The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulfazirahzulkifli, 2021-04-17 04:36:14

EMAJALAH 2021 (pdf)

EMAJALAH 2021 (pdf)

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN , PAUH
PUTRA, 02600 ARAU, PERLIS

MENERANGKAN SISTEM, TAHAP
PERKEMBANGAN KESEPADUAN SOSIAL DAN
KEBUDAYAAN MERENTAS BANGSA DI MALAYSIA

Mpu21032 – Penghayatan Etika Dan Peradaban
Sesi Disember 2021

Nama Pensyarah : Encik Pisol Bin Nasir

Page1

NUR AIN MAISARAH BINTI AZMI
18DPM20F2004

NURUL FAZIRAH BINTI ZULKIFLI
18DPM20F2016

FATIN FARHANIS BINTI ROZAIDI
18DPM20F2032

Page2

Isi kandungan

1. PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
2. MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN DETIK PERPADUAN DAN DETIK PERBEZAAN

3. KESEPADUAN

4. PROSES PENYATUPAN YANG DIUSAHAKAN

5. PENGENALAN

6. SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN
NEGARA BANGSA

7. PERKEMBANGAN SEJARAH ALAM MELAYU
8. PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK
9. PERADABAN GLOBALISASI
10. PEMBANGUNAN, MIGRASI DAN TEKNOLOGI
11. KONSEP NEGARA BANGSA
12. PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
13. PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA
14. KONSEP NEGARA DAN BANGSA
15. KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA DAMAI”
16. SEJARAH, DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN
17. PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI
18. KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASE
19. HASIL PEMBELAJARAN

Page3

TIGA LAPISAN PERPADUAN

Keadaan bersepadu,

menjadi kesatuan yang Proses menyatupadukan

Kesatuan merupakan utuh keadaan aman, usaha berterusan pada
matlamat akhir yang
diidamkan dalam sebuah stabil, makmur dan peringkat semua lapisan
negara yang berbilang
etnik sejahtera yang dicapai masyarakat untuk

tetapi diakui masih menyelesaikan defisit

terdapat perbezaan sosial berwahanakan tapak

dalam bentuk defisit integrasi berprinsipkan

sosial yang wujud tawar-menawar,

dalam sesebuah perundingan dan mediasi.

masyarakat.

Page4

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL Page5
MALAYSIA

Kepelbagaian menimbulkan berbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat,
seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyai akar etika dan
peradaban yang berbeza dan terjelma dalam pemikiran dan praktis kehidupan
masing-masing. Namun kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat
Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi
perbezaan. Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi telah
membawa keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia semenjak
Merdeka. Inilah kesepaduan nasional yang telah wujud, didukung dan mesti
terus menerus dimantapkan. Ia dilaksana melalui tiga rangkai proses yang
bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan,
kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan. Tindakan
membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas 2018) adalah suatu usaha serius
untuk memantau pemantapan kesepaduan nasional.

MATLAMAT
PERPADUAN YANG

DIIDAMKAN

Perpaduan menjadi matlamat setiap

bangsa dan negara agar hidup sentiasa

harmoni dan tenteram tanpa menggugat

keamanan. Tanpa keamanan, rakyat tidak

PROF ULUNG DATUK DR SHAMSUL AMRI akan hidup selesa dan negara akkan

BAHARUDDIN, PENGARAH DAN bergolak setiap masa. Kita dapat melihat di

PENGASAS INSTITUT KAJIAN ETNIK negara-negara bergolak apabila

(KITA) UNIVERSITI KEBANGSAAN peperangan luar. Kanak-kanak,
MALAYSIA (UKM) perempuan dan orang tua menjadi mangsa

kebuluran serta kemiskinan tidak terpisah

daripada kehidupan. Perpaduan amat

penting dan perlu dibina dan dipupuk agar

ianya menjadi sesuatu budaya dan amalan

kehidupan oleh setiap rakyat dalam negara

ini. Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri

Baharuddin, Pengarah Dan Pengasas

Institut Kajian Etnik ( KITA ) Universiti

Kebangsaan Malaysia ( UKM )
Menyatakan, “ perpaduan sebagai suatu

hasrat yang diidamkan adalah sukar

diukur, dilihat secara nyata mahupun

berkekalan. Perkara Ini biasaya hadir

mengikut keadaan, keperluan dan detik-

detik tertentu secara formal atau tidak

formal dalam kehidupan seharian
masyarakat”.

Page6

DETIK PERPADUAN DAN DETIK PERBEZAAN

Detik Perpaduan dan Detik Perbezaan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam
kehidupan seharian masyarakat.
Detik perpaduan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian
masyarakat. Anatara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan
adalah detik-detik ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat
makan, sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana, mengunjungi tempat
percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di pawagam
dam sebagainya.

DETIK PERMAINAN BOLA SEPAK

DETIK PERKAHWINAN ( STREET WEDDING )

Page7

DETIK PERPADUAN KESIHATAN
DETIK PERPADUAN MAKAN

Page8

Kesepaduan Page9

keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapaitetapi diakui masih terdapat
perbezaan dalam bentuk defisit social yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang
sosial dan kebudayaan yang berbeza dan menjadi satu entiti fizikal. Penyatuan ini lebih
merupakan penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran. Hasil daripada penyatuan ini keadaan
akan menjadi aman, stabil. makmur dan sejahtera yang dicapai. Walau bagaimanapun diakui
masih terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat di
negara kita ini. Alat yang utama sebagai teras kesepaduan nasional ialah Perlembagaan
Persekutuan dan Rukunegara. Dua perkara ini menjadi tunjang utama kepada kesepaduan
nasional.Masyarakat dinamik akan mewujudkan kelompok petani tradisional kepada petani
komersial industri, golongan miskin dan masyarakat kampung kepada warga
kosmopolitan.Daripada segi kemajmukan bangsa, akan wujud pelbagai etnik dan budaya
modeniti yang mengutamakan kestabilan dan kemajuan. Mereka berkongsi norma hidup,
persamaan nilai dan kerencaman sosial. Hal ini merentasi hubungan horizontal antara etnik dan
agama sekaligus dapat membina negara bangsa integrasi yang maju.

Kesepaduan sosial adalah antara teras penting dalam menjamin semua bangsa dalam
Malaysia berada dalam keadaan aman dan harmoni. Ini merupakan asas utama kepada
masyarakat tanpa konflik. Mohd Syariefudin Abdullah et.al (2016) dalam kajiannya
menyatakan, terdapat enam dimensi yang ada dalam kesepaduan sosial iaitu :

Kepunyaan-Pemencilan
Rangkum-Pengecualian
Pernyataan-Ketakterlibatan
Pengiktirafan-Penolakan
Setaraf-Tidak Setaraf
Kesamaan-Ketikdaksamaan

Defisit sosial ialah isu dan hal yang belum selesai perlu diusahakan penyelesaiannya satu persatu,
memerlukan waktu dan kesabaran semua pihak,perancangan dan pelaksanaan pealan tindakan
berasakan prinsip tawar-menawar, perunding ataupun mediasi. ( Dr Shamsul Amri Baharudin,
(2019).

Menurut kamus dewan ialah sifat ciri sesuatu bangsa, Dr Tun Mahathir
budaya, era dan lain lain-lain. Ia berasal daripada
perkataan Greek yang membawa makna perwatakan Nazri Muslim
atau karakter. Menurut mansor et al. (2006),
perkataan etos berasal daripada perkataan etika,
sikap, keperibadian, watak, karakter, serta keyakinan

Etos nasional bangsa Malaysia menurut Tun Mahathir
ialah :

Perkongsian sejarah
Perkongsian nilai
Perasaan kekitaan Bersama
Perkongsian masa depan
Kesetian
Komitmen
Keterikatan emosi negara

Menurut Nazri Muslim (2016), terdapat beberapa
dimensi utama yang dapat menjelaskan etos bangsa
sesebuah masyarakat. Etos bangsa terbina apabila
masyarakat berkongsi nilai yang sama. Nilai
masyarakat yang berkongsi bersama merangkumi
elemen kerjasama, menghormati setiap individu,
tolenrasi, disiplin dari etika tau moral dan demokrasi

Page10

Perbandinganpersetujuan konstruk etos bangsa
mengikut etnik 2018 (Prof. Dr. Mansor Mohd Noor,

2019)

Page11

Proses Penyatupan Yang Diusahakan

Usaha proses penyatupan oleh kerajaan ialah apabila terbinanya satu model integrase
kesepaduan nasional yang dibnamakan sebagai indeks perpaduan nasional 2018
(IPNas). Model ini menyenaraikan tiga perkara utama sebagai asas dalam menentukan
indeks perpaduan iaitu perpaduan kesepaduan dan penyatpaduan. IPNas merupakan
rujukan untuk mencipta usaha membina tanpa intergrasi dengan menggunakan paduan
Mengenalpasti Kategori Defisit Sosial untuk memperbaiki kekurangan tersebut.

Page12

Etinik – Tahap Keetinik, Batas Balik,Hubungan Sosial Rentas Etinik

Etnik bermaksud ialah sesuatu yang

Etnik bermaksud ialah sesuatu yang berkenaan bangsa manusia. Berikut adalah
kompenandalam IPNas yang berkaitan dengan etnik iaitu :

Kontruk tahap keetnikan : mempunyai 3 kompenan iaitu keetinikan kemoodenan
dan kestabilan.
Konstruk batas etnik : mempunyai 4 kompenan iaitu material, status, tuntutan
sosial dan tindakan gentian.
Konstruk hubungan sosial rentas etnik : mempunyai 3 kompenan iaitu hubungan
etnik antara individu, hubungan etnik dalam komuniti dan tahap keaktifan
pernyataan dalam institusi.

Page13

PENGENALAN

Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa
sejarah atau titik permulaan. Ianya adalah hasil gabungan daripada beberapa
peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam
Melayu. Selama ribuan tahun peradaban ini didahului oleh peradaban Pribumi
Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdiri daripada
peradaban India, Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat.
Peradaban ini akhirnya terus berkembang dengan pengaruh oleh peradaban
globalisasi' yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan
melalui jaringan digital yang kompleks,

Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-
Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu
perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi
utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan
sebagainya. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Bangsa. Oleh itu,
pembinaan bangsa menyusul, antaranya melalui institusi sistem politik kepartian
dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah wujud beberapa "Bangsa Idaman" yang
menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan
Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.

Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan
kerohanian dan moral yang ditunfut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan
tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di
Malaysia perlu dilakukan dengan lebih teliti. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan
dimanfaatkan oleh rakyat negara ini. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi
sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan
kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam
agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa
intelektual atau keilmuan.

Page14

SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA
DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

1. Sejarah di Alam Melayu
Peradaban Pribumi Alam Melayu
Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah)
Peradaban Barat
Peradaban Globalisasi

2. Peradaban beridentitikan Malaysia
❖ Kemerdekaan 1957 – Negara-Bangsa
❖ Pembinaan Negara
❖ Pembinaan Bangsa

Page15

PERKEMBANGAN SEJARAH ALAM MELAYU Page16

1) Zaman Prasejarah

a) Zaman Paleotik
Zaman paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000
tahun dahulu. Ciri-ciri petempatan manusia Zaman Paleolitik ialah:

• hidup berpindah-randah,
• biasanya tinggal dikawasan terbuka di luar gua,di dalam gua,dan

sekitar tasik.

Ciri-ciri dan peralatan adalah seperti yang
berikut:

• memburu binatang liar
• memungut hasil hutan
• peralatan batu berupa batu serpihan

Ciri-ciri kepercayaan:

• mengamalkan animisme iaitu
percaya bahawa setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai
semangat dan roh orang mati

• mengamalkan upacara perkuburan

b)Zaman Mesolitik

Zaman yang cara hidupnya yang semakin
berkembang.

• Cuaca tidak terlalu sejuk
• Bukan memburu sahaja tetapi menangkap ikan
sebagai sumber makanan.

c) Zaman Neolitik

Zaman yang mula menunjukkan tahap
perkembangan teknologi serta corak kehidupan yang
lebih baik.

• Wujud kawasan petempatan
• Mula bercucuk tanam
• Membuat tembikar
• Menternak binatang

Artifak Zaman Neolitik Di Malaysia

•Periuk
✓ Periuk purba ditemui di Gua Musang,Kelantan
•Belanga Tanah
✓ Belanga Tanah yang berkaki Tiga ataupun
tripod ditemui di Jenderam Hilir,Selangor

d) Zaman Logam
Zaman ini merujuk kepada penggunaan gangsa dan besi.

• Telah melakukan inovasi logam besi
• dan gangsa dalam peralatan
• Mula melakukan aktiviti pelayaran
• Menjalankan aktiviti pertukaran barang
Peralatan besi yang digunakan :

• Kapak
• Tulang mawas
• Beliung
• Mata lembing
• Pisau bersoket

Page17

2. Zaman Proto Sejarah
- Kewujudan kerajaan purba / kerajaan awal

• Langkasuka
• Kedah Tua
• Gangga Negara
• Chih-Tu
• Lo-Yueh
• Tan-Tan

3. Zaman Pensejarahan -
• Kewujudan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
• Bermula pembentukan masyarakat kepelbagaian
perdagangan
• Kedatangan kuasa penjajah
-Portugis

-Belanda

-British

4) Zaman Sejarah Moden
• Merdeka 1957
• Perpaduan – penyatuan
• Ke arah pembinaan negara-bangsa Malaysia

Page18

PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK

• Gabungan atau percampuran beberapa peradaban yang
membentuk peradaban beridentitikan Malaysia

• Peradaban Melayu menjadi teras kepada peradaban majmuk
Malaysia

• Setelah kemasukan para pedagang dari India, China dan Timur
Tengah telah membuka ruang interaksi dan jaringan peradaban
yang lebih luas di Tanah Melayu

• Kemudiannya disusuli dengan kemasukan kuasa penjajah Barat
seperti Portugis, Belanda dan Inggeris telah membawa kepada
berlakunya interaksi dan jaringan peradaban yang lebih rencam

• Episod penjajahan Inggeris telah membawa lebih ramai pekerja
asing dari India dan China telah memungkinkan berlakunya
pengukuhan peradaban India dan Cina

• Hari ini, di era globalisasi telah membawa berlakunya kacukan
pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan
digital yang kompleks

• Kesemua pengaruh peradaban luar ini telah membentuk
peradaban majmuk di Malaysia hari ini

Page19

PERADABAN GLOBALISASI

Pada “Era dunia tanpa sempadan” telah memungkinkan

berlaku interaksi dan jaringan peradaban merentasi benua

dan sempadan negara menerusi Pemodenan dalam pelbagai

bidang kehidupan selaras dengan Perkembangan teknologi

maklumat dan informasi seperti Internet, Komputer,

SmartPhone . Penggunaan media sosial yang berleluasa

seperti Facebook, WhatsApp's, Instagram, Twitter, Telegram

dan lain-lain. Peradaban globalisasi membawa pengaruh

yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan merentasi

bidang politik,ekonomi,sosio-budaya termasuklah

perkembangan bidang ilmu dan pemikiran. Perkembangan

peradaban global ini turut menjadi penyumbang kepada

pembentukan peradaban majmuk di Malaysia.

Page20

PEMBANGUNAN, MIGRASI DAN TEKNOLOGI

A. Kemajuan melahirkan PERUBAHAN SOSIAL
✓ Dari pertanian sara hidup ke komersial-industri
✓ Dari miskin ke kelas menengah
✓ Dari perdesaan ke cosmopolitan

B. Transformasi Sosial melahirkan KERENCAMAN SOSIAL
berpaksikan BUDAYA MODERNITI DAN KEPELBAGAIAN

✓ Perkongsian nilai sejagat
✓ Persamaan pendapat awam
✓ Batas etnik nipis
✓ Tingkah laku horizontal bukan vertikal; hubungan sosial

rentas etnik dan agama

Page21

Konsep Negara Bangsa Page22

Pada Asasnya, istilah negara-bangsa merupakan gabungan
dua dimensi utama, iaitu negara dan bangsa. Negara
terbentuk dengan adanya tanah air, rakyat, kemerdekaan,
kedaulatan, sempadan, kerajaan dan undang-undang.
Semua elemen ini saling melengkapi serta mengesahkan
tentang sistem kuasa dan autoriti. Abdul Rahman Embong
(2001), konsep negara bangsa di Eropah bermula apabila
lahirnya kelompok bangsa yang menentang kuasa feudal dan
proses pembentukan sistem baru yang dipanggil kapitalis.
Kejayaan kapitalis membolehkan mereka berkuasa dan
membentuk sebuah negara moden yang mempunyai
sempadan atau wilayah dan bangsa tertentu. Misalnya di
Eropah, bangsa Inggeris muncul lebih awal sebelum bangsa
Eropah dan negara England moden. Negara bangsa adalah
di mana budaya majoriti rakyatnya memiliki kesedaran
kesatuan identiti nasional, perkongsian budaya dan
perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan
sempadan politik wilayah negaranya. Idealnya, sebuah
negara bangsa memiliki hanya satu anak watan, satu
kumpulan etnik dan satu tradisi budaya tanpa ada kumpulan
lain. Negara bangsa adalah hanya satu idea di mana bangsa
sama dan ditadbir urus oleh negara berdaulat mereka sendiri.

Satu negara hanya mengandungi satu bangsa. Berikutan ini
Benedict Anderson (1983) melalui konsep imagined
community mengatakan pertembungan tentang bentuk
negara bangsa akan dimuktamadkan dengan kemerdekaan
di mana pelbagai bangsa itu menjadi satu bangsa seperti
Indonesia.

Page23

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA Page24

1. Satu bangsa satu negara (one state one nation)

Keadaan ini bertitik tolak daripada satu ras membentuk
bangsa dan melahirkan satu negara. Justeru, ia akan
melahirkan sebuah negara bangsa. Sebagai contoh,
bangsa Jepun membentuk negara Jepun, bangsa Jerman
membentuk negara German.

2. Bangsa tanpa negara (nation without state)

Terdapat beberapa bangsa tanpa negara dan mereka
menuntut bangsa mereka untuk bernegara dan mempunyai
autonomi sendiri. Misalnya, bangsa Melayu Patani di
Selatan Thailand, mereka mempunyai identiti bangsa
tersendiri tetapi negara dimiliki oleh orang-orang
Thai.Bangsa Kurdis yang bertapak di utara Iraq. Bangsa ini
berjaya membentuk wilayah autonomi Kurdistan tetapi
negara Kurdistan tidak diiktiraf dalam peta dunia.

3. Negara tanpa bangsa (state without nation)

Senario ini berlaku apabila wujudnya sesebuah negara
yang diperakui kedaulatannya, tetapi tidak jelas dari segi
identiti bangsa yang dibina. Kewujudan negara sebegini
boleh dirujuk dalam konteks Malaysia. Malaysia lahir
sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis
kumpulan etnik yang mengekalkan identiti masing-masing.

Satu Bangsa Malaysia masih belum terbina.

PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA Page25

Kemerdekaan Malaysia tanggal 31 Ogos 1957
merupakan asas kepada kemunculan peradaban bangsa-
negara. Usia kemerdekaan yang telah melebihi 60 tahun
merupakan satu jangka masa yang panjang namun di
sebalik tempoh tersebut, negara didakwa masih gagal
dalam menjayakan proses pembentukan negara bangsa.
Namun usaha ini perlu diteruskan sebagai meneruskan
perjuangan tokoh kemerdekaan negara untuk melihat
bangsa Malaysia wujud dan bersatu dalam suasana yang
harmoni dan damai sampai bila-bila. Jika usaha ini gagal,
anak cucu kita tidak dapat mengecapi lagi kehidupan yang
aman damai dan tidak mustahil akan menjadi pelarian di
negara orang. Pihak berwajib perlu memainkan peranan
mereka agar ruang ruang memecahbelahkan keamanan
negara bangsa dapat dikawal dan akhirnya tidak merebak
hingga berlaku rusuhan seperti yang telah berlaku pada 13
Mei 1969.

Pembinaan identiti negara bangsa sudah banyak
diperkatakan dan telah dirungkai oleh para pengkaji kerana
ia merupakan sudut sisi yang penting dalam memahami
negara bangsa yang beridentitikan Malaysia. Dalam
merangka, merancang dan memahami pembentukan
identiti ini, wajar bagi setiap warganegara untuk memahami
dan mengenali negara bangsa yang beridentitikan Malaysia
melalui kajian-kajian mereka yang pakar dalam perkara ini.

Kajian ini adalah ingin mengkaji pembentukan identiti pada
masa kini dalam usaha untuk membina satu identiti yang
kukuh dan unggul pada masa hadapan. Peradaban
beridentitikan Malaysia mestilah suatu peradaban yang
mempunyai identiti kukuh sebagai seorang masyarakat
Malaysia yang bertunjangkan budaya, imej, bahasa dan
agama sebagai landasan utama dalam menjalani
kehidupan mereka.

Page26

KONSEP NEGARA DAN BANGSA

Konsep negara dan bangsa

menjadi perhatian terutama

setelah Perdana Menteri ke 4,

Tun Mahathir Muhammad

mengemukakannya pada tahun

1991. Takrif negara dan bangsa

menurut Kamus Dewan ialah

frasa negara merujuk kepada

suatu kumpulan masyarakat

yang mendiami sesuatu

kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera

pemerintahan manakala frasa bangsa merujuk kepada

suatu kumpulan manusia dalam satu ikatan

ketatanegaraan yang mempunyai identiti budaya, fahaman,

agama dan bahasa tersendiri. Oleh itu, konsep negara

bangsa dilihat sebagai satu bangsa yang ideal yang

diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu

bangsa dengan satu identiti tersendiri.

Konsep negara dan bangsa juga menjurus kepada sebuah Page27
negara yang mempunyai tanah air, rakyat, kemerdekaan,
kedaulatan, sempadan perlembagaan dan perundangan
yang luhur dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa
wujud sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa,
budaya, wilayah dan sebagainya yang boleh membawa
kepada perpecahan dan permusuhan antara kaum. Elemen
yang saling lengkap melengkapi ini akan mengesahkan lagi
sistem kuasa dan autoriti sesebuah negara.

KONSEP NEGARA

Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami
kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah.
Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan
mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf
oleh negara-negara lain. Manakala rakyat pula memiliki taraf
kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang. Rakyat
merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah
yang mengatur urus tadbir negara. Kewujudan rakyat juga
yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara.

Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah
adanya penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan.
Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan
oleh sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan
yang sah dan diiktiraf oleh pihak luar.

Secara ringkasnya, untuk membentuk sebuah negara perlu
mempunyai elemen-elemen berikut:

Penduduk Wilayah

Kerajaan Kedaulatan

Page28

KONSEP BANGSA Page29

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang
individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar
manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan
untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa
dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya
mempunyai hubungan darah dan keturunan, bahasa yang
sama, perkongsian tradisi dan sejarah. Walaupun pelbagai
teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut,
elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam
membentuk sesebuah bangsa. Maka dapat dirumuskan
bahawa bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui
perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang
ada dalam sesebuah negara.

Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia perlu
memenuhi ciri-ciri negara dan bangsa tersebut. Antara ciri-ciri
negara bangsa ialah:

i. Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah
bersatu padu tanpa berlaku pemisahan ataupun
diskriminasi antara satu kaum dengan kaum dengan yang
lain .

ii. Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh
melalui simbolik keutuhan contohnya bendera Malaysia ,
lagu kebangsaan , rukun negara dan sebagainya

iii. Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada
suatu ideology politik

iv. Setiap warga negara mempunyai kepercayaan dan
keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan
undang-undang negara .

KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA IDAMAN”

Shamsul AB (1996) melalui konsep nation
of intent berpendirian bahawa sebuah
negara bangsa adalah a project work in
progress dan sentiasa berlaku contestation
bangsa dalam negara itu hingga yang wujud
adalah negara tetapi bangsanya tidak
terbina seperti di Malaysia.

Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi
dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka. Antaranya
adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri
Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok
Islam, dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang
Melayu.

Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural
society” diterima oleh pihak British pada ketika itu. Hal ini
dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities
Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga
kemerdekaan.

Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk
melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identiti
nasional sepunya.

Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia
yang popular ketika tahun 1960 (diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew
ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu) dan
akhir 1990 (pada era pemerintahan Mahathir Mohamad).

Page30

Selain daripada itu, pembangunan bangsa selepas merdeka turut
melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan
Gagasan 1 Malaysia.

Malah di Borneo, wujud konsep seperti Sabah for Sabahan, dan
Sarawak for Sarawakian.

Walau bagaimanapun menurut Shamsul, konsep-konsep yang
wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet
dengan bantuan sosial media dan tidaklah popular dalam konteks
yang lebih umum.

Shamsul menegaskan bahawa, pembangunan bangsa pasca
PRU14 tidak banyak mengalami perubahan. Kepimpinan Mahathir
mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks
hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang diangkat oleh parti-parti
politik seperti Bersatu, UMNO, dan PAS.

Menurut beliau, dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam
konteks Malaysia Baharu ini, penekanan banyak diberikan kepada
hubungan antara kaum atau “inter-ethnic” tetapi meminggirkan peri
penting hubungan dalam kaum atau “intra-ethnic”.

Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara
ini adalah sesuatu yang perlu diraikan. Namun, menurut Shamsul,
kita sering melihat perbezaan-perbezaan ini dalam dikotomi yang
negatif, bukannya positif. Perbezaan menjadi sesuatu yang perlu
dilawan, bukannya disyukuri.

Page31

KESIMPULAN

1. Peradaban majmuk – gabungan atau campuran pelbagai
bentuk peradaban yang menyerap masuk ke dalam
peradaban Melayu

2. Negara – penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan
3. Bangsa – satu kelompok manusia, satu ikatan ketatanegaran,

komuniti politik
4. Negara-bangsa - majoriti rakyatnya memiliki kesedaran

kesatuan identiti nasional, perkongsian budaya dan
perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan
sempadan politik wilayah negaranya.
5. Negara bangsa idaman - Malay-led plural society

Page32

SEJARAH, DEFININASI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN

- Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang-undang

tertinggi bagi negara Malaysia. Ia telah mula digunapakai sejak
Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan yg pada 1957.
Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara.Mana-mana
undang-undang negeri bercanggah dengan digubal parlimen
dengan tigak kali pendegaran (perdebatan). Sesuatu
perlembagaan atau akta akan dikira digazetkan apabila ia
mendapat sokongan 2/3 hari dari ahli dewan
rakyat.(Noraini,2010).

Page33

PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK
INTEGRASI.

MENINGKAT MASYARAKAT UNTUK MERUJUK PADA
SUATU MASALAH SUPAYA TIDAK BERCANGGAH
ANTARA SATU SAMA LAIN.

• Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
dan Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa,
Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akan kekal
seperti itu seperti yang diperuntukan oleh Parlimen.

• Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa
“Ugama islam ialah ugama persekutuan; tetapi ugama-
ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian persekutuan”.

• Perkara 11 mengenai Kebebasan ugama pula menyatakan
“tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan
ugamanya dan tertakluk kepada Fasa (4), mengembangkan
ugamanya”.

Page34

MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM
NEGARA.

PENTADBIRAN Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan
Negara (MKN) 2016 yang memperuntukkan penubuhan badan
yang dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan
mengisytiharkan kawasan keselamatan, menjelaskan kuasa-kuasa
khas pasukan keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-
perkara berkaitan. Akta ini Nampak berkesan ketika pengurusan
kes penularan Covid-19 di Malaysia.

Page35

MENJAMIN KESELAMATAN DAN
KESEJAHTERAAN RAKYAT

Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan
tetapi tertakluk kepada peruntukkan Akta Hasutan dan beberapa
akta lain.. Ini membawa maksud walaupun setiap rakyat
dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-
masing namun ia masih di bawah undang- undang mana
sekiranya berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru- harakan
keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh diambil
tindakan.

Page36

MELINDUNGI KEPENTINGAN SEMUA KAUM
DENGAN JAMINAN KEADILAN SOSIAL ANTARA

KAUM.

Contohnya Perkara 149 berkenaan perundangan menentang
perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman
awam. Di bawah perkara ini, disebut bahawa mana- mana
perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh
menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum
yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang
mungkin menyebabkan keganasan maka apa-apa peruntukan
undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau
mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak
selaras dengan mana- mana peruntukan Perkara 5 (Kebebasan
Diri),Perkara 9 (Larangan Buang Negeri dan Kebebasan
bergerak), Perkara 10 (Kebebasan Percakap, Berhimpun dan
Berpesatuan) atau Perkara 13 (Hak Terhadap Harta).

Page37

KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK
INTEGRASI.

Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata
dimana pelbagai pinak yang berbeza etika dan peradaban
bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan secara aman dan
harmonis tanpa keganasan. Ada yang wujud di peringkat makro,

pertengahan dan mikro.

Page38

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk
pembinaan negara bangsa Malaysia yang dipersetujui oleh
pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara antaranya, Tunku
Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Loke dan Tun V T Sambanthan.
Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara
dalam aman damai dan perpaduan. (Mansor, 2018) i. k integrasi
TEGRASI a pelbagai -mencari wujud di Perlembagaan
Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu kedudukan Raja
Berperlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa
orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Page39

Berdasarkan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen
Keempat Belas 2019, strategi terbaru yang dirancang oleh
kerajaan dalam memperkasakan intergrasi:

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI
TAPAK INTEGRASI DAN WAHANA ETIKA DAN

PERADABAN

Integrasi ialah memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional.
Langkah penubuhan MPKR bertujuan mempromosikan Malaysia
di peringkat global sebagai model negara moderat yang berjaya
menjaga keharmonian antara kaum dan agama dan berfungsi
sebagai platform untuk percambahan fikiran

Page40

STRATEGI TERKINI KERAJAAN DALAM Page41
MEMPERKASA INTEGRASI

Penubuhan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR)
rekonsiliasi antara kaum dan agama; Penggubalan Pelan
Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) yang inklusif merentasi
semua kementerian dan agensi kerajaan dengan menetapkan
program-program yang spesifik dan konkrit untuk perpaduan,
kesepaduan Beg dan penyatupaduan rakyat Malaysia.

Mendapatkan dan mengumpul pandangan serta maklum balas
daripada semua pihak yang berkepentingan berhubung dengan
cadangan menggubal Akta Suruhanjaya Keharmonian dan
Rekonsiliasi Nasional yang akan melaksanakan fungsi: langkah
ke arah perpaduan nasional, integrasi, tanpa diskriminasi dan
kesamarataan.

a) Menyiasat aduan berkenaan dengan diskriminasi dan
mengenalpasti penyelesaian.

b) Memupuk kesedaran dan pendidikan yang berhubungan
dengan keharmonian, perpaduan, integrasi dan kesamarataan.

c) Menasihati, membantu dan mengesyorkan kepada
Kerajaan langkah. Meningkatkan penghayatan dan pengamalan
prinsip-prinsip Rukun Negara kepada pelajar-pelajar sekolah di
6,622 Kelab Rukun Negara (KRN) Mencari penyelesaian
terhadap isu-isu perkauman dan agama yang boleh menyebabkan
perpecahan kaum dan memupuk pendamaian di peringkat akar
umbi melalui khidmat 1,130 orang Mediator Komuniti (MK) di
seluruh negara;

di sekolah rendah dan menengah dan 169 Sekretariat Rukun
Negara (SRN) di peringkat institusi pengajian tinggi di seluruh
negara; Menggalakkan silang kerjaya dan kefahaman budaya
dalam kalangan mahasiswa bumiputera dan bukan bumiputera
melalui latihan internship dengan menyertai Program Latihan
Industri Perpaduan (PLIP) di syarikat- syarikat swasta dan
Government Linked Companies (GLCS). Bermula dari 2015
hingga 2019, seramai 5,728 orang pelajar telah menyertai
program ini; integrasi dan peradaban Keempat memperkasa
Menyebarluaskan mesej dan slogan perpaduan agar
membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian melalui
penglibatan syarikat- syarikat swasta.

Page42

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari topik ini, anda akan dapat:
Membincangkan proses pemantapan kesepaduan sosial di Malaysia.
Mengaplikasikan kesepaduansosial dalam kalangan masyarakat
Malaysia.

Page43


Click to View FlipBook Version