BADAN KEBAJIKAN KELAB GURU & KAKITANGAN TEL/FAKS : 03-32894626
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TERAP,
45500 TANJONG KARANG Ruj.Kami : SKST 100-7/1/8/(04)
SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh : 15 April 2019
KOD SEKOLAH : BBA 3025
Assalamu`alaikum wmt. wbt
Melaui,
YDP PIBG,
SK Sungai Terap
45500 Tanjung Karang, Selangor.
Tuan,
Perkara : MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI BADAN KEBAJIKAN
GURU DAN KAKITANGAN (BKGK) PERINGKAT SEKOLAH.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Saya bagi pihak Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Sungai Terap ingin
memohon sumbangan berbentuk kewangan/ hadiah/ barangan untuk program
tahunan yang akan dijalankan. Untuk makluman, dana yang ada setakat ini belum
mencukupi untuk menampung bilangan guru dan kakitangan di sekolah ini. Aktiviti-
aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak BKGK seperti :
i. Hari Guru
ii. Team Building
iii.Hari Keluarga SK Sungai Terap
iv. Majlis Persaraan
3. Sehubungan itu, saya berharap agar pihak YB Tan Sri/ YB Dato’/ YB Datin/ Tuan/
Puan dapat menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan untuk
menjayakan program tersebut. Sumbangan boleh diserahkan seperti butiran berikut :
Hadiah / Barangan : Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Sungai Terap
Nama : PIBG SEK KEB SG TERAP
No Akaun : 012035309352 (MAYBANK)
4. Untuk sebarang pertanyaan atau keraguan, sila hubungi :
Pengerusi BKGK 019 3350287 En Mohamad Azlan
Naib Pengerusi BKGK 017 3706978 Pn Zaidatul Laili
Untuk rujukan pihak tuan, disini dilampirkan kertas kerja berkaitan dengan aktiviti
yang akan dilaksanakan.
5. Segala kerjasama dan keprihatinan YB Tan Sri/ YB Dato’/ YB Datin/ Tuan/ Puan
saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………………………….
(MUHAMMAD AZLAN BIN MOKHTAR )
Pengerusi,
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK)
SK Sungai Terap.