JPPIPGKT
Soalan-soalan lazim
berkaitan kemasukan
pelajar PPISMP ke IPGKT
KELEBIHAN IPGKT
1. Best ke IPG Tawau ni?
• Sangat best, kebanyakan para pensyarah di IPGKT sangat baik, sporting dan
banyak pengalaman.
• Kelengkapan juga sangat memuaskan.
• Tempat belajar dan kolej kediaman sangat selesa.
• IPGKT merupakan kampus IPG yang terbesar dan antara yang tercantik di
Malaysia.
2. Adakah di IPGKT ada surau/masjid?
IPGKT mempunyai masjid yang besar dan sangat selesa.
3. Unit uniform apa yang ada di IPGKT?
Pengakap, Puteri Islam, KRS, dan PSBM.
4. Kelab apa yang ada di IPGKT?
Terdapat beberapa kelab/persatuan di IPGKT. Contohnya Kelab Memanah, Seni
Pertahankan Diri (Silat) dan banyak lagi.
5. Apakah sukan yang aktif di IPGKT?
Terdapat beberapa sukan yang aktif di IPGKT. Contohnya, bola sepak, badminton,
bola jaring, bola tampar, futsal dan banyak lagi.
6. Elaun dapat setiap bulan atau setiap sem?
• Elaun Sara Hidup: RM430/sebulan selama 5 tahun.
• Elaun Tambang Perjalanan (Kapal Terbang): RM500/ setahun selama 5 tahun.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan
kelebihan IPGKT, boleh layari
https://linktr.ee/jppipgktwu
ASRAMA
7. Adakah asrama disediakan kepada pelajar?
• Ya, asrama disediakan kepada pelajar. Terdapat beberapa blok kediaman pelajar di
IPGKT seperti Blok Semarak, Blok Alamanda, Blok Dahlia dan Blok Mawar.
8. Makan macam mana? ada cafe atau tidak? adakah kami perlu bayar setiap bulan
macam di asrama SMK?
• IPG Tawau ada 2 tempat makan.
• Pertama, Medan Selera bagi pembelian makanan semasa waktu kuliah (Isnin -
Jumaat).
• Kedua, Kafeteria yang berada berdekatan asrama pelajar.
• Tidak perlu bayar bulan-bulan kerana makan minum ditanggung oleh pelajar
sendiri.
9. Satu bilik berapa orang? roommate boleh pilih ke?
• Satu bilik dua orang. Roommate tidak boleh dipilih dan ditentukan semasa
pendaftaran kampus. Terdapat juga roommate yang sama kos, lain kelas/unit, lain
kos.
10. Adakah terdapat tandas asrama ada di setiap aras?
• Ya.
11. Adakah berlaku masalah ketiadaan air di asrama?
• Berlaku juga tetapi jarang.
12. Adakah ada mesin basuh di asrama?
• Ya, ada disediakan mesin basuh berbayar menggunakan duit syiling.
13. Seterika perlu pelajar bawa atau disediakan?
• Disediakan.
14. Adakah cadar, sarung bantal tilam dan bantal disediakan?
• Cadar dan sarung bantal tidak disediakan.
• Tilam dan bantal telah disediakan bagi setiap pelajar.
UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT BERKAITAN KOLEJ KEDIAMAN,
BOLEH RUJUK “BAHAGIAN E” DI DALAM BUKU PERATURAN IPG.
ASRAMA
15. Bolehkah saya membawa barangan elektrik seperti cerek? Bagaimana jika saya
ingin membawa kamera digital atau alat muzik seperti gitar?
• Boleh membawa barangan elektrik, elektronik dan alat muzik dengan syarat
mengisi borang kebenaran membawa barangan tersebut di pejabat warden (Wisma
Alamanda).
16. Adakah terdapat gelanggang kecil di dalam asrama?
• Bahagian bawah (Aras 1) asrama terdapat satu tempat khas untuk bunga-bungaan
namun masih ada ruangan lain yang boleh dijadikan kawasan bersukan seperti
badminton dan berbasikal. Digalakkan kepada semua pelajar untuk beriadah dan
bersukan di luar kawasan asrama bagi memeriahkan lagi suasana IPGKT.
17. Adakah terdapat Coway atau Cuckoo di asrama?
• Ya. Wisma Alamanda (Aras 1) dan Wisma Mawar (Aras 2), kedua-duanya
menggunakan Coway. Di masjid pula terdapat Cuckoo.
18. Adakah maggi merupakan makanan terlarang?
• Tidak sama sekali, pelajar boleh membawa maggi ke asrama.
19. Di mana saya nak jemur kain? Di bawah ke?
• Di bawah boleh dan setiap bilik akan disediakan jemuran di depan bilik.
UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT BERKAITAN KOLEJ
KEDIAMAN, BOLEH RUJUK “BAHAGIAN E” DI DALAM BUKU
PERATURAN IPG.
KULIAH/PEMBELAJARAN DI IPGKT
20. Adakah Pelajar semester 1 PPISMP perlu membawa laptop?
• Ya, amat perlu.
21. Pembelajaran secara online atau berhadapan dengan lecturer (bersemuka) ?
• Pembelajaran dilaksanakan secara bersemuka kecuali berlaku kes-kes tertentu.
22. Berapakah pointer dekan?
• 3.75 dan ke atas.
23. Bagaimana pakaian rasmi di IPG?
• Untuk PPPB (seperti yang dinyatakan dalam panduan pendaftaran):
Pelajar dikehendaki memakai pakaian rasmi / formal semasa PPPB.
Lelaki – Kemeja lengan panjang putih, seluar slack hitam, berkasut hitam,
berstoking, dan bertali leher.
Perempuan – Berbaju kurung putih, berkain hitam, berkasut hitam bertutup dan
bertumit dan bagi yang beragama Islam bertudung putih.
-Pakaian sukan yang sesuai jika ada aktiviti riadah.
Pakaian kuliah:
• Perempuan: Baju kurung, berkasut tumit & bertutup (hitam), stokin kulit,
nametag, kad matriks.
• Lelaki : Kemeja, seluar slack, kasut kulit hitam, nametag, tali leher, kad matriks.
24. Adakah pelajar lelaki wajib tucked in?
• Ya, pelajar lelaki wajib tucked in bagi lelaki ketika sesi kuliah.
25. Adakah pelajar diwajibkan memakai blazer?
• Tidak wajib tetapi diperlukan sekiranya menjadi wakil IPG atau Ahli
Jawatankuasa.
• Lebih baik jika ada.
26. Pelajar perlu memakai baju batik atau baju rasmi biasa pada hari khamis?
• Baju batik IPG.
UNTUK MAKLUMAT LEBIH LEBIH LANJUT BERKAITAN
TATATERTIB, BOLEH RUJUK BAHAGIAN B DI DALAM
BUKU PERATURAN PELAJAR IPG.
KULIAH/PEMBELAJARAN DI IPGKT
27. Jika saya sakit sewaktu hari kuliah, dengan siapa saya patut berhubung?
Adakah saya boleh stay di bilik dan tidak turun kuliah?
• Berhubung dengan Biro Kebajikan JPP dan mereka akan membawa ke HEP. HEP
akan bawa pelajar yang sakit ke klinik berdekatan. Hal ini kerana pelajar tidak
dibenarkan cuti sakit tanpa MC daripada doktor.
28. Adakah terdapat ketua kelas dan penolong? Jika ada, apakah tugas mereka?
• Ya, di IPGKT gelaran tersebut adalah Ketua Unit (KU) dan Penolong Ketua Unit
(PKU). Antara tugas mereka adalah memegang kunci bilik kuliah, ambil dan hantar
projector di HEP, berhubung dengan mentor serta pensyarah subjek.
29. Dalam satu kelas berapa purata classmate?
• Setakat ni bilangan puratanya adalah dalam 20-24 bagi satu unit.
30. Kitorang mix negeri ke dalam satu kelas?
• Ya
31. Setiap kelas ada guru kelas?
• Ada, setiap kelas akan dapat seorang mentor dan mentor tersebut yang akan
membimbing sepanjang 5 tahun.
32. Satu tahun ada berapa sem?
• 3 semester. 2 semester panjang, satu semester pendek.
33. Kami boleh pilih subjek tak masa PPISMP?
• Tidak. Pilihan subjek minor akan dibuat semasa PISMP.
UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT BERKAITAN
TATATERTIB, BOLEH RUJUK BAHAGIAN B DI DALAM
BUKU PERATURAN PELAJAR IPG.
LAIN-LAIN PERKARA
34. Ada tak hotel terdekat di Pekan Balung?
• Hotel terdekat ada di Bandar Tawau.
35. Adakah penginapan ibu bapa disediakan?
• Tidak. Penginapan adalah dibawah tanggungan sendiri.
36. Adakah terdapat kedai-kedai untuk membeli barang asrama seperti baldi,
gayung dan sebagainya?
• Ada, di Taman Sawit yang terletak kira-kira 5 minit dari kampus. Antara kedai
yang terdapat di sana adalah Mr Diy, OneStop, GMart dan lain-lain.
37. Adakah mudah nak mendapatkan kereta sewa di Tawau?
• Mudah, pihak kami akan membantu menyediakan nombor telefon
perkhidmatan kereta sewa di Tawau.
38. Boleh tak ibu bapa nak tolong anak angkat barang ke asrama?
• Setakat ini hanya pelajar dibantu oleh rakan, JPP / security guard sahaja yang
boleh naik ke asrama. Namun, kami akan membertahu perkembangan dari
semasa ke semasa.
39. Boleh tak ibu bapa melawat anak pada waktu kuliah?
• Tidak dibenarkan kecuali atas sebab-sebab tertentu. Waktu melawat adalah
pada hari Sabtu dan Ahad.
40. Printer wajib ada ke?
• Digalakkan membawa printer seorang satu bagi menjimatkan masa.
41. Dekat IPG Tawau, line apa yang paling kuat?
• Setakat ini Maxis, Celcom, Digi tetapi bergantung kepada keadaan semasa.
42. Adakah di IPGKT terdapat koperasi?
• Ada, koperasi berdekatan dengan kafeteria. Pelajar boleh membeli barangan
keperluan di Koperasi IPGKT.
43. Bank apa yang berhampiran dengan IPGKT?
• BSN yang terletak di pekan Balung.
44. POS ada atau tidak di dalam IPGKT?
• Ada. Nombor tracking perlu beri kepada HEP untuk simpanan. Kebanyakan
kurier akan hantar terus ke kampus kecuali Poslaju iaitu perlu ambil di Pejabat
Poslaju (bandar).
LAIN-LAIN PERKARA
45. Bagaimana pergerakkan keluar masuk IPGKT? Adakah waktu hujung minggu
sahaja ?
• Untuk outing memerlukan tandatangan daripada warden 2/3 hari sebelum
keluar.
46. Berapakah masa perjalanan pelajar dari asrama ke blok kuliah?
• 10-15 minit (berjalan kaki).
47. Adakah pelajar boleh bawa kenderaan ke kampus?
• Boleh dengan beberapa ketetapan dan kebenaran HEP.
48. Berapakah yuran belajar di IPG?
• RM500 sahaja untuk pengajian selama 5 tahun (bayaran ketika pendaftaran).
• Tiada yuran semester belajar di IPG.
49. Apakah persedian pelajar PPISMP sebelum masuk ke IPG?
• SILA BACA, FAHAM DAN HADAM BETUL-BETUL berkaitan panduan pendaftaran,
buku peraturan IPG, dan Akta 174. Pastikan hafal lagu IPG dan Kami Guru
Malaysia sebelum masuk ke IPG.
50. Apakah cadangan bagi memudahkan perjalanan pelajar ke kampus?
• Bagi perjalanan pelajar ke kampus, sebaiknya tanya terlebih dahulu dengan
orang yang berpengalaman seperti ahli JPP, ahli keluarga, rakan-rakan dan lain-
lain. Hal ini perlu dilakukan supaya pelajar baharu dapat gambaran awal
berkaitan perjalanan ke kampus.
My Journey to
IPGKT
MY JOURNEY TO IPGKT (SEMENANJUNG EDITION)
Assalamualaikum dan haii! saya nak kongsi sedikit sebanyak
tentang pengalaman saya ke kampus di Tawau, Sabah, jujur memang tak
minta pun sini tapi tiba-tiba dapat apapun tetap kena bersyukur. Nak
mula cerita, saya tidak pernah naik kapal terbang sebelum ini, disebabkan
itu banyak perkara yang saya tak tahu macam cara beli tiket, cara nak
checkin, flight direct la transit la, dan banyak lagi hshshs . Saya pun minta
tolong saudara saya untuk belikan tiket waktu pertama kali tu, dan tiket
tu flight dari kl direct ke tawau. Saya tak beli transit sebab takut salah
apa-apa pulak nanti hahaha. Sambungan ceritanya, masa nak packing
barang, saya ikut ja apa yang diberitahu oleh jpp, kalau korang tak pasti,
tanya ja jpp, diorang boleh bantu.
Saya naik bas dari Kedah ke KLIA pada sebelah malam, dah checkin
flight dekat rumah siap-siap dan sampai pada keesokan harinya. Masa tu,
first time saya pegi check in luggage dekat kaunter, terpinga – pinga
sebab tak tahu apa, pergi pun dahla sorang-sorang hahahah. Haa nak
bagitahu, lagi bagus kalau korang belajar siap-siap prosedur untuk naik
kapal terbang ni, tapi kalau tidak, jadi macam saya la, kesian kakak
kaunter tu kena hadap soalan-soalan saya. Okay lepas checkin baggage
boleh terus pergi pemeriksaan kastam, dekat situ saya ikut je arahan
pegawai yang ada, diorang tu baik-baik ja. Pastikan masa korang nak
datang airport korang tak bawa barang-barang terlarang. Masa korang
nak checkin flight dekat fon tu, dia akan tunjuk senarai barang terlarang
tu. Ok sambung lepastu saya terus pergi ke balai perlepasan, ada banyak
platform so kena check betul-betul flight korang naik dekat platform
mana. boleh jak korang nak beli apa-apa dekat kedai yang ada dekat situ
tapi alert la dengan masa.
Waktu mula-mula pergi tu saya pergi beli roti gardenia ja lepas tu
terus masuk dekat platform flight saya. Masa tu saya tengok siap ada
yang boleh tidur sementara menunggu, saya pulak duk berdebor sorang
sorang sebab tak pernah naik kan hahahahah. Haa bila dah naik flight tu
kan, make sure duduk dekat seat korang tau. Kalau macam saya, ada
orang duduk seat saya, saya minta la dia duduk seat asal dia sebab kita
bayar kot untuk seat tu, korang jangan takut kalau orang duduk seat
korang, minta je dia bangun, tak payah nak jaga hati orang sangat. Then
flight pun berlepas. waktu dekat atas tu memang best sebab
pemandangan awan dia cantik sangat ! Flight nya lebih kurang dekat 3
jam, saya tidur je masa tu sebab naik airasia, kalau korang naik mas
airlines ada tv bolehla tengok movie dengar lagu haa macam-macam lagi.
SAMBUNGAN…
Bila dah nak sampai tu, saya panik sikit bila nampak flight tu turun
nak landing dekat kawasan hutan. Ingatkan ada emergency landing, rupanya
nak sampai airport memang akan lalu kawasan hutan, so korang jangan
panik macam saya pulak hshshs. Airport Tawau pula takdela besar mana,
cuma masa first time sampai tu keliru jugak laluan dia. Lepas habis cop
imigresen, ambil baggage dekat bawah, terus bergerak ke bandar dulu,
sebab nak beli barang. Saya datang bawa baju je, barang lain memang nak
cari dekat sana. Nak jadi cerita bila first time sampai bandar tawau tu, tak
ketahuan mana kedai yang jual barang-barang keperluan ni. Last2 tidur satu
malam dekat hotel Tawau.
Esok pagi sambung cari barang then dalam tengahari terus gerak
pergi kampus. Kampus kita ni agak ke dalam ye, yang datang dengan parents
tu nanti explore dulu map tawau ni hahahah. Tu je, alhamdulillah selamat
berada di IPG Kampus Tawau selama 7 bulan (2 bulan pertama online).
Hopefully korang pun enjoy la life dekat sini sebab memang best sangat!
MY JOURNEY TO IPGKT (BORNEO EDITION)
Assalamualaikum dan hai! Pertama sekali saya ingin mengucapkan
tahniah kepada semua yang tawaran ke ipg. Izinkan saya berkongsi kepada
kamu semua sedikit sebanyak pengalaman saya ke IPG Kampus Tawau @
IPGKT. Ikutkan hati mahu ke tempat lain, tapi apabila sudah dapat tahu
yang saya akan menyambung pelajaran ke Tawau ini saya mestilah
bersyukur terlebih dahulu. Seronok atau tidak tu kita kena lalui juga.
Okay. Firstly, saya nda pernah sangka akan dapat ke Tawau ini. Dari
kampung saya ke Tawau kira-kira 10 jam naik bas. Cuii lama kan? Btw kg
saya di Membakut hehe. So, saya decide untuk naik flight ke Tawau. Urusan
pembelian tiket, check-in dan sebagainya saya kurang tahu juga tapi
Alhamdulillah saya dibantu oleh ahli keluarga. Untuk ke Tawau, saya kena
ambil flight dari KK ke Tawau. Paling sekejap la flight tu sebab 50 minit sja,
itupun ikut mood pilot dia. Ada masa dia mau pecut sampai 45 minit saja.
Saya pilih flight Air Asia sebab kebiasaannya kalau MAS dia akan transit ke
KL lagi. Nda tau la kenapa. Itulah sebabnya kadang-kadang harga tiketnya
nda boleh bawa bincang sebab ada transit lagi. Move on. Tiket saya beli
online, masa mula-mula ni saya beli di website dia. Sekarang saya guna
apps Air Asia yang memudahkan lagi sebenarnya. Nanti download ya!
Okay kalau di airport KK, kita akan ke penerbangan dalam Sabah
ya. So, turun escalator ke bawah bukan jalan terus di tempat org selalu ke
KL. Escalator tu area McD sana. Mula-mula kita masuk airport, pergi check-
in luggage (kalau ada) di kaunter atau boleh self check-in di kiosk. Ada
banyak kiosk kan sana. Tapi lepas check-in di kiosk tu, ia akan print tag
luggage dan tiket, so kena drop luggage di hujung tu yang sendiri buat.
Yang tiada assistant di kaunter. Kita akan scan tiket dan barcode tag
luggage, pastu dia suruh drop atas lah utk tahu berapa berat beg.
Peringatan: penting untuk semua cek berat beg di rumah terlebih dahulu,
nanti susah lagi mau keluarkan sebab terlebih muatan. Faham kan? Drop
luggage pun mesti kena timing dia. Contoh, flight jam 12pm drop beg jam 6
pagi. Dia nda akan bagi drop tu, dia akan suruh datang balik maybe 3 jam
sebelum flight.
SAMBUNGAN…
Okay lepas drop beg, kalau masih ada masa sebelum flight, boleh la
makan-makan dulu atau mau masuk gate pun boleh sudah. Turun bawah,
lalu imegresen. Jangan lupa sediakan tiket dan ic di tangan. Bagi
memudahkan kerja phone boleh letak dalam handbag sekali masuk dalam
mesin tu. Sudah lepas imegresen boleh lah cari gate. Gate 1-8 kalau nda silap
di sana juga, one way. Tapi kalau gate 9-11 nda silap, di bawah tu kena turun
escalator lagi. Lepastu naik kapal dan terbang ke Tawau! Bila sampai ke
airport Tawau jangan panik ya. Kita memang akan turun dari kapal pakai
tangga saja kecuali hujan dia akan sediakan laluan bertutup. Ikut ja orang
ramai yang satu flight kita tu sampai keluar dari airport. Di sana lah akan ada
paci-paci panggil utk siapa yang cari teksi. Kalau mau tau boleh jadi juga
kamu tejumpa artis hahahaha. Haritu saya balik tawau dengan geng tetiba
ada MK tapi nda sempat begambar. Move on sis!
Pastikan kita pilih masa yang sesuai untuk ke Tawau sebab kalau
tidak lalu jalan darat / jalan raya, barang asrama bukan boleh bawa semua
sumbat dalam kapal. So, kita datang awal dan ada masa untuk shopping
barang asrama sana. Datang awal sehari dua pun boleh. Kalau macam saya,
saya datang sehari sebelum pendaftaran dan menginap di My Inn Hotel di
bandar Tawau. Oh ya, bandar Tawau ni dekat dengan airport Tawau dan
boleh dikira jauh dari IPGKT tapi tidak terlalu jauh. Saya datang bersama
parents, setibanya kami di airport Tawau kami naik teksi yang ada di airport
dan terus ke hotel. Sebelum saya teruskan, saya ingin ceritakan apa barang-
barang asrama yang diperlukan/yang dipacking. Oh ya sebenarnya barang
saya banyak sampai bawa box lagi tapi barang-barang tu saya kirim dgn
kawan sekampung saya. Dia naik kereta ke Tawau. Kami sama-sama dapat
ipgkt hehehe. Tapi sekarang saya sudah biasa menggunakan khidmat pos ke
ipg. Contohnya barang-barang saya yang tidak muat beg tu saya pos ke ipg
menggunakan JnT (boleh juga guna poslaju/box express) tapi selalunya JPP
akan ambil barang-barang JnT ke kampus. Pos awal supaya datang awal ke
ipg, kalau lambat susah lagi-lagi kalau barang yang penting.
SAMBUNGAN…
Antara barang penting yang perlu dibawa:
1. Cadar & sarung bantal
2. Baju kurung (kalau saya, bawa 5 set utk seminggu punya)
3. Pakaian sukan & lain-lain
4. Stationery
5. Laptop wajib seorang satu tau sebab phone dgn laptop ni lah gadget
paling penting utk contact lecturer, kawan-kawan dan assignment
6. Printer (nda wajib tapi digalakkan bagi jimat masa penggunaan)
7. Kasut (PVC, sukan, sandle, selipar mandi)
8. For girls, bawa tudung banyak-banyak hahaha utk persediaan ke
mana-mana
9. Barangan mandi (baldi, gayung, sabun, pencuci muka dan lain-lain)
10. Luggage (prefer satu besar, satu yang sederhana/kecil)
Kita sambung. Lepas saya check-in hotel. Kami pergi ke kedai makan
untuk isi perut sebelum mencari barangan asrama yg lain. Jangan risau,
di bandar Tawau ada banyak kedai dan di pekan Balung pun banyak
juga.
Saya skip ke pergerakan dari hotel ke IPGKT pada keesokan
harinya bersamaan hari pendaftaran! Yang datang dengan parents
tapuk-tapuk dulu air mata kamu hahaha tapi kalau mau nangis pun apa
salahnya kan? Kita ni datang membawa harapan ibu bapa untuk
menjadi seorang pendidik yang berkualiti. It may take time, but you
must sure that everything is going to be okay! Speaking kan hahahaha.
Itu sahaja sedikit sebanyak pengalaman perjalanan saya ke bumi Tawau
yang indah ini. Alhamdulillah nda sangka juga yang saya sudah survive
di ipgkt selama 2 tahun lebih. Sekarang masuk tahun 2 sudah, nda lama
lagi habis degree! Sekian <3
Untuk maklumat lanjut, boleh
ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/jppipgktwu
'KUALITI PIMPINAN DIJULANG'
JAWATANKUASA PERWAKILAN
PELAJAR IPG KAMPUS TAWAU
SESI 22/23