The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siti102646, 2021-10-29 07:52:43

CERPEN PADANG

MASTURA MAT HASSAN

MENDUNG membungkus siang. Mengulit semua
kenangan silam yang bermain di fikiran. Aku
menghela nafas panjang yang berat. Seandainya dia
tidak mengikut nafsu amarah pasti kejadian ini tidak
akan terjadi. Jikalau dia tidak terlalu mementingkan
ego yang bersarang dalam hati, pasti tragedi itu tidak
akan berlaku. Aku melemparkan pandangan
jauh-jauh ke arah padang sekolah di hadapannya.

“Akma, kamu buat apa di sini?”
Mata gelap bundar Cikgu Murni
tepat memandang wajahnya.
Akma duduk atas anak tangga
diam membatu. Dikuis-kuis
anak-anak rumput
menggunakan kayu.
“Cepat masuk kelas. Saya
hendak mengajar.” Cikgu Murni
berlalu dari situ.

Anak mata Akma memanjat setiap inci
tubuh guru muda yang bergerak pergi.

Itulah guru yang paling dibencinya.

Guru yang paling mengambil berat
tentang dirinya. Guru itulah yang
sentiasa memegang tangannya

mengajak ke kelas serta tidak jemu
menghadiahkan nasihat setiap hari.

Tetapi itu semua cerita dahulu. Cerita
ketika tawa dan jerit pekik Cikgu Murni
masih kedengaran. Hari ini sama seperti
hari-hari sebelumnya, Akma duduk di
bangku kecil memandang sayu nasi lemak
jualannya yang masih berbaki 6 bungkus.
Gerai kecilnya terletak betul-betul
menghadap padang sekolah yang
menyimpan banyak rahsia dirinya serta
kenangan bersama Cikgu Murni.
“Cikgu, saya tidak suka belajar. Saya mahu
kerja.” Akma memandang Cikgu Murni
dengan pandangan yang tajam. Jari
jemarinya meramas-ramas baju yang
sudah lusuh dimamah waktu.

“Jikalau kamu hendak kerja, kamu
mesti belajar. Tanpa pelajaran,

kamu tidak akan berjaya!” Nada
suara Cikgu Murni berbaur keras.

Tangan guru itu menarik tubuh
kecilnya supaya duduk di atas

kerusi kayu lama. Akma
menggetap bibir. Air matanya
mulai bertakung. Sejuk kipas angin
yang ligat berpusing seakan tidak
dirasa oleh Akma. Air keringat
merembes keluar dari lehernya
membasahi baju sekolah yang
sudah lusuh. Geram pada cikgu
yang seorang ini makin membuak.

“Mata Akma masih melihat ke arah
padang, tanpa kelip. Semua memori
menerjah ke dalam kotak fikirannya.

“Kak, bungkus nasi lemak ni dua ye.”

Lamunan Akma terhenti seketika.
Diangguk dan dibungkusnya nasi lemak
dan dihulurkan kepada gadis ayu
beruniform putih.


.

“Dik, ini bakinya.” Dihulurkan sejumlah wang seringgit
lima puluh sen. “ Terima kasih kak, saya beli ye.” Gadis
berlalu sambil mengukir sebuah senyuman.

Akma menyusun semula nasi lemak yang masih berbaki.
Sesekali matanya memandang jauh ke padang sekolah
yang dipenuhi murid-murid menjalani aktiviti pendidikan
jasmani dan kesihatan.

“ Awak pakai seluar apa ni? Mana pergi seluar PJ
awak? Lepas kelas nanti, jumpa cikgu di bilik
disiplin ye.” Lembut tapi tegas. Semua murid tahu,
kalau diminta ke bilik disiplin, pastinya ada sesuatu
yang tidak kena.

“ Assalamualaikum cikgu.”

“Waalaikummussalam, hah... kamu Akma. Masuk,”
arah Cikgu Lin.

Mata Akma membulat.

“Duduk di sini, saya nak berbincang sikit dengan kamu.”
Cikgu yang dilabel sebagai cikgu garang itu
menguntumkan sebuah senyuman lantas menuju ke
arah meja biru di tepi tingkap. Akma terkebil-kebil.
Tiba-tiba terdengar ketukan pintu. Satu susuk tubuh
yang sangat dikenali itu terus menuju ke arahnya. Tidak
pernah seorang pun manusia yang melayannya sebaik
Cikgu Murni. Tanpa sekelumit rasa jemu Cikgu Murni
sentiasa menolongnya. Tetapi, entah mengapa dirinya
yang tidak boleh bersikap baik dengan Cikgu Murni.
Mungkin kerana Cikgu Murni terlalu baik terhadap
dirinya.

Kalaulah Akma tidak degil, pasti Cikgu Murni tidak akan
bersedih hati . Jikalau Akma tidak nakal, pasti Cikgu
Murni akan berbangga dengan Akma. Namun begitu,
semua itu seolah-olah berbayar. Kini Akma menjadi
seorang peniaga nasi lemak di hadapan padang Sekolah
Menengah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan.

“Cikgu tanya kamu ni, mengapa kamu pakai seluar
selain seluar PJ? Mana pergi seluar kamu?”
Bertalu-talu soalan itu diajukan. Namun Akma tetap
membisu. Seketika, Puan Hee selaku Pen Kanan HEM
masuk dan duduk di hadapan Akma.

“Macam nilah, cikgu bagi pilihan kepada kamu,
sekiranya kamu nak belajar, kamu perlu ikut peraturan
sekolah ni..sekiranya kamu tak boleh ikut, kamu boleh
isi borang tukar sekolah,” jelas Puan Hee.

“Cikgu takkan faham...” getus hati Akma.

“Akma, awak ceritakan kepada cikgu sekiranya
mempunyai masalah. Kalau awak diam, masalah
awak takkan selesai,” pujuk Cikgu Murni. Akma masih
membatu. Dalam hatinya, orang lain pasti tak
mengerti epilog kehidupannya.

Kereta lalu lalang di sepanjang jalan. Sesekali
kedengaran bunyi hon bas yang memberi isyarat
untuk berhenti mengambil penumpang. Bunyi bising
kenderaan bagai tidak masuk ke gegendang telinga
Akma. Deria pendengarannya seakan-akan mati
tatkala berada dalam ruang khayalannya sendiri.

“Nah...ini duit gaji awak bulan ni.” Itulah Akma 10 tahun
dahulu. Bekerja sebagai pembantu kedai makan selepas
waktu persekolahan membuatkan dia terpaksa ponteng
sekolah sekiranya ada hari-hari yang sibuk. Sekiranya
dia tidak berbuat demikian, pastinya dia dan ibunya akan
dihalau lagi sebab tidak mampu membayar sewa bilik.
Itulah rutinnya, sehingga akhirnya dia mengambil
keputusan untuk berhenti sekolah dan bekerja untuk
menampung kehidupan. Ayahnya hilang entah ke mana,
ibu pula mempunyai masalah penglihatan. Akmalah
punca pendapatan dia dan ibu. Hasil daripada bekerja
itulah, Akma dapat membeli makanan dan ubat buat ibu.

“Nak makan apa puan?” tanya Akma kepada seorang
wanita.

“Akma!”

Akma tersentak, terkejut apabila wanita tersebut
memanggil namanya.

“Kamu bekerja di sini?” tanya wanita itu perlahan.

“Cikgu Murni!” Hati Akma menjerit.

Akma menjadi tidak keruan, nampaknya Cikgu Murni
sudah mengetahui pekerjaannya sehari-harian. Dia tidak
mahu cikgu itu tahu. Dia tidak mahu orang tahu yang dia
terpaksa berhenti sekolah untuk menyara kehidupan.

Kolong langit pada ketika itu suram. Warna-warna
pelangi kian pudar dan rata berdebu. Beberapa orang
kanak-kanak sedang bermain di padang sekolah.
Masing-masing tidak menghiraukan suasana kelam
seakan mahu hujan itu.

“Saya benci cikgu!” Akma menjerit di dalam bilik
disiplin persis orang yang dirasuk hantu.

“Akma!” Nada suara Cikgu Murni kian meninggi.
“Sampai bila kamu mahu ponteng hanya kerana ingin
bekerja sebagai pembantu restoran?” Muka Cikgu
Murni merona merah.

“Cikgu tidak kenal saya!” Akma membalas.

Kipas yang ligat berpusing seakan tidak berfungsi.
Angin Sumatera yang sakan bertiup ibarat membawa
api yang membahang. Peluh memercik di dahi Cikgu
Murni.
“Anak murid seorang ini memang begini. Jikalau tidak
buat masalah, bukan Akmalah namanya. Namun,
inilah anak murid yang paling dia sayang.” Balas Cikgu
Murni

Sepuluh tahun yang lalu, di padang itu, segalanya
berubah. Dengan langkah longlai, Akma berjumpa
Cikgu Murni di padang. Biarlah keputusan ini
pengakhiran kisah di sini.
“ Cikgu, maafkan saya. Halalkan segala ilmu yang
cikgu berikan. Saya minta diri dulu,” itulah kali
terakhir dia berada di padang sekolah tersebut.
Lenyap segala kenangan selama 4 tahun suka duka
bersama teman bersorak riang ketika acara sukan
tahunan. Hilang segala kemarahan guru terhadap
dirinya ketika tidak memakai seluar PJK.

Kini, dia hanya mampu mengutip segala kenangan
dari luar padang. Cikgu Murni pun sudah berpindah.
Segala-galanya hanya sebuah kenangan.

Terima kasih cikgu!


Click to View FlipBook Version