Buku Skrap Digital
Tokoh kemerdekaan
PENGENALAN
Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah
Sebuah nama yang asing bagi rakyat di Malaysia, lebih-lebih
Lagi dalam lipatan sejaran tuntutan kemerdekaan dan
Sejarah politik awal di Malaysia.
Saya memilih tokoh kemerdekaan Tunku Abdul
Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri Malaysia yang
pertama yang juga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan”,
sebagai tokoh kemerdekaan Malaysia.
Ketokohan kepimpinan Tunku amat terserlah
Samada dalam bidang politik ataupun bidang kepimpinan.
Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak penganjur, kerana sudi menganjurkan
pertandingan ini dan dapat memberi peluang kepada saya.
Sekian, Terima Kasih.
BIODATA DIRI
NAMA : KAISAH KHALISAH BT HARMAN
UMUR : 10 TAHUN
SEKOLAH : SK FELDA LOK HENG SELATAN
NO K.P : 111029-01-0256
KOD SEKOLAH : JBA3052
NO TELEFON : 016-4864078
BIODATA tokoh
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan pada 8 Februari
1903 di, Alor Setar, Kedah . Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh
dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Halim Shah, Sultan
Kedah yang ke-24.
Bonda kepada Tunku Abdul Rahman bernama Nearng atau lebih
dikenali sebagai Makche Menjalara. Bonda yang dicintai itu adalah
seorang keturunan Thailand, iaitu anak kepada Luang Nara Borirak
(Kleb), keturunan Chao Phya Maha Kota, Ketua Negeri Mataban dalam
jajahan Siam di Shan Utara Thailand.
Pada usianya enam tahun belajar di salah sebuah sekolah Melayu
di Alor Star dan kemudian sekolah Government English School. Pada
tahun 1913, kemudiannya Tunku menyambung pelajaran di sekolah
Melayu pada tahun 1916, sebelum memasuki Penang Free School.
Semasa usia Tunku tujuh belas tahun, beliau dihantar oleh keluarganya
ke seberang laut untuk menuntut pelajaran di St. Catherine’s College,
Universiti Cambridge, England.
rasionalisasi
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang pemimpin
yang telah meninggalkan satu nostalgia buat rakyat Malaysia
khususnya dalam pengorbanan beliau sebagai seorang yang
memperjuangkan kemerdekaan agar rakyatnya merasai keamanan
yang tidak berbelah bahagi lagi. Beliau adalah seorang tokoh yang
sangat berjasa bukan sahaja kepada rakyatnya malah juga buat
bangsa dan negara. Beliau merupakan Ketua Menteri Tanah Melayu
dari tahun 1955 dan juga Perdana Menteri pertama sejak negara
mencapai kemerdekaan tahun 1957 sehingga perletakan jawatan
beliau pada tahun1970. Pengorbanan beliau kepada negara telah
menyebabkan beliau sehingga kini digelar sebagai “Bapa
Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”.
KELEBIHAN TOKOH
Sebelum Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Tanah Melayu
yang pertama, Tunku telah berpengalaman bertugas dalam
pelbagai bdang pentadbiran pengurusan, yang menyebabkan
Tunku amat berbeza dengan tokoh negarawan yang lainnya,
antaranya pengalaman dan kelebihanTunku ialah :
Tunku memulakan kerjayanya sebagai Penolong Pegawai Daerah
dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah
di beberapa Daerah di Kedah termasuk Kuala Nerang dan
Pulau Langkawi.
Pada tahun 1940 Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai
Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Kedah Selatan.
Pada tahun 1941, Tunku dilantik menjadi Penyelia Pelajaran dan
beliaumenyandang jawatan tersebut hingga British menjajah Tanah
Melayu semula.
Setelah tamat perang dunia kedua, Tunku menyertai politik
menentang Malayan Union bersama pemimpin UMNO, beliau
berusaha mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
BUKTI KREDIBILITI
Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti
Oxford, England pada tahun 1970
Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari
Universiti Cambridge (1970)
Ijazah Kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti
Prince of Songkhla, Thailand (1977).
Order of Istiqqlal, Maghribi pada tahun 1957,
Darjah Utama Negeri Kedah pada tahun 1958
Order of Kim Khanh, Vietnam (1958)
Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Kelas Pertama)
Grand Cross of the Order of the Crown dari
Belgium
Jasa & sumbangan
Memupuk kerjasama antara kaum
dan mencapai persetujuan bagi
pemerintahan negara merdeka
Tunku berusaha untuk menamatkan
pengganasan komunis secara damai.
Pada 9 September 1955,
Pada tahun 1956, Tunku mengetuai
rombongan ke London untuk berbincang
dengan Kerajaan British mengenai
Kemerdekaan Tanah Melayu.
Di atas usaha Tunku, Tanah Melayu
secara rasminya mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957
Rundingan telah diadakan antara
Tunku dan lain-lain dengan pemimpin-
pemimpin Parti Komunis Malaya bagi
menyelesaikan permusuhan.
penutup
Pada 6 Disember 1990, Tunku menghembus nafasnya
yang terakhir pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala
Lumpur. Pihak kerajaan telah mengiktiraf “Istiadat
Pengebumian Negara” kepada beliau. Pada 7 Disember 1970,
jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh orang
ramai di Dewan Bankuasi, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
Selepas itu, jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar, Sungai
Besi. Setibanya di sana, jenazahnya diberi penghormatan
terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar, Alor
Setar sebelum diusung menuju makam diraja untuk
menjalani istiadat pengebumian. Pemergiannya merupakan
suatu kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa dikenang
oleh rakyat Malaysia.