11 Persediaan
Wajib Anda
Tahu Sebelum
Majlis
Pernikahan
1. Menghadiri Kursus Pra-perkahwinan
Kursus kahwin atau kursus pra perkahwinan telah
diwajibkan kepada bakal pengantin sejak tahun
1990’an lagi yang mana ianya bertujuan untuk
mendedahkan bakal pengantin kepada kehidupan
sebenar pasangan sebelum dan selepas
perkahwinan
Pada tahun 2021, anggaran pembayaran untuk
menghadiri kursus perkahwinan adalah sebanyak
RM120.00 seorang
CONTOH SIJIL KURSUS KAHWIN
Siapakah yang perlu menghadiri kursus pra
perkahwinan ini dan berapa umur yang wajib hadir?
Jawapan: Setiap rakyat malaysia yg beragama islam yang
ingin berkahwin diwajibkan untuk menghadiri kursus
kahwin.
Umur layak untuk berkahwin adalah 18 tahun bagi lelaki
dan 16 tahun bagi perempuan.
Ujian saringan HIV
pra-perkahwinan
boleh dilakukan di
mana-mana Klinik
Kesihatan di
Malaysia dan
dilaksanakan secara
percuma
2. Membuat ujian HIV
Prosedur Ujian Saringan HIV Praperkahwinan Di Klinik Kesihatan
Kerajaan
➢ Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter
pendaftaran serta melengkapkan borang permohonan ujian
Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di
kaunter klinik kesihatan
➢ Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas
(Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik
➢ Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas
(Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit
(bergantung kepada jenis kit yang digunakan).
Keputusan ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada
bakal pengantin.
3. Menyediakan segala dokumen
penting untuk akad nikah
Dokumen yang wajib dibawa :
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Borang Permohonan Nikah
3. Borang Saksi Permohonan Nikah
4. Surat Perakuan Bujang
5. Laporan Ujian HIV dan talasemia
6. Sijil Kursusu Kahwin
7. Sijil Nikah Ibu Bapa Pengantin
Perempuan
8. Surat Mastautin
Salinan kad pengenalan
Surat Perakuan
Bujang boleh
didapatkan pada
Majikan / Ketua
Kampung
Contoh Surat Perakuan Bujang
Pendaftaran nikah online (SPPIM)
Untuk pendaftaran nikah, bakal pengantin boleh lakukan secara
online di website yang tertera di bawah :
https://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline
Selepas berdaftar pada
SPPIM, pengantin harus
print dokumen yang
hendak dbawa ke pejabat
agama
5. Mas Kahwin dan Duit Hantaran
NEGERI MAS KAHWIN
Selangor RM 300.00
Negeri Sembilan RM 200.00
Sarawak RM 120.00
Perak RM 101.00
Melaka RM 100.00
Sabah RM 100.00
Labuan RM 80.00
4. SedKiuaaklaaLnumdpuurit hantaran ataRuMm80a.0s0kahwin
Pulau Pinang RM 24.00
Pahang RM 22.50
Johor RM 22.50
Kedah TIADA KETETAPAN
Kelantan TIADA KETETAPAN
Terengganu TIADA KETETAPAN
Perlis TIADA KETETAPAN
DUIT HANTARAN
- Terpulang pada permintaan pihak keluarga perempuan
5. Menyediakan Baju Nikah Lebih Awal
- Jika ingin beli online, beli awal untuk
mengelakkan baju sampai lewat daripada
jangka waktu di inginkan
- Pilih design baju yang sesuai dengan
postur tubuh badan pengantin, ini untuk
mengelakkan pengantin kelihatan kurang
menarik Ketika mengambil gambar
- Yang mana dapat Tarikh nikah last minute
daripada tok kadi tu jangan risau, bakal
pengantin boleh juga sewa baju nikah
dengan Bridal – bridal berdekatan anda.
Jenis fabrik untuk baju nikah
- Kain ciffon
- Kain Sutera
- Kain Organza
- Kain Satin
- Kain Lace
- Kain Songket
6. Barang hantaran
LELAKI KEPADA PEREMPUAN KEPADA
PEREMPUAN LELAKI
• Set Al-quran / Telekung • Set Sejadah / Kain Pelikat
• Beg Tangan • Kemeja / Baju Melayu
• Set Wangian • Dompet / Tali Pinggang
• Barangan Alat Solek • Kasut
• Kasut • Set Minyak Wangi
• Jam Tangan • Jam Tangan
Beza hantaran tunang
dan nikah
Apa yang diberi untuk
hantaran untuk
pertunangan adalah
untuk persiapan nikah,
manakala hantaran
kahwin dibawa dan
diberi selepas berjaya
bernikah dan wajib ada
mas kahwin dan barang
kemas batal air
sembahyang
7. Membeli hadiah untuk pembatalan air sembahyang
● Tips Beli Cincin Nikah :
- Tentukan budget
- Tahu Saiz
- Semak harga emas dahulu
- Jangan beli ‘last minute’
Selalunya cincin perkahwinan dibeli dengan letakan batu di
atasnya. Tidak kisahlah hanya berbatu satu yang agak besar
ataupun batu kecil-kecil yang agak banyak.
8. Catering
Catering boleh dibuat dengan dua pilihan, samaada
dibuat dalam bentuk bungkusan ataupun dibuat pada
bentuk buffet
Untuk catering nikah biasanya pengantin akan
menempah sebanyak 200pax ~ 300pax
Ada juga yang tempah dalam bentuk bungkusan
dan diagihkan kepada jiran – jiran atau saudara
yang tidak dapat hadir ke majlis
9. Makeup Nikah
Elakkan look makeup yang tebal atau heavy
Makeup nikah biasanya menggunakan look
yang natural, dengan menggunakan warna-
warna yang soft seperti nude atau pink
Elak gunakan warna-warna yang gelap seperti
dark brown
Tips memilih MUA :
- Pilih yang berpengalaman
- Cari feedback MUA tersebut
- Book awal untuk mengelakkan MUA
ada pengantin lain pada hari yang
sama
10. Mini Pelamin
Mini Pelamin adalah salah satu benda
yang patut ada semasa majlis. Tetapi
selalu dipandang ringan oleh
pengantin.
Untuk lebih jimat, boleh
ambil dalam pakej,
termasuk dengan baju dan
makeup
Tips pemilihan mini pelamin :
- Elakkan penggunaan warna yang banyak
- Guna maksimum 3 jenis warna
- Tutup sehingga kiri kanan pelamin
11. Menyediakan Photographer
Photographer salah satu yang sepatutnya ada
semasa majlis, ini kerana photographer
memainkan peranan untuk menyimpan moment-
moment indah pengantin semasa menjadi raja
sehari
- Simpan moment-moment Bahagia
semasa majlis
- Jadikan kenangan
- Pilih photographer yang berkualiti
Selalunya photographer akan
cover satu hari atau dua hari,
photographer juga selalunya
akan bagi pakej siap dengan
album dan juga frame