SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SULTAN ISMAIL II
24000 KEMAMAN,TERENGGANU
LAPORAN PROJEK SOLAR OVEN
CHALLENGE (SOC)
AHLI KUMPULAN: 1)SARAH ALEEYA QISTINA BINTI ZAINUDIN
(060222060418)
2)PUTERI HANIBASRINA BINTI SONY ZARIM
(061215110434)
ABSTRAK
Tenaga solar adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya
matahari. Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak
beberapa abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan tenaga elektrik. Tenaga
matahari sekarang digunakan dalam beberapa aspek seperti pemanasan (air panas,masakan
pemanasan rumah dan bangunan) dan generasi elektrik (fotovoltik, enjin pemanasan dan
penyahmasinan air laut). Kegunaannya semakin meluas tatkala kesedaran mengenai kos
persekitaran dan bekalan terhad oleh sumber tenaga lain seperti bahan api fosil. Dapur solar
merupakan satu alternatif yang digunakan untuk menggantikan kaedah memasak secara
konvensional. Ia menggunakan tenaga solar sebagai medium utama dalam proses memasak.
Dapur solar merupakan satu dapur mesra alam dan tidak membebaskan karbon dioksida
yang mengakibatkan pencemaran terhadap alam sekitar serta menjimatkan kos kerana tiada
bahan api seperti kayu, arang batu atau gas digunakan. Dapur solar pada awalnya dicipta
untuk memudahkan pekerjaan para wanita pada zaman dahulu di mana para wanita perlu
berjalan 50km setiap minggu untuk mencari bahan bakar seperti kayu untuk memasak.
Faktanya, sebanyak 2 bilion orang mati kerana pencemaran oleh asap sebelum terciptanya
dapur solar. Dapur solar menggunakan sumber alternatif daripada cahaya matahari untuk
memasak. Tenaga alternatif bermaksud sumber tenaga selain daripada tenaga konvensional
atau sumber boleh baharu yang berasaskan bahan bakar seperti gas asli dan petroleum.
Lazimnya, tenaga alternatif merupakan tenaga daripada unsur-unsur seperti tenaga hidro,
tenaga solar dan tenaga angin. Penggunaan tenaga solar amat sesuai di Malaysia yang
beriklim khatulistiwa yang panas dan lembab dan menerima pancaran matahari sepanjang
tahun setinggi 27C.
1.0 PENGENALAN
Dapur solar merupakan rekacipta model yang menggunakan tenaga alternatif iaitu tenaga
solar. Model dicipta menggunakan bahan terpakai seperti aluminium, kotak dan cat hitam.
Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kecekapan tenaga, menjimatkan bahan api
konvesional sekaligus memulihara alam sekitar. Penggunaan tenaga solar di negara kita
amat rendah dan tidak umum sedangkan ia berpotensi tinggi dan dapat dimanfaatkan dengan
baik.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Seiring berkembangnya ekonomi dan bertambahnya populasi, penggunaan elektrik semakin
meningkat. Sudah menjadi lumrah bahawa manusia mahukan kehidupan yang baik seperti
rumah, bekalan elektrik, teknologi dan lain-lain yang menyebabkan permintaan terhadap
sumber semula jadi meningkat. Pengurusan sumber semula jadi seperti pembalakan,
perlombongan, perkilangan dan sebagainya menyebabkan pencemaran baik dari segi udara
atau air. Jika pengurusan semula jadi tidak dikawal, ia dapat menjejaskan taraf kehidupan
manusia dan alam semula jadi. Sepanjang pandemik covid-19, kadar pengangguran
meningkat kerana kehilangan pekerjaan dan penggunaan elektrik meningkat kerana
semuanya berada di hujung jari baik itu dari segi pembelajaran, pekerjaan mahupun
pembelanjaan. Justeru, isu-isu tersebut harus ditanggani secara kolektif dan efektif. Satu
pendekatan yang kritis amatlah penting. Pada masa kini, penggunaan sumber tenaga
konvensional atau sumber tenaga tidak boleh baharu seperti petroleum, nuklear, gas asli
digunakan secara berleluasa. Tanpa menitikberatkan hakikatnya bahawa sumber tenaga
konvensional mengambil masa yang lama untuk dihasilkan secara semula jadi dan sumber
ini akan habis pada suatu waktu. Penggunaan sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar
dan tenaga hidro perlu digunakan secara berleluasa di Malaysia agar Malaysia menjadi
negara yang bebas pencemaran.
3.0 OBJEKTIF
1. Menghasilkan tenaga alternatif daripada sumber tenaga matahari di mana haba
daripada matahari digunakan untuk memasak.
2. Menguji pencapaian suhu maksimum yang boleh dihasilkan oleh dapur solar.
3. Menguji keberkesanan dapur solar yang dicipta
KONSEP SAINS
1. Kehadiran cahaya matahari
• Dapur solar hanya dapat berfungsi apabila terdapat cahaya matahari.
• Malaysia amat sesuai untuk penggunaan dapur solar kerana Malaysia menerima
pancaran cahaya matahari setiap tahun dan purata suhu adalah 27C
• Kelemahan dapur solar adalah tidak dapat digunakan pada waktu malam, mendung
dan hujan.
• Tenaga solar tidak menghasilkan pencemaran dan tidak akan habis
2. Menukarkan cahaya matahari kepada tenaga haba
• Pemilihan dan penggunaan bahan amat penting dalam pembinaan dapur solar
bagi memastikan sel-sel suria menukarkan cahaya matahari kepada tenaga haba.
3. 4 konsep yang diambil kira
• Haba diserap : Contohnya permukaan hitam dan kusam merupakan penyerap
haba yang baik
• Haba dibebaskan : Contohnya permukaan hitam dan kusam juga pembebas haba
yang baik
• Haba dipantulkan: Contohnya permukaan putih dan berkilat merupakan pemantul
haba yang baik
• Haba diperangkap menggunakan konsep rumah hijau dan penebat haba
PEMILIHAN DAN PENYESUAIAN
1. Bahagian atas dapur bertindak sebagai pemantul cahaya dibina
menggunakan:
• Kotak yang dibalut dengan menggunakan keranjang aluminium
• Hal ini menyebabkan haba dipantul dengan baik kerana permukaan yang
berkilat oleh keranjang aluminium
2. Bahagian bawah bertindak sebagai ruang memasak dan perlu
mengumpulkan haba:
• Luaran kotak berwarna hitam membenarkan haba diserap dengan baik
• Dinding dalaman dikelilingi oleh keranjang aluminium yang akan
memantulkan haba dengan baik.
• Lantai kotak dilapisi plastik hitam supaya membebaskan haba ke dalam
kotak dengan baik
• Bahagian tengah kotak dibalut menggunakan plastik lut sinar untuk
memerangkap haba di dalam kotak
• Kanta cembung diletakkan di atas permukaan plastik lut sinar bagi
memfokuskan cahaya kepada bahan yang ingin dimasak
• Menggunakan bekas aluminium bagi mengekalkan dan memantulkan haba
bahan yang ingin dimasak
PROSES PEMBINAAN OBJEK
1. Bahan-bahan disediakan
▪ Kotak hitam
▪ Keranjang aluminium
▪ Plastik lut sinar
▪ Gunting
▪ Pisau lipat
▪ Pita pelekat
▪ Pembaris
▪ Marker
▪ Plastik berwarna hitam
▪ Cermin cembung
▪ Bekas aluminium
2. Kotak pada bahagian hadapan dipotong segi empat
3.Bahagian dalam dibalut dengan menggunakan kerajang aluminium
4.Semua bahagian dipastikan dibalut dengan menggunakan kerajang aluminium
5.Lubang di bahagian hadapan ditutup dengan menggunakan plastik lut sinar
6.Kemudian, bahagian atas dibalut dengan menggunakan kerajang aluminium
7.Pita pelekat diletakkan pada bahagian atas yang dibalut supaya tegak.dan dapur solar sedia
digunakan.
8.Air sebanyak 500 ml dituang ke dalam bekas aluminium sebagai sampel ujikaji dimasukkan
ke dalam dapur solar
9.Dapur solar diletakkan di Kawasan uji kaji
10.Suhu pada air diambil menggunakan termometer selepas 1 jam. Bacaan suhu dicatat
11.Setelah data diperoleh, ujikaji ditukar dengan bahan ujikaji yang berbeza iaitu plastik hitam
dan kanta cembung.
REKOD PENGUJIAN (CUBA JAYA)
• Suhu akhir diambil setelah 60 minit
Suhu awal Suhu akhir
38C
Tanpa plastik hitam 28C
& cermin cembung 43C
Penggunaan plastik 27C
hitam & kanta
50
45
40
35
30
25
20
15
10
5
0 menggunakan plastik hitam dan kanta cembung
tanpa plastik hitam dan kanta cembung
suhu awal suhu akhir
Graf menunjukkan bahawa suhu air yang menggunakan plastik
hitam dan kanta cembung lebih tinggi daripada tidak
menggunakannya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapur solar bukan hanya dapat berfungsi dengan adanya kehadiran cahaya
matahari tetapi juga dari segi pemilihan bahan seperti kanta cembung yang memfokuskan
cahaya kearah makanan dan plastik hitam yang menyerap dan membebaskan haba dengan
baik. Hal ini lebih memudahkan pengguna dapur solar. Walaubagaimanapun, dapur solar
perlu ditambahbaik lagi supaya para pengguna dapat menggunakan dapur solar secara
efisien dan efektif. Penambahbaikkan ini dapat menambah pengguna dan dapat memberi
beribu manfaat kepada manusia mahupun alam semula jadi. Kesannya, bumi dapat terbebas
daripada pencemaran dan isu pemanasan global dapat disurutkan.
RUJUKAN
1. https://youtu.be/SzCLv36SOo4
2. https://www.academia.edu/38585018/Cabaran_dapur_solar
3. https://youtu.be/nsXhfpE5NCY
4. https://youtu.be/Ofn7jqPDTeY
5. https://www.slideshare.net/anuar032/kajian-dapur-solar-15599251