TEKS UCAPAN GURU BESAR
SEMPENA
PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1442 H / 2021 M
SK MENJALARA
DIBACAKAN OLEH
YANG BERUSAHA PUAN GURU BESAR
SK MENJALARA
PUAN CHE SITI WAN KEMALA BT W. ISMAIL
8 APRIL 2021 (KHAMIS)
SALUTASI
Bismillahirrahmanirrahim,
Yang Berusaha En. Abdul Muhaimin Bin Abdullah,
Yang Dipertua PIBG, SK Menjalara
Yang Berusaha Pn. Hanita Binti Yaakob
Penolong Kanan Pentadbiran
En. Retinam a/l Thandavathevar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Norashikin Binti Ismail
Penolong Kanan Kokurikulum
Dan seterusnya ibu bapa dan seluruh warga SK Menjalara yang
dihormati sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera saya ucapkan.
KATA ALUAN
1. Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah ditimpa rotan,
Bulan Ramadhan Kembali menjelang,
Bulan beribadah penuh keberkatan.
2. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan rahmat dan izinNya insyaallah kita akan bertemu
dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan bagi tahun
1442 Hijrah pada minggu hadapan.
3. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada
seluruh warga SK Menjalara, ibu bapa dan murid-murid SK
Menjalara. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa
dengan sempurna.
Hadirin dan hadirat sekalian
4. Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan ini, Panitia
Agama Islam SK Menjalara telah merancang begitu banyak
aktiviti yang bermanfaat untuk kita semua terutamanya untuk
anak-anak murid SK Menjalara. Di sini saya ingin memohon
kerjasama ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak
menunaikan ibadah puasa dan menyertai aktiviti yang
dianjurkan oleh Panitia Agama Islam.
5. Seterusnya saya juga ingin menyeru agar kita sama-sama
dapat menggunakan peluang yang ada ini untuk meningkatkan
amalan seperti bertadarus, bersedekah, qiyamullail dan
sebagainya. Amatlah rugi sekiranya Ramadhan yang
mempunyai banyak kelebihan ini kita sia -siakan dengan
melakukan perkara yang tidak berfaedah.
7. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan
penghargaan kepada semua jawatankuasa yang akan
menjayakan setiap aktiviti Ramadhan. Terima kasih juga
kepada Panitia Agama Islam yang menjadi nadi kepada setiap
program sepanjang Ramadhan dan sentiasa memberi
komitmen yang terbaik bagi memastikan setiap program
berjalan dengan lancar.
8. Juga tidak dilupakan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung. Semoga ianya menjadi
saham di akhirat kelak insyaAllah.
PENUTUP
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah.
9. Sebagai pengakhir kata marilah kita renung bersama semoga
ramadhan ini dapat meningkatkan iman kita.
Selamat Berpuasa Kepada Semua,
Moga Amalan Kita Diterima,
Meski Harus Berlapar Dahaga,
Tak Terjangka Hebat Ganjarannya
Teguhkan Iman Di Bulan Ramadhan,
Tetapkan Diri Jalankan Kewajipan,
Allah Menduga Hanya Sebulan,
Inilah Peluang Dan Kesempatan
Marhaban Ya Ramadhan …. Selamat menyambut bulan Ramadhan
dan Selamat berpuasa.
Sekian, saya akhiri dengan Wabillahi Taufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.