The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perakaunan Untuk Liabiliti (Siri 1)
Menerangkan perakaunan untuk bon belum bayar, peruntukan dan liabiliti luar jangka berdasarkan keperluan piawaian perakaunan terkini.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by baraini, 2019-03-19 07:12:14

Bon belum bayar, Peruntukan & Liabiliti luar jangka

Perakaunan Untuk Liabiliti (Siri 1)
Menerangkan perakaunan untuk bon belum bayar, peruntukan dan liabiliti luar jangka berdasarkan keperluan piawaian perakaunan terkini.

KAMARUL BARAINI KELIWON
ZAINI EMBONG

BON BELUM BAYAR,
PERUNTUKAN &
LIABILITI LUAR
JANGKA

Berdasarkan keperluan piawaian perakaunan yang
berkaitan.

Rujukan ringkas yang membantu pemahaman tentang
perakaunan untuk liabiliti yang terpilih.

SIRI PERAKAUNAN UNTUK LIABILITI (BUKU 1)  

i Perakaunan untuk liabiliti

KANDUNGAN Muka surat

BAB 1 LIABILITI 1
1.1 Apa itu liabiliti? 1
1.2 Jenis liabiliti 2
1.3 Pengkelasan liabiliti 2
2
1.3.1 Liabiliti semasa 2
1.3.2 Liabiliti Bukan Semasa 3
1.3.3 Pengecualian para 60 MFRS 101 3
1.4 Pendedahan dan pembentangan 4
1.4.1 Pembentangan mengikut pengkelasan semasa dan bukan semasa
1.4.2 Pembentangan mengikut kecairan 5
BAB 2 BON BELUM BAYAR 5
2.1 Apa itu bon belum bayar? 5
2.2 Pengukuran awal 5
2.2.1 Prinsipal 6
2.2.2 Kadar faedah 6
2.3 Terbitan bon 7
2.3.1 Terbitan bon belum bayar pada nilai par 7
2.3.2 Terbitan bon belum bayar pada nilai premium 8
2.3.3 Terbitan bon belum bayar pada nilai diskaun 10
2.4 Pengukuran seterusnya
2.5 Terbitan pada tarikh di antara tarikh faedah

2.5.1 Bon diterbitkan pada nilai par 10

2.5.2 Bon diterbitkan pada premium atau diskaun 11

2.6 Persaraan bon 12

2.6.1 Persaraan bon pada tarikh matang 12

ii Perakaunan untuk liabiliti 12
13
2.6.2 Persaraan bon sebelum tarikh matang 13
2.7 Pembentangan dan pendedahan dalam Penyata Kewangan 15

2.7.1 Penyata pendapatan 18
2.7.2 Penyata kedudukan kewangan 18
BAB 3 PERUNTUKAN 18
3.1 Apa itu peruntukan? 19
3.2 Pengiktirafan 19
3.2.1 Obligasi semasa 20
3.2.2 Peristiwa lampau 20
3.2.3 Aliran keluar sumber 20
3.3 Pengukuran 20
3.4 Jenis Peruntukan 21
3.4.1 Peruntukan litigasi 22
3.4.2 Peruntukan waranti 23
24
Waranti jenis asurans 25
Waranti jenis khidmat 26
3.4.3 Ganjaran belum bayar
3.5 Pendedahan dan pembentangan dalam penyata kewangan 27
3.5.1 Pembentangan dalam penyata kedudukan kewangan 27
3.5.2 Pendedahan dalam nota kepada penyata kewangan
BAB 4 LIABILITI LUAR JANGKA
4.1 Apa itu liabiliti luar jangka?
4.2 Hubungan antara peruntukan dan liabiliti luar jangka

iii Perakaunan untuk liabiliti 27
29
4.3 Pengiktirafan 30
4.4 Pendedahan

4.4.1 Pendedahan dalam nota kepada penyata kewangan

1 Perakaunan untuk Liabiliti

BAB 1
LIABILITI

1.1 Apa itu liabiliti?

Liabiliti ialah tanggungan semasa yang timbul dari peristiwa lepas di mana penyelesaiannya
mengakibatkan alir keluar sumber yang berkaitan dengan manfaat ekonomi syarikat [MFRS 137
para 10].

1.2 Jenis liabiliti

Liabiliti terdiri daripada:

1. Liabiliti kewangan [MFRS 132 para 11]
● Merupakan:
i) obligasi kontraktual untuk;
a. menyerahkan tunai atau aset kewangan lain kepada entiti lain
b. menukar aset kewangan atau liabiliti kewangan dengan entiti lain
ii) kontrak yang boleh atau mungkin diselesaikan menggunakan instrumen
ekuiti syarikat
● Contohnya akaun belum bayar dan nota belum bayar.

2. Peruntukan [MFRS 137 para 10]
● Merupakan liabiliti tanpa pemasaan atau amaun yang pasti
● Contohnya waranti dan premium.

3. Liabiliti kontingen [MFRS 137 para 10]
● Merupakan:
i) obligasi yang mungkin wujud akibat peristiwa lepas dan kewujudannya
disahkan dengan berlaku atau tidak satu atau lebih peristiwa masa depan
yang tidak pasti yang diluar kawalan syarikat
ii) obligasi semasa yang wujud dari peristiwa lepas tetapi tidak diiktiraf
kerana:
a. tiada kemungkinan alir keluar sumber untuk menyelesaikan obligasi,
atau
b. amaun obligasi tidak boleh diukur dengan munasabah
● Contohnya tuntutan mahkamah yang masih dalam perbicaraan.

2 Perakaunan untuk Liabiliti

1.3 Pengkelasan liabiliti

Liabiliti boleh dikelaskan kepada [MFRS101 para 60]:

1. Liabiliti semasa
● Dijangka akan diselesaikan dalam tempoh tidak lebih daripada 12 bulan selepas
tarikh pelaporan [MFRS101 para 61].

2. Liabiliti bukan semasa
● Dijangka akan diselesaikan dalam tempoh lebih daripada 12 bulan selepas tarikh
pelaporan [MFRS101 para 61].

1.3.1 Liabiliti semasa
Liabiliti dikelaskan sebagai liabiliti semasa apabila [MFRS 101 para 69]:

a) dijangka diselesaikan dalam kitaran operasi normal syarikat;

b) dipegang untuk tujuan diniagakan;

c) perlu dijelaskan dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh pelaporan; atau

d) syarikat tidak mempunyai hak tanpa syarat untuk menunda penyelesaian liabiliti bagi
tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan selepas tarikh pelaporan.

Terdapat liabiliti semasa yang merupakan sebahagian daripada modal kerja yang
digunakan dalam kitaran operasi normal syarikat seperti akaun belum bayar dan belanja operasi
terakru. Item-item operasi ini dikelaskan sebagai liabiliti semasa walaupun liabiliti ini diselesaikan
dalam tempoh lebih daripada 12 bulan selepas tarikh pelaporan.

Selain itu, terdapat juga liabiliti semasa lain yang diselesaikan bukan sebagai sebahagian
daripada kitaran operasi normal tetapi matang untuk diselesaikan dalam tempoh 12 bulan
selepas tarikh pelaporan. Contohnya overdraf bank, liabiliti bukan semasa yang matang pada
tempoh semasa, dividen belum bayar, cukai pendapatan dan belum bayar bukan dagangan.

1.3.2 Liabiliti Bukan Semasa
Liabiliti yang tidak memenuhi kriteria a) hingga d) para 69 MFRS 101 dikelaskan sebagai liabiliti
bukan semasa.

1.3.3 Pengecualian para 60 MFRS 101
Liabiliti boleh dibentangkan berdasarkan kecairan apabila maklumat liabiliti boleh dipercayai dan
lebih relevan. Apabila liabiliti dibentangkan berdasarkan kecairan, pembentangan liabiliti dibuat
dalam susunan mengikut kecairan iaitu daripada yang paling cair kepada yang paling kurang cair.

3 Perakaunan untuk Liabiliti

1.4 Pendedahan dan pembentangan

Pendedahan di dalam penyata kedudukan kewangan hendaklah mengandungi butiran yang
menunjukkan amaun berikut [MFRS 101 para 54 (k)-(p)]:
1. belum bayar dagangan dan lain-lain belum bayar
2. peruntukan
3. liabiliti kewangan (tidak termasuk item 1 dan 2)
4. cukai semasa belum bayar
5. liabiliti cukai tertunda
6. liabiliti dalam kumpulan pelupusan (disposal groups) yang diklasifikasikan sebagai

pegangan untuk dijual berdasarkan MFRS 5 Non-current Assets Held for Sale and
Discontinued Operations
Syarikat boleh membentangkan liabiliti mengikut pengkelasan semasa dan bukan semasa
(seperti 1.4.1) atau berdasarkan kecairan (seperti 1.4.2).
1.4.1 Pembentangan mengikut pengkelasan semasa dan bukan semasa

(Sumber: Laporan Tahunan 2017 Ahmad Zaki Resources Berhad)

4 Perakaunan untuk Liabiliti
Sub-pengkelasan item “Loans and borrowings” dibuat dalam nota kepada akaun (Note 31).

(Sumber: Laporan Tahunan 2017 Ahmad Zaki Resources Berhad)
1.4.2 Pembentangan mengikut kecairan

(Sumber: Laporan Tahunan 2017 BIMB)

5 Perakaunan untuk Liabiliti

BAB 2
BON BELUM BAYAR

2.1 Apa itu bon belum bayar?

Bon merupakan salah satu kaedah pinjaman. Pihak yang menerbitkan bon merupakan peminjam
manakala yang membeli bon tersebut adalah pemberi pinjaman. Bon boleh diterbitkan sama ada
oleh badan kerajaan ataupun syarikat bagi mendapatkan pembiayaan. Syarikat yang
menerbitkan bon akan merekodkan dan melaporkan bon tersebut sebagai Bon Belum Bayar.
Secara khususnya, Bon belum bayar ialah perjanjian untuk membayar sejumlah amaun pada satu
tarikh matang dan faedah berkala pada kadar tertentu ke atas nilai muka. Bon belum bayar
dikelaskan sebagai liabiliti bukan semasa kerana biasanya ia akan dijelaskan dalam tempoh lebih
daripada 12 bulan selepas tarikh pelaporan.

Terdapat dua jenis bon yang biasa diterbitkan di Malaysia iaitu bon kerajaan dan bon
korporat. Bon kerajaan diterbitkan oleh pihak kerajaan, Bank Negara Malaysia dan institusi
separa kerajaan seperti Khazanah Nasional Berhad, Danamodal dan Danaharta. Manakala bon
korporat pula diterbitkan oleh Cagamas Berhad, institusi kewangan dan syarikat bukan
kewangan.

2.2 Pengukuran awal

Bon belum bayar diukur pada nilai saksama [MFRS 9 (5.1.1)] iaitu harga urus niaga [MFRS 9
(B5.1.1)]. Harga urus niaga ialah nilai kini jangkaan aliran tunai masa depan yang terdiri daripada
prinsipal dan faedah.

2.2.1 Prinsipal
Prinsipal atau nilai muka ialah amaun yang perlu dibayar balik pada tarikh matang.

2.2.2 Kadar faedah
Terdapat dua kadar faedah iaitu:
1. Kadar dinyatakan

Kadar dinyatakan ialah kadar faedah yang ditulis di dalam terma kontrak bon dan ianya
ditentukan oleh penerbit bon. Kadar ini digunakan untuk mengira amaun faedah yang
dibayar kepada pemegang bon bagi setiap tempoh.

Tunai (faedah dibayar) = Kadar dinyatakan x Nilai muka bon.

2. Kadar pasaran
Kadar pasaran merujuk kepada kadar keuntungan atas pelaburan yang sepadan dengan ciri
risiko penerbit bon belum bayar. Kadar ini digunakan untuk mengira harga urus niaga atau
harga terbitan bon belum bayar.

6 Perakaunan untuk Liabiliti

Kadar pasaran juga digunakan untuk mengira amaun faedah yang sebenarnya
direkod sebagai belanja faedah oleh penerbit bon belum bayar. Kadar ini juga merupakan
faedah sebenar yang diperoleh oleh pemegang bon. Belanja faedah dikira dengan
mendarabkan kadar pasaran dengan nilai dibawa bon.

2.3 Terbitan bon

Bon boleh diterbitkan dalam tiga keadaan iaitu:
1. pada nilai par
2. pada nilai premium
3. pada nilai diskaun

2.3.1 Terbitan bon belum bayar pada nilai par
Jika kadar pasaran adalah sama dengan kadar dinyatakan, bon diterbitkan pada nilai par. Harga
terbitan bon belum bayar adalah sama dengan nilai muka bon belum bayar jika ia diterbitkan
pada nilai par.

Ilustrasi 2-1
Sakti Bhd. menerbitkan bon belum bayar 8%, 3-tahun bernilai muka RM100,000 pada 1 Januari
2018. Faedah dibayar sekali setahun pada setiap 31 Disember. Kadar faedah pasaran adalah 8%.

Dikehendaki:
a) Kira harga terbitan bon belum bayar pada 1 Januari 2018.
b) Sediakan catatan jurnal untuk merekod terbitan bon belum bayar.

Penyelesaian:

a) Harga terbitan bon = 100,000 (PV8%,3) + (8% x 100,000) (PVA8%,3)
= 100,000 (0.79383) + 8,000 (2.57710)
= 79,383 + 20,617
= 100,000

b) Catatan jurnal

1/1/2018 Dt Tunai 100,000

Kt Bon Belum Bayar 100,000

7 Perakaunan untuk Liabiliti

2.3.2 Terbitan bon belum bayar pada nilai premium
Jika kadar pasaran lebih rendah daripada kadar dinyatakan, bon diterbitkan pada nilai premium.
Harga terbitan bon belum bayar adalah lebih tinggi daripada nilai muka bon belum bayar jika ia
diterbitkan pada nilai premium.

Ilustrasi 2-2
Sakti Bhd. menerbitkan bon belum bayar 8%, 3-tahun bernilai muka RM100,000 pada 1 Januari
2018. Faedah dibayar sekali setahun pada setiap 31 Disember. Kadar faedah pasaran adalah 6%.

Dikehendaki:
a) Kira harga terbitan bon belum bayar pada 1 Januari 2018.
b) Sediakan catatan jurnal untuk merekod terbitan bon belum bayar.

Penyelesaian:

a) Harga terbitan bon = 100,000 (PV6%,3) + (8% x 100,000) (PVA6%,3)
= 100,000 (0.83962) + 8,000 (2.67301)
= 83,962 + 21,384
= 105,346

b) Catatan jurnal:

1/1/2018 Dt Tunai 105,346
Kt Bon Belum Bayar
105,346

2.3.3 Terbitan bon belum bayar pada nilai diskaun
Jika kadar pasaran lebih tinggi daripada kadar dinyatakan, bon diterbitkan pada nilai diskaun.
Harga terbitan bon belum bayar adalah lebih rendah daripada nilai muka bon belum bayar jika ia
diterbitkan pada nilai diskaun.

Ilustrasi 2-3
Sakti Bhd. menerbitkan bon belum bayar 8%, 3-tahun bernilai muka RM100,000 pada 1 Januari
2018. Faedah dibayar sekali setahun pada setiap 31 Disember. Kadar faedah pasaran adalah
10%.

Dikehendaki:
a) Kira harga terbitan bon belum bayar pada 1 Januari 2018.
b) Sediakan catatan jurnal untuk merekod terbitan bon belum bayar.

Penyelesaian:

a) Harga terbitan bon = 100,000 (PV10%,3) + (8% x 100,000) (PVA10%,3)
= 100,000 (0.75131) + 8,000 (2.48685)
= 75,131 + 19,895
= 95,026

8 Perakaunan untuk Liabiliti

b) Catatan jurnal:

1/1/2018 Dt Tunai 95,026

Kt Bon belum bayar 95,026

2.4 Pengukuran seterusnya

Bon belum bayar diukur pada kos terlunas [MFRS9 (5.3.1)] menggunakan kaedah faedah efektif
[MFRS 9 (5.4)]. Menggunakan kaedah faedah efektif, syarikat perlu:

1. mengira belanja faedah dengan mendarabkan nilai buku bon belum bayar pada awal
tempoh dengan kadar faedah pasaran

2. menentukan pelunasan diskaun atau premium dengan membandingkan belanja faedah
dengan faedah (tunai) dibayar.

Ilustrasi 2-4
Sakti Bhd. menerbitkan bon belum bayar 8%, 3-tahun bernilai muka RM100,000 pada 1 Januari
2018. Faedah dibayar sekali setahun pada setiap 31 Disember. Kadar faedah pasaran adalah 8%.
Harga terbitan bon belum bayar ialah RM100,000.

Dikehendaki:
a) Sediakan jadual pelunasan bon belum bayar 8% sehingga tarikh matang.
b) Sediakan catatan jurnal untuk merekod faedah pada 31 Disember 2018.

Penyelesaian

a) Jadual pelunasan

Tarikh Tunai dibayar Belanja faedah Pelunasan Nilai dibawa

1/1/2018 8,000 8,000 0 100,000
31/12/2018 8,000 8,000 0 100,000
31/12/2019 8,000 8,000 0 100,000
31/12/2020 100,000

b) Catatan jurnal

31/12/2018 Dt Belanja Faedah 8,000
Kt Tunai 8,000

9 Perakaunan untuk Liabiliti

Ilustrasi 2-5
Sakti Bhd. menerbitkan bon belum bayar 8%, 3-tahun bernilai muka RM100,000 pada 1 Januari
2018. Faedah dibayar sekali setahun pada setiap 31 Disember. Kadar faedah pasaran adalah 6%.
Harga terbitan bon belum bayar ialah RM105,346.

Dikehendaki:

a) Sediakan jadual pelunasan bon belum bayar 8% sehingga tarikh matang.
b) Sediakan catatan jurnal untuk merekod faedah pada 31 Disember 2018.

Penyelesaian

a) Jadual pelunasan

Tarikh Tunai dibayar Belanja faedah Pelunasan Nilai dibawa

1/1/2018 8,000 6,321 1,679 105,346
31/12/2018 8,000 6,220 1,780 103,667
31/12/2019 8,000 6,113 1,887 101,887
31/12/2020 100,000

b) Catatan jurnal

31/12/2018 Dt Belanja Faedah 6,321
Bon belum bayar 1,679
Kt Tunai
8,000

Ilustrasi 2-6
Sakti Bhd. menerbitkan bon belum bayar 8%, 3-tahun bernilai muka RM100,000 pada 1 Januari
2018. Faedah dibayar sekali setahun pada setiap 31 Disember. Kadar faedah pasaran adalah
10%. Harga terbitan bon belum bayar ialah RM95,026.

Dikehendaki:

a) Sediakan jadual pelunasan bon belum bayar 8% sehingga tarikh matang.
b) Sediakan catatan jurnal untuk merekod faedah pada 31 Disember 2018.

10 Perakaunan untuk Liabiliti

Penyelesaian

a) Jadual pelunasan

Tarikh Tunai dibayar Belanja faedah Pelunasan Nilai dibawa
1/1/2018 95,027
31/12/2018 8,000 9,503 1,503 96,530
31/12/2019 8,000 9,653 1,653 98,183
31/12/2020 8,000 9,817 1,817
100,000

b) Catatan jurnal:

31/12/2018 Dt Belanja faedah 9,503

Kt Bon belum bayar 1,503
8,000
Tunai

2.5 Terbitan pada tarikh di antara tarikh faedah

Jika bon belum bayar diterbitkan pada tarikh di antara tarikh faedah, pembeli bon akan
membayar faedah terakru kepada penerbit bon daripada tarikh akhir pembayaran faedah hingga
tarikh terbitan. Pada tarikh pembayaran faedah akan datang, pembeli bon akan menerima
bayaran faedah penuh.

2.5.1 Bon diterbitkan pada nilai par
Jika bon diterbitkan pada nilai par, syarikat akan menerima tunai yang terdiri daripada nilai muka
tambah faedah terakru pada tarikh terbitan bon.

Ilustrasi 2-7
Pada 1 Mac 2018, Sakti Bhd. menerbitkan bon belum bayar, 6%, 10 tahun bertarikh 1 Januari
2018, bernilai muka RM800,000. Faedah dibayar dua kali setahun iaitu pada setiap 1 Januari dan
1 Julai.

Dikehendaki:
a) Kira tunai yang diterima oleh Sakti Bhd. pada 1 Mac 2018.
b) Sediakan catatan jurnal untuk merekod urus niaga berkaitan bon belum bayar 6%.

Penyelesaian:

a) Tunai diterima = Nilai muka + Faedah untuk tempoh 2 bulan
= 800,000 + [(2/12 x 6%) x 800,000)]
= 800,000 + 8,000 = 808,000

b) Catatan jurnal

1/3/2018 Dt Tunai 808,000

Kt Bon Belum Bayar 800,000
8,000
Belanja faedah

11 Perakaunan untuk Liabiliti

1/7/2018 Dt Belanja faedah 24,000

Kt Tunai 24,000

(6/12 x 6% x 800,000)

2.5.2 Bon diterbitkan pada premium atau diskaun
Pada tarikh terbitan bon, jika bon diterbitkan pada premium atau diskaun, syarikat perlu
merekod bayaran faedah secara tunai dan amaun pelunasan bon secara prorata mengikut
tempoh bermula terbitan bon sehingga bayaran faedah berikutnya.

Ilustrasi 2-8
Pada 1 Julai 2018, Sakti Bhd. menerbitkan bon belum bayar, 12%, 10 tahun bertarikh 1 Januari
2018, bernilai muka RM900,000 pada 112.90. Faedah dibayar pada setiap 1 Januari. Kadar faedah
pasaran ialah 10%.

Dikehendaki:
a) Kira tunai yang diterima oleh Sakti Bhd. pada 1 Julai 2018.
b) Sediakan catatan jurnal untuk merekod urus niaga berkaitan bon belum bayar 12%.

Penyelesaian:

a) Tunai diterima = Harga terbitan + Faedah untuk tempoh 6 bulan
= [900,000 x 112.90] + [(6/12 x 12%) x 900,000)]
= 1,016,100 + 54,000 = 1,070,000

b) Belanja faedah 1,016,100
= Nilai dibawa bon belum bayar 5%
Kadar pasaran (10% x 6/12)
Belanja faedah untuk 6 bulan 50,805

Pelunasan 108,000
= Tunai dibayar (12% X 900,000) 54,000
54,000
(-) Tunai diterima 50,805
Tunai dibayar bersih 3,195
(-) Belanja faedah untuk 6 bulan
Pelunasan

Catatan jurnal Tunai 1,070,000 1,016,100
1/7/2018 Dt Kt Bon Belum Bayar 54,000
104,805
1/1/2019 Dt Belanja faedah 3,195 108,000

Belanja faedah
Bon belum bayar
Kt Tunai

12 Perakaunan untuk Liabiliti

2.6 Persaraan bon

Bon yang diterbitkan perlu dilangsaikan apabila tiba tarikh matang seperti yang ternyata di dalam
bon. Walau bagaimana pun, bon boleh juga dilansaikan atau disarakan sebelum tiba tarikh
matang.

2.6.1 Persaraan bon pada tarikh matang
Jika syarikat memegang bon sehingga tarikh matang, syarikat tidak perlu mengira sebarang laba
atau rugi persaraan. Premium atau diskaun telah dilunaskan sepenuhnya pada tarikh matang.
Kesannya, nilai dibawa bon yang merupakan nilai muka bon adalah sama dengan nilai saksama
bon pada tarikh matang.

Ilustrasi 2-9
Pada 31 Disember 2020, Sakti Bhd. menyarakan bon belum bayar 8%, 3-tahun RM100,000 yang
diterbitkan pada 1 Januari 2018. Faedah dibayar sekali setahun pada setiap 31 Disember. Kadar
faedah pasaran semasa terbitan adalah 6%.

Dikehendaki:
Sediakan catatan jurnal yang berkaitan dengan persaraan Bon 8%.

Penyelesaian: (Rujuk Ilustrasi 2-5)

31/12/2020 Dt Bon Belum bayar 100,000
Kt Tunai 100,000

2.6.2 Persaraan bon sebelum tarikh matang
Terdapat juga syarikat yang menyarakan bonnya sebelum tempoh matang. Amaun yang dibayar,
termasuk semua belanja yang berkaitan dengan persaraan bon dipanggil sebagai harga
persaraan. Jika harga persaraan melebihi nilai dibawa bon, rugi akan diiktiraf. Manakala, jika nilai
dibawa melebihi harga persaraan, laba akan diiktiraf. Diskaun atau premium dan semua kos
berkaitan bon mesti dilunaskan sehingga tarikh persaraan.

Ilustrasi 2-10
Pada 31 Disember 2019, Sakti Bhd. menyarakan Bon 8%, 3-tahun RM100,000 yang telah
diterbitkan pada 1 Januari 2017. Faedah dibayar pada setiap 31 Disember. Bon ini dipanggil pada
105 dan jumlah belanja persaraan bon yang dilibatkan ialah RM2,000. Kadar faedah pasaran
semasa terbitan ialah 10%.

Dikehendaki:
a) Tentukan laba atau rugi persaraan Bon 8%.
b) Sediakan catatan jurnal yang berkaitan dengan persaraan Bon 8%.

13 Perakaunan untuk Liabiliti

Penyelesaian: 105,000
2,000
a) Laba/Rugi atas persaraan Bon 8%
Harga Panggilan [105/100 x 100,000] 107,000
Belanja persaraan (98,183)
Harga persaraan
Nilai muka (Rujuk Ilustrasi 2-6) 8,817
Rugi atas persaraan bon

b) Catatan jurnal

31/12/2019 Dt Bon Belum bayar 98,183
Rugi atas persaraan 8,817
Kt Tunai
107,000

2.7 Pembentangan dan pendedahan dalam Penyata Kewangan

2.7.1 Penyata pendapatan
Belanja faedah berkaitan bon belum bayar diiktiraf di dalam penyata pendapatan dalam tempoh
yang relevan.

(Penyata tahunan Cagamas Bhd 2017)

14 Perakaunan untuk Liabiliti
Perincian berkaitan belanja faedah didedahkan di dalam nota kepada penyata kewangan.

Ilustrasi 2-11
Maklumat daripada Ilustrasi 2-6.

Tarikh Tunai dibayar Belanja faedah Pelunasan Nilai dibawa
1/1/2018 95,027
31/12/2018 8,000 9,503 1,503 96,530
31/12/2019 8,000 9,653 1,653 98,183
31/12/2020 8,000 9,817 1,817
100,000

Dikehendaki:
Tunjukkan pembentangan dan pendedahan berkaitan Bon belum bayar dalam penyata
pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Penyelesaian:

Sakti Berhad
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018

Belanja operasi: 9,503
Belanja faedah

15 Perakaunan untuk Liabiliti
2.7.2 Penyata kedudukan kewangan
Bon belum bayar didedahkan di dalam penyata kewangan dan dipersembahkan sebagai liabiliti
bukan semasa. Walau bagaimana pun, amaun bon belum bayar yang akan dilunaskan pada
tempoh berikutnya dipersembahkan sebagai liabiliti semasa.
Cagamas Berhad membentangkan liabilitinya mengikut kecairan.

(Penyata tahunan Cagamas Bhd 2017)

16 Perakaunan untuk Liabiliti

Maklumat terperinci berkaitan bon belum bayar yang diterbitkan (contohnya RMIS)
dibentangkan di dalam nota kepada penyata kewangan.

17 Perakaunan untuk Liabiliti

Ilustrasi 2-12
Maklumat daripada Ilustrasi 3-6

Tarikh Tunai dibayar Belanja faedah Pelunasan Nilai dibawa
1/1/2018 95,027
31/12/2018 8,000 9,503 1,503 96,530
31/12/2019 8,000 9,653 1,653 98,183
31/12/2020 8,000 9,817 1,817
100,000

Dikehendaki:
Tunjukkan pembentangan dan pendedahan berkaitan Bon belum bayar dalam penyata
kedudukan kewangan pada 31 Disember 2018.

Penyelesaian:

Sakti Berhad
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2018

Liabiliti semasa: 1,653
Bon belum bayar

Liabiliti bukan semasa: 94,877
Bon belum bayar

18 Perakaunan untuk Liabiliti

BAB 3
PERUNTUKAN

3.1 Apa itu peruntukan?

Peruntukan ialah liabiliti dengan pemasaan atau amaun yang tidak pasti [MFRS 137 para 10].
Peruntukan boleh dibezakan daripada lain-lain liabiliti seperti pemiutang dan akruan kerana
terdapat ketidakpastian tentang masa dan jumlah perbelanjaan masa depan yang diperlukan
sebagai penyelesaian [MFRS 137 para 11].

Peruntukan boleh dilaporkan sebagai liabiliti semasa atau bukan semasa bergantung
kepada tarikh jangkaan bayaran dibuat. Peruntukan berbeza dengan liabiliti lain (seperti akaun
belum bayar, nota belum bayar, gaji belum bayar dan dividen belum bayar) kerana peruntukan
mempunyai ketidakpastian yang lebih tinggi tentang masa dan amaun perbelanjaan yang
diperlukan untuk menyelesaikan obligasi. Berbeza dengan liabiliti yang mempunyai kepastian
dalam amaun dan pemasaan untuk diselesaikan seperti akaun belum bayar yang mana terdapat
inbois yang berkaitan menunjukkan amaun dan tarikh bayaran perlu dibuat.

3.2 Pengiktirafan

Syarikat mengakru belanja dan liabiliti apabila syarikat mengiktiraf peruntukan. Peruntukan akan
diiktiraf apabila:

a) syarikat mempunyai obligasi semasa (undang-undang atau konstruktif) akibat peristiwa
lampau;

b) kemungkinan alir keluar sumber yang mengandungi manfaat ekonomi akan diperlukan
untuk menyelesaikan obligasi tersebut; dan

c) anggaran yang munasabah boleh dibuat bagi jumlah tanggungan tersebut.

Jika a) hingga c) tidak dipenuhi, peruntukan tidak diiktiraf.

3.2.1 Obligasi semasa
Dalam keadaan di mana kewujudan obligasi semasa tidak jelas, peristiwa lampau dianggap
menimbulkan obligasi semasa jika dengan mengambil kira semua bukti yang ada, obligasi semasa
lebih cenderung wujud pada penghujung tempoh pelaporan.

Contohnya tuntutan mahkamah. Bagi tuntutan mahkamah, syarikat menentukan sama
ada obligasi semasa wujud pada penghujung tempoh pelaporan dengan mengambil kira segala
bukti yang ada, termasuk pendapat daripada pakar. Bukti yang diambilkira juga termasuk
sebarang bukti tambahan yang disediakan oleh peristiwa selepas tempoh pelaporan.
Berdasarkan bukti tersebut, jika pada penghujung tempoh laporan, obligasi semasa lebih
cenderung untuk:

a) wujud, maka syarikat mengiktiraf peruntukan; dan

19 Perakaunan untuk Liabiliti

b) jika tidak wujud, syarikat mendedahkan liabiliti luar jangka dalam nota kepada akaun.
Walau bagaimana pun jika kemungkinan alir keluar manfaat ekonomi adalah sangat kecil
syarikat tidak perlu mendedahkan liabiliti luar jangka.

3.2.2 Peristiwa lampau
Peristiwa lampau yang membawa kepada obligasi semasa dipanggil sebagai peristiwa berobligasi.
Peristiwa berobligasi merupakan peristiwa yang mewujudkan obligasi perundangan atau
konstruktif yang menyebabkan syarikat perlu menyelesaikan obligasi tersebut. Obligasi
perundangan adalah obligasi yang timbul daripada:

a) sesuatu kontrak (secara tersurat atau tersirat);
b) undang-undang; atau
c) lain-lain penguatkuasaan undang-undang.

Contohnya, semasa jualan, pengilang memberikan jaminan kepada pembeli untuk
membaiki atau mengganti kerosakan produk dalam tempoh 3 tahun dari tarikh jualan. Ini
mewujudkan obligasi perundangan dari kontrak yang dinyatakan.

Obligasi konstruktif pula adalah obligasi yang wujud daripada tindakan syarikat di mana:

a) melalui corak amalan lepas, dasar yang diterbitkan atau kenyataan semasa, syarikat telah
menunjukkan kepada pihak lain bahawa ia bertanggungjawab; dan

b) hasilnya, syarikat telah mewujudkan jangkaan yang sah bahawa ia akan melaksanakan
tanggungjawab tersebut.

Contohnya, syarikat beroperasi dalam industri minyak yang menyebabkan pencemaran
dan beroperasi di sebuah negara yang tiada undang-undang alam sekitar. Walau bagaimana pun,
syarikat mempunyai polisi untuk membersihkan semua pencemaran alam sekitar akibat
operasinya. Syarikat menyebarkan maklumat tentang polisi ini secara meluas dan melaksanakan
polisi ini. Amalan ini mewujudkan obligasi konstruktif kepada syarikat untuk melaksanakan
tanggungjawab yang dinyatakan dalam polisi syarikat.

3.2.3 Aliran keluar sumber
Aliran keluar sumber dianggap sebagai berkemungkinan berlaku jika kebarangkalian peristiwa
tersebut berlaku adalah lebih besar daripada kebarangkalian tidak berlaku. Kemungkinan aliran
keluar sumber ditentukan secara keseluruhan jika syarikat mempunyai beberapa peruntukan
yang sama (contohnya waranti produk) [MFRS137 para 24]. Dalam hal ini, syarikat akan
mengiktiraf sebagai peruntukan. Jika kebarangkalian obligasi semasa berlaku dan aliran keluar
sumber adalah kecil, syarikat hanya akan mendedahkan liabiliti luar jangka dalam nota kepada
akaun.

20 Perakaunan untuk Liabiliti

3.3 Pengukuran

Amaun yang diiktiraf sebagai peruntukan merupakan anggaran terbaik perbelanjaan yang
diperlukan bagi menyelesaikan obligasi semasa pada akhir tempoh pelaporan [MFRS 137 para
36]. Amaun peruntukan yang diiktiraf merupakan amaun sebelum cukai [MFRS 137 para 41].

Peruntukan dinilai pada akhir tempoh kewangan, dan dilaraskan supaya menunjukkan
anggaran semasa terbaik [MFRS 137 para 59]. Jika tiada kebarangkalian aliran keluar sumber
untuk menyelesaikan tanggungan, peruntukan boleh ditarik balik.

3.4 Jenis Peruntukan

Antara peruntukan yang biasa diiktiraf di dalam penyata kewangan ialah:

1. Litigasi
2. Waranti
3. Ganjaran belum bayar (contohnya kupon tunai, produk atau perkhidmatan percuma).

Syarikat perlu mendedahkan maklumat terperinci berkaitan peruntukan di dalam nota
kepada akaun.

3.4.1 Peruntukan litigasi
Bagi kes tuntutan mahkamah, syarikat perlu mempertimbangkan faktor-faktor berikut sebelum
mengiktiraf peruntukan:

1. Tempoh berlakunya tindakan yang menyebabkan syarikat menanggung liabiliti
2. Kebarangkalian liabiliti berlaku
3. Amaun boleh dianggarkan dengan munasabah.

Jika tuntutan mahkamah ke atas syarikat telah wujud pada akhir tahun pelaporan dan
kemungkinan syarikat menanggung liabiliti adalah tinggi serta amaun tuntutan boleh dianggar
dengan munasabah, syarikat perlu mengiktiraf peruntukan berkaitan litigasi tersebut.

3.4.2 Peruntukan waranti
Waranti merupakan jaminan penjual kepada pembeli untuk mengganti atau menukar produk
yang rosak atau cacat dalam sesuatu tempoh selepas jualan. Terdapat dua jenis waranti yang
biasanya ditawarkan oleh syarikat iaitu:

1. Waranti jenis asurans (Assurance-type warranty)
● Jaminan yang diberi kepada pelanggan bahawa produk memenuhi spesifikasi yang
dinyatakan di dalam kontrak jualan.
● Jaminan ini termasuk di dalam harga jualan.

2. Waranti jenis khidmat (Service-type warranty)
● Jaminan yang menyediakan perkhidmatan tambahan yang melebihi waranti jenis
asurans.

21 Perakaunan untuk Liabiliti

● Jaminan ini tidak termasuk di dalam harga jualan menyebabkan ia direkod sebagai
obligasi pelaksanaan yang berasingan.

Waranti jenis asurans
Waranti jenis asurans tidak direkod sebagai satu obligasi pelaksanaan yang berasingan. Waranti
ini merujuk kepada jaminan terhadap kualiti produk iaitu produk atau perkhidmatan adalah
bebas daripada sebarang kerosakan atau kecacatan.

Ilustrasi 3-1:
Pada tahun 2018, EZCAFE Bhd menjual mesin pembancuh kopi dengan jaminan waranti selama
tiga tahun. Syarikat menganggarkan kos waranti atas jualan sebanyak 2% dalam tahun semasa,
3% dalam tahun selepas jualan dan 4% dalam tahun kedua selepas jualan. Berikut adalah jualan
dan tuntutan waranti sebenar:

Tahun Jualan Tuntutan Waranti Sebenar
(RM) (RM)
2018 9,000
2019 600,000 65,000
2020 1,500,000 135,000
2,100,000

Dikehendaki:
a) Kirakan belanja waranti bagi tahun 2018 dan liabiliti waranti pada 31 Disember 2018
b) Sediakan catatan jurnal untuk merekod urusniaga jaminan waranti produk dalam tahun

2018.

Penyelesaian:

a) i) Belanja waranti tahun 2018
= % waranti x Jualan tahun semasa
= (2% + 3% + 4%) x RM600,000
= RM54,000

ii) Liabiliti waranti pada 31 Disember 2018
= Belanja waranti tahun semasa – Tuntutan sebenar waranti tahun semasa
= RM54,000 – RM9,000
= RM45,000

b) Catatan jurnal tahun 2018

i) Merekod jualan

Dt Tunai 600,000
Kt Jualan
600,000

ii) Merekod belanja waranti

22 Perakaunan untuk Liabiliti

Dt Belanja waranti 54,000
Kt Liabiliti waranti
54,000

iii) Merekod tuntutan waranti sebenar

Dt Liabiliti waranti 9,000
Kt Tunai
9,000

Waranti jenis khidmat
Waranti jenis khidmat dijual secara berasingan daripada produk. Waranti jenis ini memberi
perkhidmatan selepas tempoh waranti jenis asurans tamat. Syarikat merekod waranti ini sebagai
obligasi pelaksanaan yang berasingan. Waranti jenis ini termasuk dalam skop MFRS 15 Revenue
from contracts with customers.

Ilustrasi 3-2:
Pada tahun 2018, Abby Digital Bhd menjual 200 unit kamera pada harga RM 4,000 seunit dengan
jaminan waranti selama 1 tahun. Dari pengalaman lepas, kos waranti adalah RM 100 seunit.
Syarikat juga menawarkan tempoh waranti tambahan selama 2 tahun dengan bayaran sebanyak
RM250. Seramai 10 pelanggan menerima tawaran ini. Andaikan tuntutan waranti bagi tahun
2018 adalah RM 12,000.

Dikehendaki:
Sediakan catatan jurnal untuk merekod urusniaga jaminan waranti produk pada tahun 2018 dan
2019.

Penyelesaian:

i) Catatan jurnal tahun 2018

1. Merekod jualan

Dt ABT 800,000
Kt Jualan
800,000

2. Merekod waranti

Dt Belanja Waranti 20,000

Tunai 2,500

Kt Liabiliti Waranti 20,000
2,500
Hasil Waranti Terdahulu

3. Merekod tuntutan waranti 12,000

Dt Liabiliti Waranti 12,000
Kt Tunai/Inventori

23 Perakaunan untuk Liabiliti

ii) Catatan jurnal tahun 2019

Merekod hasil berkaitan waranti jenis khidmat

Dt Hasil Waranti Terdahulu 1,250
Kt Hasil Waranti
1,250

3.4.3 Ganjaran belum bayar
Ganjaran belum bayar termasuk diskaun, rebat, produk atau perkhidmatan percuma. Contohnya
syarikat menawarkan ganjaran seperti alat permainan, tuala, dan lain-lain produk sebagai
balasan kepada pelanggan yang memulangkan kotak, pembalut dan label atau penebusan mata
ganjaran. Terdapat juga syarikat yang memberi kupon tunai sebagai ganjaran.

Apabila syarikat menawarkan ganjaran kepada pelanggan, obligasi perundangan telah
wujud dan syarikat perlu merekodnya sebagai liabiliti dan belanja. Penebusan ganjaran oleh
pelanggan akan mengurangkan liabiliti.

Ilustrasi 3-3:
Rasa Sedap Bhd (RSB) menjual pelbagai jenis biskut. Syarikat menawarkan 1 set sudu dan garfu
bagi setiap 10 label biskut yang dipulangkan bersama wang berjumlah RM0.60. Tawaran bermula
dari 1 Jun 2018 hingga 30 Januari 2019. Syarikat menjangkakan sebanyak 60% label biskut akan
dipulangkan.

Sepanjang tahun 2018, syarikat telah menjual 400,000 kotak biskut pada harga RM4.00 sekotak.
Syarikat juga telah membeli 40,000 set sudu dan garfu berkos RM1.50 per set. Sebanyak 70,000
label biskut telah dipulangkan bersama bayaran. Tahun kewangan syarikat berakhir pada setiap
31 Disember.

Dikehendaki:
a) Tentukan belanja premium dan baki akhir liabiliti premium bagi tahun kewangan 2018.
b) Sediakan catatan jurnal bagi tahun 2018.

Penyelesaian:

a) i) Belanja premium
= [( Jualan x Jangkaan penebusan)/ Kadar penebusan] x Kos premium
= [(400,000 x 60%) / 10) x RM(1.50 – 0.60)
= RM21,600

ii) Liabiliti premium pada 31 Disember 2018
= Belanja premium – Tuntutan premium sebenar
= RM21,600 – [(70,000/10) x RM(1.50 -0.60)] = RM15,300.

24 Perakaunan untuk Liabiliti

b) Catatan jurnal tahun 2018

i) Merekod jualan

Dt Tunai 1,600,000
Kt Jualan
1,600,000

ii) Merekod belian inventori premium

Dt Inventori premium 60,000

Kt Tunai 60,000

iii) Merekod belanja premium

Dt Belanja premium 21,600

Kt Liabiliti premium 21,600

iv) Merekod tuntutan premium sebenar

Dt Tunai 4,200

[(70,000/10) x RM0.60]

Liabiliti premium 6,300

[(70,000/10) x RM(1.50 -0.60)]

Kt Inventori premium 10,500

[(70,000/10) x RM1.50]

3.5 Pendedahan dan pembentangan dalam penyata kewangan

Pendedahan berkaitan peruntukan adalah menyeluruh. Bagi setiap kelas peruntukan, syarikat
perlu mendedahkan [MFRS 137 para 84]:

a) amaun dibawa pada awal dan akhir tempoh;
b) peruntukan tambahan termasuk peningkatan peruntukan sedia ada;
c) amaun yang diguna sepanjang tempoh semasa;
d) amaun tidak digunakan yang ditarik balik sepanjang tempoh semasa; dan
e) peningkatan dalam amaun terdiskaun yang disebabkan oleh pemasaan dan perubahan

kadar diskaun.

Walau bagaimanapun maklumat bandingan tidak perlu didedahkan.

Selain daripada itu, syarikat juga perlu mendedahkan maklumat berikut bagi setiap kelas
peruntukan [MFRS 137 para 85]:

a) sifat obligasi dan jangkaan masa aliran keluar sumber ekonomi;
b) petunjuk tentang ketidakpastian berkaitan amaun atau pemasaan aliran keluar sumber

ekonomi; dan
c) kemungkinan sebarang bayaran balik.

25 Perakaunan untuk Liabiliti
3.5.1 Pembentangan dalam penyata kedudukan kewangan

(Sumber: Laporan Tahunan 2017 Sime Darby Berhad)

26 Perakaunan untuk Liabiliti
3.5.2 Pendedahan dalam nota kepada penyata kewangan

(Sumber: Laporan Tahunan 2017 Sime Darby Berhad)

27 Perakaunan untuk Liabiliti

BAB 4
LIABILITI LUAR JANGKA

4.1 Apa itu liabiliti luar jangka?

Liabiliti luar jangka ialah [MFRS 137 para 10]:

a) obligasi yang mungkin timbul dari peristiwa lampau dan kewujudannya disahkan dengan
berlaku atau tidak satu atau lebih peristiwa masa depan yang tidak pasti yang bukan
dalam kawalan syarikat.

b) obligasi semasa yang timbul daripada peristiwa lampau tetapi tidak diiktiraf kerana tiada
kepastian aliran keluar sumber ekonomi bagi menyelesaikan obligasi dan amaun obligasin
tidak dapat diukur dengan munasabah.

Julat kebarangkalian peristiwa masa hadapan yang akan mengesahkan berlakunya
obligasi adalah antara barangkali (probable) dan tidak mungkin (remote). Jika kemungkinan
peristiwa masa hadapan akan berlaku adalah besar, kebarangkaliannya adalah “probable”.
Manakala kebarangkalian adalah “remote” jika kemungkinan peristiwa masa hadapan akan
berlaku adalah sangat kecil.

4.2 Hubungan antara peruntukan dan liabiliti luar jangka

Secara umum, semua peruntukan adalah liabiliti luar jangka kerana kedua-duanya tidak pasti dari
segi masa atau jumlah. Walau bagaimana pun, MFRS 137 merujuk liabiliti luar jangka sebagai
liabiliti yang tidak diiktiraf kerana kewujudan liabiliti ini akan disahkan oleh berlaku atau tidak
peristiwa masa hadapan yang tidak pasti dan bukan dalam kawalan syarikat.

4.3 Pengiktirafan

Liabiliti luar jangka tidak perlu diiktiraf [MFRS 137 para 27] tetapi perlu didedahkan dalam nota
kepada penyata kewangan. Walau bagaimana pun jika kebarangkalian aliran keluar sumber
ekonomi berlaku adalah sangat kecil, liabiliti luar jangka tidak perlu diiktiraf atau didedahkan
dalam nota kepada penyata kewangan [MFRS 137 para 28].

MFRS 137 Implementation Guidance meringkaskan keperluan pengiktirafan peruntukan
dan liabiliti luar jangka dalam diagram 4-1.

28 Perakaunan untuk Liabiliti

Diagram 4-1: Garispanduan keperluan pengiktirafan peruntukan dan liabiliti luar jangka

Ilustrasi 4.1:
Berikut adalah peristiwa yang berkaitan dengan Pertama Bhd sepanjang tahun 2019:
a) Syarikat membuat jualan produknya bersama waranti selama 2 tahun kepada pembeli.

Terma waranti menyatakan bahawa syarikat akan membaiki atau mengganti produk yang
rosak dalam tempoh 2 tahun daripada tarikh jualan. Berdasarkan pengalaman lepas,
kemungkinan tuntutan dibuat oleh pelanggan adalah besar.
b) Syarikat mempunyai operasi di negara yang tidak mempunyai undang-undang berkaitan
alam sekitar. Walau bagaimana pun, syarikat ini mempunyai polisi untuk membersihkan
pencemaran alam sekitar akibat operasinya. Polisi ini dihebahkan kepada umum dan
selama ini, syarikat tidak pernah mengabaikan polisi ini. Bagi tempoh pelaporan semasa,
syarikat tidak dapat menganggarkan kos yang mungkin dilibatkan dengan munasabah.
c) Salah sebuah anak syarikat Pertama, Damai Catering Sdn Bhd telah menerima tuntutan
ganti rugi dari pelanggan akibat kematian 10 orang tetamu selepas menghadiri satu majlis
perkahwinan yang berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan daripada
produk yang dihasilkan oleh syarikat. Sehingga tempoh pelaporan kewangan semasa
berakhir, perbicaraan mahkamah masih berjalan dan peguam syarikat berpendapat
bahawa kemungkinan syarikat untuk kalah perbicaraan adalah besar.

29 Perakaunan untuk Liabiliti

Dikehendaki:
Nyatakan bagaimana setiap kes di atas dipertimbang dan dilayan berdasarkan keperluan MFRS
137

Penyelesaian:

Kes Obligasi Kemungkinan aliran Anggaran yang Kesimpulan

keluar sumber munasabah

(a) Wujud (perundangan) Besar Ya Peruntukan diiktiraf

(b) Wujud (konstruktif) Besar Ya Peruntukan diiktiraf

(c) Wujud Besar Tidak Pendedahan dalam
nota kepada penyata
kewangan

4.4 Pendedahan

Pada akhir tempoh pelaporan, bagi setiap kelas liabiliti luar jangka, syarikat perlu mendedahkan
penerangan ringkas tentang sifat liabiliti luar jangka dan jika praktikal syarikat juga perlu
mendedahkan (MFRS 137 para 86):

a) anggaran kesan kewangan;
b) petunjuk tentang ketidakpastian berkaitan amaun atau pemasaan aliran keluar sumber

ekonomi; dan
c) kemungkinan sebarang bayaran balik di mana boleh dilaksanakan.

30 Perakaunan untuk Liabiliti
4.4.1 Pendedahan dalam nota kepada penyata kewangan

(Sumber: Laporan tahunan 2018 Sime Darby Berhad)


Click to View FlipBook Version