The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulfazirahzulkifli, 2021-12-12 09:30:19

MPU23012

MPU23012

MPU23012
PENGAJIAN ISLAM
TUGASAN BERASASKAN MASALAH
ISU-ISU PERKAHWINAN DALAM ISLAM

PN NORZIRA BINTI AHMAD

NAMA NO MATRIKS
1. HALIMATUL SAADIAH BINTI 18DPM20F2008

ZAINUDIN 18DPM20F2016
2. NURUL FAZIRAH BINTI ZULKIFLI
18DPM20F2004
3. NUR AIN MAISARAH BINTI AZMI

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 1

ISU PERTAMA : MENANGGUH-NANGGUH PERNIKAHAN ANAK 2

PEREMPUAN TANPA ALASAN SYAR’I

ISU KEDUA : SIKAP BURUK KEDUA-DUA IBU BAPA KEPADA ISTERINYA 4

ISU KETIGA : PERNIKAHAN MELALUI PERJODOHAN 5

ISU KEEMPAT : SIKAP KELUARGA YANG TERLALU MEMBANDING-

BANDINGKAN 7

ISU KELIMA : MERENDAHKAN MARTABAT WANITA YANG TELAH

DICERAI 9

KESIMPULAN 10

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan alam semesta. Kami memohon pertolongan
dan ampunan-Nya. Kami berlindung kepada Allah s.w.t dari kejahatan diri kami dan
keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi Allah SWT, maka tiada yang dapat
menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan Allah SWT. maka tiada yanng dapat
memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah. Mudah-mudahan selawat dan salam
sentiasa tercurah kepada baginda keluarga serta sahabat-sahabatnya.

Pernikahan adalah satu ikatan suci dan perjanjian yang erat, panggilan fitrah dan
seruan syariah. Dengan pernikahan terwujudlah rasa cinta, kasih sayang dan
ketenangan. Dengan pernikah pula dihimpunkan jiwa yang bercelaru, dipersatukan hati
yang bercerai dan diharapkan lahirnya anak yang berketurunan. maka, keutamaan
pernikahan sungguh beragam dan keberkatannya sangatlah banyak.

Diantara perkara-perkara yang menyebabkan hilangnya kepentingan satu
pernikahan dan lenyapnya sebahagian berkatnya adalah munculnya bermacam-macam
kesalahan dalam memahami makna pernikahan dan banyaknya kelalaian dalam
menempuh jalan menuju ke sana.

1

ISU PERTAMA : MENANGGUH-NANGGUH PERNIKAHAN ANAK
PEREMPUAN TANPA ALASAN SYAR’I

Di antara para wali, ada orang yang menangguh-nangguh pernikahan wanita
yang diwalikan kepadanya tanpa alasan yang syar’i, boleh jadi kerana wanita tersebut
adalah satu-satunya anak perempuan sehingga ia tidak rela berpisah dengannya, atau
kerana ia ingin wanita tersebut berkhidmat untuknya, atau kerana itu adalah seorang
pegawai dan ia menginginkan hartanya dan mungkin ia masih menunggu lelaki kaya
yang datang meminang wanita yang diwalikan kepadanya dan berkemungkinan
mempunyai sebab lain.

Tindakan tersebut adalah satu kesalahan,kelengahan dan kelalain kerana hal
demikian bererti menghalang wanita dari haknya dari bernikah, mencegahnya
mendapat suami untuk mendampingi kesepian serta menghiburkan hari - harinya. Di
samping itu, perasaan wanita sangat halus dan cemburunya sangat besar,
bagaimanakah keadannya jika ia melihat wanita lain sebayanya telah menggendong
bayi dan berbahagia dengan pernikahan ?

Wanita tersebut akan berasa sedih , susah dan berduka. Maka tanggungjawab
keterlambatan itu terletak di bahu si wali kerana pada dasarnya ia perlu menikahkan
wanita yang diperwalikan kepadanya apabila telah datang lelaki baik yang datang
meminang. Sebaliknya menangguh - nangguh pernikahan dan menolak lelaki baik- baik
yang datang meminang tanpa alasan syar’i , maka perbuatan tersebut merupakan
penyimpangan dan keluar dari dasar syar’i dan ‘urfi. Wali tidak boleh memaksa wanita
yang diwalikan kepadanya untuk menikah kerana wali tidak boleh ‘ adhal’. ‘ Adhal
adalah tindakan menghalang pernikahan yang dilakukan oleh wali terhadap wanita
yang diwalikan kepadanya.

Oleh itu, jika si wanita telah menyukai seorang lelaki yang meminangnya dan
lelaki tersebut sepadan dengannya, maka walinya tidak berhak menghalangnya untuk
menikah dengan lelaki tersebut kerana jika dihalang dalam keadaan seperti ini
perbuatan itu dianggap perbuatan kaum jahiliah. Sekiranya si wali menghalang wanita
yang diwalikan kepadanya, maka hak mewalikan pindah kepada kerabat yang lain.
Dalam satu riwayat , Imam Syafi’i dan Ahmad berpendapat bahawa dalam keadaan
‘adhal hak mewalikan berpindah kepada hakim. Sementara Imam Abu Hanifah
berpendapat dalam suatu riwayat yang masyhur dari beliau bahawa hak mewalikan
berpindah kepada wali yang paling jauh dengan syarat ia mampu. Jika seluruh wali si
wanita tidak mahu menikahkannya atau malah menghalangnya, maka semua ulama
sepakat bahawa hak mewalikan berpindah kepada wali hakim.

2

Disebabkan itu, para wali harus merasa takut kepada Allah s.w.t. Dan Ingatlah
akan tanggungjawab di hadapan-Nya. Kasihanilah wanita yang diwalikan kepada kamu
dan ingatlah kita tidak akan hidup selamanya,kekal dan abadi. Sedangkan wanita tidak
dapat lepas dari lelaki yang menjaga dan melindunginya sama ada lelaki tu adalah
ayah,saudara, ataupun bapa saudaranya. Sekiranya telah berpindah dari dunia menuju
liang kubur, sementara anak perempuan belum menapaki jenjang rumah tangga maka
ia akan menjadi beban tanggungan bagi saudara atau salah seorang kerabatnya.
Contohnya diuji bertemu dengan seorang isteri yang tidak takut kepada Allah s.w.t. Baik
itu isteri saudanya ataupun isteri kerabat yang menanggung hidupnya sehingga rumah
tangga mereka berubah menjadi neraka yang menakutkan.

Betapa banyak rumah tangga yang hancur berantakan, padahal pada awalnya
mampu bertahan kerana didiami oleh anak - anak perawan yang hidup di bawah
asuhan si ayah yang penyayang dan perhatian si ibu yang pengasih. Namun ketika
kehilangan ayah dan ibu, hidup mereka berubah menjadi bencana dan malapetaka.

3

ISU KEDUA : SIKAP BURUK KEDUA-DUA IBU BAPA KEPADA
ISTERINYA

Benar bahawa hak kedua-dua ibu bapa terhadap anak-anaknya sangatlah besar.
Mematuhi dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah suatu kewajipan. Bahkan
untuk menunjukkan betapa besarnya hak mereka.

Jika ibu bapa mempunyai hak terhadapnya maka anak pun mempunyai hak
terhadap ibu bapa. Hak seorang anak yang perlu dipenuhi oleh kedua-dua ibu bapanya
adalah mendidik dan membantunya untuk hidup dalam kebaikan malah menjadi punca
yang menghalang mereka untuk mencapai kebahagiaan.

Fenomena yang dapat kita lihat sekarang, ramai ibu bapa yang menyakiti hati
anaknya dengan mencaci pasangan anaknya. Tidak sedikit para ibu, mudah-mudahan
Allah memberi petunjuk kepada mereka yang telah menjeruskan anaknya ke lembah
penderitaan. Hal ini berlaku bukan bermakna mereka tidak menyayangi anak mereka.

Akan tetapi, tidak kurang dari cara memberi kasih dan sayang seorang ibu malah
mengakibatkan kedua-duanya (si ibu dan si anak) terjerembab ke dalam penderitaan.
Hal ini kerana ketika anaknya sudah mendirikan rumah tagga, si ibu akan merasakan
bahawa anaknya telah pergi sehingga ia akan berusaha untuk mengembalikan si anak
ke pangkuannya. Ia akan terus berusaha menjadikan hatu anaknya ragu terhadap
pasangan. Si ibu akan mempengaruhi si anak dengan perkataan yang buruk-buruk
tentang pasangan anaknya dan ia juga akan memastikan anaknya bercerai dengan
pasangan dan berjanji akan mencari pasangan yang baru yang jauh lebih baik.

Untuk dapat sikap adil dan bijaksana manusia dituntut untuk dapat merendahkan
egoya dan dapat mengakui kelebihan yang ada pada orang lain. Ibu bapa terutamanya
ibu juga haruslah mengakui hak-hak mereka, menghargai dan menyebut kebaikan yang
ada pada nya dan menutup segala keburukan sebab ia tetap seorang manusia dan
manusia tidaklah ada yang luput dari membuat khilaf dan dosa.

Wahai para ibu yang mulia wahai orang yang mencintai anaknya serta yang
mengharapkan kebahagiaan bersamanya janganlah engkau engkau menjadi penyebab
derita dan kehancuran hatinya dan janganlah engkau dikalahkan oleh emosi yang
mengusik hati dan fikiranmu sehingga ketenteraman keluarga engkau ubah menjadi
keruh dan segala hal kecil engkau jadikan masalah besar.

4

ISU KETIGA : PERNIKAHAN MELALUI PERJODOHAN

Perjodohan merupakan satu tradisi yang dikenali dalam sebahagian masyarakat .
Seorang ayah yang menjodohkan anak perempuannya sejak kecil dengan berkata “
Anak perempuanku milik si amir. Mungkin dijodohkan dengan anak bapa saudara,
keluarga dekat mahupun dengan anak sahabat. Dengan demikian, maka segenap
keluarga dan sekitarnya mengetahui bahawa anak perempuan itu telah dijodohkan
dengan si amir, sehingga pemuda lain tidak berminat untuk mengemukakan pinangan
terhadap dirinya, sama juga dengan anak perempuan itu tidak mampu menolak
pemuda yang dijodohkan dengan dirinya dan si amir yang telah dijodohkan tidak
berani untuk meminang gadis lain.

Tradisi seperti ini, sebenarnya tidak memiliki dasar dalam agama Islam, tradisi ini
mempersempit apa yang sebenarnya telah dilapangkan oleh Allah s.w.t . dan dapat
menimbulkan hal - hal yang negatif, sama ada bagi si pemuda mahupun pemudi.
Apakah sebenarnya yang menjadi motivasi orang untuk melakukan perjodohan ? .

Ada sesetengah orang yang mengatakan bahawa dengan adanya perjodohan
lebih menambah kemuliaan dan kasih sayang akan tetapi masalah yang berlaku malah
sebaliknya.Mungkin sahaja si pemuda berpaling, atau diserang penyakit yang dapat
memburukkan hubungan kedua - dua keluarga. Atau mungkin juga pandangan si
pemuda berpaling kepada gadis lain tanpa pengetahuan keluarga gadis yang
dijodohkan dengannya, sehingga menyebabkan gagalnya perjodohan. Selain itu,
punca kegagalan boleh jadi dari pihak gadis yang dipinang, selepas ia menjadi gadis
yang dewasa ia tidak sesuai , atau ada sebab yang lain.

Seandainya tradisi perjodohan ini tetap dilaksanakan , maka pernikahan akan
berlangsung tanpa sikap menerima dan akan berlaku keretakkan sepanjang
perkahwinan. Mengenai masalah ini, Syeikh Abdul Aziz bin Baz mengatakan bahawa
“Tradisi perjodohan ini tidak memiliki dasar dalam agama islam “.

Termasuk amalan perjodohan seperti ini adalah , seseorang menjodohkan
dirinya anak perempuan bapa saudaranya untuk dinikahi oleh salah seorang
saudaranya. Bekas mufti Kerajaan Arab Saudi , Syeikh Muhammad bin Ibrahim Asy-
Syeikh pernah ditanya tentang masalah seseorang yang dijodohkan dengan anak
perempuan bapa saudaranya, ia menginginkan agar hanya dia yang menikahi anak
perempuan bapa saudara, sedangkan anak perempuan bapa saudaranya tidak
menginginkan pernikahan itu, apakah gadis tersebut boleh dipaksa untuk menikah atau
tidak?

5

Beliau menjawab “ Sesungguhnya perjodohan seperti ini merupakan perkara
yang tidak dibenarkan dan tidak dipersetujui oleh syariat islam. Islam jauh dari hal
seperti itu, sunnah Nabi juga melarang hal seperti itu, pernikahan yang dilangsungkan
mengikut tradisi seperti ini adalah tidak sah dan tidak diakui.Perjodohan merupakan
satu bentuk kezaliman dan perbuatan dosa. Siapa yang menjodohkan perempuan yang
lemah dan memaksanya untuk menikah sedangkan perempuan itu tidak rela, maka
sesungguhnya ia memerlukan pencegahan penguasa jika ia tidak mampu dicegah
dengan ketentuan yang telah disebut Al - Quran.

6

ISU KEEMPAT : SIKAP KELUARGA YANG TERLALU MEMBANDING-
BANDINGKAN

Kejadian seperti ini sering berlaku dari zaman dahulu sehingga sekarang, tidak
sedikit keluarga yang memiliki beberapa anak perempuan yang telah menikah, dan
tentunya setiap orang dari mereka memiliki suami yang cara bergaul dan menyesuaikan
dirinya berbeza-beza sama ada terhadap isterinya sendiri mahupun terhadap keluarga
isterinya. Sekalipun seluruh suami dan anak-anak perempuannya itu baik, berakhlak
mulia, dan taat beragama, namun pasti ada setengah dari mereka yang lebih baik cara
bergaul antara sesama sendiri manakala ada sesetengah anak mereka memiliki
kelemahannya sendiri seperti malu bergaul dengan saudara yang lain.

Hal ini merupakan suatu kemestian yang pasti berlaku pada seluruh manusia
kerana itu amat tidak wajar jika perbezaan cara bergaul dan menyesuaikan diri tersebut
dijadikan sebagai suatu masalah.

Sebaliknya, yang menjadi masalag adalah jika keluarga isteri terlalu berlebihan
dalam membandingkan antara suami dari anak anak perempuan mereka (mmenantu)
menantu yang lebih dapat menyesuaikan diri, mereka akan dipuji secara berlebihan
oleh keluar isterinya dan isterinya bernasib baik dan mendapat kedudukan yang mulia
disamping suaminya. Sedangkan menantu yang kurang dapat menyesuaikan diri akan
dipulaukan, mereka buat begitu agar isterinya merasa nasib buruk dan merasa bahawa
suaminya telah menyusahkan hidupnya.

Dari sinilah akan muncul perpecahan antara isteri dan suami di mana si isteri
akan bersikap dingin terhadap suami, dan enggan memenuhi hak-haknya, kerana
menganggap bahawa suaminya tidak sepadan dengan dirinya dan akan merosakkan
hubungan mereka.

Perbuatan ini jelas tidak memberi manfaat, bahkan mungkin akan menimbulkan
mudarat. Jika demikian, mengapa kita mempersoalkan hal hal seperti itu,atau hal-hal
kecil lainnya, sedangkan kita redha terhadap agama dan akhlak mereka atau selama
sifat kurang dapat menyesuaikan diri mereka tidak terlalu berlebihan.

Sesungguhnya sikap berlebihan dalam perbuatan seperti ini adalah punca yang
dapat memutuskan tali kasih antara suami dan isteri, bahkan dapat menyebabkan
kedua-duanya bercerai, lalu apa manfaat yang akan didapati oleh isteri dan
keluarganya dengan perbuatan seperti itu.

7

Si isteri akan hidup tanpa suami dan menjadi beban bagi keluarganya,atau ia
akan mendapat cubaan yang lebih berat dengan mendapat suami lain yang sama sekali
tidak memerhatikan perasaannya.

Kesimpulanya keluarga isteri perlu berhati hati dalam memilih suami yang sesuai
dengan anak perempuannya, jika pernikahan telah berlaku makan hendaklah mereka
redha terhadap suami anak perempuannya. Dan tidak memburukkannya dihadapan
isterinya agar anak perempuannya lebih mencintai suaminya dan merasa tenang
dengannya.

Apabila anak perempuan mengeluh tentang suaminya , ibubapa perlu
menasihatinya untuk bersabar dan mengingatkannya akan wanita-wanita lain yang
lebih menderita akibat perangai suami mereka. Serta ibubapa perlu mengingatkan akan
akibat yang akan dihadapi olehnya.

Seandainya , mereka dapat sesuatu yang meragukan pada diri si suami, maka
hendaklah mereka segera memperjelaskan, dan jika suami anak perempuan mereka
sering mengelak, maka semakin luaslah alasan bagi mereka untuk mengambil
keputusan yang dianggap paling baik.

8

ISU KELIMA : MERENDAHKAN MARTABAT WANITA YANG TELAH
DICERAI

Ramai wanita terpaksa menerima kenyataan hidup dengan bercerai sama ada
kerana perangai buruk suaminya, atau kerana keluarganya yang tidak berhati- hati
dalam memilih suami untuknya,ia sama ada kurangnya kesesuaian antara dia dan
suaminya, atau memang berupa ujian yang diberikan Allah s.w.t kepadanya.

Perceraian adalah kenyataan yang sangat menyakitkan bagi wanita , dengan
penceraian ia terpaksa menanggung perkataan buruk masyarakat tentang dirinya,
terseksa dengan kehancuran keluarganya lebih - lebih lagi jika ia telah memiliki anak,
dan menyakitkannya untuk tinggal kembali bersama keluarganya.

Perbuatan yang akan menambah kesedihannya adalah sikap walinya baik itu
bapa, saudara lelaki mahupun lainya yang begitu keras denganya. Memang ramai para
wali yang kurang memberi perhatian terhadap anak perempuannya sehingga mereka
sama sekali tidak mengetahui bagaimana sikap si suami terhadap anak perempuanya ,
juga tidak mengetahui derita serta kesedihannya. Kesanya, mereka pun malah
menambah kesedihannya, bahkan terkadang mencaci mereka dengan mengatakan
bahawa ia adalah wanita yang bengis dan kasar serta tidak menjaga rumah serta
memerhatikan suami dengan baik

Sikap dan perbuatan seperti ini tidak akan pernah muncul dari orang yang
berakhlak mulia dan perilaku terpuji kerana orang yang berakhlak mulia adalah orang
yang menjaga dirinya dari perbuatan mencaci dan sangat menjaga perasaan orang lain.
Alangkah bahagianya orang yang dapat membahagiakan hati seorang wanita yang
telah diceraikan oleh suaminya, dapat menhibur kehancuran hatinya.

9

KESIMPULAN

Alam kehidupan yang dikehendaki oleh ajaran Islam adalah alam yang bersifat
rabbani dan juga insani. Tidak boleh ditinggalkan salah satu di antaranya. Sekiranya
ditinggalkan maka akan berlaku kepincangan. Rabbani di sini bermaksud setiap aspek
kehidupan itu diambil daripada arahan dan hukum Allah S.W.T dan menuju kepada
Allah dengan seluruh perasaan dan amalannya. Insani pula bermaksud ia merangkumi
segala jenis kemanusiaan di bawah lembayung akidah. Di sana lebur segala kasta.
Tiada bezanya di antara seseorang manusia dengan yang lain melainkan dari sudut
ketinggian iman dan taqwa. Inilah dia alam kehidupan tertinggi yang selayaknya
dijadikan panduan oleh manusia untuk mereka hidup di dunia ini, yang turut
merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan institusi perkahwinan dan kekeluargaan
sebagai asas utama pembentukan masyarakat sejagat agar bersifat rabbani dan insani.
Ini juga diperlihatkan dalam urusan perceraian yang masih menekankan aspek
pembentukan ummah yang penyayang dan prihatin. Ini memperlihatkan bahawa
institusi perkahwinan dalam agama dan falsafah Islam merupakan asas dan dasar
utama dalam melahirkan insan-insan rabbani dari kecil. Inilah yang akan terus
mempastikan pembangunan negara dan bangsa umat Melayu yang kekal dan beriman

10


Click to View FlipBook Version