PENGURUSAN BENCANA FORENSIK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2023
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA i 1.0 Notifikasi Ketua Pakar Forensik Negeri dan Pasukan Bencana Forensik………… 1-2 2.0 Kehadiran Pasukan Bencana Forensik ke Lokasi Bencana………………………… 2 3.0 ‘Body Holding Area’ (BHA) di Lokasi Bencana……………………………………….. 3 4.0 Pengangkutan Mayat ke Pusat Pengurusan Bencana Forensik…………………. 4 5.0 Penetapan Pusat Pengurusan Bencana Forensik……………………………………. 4 6.0 Akses jalan ke Pusat Pengurusan Bencana Forensik………………………………… 5 7.0 Perimeter sekitar Pusat Pengurusan Bencana Forensik…………………………….. 5 8.0 Kemasukan Mayat ke Pusat Pengurusan Bencana Forensik……………………… 5 9.0 Penyimpanan Mayat………………………………………………………………………. 6 10.0 Identifikasi Mayat…………………………………………………………………………… 6 11.0 Pasukan Antemortem Bencana Forensik……………………………………………… 6 12.0 Pasukan Postmortem Bencana Forensik……………………………………………… 7 13.0 Pasukan ‘Reconciliation’ (berdasarkan DVI Guide Interpol) ……………………... 7 14.0 Penyerahan Mayat kepada Waris……………………………………………………… 7 15.0 Mobilisasi sumber manusia dan peralatan forensik peringkat negeri…………… dan kebangsaan 8 16.0 Pusat Operasi Forensik (Pusat Pentadbiran) ………………………………………… 8 17.0 Kemudahan Asas untuk Pasukan Bencana Forensik………………………………. 8 18.0 Perkhidmatan Mortuari selain bencana……………………………………………… 8-9 19.0 Perhubungan Awam……………………………………………………………………… 9 20.0 Ruang Menunggu Waris…………………………………………………………………... 9 21.0 Penyempurnaan Mayat selepas Penyerahan kepada Waris……………………. 9 22.0 Sokongan Psikologi untuk Waris dan Kakitangan DVI………………………………. 10 23.0 Sokongan Syarikat Konsesi Hospital…………………………………………………….. 10 24.0 Taklimat ‘Debriefing’……………………………………………………………………… 10 KESIMPULAN………………………………………………………………………………….. 10 SINGKATAN…………………………………………………………………………………... 11 RUJUKAN……………………………………………………………………………………… 11 PROSES PENGURUSAN BENCANA FORENSIK…………………………………………… 12 PROSES DISASTER VICTIM IDENTIFICATION (DVI) ……………………………………… 13 SENARAI SEMAK PENGURUSAN BENCANA FORENSIK BAGI KETUA PAKAR……… FORENSIK NEGERI 14 PERANAN PENGARAH HOSPITAL………………………………………………………… 15 PERANAN PENYELIA PUSAT PENGURUSAN BENCANA FORENSIK (MORTUARY…… MANAGER) 16 KANDUNGAN
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 1 1. Notifikasi Ketua Pakar Forensik Negeri dan Pasukan Bencana Forensik 1.1. Pengurusan Forensik bagi kematian akibat bencana adalah berada di bawah seliaan Ketua Pakar Forensik Negeri (KPFN). 1.2. Siasatan kematian di lokasi bencana adalah di bawah kuasa dan jurisdiksi Pegawai Penyiasat Polis. Ia bukan berada di bawah pengurusan Penyelaras Hospital, Penyelaras Klinikal atau Komander Perubatan Di Lokasi Bencana (Medical Commander at scene). 1.3. Pasukan Bencana Forensik (PBF) ialah pasukan yang diketuai oleh KPFN dan dianggotai oleh Pakar Perubatan Forensik (PPF), Pegawai Perubatan (PP), Pegawai Sains Forensik (PSF), Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). 1.4. Apabila berlaku kematian akibat bencana di mana-mana kawasan di dalam negeri tersebut, maka NOTIFIKASI SEGERA (tanpa mengira jumlah awal kematian) oleh mana-mana pihak pengurusan hospital, pihak pengurusan kesihatan, pihak berkuasa tempatan atau Pegawai Penyiasat Polis kepada KPFN. 1.5. KPFN juga bertanggungjwab untuk memaklumkan kejadian bencana tersebut kepada Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik KKM dan Pengarah Kesihatan Negeri (PKN) bagi sebarang keperluan sokongan pengurusan dan mobilisasi petugas dari negeri lain (internegeri) jika terdapat keperluan. 1.6. Sebarang kejadian di mana jumlah kematian melebihi kapasiti pengendalian semasa Jabatan/ Unit Perubatan Forensik hospital berkenaan, PBF harus diaktifkan oleh KPFN (Rujuk 5.4). 1.7. Pasukan Bencana Forensik ini akan berfungsi seperti berikut: 1.7.1. Membantu dalam penyiasatan di tempat kejadian bencana yang rumit seperti nahas penerbangan, pembunuhan beramai-ramai atau bencana Chemical, Biological, Radiological, Nuklear & Explosive (CBRNE). 1.7.2. Membantu polis dalam usaha mencari mayat dan anggota badan di tempat kejadian bencana, jika perlu. 1.7.3. Membantu polis dalam membungkus dan melabel mayat atau bahagian badan di ‘Body Holding Area’ di tempat kejadian bencana, jika perlu. 1.7.4. Menyelia atau menjalankan Pengurusan Bencana Forensik di Pusat Pengurusan Bencana Forensik (PPBF) yang telah ditetapkan di negeri tersebut. 1.7.5. Menyelia atau menjalankan proses identifikasi mayat. 1.7.6. Menyelia postmortem kes-kes kematian akibat bencana yang tidak rumit. 1.7.7. Menjalankan postmortem kes-kes kematian akibat bencana yang rumit seperti mangsa pembunuhan beramai-ramai, mayat hangus, mangsa nahas penerbangan dan kematian CBRNE. 1.7.8. Menyelia pengurusan spesimen forensik daripada kematian akibat bencana yang tidak rumit.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2 1.7.9. Menguruskan spesimen forensik daripada kematian akibat bencana yang rumit. 1.8. Walaupun notifikasi segera kepada KPFN adalah satu keperluan, namun KPFN boleh memilih untuk tidak mengaktifkan PBF ini sekiranya: 1.8.1. Bencana itu bersifat tidak rumit DAN, 1.8.2. Jumlah kematian adalah kecil DAN, 1.8.3. Mayat tidak memerlukan proses identifikasi yang rumit DAN, 1.8.4. Kemungkinan postmortem dan penyerahan mayat kepada waris dapat dilakukan tanpa sebarang kelewatan. 1.9. Sekiranya PBF tidak digerakkan, Pengarah Hospital berkenaan perlulah memastikan Pengurusan Bencana Forensik oleh Ketua Jabatan/ Unit Perubatan Forensik di hospital tersebut berjalan dengan lancar. Ketua Jabatan/ Unit Perubatan Forensik di hospital berkenaan perlulah mendapat konsultasi daripada KPFN / PPF yang bertugas. 2. Kehadiran Pasukan Bencana Forensik ke Lokasi Bencana 2.1. Semua mayat di lokasi bencana terletak di bawah bidang kuasa polis mengikut peruntukan yang terkandung dalam Kanun Acara Jenayah. 2.2. Keperluan Pasukan Bencana Forensik (PBF) di lokasi bencana hendaklah ditentukan selepas perbincangan antara KPFN / PPF dan Pegawai Penyiasat Polis, dan jika perlu, dengan Komander Perubatan Di Lokasi Bencana. 2.3. Jika kehadiran PBF di lokasi bencana diperlukan, maka ia hendaklah digerakkan dengan seberapa segera yang munasabah ke lokasi bencana dengan pengangkutan hospital. Jika tidak, pasukan ini hendaklah bergerak ke PPBF yang telah ditetapkan. 2.4. Di lokasi bencana, PBF akan melaporkan kehadiran kepada Pegawai Penyiasat Polis dan Komander Perubatan Di Lokasi Bencana. 2.5. Pasukan ini akan menyelia pengurusan mayat atau bahagian badan, dan juga membantu siasatan di tempat kejadian. Berkaitan pengurusan mayat dan siasatan tempat kejadian pula, Pasukan Bencana Forensik akan bertanggungjawab terus kepada Pegawai Penyiasat Polis dan BUKAN kepada Komander Perubatan Di Lokasi Bencana.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 3 3. ‘Body Holding Area’ (BHA) di Lokasi Bencana 3.1. Komander Perubatan Di Lokasi Bencana dan Pegawai Penyiasat Polis, hendaklah mewujudkan kawasan BHA dalam perimeter bencana. 3.2. BHA hendaklah berada di bawah kawalan pihak polis, dan juga berfungsi sebagai pusat operasi bagi PBF di lokasi bencana. 3.3. Keperluan untuk dekontaminasi mesti diambilkira oleh polis dan Jabatan Bomba & Penyelamat sekiranya berlaku bencana CBRNE. 3.3.1. Bagi kes penyakit berjangkit (bencana kesihatan awam) pengurusan mayat perlulah mengikut Tatacara Pengurusan Mayat COVID-19, Annex 20 sebagai panduan. 3.3.2. Bagi kes kematian yang disyaki melibatkan Radiasi Perubatan, maka Radiation Protection Officer (RPO) perlulah dihubungi dengan segera sama ada pegawai tersebut bertugas di hospital berkenaan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Bahagian Kawal selia Radiasi Perubatan (BKRP), Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menasihati dan memantau ‘dose’ pencemaran terhadap petugas yang telah terdedah kepada bahan tercemar di lokasi bencana. RPO juga perlulah memastikan semua prosedur keselamatan dipatuhi berkait pengurusan mayat di lokasi bencana, pengangkutan mayat, di mortuari dan di lokasi akhir pengurusan mayat (dikebumi atau cremation). 3.3.3. Bagi kes kematian yang disyaki melibatkan Radiasi Nuklear, Jabatan Tenaga Atom Malaysia perlulah dilibatkan bagi memantau risiko pencemaran kepada petugas dan sekitaran. Jabatan ini juga perlulah memastikan semua prosedur pengurusan mayat adalah selamat di lokasi bencana, pengangkutan mayat, di mortuari dan di lokasi akhir pengurusan mayat (dikebumi atau cremation). 3.4. BHA adalah suatu struktur khemah atau bangunan yang sesuai dan selamat, serta terletak di kawasan yang selamat. Lokasinya perlu dipastikan tidak mengganggu aktiviti menyelamat, dan mudah diakses. 3.5. BHA bukanlah Mortuari Sementara. Ia hanya berfungsi sebagai tapak untuk pengumpulan, dokumentasi awal, dan pembungkusan serta pelabelan mayat, sebahagian badan dan barangan peribadi sebelum dibawa ke Pusat Pengurusan Bencana Forensik yang telah ditetapkan. Kemudahan penyejukan mayat di ‘Body Holding Area’ mestilah diambilkira sekiranya terdapat keperluan. 3.6. Polis hendaklah bertanggungjawab menyediakan beg mayat. 3.7. BHA perlulah di dalam kawalan keselamatan pihak polis dari pencerobohan oleh waris, orang ramai, wartawan dan haiwan. 3.8. TIADA mayat akan dilepaskan atau diserahkan kepada waris melalui ‘Body Holding Area’, dan TIADA postmortem akan dilakukan di sini.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 4 4. Pengangkutan Mayat ke Pusat Pengurusan Bencana Forensik 4.1. Mayat akan dibawa dari lokasi bencana ke PPBF yang ditetapkan. Ia ada kemungkinan Pusat Pengurusan Bencana Forensik bukan ditempatkan di hospital negeri (Rujuk bahagian 5.0). 4.2. Polis akan bertanggungjawab di dalam mengurus pengangkutan mayat dari lokasi bencana ke PPBF yang telah ditetapkan. 4.3. Mayat hendaklah diangkut sama ada dengan kenderaan polis atau apa-apa cara pengangkutan lain yang difikirkan sesuai dan mudah oleh pihak polis. 4.4. Mayat yang telah disahkan mati di lokasi bencana akan dibawa TERUS ke Pusat Pengurusan Bencana Forensik dan bukan ke Jabatan Kecemasan. 5. Penetapan Pusat Pengurusan Bencana Forensik 5.1. Bagi mengelakkan kekeliruan dan memudahkan proses Pengurusan Bencana Forensik, hanya SATU mortuari harus berfungsi sebagai PPBF. 5.2. Penetapan PPBF adalah mengikut perbincangan antara Pegawai Penyiasat Polis dan KPFN/ PPF, dan jika perlu, dengan pandangan daripada Ketua Perkhidmatan Forensik KKM (‘Head of Service’). 5.3. PPBF TIDAK BOLEH ditetapkan oleh Komander Perubatan Di Lokasi Bencana atau manamana doktor bukan forensik. 5.4. Hospital yang bertindak sebagai Pusat Pengurusan Bencana juga boleh ditetapkan sebagai PPBF, jika: (Rujuk 1.8). 5.5. Status semasa peti sejuk mayat, meja postmortem dan peralatan postmortem, penghawa dingin dan keselamatan perimeter hendaklah juga diambilkira dalam menilai kesesuaian hospital daerah yang akan berfungsi sebagai PPBF. Adalah menjadi kewajipan Penyelia PPBF (Mortuary Manager (MM)) berkenaan memberikan penilaian menyeluruh tentang status fungsi semasa kepada KPFN. 5.6. Pengarah Hospital (PH) di PPBF perlulah dimaklumkan segera oleh KPFN supaya langkah awal perlu diambil bagi penyediaan Jabatan/ Unit Perubatan Foresnik tersebut di dalam prosespengurusan bencana. PH berkenaan juga hendaklah memastikan KESIAPSIAGAAN Jabatan/ Unit Pergigian, Jabatan/ Unit Radiologi dan Perkhidmatan Sokongan Hospital; apabila diperlukan. 5.7. PH bertanggungjawab memastikan aspek kawalan keselamatan di PPBF.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 5 6. Akses jalan ke Pusat Pengurusan Bencana Forensik 6.1. PH perlu memastikan akses yang mudah ke Pusat Pengurusan Bencana Forensik agar ia tidak mengganggu laluan ambulans ke Jabatan Kecemasan. PH perlu memastikan lalulintas di dalam kawasan hospital ke Pusat Pengurusan Bencana Forensik bebas daripada kenderaan yang boleh menghalang laluan trak polis atau kenderaan yang mengangkut mayat-mayat. 6.2. PH perlu menetapkan kawasan parkir khusus di dalam kawasan hospital yang mencukupi bagi kegunaan pihak polis, Pasukan Bencana Forensik, dan waris yang tidak akan menghalang akses ke PPBF. 7. Perimeter sekitar Pusat Pengurusan Bencana Forensik 7.1. Perimeter ruang sekitar PPBF mestilah lapang bagi pengurusan bencana. 7.2. PH mesti memastikan tempat letak kereta di sekitar PPBF dikosongkan untuk kemudahan keluar masuk kenderaan polis yang mengangkut mayat. 7.3. Tempat letak kereta yang telah dikosongkan juga akan berfungsi sebagai tapak khemah sementara atau penempatan kontena peti sejuk bagi penyimpanan mayat. 7.4. Perkhidmatan Sokongan Hospital perlulah bertanggungjawab mendirikan khemah sementara di perimeter sekitar Pusat Pengurusan Bencana Forensik yang akan digunakan oleh waris dan polis, sekiranya perlu. 7.5. Jika perlu, MM hendaklah menetapkan kawasan kerja dalam perimeternya untuk digunakan oleh Pasukan Polis. 8. Kemasukan Mayat ke Pusat Pengurusan Bencana Forensik 8.1. PH perlulah memastikan troli mayat yang mencukupi untuk digunakan di PPBF. 8.2. Perlu ada SATU portal kemasukan mayat ke PPBF. MM perlulah menetapkan portal kemasukan yang berasingan daripada portal keluar untuk mayat. 8.3. Mayat, bahagian badan dan barangan peribadi akan diterima dan didaftarkan di PPBF mengikut prosedur operasi forensik yang ‘standard’. Setiap mayat dan bahagian badan mesti dilabel dengan Nombor Siri Forensik secara individu oleh PPP. MM perlulah menetapkan kawasan pejabat yang sesuai untuk pendaftaran dan pelepasan mayat. Kawasan ini juga boleh berfungsi sebagai Pusat Operasi Forensik (POF) (Rujuk 16).
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 6 9. Penyimpanan Mayat 9.1 PPBF mestilah mampu menyimpan mayat bagi proses pengurusan bencana dan pelepasan mayat. 9.2 Mayat mestilah segera dimasukkan ke dalam peti / ruang simpanan sejuk mayat apabila diterima di PPBF bagi mengelakkan proses pereputan mayat. Namun begitu, mayat boleh dibiarkan pada suhu bilik di kawasan yang ditetapkan di dalam Jabatan/ Unit JIKA tidak ada kelewatan yang boleh dijangka berkaitan dengan proses pengurusan bencana dan pelepasan mayat. Adalah menjadi kewajipan MM menetapkan kawasan sedemikian di dalam Jabatan/ Unit. 9.3 Jika bilangan peti sejuk simpanan mayat yang berfungsi di mortuari tidak mencukupi untuk suatu bencana, PH akan bertanggungjawab untuk memperoleh atau menyewa kontena peti sejuk beserta rak yang sesuai bagi penyimpanan mayat. 9.4 Mayat sedia ada yang tidak dituntut (bukan dari kes bencana) yang disimpan di dalam peti sejuk simpanan mayat di PPBF bolehlah dipindahkan buat sementara waktu ke Jabatan/ Unit Perubatan Forensik hospital kerajaan yang terdekat di dalam negeri tersebut, sehingga proses pengurusan bencana forensik selesai. Adalah menjadi kewajipan MM untuk membuat pengaturan sedemikian mengikut arahan KPFN selepas mendapat persetujuan PH yang terlibat. 9.5 Pengurusan penghantaran mayat-mayat tersebut ke hospital kerajaan lain juga perlulah diatur dengan baik sama ada ia menggunakan mana-mana kenderaan hospital kerajaan yang sedia ada atau ia menggunakan kenderaan polis. 10.Identifikasi Mayat 10.1. Pengesahan identiti mayat hendaklah dilakukan di PPBF, mengikut prosedur identifikasi mayat forensik yang ditetapkan seperti ‘INTERPOL DVI Guideline’ atau mana-mana format yang ‘applicable’. 10.2. MM mestilah menetapkan kawasan yang bersesuaian di dalam Jabatan/ Unit yang akan berfungsi sebagai Tempat Pengecaman Mayat oleh waris; dibuat secara visual wajah atau/ dan barang-barang peribadi mayat (jika sesuai). 11.Pasukan Antemortem Bencana Forensik 11.1. KPFN hendaklah menubuhkan Pasukan Antemortem Bencana Forensik (PAmBF) sekiranya perlu. 11.2. PH juga hendaklah bertanggungjawab untuk menyediakan kawasan kerja yang sesuai di hospital untuk PAmBF. 11.3. PAmBF hendaklah diketuai oleh PPF atau PP dan hendaklah terdiri daripada PP, Pegawai Sains Forensik, PPP, PPK atau kakitangan yang telah digerakkan dari jabatan/ unit lain di hospital tersebut. Pasukan ini akan bekerjasama dengan polis untuk pengumpulan data antemortem daripada waris dan sumber lain yang berkaitan.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 7 12.Pasukan Postmortem Bencana Forensik 12.1. Postmortem mayat yang diterima dari lokasi bencana akan dijalankan di PPBF yang ditetapkan, selaras dengan ‘Garispanduan Bedah-siasat Mayat di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia’ (Surat Pekeliling KPK Bil. 17/2008). Ini termasuk pengumpulan spesimen forensik yang berkaitan. 12.2. PH perlulah memastikan PP dan kakitangan sokongan yang mencukupi untuk melakukan postmortem atau membantu PPF di dalam menjalankan postmortem. 12.3. PH perlulah memastikan aset berkaitan dan alatan pakai buang (‘consumeable’) serta bekalan PPE yang mencukupi untuk PPBF. 12.4. Bergantung pada keadaan dan bilangan kematian, postmortem forensik mungkin perlu dijalankan secara syif atau penggiliran (di mana yang sesuai). 12.5. Pihak polis yang terlibat di dalam pasukan ini juga perlulah mematuhi langkah-langkah keselamatan mortuari. 13.Pasukan ‘Reconciliation’ (berdasarkan DVI Guide Interpol) 13.1 Pengesahan identiti memerlukan penglibatan KPFN / PPF, Pakar Dental Forensik, Pakar DNA, Pakar Cap Jari, Pakar Antropologi, PDRM dan sebagainya (Jika perlu). 13.2 KPFN / PPF perlu memastikan setiap dokumen atau draf postmortem serta pengurusan sampel diurus oleh Pegawai Audit Dokumen yang dilantik di setiap Pasukan Antemortem atau Postmortem Bencana Forensik. 14.Penyerahan Mayat kepada Waris 14.1. Semua mayat akan diserahkan melalui PPBF yang ditetapkan. TIADA mayat yang akan diserahkan kepada waris di lokasi bencana atau melalui BHA. 14.2. Komander Perubatan Di Tempat Bencana TIDAK mempunyai kuasa ke atas penyerahan mayat. 14.3. Mayat hanya boleh diserahkan kepada waris oleh PPP setelah pengecaman mayat yang positif dan punca kematian yang telah disahkan. 14.4. Bagi mayat yang tidak dituntut, tatacara pengurusan di dalam ‘Garispanduan Bedah-siasat Mayat di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia’ (Surat Pekeliling KPK Bil. 17/2008) adalah terpakai. 14.5. Hanya ada SATU portal sahaja untuk mayat keluar dari PPBF. Ia mestilah berasingan dari portal masuk.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 8 15.Mobilisasi sumber manusia dan peralatan forensik peringkat negeri dan kebangsaan 15.1. Jika perlu, selepas perbincangan dengan KPFN dan PKN, maka PH di PPBF akan bertanggungjawab untuk memohon tambahan kakitangan forensik (PP, PSF, PPP & PPK) dan peralatan untuk pengurusan bencana dari hospital lain di dalam negeri tersebut. 15.2. Jika perlu, selepas perbincangan dengan perkhidmatan lain yang berkaitan, PH di PPBF juga akan bertanggungjawab memohon tambahan kakitangan dari Jabatan Pergigian atau Jabatan Radiologi serta peralatan bagi pengurusan DVI dari hospital lain. 15.3. Jika perlu, KPFN akan berbincang dengan Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik KKM mengenai keperluan untuk menggerakkan PBF dari negeri lain. 16.Pusat Operasi Forensik (Pusat Pentadbiran) 16.1. POF akan diwujudkan di sekitar/dalam PPBF. MM perlulah menetapkan kawasan pejabat untuk berfungsi sebagai POF. 16.2. Pendaftaran waris dan pengumpulan serta pembentangan data pengurusan bencana akan dilakukan di POF. 16.3. PH bertanggungjawab menyediakan peralatan pejabat dan komunikasi yang mencukupi, termasuk kemudahan IT bagi POF. 16.4. PH juga bertanggungjawab memastikan akses 24 jam ke kemudahan komunikasi / IT bagi POF. 17.Kemudahan Asas untuk Pasukan Bencana Forensik 17.1. PH perlulah memastikan kemudahan kawasan rehat khusus, kawasan persalinan dan kemudahan bilik air bagi PBF di PPBF. 17.2. Kemudahan ini tidak boleh dikongsi dengan waris. 17.3. PH perlulah memastikan penyediaan makanan harian oleh Perkhidmatan Dietetik & Sajian hospital bagi PBF. 18.Perkhidmatan Mortuari selain bencana 18.1. Dalam situasi bencana, selepas perbincangan dengan perkhidmatan lain yang berkaitan, PH di PPBF juga akan bertanggungjawab memohon tambahan kakitangan dari Jabatan Pergigian atau Jabatan Radiologi serta peralatan bagi pengurusan DVI dari hospital lain. 18.2. Postmortem bagi kes yang tidak berkaitan dengan bencana sebaiknya dibawa ke hospital kerajaan lain yang terdekat untuk menjalankan postmortem di bawah arahan KPFN.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 9 18.3. Pihak Polis Daerah harus dimaklumkan agar mayat (yang tidak berkaitan dengan bencana) TIDAK dibawa ‘Brought In Dead’ (BID) ke PPBF, tetapi ia perlulah dihantar ke Jabatan/ Unit Perubatan Forensik di hospital kerajaan berdekatan. Adalah menjadi kewajipan MM memaklumi Pihak Polis Daerah. 19.Perhubungan Awam 19.1. Kematian akibat bencana adalah di bawah bidang kuasa polis, Kenyataan kepada Media atau Pegawai Kenamaan Kerajaan (VIP) berkaitan kematian, proses pengurusan bencana forensik dan isu medikolegal yang berkaitan hanya perlu dibuat oleh Pegawai Penyiasat Polis. PH perlu menyediakan tempat yang sesuai bagi taklimat ini (jika perlu). 19.2. Perimeter PPBF perlulah dikhas hanya untuk petugas yang dibenarkan sahaja. TIADA mana-mana individu awam lain dibenarkan berada di perimeter ini. 19.3. Pegawai Kenamaan Kerajaan (VIP) perlulah berada di luar perimeter PPBF di atas faktor keselamatan. 19.4. PH perlulah juga memastikan Pegawai Perhubungan Awam di hospital berkenaan terlibat sama di dalam membantu kebajikan waris. 20.Ruang Menunggu Waris 20.1. MM akan menetapkan kawasan menunggu sementara yang sesuai untuk waris. 20.2. PH bertanggungjawab menyediakan sebarang khemah atau struktur sementara bagi keselesaan waris menunggu. 21.Penyempurnaan Mayat selepas Penyerahan kepada Waris 21.1. MM akan menetapkan ruang sesuai untuk menguruskan dan memandikan jenazah, sekiranya waris ingin menggunakan kemudahan tersebut (jika sesuai). 21.2. Walau bagaimanapun, memandangkan kekangan ruang yang terhad di kebanyakan Jabatan/ Unit Perubatan Forensik yang sedia ada, PH boleh membuat keputusan sama ada ia akan menyediakan kemudahan tersebut di tempat lain di dalam hospital, atau menutup sementara kemudahan tersebut sepanjang tempoh bencana. 21.3. Bagi mayat yang berstatus ‘High Risk’, Sila Rujuk 3.3. Pegawai Perhubungan Awam hospital juga boleh berperanan menyediakan sokongan lain yang perlu dan senarai agensi yang menguruskan pengangkutan mayat ke tempat pengkebumian atau krematorium (jika perlu).
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 10 22. Sokongan Psikologi untuk Waris dan Kakitangan DVI 22.1. Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental haruslah menyediakan kaunseling dan sokongan psikologi kepada waris. Rujukan yang berkaitan akan dibuat oleh PP. 22.2. Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental juga harus menyediakan kaunseling dan sokongan psikologi kepada mana-mana kakitangan PBF yang mungkin mengalami trauma akibat daripada pengalaman tersebut. 23. Sokongan Syarikat Konsesi Hospital 23.1. Syarikat Konsesi Hospital berperanan di dalam memastikan pengurusan sisa klinikal dan sisa domestik mematuhi garisvpanduan sedia ada. 23.2. Kebersihan perimeter PPBF mestilah diutamakan pada setiap masa. Namun, kebenaran untuk memasuki perimeter pusat ini tertakluk kepada masa yang sesuai dan ditetapkan oleh MM pusat ini. 24. Taklimat ‘Debriefing’ 24.1. Ia perlulah dilakukan oleh KPFN / PPF yang berkaitan bagi mengenalpasti sebarang isu yang boleh ditambahbaik. 24.2. Dokumentasi dan rekod perlu disimpan sebagai audit bagi tujuan penambahbaikan. 24.3. MM perlulah mengumpul dan merekod data maklumat berkait dengan pelibatan petugas dalaman, petugas luar, aset yang telah digunakan, alatan dari luar yang dipinjam dan sebarang isu berbangkit. KESIMPULAN Pengurusan jenazah merupakan aspek penting dalam menguruskan kematian mangsa akibat bencana. Pihak berkuasa harus menjalankan proses pengendalian, pengenalan, pengangkutan, pengesanan, penyimpanan dan pelupusan mayat manusia dan barang peribadi dengan betul. Selain itu, pihak berkuasa juga perlu membuat pengesahan punca kematian disamping memudahcara akses kepada perkhidmatan kesihatan mental/ tingkah laku kepada ahli keluarga, responden dan mangsa yang terselamat daripada sesuatu kejadian. Kaedah Disaster Victim Identification (DVI) mempunyai batasan yang mesti dijelaskan kepada ahli keluarga dan masyarakat kerana jangkaan mereka boleh bertentangan dengan keupayaan saintifik. Aspek yang perlu dijelaskan kepada ahli keluarga termasuklah jangka masa proses pengurusan jenazah dan kesukaran yang mungkin timbul sebelum jenazah diserahkan kepada waris.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 11 SINGKATAN 1. KPFN Ketua Pakar Forensik Negeri 2. PBF Pasukan Bencana Forensik 3. PP Pegawai Perubatan 4. PSF Pegawai Sains Forensik 5. PPP Penolong Pegawai Perubatan 6. PPK Pembantau Perawatan Kesihatan 7. CBRNE Chemical, biological, radiological, nuclear & explosive. 8. PPBF Pusat Pengurusan Bencana Forensik 9. PH Pengarah Hospital 10. MM Mortuary manager (Penyelia PPBF) 11. PKN Pengarah Kesihatan Negeri RUJUKAN 1. DVI Guide: INTERPOL 2014 2. Garispanduan Bedah-siasat Mayat di Hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (Surat pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 17/2008) 3. Peraturan-peraturan Bagi Pengurusan Mayat-Mayat di Hospital-Hospital (Bhg. Perkhidmatan Perubatan 1983) 4. Criminal Procedure Code; chapter 32. 5. Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20. Dokumen ini telah diadaptasikan dan diterjemah daripada DVI GUIDE FOR THE STATE OF KEDAH Disediakan oleh : .......................................... (Dr. Zubair bin Abdul Razak) Disemak oleh : Disahkan oleh : ............................................ ............................................ (Dr. Mohamad Aznool Haidy bin Ahsorori) (Dr. Mohd Suhani bin Mohd Noor) Tarikh : 18 April 2023
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 12 Mobilisasi Pasukan Bencana Forensik TIDAK YA YA Pasukan Bencana Forensik ke Lokasi Bencana TIDAK Pasukan Bencana Forensik menyelia di ‘Body Holding Area’ dan membantu siasatan di lokasi kejadian Penetapan Pusat Pengurusan Bencana Forensik Pengangkutan mayat ke Pusat Pengurusan Bencana Forensik Pengurusan bencana di Pusat Pengurusan Bencana Forensik oleh Pegawai Perubatan setempat Pengurusan bencana di Pusat Pengurusan Bencana Forensik diketuai oleh Ketua Pakar Forensik Negeri/ Pakar Perubatan Forensik. Pengangkutan mayatke Pusat Pengurusan Bencana Forensik Kematian akibat bencana Notifikasi kepada Ketua PakarForensik Negeri PROSES PENGURUSAN BENCANA FORENSIK
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 13 PERBANDINGAN DATA POSTMORTEM & ANTEMORTEM (RECONCILIATION) PENGESAHAN IDENTITI MAYAT PASUKAN DVI POSTMORTEM PASUKAN DVI ANTEMORTEM KETUA PASUKAN BENCANA FORENSIK PELEPASAN MAYAT PROSES DISASTER VICTIM IDENTIFICATION (DVI) ▪ SIASATAN DI TEMPAT BENCANA ▪ PENGAMBILAN MAYAT ▪ PENGAMBILAN BUKTI ▪ PENGAMBILAN CAP JARI MAYAT ▪ PEMERIKSAAN X-RAY ▪ BEDAH SIASAT FORENSIK ▪ PEMERIKSAAN ODONTOLOGI FORENSIK ▪ PENGAMBILAN SPESIMEN DNA MAYAT ▪ KEMASUKAN DATA POSTMORTEM INTERPOL ▪ BERHUBUNG DENGAN WARIS ▪ MENDAPATKAN REKOD PERUBATAN DAN DENTAL ▪ MENDAPATKAN ANTEMORTEM CAP JARI ▪ PENGAMBILAN SPESIMEN DNA WARIS ▪ KEMASUKAN DATA ANTEMORTEM INTERPOL
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 14 SENARAI SEMAK PENGURUSAN BENCANA FORENSIK BAGI KETUA PAKAR FORENSIK NEGERI 1. Notifikasi Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik KKM (Head of Service) 2. Menetapkan Pusat Pengurusan Bencana Forensik 3. Memaklumkan Pengarah Hospital di Pusat Bencana Forensik 4. Membentuk Pasukan Bencana Forensik 5. Taklimat operasi kepada Pasukan Bencana Forensik 6. Mobilisasi sumber manusia di dalam negeri atau kebangsaan 7. Mobilisasi peralatan forensik di dalam negeri atau kebangsaan 8. Akses jalan ke Pusat Pengurusan Bencana Forensik 9. Perimeter sekitar Pusat Pengurusan Bencana Forensik 10. Pasukan Bencana Forensik di Lokasi Bencana 11. ‘Body Holding Area’ di Lokasi Bencana 12. Kemasukan mayat ke Pusat Pengurusan Bencana Forensik 13. Penyimpanan mayat (sedia ada atau perolehan luar) 14. Pasukan Antemortem Bencana Forensik 15. Pasukan Postmortem Bencana Forensik 16. Pasukan ‘Reconciliation’ 17. Identifikasi mayat 18. Penyerahan mayat kepada waris 19. Penyempurnaan mayat 20. Pusat Operasi Forensik 21. Kemudahan asas bagi Pasukan Bencana Forensik 22. Pegawai Perhubungan Awam (media dan VIP) 23. Ruang Menunggu Waris 24. Sokongan Psikologi bagi waris dan Pasukan Bencana Forensik 25. Sokongan Syarikat Konsesi Hospital 26. Taklimat ‘Debriefing’
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 15 PERANAN PENGARAH HOSPITAL 1. Memastikan Pengurusan Bencana Forensik di hospital tersebut berjalan dengan lancar. (1.9) 2. Memaklumkan kepada Jabatan/ Unit Pergigian, Jabatan/ Unit Radiologi dan PerkhidmatanSokongan hospital dalam keadaan SIAPSIAGA, jika perkhidmatan tersebut diperlukan. (5.6) 3. Memastikan keselamatan di Pusat Pengurusan Bencana Forensik. (5.7) 4. Memastikan tempat letak kereta di sekitar Pusat Pengurusan Bencana Forensik dikosongkan. (7.2) 5. Hendaklah mendirikan khemah sementara di dalam perimeter Pusat Pengurusan Bencana Forensik untuk digunakan oleh waris atau polis, jika perlu. (7.4 & 20.2) 6. Memastikan troli-troli mayat mencukupi untuk digunakan. (8.1) 7. Memperoleh atau menyewa peti sejuk kontena mayat beserta rak yang sesuai untuk penyimpanan mayat, jika perlu. (9.3) 8. Memindahkan sementara mayat yang tidak dituntut di Pusat Pengurusan Bencana Forensik ke hospital lain. (9.4) 9. Menyediakan kawasan kerja yang sesuai di hospital untuk Pasukan Antemortem Bencana Forensik. (11.2) 10. Memastikan aset berkaitan dan alatan pakai buang (‘consumable’) serta bekalan PPE yang mencukupi bagi Pusat Pengurusan Bencana Forensik. (12.3) 11. Memohon kakitangan forensik tambahan (PP, PPP & PPK), kakitangan Pergigian tambahan, kakitangan radiologi tambahan dan peralatan bagi pengurusan bencana dari hospital lain. (15.1 & 15.2) 12. Menyediakan peralatan pejabat dan komunikasi yang mencukupi, termasuk IT, untuk Pusat Operasi Forensik, jika perlu. (16.3) 13. Memastikan kemudahan kawasan rehat khusus, kawasan persalinan dan kemudahan bilik air bagi Pasukan Bencana Forensik. (17.1) 14. Memastikan penyediaan makanan harian oleh Perkhidmatan Dietetik & Sajian hospital bagi Pasukan Bencana Forensik. (17.3) 15. Menyediakan ruang yang sesuai kepada media atau Pegawai Kenamaan Kerajaan (VIP) bagi taklimat berkaitan kematian, proses pengurusan bencana forensik dan isu medikolegal yang berkaitan yang hanya akan dibuat oleh Pegawai Penyiasat Polis. (19.1) 16. Membuat keputusan sama ada menyediakan kemudahan penyempurnaan mayat selepas penyerahan kepada waris di tempat lain di hospital atau menutup kemudahan tersebut sepanjang tempoh bencana. (21.2)
GARIS PANDUAN PENGURUSAN BENCANA FORENSIK 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 16 PERANAN PENYELIA PUSAT PENGURUSAN BENCANA FORENSIK (MORTUARY MANAGER) 1. Memberi penilaian menyeluruh status semasa peti sejuk mayat, meja postmotem dan peralatan postmortem kepada Ketua Perubatan Forensik Negeri. (5.5) 2. Menetapkan kawasan kerja Pasukan Polis dalam perimeternya. (7.5) 3. Menetapkan portal kemasukan mayat yang berasingan dengan portal keluar mayat. (8.2) 4. Menetapkan kawasan pejabat yang sesuai untuk pendaftaran dan pelepasan mayat. (8.3) 5. Menyelia PPP melabel mayat dan/atau bahagian badan dengan Nombor Siri Forensik. (8.3) 6. Menetapkan kawasan sementara mayat di dalam Pusat Pengurusan Bencana Forensik, jika dijangka tiada kelewatan dengan proses pengurusan bencana dan pelepasan mayat. (9.2) 7. Mengaturkan pemindahan sementara mayat-mayat yang tidak dituntut di Pusat Pengurusan Bencana Forensik ke Jabatan/ Unit Perubatan Forensik lain di dalam negeri tersebut sehingga proses pengurusan bencana selesai. (9.4) 8. Menyelia PPP pengecaman dan penyerahan mayat kepada waris. (14.3) 9. Menetapkan kawasan Pusat Operasi Forensik (16.1) dan menjadi pegawai bertanggung jawab di Pusat Operasi Forensik. 10. Liaison Officer bagi mendapatkan data pengurusan bencana daripada CPRC atau Polis. 11. Memaklumkan kepada Polis Daerah agar menghantar kes BID yang tidak berkaitan dengan bencana ke Jabatan/ Unit Perubatan Forensik hospital kerajaan yang terdekat lain. (18.3) 12. Menetapkan kawasan menunggu sementara yang sesuai bagi waris. (20.1) 13. Menetapkan tempat menguruskan dan memandikan mayat. (21.1) 14. Menyelia PPP untuk menyediakan draf dan label bagi Pasukan Antemortam Bencana Forensik dan Pasukan Postmortem Bencana Forensik. 15. Menyelia PPP menyediakan peralatan postmortem bagi Pasukan Postmortem Bencana Forensik. 16. Menyelia PPP menguruskan spesimen forensik dalam pengurusan bencana forensik. 17. Memastikan keselamatan di Pusat Pengurusan Bencana Forensik. (5.7) 18. Memastikan tempat letak kereta di sekitar Pusat Pengurusan Bencana Forensik dikosongkan (7.2) 19. Memastikan troli-troli mayat mencukupi untuk digunakan. (8.1)