The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ku.unikeb, 2023-08-08 23:22:21

SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA-2023

SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA-2023

SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 1 SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 2 SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA KOPERASI UNIKEB BERHAD BAHAGIAN A (PENGENALAN) 1.0 Takrifan 1.1 “Koperasi UNIKEB Berhad” sebagai sebuah Koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan selepas ini dikenali sebagai “UNIKEB”. 1.2 “Pekerja” merupakan seseorang yang dibayar gaji atau upah secara harian atau bulanan yang selepas ini dikenali sebagai “pekerja”. 1.3 “Anggota Lembaga” selepas ini akan dikenali sebagai “ALK” 1.4 “Mesyuarat Agung Tahunan” selepas ini akan disebut sebagai “MAT” 1.5 “Skim” bermakna Skim Perkhidmatan Pekerja 1.6 “Jawatankuasa Pentadbiran dan Sumber Manusia” selepas ini akan disebut sebagai “JK PDSM” 1.7 “Panel Penilaian Prestasi” adalah dilantik oleh Anggota Lembaga 1.8 “Suruhanjaya Koperasi Malaysia selepas ini akan disebut sebagai “SKM” 2.0 Objektif Skim perkhidmatan ini memperihalkan syarat dan peraturan perkhidmatan bagi pekerja UNIKEB. Pekerja perlu membaca, memahami dan mematuhi syarat dan peraturan yang disediakan untuk memastikan pelaksanaan tadbir urus yang baik selaras dengan Garis Panduan SKM. 3.0 Tarikh Kuatkuasa Dan Pindaan-Pindaan 3.1 Skim perkhidmatan berkuatkuasa mulai 8 Februari 2023 dan hendaklah terus berkuatkuasa sehingga pihak UNIKEB mengkaji semula pada masa yang difikirkan sesuai. 3.2 Pihak UNIKEB berhak membuat pindaan-pindaan mengikut keperluan pada sesuatu masa dan pindaan-pindaan ini akan dimaklumkan kepada semua pekerja dalam pekelilingpekeliling atau arahan-arahan dengan kelulusan ALK atau MAT.


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 3 BAHAGIAN B (KANDUNGAN) 1.0 KATEGORI JAWATAN 1.1 Kategori jawatan bagi pekerja UNIKEB adalah seperti berikut: Kumpulan Jawatan Gred Jawatan Kumpulan Pengurusan Pengurus Besar (P53/P54) Timbalan Pengurus Besar (P51/P52) Pengurus Kanan (P47/P48) Pengurus (P43/P44) Kumpulan Eksekutif Eksekutif Kanan (E32) Eksekutif (E29/E30) Kumpulan Sokongan I - (S22/S28) Kerani Kanan Setiausaha Pejabat Pembantu Khidmat Pelanggan Kanan Kumpulan Sokongan II - (S19) Kerani Penolong Setiausaha Pejabat Pemandu Kanan Ketua Jurujual Pembantu Khidmat Pelanggan Juruteknik Pembantu Pentadbiran Kanan Kumpulan Sokongan III – (S11) Pemandu Jurujual Pembantu Juruteknik Pembantu Pentadbiran 1.2 Pelantikan Pekerja 1.2.1 Pelantikan ke dalam perkhidmatan UNIKEB secara tetap, sementara atau kontrak. 1.2.2 Pelantikan perkidmatan secara kontrak adalah mengikut keperluan semasa UNIKEB dalam tempoh satu (1) tahun 2.0 PELANTIKAN 2.1 Semua pekerja yang dilantik ke jawatan dalam UNIKEB diberitahu secara rasmi melalui Surat Pelantikan yang menjelaskan syarat-syarat pelantikan jawatan berkenaan. 2.2 Proses lantikan baharu untuk pekerja adalah seperti berikut: a. Diiklankan kekosongan jawatan; b. Pekerja yang berkelayakan akan dipilih melalui proses temu duga; c. Tawaran dan pelantikan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan d. Pekerja yang telah berhenti dari perkhidmatan UNIKEB atas sebab-sebab lain termasuk dikenakan tindakan tatatertib tidak boleh dilantik semula oleh UNIKEB tertakluk kepada kelulusan ALK.


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 4 3.0 TEMPOH PERCUBAAN BAGI LANTIKAN TETAP 3.1 Setiap pekerja yang dilantik ke satu jawatan dalam UNIKEB ini dikehendaki menjalani tempoh percubaan mengikut kategori seperti berikut: Kumpulan Tempoh Percubaan Kumpulan Pengurusan Satu (1) tahun Kumpulan Eksekutif Satu (1) hingga tiga (3) tahun Kumpulan Sokongan I - (S22/S28) Satu (1) hingga tiga (3) tahun Kumpulan Sokongan II - (S19) Satu (1) hingga tiga (3) tahun Kumpulan Sokongan III – (S11) Satu (1) hingga tiga (3) tahun 3.2 Pekerja yang dilanjutkan tempoh percubaannya akan diberitahu secara bertulis satu (1) bulan sebelum tempoh percubaannya tamat. Pekerja yang berjaya akan ditawarkan jawatan Tetap tertakluk kepada penilaian prestasi oleh Panel Penilaian Prestasi. 4.0 PENGESAHAN JAWATAN 4.1 Seseorang pekerja yang telah menjalani tempoh percubaan dengan jayanya dan mendapat sokongan daripada Pengurus/Ketua Unit dan memenuhi syarat-syarat perkhidmatan untuk dilantik secara Tetap. Pekerja yang telah disahkan jawatan diberitahu secara bertulis satu (1) bulan sebelum tempoh pelantikan tamat. Pekerja yang tidak disahkan jawatan dalam tempoh percubaan tidak akan diserap ke jawatan Tetap. 4.2 Kelulusan pengesahan jawatan Tetap bagi Kumpulan Pengurusan diluluskan oleh JK PDSM. 4.3 Kelulusan pengesahan jawatan Tetap bagi Kumpulan Eksekutif dan Sokongan diluluskan oleh Pengurus Besar. 5.0 PENAMATAN PERKHIDMATAN 5.1 Pekerja yang ingin menamatkan perkhidmatan hendaklah mematuhi perkara berikut:


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 5 Status Jawatan Kumpulan Pengurusan Kumpulan Eksekutif Kumpulan Sokongan Tetap Notis tiga (3) bulan atau; Membayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis Notis dua (2) bulan; atau Membayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis Notis satu (1) bulan; atau Membayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis Kontrak Notis satu (1) bulan; atau Membayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis Notis satu (1) bulan; atau Membayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis Notis satu (1) bulan; atau Membayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis Syarat-syarat lain Seseorang pekerja boleh ditamatkan perkhidmatan sekiranya pekerja tersebut dikenakan tindakan tatatertib seperti di dalam peruntukan Garis Panduan Tatatertib UNIKEB, Bahagian C (8) (1) 5.2 Seseorang pekerja yang menamatkan atau ditamatkan perkhidmatan, wajib memulangkan segala harta kepunyaan UNIKEB sebelum gaji terakhir dibayar. 5.3 Seseorang pekerja dikehendaki melangsaikan segala hutang kepada UNIKEB sebelum hari terakhir bekerja. Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak UNIKEB berhak memotong pembayaran yang sepatutnya diterima oleh pekerja seperti gaji, elaun dan baki cuti tahunan. 5.4 Kegagalan pekerja mematuhi Perkara 5.2 dan 5.3, UNIKEB berhak mengambil tindakan undang–undang dan melaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja dan Bahagian Perhubungan Perusahaan. 6.0 PERSARAAN 6.1 Semua pekerja yang berkhidmat secara Tetap dan Kontrak berhak mendapat faedah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. 6.2 Umur persaraan minimum seseorang pekerja UNIKEB ialah enam puluh (60) tahun menurut Bahagian II, Umur Persaraan Minimum Akta Kerja 1955. 6.3 Pihak UNIKEB boleh menawarkan kepada pekerja yang telah mencapai umur persaraan untuk terus berkhidmat dengan memberi notis bertulis enam (6) bulan sebelum umur persaraan. 6.4 Tempoh lanjutan perkhidmatan selepas persaraan adalah secara tahunan. 6.5 Seseorang pekerja yang belum mencapai usia 60 tahun boleh dibesarakan atas sebab kesihatan dengan mengemukakan Laporan Perubatan yang sah sebagai sokongan.


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 6 6.6 Ganjaran kesetiaan akan diberikan kepada pekerja yang bersara dan pada tarikh ia bersara telah berkhidmat dengan UNIKEB melebihi sepuluh (10) tahun. Jumlah ganjaran kesetiaan adalah seperti berikut: Tempoh Berkhidmat Ganjaran Wang Tunai Bersamaan 30 Tahun Ke atas 5 Bulan Gaji Pokok Terakhir 20 – 29 Tahun 4 Bulan Gaji Pokok Terakhir 10 – 19 Tahun 3 Bulan Gaji Pokok Terakhir 6.6 UNIKEB boleh mempertimbangkan bayaran saguhati kepada pekerja yang berhenti menurut Perkara 6.5 dan berkhidmat kurang dari sepuluh (10) tahun dengan kelulusan ALK. 7.0 KENAIKAN PANGKAT 7.1 Seseorang pekerja layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat sekiranya ada keperluan atau jawatan baru yang diwujudkan oleh UNIKEB dengan syarat-syarat berikut: a) Kumpulan Pengurusan dan Eksekutif I. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setaraf; atau II. Mempunyai pengalaman lima (5) tahun dalam bidang yang sama atau telah mengikuti kursus-kursus berkaitan yang diiktiraf. b) Kumpulan Sokongan I. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil-sijil yang setaraf c) Pekerja perlu memohon kekosongan jawatan yang diiklankan secara dalaman; dan d) Mencapai peniliaian prestasi tahunan sebanyak 80% ke atas tiga (3) tahun berturutturut. 7.2 Kenaikan pangkat bagi Kumpulan Pengurusan diluluskan oleh ALK. 7.3 Kenaikan pangkat bagi Kumpulan Eksekutif dan Sokongan diluluskan oleh Pengurus Besar. 7.4 Pekerja yang dinaikkan pangkat akan diberikan tangga gaji permulaan jawatan baharu. Sekiranya gaji pokok semasa melebihi skala gaji pokok jawatan kenaikan pangkat maka kenaikan gaji adalah sebanyak dua (2) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT). Sebaliknya jika gaji pokok semasa lebih rendah daripada skala gaji pokok jawatan kenaikan pangkat, maka kenaikan gaji diselaraskan mengikut skala gaji permulaan. 7.5 Pekerja yang telah dinaikkan pangkat perlu menjalani tempoh percubaan selama enam (6) bulan sebelum disahkan. Sekiranya gagal mendapatkan pengesahan dalam tempoh tersebut, beliau boleh menjawat semula jawatan lama atau ditukarkan kepada jawatan lain, yang sama tarafnya atau jika tiada bolehlah ditamatkan perkhidmatan. 8.0 KENAIKAN GAJI DAN BONUS TAHUNAN


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 7 8.1 Tarikh kenaikan gaji tahunan seseorang pekerja lantikan baharu atau kenaikan pangkat ialah pada Januari, April, Julai dan Oktober. Jika lantikan atau kenaikan pangkat itu jatuh pada atau selepas 1 haribulan Januari, April, Julai dan Oktober maka kenaikan gaji pada tahun berikutnya. 8.2 Sebaliknya ALK boleh memberikan kenaikan satu (1) KGT pada mana-mana pekerja yang menunjukkan prestasi cemerlang tetapi ALK juga berhak untuk tidak memberikan kenaikan gaji tahunan sekiranya mencapai markah prestasi yang memuaskan. 8.3 Pemberian bonus tahunan yang dibayar bergantung kepada keuntungan UNIKEB dan perakuan oleh Panel Penetapan Bonus dengan kelulusan ALK. 9.0 WAKTU KERJA 9.1 Setiap pekerja UNIKEB mesti bekerja Sembilan (9) jam dalam satu (1) hari termasuk satu (1) jam (kecuali hari Jumaat) waktu rehat. Penentuan waktu mula bekerja pekerja bergantung pada waktu operasi perniagaan. 9.2 Waktu bekerja harian pejabat adalah seperti berikut: Waktu Peringkat (WP) Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat WP 1 Isnin - Jumaat 7.30 pagi – 4.30 petang Isnin hingga Khamis 1 jam secara bergilir Jumaat 12.30 tengah hari – 2.45 petang WP 2 Isnin - Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang WP 3 Isnin - Jumaat 8.30 pagi – 5.30 petang WP 4 Isnin - Jumaat 9.00 pagi – 6.00 petang 9.3 Waktu bekerja secara shif adalah seperti berikut: Waktu Shif (WS) Waktu Bekerja Waktu Rehat WS 1 7.00 pagi – 4.00 petang Isnin hingga Ahad 1 jam secara bergilir WS 2 3.00 petang – 12.00 malam WS 3 11.00 malam – 8.00 pagi Cuti Mingguan Setiap pekerja layak mendapat Cuti Mingguan sebanyak 2 hari termasuk off day bagi mana-mana pekerja yang bekerja shif malam dua (2) hari berturut-turut. 9.4 Waktu bekerja bulan Ramadan adalah seperti berikut: Waktu Peringkat (WP) Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat WP 1 Isnin - Jumaat 7.30 pagi – 4.00 petang Isnin hingga Khamis WP 2 Isnin - Jumaat 8.00 pagi – 4.30 petang


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 8 WP 3 Isnin - Jumaat 8.30 pagi – 5.00 petang 1.00 petang – 1.30 petang Jumaat 12.30 tengah hari – 2.30 petang WP 4 Isnin - Jumaat 9.00 pagi – 5.30 petang Nota : Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada Unit yang berkenaan mengikut keperluan operasi yang telah ditentukan. 9.4 Setiap pekerja UNIKEB adalah berhak untuk mendapat cuti am berbayar seperti yang telah diwartakan oleh Kerajaan Perseketuan, Negeri atau Wilayah di mana mereka bertugas. 10.0 CUTI Setiap pekerja UNIKEB akan mendapat faedah cuti seperti berikut: 10.1 Cuti Tahunan Setiap pekerja UNIKEB akan mendapat faedah cuti tahunan yang diberi mengikut kategori jawatan dan tempoh perkhidmatan seperti jadual di bawah: Jadual Kelayakan Cuti Tahunan Kategori Jawatan Tempoh Perkhidmatan Kurang 2 tahun 2 - 5 tahun 5 tahun ke atas Semua Jawatan 8 hari 12 hari 16 hari 10.1.1 Permohonan cuti tahunan hendaklah dibuat tiga (3) hari sebelum tarikh bercuti. 10.1.2 Kaedah Pengiraan Cuti Tahunan Jumlah cuti tahunan yang boleh diambil oleh seseorang pekerja UNIKEB adalah mengikut tempoh perkhidmatan untuk tahun yang berkenaan dan pengiraan kelayakan semasa adalah berdasarkan purata. Contoh: Seorang pekerja UNIKEB ingin memohon cuti tahunan pada bulan Februari Kaedah pengiraan cuti berdasarkan purata: Kelayakan cuti: 12 hari Kelayakan cuti tahunan sehingga Februari ialah: Kelayakan Cuti Tahunan = Kelayakan Cuti Sebulan 12 Bulan 12 = 1 hari sebulan (dibundarkan kepada perpuluhan yang hampir) 12


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 9 10.1.3 Permohonan Cuti Tahunan Cuti tahunan yang telah diperuntukkan hanya boleh diambil mengikut peraturanperaturan dalaman yang telah ditetapkan. 10.1.4 Baki Cuti Tahunan Cuti tahunan boleh dihimpun setiap tahun hanya sehingga 1 tahun kelayakan sahaja bagi dengan sebab kesukaran mendapatkan cuti tahunan kerana beban kerja. Permohonan untuk menghimpun cuti tahunan atau membawa ke hadapan cuti tahunan sebelumnya mestilah diluluskan oleh Pengurusan. 10.1.4 Cuti Kecemasan Kemudahan cuti kecemasan adalah cuti tahunan yang dipohon bertujuan memudahkan pekerja melaksanakan urusan peribadi, urusan kecemasan dan urusan keluarga. 10.4 Cuti Bersalin a) Setiap pekerja wanita berhak mendapat cuti bersalin untuk tempoh tidak lebih sembilan puluh lapan (98) hari berturut-turut bagi setiap kali bersalin dengan dibayar gaji penuh oleh majikannya. b) Seseorang pekerja wanita berhak mendapat peruntukan cuti bersalin sehingga kelahiran yang kelima (5). c) Seseorang pekerja wanita adalah berhak menerima gaji penuh daripada majikannya untuk tempoh kelayakan jika telah diambil bekerja oleh UNIKEB bagi tempoh tidak kurang daripada sembilan puluh (90) hari dalam masa sembilan (9) bulan sebelum sahaja dia bersalin. d) Cuti bersalin hanya boleh bermula dari tujuh (7) bulan kandungan dan cuti tidak datang bertugas disebabkan apa-apa penyakit atau keguguran semasa tujuh (7) bulan pertama dikira sebagai cuti sakit biasa yang diperuntukan di bawah seksyen Cuti Sakit. 10.5 Cuti Sakit a) Seseorang pekerja yang mendapat cuti sakit perlu memaklumkan kepada Ketua Unit atau Unit Sumber Manusia dengan serta merta pada hari berkenaan. b) Semua sijil cuti sakit perlu diserahkan kepada Ketua Unit untuk diserahkan kepada Unit Sumber Manusia sebaik sahaja mula bertugas dan beliau berhak untuk mendapat cuti sakit berbayar. c) Cuti sakit hanya layak diberikan oleh: - i. Mana-mana ahli panel doktor yang dilantik oleh UNIKEB; atau ii. Pegawai perubatan di pusat-pusat perubatan kerajaan; atau iii. Pegawai perubatan yang bertauliah setelah ahli panel doktor tidak didapati di kawasan penginapannya.


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 10 d) Kelayakan cuti sakit yang dibenarkan: - Tahun Berkhidmat Bilangan Cuti (Hari) 1 – 2 tahun 14 .2 – 5 tahun 18 5 tahun ke atas 22 e) Seseorang pekerja yang telah mengambil cuti sakit melebihi kelayakan maksimum akan ditolak cuti tahunan atau dipotong gaji. f) Seseorang pekerja yang telah mengambil cuti sakit mengikut kelayakan maksimum tiga (3) tahun berturut-turut boleh dikehendaki oleh UNIKEB untuk diperiksa kesihatannya dengan dirujuk kepada pakar perubatan di hospital kerajaan. Berdasarkan laporan daripada pakar perubatan di hospital kerajaan, Anggota Lembaga Koperasi boleh membuat sebarang keputusan berhubung status kesihatan dan perkhidmatannya di UNIKEB. 10.6 Cuti Hospitalisasi Seseorang pekerja layak untuk mendapat Cuti Hospitalisasi berbayar sekiranya memerlukan hospitalisasi selama enam puluh (60) hari setiap tahun tanpa mengira tahun perkhidmatan mereka. 10.7 Cuti Ehsan Setiap pekerja UNIKEB adalah layak mendapat cuti ehsan bagi perkara-perkara di bawah: Keterangan Bilangan Cuti (Hari) Kematian keluarga terdekat (ibu/bapa, suami/isteri, anak dan ibu/bapa mertua) 3 Cuti kelahiran anak (bagi suami) sehingga kelahiran ke lima (5) dikira dari hari kelahiran 7 Cuti bencana alam seperti kebakaran rumah dan banjir 3 *Jumlah kelayakan cuti Ehsan adalah termasuk Sabtu, Ahad atau Cuti Umum 10.8 Cuti Haji a) Setiap pekerja UNIKEB layak mendapat faedah cuti haji bergaji penuh seperti berikut:- i) Pekerja tetap UNIKEB yang telah berkhidmat tidak kurang dari tiga (3) tahun ii) Menunaikan fardu haji sekali dalam perkhidmatan di UNIKEB iii) Jumlah kelayakan tidak melebihi empat puluh (40) hari b) Pekerja perlu mengemukakan permohonan dan mestilah mendapat kelulusan Pengurus Besar 10.9 Cuti Umrah


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 11 a) Setiap pekerja UNIKEB layak mendapat faedah cuti umrah bergaji penuh seperti berikut: i) Pekerja tetap UNIKEB yang telah berkhidmat tidak kurang dari tiga (3) tahun ii) Menunaikan ibadah umrah sekali dalam perkhidmatan di UNIKEB iii) Jumlah kelayakan tidak melebihi empat belas (14) hari Nota: Pekerja perlu mengemukakan permohonan dan mestilah mendapat kelulusan Pengurus Besar 10.10 Cuti Peristiwa UNIKEB boleh mengisytiharkan cuti peristiwa kepada pekerjanya setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi. 10.11 Cuti Tanpa Rekod a) Setiap pekerja UNIKEB akan mendapat Cuti Tanpa Rekod (CTR) sekiranya terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh UNIKEB atau menghadiri kursus/bengkel/seminar/latihan yang dihadiri sepanjang tempoh perkhidmatan. Jumlah Cuti Tanpa Rekod (CTR) adalah mengikut jumlah jam iaitu satu (1) hari Cuti Tanpa Rekod, setelah cukup lapan (8) jam atau setengah (0.5) hari bagi empat (4 jam) bagi setiap penglibatan. b) Baki cuti tersebut perlu dihabiskan pada tahun berkenaan. Sekiranya tidak, maka baki cuti tersebut akan lupus dan tidak digantikan dengan wang tunai. 10.12 Cuti Kuarantin a) Cuti Kuarantin telah diperuntukkan kepada pekerja UNIKEB yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana tempat kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pekerja dikurung dirumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit merebak di rumahnya. b) Pekerja boleh menggunakan cuti kuarantin ini bagi menjaga anak yang dikuarantin atau memerlukan pengasingan. c) Kelayakan cuti kuarantin seperti yang diluluskan oleh pihak perubatan menurut Akta Kerja 1955. Berikut merupakan di antara penyakit berjangkit; - i) Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ii) COVID-19 iii) Campak (Measles) iv) Chickenpox v) Difteria vi) Malaria vii) Lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta 10.13 Pelepasan Waktu Bekerja (Time Off)


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 12 a) Setiap pekerja yang ingin keluar semasa bertugas hendaklah mengisi Borang Kebenaran Keluar Semasa Bertugas. b) Maksimum masa yang dibenarkan adalah dua (2) jam dan jika melebihi masa yang ditetapkan akan dikira sebagai cuti kecemasan separuh (0.5) hari. c) Sekiranya melebihi 4 jam maka akan ditolak satu (1) hari cuti tahunan sekiranya ada atau cuti tanpa gaji sekiranya peruntukan cuti tahunan telah habis. d) Permohonan pelepasan waktu bekerja ini perlu diserahkan bersama dokumen pembuktian. 11.0 PERLINDUNGAN INSURANS TAKAFUL Setiap pekerja UNIKEB layak mendapat perlindungan insurans takaful berdasarkan peruntukan berikut: Bil Perlindungan & Sumbangan PLAN A (Kumpulan Sokongan) PLAN B (Kumpulan Eksekutif) PLAN C (Kumpulan Pengurusan) 1 Kematian RM 10,000.00 RM 15,000.00 RM 20,000.00 2 Faedah Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (Semua Punca) 3 Kematian disebabkan oleh Kemalangan 4 Belanja Pengkembumian (RM1000) 12.0 FAEDAH RAWATAN PERUBATAN Setiap pekerja UNIKEB dan tanggungannya layak mendapat faedah rawatan perubatan berdasarkan peruntukan berikut di Klinik Panel dan Hospital Kerajaan. 12.1 Caj Wad / Hospitalisasi Setiap pekerja UNIKEB yang disahkan oleh doktor panel atau doktor kerajaan dan memerlukan hospitalitasi, akan ditanggung caj wad mengikut kategori jawatan seperti berikut: Kategori Jawatan Caj Maksimum Sehari Kumpulan Pengurusan RM 100.00 Kumpulan Eksekutif RM 80.00 Kumpulan Sokongan RM 60.00 12.2 Bayaran Rawatan Bersalin dan Pembedahan UNIKEB akan menanggung perbelanjaan bersalin dan pembedahan mengikut kategori jawatan seperti berikut: Kategori Jawatan Bersalin Pembedahan Biasa Pembedahan Lain Kumpulan Pengurusan RM 300.00 RM 800.00 RM1,500.00


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 13 Kumpulan Eksekutif RM 300.00 RM 800.00 RM 1,000.00 Kumpulan Sokongan RM 300.00 RM 400.00 RM 600.00 Bayaran rawatan bersalin ini dihadkan sehingga kelahiran yang ke lima (5) sahaja. Nota : i) Tanggungan bererti ibu/bapa, suami/isteri dan anak ii) Anak bererti anak-anak yang di bawah umur lapan belas (18) tahun dan anak yang berumur dua puluh satu (21) tahun yang masih belajar. iii) Bagi anak Orang Kurang Upaya (OKU) selagi ianya di bawah tanggungan. 12.3 Bayaran Rawatan Pesakit Luar UNIKEB juga akan menanggung perbelanjaan pesakit luar sebanyak RM45.00 untuk sekali rawatan dalam sebulan kepada pekerja/tanggungannya. 12.4 Rawatan Pergigian Kadar rawatan pergigian dalam tempoh setahun bagi pekerja termasuk tanggungan yang layak adalah RM250.00 setahun. Bagi pasangan yang sama berkhidmat di UNIKEB, setiap individu layak mendapat kadar yang ditetapkan. Rawatan membuat crowning, gigi palsu dan berbentuk kosmetik adalah tidak ditanggung oleh UNIKEB 13.0 ELAUN-ELAUN DAN BAYARAN BERTUGAS LUAR 13.1 Elaun Khidmat Koperasi berjumlah RM150.00 sebulan diberikan kepada semua pekerja UNIKEB 13.2 Elaun Tanggungjawab yang telah ditetapkan diberikan mengikut jawatan – jawatan tertentu. a. Kemudahan alat telekomunikasi dan caj bulanan b. Elaun Keraian c. Elaun Penghantaran 13.3 Bertugas Rasmi di dalam Negeri Kelayakan elaun perjalanan mengikut kumpulan jawatan adalah seperti berikut: - a. Elaun Perbatuan Jarak Perjalanan Bertugas Rasmi Bagi Tiap-Tiap Satu Bulan Kumpulan Pengurusan (1600cc Ke Atas) Kumpulan Pengurus an (1599cc Ke Bawah) Kumpulan Eksekutif (1600 Cc Ke Atas) Kumpulan Eksekutif (1599 Cc Ke Bawah) Kumpulan Sokongan (Sen / Km) Motosi kal 500 km pertama 0.85 0.75 0.75 0.65 0.65 0.45 501 – 1,000 km 0.75 0.70 0.70 0.60 0.60 0.45


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 14 1,001 – 1700 km 0.70 0.60 0.60 0.55 0.55 0.40 1,701 km & seterusnya 0.60 0.55 0.55 0.50 0.50 0.35 b. Tambang Pengangkutan Awam Seseorang pekerja yang tidak menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan yang disediakan oleh UNIKEB atau penganjur bagi menjalankan tugas rasmi, sama ada di dalam atau di luar pejabatnya, adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam , c. Elaun Makan i. Seseorang pekerja UNIKEB yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar pejabat bagi jarak melebihi tujuh puluh (70) kilometer dalam tempoh dua puluh empat (24) jam atau lebih (dikira mulai waktu bertolak) layak menuntut elaun makan. ii. Sekiranya penginapan disertakan bersama dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, pekerja tidak layak memohon elaun makan. d. Elaun Harian Seseorang pekerja UNIKEB yang dikehendaki menjalankan tugas di luar pejabat bagi jarak melebihi tujuh puluh (70) kilometer bagi tempoh melebihi lapan (8) jam tetapi kurang dari dua puluh empat (24) jam (dikira mulai waktu bertolak) layak menuntut elaun harian (setengah daripada elaun makan). e. Elaun Penginapan / Bayaran Sewa Hotel Seseorang pekerja yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabatnya dan perlu menginap layak menuntut Elaun Penginapan/Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit tertakluk kepada had maksimumnya atau Elaun Lojing. Elaun lojing layak dituntut bagi penginapan tanpa resit. f. Jadual di bawah adalah bagi elaun makan, elaun harian dan elaun penginapan/bayaran sewa hotel Semenanjung Malaysia Kategori Jawatan Elaun Makan Elaun Harian Penginapan Dengan Resit Lojing (Tanpa Resit) Kumpulan Pengurusan RM 85.00 RM 40.00 RM 180.00 RM 60.00 Kumpulan Eksekutif RM 60.00 RM 30.00 RM 160.00 RM 55.00 Kumpulan Sokongan RM 45.00 RM 20.00 RM 100.00 RM 35.00 Sabah, Labuan dan Sarawak Kategori Jawatan Penginapan


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 15 Elaun Makan Elaun Harian Dengan Resit Lojing (Tanpa Resit) Kumpulan Pengurusan RM 115.00 RM 57.50 RM 200.00 RM 70.00 Kumpulan Eksekutif RM 80.00 RM 40.00 RM 170.00 RM 60.00 Kumpulan Sokongan RM 65.00 RM 32.00 RM 120.00 RM 40.00 13.4 Bertugas Rasmi Di Luar Negeri a. Elaun Makan dan Elaun Harian Kadar Elaun Makan dan Elaun Harian (separuh daripada Elaun Makan) yang layak dituntut bagi tiap-tiap kali bermalam di luar negeri adalah seperti jadual di bawah: b. Elaun Penginapan / Bayaran Sewa Hotel Seseorang pekerja yang bertugas rasmi di luar negeri layak menuntut bayaran Sewa Hotel atas kadar sebenar seperti jadual di bawah: Kategori Jawatan Elaun Makan Elaun Harian Penginapan (Dengan Resit) Kumpulan Pengurusan RM 270.00 RM 135.00 Bilik Biasa Kumpulan Eksekutif RM 200.00 RM 100.00 Bilik Biasa Kumpulan Sokongan RM 170.00 RM 85.00 Bilik Biasa 13.5 Elaun Kerja Lebih Masa i. Seseorang pekerja boleh diarah oleh Ketua Unit untuk bekerja lebih masa apabila diperlukan. Pengiraan untuk Kerja Lebih Masa hanya dikira sehingga gaji pokok RM4,000.00. ii. Bagi pekerja yang telah diberikan Elaun Tanggungjawab tidak dibenarkan untuk membuat tuntutan kerja lebih masa. Kadar Kerja Lebih Masa Kadar Pengiraan Contoh Pengiraan Hari Biasa Gaji Pokok x 1.5 208 RM2000 x 1.5 = RM10.82/jam 208 Cuti Rehat / Ahad Gaji Pokok x 2.0 208 RM2000 x 2.0 = RM14.42/jam 208 Cuti Umum Gaji Pokok x 3.0 208 RM2000 x 3.0 = RM21.63/jam 208


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 16 Untuk kadar pengiraan Elaun Kerja Lebih Masa pada Cuti Umum dikira mengikut kadar seperti berikut: Masa Kerja Kadar 8 Jam Kerja Dikira Mengikut Kadar 2.0 (Double) Selepas 8 Jam Kerja Dikira Mengikut Kadar 3.0 (Triple) Nota: Elaun kerja lebih masa hanya layak dituntut oleh pekerja kumpulan Eksekutif dan kumpulan Sokongan. Jumlah keseluruhan tuntutan Elaun Lebih Masa dalam sebulan adalah dua puluh (20) jam bagi seorang pekerja dalam kumpulan Eksekutif dan lapan buluh (80) jam bagi seorang pekerja dalam Kumpulan Sokongan. Bagi tuntutan kerja lebih masa tiga puluh (30) minit pertama adalah tidak dikira. Kumpulan Jumlah Keseluruhan (Masa) Sebulan Eksekutif 20 jam Sokongan 80 jam 13.6 Elaun Tanggung Kerja 13.6.1 Seseorang pekerja layak dibayar elaun ini apabila diarah menjalankan kerja satu jawatan yang lain di dalam gred yang sama atau berlainan di samping menjalankan tugas-tugasnya sendiri selama tidak kurang dari empat belas (14) hari berturut-turut, 13.6.2 Walau bagaimanapun, elaun ini tidak boleh dibayar kepada pekerja yang menjalankan tugas jawatan yang lebih rendah di bawah susunan kuasanya. Elaun ini juga dibayar jika seorang pekerja itu dikehendaki menjalankan semula tugas yang sama untuk tempoh tidak kurang dari tujuh (7) hari berturut-turut (termasuk Cuti Umum). Kadar Elaun Tanggung Kerja adalah dikira mengikut satu Skala Kenaikan Gaji (1 KGT) pekerja yang menjalankan tugas tersebut. 13.7 Elaun Memangku Jawatan Seseorang pekerja yang dikehendaki menjalankan tugas-tugas gred jawatan yang lebih tinggi layak dibayar Elaun memangku Jawatan seperti berikut: a. Memangku dengan tujuan kenaikan pangkat 9% daripada gaji pokok; b. Memangku bukan dengan tujuan kenaikan pangkat 7% dari gaji pokok. 14.0 PAKAIAN SERAGAM PEKERJA 14.1 UNIKEB akan menyediakan satu (1) baju korporat berserta satu helai t-shirt kepada semua pekerja lelaki dan wanita setiap dua tahun sekali. 14.2 Setiap pekerja yang dibekalkan dengan pakaian seragam hendaklah memakai ketika bertugas pada hari yang ditetapkan. 15.0 GANJARAN TAMAT PERKHIDMATAN


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 17 Seseorang pekerja yang bersara layak diberikan Cenderamata bernilai RM150.00. 16.0 PEKERJA LEBIHAN a. UNIKEB boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja disebabkan oleh pengecilan perniagaan dan penstrukturan semula organisasi. b. UNIKEB akan mengeluarkan notis pemberhentian secara bertulis kepada pekerja yang ditamatkan perkhidmatan tidak kurang daripada satu (1) bulan dari tarikh penamatan. c. Faedah penamatan perkhidmatan adalah seperti di bawah: 10 tahun dan ke bawah - 1 bulan 11 tahun – 20 tahun - 1½ bulan 21 tahun ke atas - 2 bulan d. Kecuali di mana setelah dipertimbangkan pada UNIKEB seseorang pekerja perlu dikekalkan berdasarkan kepada kepentingan jawatan atas prestasi kerjanya dengan diluluskan oleh JK PDSM. PENGECUALIAN. Sebarang pindaan di dalam peruntukkan Skim Perkhidmatan UNIKEB tertakluk kepada keputusan ALK UNIKEB Pemakaian Skim Perkhidmatan ini adalah berkuatkuasa pada 8 Februari 2023. Sebarang pengambilan pekerja selepas tarikh tersebut surat tawaran pekhidmatan dan faedah-faedah perkhidmatan adalah berdasarkan kepada Skim Perkhidmatan Pekerja UNIKEB sahaja dan tertakluk kepada apa-apa Akta, Undang-undang Kecil UNIKEB, peraturan, undang-undang, pekeliling, serta pindaan yang diterima pakai dari semasa ke semasa


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 18 BAHAGIAN C GARIS PANDUAN PENGURUSAN KES TATATERTIB PEKERJA KOPERASI UNIKEB BERHAD 1.0 TUJUAN 1.1 Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan dan menjelaskan mengenai prosedur pengurusan dan proses pengendalian kes tatatertib untuk panduan dan rujukan kepada pekerja Koperasi UNIKEB Berhad. 1.2 Garis panduan ini terbahagi kepada sebelas (11) bahagian iaitu: 1.2.1 Skop 1.2.2 Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi (ALK) 1.2.3 Tanggungjawab Pengurusan Koperasi UNIKEB Berhad 1.2.4 Peranan Pihak Berautoriti 1.2.5 Peranan dan Tanggungjawab Pekerja Dalam Mematuhi Peraturan Dalam Perkhidmatan 1.2.6 Tata Kelakuan Kakitangan Yang Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib 1.2.7 Hukuman Tatatertib 1.2.8 Prosedur Pengurusan Kes Tatatertib 1.2.5.1 Terima Aduan/Maklumat 1.2.5.2 Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Jawatankuasa Tatatertib 1.2.5.3 Rayuan Kes Tatatertib 1.2.5.4 Rekod & Pemfailan 1.2.9 Pemakaian Garis Panduan 1.2.7 Tarikh Kuatkuasa 1.2.10 Lampiran 2.0 SKOP Garis Panduan ini diguna pakai untuk semua pekerja di Koperasi UNIKEB Berhad sama ada di ibu pejabat ataupun di cawangan. 3.0 TANGGUNGJAWAB ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK) 3.1 ALK perlu memastikan bahawa pihak Pengurusan Koperasi UNIKEB Berhad mematuhi prosedur dalam menguruskan pekerja bermasalah dan menangani kes salahlaku pekerja mengikut peraturan berkuatkuasa. 3.2 ALK perlu memastikan semua tindakan yang diambil adalah berdasarkan kepada peraturan berkuatkuasa dan tidak bertujuan untuk menganiaya pekerja/ada bias dan tatacara yang adalah betul dan tidak mendatangkan pertikaian perundangan. 3.3 ALK bertanggungjawab dalam menjaga imej dan nama baik Koperasi.


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 19 4.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN (MERUJUK KEPADA PENGURUS BESAR DAN TIMBALAN PENGURUS BESAR) 4.1 Mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan Koperasi dengan memastikan pekerja yang kompeten dan mempunyai sikap serta hemah diri yang baik dengan mematuhi peraturan perkhidmatan yang ditetapkan. 4.2 Memastikan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif untuk semua pekerja bagi memastikan pekerja sejahtera dan harmoni dalam menjalankan tugas. 4.3 Memastikan pekerja melaksanakan tugas dengan cekap, amanah dan bertanggungjawab. 4.4 Membudayakan dan menerapkan nilai murni dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pekerja 5.0 PERANAN PIHAK BERAUTORITI Dalam melaksanakan prosedur ini, peranan dan tanggungjawab pihak berautoriti adalah seperti berikut: JAWATAN/MESYUARAT TANGGUNGJAWAB Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Membincangkan pelantikan ALK yang menjadi Pengerusi dan Ahli untuk Jawatankuasa Tatatertib. Mesyuarat Rayuan Kes Tatatertib Mempertimbangkan rayuan pekerja yang dikenakan tindakan tatatertib (Hanya melibatkan Pengerusi, Setiausaha, dan Bendahari). Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Meneliti dan membuat pertimbangan terhadap kes dengan mengambil kira semua maklumat yang ada dan membuat keputusan sama ada pekerja yang diadu bersalah ataupun tidak. Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran dan Sumber Manusia (MPSM) Membincangkan aduan di peringkat awal dan membuat pertimbangan sama ada kes boleh diselesaikan di peringkat Pengurusan atau dibawa ke Mesyuarat ALK. Pengurus Besar (PB) Nota: Peranan ini boleh diambil alih oleh Timbalan Pengurus Besar (tertakluk kepada kes-kes tertentu dengan kelulusan ALK). i. Membentangkan Laporan Jawatankuasa Siasatan Dalaman dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran dan Sumber Manusia. ii. Membuat keputusan bersama Timbalan Pengurus Besar, dan Pengurus Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia bagi kes-kes disiplin pekerja yang dikategorikan dalam kes ringan dan hanya boleh diselesaikan di peringkat pengurusan sahaja. Pengurus Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia (PDSM) i. Menerima aduan. ii. Meneliti dan mengumpul maklumat dan dokumen berkaitan dengan kes iii. Menyediakan kertas kerja untuk membawa kes kesalahan tatatertib dalam mesyuarat.


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 20 iv. Mengaturkan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib. Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Dalaman, dan Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan. v. Penyedian surat-menyurat vi. Rekod dan pemfailan. 6.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEKERJA DALAM MEMATUHI PERATURAN DALAM PERKHIDMATAN. 6.1 Pekerja Koperasi UNIKEB Berhad mestilah menjaga perilaku dan mematuhi peraturan dalam perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Skim Perkhidmatan Pekerja yang diterima oleh setiap pekerja baharu bekerja di Koperasi UNIKEB Berhad adalah seperti berikut: 6.1.1 Tugas dan tanggungjawab, setiap pekerja UNIKEB perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan dan arahan yang diberikan dari masa ke semasa. Setiap pekerja hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab, jujur dan amanah serta tidak mencemarkan nama baik UNIKEB dan perkara-perkara yang boleh merugikan UNIKEB. 6.1.2 Kelakuan semasa kerja, setiap pekerja UNIKEB perlu mengamalkan sikap peramah dan memberikan layanan mesra khususnya sewaktu melayan pelanggan dan anggota UNIKEB. 6.1.3 Kad perakam waktu, setiap pekerja UNIKEB diwajibkan merakam kad waktu apabila masuk dan meninggalkan tempat kerja. Setiap pekerja hendaklah hadir tepat pada masanya (Tidak boleh hadir lewat) 6.1.4 Meninggalkan tempat kerja sekejap sahaja tanpa kebenaran atau sebab yang mencukupi. Setiap pekerja perlu memaklumkan kepada Ketua Unit masing-masing jika terdapat urusan yang memerlukan untuk tidak berada di ruang kerja dalam tempoh yang sepatutnya. 6.1.5 Tidak hadir bekerja tanpa cuti atau sebab-sebab munasabah, setiap pekerja UNIKEB yang tidak hadir tanpa sebarang pemberitahuan atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau sebab-sebab yang tidak munasabah boleh dikenakan tindakan tatatertib 6.1.6 Tanda nama, setiap pekerja UNIKEB diwajibkan memakai tanda nama sepanjang waktu bekerja. Kegagalan memakai tanda nama boleh diambil tindakan. 6.1.7 Pakaian, setiap pekerja UNIKEB hendaklah sentiasa berpakaian kemas sewaktu bertugas serta memakai pakaian seragam yang disediakan oleh Pengurusan UNIKEB. Setiap pekerja lelaki mahupun wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang kurang sopan dan terlalu menjolok mata semasa waktu pejabat. 6.1.8 Pemeliharaan harta-harta koperasi, semua pekerja UNIKEB adalah bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara harta-harta UNIKEB. Juga tidak menanggalkan notis, pekeliling atau dokumen yang dipasang pada papan kenyataan UNIKEB.


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 21 6.1.9 Keselamatan dan kerahsiaan maklumat. Setiap pekerja perlu menyelenggara dan menyimpan fail dan dokumen secara sistematik. Serta memelihara kerahsiaan isi kandungannya 6.1.10 Sentiasa memelihara tingkah laku dalam kalangan rakan sekerja supaya tidak berlaku sebarang pergaduhan serta salah faham sesama rakan sekerja. 6.1.11 Kewajipan pekerja untuk melaporkan pelanggaran terma dan syarat perkhidmatan kepada pihak Pengurusan jika ia di dalam pengetahuannya. 7.0 TATA KELAKUAN KAKITANGAN YANG BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB Kategori I (Boleh dipertimbangkan di Peringkat Pengurusan tertakluk kepada meritnya, sekiranya merit tinggi boleh dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran dan Sumber Manusia): 7.1 Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti/Tanpa Sebab/Tanpa Kebenaran Ketua. 7.2 Meminda sijil cuti sakit/Mengemukakan sijil cuti sakit palsu. 7.3 Ponteng Kerja. 7.4 Ketidakpatuhan Peraturan Kad Perakam Waktu (Lewat hadir bertugas dan pulang awal; tidak mengetip kad perakam waktu) 7.5 Menggunakan kedudukan atau jawatan untuk kepentingan diri 7.6 Mengemukakan tuntutan palsu atau pengesahan yang mengandungi butiran palsu bertujuan mengelirukan majikan 7.7 Tidak melaksanakan tugas dan tidak mengikut prosedur Jabatan 7.8 Bersikap tidak bertanggung jawab, cuai 7.9 Gagal memungut wang yang mesti dibayar 7.10 Pembayaran wang yang tidak sepatutnya 7.11 Kehilangan, kekurangan atau kerosakan harta Koperasi 7.12 Kegagalan menyelenggara rekod dengan sempurna 7.13 Gagal atau melewatkan pembayaran yang sepatutnya 7.14 Tata kelakuan lain mengikut aduan yang diterima. yang boleh dikelaskan dalam Kategori Kategori II (Perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran dan Sumber Manusia, Mesyuarat ALK dan Jawatankuasa Tatatertib): 7.15 Melakukan penyelewengan dalam melaksanakan tugas yang melibatkan kewangan Jabatan/meminta dan menerima rasuah. 7.16 Penyalahgunaan Dadah 7.17 Gangguan Seksual 7.18 Kes Jenayah i. sebarang kesalahan jenayah melibatkan fraud, ketidakjujuran atau tingkah laku keji ii. Mahkamah - mahkamah yang termasuk Mahkamah Syariah iii. Sabitan - suatu dapatan oleh mahkamah di bawah mana-mana undang-undang bertulis bahawa seseorang itu bersalah atas suatu kesalahan jenayah. 7.19 Tata kelakuan lain mengikut aduan yang diterima yang boleh dikelaskan dalam Kategori I 8.0 HUKUMAN TATATERTIB 8.1 Pihak berkuasa tatatertib/disiplin boleh mengenakan hukuman ke atas seseorang pekerja Koperasi UNIKEB Berhad mana-mana satu hukuman atau apa-apa kombinasi daripada dua hukuman atau lebih daripada hukuman-hukuman berikut:


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 22 8.1.1 Amaran 8.1.2 Denda/Lucut hak emolumen 8.1.3 Tangguh pergerakan gaji 8.1.4 Turun Gaji 8.1.5 Turun pangkat 8.1.6 Ditamatkan perkhidmatan/Buang Kerja 9.0 PROSEDUR PENGURUSAN KES TATATERTIB 9.1 Terima Aduan/Maklumat 9.1.1 Pengurus Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia (PDSM) menerima aduan/ maklumat daripada pengadu dan akan meneliti dan mengumpulkan maklumat berkaitan aduan yang diterima. 9.1.2 Pengurus PDSM akan berhubung dengan Pengurus unit berkaitan (unit di mana pekerja yang diadu bertugas): i. Meminta supaya Pengurus Unit memanggil dan membuat perbincangan/mendapatkan penjelasan daripada pekerja yang diadu. ii. Laporan oleh Pengurus Unit berkaitan perlu dikemukakan kepada Pengurus PDSM dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. iii. Bagi kes aduan yang diterima terus daripada Pengurus unit sendiri yang melibatkan pekerja di bawah seliaannya, maka kes ini tidak perlu lagi mendapat pelaporan daripada Pengurus Unit berkaitan. 9.1.3 Pengurus PDSM juga perlu memanggil pekerja yang diadu dan meminta penjelasan secara lisan dan secara bertulis. Penjelasan secara bertulis perlu dikemukakan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Pengurus PDSM. 9.1.4 Bagi kes disiplin kerja yang dikategorikan dalam Kategori 1 (Rujuk Perkara 7.0): i. Penjelasan yang diterima akan dibawa untuk perbincangan bersama pihak Pengurusan, iaitu peringkat Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar. ii. Sekiranya pihak pengurusan berpandangan kesalahan yang dilakukan itu hanya memadai dengan teguran dalaman dan Surat Teguran/Amaran Dalaman, maka kes ini tidak perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran dan Sumber Manusia. iii. Surat Teguran/Amaran Dalaman dikeluarkan oleh Pengurus PDSM dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas keputusan perbincangan bersama pihak Pengurusan. iv. Surat Teguran/Amaran Dalaman hanya dibenarkan tidak melebihi tiga (3) kali sahaja dan aduan berikutnya perlu dibawa ke MPDSM. v. Surat Teguran/Amaran Dalaman ini ditandatangan oleh Pengurus Besar. 9.1.5 Bagi kes disiplin atau salah laku yang dikategorikan dalam kes yang memerlukan siasatan yang lebih lanjut, maka Jawatankuasa Siasatan Dalaman peringkat Pengurusan akan ditubuhkan oleh Unit PDSM. 9.1.6 Bagi kes yang melibatkan pihak Pengurusan (merujuk kepada Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar), kes perlu dirujuk terus kepada Pengerusi ALK dan


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 23 Setiausaha ALK dan dibawa untuk perbincangan dalam Mesyuarat ALK. Mesyuarat ALK akan memutuskan tindakan dan gerak kerja selanjutnya. 9.2 Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Pengurusan 9.2.1 Unit PDSM akan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Pengurusan, Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengurus PDSM dengan dua (2) orang Ahli Panel terdiri daripada Eksekutif Jaminan Kualiti dan salah seorang Pengurus yang ditentukan oleh Pengurus PDSM dengan nasihat daripada Pengurus Besar/Timbalan Pengurus Besar. 9.2.2 Siasatan Dalaman di peringkat Pengurusan akan diadakan dan laporan siasatan disediakan oleh Pengurus PDSM. Laporan Siasatan Dalaman dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran dan Sumber Manusia (MPDSM). 9.2.3 Laporan kes dibentangkan dalam MPDSM. Sekiranya MPDSM memutuskan kes ini hanya diselesaikan di peringkat Pengurusan sahaja, maka Surat Teguran/Amaran Dalaman dikeluarkan. Sekiranya keputusan MPDSM adalah sebaliknya, maka kes ini akan dibawa ke Mesyuarat ALK untuk pertimbangan. 9.2.4 Sekiranya ALK memutuskan kes ini perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib, maka Mesyuarat ALK akan menubuhkan Jawatankuasa Tatatertib dan melantik Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa. Surat Pelantikan dikeluarkan kepada ALK yang dilantik dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh Mesyuarat ALK. 9.3 Jawatankuasa Tatatertib 9.3.1 Jawatankuasa Tatatertib ini dipengerusikan oleh Pengerusi yang telah dilantik oleh ALK dengan keahlian yang diputuskan oleh ALK. Pengurus PDSM adalah Setiausaha kepada mesyuarat ini. 9.3.2 Pengurus PDSM hendaklah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib untuk menentukan tarikh mesyuarat dan mendapatkan pandangan Pengerusi mengenai keperluan penyediaan semua maklumat/dokumen yang berkaitan dengan kes bagi tujuan persediaan mesyuarat. 9.3.3 Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib bersidang dan membuat keputusan. Sekiranya pekerja didapati bersalah, hukuman adalah berdasarkan jenis hukuman seperti dinyatakan pada Perkara 8.0. 9.3.4 Antara asas pertimbangan yang boleh diambil kira adalah seperti berikut: i) Setakat mana kesalahan pegawai tersebut memburuk atau mencemarkan nama organisasi. ii) Setakat mana kesalahan pekerja membawa kerugian kepada organisasi. iii) Kesan kesalahan ke atas moral pekerja lain iv) Rekod perkhidmatan pegawai meliputi tempoh berkhidmat, taraf jawatan, gaji, dan emolumen. v) Kekerapan kesalahan yang dilakukan. vi) Kedudukan terkini dan bebanan tugas. vii) Latihan atau kursus yang berkaitan dengan kes yang pernah diikuti oleh pegawai. viii) Pendapatan bersih pekerja/Status kewangan


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 24 9.3.5 Setiausaha mesyuarat menyediakan pelaporan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib. Pelaporan perlu disemak oleh Pengerusi sebelum mendapat pengesahan/tandatangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib. 9.3.6 Pelaporan diserahkan kepada pihak Pengurusan Koperasi UNIKEB Berhad untuk pihak Pengurusan mengeluarkan surat kepada pekerja berkaitan mengikut jenis hukuman yang dinyatakan dalam laporan. Perincian adalah seperti berikut: i) Sekiranya pekerja didapati bersalah, surat dikenakan tindakan tatatertib dikeluarkan dan surat ini ditandatangani oleh Pengurus besar selepas disemak terlebih dahulu oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib. Surat ini perlu dijawab pengesahan terima oleh penama berkaitan. ii) Sekiranya pekerja didapati tidak bersalah, surat pemakluman penguguran kes dikeluarkan kepada penama dan surat ini akan ditandatangani oleh Pengurus Besar selepas disemak oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib. Surat ini perlu dijawab pengesahan terima oleh penama berkaitan. 9.4 Rayuan Kes Tatatertib 9.4.1 Pekerja yang dikenakan tindakan tatatertib boleh mengemukakan rayuan kepada Pengerusi Koperasi UNIKEB dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh surat tindakan tatatertib dikeluarkan oleh pihak Pengurusan. 9.4.2 Jawatankuasa Rayuan Kes Tatatertib akan bersidang dan Jawatankuasa ini terdiri daripada Pengerusi Koperasi UNIKEB Berhad sebagai Pengerusi dan dua (2) orang ahli, iaitu Setiausaha dan Bendahari Koperasi UNIKEB Berhad. Setiausaha Jawatankuasa Rayuan ini adalah Pengurus Besar. Urus setia untuk mengaturkan Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Kes Tatatertib adalah Pengurus PDSM. 9.4.3 Keputusan Jawatankuasa Rayuan Kes Tatatertib akan dimaklumkan kepada pekerja berkenaan dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat bersidang. Keputusan mesyuarat adalah muktamad. 9.4.4 Keputusan ini juga akan dilaporkan dalam Mesyuarat ALK. 9.5 Rekod dan Pemfailan 9.5.1 Semua surat-menyurat dan dokumen yang berkaitan dengan kes daripada mula hingga selesai perlu difailkan oleh Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia. 10.0 PEMAKAIAN GARIS PANDUAN 10.1 Garis Panduan ini terpakai untuk semua pekerja Koperasi UNIKEB Berhad. 10.2 Pemakaian garis panduan ini adalah tertakluk dari semasa ke semasa kepada perubahan yang dibuat oleh Pengurusan Koperasi UNIKEB Berhad. 10.3 Garis Panduan ini tidak terpakai/terbatal sekiranya terdapat arahan/perintah baharu oleh pihak Pengurusan Koperasi UNIKEB Berhad.


SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA UNIKEB – PINDAAN BENGKEL SUMBER MANUSIA 2022 25 11.0 TARIKH KUATKUASA Garis Panduan ini berkuatkuasa mulai 1 Mac 2021 yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Ke 579.


Click to View FlipBook Version