The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Lisma Salem, 2022-05-11 02:50:06

Keselamatan dan Tatacara Pengungsian Bangunan

Prosedur / Latihan Kebakaran di Sekolah

SMK Seksyen 10 Kota Damansara

KESELAMATAN &
TATACARA PENGUNGSIAN

BANGUNAN

Latihan / Prosedur
Mengosongkan Bangunan

Disediakan oleh:
Jawatakuasa Bencana Emergency Response Team KD10

TUJUAN

1. Memastikan warga sekolah dapat berhimpun di
kawasan selamat dalam jangka masa singkat.

2. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga
sekolah tentang keperluan melakukan Tindakan
sewajarnya dengan tenang dan berdisiplin tetapi
segera semasa kecemasan.

3. Mengelakkan gangguan atau situasi kelam-kabut
semasa operasi menyelamat atau memadamkan
kebakaran yang sebenar dijalankan.

TATACARA

1. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa
latihan kecemasan dan kebakaran diadakan. Isyarat tersebut
ialah bunyi loceng panjang dan bertalu-talu.

2. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian)
dimestikan mengikuti latihan ini dan mematuhi peraturan-
peraturan yang dinyatakan seperti berikut:
(i) Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan
tertentu dikunci dan ditutup rapat sebelum
ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat
demikian.
(ii) Padamkan lampu dan kipas
(iii) Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-
barang penting seperti wang, barang kemas dan
seumpamanya yang senang dibawa.

Tindakan Guru yang Sedang Mengajar

1. Mengawal murid keluar daripada kelas dan menghala ke tempat
yang sepatutnya.

2. Membawa Buku Rekod Pengurusan Kelas bersama-sama ke
tempat berhimpun.

3. Sentiasa berada bersama-sama dengan murid.

4. Memastikan perkara-perkara yang berikut dilaksanakan
sebelum mengikut murid ke tempat berhimpun:

i. Alatan mengajar yang digunakan selamat semasa
ditinggalkan.

ii. Suis alatan elektrik dimatikan.

iii. Semua murid telah keluar daripada kelas.

Tindakan Murid

1. Murid di dalam kelas jangan panik dan takut.

2. Jangan berebut-rebut dan tidak membuat bising semasa keluar
dari kelas.

3. Beratur berdua-dua dan turun/ keluar mengikut tangga/ laluan
yang paling dekat.

4. Tidak dibenarkan membawa beg

5. Semua murid berjalan pantas ke tempat berhimpun yang
ditetapkan (rujuk Pelan Latihan).

6. Kelas pertama yang sampai di kawasan perhimpunan
hendaklah membuat satu barisan (lelaki di hadapan) di
bahagian paling kanan tempat tersebut. Tindakan ini diikuti oleh
kelas yang kedua sampai di kawasan perhimpunan dan
seterusnya ( berbaris menghadap padang sekolah)

Tindakan Guru Kelas

1. Mendapatkan kehadiran murid daripada guru pengiring.

2. Memastikan bilangan murid yang berada di tempat yang
ditetapkan sama dengan bilangan murid yang hadir pada hari
itu. Semak Buku Rekod Pengurusan Kelas.

3. Mendapatkan maklumat murid yang ada di kawasan
perhimpunan dan nama murid yang tiada di kawasan
perhimpunan tetapi hadir ke sekolah pada hari tersebut
daripada ketua kelas.

4. Memaklumkan nama murid yang tidak berada di kawasan
perhimpunan kepada guru yang berkenaan untuk tindakan
selanjutnya.

Catatan / Peringatan

1. Semua warga sekolah mesti berada di tempat
perhimpunan selewat-lewatnya dalam masa LIMA
MINIT. Kelas yang sampai selepas had masa ini
dianggap gagal menyelamatkan diri.

2. Latihan akan diadakan pada bila-bila masa
sepanjang sesi persekolahan.

3. Semua guru dan murid terlibat dalam latihan ini.
Sila beri kerjasama sepenuhnya.

PELAN LALUAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN


Click to View FlipBook Version