The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT JANA GEMILANG STPM KALI PERTAMA TAHUN 2021 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUHAIMI BIN OMAR Moe, 2021-02-04 00:51:08

MINIT MESYUARAT JANA GEMILANG STPM KALI PERTAMA TAHUN 2021 (1)

MINIT MESYUARAT JANA GEMILANG STPM KALI PERTAMA TAHUN 2021 (1)

MINIT MESYUARAT JANA GEMILANG STPM SEMESTER 3 TAHUN 2020 & SEMESTER
1 TAHUN 2021

Tarikh : 3.2. 2021 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Bilik Kuliah SMKPM

Pengerusi : Penolong Kanan Tingkatan Enam

Kehadiran : 15 orang

KEHADIRAN:

1. Suhaimi Bin Omar (PKT6)
2. Rohana Binti Abdullah (SU Kurikulum STPM)
3. Hj. Nawawi Bin Wok (Guru KO)
4. Noraini Binti Ibrahim (Guru KO)
5. Riza Bin Rafiin (Hem)
6. Hjh Suriyati Binti Yusof
7. Hjh Merduwati Binti Abg Hj. Bujai
8. Nik Ya Bin Nik Lah
9. Mohamad Bin Abd. Rahman
10. Hj. Khirzani Bin Ramli
11. Hjh Wan Noriah Binti Mohd. Zain
12. Hj. Sammio Bin Salleh
13. Nik Surianiti Binti Nik Sin
14. Normadiah Binti Che Mahmod
15. Sharina Binti Husain

Tidak hadir bersebab:

1. Ismadi Bin Ismail (BDR)
2. Mohamad Zuhairi Bin Abdullah (BDR)
3. Ramlah Binti Husain (BDR)
4. Kamaliah Binti Mohd Nor
5. Mohd. Zairi Bin Harun

AGENDA:

1.0 Ucapan pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Surah Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi menyampaikan garis panduan penjimatan melalui Surat Siaran daripada pengarah

berkenaan tuntutan perjalanan.
a. Perjalanan yang mendapat kebenaran ketua Jabatan.
b. Sekiranya melibatkan ramai guru dikehendaki berkongsi kenderaan
c. Tuntutan perlu dihantar sebelum 10 haribulan, kelewatan penghantaran tidak akan

diproses.

1.3 Perbelanjaan makan minum sehari mesyuarat RM12.00/hari.

1.4 Penjimatan penggunaan kertas . Penggunaan soft copy untuk minit mesyuarat Tingkatan
Enam.

1.5 Pengurusan bantuan jenazah selewat-lewatnya 3 bulan dan pindah rumah dalam tahun semasa,
permohonan lewat tidak dilayan.
Tindakan: Makluman

2.0 Program Kecemerlangan akademik adalah seperti berikut:
2.1 PKT6 memaklumkan program SMK Tengk Panglima Raja dalam
meningkatkan kecemerlangan Muet dengan menjemput 3 kali penceramah
luar.
Tindakan: Makluman
2.2 PKT6 meminta penjelasan bilangan calon yang mengambil peperiksaan
mengulang Muet.
2.3 Nik Surianiti memaklumkan hanya 21 orang calon mengulang, manakala 9 calon
tidak mengulang.
2.4 PKT6 memaklumkan perlunya semua pelajar yang mencapai Band 1 mengulang
untuk memenuhi syarat kemasukan ke IPT. Beliau akan memanggil pelajar tersebut
untuk membolehkan pelajar layak memenuhi syarat tersebut.
Tindakan: PKT6
2.5 PKT6 memaklmkan guru-guru kelas supaya menyerahkan wang bayaran
tambahan PIBG, Gerak Gempur dan majalah.
2.6 Hjh Suriyati memaklumkan pelajar 6Atas telah membuat bayaran majalah,
sedangkan tiada penerbitan majalah. Wang tersebut perlu dipulangkan kepada pelajar
6 atas.
Tindakan: Guru kelas 6Aras
2.7 Menjemput penceramah luar.
Tindakan: Ketua Jabatan
2.8 Mengadakan kelas tambahan hujung minggu (Sabtu) bermula 6.2.2021. Jadual
disediakan oleh SUC.
Tindakan: SUC dan Gate
2.9 Kelas Tutorial Harian. Masa 2.05 – 3..30 petang.
2.10 Solat Hajat mengikut kumpulan 6 Atas dan 6 Rendah. Dilaksanakan di rumah
2.11 Kelas Tambahan Cuti Tahun Baru Cina (TBC) bertarikh 11 dan 12 Februari
2021. Jadual dibuat oleh SUC.
Tindakan: SUC
2.12 Percubaan Semester 1/ Ulangan Semester 1 dan Semester 3.
2.13 Latih tubi

3.0 Pengurusan Kerja Kursus
3.1 Tn. Hj. Nawawi mmemaklumkan program yang dirancang tahun 2020 akan
dibawa ke tahun 2021 untuk dilaksanakan.
3.2 Pn Nor Aini juga selaku guru Kokurikulum merujuk ms. 118. Pembubaran
Kelab Pengajian Am, B. Melayu dan Seni Visual. Guru penasihat kelab
tersebut secara automatik masuk ke Kelab PNB dan Malaysiaku.

3.3 Nik Ya memaklumkan hasil kerja kursus Mudzhirudin yang tidak memuaskan
termasuklah terdapat unsur plagiat.

3.4 Riza dan Hj. Khirzani memaklumkan kesukaran untuk menilai hasil pelajar sama
ada terlibat dengan plagiat aatau tidak. Namun penilaian diberi berdasarkan proses
dan usaha pelajar mengiku tahap proses.
3.5 Normadiah memaklumkan penghantaran markah kerja kursus melalui e-
submission boleh mula dibuat sehingga 21/2/2021. Kata laluan akan diberi kepada
guru subjek. Helaian markah perlu dicetak, disimpan oleh guru subjek dan SU KK.

Tindakan: Guru subjek.
3.6 Normadiah juga memaklumkan kepada yang belum menghantar markah KK
Semester 2, penghantaran boleh dibuat kepada MPM melalui email.

Tindakan; Guru KK Sem.2
3.7 Hjh. Suriyati memaklumkan pembentangan KK Ekonomi akan dibuat pada
4/2/2021 (Khamis).

3.8 Pembentangan KK B.Melayu belum dilakukan (Kelas 6A IK dan 6A IS.
Tindakan: Sharina & Normadiah

3.9 Rohana memaklumkan Norafatin masih belum menghantar KK Geografi.
Tindakan: PKT6

4.0 Hal-hal Lain
4.1 Hj. Khirzani memaklumkan perubahan jadual waktu Muet Semester 3 dengan subjek lain.

Jadual: Penggantian Waktu Muet Semester 3 dengan Subjek Lain

HARI SUBJEK

AHAD B.MELAYU

ISNIN P.AM

SELASA EKO/SEJ/PP/KMK

RABU MUET ( KELAS SEM.3 MASUK SEM.1)

KHAMIS

GEO/SV (PELAJAR
MENGULANGKAJI KENDIRI)

4.2 Nik Ya mencadangkan diadakan program Mentor – Mentee bagi memberikan ruang
kepada pelajar dan guru bersemuka untuk menyedarkan dan memotivasi pelajar dalam
kumpulan kecil membolehkan lebih kecaknaan kepada pelajar.

Tindakan: SUC

4.3 Pelajar 6 atas seramai 59 calon akan dibahagikan kepada 18 orang gur.

4.4 PKT6 memaklumkan perlunya memperkasa peranan kaunselor demi memotivasi pelajar.
Sehubungan itu, masa perhimpunan perlu diselitkan dengan program motivasi. Tarikh
perhimpunan 14/2/2021 kaunselor melakkan personel touching dengan pelajar NGP 3.0 ke
atas.

Tindakan: Zairi & Kamaliah

4.5 En. Riza memaklumkan peranan kaunselor mestilah berkala dan boleh diisi semasa slot
masa Kokurikulum.

Tindakan: Riza

4.6 PKT6 meminta SU Kurikulum menghantar minit mesyuarat Kurikulum bil. 1/2021
melalui wasap kepada group Gate.

Tindakan: SUK

4.7 Hj. Khirzani meminta guru menyerahkan markah percubaan Semester 1 dan Ulangan
Semester 1 selewat-lewatnya hari Selasa (9.2.2021)

Tindakan: Guru Subjek

4.8 PKT6 mengucapkan terima kasih kerana kehadiran ke mesyuarat dan megharapkan agar
program yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan demi meraih kecemerlangan..

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................................
(ROHANA BINTI ABDULLAH)
Setiausaha Kurikulum Ting.6
SMK Pasir Mas


Click to View FlipBook Version