Pn. Nazifah Mat Isa : bersetuju dengan usul En.Hamzah. Pn. Mohana : bersetuju dengan usul En. Hamzah. En. Mahathir : bersetuju tetapi murid mestilah selesa dengan potongan rambut tersebut dan jangan jadikan rambut pendek sebagai hukuman untuk mereka. Pengetua : KPM telah menetapkan potongan aras 1,2,4 yang sesuai untuk murid. Murid yang tidak mengikut arahan yang ditetapkan ini akan digunting rambut mereka dan membayar perkhidmatan tersebut. Keputusan : Usul ini diterima sebulat suara. 11


Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 2022 11.Usul 2 daripada En. SM Zainuddin bin Md lsa. Cadangannya agar diadakan kelas tambahan untukmurid Tingkatan 1, 2, 3 dan 4. Hal ini penting untuk melahirkan murid yang cemerlang di SMKTS. Lagipun murid-murid tingkatan tersebut mempunyai dana untuk tujuan peningkatan prestasi. Selain itu, dengan dana tersebut boleh dijadikan sumbangan kepada guru yang telah meningkatkan prestasi murid. Perbahasan usul 2 PK 1 : Pada masa sekarang ini, SMKTS sedang melaksanakan beberapa program antaranya program berfokus SPM yang dijalankan selepas waktu sekolah. Kelas ini bermula pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang. Keduanya program santai minda/rohani yang dijalankan secara ‘offline’ iaitu dalam bentuk Google Form pada hari Jumaat dan Sabtu. Bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 8.00 malam. Seterunya, program kelas tambahan berfokus yang akan dijalankan pada setiap hari Sabtu. Program ini akan dimulakan pada hari Sabtu 4/6/2022 hingga minggu pertama bulan Ogos nanti. Dapatan sekarang murid-murid tingkatan 1, ramai yang tidak boleh menghafal sifir. Oleh itu, SMKTS akan membuat satu program khas selepas cuti penggal pertama. Pengetua : Terima kasih atas cadangan untuk mengadakan kelas tambahan tersebut. Beliau berpendapat bahawa perlu melihat kepada kesesuaian. Hal ini demikian kerana ramai murid tidak menguasai 3M. Kita perlu mengutamakan 3M pada menengah rendah iaitu pada subjek teras. Jika murid dapat menguasai subjek teras melalui 3M ini, bermakna mereka akan dapat menguasai semua pelajaran nanti. Keputusan : Usul ini diterima oleh semua ahli PIBG. 12.Usul 3 daripada En. Mahathir bin Bakar. Beliau mencadangkan supaya diadakan satu mercu tanda atau simbolik penggambaran menarik di SMKTS sepertimana yang dibuat oleh sekolahsekolah lain di Daerah KMY. Hal ini supaya ada perubahan di SMKTS sebagai kenangan kepada semua warganya. Mercu ini perlu didirikan di kawasan bangunan baharu atau di hadapan pintu utama dengan meletakkan kata-kata hikmah yang boleh memberi input kepada murid dan tetamu yang hadir. Perbahasan usul 3 Roslina : Pembinaan mercu ini dapat menyokong Unit Bimbingan dan Kaunseling. Hal ini demikian kerana terdapat sebuah kolam di hadapan bilik PSS yang perlu dibaikpulih. Kolam ini telah lama terbiar kerana menghadapi masalah takungan air. Oleh itu, beliau meminta pertolongan kepakaran dalam kalangan ahli PIBG untuk merealisasikan kolam ini untuk berfungsi semula. Keputusan : diterima sebulat suara. 12


Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 2022 VII MEMBENTANG DAN MENDAPATLAN KELULUSAN JUMLAH DERMA PIBG SMKTS TAHUN 2022/2023 13.Usul 4 daripada pihak PIBG, telah mengusulkan supaya kadar bayaran yuran bagi muridmurid SMKTS (rujuk Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 di halaman 12) Perbahasan usul 4 Normah : Beliau waris Tingkatan 5 tetapi inginkan penjelasan untuk pelajar Tingkatan 6. Berkaitan dengan wang peningkatan prestasi 2020/2021, bolehkah digunakan untuk tahun semasa? Selain itu, untuk kelas tambahan Tingkatan 5 dan 6, bolehkan digunakan wang tersebut untuk membeli makanan? YDP : Lebihan wang tersebut telah dibawa masuk ke dalam sumbangan PIBG. Wang ini boleh digunakan untuk semua murid. Wang ini boleh diminta apabila melaksanakan program kepada murid-murid. Buat masa sekarang, semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah mendapat sokongan PIBG. Untuk belian makanan, guru boleh membuat permohonan dan akan disokong oleh PIBG. Contohnya pembelian kerusi hijau sebanyak 100 buah yang digunakan di dewan sekarang. Keputusan : Usul ini diterima sebulat suara. Di bawah ini disertakan jumlah kutipan derma PIBG yang dicadangkan. JUMLAH KUTIPAN DERMA PIBG SMK TUNKU SULONG YANG DICADANGKAN PADA TAHUN 2022/2023 Makluman kepada ibu bapa/waris/penjaga yang memiliki lebih daripada seorang anak yang belajar di SMK Tunku Sulong, Jeniang. Hanya seorang sahaja anak (anak yang paling tua) yang perlu membayar penuh Derma PIBG manakala anak-anak yang lain hanya perlu membayar untuk Kertas Peperiksaan dan Program Peningkatan Prestasi. Sila sertakan resit pembayaran anak yang membayar derma PIBG penuh sebagai bukti bayaran kepada guru tingkatan yang berkenaan untuk memudahkan urusan pentadbiran kewangan PIBG. 13


Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 2022 VIII HAL-HAL LAIN 14.Pn Azizah bt Mat Aris, PK HEM, memaklumkan kepada waris berkaitan telefon bimbit. Muridmurid adalah dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. Pekeliling SPI bil.2/2009 bertajuk : Larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh murid-murid ke sekolah. Hal ini demikian kerana masalah kecurian, pergaduhan dan pornografi akan berlaku dalam kalangan murid-murid ini. Masalah ini boleh diatasi apabila tiada telefon bimbit. Pihak sekolah boleh mengambil telefon bimbit, menyimpan dandirekodkan. Sejak pembukaan sekolah 4/4/2022, terdapat 6 kes berkaitan telefon bimbit. Kesalahan pertama kali akan diberikan amaran, waris pula akan mengisi surat aku janji. Kesalahan kedua, murid tersebut akan ditarik semua kemudahan yang disediakan di sekolah untuk penggunaannya. 15.Pn. Normawati waris Tingkatan 1, memohon waris menghantar anak di simpang ke pasar sahaja. Hal ini kerana boleh membahayakan murid-murid jika kereta waris dibenarkan untuk menghantar anak hingga ke hadapan pintu utama. YDP mengambil maklum hal ini dan memberitahu bahawa semasa PKP, wakil PIBG telah bertugas mengawal keadaan yang sibuk ini dengan meletakkan kon. Wakil tersebut diketuai oleh En. Zaki iaitu pengerusi SRS yang telah mengarahkan waris untuk mengikut peraturan tersebut tetapi tidak dapat dilaksanakan setiap hari. Selain itu, waris juga telah diminta membuat pusingan “reverse parking” di tepi jalan supaya jalan tidak sesak iaitu hampir 70% melaksanakannya. Ada cadangan untuk membuang pasir dan meratakan kawasan tersebut. Ada juga dalam kalangan waris mempertikaikan menghantar anak hanya di simpang tersebut kerana perlu berjalan terlalu jauh untuk ke sekolah. Disebabkan hanya dilaksanakan secara sukarela, kesibukan semasa menghantar anak dan mengambil anak tidak dapat dikawal. 16.En. Hamzah memaklumkan bahawa semasa pokok tumbang, laluan pejalan kaki menjadi tidak rata yang akan menyebabkan murid cedera jika tidak dibaiki. Beliau juga memberi respon kepada pertanyaan Pn. Normah iaitu PIBG memberikan kelulusan dengan mudah kepada pembelian makanan semasa kelas tambahan. Beliau menambah, yuran yang dibayar pada sesi yang lepas hanya 50%. Oleh itu, waris diminta supaya membayar yuran sekolah tersebut. 14


Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 2022 17.Pengetua menjelaskan hal berkaitan laluan pejalan kaki. Beliau meminta pihak PIBG untuk membaiki laluan tersebut sehingga siap. Hal ini kerana pihak sekolah sedang fokus kepada masalah air yang bocor di belakang surau. Semasa kejadian ribut baru-baru ini, bumbung, siling telah pecah dan khemah telah berselerak. Banyak kerja perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, bantuan PIBG amatlah diperlukan. Berkaitan dengan bayaran yuran sekolah. Beliau menyatakan bahawa tidak semua waris membayar yuran. Sijil berhenti Tingkatan 5 2021 dikeluarkan lebih awal dengan tujuan supaya waris akan membayar yuran untuk mengambil sijil berhenti. Ada sesetengah waris yang datang untuk mengambil sijil tersebut tetapi tiada sebab anaknya tidak mengisi borang semasa diedarkan sebelum peperiksaan SPM. Hal ini telah mendatangkan masalah kepada pihak sekolah. Di samping itu, beliau juga menyentuh adab berpakaian semasa datang ke sekolah. Pakaian mestilah sopan. Seterusnya, berkaitan PPKI, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan kelas di rumah guru. Cadangan ini telah diluluskan. Pelaksanaannya ditangguhkan kerana tiada guru lagi. Pengetua juga menegaskan bahawa murid-murid perlu ada di sekolah sebelum pukul 7.15 pagi kerana 7.30 pagi, program akan dijalankan. 18.En. Hamzah mencadangkan supaya wang bantuan awal persekolahan boleh digunakan untuk membayar yuran sekolah. Keputusan : semua waris bersetuju supaya wang tersebut diberikan kepada pihak sekolah untuk menjelaskan bayaran yuran sekolah. Sekiranya ada keperluan untuk menggunakan wang tersebut boleh berjumpa dengan pengetua untuk tindakan seterusnya. XI UCAPAN PENANGGUHAN 19.En. Sairi selaku YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada SU PIBG iaitu En. Peron yang telah bertungkus-lumus untuk mengadakan mesyuarat ini. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah dan waris yang telah menjayakan mesyuarat kali ke46 ini dengan lancarnya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.40 tengah hari. Disediakan oleh pencatat minit mesyuarat : 1. Nor Hashimah binti Hashim 2. Safizah binti Mohamad Dimuktamadkan oleh : Disahkan oleh: ____________________________ _______________________ (PERON A/L AHWAN@AHWIN) (SAIRI BIN ABD. HALIM) Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG, SMK Tunku Sulong. SMK Tunku Sulong. Sesi 2021-2023 Sesi 2021-2023 15


Aktiviti PIBG 16 BIL TARIKH PERKARA 1. 11 Mei 2022 Sambutan Hari Guru dan Hari Raya 2. 11 Mei 2022 Pembelian Meja Banquet Bilik PIBG (5 buah) 3. 11 Mei 2022 Mesyuarat AJK PIBG Kali 2/2022 4. 2 Jun 2022 Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke 44 5. 20 Jun 2022 Program Perkampungan Ilmu STPM 6. 22 Jun 2022 Program Pembangunan Bola Sepak 7. 23 Jun 2022 Pemasangan Kipas di Bilik PIBG 8. 26 Jun 2022 Mesyuarat PIBK di UUM 9. 12 Julai 2022 Bola Tampar MSSD KMY 10. 17 Julai 2022 Program Keceriaan & Menaik Taraf PSS 11. 18 Julai 2022 Perkhemahan Perdana 12. 30 Julai 2022 Pemasangan Water Cooler (3 buah) 13. 2 Ogos 2022 Kejohanan Tenis MSSK 2022 14. 8 Ogos 2022 Program Laman Minda Sihat 15. 14 Ogos 2022 Program PPDA 16. 16 Ogos 2022 Mesyuarat AJK PIBG Kali 3/2022 17. 21 Ogos 2022 Bulan Kemerdekaan dan Minggu Kemanusiaan 18. 22 Ogos 2022 Perpaipan dan Wiring Water Cooler 19. 21 Ogos 2022 Hari Kokurikulum 20. 24 Ogos 2022 Program Mengacau Bubur Asyura 21. 29 Ogos 2022 Lawatan Sambil Belajar Kelab Kerjaya, UBK dan T6 22. 13 Sept 2022 Kenduri Penutupan Bulan Kemerdekaan 23. 22 Sept 2022 Hari Anugerah Cemerlang


Aktiviti PIBG 17 BIL TARIKH PERKARA 24. 25 Sept 2022 Karnival TS25 25. 29 Sept 2022 Penambahbaikan Jalan Di Hadapan Pintu Pagar Sekolah 26. 3 Okt 2022 Kejohanan Merentas Desa 27. 6 Okt 2022 Bengkel KAMI PASTI SKOR SPM 2022 28. 18 Okt 2022 Program Teknik Menjawab Sains Pertanian 29. 20 Okt 2022 Bengkel Teknik Menjawab STPM 30. 8 Nov 2022 Sukan Tingkatan 6 (SUKTEN) 31. 14 Nov 2022 Pembelian A4 untuk Modul KAMPOI 32. 24 Nov 2022 Jamuan Asrama SMKTS 33. 27 Nov 2022 Pendaftaran Jambori Pengakap KEDAH 34. 6 Dis 2022 Sistem Pengurusan PSS SMKTS 35. 26 Jan 2023 Pembelian Peralatan SPM & STPM 36. 2 Feb 2023 Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin SPM & STPM 37. 3 Feb 2023 Anugerah Ponteng Sifar dan Amalan Terbaik 38. 9 Feb 2023 Perluasan Capaian Rangkaian Internet Sekolah 39. 13 Feb 2023 Program Cerna Minda & Fizikal 40. 14 Feb 2023 Majlis Jamuan Akhir Tahun Sesi 2022/2023 41. 23 Mac 2023 Program Gotong Royong ABC 42. 3 Mei 2023 Pembelian Langsir PSS 43. 5 Mei 2023 Lawatan T6 ke USM Penang 44. 3 Mei 2023 Servis Watercooler (3 buah) 45. 9 Mei 2023 Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke 4/2023


BIL TARIKH PERKARA 46. 6 Mei 2023 Pemasangan LED Board di Pintu Pagar SMKTS 48. 16 Mei 2023 Sambutan Hari Guru & Sambutan Hari Raya 2023 50. 19 Mei 2023 Servis Aircond PSS 51. 22 Mei 2023 Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke 5/2023 52. 23 Mei 2023 Cenderahati kepada penerima SPM terbaik 53. Setiap 2 bulan Servis Penapis Air Coway 54. 25 Mei 2023 Pembelian Khemah Unit Kokurikulum Aktiviti PIBG 18


Penyata Kewangan 19


Kategori Nama Pencadang Cadangan/ Pandangan Kertas Peperiksaan (Kurikulum) Fairil Azwan bin Abd. Aziz 1. PIBG menyediakan kertas jawapan kepada pelajar untuk setiap peperiksaan. 2. PIBG Menyumbang mesin pengimbas kertas jawapan OMR/Objektif untuk memudahkan semakan, kurangkan kesilapan dan analisis item. 3. PIBG menyumbangkan komputer untuk Unit Peperiksaan bagi tujuan analisis peperiksaan dan pemarkahan PBD. Unit Disiplin (Hal Ehwal Murid) Normadiah bt Safidi 4. Koperasi sekolah menyediakan tudung dan seluar trek untuk dijual kepada murid bagi memantapkan disiplin. Kafetaria (Hal Ehwal Murid) Faridah bt. Dollah 5. Mohon kantin sekolah menambah kerusi dan meja makan untuk keselesaan murid-murid makan pada waktu rehat. Program Peningkatan Prestasi (Kurikulum) Roslina bt. Che Noor 6. Mohon PIBG untuk meyediakan makanan dan minuman kepada murid calon SPM sepanjang peperiksaan SPM. Kebajikan (Kurikulum) 7. Menyediakan sekurang-kurangnya roti kepada murid-murid pada waktu rehat sebelum kelas tuisyen pada waktu persekolah. Usul 20


Cadangan Kutipan & Sumbangan PIBG 2023/2024 MAKLUMAN : Hanya seorang sahaja yang perlu membayar penuh sumbangan PIBG sekiranya terdapat adik beradik yang belajar di SMK Tunku Sulong. Sila sertakan bukti resit pembayaran kepada guru tingkatan . 21


Pelantikan AJK Tahun 2023-2025 BIL JAWATAN NAMA 1 YANG DIPERTUA 2 NAIB YANG DIPERTUA 3 SETIAUSAHA 4 BENDAHARI 5 AJK 6 AJK 7 AJK 8 AJK 9 AJK 10 AJK 11 AJK 12 AJK 13 AJK 14 AJK 15 JURU AUDIT 16 PEMERIKSA KIRA-KIRA 22


Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong (PIBG SMKTS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu jemputan, para waris, AJK PIBG dan semua guru serta kakitangan SMK Tunku Sulong bagi menjayakan mesyuarat hari ini. Penghargaan 23


Catatan


Click to View FlipBook Version