SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA
BANK SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TAHUN 2022
TINGKATAN PERALIHAN HINGGA TINGKATAN 5
DISUSUN OLEH:
KETUA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
SMK SEREMBAN JAYA
TINGKATAN PERALIHAN
NAMA :
KELAS : PERALIHAN
SMK SEREMBAN JAYA
70450 SEREMBAN
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022
TINGKATAN PERALIHAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL Dua jam
Kertas 1
2 Jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
ARAHAN AM:
1. Kertas soalan ini mengandungi 8 soalan. Bahagian A: 5 soalan, Bahagian B: 2 soalan dan
Bahagian C: 1 soalan
2. Jawab semua soalan.
______________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak termasuk kulit
2022 Hak Cipta SMKSJ [Lihat sebelah
SULIT
Bahagian A [5 markah]
1. Apakah jenis aliran catan pada gambar di sebelah?
A Catan Cat air
B Catan Pop Art
C Catan Cat minyak
D Catan Impressionisme
2. Antara berikut, yang manakah merupakan teknik cat air?
A Teknik titik
B Teknik hard edge
C Teknik Impasto
D Teknik basah atas basah
3. Apakah jenis arca di sebelah ?
A Arca Mobail
B Arca dinding
C Arca Binaan
D Arca Asemblaj
4. Gambar rajah di bawah merujuk kepada apa?
A Catan
B Lukisan
C Cetakan
D Reka bentuk
5. Alat di bawah digunakan untuk menghasilkan apa?
A Arca
B Lukisan
C Cetakan
D Catan cat ai
Bahagian B
[15 markah]
Jawab semua soalan
6. Lengkapkan peta pokok ini dengan pilihan jawapan yang betul
Pilihan Jawapan:
PENSEL PEN PENSIL WARNA
KRAYON ARANG BERUS
ALAT DAN MEDIA LUKISAN
( 5 markah
)
7. Cari dan Warnakan 9 perkataan tersembunyi berkaitan dengan Seni Catan
( 10 markah )
Bahagian C
[30 markah]
Soalan 8 : Lukis semula gambar di bawah ini dan warnakan dengan menggunakan pensil warna
/ magic pen/krayon
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
(NORADLIZA BT. SARMON) (NORIZAN BT. ZUAINI) (DARNAWATI OMAR)
Penggubal soalan Ketua panitia PSV Ketua Bidang Kemanusiaan
TINGKATAN 1
PEPERIKSAAN PERTENGAH TAHUN 2022
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TINGKATAN 1
BAHAGIAN A: SOALAN OBJEKTIF (10 MARKAH)
ARAHAN: JAWAB SOALAN DENGAN JAWAPAN YANG TEPAT
1. Definisi bentuk ialah
A Objek yang mempunyai struktur jisim dan isi padu.
B Pertemuan dua garisan
C Permukaan sesuatu objek yang dikesan melalui deria penglihatan
D Jarak antara objek
2. Definisi jalinan ialah
A Objek yang mempunyai struktur jisim dan isi padu.
B Sifat permukaan sesuatu objek yang boleh dikesan melalui deria penglihatan dan
sentuhan
C Permukaan sesuatu objek yang dikesan melalui deria penglihatan
D Jarak antara objek
3. Ciri-ciri bentuk konkrit ialah
i boleh disentuh, dilihat dan dipegang
ii bersifat 3D
iii hanya boleh dilihat tapi tidak boleh dirasai deria sentuhan
A i dan ii
B ii dan iii
C i dan iii
D i,ii dan iii
Soalan 4 dan 5 berdasarkan gambar rajah dibawah
B Lebar
A
4. A mewakili
A Lebar
B Berat
C Tinggi
D Panjang
5. B mewakili
A Lebar
B Berat
C Tinggi
D Panjang
6. Antara berikut merupakan ciri-ciri bentuk ilusi kecuali
A tidak boleh disentuh hanya boleh dilihat
B bersifat 2D
C dikesan melalui deria penglihatan
D bersifat 3D
Soalan 7 dan 8 berdasarkan gambar rajah dibawah
7. Jalinan tampak ialah
A KULIT BUAH B KULIT BUAH
TEMBIKAI DURIAN
C TAYAR D KULIT
KENDERAAN BUAYA
8. Ruang nyata juga dikenali sebagai
A Ruang fizikal
B Ruang rata
C Ruang dalam
D Ruang cetek
9. Antara berikut yang manakah benar tentang ruang nyata
A Hanya ruang terbuka sahaja
B Ruang cetek
C Bersifat 3D
D Berbentuk ilusi
10. Kelas merupakan ruang
A terbuka
B tertutup
C cetek
D rata
BAHAGIAN B: SOALAN SUBJEKTIF (10 MARKAH)
ARAHAN: JAWAB SOALAN DENGAN JAWAPAN YANG TEPAT
Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
asas/primer hijau tertier
biru sekunder jingga
1. Warna terbahagi kepada tiga iaitu warna ___________, sekunder dan tertier.
2. Warna _________ ialah warna yang dihasilkan campuran daripada dua warna asas.
3. Kuning kejinggaan merupakan campuran warna kuning dan ___________.
4. __________ merupakan warna sekunder hasil campuran biru dan kuning
5. _______________ merupakan warna asas.
Bulatkan √ atau X pada kotak yang disediakan
6. biru + kuning = √X
7. hijau + biru = √X
8. merah + kuning = √X
9. biru + hijau = √X
10. merah + jingga = √X
Jawapan bahagian A
12345
6 7 8 9 10
BAHAGIAN C : ( 30 MARKAH )
ARAHAN: Warnakan dengan kemas dan kreatif
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
(SHAMSIAH BT LAL MUHAMMAD) (NORIZAN BT. ZUAINI) (MOKHTAR BIN HUSIN)
Pengetua SMKSJ
Penggubal soalan Ketua panitia PSV
TINGKATAN 2
NAMA :
KELAS :
SMK SEREMBAN JAYA
70450 SEREMBAN
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022
TINGKATAN 2
PENDIDIKAN SENI VISUAL Dua jam
Kertas 1
2 Jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
ARAHAN AM:
3. Kertas soalan ini mengandungi 25 soalan. Bahagian A: 20 soalan, Bahagian B: 3 soalan dan
Bahagian C: 1 soalan
4. Jawab semua soalan.
______________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak termasuk kulit
2022 Hak Cipta SMKSJ [Lihat sebelah
SULIT
Bahagian A
[20 markah]
Jawab semua soalan
1. Siapakah yang membawa aliran realisme,iaitu aliran baharu dalam melukis figura
manusia?
A Khaw Sia C Yong Mun Sen
B Abdullah Ariff D Mohamed Hoessein Enas
2. Manakah antara ilustrasi berikut menunjukkan seni lukisan yang menggunakan teknik
silang pangkah?
AC
BD
3. Apakah itu cat akrilik?
A Cat yang dicampur dengan air C Cat daripada sumber alam semula jadi
B Cat sintetik yang berasaskan air D Cat yang dihasilkan daripada minyak
4. Apakah teknik cat air yang menghasilkan kesan lut sinar dan sukar dikawal sapuan
warnanya?
A Basah atas basah C Basah atas kering
B Kering atas kering D Kering atas basah
5. Siapakah pelukis cat air yang gemar menjadikan bunga orkid sebagai tema
karyanya?
A Khaw Sia C Yong Mun Sen
B Kuo Ju Ping D Abdullah Ariff
6. Apakah keunikan seni cetakan berbanding dengan karya seni halus yang lain?
A Proses menerap C Menggunakan kertas atau kain
B Menggunakan blok D Boleh dicetak banyak dipanggil edisi
7. Apakah fungsi dan peranan yang melibatkan aspek perlindungan atau tempat
berteduh?
A Fungsi fizikal C Fungsi ekonomi
B Fungsi estetik D Fungsi kesihat
8. Apakah kegunaan alat di dalam gambar di bawah?
A Alat untuk mengukir plat
B Untuk mencairkan dakwat cetak
C Menyapu dakwat atau warna
D Meregangkan pemidang
9. Yang manakah antara berikut menunjukkan ciri-ciri Landskap Islam??
10. Apakah yang ditekankan dalam konsep kontemporari Reka Bentuk Hiasan Dalaman?
A Jenis perabot C Warna terang dan corak geometri
B Mementingkan fabrik D Mengutamakan warna hitam dan putih
11. Apakah yang ditekankan dalam konsep kontemporari Reka Bentuk Hiasan Dalaman?
A Jenis perabot C Warna terang dan corak geometri
B Mementingkan fabrik D Mengutamakan warna hitam dan putih
12. Antara berikut, yang manakah merujuk kepada gambar di bawah?
A Pelan Lantai
B Pelan Rumah
C Pelan Landskap
D Pelan hiasan dalaman
13. Manakah antara yang berikut persamaan antara fungsi prinsip kontra dengan
penegasan?
A Untuk memberi fokus C Untuk menimbulkan ketenangan
B Untuk mengelakkan kebosanan D Untuk memperlihatkan keindahan
14. Manakah antara berikut merupakan elemen alam semulajadi dalam reka bentuk hiasan
dalaman?
AC
Pokok D
B
15. Hasil Reka Bentuk Industri yang dicipta berdasarkan fungsi mengikut bentuk lebih
mengutamakan
.
I nilai estetik
II reka bentuk luaran
III fungsi dan keperluan
IV fungsi yang optimum
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
16. Reka Bentuk Industri yang baik akan
A meningkatkan bahan dan kos C meningkatkan produktiviti dan kos
B mengurangkan harga dan kreativiti D mengurangkan kos dan menjimatkan
17. Apakah bidang seni halus yang di maksudkan dari pernyataan di bawah ?
Proses terapan blok ke atas satu permukaan
A Seni Arca C Seni Cetakan
B Seni Catan D Seni Timbulan
18. Apakah fungsi alat yang di tunjukkan di bawah dalam seni cetakan ?
A Alat meratakan kain sutera
B Alat menuang dakwat cetakan
C Alat menggosok belakang cetakan
D Alat menggelek dakwat pada blok cetakan
19. Manakah antara berikut merupakan teknik dalam kaedah seni cetakan saring sutera?
A Gurisan asid C Potongan lino
B Foto emulsi D Line engraving
20. Prinsip kepelbagaian dalam Reka Bentuk Industri menimbulkan kesan
A sepadan C perspektif
B tumpuan D idea berbeza
Bahagian B
[30 markah]
Jawab semua soalan
21. Isikan nombor proses penghasilan Reka Bentuk Industri mengikut susunan yang betul
(a) Membuat Kajian (e) Menyempurnakan reka
bentuk
(b) Mengenal pasti masalah (f) Membuat prototaip
(c ) Mengumpul maklumat (g) Membuat persembahan
(d) Membuat mock-up (h)Membuat promosi
22. Lengkapkan peta pemikiran di bawah ini berdasarkan pilihan jawapan di bawah.
Pilihan jawapan : Pen dan dakwat Cat Minyak Nib dan berus
Cat Poster Cat Air Khaw Sia Kering atas basah
Garisan Selari Saidin Yahya Basah atas kering Cat Tempera
Kering atas kering Datuk Lat Teknik Lorekan Abdullah Ariff
Cat fresko
SENI CATAN
PELUKIS CAT AIR MEDIA CATAN TEKNIK CAT AIR
1. Yong Mun Sen 1. _____________ 1. Basah atas basah
2. _______________ 2. _____________ 2. ______________
3. _______________ 3. _____________ 3. ______________
4. Ibrahim Abu 4. Cat Akrilik 4. ______________
5. _____________
6. _____________
7. Cat Gouache
23. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
(a) Nyatakan tiga bidang utama Reka Bentuk Industri:
________________, ________________,_________________
(b) Nyatakan 2 jenis landskap :
(i) Landskap ____________ iaitu batu, pokok dan tumbuhan renek
(b) Landskap ____________ iaitu meja, pancur air dan gazebo
(c ) Namakan 6 konsep Landskap :
_________ , Tradisional, Islam, _________, Thailand, _________
(d) Nyatakan beberapa media catan :
Cat Gouche, ____________, Cat Mural, ___________, ___________, _____________
Bahagian C
[50 markah]
Jawab semua soalan
Soalan 1 : Anda dikehendaki melukis semula simbol yang diberi dan susun atur perabot bagi
rekaan pelan laintai bilik tidur di bawah. Lukis dan warnakan dengan kemas dan
menarik.
SIMBOL RUJUKAN :
sofa
katil
Tab mandi
sinki Mangkuk tandas
TV
Lampu meja
Soalan 2 : Anda diminta menghasilkan sebuah logo Kelab Memancing Sekolah ( KMS) yang
menggabungkan antara huruf dan simbol berdasarkan spesifikasi yang diberi :
I. Huruf : KMS
Simbol Ai:r Ickonadn dan joran
II. Warna : Maksimum 3 warna
III. Saiz : 12 cm X 12 cm
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
(NORADLIZA BT. SARMON) (NORIZAN BT. ZUAINI) (DARNAWATI OMAR)
Penggubal soalan Ketua panitia PSV Ketua Bidang Kemanusia
TINGKATAN 3
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TINGKATAN 3
NAMA: _________________________________________ KELAS: ______________
1. Reka bentuk landskap bermaksud
A aktiviti mereka bentuk produk
B perancangan bagi menghias ruang landskap
C peranan seorang pereka bentuk membina idea
D seni dalam menghias dan menyusun bahagian dalaman sesuatu ruang dan mereka
bentuk bahagian untuk menjadi keadaan lebih selesa
2. Apakah kepentingan pereka bentuk landskap?
A memastikan udara segar
B meningkatkan kualiti tumbuhan
C menentukan tumbuhan untuk ditanam
D memastikan ruang landskap yang dibina mengikut spesifikasi
Konsep ini banyak menitikberatkan hubungan antara manusia dengan pesekitarannya
3. Kenyataan tersebut adalah merujuk kepada konsep ….
A Bali
B Jepun
C Melayu
D Inggeris
4. Antara berikut yang manakah peranan pereka bentuk landskap
I merancang menghias ruang landskap
ii mendapat maklumat yang diingini pelanggan
iii mendapat kelulusan pihak berwajib
iv mengabaikan maklumat yang diberi pelanggan
A ii,iii dan iv
B i, ii dan iii
C i, iii dan iv
D i, ii dan iv
5. Ciri-ciri seorang pereka bentuk landskap adalah berikut kecuali
A kemahiran menyelesaikan masalah
B peka terhadap alam sekitar
C tidak bermotivasi
D kreatif dan inovatif
6. Ciri-ciri seorang pereka bentuk hiasan dalaman adalah berikut kecuali
A tidak fleksibiliti dalam mereka bentuk
B peka terhadap alam sekitar
C kemahiran menyelesaikan masalah
D kreativiti, imaginasi dan bakat seni
7. Elemen cahaya buatan manusia ialah
A lampu kalimantan
B lampu meja
C lampu lantai
D cahaya matahari
8. Setiap warna mempunyai tiga ciri yang berbeza iaitu
A hue, mood dan intensiti
B hue, nilai dan intensiti
C nilai, intensiti dan mood
D Intensiti dan nilai
9.
Rajah di atas merupakan simbol bagi
A sinki
B dapur gas
C sofa
D tandas
10. Lokasi bilik penting bagi mengetahui arah _____________ dan ____________ dalam
sesebuah bilik
A pencahayaan
B timur dan barat
C pencahayaan dan pengudaraan
D matahari dan bulan
Disediakan oleh, Disemak oleh,
……………………. …………………….
(SHAMSIAH LAL MUHAMMAD) (NORIZAN BINTI ZUAINI)
GURU MATA PELAJARAN PSV KETUA PANITIA PSV
TINGKATAN 4 (KERTAS 1)
1 Alat kebesaran ini berfungsi sebagai alat perang pada zaman dahulu?
A Cokmar
B Cogan Alam
C Cogan Agama
D Keris Panjang diraja
2 Alat ini merupakan alat kebesaran utama dalam istiadat pertabalan. Bahagian hulu hingga
sarung disalut dengan emas. Apakah alat tersebut?
A Sundang
B Keris panjang Diraja
C Keris Emas
D Keris Berlok 3
3 Berdasarkan gambar di atas, antara perhiasan Diraja yang manakah terdapat ragam hias awan larat?
I Muskat
II Tengkolok
III Gandik
IV Meskit
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
4 Cogan alam merupakan sebatang tongkat yang diperbuat daripada…………. yang berukuran 162.66
sm.
A perak
B emas
C loyang
D berlian
5 Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Renaissance’?
A Kelahiran semula
B Kota kebangkitan ilmu
C Ilmu yang dilahirkan semula
D Kegemilangan zaman klasik
6 Susun aliran seni lukis yang berikut mengikut kronologi.
I Rococo
II Baroque
III Renaissance
IV Neoklasisisme
A I, II, III dan IV C I, II, IV dan III
B IV, III, II dan I D III, II, I dan IV
7 Di manakah aliran Renaissance bermula?
A Rom, Itali
B Florence, Itali
C Paris, Perancis
D Brussels, Belgium
8 Berdasarkan pernyataan berikut, siapakah pelukis yang dimaksudkan?
A Titian Beliau dilahirkan pada 26 Mac 1483 di Urbino, Itali.
B Giotto Lukisan beliau yang terkenal ialah Head of an Apostle
(1519) dan Madonna with Child (1518-1520).
C Raphael
D Giorgio Vasari
9 Gaya aliran ini berbentuk imitasi dengan meniru alam semula jadi dan manusia
secara tepat. Hasil karya mereka seolah-olah seperti gambar foto. Apakah aliran
seni yang dimaksudkan?
A Realisme C Renaissance
B Naturalisme D Romantisisme
10 Berdasarkan pernyataan berikut, apakah aliran yang dimaksudkan?
Karya aliran ini mempunyai ketepatan yang tinggi
terhadap hal benda yang menjadi pilihan pelukis.
Aspek susunan perbandingan, perspektif, tekstur,
warna serta unsur terang gelap digunakan secara teliti.
Mengutamakan unsur keindahan.
A Realisme C Romantisisme
B Naturalisme D Impresionisme
.
11 Apakah Teknik yang sering digunakan oleh pelukis aliran ‘Renaissance’ dalam karya yang dihasilkan?
A Glazing
B Chiaroscuro
C Alla Prima
D Impasto
12 Manakah antara berikut ialah pelukis aliran Rococo?
A William Turner
B Francois Gerald
C Sandro Botticelli
D Jean-Antoine Watteau
13 Apakah ciri-ciri karya aliran Rococo?
I Penggunaan warna lembut
II Penggunaan teknik tenebrism
III penggunaan warna kelam, kusam dan suram.
IV Penekanan kepada penggunaan warna dan cahaya.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
14 Berdasarkan pernyataan berikut, apakah aliran yang dimaksudkan?
Aliran ini kerap menggunakan warna-warna yangkusam, suram dan
kelam.
A Rococo
B Baroque
C Romantisisme
D Naturalisme
15 Siapakah yang digelar sebagai pelopor Gerakan Realisme ?
A Thomas Cole
B Francisco Goya
C Nicolas Poussin
D Gustave Courbet
16 Siapakah pelukis karya terkenal di bawah?
A Alfred Sisley
B Thomas Cole
C Michelangelo
D Leonardo da Vinci
17 Apakah tema yang menjadi tumpuan pelukis seni cetakan Barat sejak awal abad ke-15 hingga abad
ke-17?
A Landskap
B Keagamaan
C Tokoh Politik
D Figura manusia
18 Apakah satu contoh bentuk seni cetakan yang diusahakan oleh pelukis pada abad ke-15?
A Tekstil
B Kitab Agama
C Kad permainan
D Hiasan dinding
19 Apakah faktor utama yang mempengaruhi kemahiran pelukis seni cetakan Barat?
A Pengaruh guru seni
B Permintaan terhadap hasil karya
C Tuntutan masyarakat setempat
D Tuntutan masyarakat setempat
20 Siapakah pelukis pada abad ke-15 yang terkenal dengan karya cetakan siri The Apocalypse (1498)?
A Hans Holbein
B Erhard Ratdolt
C Albrecht Dürer
D Michael Wolgemut
21 Mengapakah Dasar Landskap Negara (DLP) dilancarkan?
A Menyaingi seni landskap di negara-negara lain
B Meningkatkan sumber pendapatan pereka landskap
C Mempertahankan pembangunan negara supaya lebih mampan
D Bukti keprihatinan kerajaan untuk memartabatkan seni landskap negara
22 Apakah yang dimaksudkan dengan nurseri atau tapak semaian?
A Tempat kanak-kanak belajar landskap sambil bermain
B Tempat untuk menyemai benih tanaman sebelum ditanam di tempat kekal atau dipasarkan
C Kawasan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan menjalankan aktiviti berkaitan bidang
pelandskapan
D Taman untuk mendidik masyarakat yang berminat dalam bidang landskap agar menjadi pelapis
pereka landskap
23 Kaedah pengudaraan berkait rapat dengan aspek
A saiz tingkap C susunan perabot
B warna dinding D kedudukan pintu
24 Pilih pernyataan yang betul berkaitan kerjaya berikut
25 Gambar foto di bawah menunjukkan susun atur ruang tamu bentuk _____________________.
AU
BL
CH
D Pulau
26 Apakah kerjaya yang dimaksudkan oleh pernyataan di bawah?
Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat berkaitan
warna dan bahan kemasan berdasarkan konsep dan tema
yang dipilih.
A Pelukis set
B Pereka pelan
C Pereka ruang pameran
D Perunding warna dan bahan kemasan
27 Apakah tujuan pameran RIX diadakan?
A Mencungkil bakat pereka muda
B Mempamerkan dan menjual barang hiasan terpakai
C Memberikan khidmat nasihat kepada peminat reka bentuk dalaman
D Platform untuk berkongsi idea tentang reka bentuk dalaman terkini
28 Apakah kemahiran dan pengetahuan yang perlu diketahui oleh pereka bentuk dalaman?
I Teknologi
II Keselamatan
III Kejuruteraan
IV Bahan kemasan
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV
29 Bahan daripada sumber ala mini selalu digunakan untuk melicinkan permukaan corak ukiran kayu.
Apakah bahan tersebut?
A Daun Nipah
B Daun Mempelas
C Rebung Buluh
D Mengkuang
30 Apakah fungsi alat tersebut?
A membentuk kayu
B melicinkan corak
C membentuk lengkungan
D melicinkan permukaan kayu
31 Apakah definisi umum ilustrasi?
A Ekspresi diri oleh pelukis
B Sebarang lukisan yang dihasilkan menggunakan perisian komputer.
C Penghasilan sesuatu imej bagi tujuan dekorasi, interpretasi dan komunikasi secara visual kepada
teks,
proses idea ataupun konsep.
D Imej yang dihasilkan dalam pelbagai media atau medium dan teknik serta merupakan lukisan
secara
manual sesuatu yang ingin digambarkan.
32 Pernyataan di atas merujuk kepada jenis ilustrasi
A Fesyen
B Dekoratif
C Komik dan animasi
D Buku cerita kanak-kanak
33 Manakah antara berikut, media dan teknik yang sering digunakan dalam penghasilan karya
ilustrasi?
I Pen
II Pensel warna
III Batik canting
IV Cetakan sutera saring
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
34 Karya ilustrasi di atas ialah jenis?
A Ilustrasi Pengiklanan
B Ilustrasi Sains dan Perubatan
C Ilustrasi Industri dan Teknikal
D Ilustrasi Buku Cerita Kanak-kanak
35 Apakah genre fotografi yang akan dihasilkan oleh fotografer yang bertugas di agensi berita?
A Fotografi Mikro
B Fotografi Jalanan
C Fotografi Landskap
D Fotografi Kewartawanan
36 Apakah teknik fotografi yang dipelopori oleh artis pada era Bauhaus pada awal abad ke-20 bagi
mengasingkan dan menggabungkan imej atau beberapa imej daripada foto dan elemen grafik?
A Fotostat
B Photoshop
C Fotomontaj
D Fotosintesis
37 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah genre fotografi yang dimaksudkan?
A Fotografi Potret
B Fotografi Jalanan
C Fotografi Dokumentari dan Kewartawanan
D Fotografi Produk dan Pengiklanan
38 Apakah genre fotografi yang mempunyai ciri seperti fotografi fesyen?
A Fotografi Seni Halus
B Fotografi Alam dan Landskap
C Fotografi Produk dan Pengiklanan
D Fotografi Dokumentari dan Kewartawanan
39 Genre fotografi yang sesuai bagi foto di atas ialah
A Fotografi Potret
B Fotografi Alam dan Landskap
C Fotografi Produk dan Pengiklanan
D Fotografi Dokumentari dan Kewartawanan
40 Manakah antara pernyataan berikut menerangkan kepentingan genre fotografi?
I Memaksimumkan impak dan nilai sesuatu imej dalam setiap foto yang dihasilkan
II Keperluan menghasilkan foto yang mempunyai resolusi yang tinggi
III Mengurangkan kebergantungan kepada perkakasan kamera dan mengoptimakan penggunaan
teknologi
digital
IV Membantu penonton untuk memahami kandungan (content) dan konteks (context) foto yang
dirakam
serta memenuhi keperluan pelanggan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
KERTAS SOALAN TAMAT
TINGKATAN 4 (KERTAS 2)
Seni Halus
Pilih satu soalan sahaja
1. Anda sedang melalui lorong sempit dan amat sunyi. Kelihatan di sebelah kanan lorong tersebut
terdapat bonggolan-bonggolan tanah yang membentuk bukit kecil, manakala di sebelah kiri pula
terdapat beberapa batang pokok besar yang meredupkan lorong tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, jalinan dan bentuk.
2. Seorang pengembara telah sesat di dalam hutan yang amat ganjil dan aneh. Pengembara tersebut
sedang keletihan dan duduk di perdu pokok cendawan yang sangat besar. Kawasan tersebut
dipenuhi dengan pokok-pokok cendawan dan juga beberapa batang pokok yang berduri tajam.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekatdengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan
dan ruang.
3. Musim durian telah pun tiba. Kelihatan seorang pekebun durian sedang mencangkung sambal
mengutip buah durian yang luruh di tanah. Kawasan tersebut dipenuhi dengan pokok durian
dan
tumbuhan renek.
Gambarkan keadaan ini dari jarak dekat dengan memberi fokus kepada bentuk figura, jalinan
dan ruang.
4. Seorang remaja perempuan sedang menjemur pakaian di ampaian kayu yang terletak di
belakang rumahnya. Kelihatan beberapa helai pakaian tergantung pada ampaian kayu tersebut.
Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan
warna.
5.Kelihatan tiga jenis buah-buahan segar terletak di sudut meja. Buah-buahan tersebut terdiri
daripada sebiji limau, sebiji manga dan sebiji tembikai.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada jalinan, warna
dan bentuk.
6. Seorang pemuda sedang menuju ke sebuah pulau dengan sampan kecilnya. Tiba-tiba, muncul
raksasa besar di permukaan air. Pemuda tersebut kelihatan amat terkejut dan tidak mampu buat
apa-apa.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan member penekanan kepada bentuk,
jalinan,
ruang dan aksi pergerakan.
.
KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan Oleh, Disemak oleh,
__________________ _______________
(Norizan bt Zuaini) (Darnawati bt Omar)
Guru Matapelajaran Ketua Bidang Kemanusiaan
Pendidikan Seni Visual
TINGKATAN 5 (KERTAS 1)
1 Pilih padanan hasil karya dan penulis bagi ilustrasi di bawah.
Katak Nak Jadi Lembu, 1999
Karya Pelukis
A Catan Zulkifli Yusof
B Cetakan Zulkifli Yusof
C Catan Juhari Said
D Cetakan Juhari said
2 Alat-alat permainan Tradisional berikut perlu menggunakan prinsip imbangan sewaktu
memainkannya.
Apakah alat permainan tradisional tersebut?
I Wau
II Gasing
III Congkak
IV Batu Seremban
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Gambar 1
3 Gambar 1 menunjukkan alat perhiasan diri masyarakat Melayu. Apakah fungsi alat perhiasan
tersebut?
I Dipakai di bahagian dada
II Dijadikan kepala tali pinggang
III Digayakan dengan sarung atau samping
IV Berfungsi sebagai kekemasan ikatan sanggul
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
4 Gambar 2 menunjukkan alat kebesaran Diraja.
Gambar 2
Apakah fungsi alat tersebut pada zaman dahulu?
A Alat pertabalan
B Alat peperangan
C Alat perhiasan Diraja
D Lambang raja berdaulat
5 Seni bina manakah menggunakan atap singgora?
AC
BD
6 Ilustrasi 1 menunjukkan corak garisan
Ilustrasi 1
Apakah ciri bagi garisan tersebut?
I Beralun
II Berpancar
III Garisan menghasilkan ton
IV Garisan menghasilkan ruang
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
7 Ilustrasi 2 menunjukkan aktiviti menendang bola.
Ilustrasi 2
Apakah fungsi X ?
A Mencipta jalinan
B Menghasilkan rupa
C Menimbulkan bentuk
D Mewujudkan pergerakan
8 Antara berikut, pernyataan yang manakah tentang lukisan yang menggunakan media arang?
I Boleh diwarnakan
II Menggunakan teknik gosokan
III Kesan yang legap
IV Menggunakan pemati warna (fixative) untuk mengekalkan warna
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
9 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang lukisan di atas?
A Menggunakan jalinan sentuh dalam karya tersebut
B Mementingkan perspektif
C Sebuah lukisan yang mementingkan garisan
D Menggunakan jalinan ilusi dalam karya tersebut
10 Lukisan di atas menggunakan teknik
A garisan selari
B garisan berombak
C lorek
D titik
Warna disapu terus dari tiub atas lapisan
warna cair di atas permukaan kertas yang telah dibasahkan.
11 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah teknik cat air yang digunakan?
A Kering atas kering
B Basah atas kering
C Kering atas basah
D Basah atas basah
12 Apakah gubahan warna yang amat sesuai bagi ciptaan poster?
A Warna sewarna
B Warna penggenap
C Warna harmoni
D Warna natural
13 Antara berikut, garisan yang manakah menerangkan tentang bulu kucing?
A Garisan kasar
B Garisan beralun
C Garisan berbulu
D Garisan berlingkar
14 Warna ungu, jingga, dan hijau adalah
A warna asas
B warna tertier
C warna natural
D warna sekunder
15 Berikut adalah fungsi penegasan, kecuali
A untuk menunjukkan kematangan
B untuk menarik perhatian
C untuk menimbulkan fokus dan tumpuan
D untuk mengelakkan kebosanan
16 Kesan media arang yang tidak melekat pada permukaan kertas boleh diatasi dengan
A melapik permukaan dengan plastik lutsinar
B menyembur dengan pemati warna
C menggosok permukaan dengan lilin
D melapik permukaan dengan cermin lutsinar
17 Apakah teknik yang digunakan dalam lukisan di atas?
A Teknik glazing
B Teknik hard edges
C Teknik impasto
D Teknik alla prima
18 Siapakah pelukis tanah air yang mematuhi gaya catan Ekspresionisme Abstrak?
I Dzulkifli Buyong
II Zulkifli Mohd Dahalan
III Syed Ahmad Jamal
IV Abdul Latiff Mohidin
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
19 Antara berikut, warna yang manakah tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna-warna lain
tetapi warna-warna ini dapat menghasilkan warna lain?
I Warna kuning
II Warna biru
III Warna merah
IV Warna hijau
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
20 Apakah ciri-ciri poster yang bermutu?
I Warna poster berkesan
II Gubahan asli dan unik
III Muka taip keterbacaan
IV Ilustrasi bertentangan dengan tema
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
21 Alat di atas diperlukan dalam proses cetakan
I stensil III gurisan
II linolium IV blok kayu
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
22 Apakah fungsi batu sungai dalam kraf tembikar?
A Untuk melicinkan permukaan tembikar sebelum dibakar
B Untuk menekap corak permukaan tembikar
C Untuk menggosok tapak tembikar
D Untuk membuat acuan tembikar
23 Bahan apakah yang disapu di bahagian bawah tembikar untuk mengelakkan telap air?
A Minyak C Damar
B Kapur D Air
24 Antara berikut, yang manakah bukan elemen alam semula jadi?
25 Bentuk ukiran yang sesuai untuk ukiran corak di atas adalah
A ukiran tebuk tembus bersilat
B ukiran tebuk tembus tidak bersilat
C ukiran bunga timbul
D ukiran larik
26 Program membolehkan pengguna melakar bentuk geometri, figura, dan gabungan teks.
A carta
B persembahan grafik
C penerbitan atas meja
D mereka bentuk dan melukis imej
27 Teknik yang digunakan untuk membakar tembikar seperti yang ditunjukkan di atas ialah
A teknik pembakaran dedah cara Sayong
B teknik pembakaran dedah cara Pulau Tiga
C teknik tanur gas
D teknik tanur elektrik
28 Antara berikut, pernyataan yang manakah tidak benar tentang corak pola pemidang?
A Bersifat estetik dengan pengertian tertentu
B Corak tersusun dalam skrin atau bingkai
C Pergerakan unsurnya berbelit-belit dan berlingkar-lingkar
D Biasanya terdapat pada penutup bendul, susur tangga atau cucuran atap
29 Sesetengah pengeluar produk seperti syarikat Shell menggunakan sebagai identiti mereka.
A warna hijau
B warna jingga
C warna merah
D warna merah dan kuning
30. Apakah fungsi ruang pelantar?
A Tempat memasak
B Tempat berbincang
C Tempat menyambut tetamu
D Tempat simpanan barang-barang
31 Alatan yang ditunjukkan di atas digunakan sebagai
A pelurut daun mengkuang
B penyisip daun mengkuang
C pelerai daun mengkuang
D pemotong daun mengkuang
32 Daun mengkuang yang berwarna hijau bertukar warna cerah setelah melalui proses
A direndam
B dilayur
C dilurut
D direbus
33 Arca di atas sesuai digunakan sebagai
A hiasan di pintu bilik tidur
B permainan kanak-kanak
C promosi jualan barangan kraftangan
D barangan hiasan dalaman
34 Warna hijau yang digunakan untuk bahan tenunan adalah berasal daripada
A kunyit
B mengkudu dicampur kapur
C daun terung dicampur kunyit
D campuran kapur dengan batang sepang
35 Apakah maklumat pembungkusan yang bertanda X?
A Jenama barangan
B Nama pengeluar
C Ilustrasi yang berkaitan dengan barangan
D Nama syarikat
36 Apakah jenis simbol di atas?
A Simbol amaran
B Simbol sukan
C Simbol maklumat
D Simbol abstrak
37 Antara berikut, unsur yang manakah bukan merupakan objek landskap keras?
A Lampu taman
B Pokok renek
C Bangku taman
D Pergola
38 Risalah merupakan satu cara pengiklanan yang popular kerana
I mudah diedarkan
II dapat menyampaikan maklumat yang lebih lengkap
III menjimatkan masa
IV kos agak rendah jika dibandingkan dengan pengiklanan saluran radio atau televisyen
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
39 Seorang pereka landskap akan mengekalkan pokok-pokok besar semasa merancang untuk
A memberi kesegaran
B mengelakkan masalah pencemaran
C memberi teduhan
D mengekalkan keindahan
Mempunyai struktur jisim dan isi padu dalam gambar foto dan karya catan atau lukisan hanya dapat
dilihat pada satu sudut pandangan sahaja.
40 Pernyataan di atas berkaitan dengan
A bentuk
B jalinan
C garisan
D rupa
KERTAS SOALAN TAMAT
TINGKATAN 5 (KERTAS 2)
Seni Halus
Pilih satu soalan sahaja
1. Pada suatu petang, kelihatan seorang pemuda sedang menjala ikan di sebatang sungai yang
cetek. Kelihatan bonggolan batu dan pokok pelbagai saiz memenuhi sekitar kawasan sungai.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan
perspektif.
2. Di hujung sudut sebuah meja batu, terdapat pelbagai jenis buah-buahan. Kelihatan sesikat
pisang masak, sepotong tembikai dan beberapa jenis-buah-buahan lain.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk,
jalinan dan ruang.
3. Anda sedang melihat seorang pelukis sedang melukis menggunakan easel sambal duduk
menghadap sebatang sungai. Kelihatan beberapa batang pokok mati di dalam sungai tersebut.
Gambarkan keadaan ini dari jarak dekat dengan memberi fokus kepada bentuk , jalinan
dan ruang.
4. Anda sedang memandu kereta melalui sebuah jambatan yang merentasi sebatang sungai.
Di persekitaran kawasan tersebut, kelihatan pemandangan semula jadi yang begitu indah dan
menarik.
Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan
warna.
5. Anda berada di sebuah taman fantasiyang sangat aneh Kelihatan pokok-pokok disitu sedang
menari-nari menyambut kedatangan anda.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk,
jalinan, dan aksi harmoni pergerakan pokok itu.
6. Pada suatu petang, kelihatan seorang pemuda berpakaian ala cow boy bersama-sama seekor
ayam jantan yang terikat tali pada lehernya, berada dihadapan sebuah bangsal kayu. Ayam
jantan itu sangat besar, iaitu melebihi saiz pemuda itu sendiri.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk figura,
ruang dan perspektif.
.
KERTAS SOALAN TAMAT