The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SUBJEK;EDUP3093
TUGASAN; PENGHASILAN PRODUK
PENSYARAH;DR.NORIZAN BT ISMAIL
AHLI KUMPULAN;
1.NUR ALYA AQILAH BT ASEHARI
2.NURHUSNIYATI SOFIAH BT RUSLI
3.NUR FAZLIN NADIAH BT KHALID

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyaaqlhasehari, 2023-09-18 10:24:45

ANALISIS HUBUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) & FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

SUBJEK;EDUP3093
TUGASAN; PENGHASILAN PRODUK
PENSYARAH;DR.NORIZAN BT ISMAIL
AHLI KUMPULAN;
1.NUR ALYA AQILAH BT ASEHARI
2.NURHUSNIYATI SOFIAH BT RUSLI
3.NUR FAZLIN NADIAH BT KHALID

Keywords: FPK & FPG

ANALISIS HUBUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) & FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) TERHADAP PENDIDIKAN MASA KINI subjek;edup3093 falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysiapensyarah;dr.norizan binti Ismail


AHLIKUMPULAN NUR ALYA AQILAH BINTI ASEHARI 2022082310111 NURHUSNIYATI SOFIAH BINTI RUSLI 2022082310114 NUR FAZLIN NADIAH BINTI KHALID 2022082310113


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)


Guru yang pekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)


MATLAMAT FPK & FPG MATLAMAT FPK & FPG


Percaya dan patuh kepada Tuhan Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum matlamat FPK adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: FPK


peribadi profesional sosial menguasai ilmU kemahiran amalan keguruan Matlamat falsafah pendidikanguru adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi: FPG


Tujuan FPK& FPG "Today ' s moments become tomorrow ' s memories."


Tujuan utama pembentukan FPG adalah untuk menjadi panduan bagi individu ataupun pihak yang berkecimpung dalam dunia pendidikan bagi merealisasikan apa yang termaktub di dalam FPK selaras dengan pendidikan pada masa kini. Jadi, bagi memastikan keberhasilan FPK dilaksanakan dengan jayanya maka FPG perlu diutamakan serta dihadam oleh seseorang insan yang bergelar pendidik.


Seperti yang kita sedia maklum, FPK dan FPG memiliki elemen-elemen yang tertentu. Setiap elemen tersebut mempunyai hubungkait antara satu sama lain.


ELEMEN-ELEMeN FPK ✅ Pendidikan adalah proses pembelajaran sepanjang hayat ✅ Pendidikan dari peringkat pra-sekolah sehingga ke universiti ✅ Contoh : Subsidi buku teks, biasiswa, pinjaman pelajaran, pemansuhan yuran persekolahan, pemansuhan yuran peperiksaan awam, program susu sekolah, program rancangan makanan tambahan 1. ✅ Dari tidak tahu sesuatu menjadi tahu ✅ Mencungkil bakat terpendam ✅ potensi daripada pelbagai aspek yang berbeza kerana kebolehan individu juga berbeza ✅ Contoh : tawaran pelbagai pakej matapelajaran di sekolah menengah, pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai April 2012 di semus sekolah menengah, konsep 3M, konsep KBKK, dasar 1 Murid 1 Sukan ✅ pendidikan yang bersifat holistik ✅ mencukupi semua aspek dan tidak terhad kepada komponen akademik sahaja ✅ Cintoh : 10% markah Kokurikulum untuk masuk IPTA, dasar 1 Murid 1 Sukan, elemen merentas kurikulum dalam semua mata pelajaran, subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral


✅ Individu yang matang dan berilmu ✅ Individu yang mempunyai tenaga mahir ✅ Jasmani: subjek PJK, Sains Sukan, 1 murid 1 Sukan, Kokurikulum ✅ Emosi : Nilai-nilai murni dalam kurikulum ✅ Rohani : Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Syariah, Pendidikam al-Quran dan as-Sunnah, Tasawwur Islam, Bible Knowledge, nilai murni ✅ Intelek : Subjek Sains, Bahasa, Teknikal, KBKK ELEMEN-ELEMeN FPK ✅ Unsur teologi dan meraikan kepelbagaian agama di Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum. ✅ Alam ini tidak wujud dengan sendirinya secara tiba-tiba ✅ Manusia mempunyai tugas di alam ini ✅ Kehidupan beragama dan bertatasusila merupakun kehidupan yang terbaik ✅ Manusia bertanggungjawab atas tindakan mereka sendiri ✅ Selari dengan prinsip pertama Rukun Negara. ✅ Cintakan ilmu ✅ Sentiasa kehadapan dalam setiap bidang yang diceburi ✅ Ilmu yang melangkaui sempadan ✅ Contoh : kempen galakan membaca, program NILAM di sekolah, ICT, Dasar Pandang ke Timur


✅ Mampu menyempurnakan tugas dengan cekap dan sempurna ✅ Ada ilmu dan menonjol ✅ Berpengetahuan dan berkelayakan ✅ Contoh: program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di semua sekolah menengah aliran agama, anugerah pelajar cemerlang ELEMEN-ELEMeN FPK ✅ Dapat membezakan antara yang baik dan buruk ✅ Ada keyakinan terhadap nilai murni ✅ Mengamalkan kelakuan baik dan meninggalkan yang buruk ✅ Contoh : Budi Bahasa Budaya Kita, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, nilai murni merentas kurikulum ✅ Bertanggungjawab dengan menyempurnakan amanah kepada agama, bangsa dan negara ✅ Berusaha meningkatkan kecekapan dan daya usaha untuk meningkatkan produktiviti ✅ Contoh : Program Transformasi Nasional; slogan Bersih, Cekap dan Amanah


✅ Memiliki jiwa yang aman dan tenteram ✅ Memahami keperluan kendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara ✅ Berfikiran waras dan tenang ✅ Contoh : Program Transformasi Nasional, subjek Kemahiran Hidup, subjek volasional seperti ERT, Dandanan Rambut, Masakan dan sebagainya ELEMEN-ELEMeN FPK ✅ Masyarakat yang bersatu padu dan berbilang kaum hidup harmoni ✅ Perpaduan kaum dan toleransi ✅ Menikmati kemakmuran ekonomi (kek ekonomi) secara adil antara semua pihak ✅ Berusaha meningkatkan kemajuan negara ✅ Contoh : Konsep 1Malaysia, program Transformasi Nasional, Islam Hadhari, subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


ELEMEN-ELEMeN FPG Sahsiah guru yang baik - berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya ✅ Berkembang mengikut peredaran zaman yg kini memberikan penekanan kepada sains dan teknologi ✅ Berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesional ✅ Menghayati aspirasi negara yg dihasratkan ✅ Berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara ✅ Menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ✅ Memupuk sifat bangga terdapat kepelbagaian budaya dalam kalangan murid ✅ Menyemai sifat patriotism dan cintakan negara Peranan guru dari segi perkembangan diri dan perkembangan murid secara menyeluruh (aspek JERIS) ✅ Tanggungjawab guru sebagai ahli masyarakat menyumbang kepada pembangunan negara ✅ Berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan


Hubungkait FPK & FPGTerhadap PendidikanMasa Kini Hubungkait FPK & FPGTerhadap PendidikanMasa Kini


Peranan guru dari segi perkembangan diri dan perkembangan murid secara menyeluruh (aspek JERIS) FPK: Menjamin perkembangan individu FPG: Berpandangan progresif dan saintifik Berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberikan penekanan kepada sains dan teknologi Berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesional


Hubungkait Guru hendaklah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pendidikan berlaku secara berterusan bagi menjamin perkembangan murid secara holistik Sebagai contoh, guru hendaklah sentiasa mencari alternatif baharu bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak ketinggalan seiring dengan peredaran zaman pada masa kini Contoh; Semasa wabak COVID-19 melanda, guru menggunakan platform pembelajaran digital seperti Google Classroom sebagai alternatif bagi memastikan pemerolehan serta pemindahan ilmu tidak terputus walaupun pembelajaran tidak berlangsung secara bersemuka dengan pelajar.


Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran serta nilai murni dan ianya berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka proses pendidikan yg berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan FPK: Pendidikan suatu usaha yang berterusan FPG: Menjamin perkembangan individu Peranan guru dari segi perkembangan diri dan perkembangan murid secara menyeluruh (aspek JERIS)


Seperti yang kita ketahui, pada masa kini negara kita sudah menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak seawal 4 tahun samaada di taska,tadika mahupun di pra sekolah.Ini terbukti bahawa masyarakat di negara kita sudah menerima pendidikan sejak kecil lagi dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi seperti sekolah rendah,sekolah menengah dan juga universiti. Secara tidak langsung mereka sudah didedahkan serta diajarkan mengenai nilai-nilai murni dalam kehidupan menerusi pendidikan yang telah diberikan sejak kecil. Bagi golongan yang kurang berminat dalam bidang akademik mereka berpeluang untuk meneruskan pendidikan dalam bidang kemahiran seperti memasuki kolej vokasional yang telah diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Oleh itu, pihak guru hendaklah memainkan peranan yang signifikan dalam menentukan ataupun membuat perancangan pengajaran agar muridmurid mampu menguasai setiap aspek (JERIS) yang ditetapkan. Hubungkait


Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga ditekankan kerana rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa dan negara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi peraturan dan undangundang negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama. FPK: Bertanggungjawab


Tanggungjawab guru sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Guru juga perlu berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan Guru hendaklah menekankan unsur bersatu padu dalam segala kegiatan yang dikendalikannya dan cuba memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain FPG: Memelihara Suatu Mayarakat Bersatu Padu, Demokratik,Progresif dan Berdisiplin


Dalam konteks ini, seseorang pelajar hendaklah seimbang dari setiap aspek kehidupan dan bukan hanya menjurus dalam bidang akademik semata-mata. Seseorang pelajar hendaklah patuh dan taat kepada agama yang dianuti, bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar, menjaga perhubungan sesama masyarakat dan banyak lagi Sebagai contoh, pada masa kini kerajaan telah menjalan program Malaysia Future Leaders School dimana menerusi program ini pelajar telah diasah untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab Bukan itu sahaja, menerusi program ini juga para pelajar dapat berkolaborasi bersama pelajar yang berlainan kaum dan juga agama Ianya secara tidak langsung telah memupuk perpaduan di kalangan mereka Hubungkait


IMPLIKASI KESELURUHAN PELAKSANAAN FPK DAN FPG TERHADAP PENDIDIKAN NEGARA


ELEMEN-ELEMEN FPK & FPG IMPLIKASI Aspek Pembangunan Insan Kurikulum yang relevan Penyediaan sistem penyampaian berkesan Penekanan Pendidikan dan Moral Penekanan Sains dan Teknologi Peningkatan peluang pendidikan pelbagai bidang Pemupukan patriotisme Penyediaan input pendidikan mencukupi Program pendidikan ikut perancangan Peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Pembangunan Sumber Pendidikan Penyelidikan dan Pembangunan Menyediakan tenaga pakar untuk penyelidikan Sumber kewangan Dasar pendidikan untuk menggalakkan penyelidikan


Sistem Pendidikan S E B E L U M K E M E R D E K A A N D E N G A N F P K & F P G


• Pembelajaran secara tidak formal •Dilakukan di madrasah dan surau •Pembelajaran tentang asas islam seperti ilmu tauhid, fiqh,hadis, al-quran dan tajwid •Kaedah menggunakan teknik hafalan •Membangunkan rohani dalam diri setiap murid seperti yang dihasratkan oleh falsafah yang ingin membentuk generasi yang seimbang dari sudut dalaman jiwa masing-masing bermula dari asas didikan agama islam sejak awal •Melahirkan individu yang menitikberatkan tentang agama dalam diri dan mengamalkan dalam kehidupan seharian sepenuhnya •Pembangunan sahsiah berteraskan agama membentuk generasi yang berfikiran baik dan mempunyai kehidupan yang sejahtera di samping dapat memberi manfaat kepada orang sekelilingnya


Tujuan: Menyelidik dan memperbaiki pendidikan orang melayu Cadangan: 1)Membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum 2)Sekolah vernakular dibubarkan 3)Sekolah rendah menggunakan bahasa melayu dan bahasainggeris manakala sekolah menengah menggunakan bahasainggeris 4)Mewujudkan sekolah vokasional yang moden 5)Membina maktab perguruan bagi pemegang sijil persekolahan 1) Meningkatkan mutu pendidikan dengan melatih guru-guru secara khusus dan terlatih 2)Melahirkan murid yang berilmu dan berkemahiran tinggi dengan membina sekolah vokasional bagi melengkapkan pelajar dengan bidang kemahiran


SELEPAS KEMERDEKAAN DENGAN FPK & FPG Sistem Pendidikan


-Mengakaji semula pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan - Menambah baik sistem pendidikan Tanah Melayu -Sekolah teknik dan vokasional diperkasakan -Penilaian peperiksaan diwujudkan -Sekolah rendah percuma dan jadi sekolah kebangsaan Hubungkait fpk: -Mengembangkan potensi murid dari segi intelektual dan kemahiran dengan memajukan pendidikan vokasional -Meningkatkan nilai produktiviti murid seterusnya melahirkan generasi yang berdaya saing dan mempunyai nilai tambah dari aspek kreativiti dan inovatif LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 Tujuan Cadangan Hubungkait fpg: -Guru dapat meningkatkan kebolehan murid dari sudut intelektual dan jasmani dengan mengembangkan murid yang mempunyai daya saing yang tinggi ke peringkat yang lebih tinggi - Penubuhan sekolah kebangsaan dapat membanti guru menyemai semangat bersatu padu dalam diri murid


1) Pendidikan menengah rendah selama tiga tahun setelah sekolah rendah disediakan selari dengan dasar kerajaan 2)Menyediakan pelbagai jenis pekerjaan kepada pelajar selepas tamat mengikut kemahiram yang ada 3)Mempelbagaikan jenis kursus bagi menghasilkan tenaga kerja yang ramai dan produktif Hubungkait fpk: -mengembangkan lagi potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh kesan daripada kursus yang bervariasi menghasilkan pelajar yang profesional dalam bidang masingmasing LAPORAN AMINUDDIN BAKI Hubungkait fpg: -guru dapat menambah potensi diri masingmasing dalam pada masa yang sama turut memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang ilmu pengetahuan berasaskan kemahiran yang mesti dititikberatkan selain kemahiran 3M


Sistem Pendidikan Kini Yang Mempengaruhi FPK & FPG


OCTOBER 2030 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)2013-2025


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menetapkan dengan jelas sasaran yang perlu dicapai dari segi kualiti, ekuiti dan akses dalam tempoh 13 tahun. Perancangan yang teliti dalam jangka masa ini perlu dilakukan melibatkan transformasi pengurusan sumber manusia dan kewangan serta penetapan inisiatif utama yang menjurus kepada keberhasilan murid.


Menyediakan kesamarataan akses kualiti pendidikan dengan memfokuskan matapelajatan bahasa, matematik dan sains Melahirkan rakyat yang menghayati nilai dengan memperkasakan pendidikan islam dan moral di sekolah rendah Memanfaatkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menjadikan pdp bersifat dinamik Meningkatkan ketelusan dan integriti bagi kebertanggunjawaban pihak awam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025


HUBUNGKAIT PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025 DENGAN FPK


Melahirkan rakyat yang mengutamakan agama dan moral -pengukuhan pendidikan islam dan moral dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani Memanfaatkan teknologi digital -Pengajaran dan pembelajaran berada setaraf dengan kemajuan teknologi global supaya tidak ketinggalan seiring dengan perubahan zaman Mewujudkan murid yang berdaya saing seterusnya dapat menyumbang dan memberi manfaat bukan sAhAjA kepada diri malah kepada negara -membantu pembangunan negara ke arah yang lebih baik


Rumusan


Tanpa penghayatan FPK dan FPG dalam diri setiap guru, apa yang ingin dicapai oleh kementerian pelajaran dan masyarakat tidak akan tercapai. Selain itu juga, peranan dan kesedaran daripada ibu bapa, masyarakat dan diri sendiri bagi murid-murid tersebut juga adalah perlu bagi menjayakan perlaksanaan PENDIDIKAN di sekolah. Segala halangan dan masalah yang dihadapi oleh para guru dan lain-lain juga perlu diberi perhatian dan diselesaikan dengan sewajarnya agar ia tidak mengganggu perlaksanaan program PENDIDIKAN PADA MASA KINI.


Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version