The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAKLUMAT SEKOLAH UNTUK PELAJAR TINGKATAN 1, SESI 2022/2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SABP MANS, 2022-03-26 01:16:40

SABP MAAHAD AHMADI NEGERI SEMBILAN

MAKLUMAT SEKOLAH UNTUK PELAJAR TINGKATAN 1, SESI 2022/2023

MAAHAD AHMADI NEGERI SEMBILAN

SELAMAT
DATANG

‫أ ﻼ وﺳ ﻼ‬

Tingkatan 1/2022

SEKOLAH UGAMA MENENGAH TINGGI Anak2 muda di dalam gambar ini ialah pelajar dari
NEGERI SEMBILAN: DNA TERAWAL kumpulan pertama bagi sekolah tersebut yang mula
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM NEGARA mengambil pelajarnya pada tahun 1959. Kini lebih dari
separuh pelajar di dalam gambar ini telah tiada.
Gambar ini diambil pada tahun 1962, setahun sebelum SUMT NS adalah antara sekolah agama terawal negara
penubuhan Malaysia. Ini ialah gambar di hadapan bangunan yang menawarkan pendidikan agama dan kerohanian
sementara Sekolah Ugama Menengah Tinggi Negeri Sembilan secara formal dan lebih sistematik dengan modul-
(SUMT NS). modul pengajaran dan pembelajaran yang diiktiraf oleh
universiti Islam seluruh dunia termasuklah Universiti Al-
Azhar di Mesir.

SEJARAH
PENUBUHAN

1 Maahad Ahmadi atau dahulunya dikenali
sebagai Sekolah Agama Menengah Atas dan
Senawi (SAMAS) adalah satu-satunya
sekolah dibawah kerajaan Negeri Sembilan
yang menggunakan bahasa Arab dan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar pada masa
itu. Ia ditubuhkan pada tahun 1963.

2 Mulai tahun 1986, Sekolah Menengah Atas
dan Senawi (SAMAS) berpindah ke tempat
baru dan dikenali sebagai Maahad Ahmadi
pada tahun 1989 sempena nama Mufti
pertama Negeri Sembilan, Sheikh Haji
Ahmad bin Shekih Haji Mohd Said.
Kemasukan pelajar bermula dari Tingkatan
Empat hingga Tingkatan Enam (Senawi)

SEJARAH
PENUBUHAN

3 Bangunan dan penempatan SAMAS yang
lama sekolah telah bertukar kepada Sekolah
Menengah Rendah Agama (SMRA) Negeri
Sembilan di bawah kelolaan Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
(JHEAINS) pada tahun 1986.

4 Maahad Ahmadi mula mengambil Kelas
Tahfiz bermula pada tahun 1991 hasil
cetusan YAB Menteri Besar ketika itu.
Pelajar sulung adalah seramai 17 pelajar
lelaki sahaja. Pada tahun 2003, Kelas Tahfiz
telah dipindahkan ke Institut Tahfiz Al Quran
Negeri Sembilan (ITQAN).

SEJARAH
PENUBUHAN

5 Mulai 2000, Maahad Ahmadi mula
mengambil pelajar tingkatan satu dan
seramai 30 pelajar sebagai pelajar perintis
Edadi.

6 Pada tahun 2008, semasa penyerahan
Sekolah Menengah Agama Negeri Sembilan
sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK), Sekolah Menengah Rendah Agama
Gemencheh ditadbir dibawah Maahad
Ahmadi. Pada tahun 2010 ia telah dijadikan
Maahad Ahmadi (STAM).

Visi dan Misi
Maahad Ahmadi Negeri Sembilan

MAAHAD AHMADI NEGRI SEMBILAN

MATLAMAT DAN
OBJEKTIF

1. Pencapaian cemerlang pelajar dalam
bidang agama, bahasa arab dan
akademik.

2. Pembentukan individu yang seimbang
selari dengan tuntutan duniawi dan
ukhrawi.

3. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah
dalam melahirkan pelajar yang
berkemahiran dalam pengajian
agama, bahasa arab dan akademik.

4. Melahirkan bakal ilmuwan agama dan
berwibawa sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Islam dan tuntutan
agama.

INFO AKADEMIK SABP MANS
2022/2023

Unit Akademik

Sesi Persekolahan 2022/2023

INDEK 1

BIL : PERKARA
1:
2: Waktu Rasmi Sekolah
3: Jadual Pengukuhan
4: 15 Kelas

Matapelajaran Tingkatan 1

WAKTU RASMI 2
SEKOLAH
HARI
: MASA
ISNIN : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG
SELASA : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG
RABU : 8.00 PAGI – 4.00 PETANG
KHAMIS : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG
JUMAAT : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

JADUAL PENGUKUHAN

3

HARI TAHDIR HAQ PETANG
(KBT & KBD)

ISNIN 7.30 PAGI – 8.00 PAGI 2.30 PETANG – 4.00 PETANG (15 GURU KUMPULAN ISNIN)

SELASA 7.30 PAGI – 8.00 PAGI 2.30 PETANG – 4.00 PETANG (15 GURU KUMPULAN SELASA)
RABU 7.30 PAGI – 8.00 PAGI -
KHAMIS 7.30 PAGI – 8.00 PAGI
JUMAAT 7.30 PAGI – 8.00 PAGI 2.30 PETANG – 4.00 PETANG (15 GURU KUMPULAN KHAMIS)
-

15 KELAS

TINGKATAN AL GHAZALI NAMA KELAS 4
1 AL GHAZALI
2 AL GHAZALI AN NAWAWI AS SAYUTI
3 AL GHAZALI AN NAWAWI AS SAYUTI
4 AL GHAZALI AN NAWAWI AS SAYUTI
5 AN NAWAWI AS SAYUTI
AN NAWAWI AS SAYUTI

MATAPELAJARAN T 1

5

BAHASA MELAYU REKA BENTUK TEKNOLOGI
BAHASA INGGERIS SEJARAH

MATEMATIK LUGHATUL ARABIAH MUASIRAH
SAINS AL SYARIAH
USUL AL DIN
GEOGRAFI

INFO HEM SABP MANS 2022/2023

Unit HEM

Sesi Persekolahan 2022/2023

INDEK 6

BIL : PERKARA
1:
2: Carta Alir Pemdaftaha T 1
3: Pakaian Sekolah
4: Yuran

Peraturan Sekolah & Asrama

PENDAFTARAN T 1 7

PAKAIAN SEKOLAH 8a

WAKTU LELAKI PEREMPUAN
ISNIN 1. Baju Sekolah :
SELASA · Warna Putih, Berkolar Dan Berlengan Panjang 1. Baju Sekolah :
RABU 2. Seluar Panjang : · Baju Kurung Putih Berpesak, Hujung Lengan Bercekak.
KHAMIS · Kain Licin, Berwarna Hitam Dan Poket Bukan Jenis Bertampal 2. Kain :
3. Bertali Leher Sekolah ** · Warna Hitam
JUMAAT 4. Songkok Baldu Berwarna Hitam 3. Kain Tudung :
5. Kasut : · Warna Putih
· Warna Hitam 4. Kasut :
· Bukan Jenis Kanvas · Warna Hitam
6. Stokin Berwarna Hitam · Bukan Jenis Kanvas
5. Stokin Berwarna Hitam
1. Baju Tshirt Sukan Berkolar **
2. Kasut Sukan & Berstokin 1. Baju Tshirt Muslimah Sukan Berkolar **
2. Tudung Berwarna Hitam
1. Pakaian Kokurikulum Satu Set Lengkap 3. Kasut Sukan & Berstokin
2. Kasut :
· Warna Hitam Kilat 1. Pakaian Kokurikulum Satu Set Lengkap
· Bukan Jenis Kanvas 2. Kasut :
3. Stokin Berwarna Hitam · Warna Hitam
· Bukan Jenis Kanvas
1. Baju Batik Sekolah Berkolar Dan Berlengan Panjang ** 3. Stokin Berwarna Hitam
2. Seluar Panjang :
· Kain Licin, Berwarna Hitam Dan Poket Bukan Jenis Bertampal 1. Baju Kurung Batik Sekolah Sepasang **
3. Kasut : 2. Kain Tudung Berwarna Putih
· Warna Hitam 3. Kasut :
· Bukan Jenis Kanvas · Warna Hitam
4. Stokin Berwarna Hitam · Bukan Jenis Kanvas
4. Stokin Berwarna Hitam
1. Baju Melayu Putih Sepasang Lengkap
2. Sampin Sekolah ** 1. Baju Sekolah :
3. Songkok Baldu Berwarna Hitam · Baju Kurung Putih Berpesak, Hujung Lengan Bercekak.
4. Kasut : 2. Kain :
· Warna Hitam · Warna Hitam
· Bukan Jenis Kanvas 3. Kain Tudung :
5. Stokin Berwarna Hitam · Warna Putih
(Pakaian Ini Juga Adalah Pakaian Wajib Untuk Menunaikan Solat Jumaat) 4. Kasut :
· Warna Hitam
· Bukan Jenis Kanvas
5. Stokin Berwarna Hitam

PEMBELIAN DI KOPERASI 8b

MOHON PENJAGA TINGKATAN 1 DAFTAR MASUK GROUP KOPERASI MELALUI
PAUTAN DI BAWAH

https://chat.whatsapp.com
/HUTLXbiZQq032XNFqvH

C2A

YURAN

9

PERKARA TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 TINGKATAN 6

YURAN PERSEKOLAHAN (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
Yuran Pendaftaran (Pelajar Baru)
Yuran Ko-Kurikulum 40.00 20.00 20.00 40.00 20.00 40.00
Pelbagai - Yuran Pusat Sumber Sekolah 20.00 30.00 30.00 20.00 30.00 20.00
Pelbagai - Yuran Perc. Pep. SPM 30.00 30.00 35.00 30.00
50.00 85.00
YURAN ASRAMA 90.00 50.00 90.00 90.00
Yuran Makan (Mac - Disember 2022) 234.00
218.00 234.00 234.00 234.00 234.00 0.00
YURAN PIBG 218.00 234.00 234.00 234.00 0.00
Yuran PIBG 50.00
Yuran Kecemerlangan 50.00 50.00 250.00 50.00 50.00 50.00
Sistem Maklumat Pelajar (SMP) 150.00 150.00 25.00 150.00 250.00 250.00
Kebajikan dan Surau 25.00 25.00 50.00 25.00 25.00 25.00
50.00 50.00 375.00 50.00 50.00 50.00
JUMLAH 275.00 275.00 659.00 275.00 375.00 375.00
JUMLAH KESELURUHAN 583.00 559.00 599.00 694.00 465.00

PERATURAN SEKOLAH 10
& ASRAMA

BAHAGIAN I: PERATURAN SEKOLAH
MASA PERSEKOLAHAN
1. Sesi Persekolahan
a) Pelajar perlu hadir ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi untuk tahdir (Al Quran)/perhimpunan pagi dan memulakan kelas dari jam 8:00 pagi hingga tamat sesi persekolahan. (*tertakluk kepada pindaan)
b) Pelajar yang tidak mematuhi perenggan (a) di atas tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap telah melanggar peraturan sekolah.

2. Ketidakhadiran Dengan Alasan Atau Ponteng
Pelajar yang tidak hadir ke sekolah hendaklah :
a) Menyerahkan surat daripada ibubapa atau penjaga, atau mengemukakan akuan perubatan atau sijil sakit daripada pengamal perubatan yang diiktiraf.
b) Pelajar yang gagal berbuat demikian atau gagal hadir pada waktu pertama setiap hari persekolahan adalah dianggap sebagai ponteng sekolah.
c) Pelajar yang tiada didalam kelas tanpa sebarang alasan yang munasabah adalah dikira sebagai ponteng kelas

3. Kebenaran Berada Di Luar Kelas Atau Kawasan Sekolah
a) Pelajar dilarang berkeliaran di kawasan sekolah pada waktu persekolahan tanpa kebenaran. Pelajar yang mempunyai sebarang urusan diluar kelas mesti menggunakan Pas Keluar.
b) Semasa waktu persekolahan, semua pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada Pengetua atau Guru Penolong Kanan HEM.
c) Pelajar yang hendak meninggalkan sekolah semasa waktu persekolahan diatas sebarang alasan mestilah sama ada diambil sendiri oleh ibu / bapa / penjaga yang sah atau menyerahkan surat permohonan kebenaran

daripada ibu / bapa / penjaga kepada pihak sekolah bagi mendapatkan kebenaran untuk anak / anak jagaannya meninggalkan sekolah. Pelajar hendaklah memaklumkan kepada guru kelas sekiranya kebenaran telah
diperolehi.

4. Kebenaran Ke Klinik
a) Pelajar yang hendak ke klinik mestilah mengisi borong kebenaran ke klinik yang perlu ditandatangani oleh guru bertugas / Penolong Kanan HEM. Guru kelas hendaklah diberitahu sekiranya kebenaran telah

diperolehi. Hanya pelajar yang mengalami sakit yang kritikal sahaja dibenarkan pergi ke klinik pada waktu persekolahan.

11

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
5. Pakaian Seragam lelaki
a) Songkok baldu adalah wajib dan bukan jenis lipat warna hitam. Ketayap dan lain - lain tidak dibenarkan.
b) Baju kemeja putih berlengan panjang dan lengan baju dipergelangan tangan hendaklah dikancing. Bahagian bawah baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar.
c) Pakaian mengikut unit uniform (mengikut jadual), Baju Batik Rasmi Sekolah (setiap hari Khamis) adalah wajib.
d) Hanya singlet atau t-shirt putih tanpa warna sahaja dibenarkan dipakai di bahagian dalam.
e) Seluar panjang berwarna hitam, poket bukan jenis bertampal sama ada bahagian belakang atau hadapan. Labuh sampai ke paras antara buku lali hingga tumit,

tidak terlalu longgar atau ketat dan bukan potongan berfesyen.
f) Tali pinggang adalah wajib dan berwarna hitam atau biru gelap, berkepala kecil dan lebar tidak melebihi 28 mm.
g) Bertali leher yang dikeluarkan oleh pihak sekolah sahaja.
h) Tag nama kain berjahit yang dikeluarkan oleh pihak sekolah hendaklah dijahit dan dipamerkan setiap masa persekolahan.
i) Berkasut hitam kilat bukan jenis kanvas dan stokin hitam tanpa corak.
j) Sebarang bentuk perhiasan diri seperti cincin atau gelang tangan atau gelang kaki atau rantai atau anting-anting atau inai adalah dilarang.

6. Pakaian Seragam Hari Jumaat
a) Sepasang baju melayu yang ditetapkan, butang hendaklah sentiasa dipakai atau dipasang.
b) Memakai sampin yang ditetapkan. Dipakai labuhnya di paras lutut danbahagian atasnya digulung di paras pusat.
c) Baju melayu hendaklah dimasukkan kedalam sampin.
d) (Pelajar Perempuan) Tudung bulat labuh tanpa sulaman yang ditetapkan. Berjubah tanpa corak dan labuh sehingga paras buku lali,hujung lengan bercekak dan

berbutang / sekiranya tidak mempunyai cekak hendaklah memakai sarung lengan.

12

7. Pakaian Seragam Pelajar Perempuan.
a) Tudung bulat labuh tanpa sulaman berwarna putih. Serkup (anak tudung) berwarna putih atau hitam.
b) Baju kurung putih berpesak,labuhnya sampai ke paras lutut, hujung lengan bercekak dan memakai sarung lengan berwarna hitam.
c) Kain berwarna hitam, bersusun tepi (ombak beralun). Labuhnya sampai paras antara buku lali hingga tumit.
d) Pakaian mengikut unit uniform (mengikut jadual), Baju Batik Rasmi Sekolah (setiap hari Khamis) adalah wajib.
e) Tag nama kain berjahit yang dikeluarkan oleh pihak sekolah hendaklah di jahit dan dipamerkan setiap masa persekolahan.
f) Berkasut hitam kilat bukan jenis kanvas dan stokin hitam tanpa corak.
g) Sebarang bentuk perhiasan diri seperti cincin atau gelang tangan atau gelang kaki atau rantai atau inai adalah dilarang.

8. Pakaian Semasa Aktiviti Luar Kelas.
(Pelajar Lelaki)
a) Baju t-shirt mengikut rumah sukan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah sahaja yang dibenarkan.
b) Seluar sukan sahaja yang dibenarkan.
c) Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar dan berkasut adalah wajib.
(Pelajar Perempuan)
a) Baju t-shirt mengikut rumah sukan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah sahaja yang dibenarkan.
b) Seluar sukan sahaja yang dibenarkan. .
c) Berkasut adalah wajib.

13

KELAS.
10. Panduan Pelajar Di Dalam Kelas
a) Kelas hendaklah berada didalam keadaan kemas, bersih, selamat dan ceria.
b) Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam kelas pada bila-bila masa kecuali waktu rehat.
c) Tidak dibenarkan tidur didalam kelas.
d) Petugas kebersihan kelas hendaklah bertugas sebelum sesi persekolahan bermula pada setiap hari. Petugas yang

tidak menjalankan tugas adalah dikira sebagai melanggar peraturan sekolah.
e) Pelajar hendaklah menjaga segala peralatan yang terdapat didalam kelas. Pelajar yang didapati menconteng atau

merosakkan peralatan sekolah akan diambil tindakan tegas.
f) Papan putih hendaklah dibersihkan setelah selesai sesuatu sesi pengajaran.
g) Lampu, kipas dan penghawa dingin (air-cond) hendaklah ditutup sekiranya tidak digunakan atau sebelum pulang

dari sekolah.
h) Sebarang bentuk kerosakan peralatan hendaklah diberitahu kepada guru kelas dengan segera.

INFO KOKO SABP MANS 2022/2023

Unit Kokurikulum

Sesi Persekolahan 2022/2023

INDEK 14

BIL : PERKARA
1:
2: Badan Uniform
3: Kelab & Persatuan
4: Sukan & Permainan

Rumah Sukan

BADAN UNIFORM 15

BIL. BADAN UNIFORM
1. KADET POLIS
2. PENGAKAP
3. KADET REMAJA SEKOLAH
4. PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
5. PUTERI ISLAM
6. KADET PERTAHANAN AWAM
7. KADET BOMBA DAN PENYELAMAT

PAKAIAN BADAN UNIFORM

16

KELAB DAN PERSATUAN 17

BIL. KELAB DAN PERSATUAN
1. KELAB FALAK DAN ASTRONOMI
2. KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
3. PERSATUAN BAHASA MELAYU
4. PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS
5. KELAB MUZIK DAN SENI SUARA
6. KELAB URUSNIAGA
7. PERSATUAN BAHASA ARAB
8. KELAB SPBT
9. PERSATUAN SYARIAH & USULUDDIN
10. PERSATUAN BAHASA INGGERIS

SUKAN DAN PERMAINAN 18

BIL. SUKAN DAN PERMAINAN
1. BOLA TAMPAR
2. BADMINTON
3. MEMANAH
4. PING PONG
5. BALAPAN
6. BOLA BALING
7. BOLA SEPAK
8. BOLA JARING
9. CATUR
10. FUTSAL
11. RAGBI
12. SEPAK TAKRAW

RUMAH SUKAN 19

BIL RUMAH SUKAN
1. MERAH
2. HIJAU
3. KUNING
4. BIRU

PENUTUP 20

SELAMAT DATANG KE BUMI TARBIAH HADHARAH FALAH
PENERAJU PEWARIS GENERASI ULAMA’


Click to View FlipBook Version