The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIAKAN OLEH:

1)NURUL SHAFIQA BINTI AZELAN -26DAT20F1011

2) ATHIRAH BINTI AZMAN -2DAT20F1026

3) ELISA LYIANA BINTI MOHAMED -26DAT20F1027

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Athiaz, 2021-05-19 15:57:14

MANUAL PENGGUNAAN MICROSOFT EXCEL

DISEDIAKAN OLEH:

1)NURUL SHAFIQA BINTI AZELAN -26DAT20F1011

2) ATHIRAH BINTI AZMAN -2DAT20F1026

3) ELISA LYIANA BINTI MOHAMED -26DAT20F1027

Keywords: Microsoft Excel,Kelab Inovasi & Reka Cipta

1)NURUL SHAFIQA BINTI AZELAN -26DAT20F1011
2) ATHIRAH BINTI AZMAN -26DAT20F1026

3) ELISA LYIANA BINTI MOHAMED -26DAT20F1027





1) Buka Microsoft Excel dan Klik pada butang File

2) Klik pada Save As dan Computer, Simpan file di dalam
bahagian Document

1) Isi Maklumat di dalam ruangan yang disediakan seperti
rajah 3.0.

2) Untuk susunan nombor, Anda perlu tuliskan no. (1) dan
seret kolum ke bawah.

3) Jika anda ingin menukar nombor mengikut tertib
menurun, anda boleh klik pada butang tertib menurun.
Sama juga sebaliknya.

1) Untuk menggabungkan beberapa sel menjadi satu, anda
boleh menggunakan menu ‘Merge & Center’

2) Seret kolum yang ingin digabungkan dan klik pada menu
‘Merge & Center’. Anda boleh lihat hasilnya seperti
Rajah4.0

1) Semasa mengisi maklumat, anda boleh melaraskan saiz kotak
mengikut kesesuaian.

1) Untuk mengira total, klik pada kolum total dan menu
SUM. Seterusnya, tekan butang keypad‘Enter’ sekiranya
rujukan sel yang akan dihitung betul. Seret kolum ke
bawah dan Excel secara automatik akan menambah
nombor dalam sel seterusnya.

1) Untuk mengira Average menggunakan Excel, Klik pada
kolum Average.

2) Klik pada menu Average dan seret nilai pelajar.

3) Sekiranya rujukan sel yang akan dihitung betul, Tekan
butang ‘Enter’ dan Seret kolum ke bawah. Excel secara
automatik akan menambah nombor dalam sel seterusnya.

1) Untuk mengira ‘Gred’ , anda perlu menyediakan kadar
Markah setiap ‘Gred’.

2) Seterusnya, anda perlu menggunakan formula
‘VLOOKUP’.

3) Klik pada kolum ‘Gred’ dan Klik pada formula VLOOKUP.



-Lookup_value (diperlukan) adalah nilai yang

digunakan untuk mencari data seperti yang
dikehendaki. Dari ilustrasi di atas, nilai pencarian
adalah purata.

-Table_array (diperlukan) adalah julat atau jadual

yang digunakan untuk mencari data yang diinginkan.
Sebagai peringatan dan mudah diingat, susunan
jadual ini juga disebut sebagai jadual pandangan . Dari
contoh ilustrasi di atas, jadual pandangan adalah data
Gred.

-Col_index_num (wajib) adalah nombor siri lajur

yang akan di ambil berdasarkan nombor lajur dalam
jadual. Apabila dimasukkan dengan nilai yang kurang
dari 1, hasilnya adalah kesilapan #NILAI!.
Walaubagaimanapun, jika anda mengisinya dengan
nombor yang lebih besar daripada jumlah lajur dalam
jadual, hasilnya akan menjadi kesalahan #REFF!.

-Range_lookup (pilihan) betul atau salah.

Sekiranya nilainya TRUE, itu akan digunakan jika anda
ingin hasil perkiraan, sedangkan yang FALSE
digunakan jika anda menginginkan nilai yang pasti.
Untuk mendapatkan sintaks formula lebih pendek
anda boleh menggantikan TRUE=1, FALSE =0.

Fungsi MIN ialah cara untuk mencari
nilai terendah di Excel dari sejumlah
data berangka menggunakan fungsi MIN

di Microsoft Excel.

1) Taip min pada kolum kosong di sebelah Gred dan klik
pada kolum kosong di bawah min

2) Klik fx pada bar menu
3) Pilih kategori statistical serta fungsi min seperti yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah dan klik pada
butang OK.

4) Klik pada kolum pertama average seperti dalam rajah
di atas dan seret tetikus kebawah sehingga ke kolum
yang terakhir seperti dalam rajah di bawah

5) Klik pada butang OK

1.Pergi kepada sheet yang baharu iaitu tambah sheet
pada excel.

2. Masukkan data seperti ini

3. Masukkan formula IF ke dalam petak di bawah
status itu. Seperti contoh di bawah:
Pada contoh formula IF ini kita akan menguji
apakah status jika nilai purata lebih daripada 70. Jika
lebih dari 70 maka dinyatakan Lulus dan jika kurang
daripada 70 maka dinyatakan gagal.
4.Klik pada petak bawah nilai purata itu dan klik
ENTER .

FORMULA:
=IF(logical_test,[value_if_true],[value_if_false])

5. Akan keluar keputusan status lulus dan setelah itu
tarik dari petak lulus itu sampai ke bahagian petak
yang ke 14 itu berhenti disitu.

6.Kemudian akan keluar kesemua keputusan status para
pelajar seperti didalam gambar ini dan selesai.


Click to View FlipBook Version