The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazajebon81, 2023-08-23 11:28:57

BUKU SKRAP PPDa SKSKT 2023

BUKU SKRAP PPDa SKSKT 2023

BUKU SKRAP DIGITAL ALIFF AMSYAR QUSYARI BIN ISKANDAR NAZARULLAH 110318-01-0979 SK SERI KAMPUNG TENGAH (JBA 2024) KELAS 6 ADIL [email protected] PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


• Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk menyiasat, merawat atau mencegah penyakit. Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan. APAKAH ITU DADAH


Dadah mempunyai ciri-ciri seperti berikut : • Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). • Digunakan bukan untuk tujuan perbuatan dan penggunaanya adalah dilarang. • Diperolehi secara haram. • Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah. • Mendatangkan kesan-kesan buruk/ bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial. APAKAH ITU DADAH


1. Keseronokkan 2. Perasaan ingin tahu 3. Pengaruh Rakan Sebaya 4. Meningkatkan keseronokan seksual 5. Rawatan perubatan 6. Secara tidak sengaja 7. Mengatasi tekanan jiwa 8. Persekitaran yang negative 9. Media hiburan 10. Didikan agama yang kurang SEBAB TERPENGARUH DENGAN DADAH


Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut : I. OPIAT - Heroin, Morfin, Candu dan Kodein. II. KANABIS - Ganja dan Hashish. III. DEPRESEN - Sedatif-Hipnotik, Jenis Barbiturat dan bukan Barbiturat serta Transquilizer. I. STIMULAN - Jenis Amfetamin dan Kokain. II. HALUSINOGEN - Lysergic Acid Diethylamine (LSD) dan Meskalin. Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol); alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya. JENIS-JENIS DADAH


Dadah mewujudkan satu keprihatinan dengan keinginan, keperluan dan nilai-nilai tersendiri yang berbeza sama sekali berbanding dengan keadaan sebelum menagih. Kehidupan mereka (sosial, psikologikal dan fizikal) bergantung kepada dadah secara total. Tumpuan utama dalam hidup ini ialah kepada dadah dan wang serta hendak mendapatkan bekalan. Ciri-ciri lain penagihan dadah termasuklah : 1. Toleran meningkat. 2. Gejala tarikan. 3. Merasa terdesak (gian) untuk mengambil dadah, lebih-lebih lagi apabila cuba berhenti daripada mengambilnya. 4. Tidak dapat mengawal kekerapan menggunakan dadah. 5. Cenderung untuk menagih semula setelah berhenti. Apabila seseorang terjebak dalam dunia penagihan dadah, amat sukar sekali untuk keluar dari perangkap dadah ini. CIRI-CIRI PENAGIHAN DADAH


Kesan pengambilan dadah kepada manusia amat buruk sekali, sama ada pengambilan dadah secara suntikan ataupun pengambilan dadah melalui mulut. Kesan-kesan buruknya adalah seperti berikut: Kesan pengambilan dadah secara suntikan a. Meningtis (penyakit jangkitan otak). b. Tetanus (penyakit kancing gigi). c. Endokarditis (penyakit jangkitan jantung). d. AIDS, Hepatitis B, C dan D. e. Bisul, kudis kurap dan pelbagai penyakit kulit lain. Kesan pengambilan dadah melalui mulut a. Kerosakan paru-paru dan hati. b. Kerosakan sistem penghadzaman (zat makanan tidak mencukupi). c. Kerosakan buah pinggang. d. Otot-otot badan mengecut menyebabkab badan lesu dan tidak bermaya. e. Berat badan menurun. f. Kemungkinan akan lumpuh. KESAN-KESAN PENGGUNAAN DADAH KE ATAS MANUSIA


1. Memahami dan mengetahui bahaya dan akibat penggunaan dadah – pengetahuan yang mendalam akan menghasilkan sikap negatif terhadap dadah dan seterusnya menjauhinya. 2. Menggunakan masa lapang dengan cara yang berfaedah seperti menceburkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum, memperkembangkan minat dan hobi. 3. Bersikap positif terhadap masalah. Anggap sesuatu masalah itu sebagai satu ‘CABARAN’ 4. Mewujudkan komunikasi yang sihat dengan orang lain. 5. Berhati-hati dalam pergaulan – elak bergaul dengan kawan-kawan yang jahat. 6. Mendapatkan bantuan/ kaunseling untuk menyelesaikan maslah rumit. 7. Bersikap tegas terhadap sesuatu permintaan/ tawaran yang membahayakan. CARA-CARA MENGELAKKAN DIRI DARI DADAH


Click to View FlipBook Version