The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MISA PERKAHWINAN BRYAN WAN DAN ALEANORIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Solehah Ismail, 2023-11-27 20:20:58

BUKU MISA PERKAHWINAN BRYAN WAN DAN ALEANORIN

BUKU MISA PERKAHWINAN BRYAN WAN DAN ALEANORIN

1


2


3 ORDER OF CELEBRATING MATRIMONY WITHOUT MASS (Catholic & Catholic) (With holy communion) PENYAMBUTAN PENGANTIN MC: Hadirin yang terhormat, selamat datang ke Gereja St. Dominic & The Rosary. Pada pagi ini kita akan mengikuti upacara pemberkatan perkahwinan antara Bryan Wan Francis dan Aleanorin ak Sigan yang akan dipimpin oleh Rev. Fr. Kevin Chundi. Hadirin dimohon berdiri untuk perarakkan masuk pengantin lelaki yang diiringi oleh kedua ibubapanya iaitu En.Francis Ta’ai dan Puan Connie Henry Anchangan. dan seterusnya pengantin perempuan bersama ibunya Puan Siah anak Subeli. Wedding March LAGU PEMBUKAAN Janji Setia Tiada kata yang dapat terucap ‘tuk mengukapkan Bahagia Saat kau ucapkan janji setia di depan altar suci hari ini Bahagia aku pun tak terkira saat kau balas janji ku ‘tuk setia dalam kasih dan cinta berdua saat ini s’lamanya Chorus Terpujilah Kau Yesus Tuhan, berkat kasihmu yang terindah Engkau satukan kami berdua di dalam kasih cinta Semoga Engkau bimbing kami ‘tuk mengarungi kehidupan Biar namaMu kami puji dan kami sembah Tuhan, t’rimalah janji setia kami


4 TANDA SALIB Paderi : Dalam nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus. Umat : Amin SALAM Paderi : Semoga rahmat Tuhan kita Yesus Kristus, cinta kasih Allah dan persekutuan Roh Kudus bersamamu. Umat : Dan bersama rohmu Untuk kedua pengantin yang dibaptis secara Katolik/Kristiani Paderi: Saudara-saudari sekalian. Hari ini kedua pengantin datang ke sini dengan permohonan agar cinta kasih mereka berdua dikuduskan oleh Tuhan di hadapan saudara-saudari. Pengudusan cinta kasih ini bagi kedua pengantin merupakan rahmat, iaitu tanda kehadiran Tuhan di tengah keluarga yang akan mereka bangun bersama. Ini bererti pula bahawa Tuhan berkenan mendampingi keluarga mereka siang dan malam, sepanjang hidup mereka. Allah telah menguduskan ikatan suami-isteri dan mengangkat perjanjian nikah menjadi lambang persatuan Kristus dan Gereja. Maka marilah kita mempersiapkan diri agar layak merayakan misteri perkahwinan yang suci dan agung ini. DOA PEMBUKAAN (COLLECTIO) Marilah berdoa: Ya Tuhan, dengarkanlah doa-doa kami dan curahkanlah rahmatMu atas anak-anakMu ini, Bryan Wan Francis dan Aleanorin ak Sigan. Semoga mereka yang dipersatukan di depan altarMu diteguhkan untuk tetap saling mengasihi. Melalui Tuhan kami Yesus Kristus, PuteraMu, yang hidup dan berkuasa bersamaMu dalam persatuan Roh Kudus, Allah, selama-lamanya. Umat: Amen.


5 LITURGI SABDA (Semua duduk) BACAAN PERTAMA Kej. 1: 26-28, 31a Pembacaan dari Kitab Kejadian Berfirmanlah Allah, "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambaran dan rupa Kita. Mereka akan berkuasa atas ikan-ikan di laut dan atas burung-burung di udara dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas segala jenis binatang melata yang merayap di muka bumi." Maka Allah menciptakan manusia menurut gambaran-Nya. Menurut gambaran Allah, Dia mencipta mereka, lelaki dan perempuan. Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka, "Beranakcuculah dan bertambah banyak serta penuhilah dan takluki bumi, berkewenangan atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala makhluk hidup yang berkeliaran dan yang bergerak di muka bumi." Maka Allah melihat segala yang Dia jadikan itu, dan kesemuanya sungguh baik. Sabda Tuhan Umat: Syukur kepada Allah. MAZMUR TANGGAPAN Mazmur 127(128):1-2, 3, 4-5, r.1 R: Diberkatilah setiap orang yang takut akan Tuhan. 1. Diberkatilah setiap orang yang takut akan Tuhan, yang melangkah di jalan-jalanNya. Apabila engkau makan hasil usaha tanganmu; engkau akan bahagia, dan segalanya baik bagimu. 2. Isterimu seperti pokok anggur yang berbuah di tengah-tengah rumahmu; dan anak-anakmu seperti pokok-pokok zaitun di keliling mejamu. 3. Ketahuilah, demikian akan diberkati orang yang takut kepada Tuhan. Semoga Tuhan memberkatimu dari Sion sepanjang hayatmu; dan semoga engkau melihat kemakmuran Yerusalem.


6 BACAAN KEDUA I Kor. 12: 31- 13: 1-7 Pembacaan dari Surat Pertama Rasul Paulus kepada Umat di Korintus Oleh itu, berusahalah kamu bersungguh-sungguh untuk mendapat kurnia-kurnia yang lebih besar. Aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lebih baik. Kalaupun aku dapat bertutur dalam semua lidah manusia, malah bahasa malaikat juga, tetapi tidak mempunyai kasih, maka aku hanya seperti gong tembaga yang berbunyi bising atau genta yang berdentang. Kalaupun aku diberi kurnia untuk bernubuat, dan mengetahui semua rahsia serta ilmu, malah memiliki kekuatan iman yang dapat mengalih gunung-ganang, tetapi tidak mempunyai kasih, maka aku langsung tidak bererti. Begitu juga, kalaupun aku memberikan segala milikku untuk memberi makan kepada orang miskin, atau menyerahkan tubuhku untuk dibakar, tetapi tidak mempunyai kasih, maka aku langsung tidak berguna. Kasih itu penyabar dan penyayang. Kasih tidak iri hati, tidak membanggakan diri, dan tidak angkuh. Kasih tidak berkelakuan biadab, tidak memburu kepentingan sendiri, tidak cepat meradang, tidak memperhitungkan kesalahan orang lain. Kasih tidak gembira dengan kejahatan, tetapi gembira meraikan kebenaran. Kasih tahan menderita segala-galanya, percaya akan segala-galanya, berharap akan segalagalanya, terus-menerus menanggung segala-galanya. Kasih tidak akan luput. Sabda Tuhan Umat: Syukur kepada Allah. PENGANTAR INJIL (semua berdiri) Maz. 134: 3 Alleluia! Alleluia! Semoga Tuhan yang menjadikan langit dan bumi memberkatimu dari Sion. Alleluia!


7 INJIL Mark 10: 6-9 Paderi : Tuhan bersamamu Umat : Dan bersama rohmu. Paderi : Inilah Injil Yesus Kristus menurut Markus Umat : Dimuliakanlah Tuhan. Yesus berkata: sejak alam dicipta, Allah telah menjadikan lelaki dan perempuan. Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka berdua menjadi satu. Maka mereka bukan lagi dua tetapi satu. Apa yang telah disatukan oleh Allah, janganlah manusia pisahkan." Injil Tuhan. Terpujilah Yesus Kristus. HOMILI (Semua duduk) PERAYAAN PERKAHWINAN (hanya pengantin lelaki dan perempuan berdiri) Saudara ku Bryan Wan Francis dan Aleanorin ak Sigan yang berbahagia, kalian datang ditempat ini untuk menerima berkat Tuhan, kerana kalian berniat untuk saling mengikat diri dalam hidup perkahwinan. Para pelayan Gereja dan saudara-saudari seiman hadir juga di sini untuk menyaksikan peristiwa penuh rahmat ini. Kristus memberikan berkat melimpah bagi cinta kalian. Tuhan Allah telah menguduskan kalian dan kini Ia memperkaya dan memperkuat kalian dengan Perkahwinan suci ini. Semoga kalian saling mempercayai dan melaksanakan kewajiban-kewajiban hidup perkahwinan. Kini saya minta kalian menyatakan niat itu di hadapan Gereja. PERTANYAAN SEBELUM PERSETUJUAN ATAU KESEPAKATAN Paderi : Bryan Wan Francis, dan Aleanorin ak Sigan, sungguhkah kamu datang ke sini hendak memasuki perkahwinan tanpa paksaan, dengan bebas dan dengan sepenuh hati? Pengantin lelaki dan pengantin perempuan menjawab serentak:


8 P. Lelaki : Ya, sungguh. P. Perempuan : Ya, sungguh. Paderi : Bersediakah kalian selama mengikuti kehidupan perkahwinan untuk mencintai dan menghormati satu sama lain selagi kalian berdua masih hidup? P. Lelaki : Ya, saya bersedia. P. Wanita : Ya, saya bersedia. Paderi : Bersediakah kalian untuk menerima anak-anak yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan kasih sayang dan membentuk mereka menurut hukum Kristus dan Gereja Katolik? P. Lelaki : Ya, saya bersedia. P. Wanita : Ya, saya bersedia. KESEPAKATAN PERKAHWINAN Paderi : Kerana itu adalah niat kalian hendak memasuki ke dalam perjanjian perkahwinan yang kudus, pengantin, sila bersemuka dan berpegang tangan kanan antara satu sama lain dan nyatakanlah kesepakatan kalian di hadapan Allah dan GerejaNya. P. Lelaki : Saya Bryan Wan Francis, mengambil kamu, Aleanorin ak Sigan, menjadi isteri saya. Saya berjanji akan tetap setia kepadamu di waktu senang dan di dalam kesusahan, semasa sakit dan semasa sihat, mencintai dan menghormati kamu sepanjang hayat saya. P.Wanita : Saya Aleanorin ak Sigan, mengambil kamu Bryan Wan Francis, menjadi suami saya. Saya berjanji akan tetap setia kepadamu di waktu senang dan di dalam kesusahan, semasa sakit dan semasa sihat, mencintai dan menghormati kamu sepanjang hayat saya.


9 PENERIMAAN KESEPAKATAN PERKAHWINAN Paderi : Semoga Tuhan dalam kebaikanNya mengukuhkan kesepakatan yang saudara nyatakan di hadapan Gereja, dan dengan sukacita menyempurnakan berkatNya di dalam diri saudara berdua. Apa yang telah disatukan oleh Allah janganlah manusia pisahkan. Marilah kita memuji Tuhan. Umat : Syukur kepada Allah PEMBERKATAN CINCIN Paderi: Semoga Tuhan memberkati kedua cincin ini, yang akan kalian berikan kepada satu sama lain sebagai tanda cinta dan kesetiaan. PL &PW : Amin. Paderi memerciki cincin-cincin dengan air suci. Kemudian mempersilakan pengantin untuk secara bergantian mengambil cincin pasangan dan menyarungkan cincin itu kepada pasangannya. PENYARUNGAN CINCIN PL: Aleanorin ak Sigan (PW) terimalah cincin ini sebagai lambang cinta dan kesetiaanku kepadamu. Dalam nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus. PW: Bryan Wan Francis (PL) terimalah cincin ini sebagai lambang cinta dan kesetiaanku kepadamu. Dalam nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus. MENGANGKAT KERUDUNG Pengantin lelaki mengangkat kerudung pengantin wanita dan seterusnya memberikan ciuman kepada pengantin wanita sebagai tanda kasih.


10 DOA UMAT (Semua berdiri) Paderi : Marilah mengiringi pasangan yang baru berkahwin ini dengan doa permohonan kita, agar kesatuan cinta kasih pasangan ini tumbuh setiap hari dan agar Tuhan Allah di dalam kebaikanNya akan menyatukan semua keluarga di seluruh dunia. MC : Untuk pasangan yang baru berkahwin ini dan untuk kesihatan mereka sebagai satu keluarga. Kami mohon...... Umat : Kabulkanlah doa kami, Ya Tuhan. MC : Untuk ahli keluarga dan sahabat taulan dan untuk semua orang yang membantu pasangan ini. Kami mohon....... Umat : Kabulkanlah doa kami, Ya Tuhan. MC : Untuk muda-mudi yang menyediakan diri untuk perkahwinan dan bagi mereka yang dipanggil oleh Tuhan untuk melayani panggilan yang lain. Kami mohon..... Umat : Kabulkanlah doa kami, Ya Tuhan. MC : Untuk semua keluarga di seluruh dunia dan kedamaian yang berkekalan diantara semua orang. Kami mohon........ Umat : Kabulkanlah doa kami, ya Tuhan. MC: Bagi ahli keluarga pasangan ini yang sudah meninggal dan bagi semua orang yang sudah meninggal. Kami mohon….. Umat: Kabulkanlah doa kami, ya Tuhan. MC: Untuk umat Gereja dan umat Allah dan untuk kesatuan diantara umat Kristian. Kami mohon…. Umat: Kabulkanlah doa kami, ya Tuhan. Paderi: Tuhan Yesus yang hadir diantara kami, sebagaimana Bryan Wan Francis dan Aleanorin ak Sigan, memeterai kesatuan mereka, dengarkanlah doa kami dan penuhilah kami dengan Roh KudusMu, melalui Kristus Tuhan kami. Umat : Amen.


11 BERKAT UNTUK PENGANTIN (pengantin lelaki dan perempuan berlutut, umat berdiri) Sekarang marilah kita dengan rendah hati memohon berkat Tuhan untuk pengantin ini, semoga di dalam kebaikanNya, Tuhan Allah dengan murah hati membantu mereka yang dikurniakan dengan ikatan perkahwinan. Bapa yang kudus, Pencipta alam semesta, Engkau menciptakan lelaki dan perempuan menurut citraMu dan Engkau berkenan melimpahi mereka dengan berkatMu. Dengan rendah hati kami berdoa kepadaMu bagi anak-anakMu ini, yang hari ini dipersatukan oleh Perkahwinan Suci. Ya Tuhan, semoga berkatMu yang berlimpah turun atas Aleanorin ak Sigan, pengantin wanita ini, serta atas teman hidupnya, Bryan Wan Francis. Semoga kekuatan Roh KudusMu turun dan mengobarkan hati mereka, agar mereka mengambil manfaat dari anugerah perkahwinan untuk diri mereka dan memperkaya GerejaMu, serta menyemarakkan keluarga mereka dengan anak-anak. Ya Tuhan, semoga dalam suka mereka memuji Dikau, dalam duka mereka mencari Engkau. Semoga dalam jerih payah mereka merasakan sukacita kerana Engkau berkenan menyertai mereka. Semoga dalam kesukaran hidup, mereka merasakan kehadiranMu yang menenteramkan.Semoga di tengah umat manusia mereka berdoa memuji Engkau dan menjadi saksiMu di dunia. Semoga mereka mencapai usia lanjut yang sejahtera dalam lingkaran sahabat-kenalan, dan akhirnya bersama-sama masuk ke dalam kerajaan surgawi. Melalui Kristus Tuhan kami. Amen.


12 DOA TUHAN: “DOA TUHAN KITA” (semua berdiri) Dinyanyikan Paderi : Atas petunjuk Penyelamat kita, dan menurut ajaran ilahi, maka beranilah kita berdoa: Bapa kami yang ada di syurga, Dimuliakanlah namaMu, Datanglah kerajaanMu, Jadilah kehendakMu, Di atas bumi seperti di dalam syurga. Berilah kami rezeki pada hari ini, Dan ampunilah kesalahan kami, Seperti kami pun mengampuni yang bersalah kepada kami. Dan janganlah masukkan kami ke dalam percubaan, Tetapi bebaskanlah kami dari yang jahat. Paderi: Marilah kita saling memberi salam damai. Paderi: Lihatlah Anak domba Allah. Lihatlah Dia yang menghapus dosa dunia. Berbahagialah saudara dan saudari yang diundang ke Perjamuan Anak domba. Umat: Tuhan, saya tidak pantas, Engkau datang pada saya, tetapi bersabdalah sahaja, maka saya akan sembuh.


13 LAGU KOMUNI Bahasa Cinta Andaikan aku lakukan yang luhur mulia Jika tanpa kasih cinta hampa tak berguna Ajarilah kami Bahasa cintaMu Agar kami dekat padaMu ya, Tuhanku Ajarilah kami Bahasa cintaMu Agar kami dekat padaMu Andaikan aku fahami bahasa semua Hanyalah Bahasa Cinta kunci tiap hati Cinta itu lemah lembut sabar sederhana Cinta itu murah hati rela menderita DOA SESUDAH KOMUNI (Semua berdiri) Marilah kita berdoa: Ya Tuhan, kami telah mengambil bahagian pada altar PerjamuanMu. Kami mohon, semoga mereka yang telah dipersatukan dengan Sakramen Perkahwinan senantiasa berpaut padaMu, dan memaklumkan namaMu kepada semua orang. Melalui Kristus, Tuhan kami. Umat: Amin. RITUS PENUTUP


14 BERKAT MERIAH Paderi: Tuhan bersamamu. Umat: Dan bersama rohmu. Paderi : Saudara-saudari, marilah kita mengakhiri perayaan ini dengan mohon berkat Tuhan. Sila tundukkan kepala untuk berkat Tuhan. Paderi : Semoga Allah Bapa yang kekal memelihara Bryan Wan Francis dan Aleanorin ak Sigan dalam cinta kasih dan kerukunan, semoga damai Kristus tinggal dalam diri dan dalam rumah kalian. PL & PW: Amen. Paderi : Semoga Bryan Wan Francis dan Aleanorin ak Sigan diberkati dengan keturunan, memperoleh penghiburan dari para sahabat dan kenalan, dan hidup dalam damai sejati dengan semua orang. PL & PW: Amen. Paderi : Semoga Bryan Wan Francis dan Aleanorin ak Sigan menjadi saksi Allah dalam dunia, dan berhati dermawan bagi mereka yang menderita dan berkekurangan, agar kelak mereka menyambut kalian dengan penuh kesyukuran ke dalam kediaman Allah yang kekal. PL & PW: Amen. Paderi : Semoga Allah yang Mahakuasa memberkati saudara sekalian: Bapa † dan Putera † dan Roh † Kudus. Umat : Amin. Paderi : Saudara-Saudari, pergilah dalam damai, sambil memuliakan Tuhan dengan hidupmu. Umat : Syukur kepada Allah.


15 MENANDATANGANI BUKU KELUARGA (FAMILY BOOK REGISTER) Kedua Pengantin, para saksi, dan Paderi menandatangi Surat Perkahwinan gereja. LAGU PERARAKAN KELUAR/ LAGU PENUTUP Selamat menempuh hidup baru Dua insan Bersatu dalam kasih Tuhan Berikrar janji setia di hadapan Tuhan dan umat-Nya Kau kini jadi satu dalam rangkaian hidup baru Jika Tuhan persatukan tak dapat dipisahkan Chorus Selamat menempuh hidup baru saudaraku Selamat menempuh hidup baru Kasih Allah beserta mu BerkatNya melimpah itu doa ku PHOTO SESSION UNTUK PERKAHWINAN 1. Pengantin bergambar dengan paderi. 2. Pengantin bergambar dengan paderi & saksi. 3. Pengantin bergambar dengan paderi & ibubapa pengantin lelaki. 4. Pengantin bergambar dengan paderi & ibubapa perempuan. 5. Pengantin bergambar dengan paderi & kedua-dua ibubapa pengantin lelaki & perempuan. 6. Pengantin bergambar dengan paderi & pengapit & flower girls & ring bearer. 7. Perarakan keluar pengantin. 8. Pengambilan gambar seterusnya di luar gereja/ chapel.


Click to View FlipBook Version