The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 6 PENGURUSAN KURIKULUM & KOKURIKULUM T6 DAN BAB 7 SENARAI TUGAS STAFF SOKONGAN PEMBANTU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Masytah Yazid, 2023-03-15 06:26:01

BAB 6 PENGURUSAN KURIKULUM & KOKURIKULUM T6 DAN BAB 7 SENARAI TUGAS STAFF SOKONGAN PEMBANTU

BAB 6 PENGURUSAN KURIKULUM & KOKURIKULUM T6 DAN BAB 7 SENARAI TUGAS STAFF SOKONGAN PEMBANTU

185 PENGURUSAN KURIKULUM TINGKATAN 6 SESI 2023/2024


186 6.1 DASAR PENGURUSAN TINGKATAN ENAM 6.1.1 MATLAMAT Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini. Dasar ini menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan Tingkatan Enam sekolah ini berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia yang terkini. 6.1.2 OBJEKTIF 6.5.2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 6.5.2.2 Memantapkan pengurusan Tingkatan Enam. 6.5.2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan Tingkatan Enam oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak. 6.1.3 DASAR AM 6.5.3.1 Dasar Pengurusan Tingkatan 6 sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan sistem arus perdana dan dasar pendidikan kebangsaan. 6.5.3.2 Kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 6.5.3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai kurikulum dan kokurikulum Tingkatan 6. 6.5.3.4 Setiap guru Tingkatan 6 mesti terlibat dalam kegiatan kokurikulum pelajar tingkatan 6 sebagai guru penasihat. 6.5.3.5 Setiap pelajar wajib melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. 6.5.3.6 Setiap AJK unit mata pelajaran bertanggungjawab melaksanakan tugas kurikulum, 6.5.3.7 Merangka program kecemerlangan dan melaksanakan program bagi menyokong kejayaan dasar kurikulum sekolah serta meningkatkan pencapaian akademik. 6.1.4 DASAR KHAS 6.1.4.1 MESYUARAT a. Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum Tingkatan 6 akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun. b. Agenda mesyuarat mengikut garis panduan pengurusan tingkatan 6. c. Mesyuarat unit-unit akademik akan diadakan minimum 4 kali setahun. Salinan minit panitia perlu diserahkan kepada SU Akademik Ting 6 dan sesalinan simpan dalam fail unit. d. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan 3 hari sebelum tarikh mesyuarat oleh setiausaha akademik Tingkatan enam . e. Semua guru tingkatan 6 wajib menghadiri mesyuarat pengurusan. 6.1.4.2 SISTEM FAIL a. Fail Pengurusan Tingkatan 6 diuruskan oleh GPK Tingkatan 6 dengan bantuan setiausaha unit. b. Semua fail Unit Akademik Tingkatan 6, semua fail kokurikulum dan Fail Hal Ehwal Murid perlu sentiasa kemas kini dan diletakkan di bilik GPK Tingkatan 6. c. Semakan fail dibuat dua kali setahun oleh pihak pengurusan.


187 6.1.4.3 FOLIO GURU a. Semua guru tingkatan 6 yang dilantik atau belum dilantik perlu mempunyai 4 folio iaitu: i. Folio Pengajaran dan Pembelajaran ii. Folio Penilaian dan Pentaksiran iii. Folio Penyelidikan dan Kerja Kursus STPM iv. Folio Kokurikulum b. Kandungan folio harus dikendalikan dan diurus dengan lengkap serta memastikan komponen setiap folio lengkap dan kemas kini. 6.1.4.4 JADUAL WAKTU a. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan dan Pekeliling, iaitu 40 minit. b. Jumlah waktu PdP tingkatan 6 bagi satu mata pelajaran ialah 320 minit seminggu. c. 4 waktu diperuntukkan bagi aktiviti kokurikulum dan 4 waktu untuk kerja kursus dalam seminggu. d. Bilangan waktu PdP termasuk penyeliaan kerja kursus ialah 16 waktu seminggu. e. Dasar pengagihan mata pelajaran berdasarkan opsyen, kepakaran guru , keperluan dan kepentingan sekolah. f. Waktu PdP bermula pada pukul 7.30 pagi dan guru perlu berada di sekolah bermula 7.25 pagi hingga 2.20 petang g. Waktu berubah mengikut akta / pekeliling ikhtisas semasa. 6.1.4.5 PAKEJ MATA PELAJARAN Setiap pakej yang diambil, pelajar wajib menghadiri kelas mata pelajaran berkenaan. Pengambilan mata pelajaran di luar pakej, adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri dan mestilah mendapat kelulusan daripada Tuan Pengetua. 6.1.4.6 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN a. Sukatan pelajaran yang terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh Ketua Unit Mata Pelajaran serta semua guru. b. Salinan sukatan dan rancangan perlu disimpan dalam fail unit. c. Semua guru tingkatan 6 yang telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, menggunakan folio sebagai ganti buku rekod mengajar dan hendaklah menghantar folio pengajaran setiap hari Jumaat persekolahan minggu berkenaan. d. Semua guru tingkatan 6 mesti membawa folio persediaan mengajar (fail persediaan mengajar harian ) setiap kali masuk kelas. e. Semua guru tingkatan 6 atas perlu menghabiskan sukatan pelajaran pada bulan Ogos manakala tingkatan 6 bawah pada bulan September. 6.1.4.7 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN a. Peperiksaan Dalaman: Peperiksaan / ujian bulanan/Percubaan setiap penggal b. Peperiksaan Awam STPM: i. Memastikan semua pelajar didaftar untuk menduduki peperiksaan. ii. Memastikan semua pelajar diberi taklimat peraturan peperiksaan. c. Format Peperiksaan: i. Peperiksaan Penggal mengikut format peperiksaan awam ii. Semua pengendalian peperiksaan mengikut Standard Peperiksaan Sebenar. iii. Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi. iv. Pembina soalan harus berpandu kepada Jadual Spesifikasi Item (JSI).


188 6.1.5 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK Ketua Unit mata pelajaran terlibat sepenuhnya dalam menyediakan kertas kerja program dan laporan peningkatan pencapaian akademik. 6.2 JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TINGKATAN 6 6.2.1 JAWATANKUASA PENTADBIRAN TINGKATAN ENAM JAWATAN/PERKARA NAMA Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi: PK Tingkatan Enam Setiausaha Akademik 1/ T6 : Setiausaha Akademik 2 : Setiausaha Sahsiah & HEM : Setiausaha Kokurikulum : Setiausaha Peperiksaan : Setiausaha Kerja Kursus(KK) : Pn. Julia Binti Mustafa Tn. Hj. Syaharin Rahman bin Ibrahim Pn. Vanitha a/p Subramaniam Pn. Rohaida binti Zakariya En. Ahmad Kamal bin Sulaiman En. Saiful Hanif bin Nawawi Pn. Lee Swee Kam Cik Wong Choi Har Bidang Tugas: Rujuk bidang tugas JK Pentadbiran T6 6.2.2 JAWATANKUASA AKADEMIK TINGKATAN ENAM JAWATAN/PERKARA NAMA Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi : PK Tingkatan Enam Setiausaha Akademik 1 : Setiausaha Akademik 2 : Setiausaha Unit Penyelidikan Guru : Setiausaha Peperiksaan & Pentaksiran STPM : Setiausaha Peperiksaan MUET : Ketua Panitia : Pengajian Am Kimia Biologi Fizik Matematik T/M Ekonomi Perakaunan Pengajian Perniagaan Bahasa Melayu Sejarah MUET Pendidikan Seni Visual Pn.Julia Binti Mustafa Tn. Hj. Syaharin Rahman bin Ibrahim Pn. Vanitha a/p Subramaniam Pn. Rohaida binti Zakariya Pn. Adik Ayuza binti Muhammad Pn. Lee Swee Kam Pn. Manjit Kaur a/p Malkiat Singh En. Ahmad Kamal bin Sulaiman En. Sughatharam a/l Palaniappan Pn. Lee Swee Kam Pn. Tan Huei Leng Pn. Santhi a/p Narasam Cik Wong Choi Har Pn. Normalida binti Mohamed Salleh En. Nazrul Hisham bin Mohamed Yusoff En. Saiful Hanif bin Nawawi Tn. Hj. Mohamad Ariff bin Alias Pn. Manjit Kaur a/p Malkiat Singh En. Mohd Zaidi bin Mustapa Bidang Tugas: Rujuk bidang tugas JK Akademik T6 6.2.3 JAWATANKUASA SAHSIAH & HEM JAWATAN/PERKARA NAMA Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi : PK Tingkatan Enam Setiausaha Sahsiah/HEM : Penolong Setiausaha Sahsiah/HEM : Setiausaha APDM Ting 6 : Penolong Setiausaha APDM T6 : Pn.Julia Binti Mustafa Tn. Hj. Syaharin Rahman bin Ibrahim En. Ahmad Kamal bin Sulaiman En Subramaniam a/l Karuppanan Cik. Hjh. Masytah binti Yazid Puan Fairuz Zahirah Bt Zulkifli


189 Setiausaha Kebajikan, Biasiswa & Kesihatan : Pen Setiausaha Kebajikan, Biasiswa & Kesihatan Unit Disiplin, Sahsiah & Khidmat Bantu Sekolah : Pn. Normalida binti Mohamed Salleh Pn Jeyanthi a/p Arumugam En Nazrul Hisyam B Mohd Yusoff Bidang Tugas: Rujuk bidang tugas JK Sahsiah & HEM T6 6.2.4 JAWATANKUASA KOKURIKULUM JAWATAN/PERKARA NAMA Pengerusi: Pengetua Naib Pengerusi: PK Tingkatan Enam Setiausaha Kokurikulum: Penolong Setiausaha Kokurikulum: Penyelaras Unit Beruniform: Penyelaras unit Persatuan & Kelab: Penyelaras Unit Sukan & Permainan: Penyelaras PERTINAM: Pn. Julia Binti Mustafa Tn. Hj. Syaharin Rahman bin Ibrahim En. Saiful Hanif bin Nawawi En. Mohd Zaidi bin Mustapa En. Mohd Zaidi bin Mustapa Pn. Ngoh Yih Shan Cik Hajjah Masytah binti Yazid Puan Noor Maslina Bt Abdullah Bidang Tugas: Rujuk bidang tugas JK Kokurikulum T6 6.2.5 JAWATANKUASA PENYELIDIKAN GURU & KERJA KURSUS (KK) JAWATAN/PERKARA NAMA Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi : PK Tingkatan Enam Setiausaha Penyelidikan Guru : Setiausaha Kerja Kursus : Pn.Julia Binti Mustafa Tn. Hj. Syaharin Rahman bin Ibrahim Pn. Adik Ayuza binti Muhammad Cik Wong Choi Har Bidang Tugas: Rujuk bidang tugas JK Penyelidikan KK T6 6.2.6 JAWATANKUASA PEPERIKSAAN DALAMAN, STPM DAN MUET JAWATAN/PERKARA NAMA Pengerusi: Pengetua Naib Pengerusi: PK Tingkatan Enam Penyelaras Peperiksaan (S/U STPM): Penolong S/U STPM Penyelaras MUET Penolong Penyelaras MUET Penyelaras Peperiksaan Dalaman Pn.Julia Binti Mustafa Tn. Hj. Syaharin Rahman bin Ibrahim Pn. Lee Swee Kam Pn. Tan Huei Leng Pn. Manjit Kaur a/p Malkiat Singh En. Muhammad Izzat Shan bin Abdullah Puan Adik Ayuza binti Muhammad Bidang Tugas: Rujuk bidang tugas JK Peperiksaan Awam dan Pentaksiran Sekolah T6 6.2.7 JAWATANKUASA JADUAL WAKTU JAWATAN/PERKARA NAMA Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi : PK Tingkatan Enam Penyelaras Jadual Waktu : Pn.Julia Binti Mustafa Tn. Hj. Syaharin Rahman bin Ibrahim Pn. Ngoh Yih Shan Bidang Tugas: Rujuk bidang tugas JK Jadual Waktu(AP)


190 PENGURUSAN UNIT KOKURIKULUM TINGKATAN 6 SESI 2023/2024


191 7.1 DASAR KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM 7.1.1 Penyertaan Pelajar 7.1.1.1 Setiap pelajar diwajibkan menyertai tiga aktiviti kokurikulum yang terdiri daripada satu Sukan dan Permainan, satu Unit Beruniform dan satu Kelab dan Persatuan sebagai aktiviti sepanjang tahun/sepanjang semester. 7.1.1.2 Pelajar hanya perlu memilih ketiga-tiga aktiviti kokurikulum berdasarkanSukan dan Permainan, Unit Beruniform serta Kelab dan Persatuan yang ditawarkan sekolah sahaja. 7.1.2 Masa Aktiviti 7.1.2.1 Masa aktiviti bagi perjumpaan kokurikulum Tingkatan 6 akan dilaksanakan pada setiap hari Rabu dari jam 7:30 pagi sehingga 8:30 pagi.(tertakluk kepada perubahan) 7.1.2.2 Peruntukan satu perjumpaan kokurikulum ialah 160 minit seminggu 7.1.3 Bilangan perjumpaan 7.1.3.1 Bilangan maksima perjumpaan sepanjang semester tingkatan 6: a. Sukan dan Permainan - 15 kali perjumpaan. b. Unit Beruniform - 15 kali perjumpaan. c. Kelab dan Persatuan - 15 kali perjumpaan. Semester 1 -6 kali Semester 2- 6 kali Semester 3- 3 kali 7.1.3.2 Tempoh pelaksanaan penglibatan murid Tingkatan Enam dalam aktiviti kokurikulum ialah sepanjang 3 penggal iaitu Penggal 1, 2 dan 3.(15 kali kehadiran) 7.1.3.3 Perjumpaan, penglibatan, dan pencapaian akan direkodkan dalam Buku/ Fail Pengurusan Kokurikulum (unit) setiap kelab, sukan dan badan beruniform dan diselia oleh Guru Penasihat. 7.1.3.4 Tugas dan tanggungjawab Guru Penasihat Kelab, Sukan dan Beruniform adalah seperti dalam jawatankuasa. 7.1.4 Kod Pakaian 7.1.4.1 Kod pakaian bagi aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut.; T-shirt Unit Kokurikulum Tingkatan Enam setiap hari Rabu / Baju Uniform Pengakap T-shirt Unit Kokurikulum Tingkatan Enam-Sukan & Permainan 7.1.4.2 Sukan tara dan Merentas Desa : Baju-T rumah sukan dan seluar trek sekolah atau `Bermuda Sekolah’ bagi pelajar lelaki. 7.1.4.3 Peserta Kejohanan Olahraga tahunan dan saringan : Baju-T rumah sukan dan seluar trek sekolah 7.1.5 Perhimpunan Kokurikulum 7.1.5.1 Diadakan pada hari Rabu minggu ke-4 pada jam 7.15 pagi.(tertakluk kepada perubahan) 7.1.5.2 Digalakkan kawat statik untuk semua murid. 7.1.5.3 Dikendalikan oleh murid sepenuhnya sekali sebulan (Unit Beruniform-Platun) 7.1.5.4 Guru-guru badan beruniform yang mempunyai uniform badan beruniform masing- masing digalakkan memakai uniform mereka..


192 7.1.6 Pengurusan Fail 7.1.6.1 Setiap Unit Kokurikulum perlu menyediakan fail masing-masing. Isi Kandungan fail mesti mempunyai perkara-perkara berikut : a. Visi/Misi i. Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ii. Visi dan Misi SMK Horley Methodist Teluk Intan iii. Visi dan Misi setiap Unit Kokurikulum b. Perlembagaan Unit Kokurikulum c. Rancangan Tahunan d. Stuktur Organisasi (Guru dan AJK) e. Surat Penubuhan Kelab/Persatuan f. Senarai keahlian/Rekod kehadiran ahli g. Laporan setiap aktiviti h. Rekod penilaian ahli i. Laporan tahunan j. Surat-menyurat k. Minit-minit mesyuarat AJK/Agung l. Rekod kewangan bulanan m. Penyata kewangan tahunan n. Ruang gambarfoto aktiviti 7.1.7 Pengurusan Papan Notis 7.1.7.1 Papan Notis bagi setiap unit kokurikulum mesti mempunyai makluma-tmaklumat berikut: a. Maklumat asas – visi Kementerian Pelajaran Malaysia, SMK Horley Methodist Teluk Intan dan Unit Kokurikulum masing-masing, struktur organisasi, rancangan tahunan dan rancangan mingguan. b. Sudut khas – maklumat berkaitan atau hebahan mingguan dan pencapaian. 7.1.8 Pengurusan dan Pengelolaan Aktiviti Sekolah (di luar rutin aktiviti mingguan biasa) 7.1.8.1 Mengambil langkah-langkah keselamatan yang sesuai sebelum sesuatu aktiviti dimulakan, menyedia dan melaksanakan Standard Operating Procedures (SOP). a. Mengedarkan borang kebenaran ibubapa/penjaga kemudian mengumpulkannya dan memastikan ianya telah ditandatangani oleh ibubapa/penjaga. b. Memberi taklimat keselamatan kepada murid semasa perjumpaan. c. Memastikan peralatan kokurikulum dan sukan menepati spesifikasi dan selamat digunakan. d. Memastikan kawasan selesa dan selamat. 7.1.8.2 Guru penasihat menyelia aktiviti atau perjumpaan murid. a. Guru sentiasa berada bersama pelajar dan menyelia pelajar sepanjang masa aktiviti dijalankan. b. Guru mengawasi penggunaan peralatan oleh pelajar semasa aktiviti dijalankan. 7.1.8.3 Sebelum menamatkan aktiviti atau perjumpaan, guru penasihat dikehendaki, a. Memastikan pintu, tingkap, lampu dan kipas ditutup. b. Memastikan bilik/kawasan aktiviti bersih dan kemas. c. Memulangkan semua peralatan yang dipinjam kepada pihak yang memberi pinjaman. Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan perlu dimaklumkan kepada pihak yang memberi pinjaman. Kehilangan atau kerosakan peralatan yang disebabkan kecuaian pihak yang meminjam akan ditanggung sendiri oleh pihak tersebut.


193 7.1.9 Pengurusan dan pengelolaan aktiviti luar sekolah 7.1.9.1 Menyedia dan melaksanakan Standard Operating Procedures (SOP). 7.1.9.2 Mengedarkan borang kebenaran ibubapa/penjaga lebih awal kepada murid terlibat kemudian mengumpul dan memastikan ianya ditandatangani oleh ibubapa/penjaga murid sebelum murid di bawa keluar. 7.1.9.3 Membuat tempahan bas (murid terlibat melebihi 12 orang) atau van (murid kurang daripada 13 orang) dengan mengisi borang permohonan penggunaan bas/van sekolah. Sekiranya berlaku pertindihan dalam tempahan bas atau van sekolah keutamaan akan diberi berdasarkan prinsip `siapa cepat dia dapat’ atau mengikut jarak perjalanan. Keputusan muktamad adalah dari PK Kokurikulum. 7.1.9.4 Memastikan perkara 4.8.8 dipatuhi. 7.1.10 Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) 7.1.10.1 PAJSK Tingkatan Enam Pentaksiran aktiviti kokurikulum seseorang pelajar berdasarkan kepada empat aspek yang berikut: a. Kehadiran b. Jawatan disandang c. Penglibatan d. Pencapaian e. Ekstra Kurikulum 7.1.10.2 Pentaksiran Kokurikulum Tingkatan Enam akan dilaksanakan oleh guru kelas. 7.1.10.3 Setelah guru kelas (6 Atas) menyemak hasil dapatan pentaksiiran beserta eviden, Guru kelas perlu menghantar dokumen pentaksiran kepada Guru Kokurikulum Tingkatan Enam untuk dimasukkan markah dalam sistem talian PAJSK. 7.1.10.4 Penolong Setiausaha Kokurikulum akan mencetak Sijil PAJSK setelah disemak oleh pelajar.


194 7.2 JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN UNIT KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM Pengerusi Pengetua Timbalan Pengerusi Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi Semua Penolong Kanan Ketua Unit Kokuikulum (Guru Kokurikulum Tingkatan Enam) En. Saiful Hanif bin Nawawi Penolong Ketua Unit Kokurikulum (Guru Kokurikulum Tingkatan Enam 2) En Mohd Zaidi bin Mustapa Penyelaras Unit Badan Beruniform (Pengakap) En. Mohd Zaidi bin Mustapa Ketua Platun 1 Pn. Santhi a/p Narasam Ketua Platun 2 Tn. Hj. Mohamad Ariff bin Alias Ketua Platun 3 En Ahmad Kamal bin Sulaiman Ketua Platun 4 Pn Jeyanthi a/p Arumugam Penyelaras Kelab Akademik/Bukan Akademik Pn. Ngoh Yih Shan Ketua Penasihat Bahasa dan Kesusasteraan Pn. Manjit Kaur a/p Malkiat Singh Ketua Penasihat Ekonomi dan Keusahawanan En. Nazrul Hisham bin Mohamed Yusoff Ketua Penasihat Sains dan Matematik (STEM) En. Sughataram a/l Palaniappan Ketua Penasihat Rukun Negara Pn. Rohaida binti Zakariya Ketua Penasihat Kebudayaan Drama dan Muzik Pn. Vanitha a/p Subramaniam Penyelaras Sukan dan Permainan Cik Hjh. Masytah binti Yazid Ketua Penasihat Bola Tampar Pn Noor Maslina binti Abdullah Ketua Penasihat Badminton En. Muhammad Izzad Shan Abdullah Ketua Penasihat Bola Baling Pn Fairuz Zahirah binti Zulkepli Ketua penasihat Petanque Pn. Tan Huei Leng Ketua Penasihat Catur Pn. Lee Swee Kam Ketua Penasihat Sahibba Pn Adik Ayuza binti Muhamad Penyelaras Persatuan Tingkatan Enam (Pertinam) Pn Noor Maslina binti Abdullah Penolong Penyelaras 1 (Sijil Penghargaan) Pn Jeyanthi a/p Arumugam Penolong Penyelaras 2 ( Jamuan) Pn Fairuz Zahirah binti Zulkepli Penolong Penyelaras 3 (Protokol Majlis) En Saiful Hanif bin Nawawi Penolong Penyelaras 4 (Ketua Panel Akademik / Kurikulum) Cik Hjh Masytah binti Yazid Penolong Penyelaras 5 (Ketua Panel Kelab & Persatuan) Pn Ngoh Yih Shan Penolong Penyelaras 6 (Ketua Panel Sukan & Permainan) Cik Hjh Masytah binti Yazid Penolong Penyelaras 7 (Ketua Panel Badan Beruniform) En Mohd Zaidi bin Mustapa Penolong Penyelaras 8 (Ketua Panel Kesahsiahan/ HEM) En Ahmad Kamal bin Sulaiman Ahli jawatankuasa Semua Guru Akademik Tingkatan Enam Tugas Guru Kokurikulum Tingkatan Enam : 1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah. 2. Menyediakan angaran perbelanjaan mengurus. 3. Mengadakan mesyuarat pengurusan kokurikulum. 4. Merancang dan menyediakan takwim serta jadual aktiviti kokurikulum. 5. Memastikan penglibatan murid secara menyeluruh. 6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum di peringkat daerah/ negeri/ kebangsaan yang dianjurkan oleh PPD/JPN/KPM atau diiktiraf KPM. 7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum 8. Memastikan murid melaksanakan kokurikulum 160 minit seminggu seperti yang telah dijadualkan. 9. Menyelaras markah kokurikulum sebanyak 10% dan menyimpan rekod. 10. Menyelia penilaian aktiviti kokuirkulum. 11. Menyelia urusan kelab/uniform dan sukan.


195 12. Merancang dan meneliti kesesuaian program mengikut kebitarraan sekolah dengan agensi luar. 13. Mendokumentasi segala perjalanan, aktiviti dan surat-menyurat dalam fail induk pengurusan kokurikulum Tingkatan Enam. 14. Menyimpan rekod penglibatan dan pencapaian murid dalam program yang dianjurkan oleh MSSM,KPM,JPN,PPD. 7.3 JAWATANKUASA UNIT BADAN BERUNIFORM PENGAKAP KELANA PENYELARAS: EN. MOHD ZAIDI BIN MUSTAPA BIL BADAN BERUNIFORM GURU PEMBIMBING/PENASIHAT 1. Pengakap -Platun 1 1. Pn. Santhi a/p Narasam (K) 2. Pn. Lee Swee Kam 3. Tn. Hj. Mohd Sukri bin Abdullah 4. Pn. Fairuz Zahirah binti Zulkepli 2. Pengakap -Platun 2 1. Tn. Hj. Mohamad Ariff bin Alias (K) 2. En. Mohamad Izzad Shan Abdullah 3. Pn. Manjit Kaur a/p Malkiat Singh 4. Pn. Vanitha a/p Subramaniam 5. Cik Wong Choi Har 3. Pengakap -Platun 3 1. En Ahmad Kamal bin Sulaiman (k) 2. Pn. Normalida binti Mohamed Salleh 3. Pn. Adik Ayuza binti Muhammad 4. En. Nazrul Hisham bin Mohamed Yusof 5. Pn Noor Maslina binti Abdullah 4. Pengakap -Platun 4 1. Pn. Jeyanthi a/p Arumugam (k) 2. Pn. Rohaida bt Zakariya 3. Pn. Tan Huei Leng 4. En. Sughataram a/l Palaniappan 5. En Subramaniam a/l Karuppanan Bidang Tugas : Rujuk bidang tugas JK Badan Beruniform (AP) Catatan: Penyelaras akan menguruskan badan beruniform yang dipertandingkan di peringkat daerah,negeri &kebangsaan Tanggungjawab Penyelaras Pasukan Beruniform : 1. Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti pasukan beruniform. 2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. 3. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. 4. Mencatat kehadiran murid dalam sistem kehadiran kokurikulum. 5. Menentukan laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. 6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ahli jawatankuasa diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 7. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah. 8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun Tanggungjawab Guru Penasihat/Pemimpin Pasukan Beruniform : 1. Menjalankan aktiviti unit beruniform mengikut takwim yang telah dirancang : cth:Stesen, perkhemahan unit beruniform, pertandingan Kawad kaki dll. 2. Menyediakan jadual dan kurikulum latihan mengikut keperluan pertandingan/acara di semua peringkat. 3. Menyedia dan melaksana program latihan unit beruniform untuk meningkatkan pencapaian murid /memantau dan merekod penglibatan/pencapaian murid dalam aktiviti unit beruniform


196 4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk murid menyertai aktiviti. 5. Mewujudkan kerjasama pasukan dalam aktiviti unit beruniform 6. Menyertai semua pertandingan anjuran badan bukan kerajaan dan badan kerajaan 7. Menyediakan sijil penyertaan/penghargaan kepada murid yang telah berkhidmat/mewakili kelab/sekolah dalam pertandingan peringkat dalaman/luar 8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua. 7.4 JAWATANKUASA UNIT KELAB AKADEMIK/BUKAN AKADEMIK PENYELARAS : PN NGOH YIH SHAN BIL KELAB/PERSATUAN GURU PEMBIMBING/PENASIHAT 1. Sains & Matematik (STEM) 1. En. Sughataram a/l Palaniappan (K) 2. Pn. Adik Ayuza binti Mohamad 3. Pn. Santhi a/p Narasam 4. Pn Lee Swee Kam 2. Ekonomi & Keusahawanan 1. En. Nazrul Hisham bin Mohamed Yusoff (K) 2. En. Subramaniam a/l Karuppanan 3. Tn Hj Mohd Sukri bin Abdullah 3. Persatuan Rukun Negara 1. Pn. Rohaida binti Zakariya (K) 2. En. Ahmad Kamal bin Sulaiman 3. Pn. Fairuz Zahirah binti Zulkepli 4. Bahasa & Kesusasteraan 1. Pn. Manjit Kaur a/p Malkiat Singh(K) 2. Tn. Hj. Mohamad Ariff bin Alias 3. En Muhd Izzad Shan B Abdullah 5. Kebudayaan Drama & Muzik 1. Pn. Vanitha a/p Subramaniam (K) 2. Pn. Tan Huei Leng 3. Pn. Jeyanthi a/p Arumugam Bidang Tugas : Rujuk bidang tugas JK Kelab Akademik/Bukan Akademik (AP) Catatan: Penyelaras akan menguruskan kelab yang dipertandingkan di peringkat daerah,negeri &kebangsaan 7.5 JAWATANKUASA UNIT SUKAN DAN PERMAINAN PENYELARAS : CIK HJH MASYTAH BINTI YAZID BIL SUKAN/PERMAINAN GURU PENASIHAT 1. Bola Tampar 1. Pn. Noor Maslina binti Abdullah(K) 2. Pn. Rohaida bt Zakariya 3. En Ahmad Kamal bin Sulaiman 4. Pn. Vanitha a/p Subramaniam 5. Tn Hj Sukri bin Abdullah 2. Badminton 1. En. Muhammadd Izzat Shan Abdullah 2. Pn. Santhi a/p Narasam 3. Normalida binti Mohamed Salleh 3. Bola Baling 1. Pn Fairuz Zahirah binti Zulkepli (K) 2. En. Subramaniam a/l Karuppanan 3. En. Nazrul Hisham bin Mohamad Yusoff 4. En. Sughatharam a/l Palaniappan 4. Petanque 1. Pn. Tan Huei Leng (K) 2. Pn. Manjit Kaur a/p Malkiat Sing


197 3. Tn. Hj. Mohamad Ariff bin Alias 5. Catur 1. Pn. Lee Swee Kam (K) 2. Cik Wong Choi Har 6. Sahiba 1. Pn. Adik Ayuza bt Muhammad (K) 2. Tn Hj Sukri bin Abdullah 7. Memanah (Penubuhan tertakluk perubahan ) 1. Tn. Hj. Mohamad Ariff bin Alias (Pengurus) Bidang Tugas : Rujuk bidang tugas JK Sukan dan Permainan (AP) Catatan: Penyelaras akan menguruskan sukan yang dipertandingkan di peringkat daerah,negeri &kebangsaan 7.6 JAWATANKUASA PERTANDINGAN KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM PENYELARAS : EN MOHD ZAIDI BIN MUSTAPA (GKOKU2) BIL PERTANDINGAN GURU PENYELARAS 1. Tugas-tugas Khas (PAJSK) Pendaftaran Unit Kokurikulum 1. En Saiful Hanif bin Nawawi 2. Semua Penyelaras Unit Kokurikulum 2. Pertandingan Pasukan Beruniform 1. En Mohd Zaidi bin Mustapa (K) 2. Semua Guru Penasihat Pasukan Beruniform 3. Pertandingan Sukan & Permainan 1. Cik Hjh Masytah binti Yazid (K) 2. Semua Guru Penasihat Sukan & Permainan 4. Pertandingan Kelab dan Persatuan 1. Pn Ngoh Yih Shan (K) 2. Semua Guru Penasihat Kelab dan Persatuan Tanggungjawab Guru Tugas Khas : 1. Membantu Penyelaras setiap unit dalam mengurus hal-hal berkaitan dengan program di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. 2. Menyelia segala keperluan Program atau aktiviti (perserta, pentadbiran dll) Tanggungjawab Guru Pertandingan Kokurikulum Akademik/Bukan Akademik (Peringkat Negeri dan Kebangsaan) : 1. Mengenalpasti dan memilih murid yang akan menyertai pertandingan lebih awal berdasarkan jadual pertandingan kokurikulum akademik yang dikeluarkan oleh PPD/JPN 2. Menyediakan jadual dan melaksanakan latihan mengikut format pertandingan 3. Menyediakan surat makluman/ borang kebenaran kepada ibu bapa berkaitan pertandingan 5. Menyediakan pengangkutan dan mengiringi murid ketempat pertandingan 6. Memastikan prosedur keselamatan sebelum, semasa dan selepas pertandingan (SOP) sentiasa dipatuhi 7. Menguruskan makan/minum/penginapan (jika perlu) semasa pertandingan 8. Memohon dan menguruskan peruntukan kokurikulum untuk murid daripada Penolong Kanan Kokurikulum dan Pembantu Tadbir Kewangan. Permohonan peruntukan perlu disertakan dengan kertas kerja dan diluluskan oleh pengetua 9. Mengadakan perbincangan kecil sekurang-kurangnya sekali sebelum pertandingan bersama Guru Kanan Matamuridan atau Penolong Kanan Kokurikulum 10. Menyediakan laporan pencapaian pertandingan dengan mengisi lapoaran pencapaian pertandingan kepada Setiausaha Kokurikulum


198 SENARAI TUGAS STAF SOKONGAN MAKMAL


199 JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKMAL SAINS Jawatan Nama Jawatan Sekolah Pengerusi Pn.Julia binti Mustafa Pengetua Timbalan Pengerusi 1 En. Harinathrao a/l Applanaidu PK Pentadbiran Timbalan Pengerusi 2 Tn. Hj. Syaharin Rahman bin Ibrahim PK T6 Naib Pengerusi 1 Pn. Faizah binti Abu Bakar PK Petang Naib Pengerusi 2 Pn. Saidatul Akmar binti Sihab GK Sains & Matematik Setiausaha Pn. Darma Ta'siyah binti Gumbri Ketua Pembantu Makmal (C22) Penolong setiausaha Pn. Mahiran binti Hj Md Nor Pembantu Makmal (C22) AJK Pn. Noor Azira binti Mohd Rasidi Pembantu Makmal (C22) Pn. Siti Noor Aiesah binti Mat Tahir Pembantu Makmal (C22) Pn. Nor Hydaiyah binti Abdul Jalil Pembantu Makmal (C19) TUGAS-TUGAS PEMBANTU MAKMAL 1.0 Tugas Rutin Harian 1.1 Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih. 1.2 Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan. 1.3 Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan. 1.4 Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali. 1.5 Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains. 1.6 Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan. 1.7 Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali. 1.8 Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. 1.9 Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali. 1.10 Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari 1.11 Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah digunakan 1.12 Menutup bekalan gas, air dan elektrik 1.13 Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan pintu makmal sains 1.14 Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan pengetua 1.15 Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua. 1.16 Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya 1.17 Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal. 1.18 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. 2.0 Tugas Semasa Cuti sekolah 2.1 Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains mengemas kini rekod stok. 2.2 Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya seperti yang diperlukan untuk kerja amali. 2.3 Menokok tambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen jika perlu. 2.4 Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains.


200 2.5 Menghasilkan air suling. 2.6 Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains. 2.7 Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model, alat timbang dan sebagainya. 2.8 Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem. 2.9 Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan. 2.10 Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput tarikh. 2.11 Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains jika perlu. 2.12 Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah luput tarikh kepada guru sains untuk tindakan seterusnya. 2.13 Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru diterima. 2.14 Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja hapus kira dan pelupusan. 2.15 Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot makmal sains. 2.16 Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi disusun dengan teratur. 2.17 Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kebakaran, laporkan perkara ini dengan segera kepada pihak sekolah. 2.18 Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun serta berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan. 2.19 Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat anggaran belanjawan. 3.0 Tugas-tugas Lain 3.1 Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan). 3.2 Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua / Ketua Bidang Sains dan Matematik / Ketua Panitia. 3.3 Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik sahaja diterima daripada pembekal. 3.4 Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas. 3.5 Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan alat bantu mengajar lain yang diperlukan untuk pengajaran sains. 3.6 Membantu mengurus buku stok/inventori. 3.7 Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok utama dan kad stok. 3.8 Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang pesanan. 3.9 Memasang klip buaya pada dawai. 3.10 Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran sains, kem sains dan sebagainya. 3.11 Menajamkan alat-alat pemotong. 3.12 Merekod radas rosak atau pecah semasa amali. 3.13 Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat pemeliharaan binatang jika ada 3.14 Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali. 3.15 Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan baru. 3.16 Membuat catatan dalam buku kerosakan atau pecah, kemalangan, pinjaman dan lainlain yang berkaitan. 3.17 Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat dihubungi oleh guru sains apabila pertolongan diperlukan. .


201 Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C22) 1. Menyelaras dan menyelia operasi makmal 1.1 Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan. 1.2 Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal/amali di makmal. 1.3 Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan. 1.4 Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan. 1.5 Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan- papan tanda yang perlu sebagai panduan murid yang menggunakan makmal. 1.6 Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan luar makmal). 2. Menyediakan dan mengendalikan bahan. 2.1 Memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan tersusun dan betul. 2.2 Memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan/spesimen/sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah) 2.3 Memproses/menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis) sebelum digunakan untuk PdP (amali). 2.4 Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati. 3. Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan. 3.1 Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan dengan tersusun dan betul. 3.2 Memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba) 3.3 Memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna. 3.4 Menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian untuk kegunaan PdP (amali). 3.5 Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati. 3.6 Memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan berhati-hati. 3.7 Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains. 4. Membantu dalam urusan praktikal/eksperimen 4.1 Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan praktikal eksperimen yang kompleks dan merbahaya. 4.2 Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung supaya dapat membantu guru/pensyarah apabila diperlukan. 4.3 Memastikan urusan praktikal/eksperimen yang dilakukan sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan. 4.4 Memastikan lebihan bahan/sisa eksperimen / peralatan yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan. 4.5 Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula. 5. Menguruskan pentadbiran makmal 5.1 Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal. 5.2 Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal. 5.3 Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul. 5.4 Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal. 5.5 Menguruskan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki. 5.6 Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.


202 6. Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains 6.1 Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya. 6.2 Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang tugas berkaitan bantu Makmal 6.3 Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur. 6.4 Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja pembaikan/ penyenggaraan di makmal apabila diperlukan. 6.5 Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir 6.6 Memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi. 6.7 Mengganti / menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan rasmi. 7. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Kanan Sains dan Pengetua. Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C19) 1. Merancang dan Mengawal Operasi Makmal 1.1 Menyediakan jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan. 1.2 Menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal/amali di makmal. 1.3 Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan. 1.4 Menjalankan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan. 1.5 Menyediakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan murid yang menggunakan makmal . 1.6 Mengawasi penggunaan makmal oleh murid agar mematuhi peraturan-peraturan ketika berada di makmal. 1.7 Memastikan kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran makmal (dalam dan luar) serta kesesuaian susun atur perabot di makmal. 2. Menyediakan dan Mengendalikan Bahan 2.1 Menklasifikasikan bahan-bahan di makmal. 2.2 Menerima dan menyimpan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah) 2.3 Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati. 3. Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan 3.1 Mengklasifikasikan peralatan makmal. 3.2 Menerima dan menyimpan peralatan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba 3.3 Menguji dan mengesahkan peralatan berfungsi dengan sempurna. 3.4 Menyediakan peralatan untuk kegunaan P&P (amali). 3.5 Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati 3.6 Membersih dan menyenggara peralatan sains. (Contohnya kanta pembesar, mikroskop) 3.7 Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains. 4. Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen 4.1 Berada di makmal sains / bilik persediaan sains semasa amali berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan. 4.2 Mengawasi murid ketika menjalankan ekperimen agar prosedur keselamatan dan kebersihan dipatuhi. 4.3 Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik sebelum dan selepas digunakan. 4.4 Memastikan radas yang telah selesai digunakan dibersihkan dengan sempurna mengikut prosedur tertentu. (Contohnya membersihkan radas menggunakan air suling)


203 4.5 Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula. 4.6 Memastikan sisa bahan eksperimen dan lebihan bahan disimpan / dilupuskan mengikut 4.7 prosedur yang ditetapkan. 5. Menguruskan Pentadbiran Makmal 5.1 Membantu pihak pentadbir menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal. 5.2 Menguruskan inventori bahan / peralatan serta pengendalian stor mengikut prosedur. 5.3 Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal. 5.4 Membantu pihak pentadbir menguruskan pelupusan peeralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki. 5.5 Menerima dan mengumpul aduan kerosakan bahan / peralatan untuk dilaporkan kepada pihak pentadbir agar diambil tindakan. 6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Kanan Sains dan Pengetua.


Click to View FlipBook Version