IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
FOLIO KOR SISPA APM KADET SEMESTER 4
NAMA : MUHAMMAD AFIQ BIN NAZRUJEHAN
NO. KAD PENGENALAN : 020820-01-0465
NO. ANGKA GILIRAN : 2021152340172
OPSYEN : PSVK
KURSUS : PISMP
AMBILAN : JUN 2021
PENSYARAH : ENCIK ANUAR BIN MOHD ZAIN
1
PENGENALAN,
KONSEP,
SEJARAH
DAN
KEPENTINGAN
UNIT UNIFORM
2
PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN
3
PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
Tidak Pesakit Menggerakkan
membahayakan dipindahkan badan pesakit
apabila diperlukan sebagai satu unit
lagi keadaan
pesakit
Arahan daripada Menggunakan
satu penyelamat teknik dan cara
sahaja mengangkat
yang betul
LOGO ANGKATAN PERTAHANAN AWAM
4
➢ Takrifan Logo
LOGO
menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan
Pertahanan Awam pada peringkat tempatan dan antarabangsa.
SEGI TIGA SAMA BERWARNA OREN
lambang dan warna keselamatan iaitu berwaspada dan bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segi
tiga adalah gabungan warna bendera serta perlembagaan negara
Malaysia yang sentiasa dipertahankan.
SENTIASA SIAP SEDIA
di sekeliling segi tiga adalah moto APM.
BUNGA PADI BERWARNA BIRU
Melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu
dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti
digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.
TAPAK LOGO BERWARNA OREN
Melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu APM untuk
mendokong wawasan yang diharapkan
5
MATLAMAT
Penubuhan Kor Sispa sebagai landasan untuk melahirkan pegawai
muda yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
VISI
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam
Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana.
MISI
Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan
Kesejahteraan Negara.
MOTTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”
6
OBJEKTIF
❖ Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah
keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian
mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan
dalam ilmu pertahanan awam.
❖ Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam
melalui ilmu pertahanan awam yang diterapkan dan diaplikasikan
pada peringkat universiti.
❖ Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai
pegawai pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan
berkelayakan.
LAGU: "Sentiasa Bersedia"
Marilah kita semua
Berganding bahu menggembleng tenaga
Berbakti dalam Pertahanan Awam
Untuk bangsa kita
Padukan jiwa dan raga
Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercinta
7
Malaysia bumi yang bertuah
Kami sungguh bangga menjadi warga setia
Penuh azam dan tekad bersama
Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya
Kita sentiasa bersedia
Menjunjung wawasan semua
Ke arah hidup aman dan sentosa
MALAYSIA JAYA
IKRAR
Bahawa kami
Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Sesungguhnya berikrar akan sentiasa
melaksanakan peranan dan tanggungjawab kami
dengan ikhlas, cekap, berkualiti tinggi, berintegriti,
tidak mementingkan diri sendiri dan bekerja
dengan semangat berpasukan
ke arah mewujudkan
masyarakat yang berpengetahuan
dan responsif terhadap bencana
yang mengancam nyawa dan harta benda
8
UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN
AKTA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 1951 (AKTA 221)
1. Tambahan 22 seksyen baru dan 1 Jadual daripada 9 seksyen asal.
Keseluruhan terdapat 31 seksyen dan 1 Jadual.
2. Akta bagi penubuhan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang
terdiri daripada Anggota Tetap, Anggota Sukarela dan Anggota Bantuan.
3. Peruntukan yang menukar gelaran ketua perkhidmatan APM daripada
Ketua Pengarah kepada Ketua Pesuruhjaya dan timbalannya sebagai
Timbalan Ketua Pesuruhjaya.
4. Tafsiran yang jelas mengenai ‘pertahanan awam’ dan peranannya
dalam pengurusan bencana dan ancaman peperangan daripada
peringkat perancangan sehingga langkah-langkah pasca bencana
mencakupi:
i) Pencegahan bahaya atau ancaman
ii) Peredaan dan pengurangan risiko dan bahaya
iii) Pembangunan kapasiti
iv) Persediaan menangani bencana
v) Tindak balas kepada kejadian bencana
9
vi) Evakuasi (pengungsian), menyelamat dan bantuan kemanusiaan
vii) Pemulihan dan pembangunan semula.
5. Akta pindaan memperjelaskan fungsi dan peranan APM berbanding
Akta lama yang bersifat umum.
6. Digariskan 21 fungsi dan peranan APM meliputi fungsi sebelum,
semasa dan selepas bencana (Seksyen 4B). Antara fungsi dan peranan
APM meliputi:
i) melaksana kerja-kerja pengurusan bencana
ii) melaksana khidmat kemanusiaan
iii) melatih dan melengkapkan orang awam dengan aspek pertahanan
awam
iv) melatih aspek pertahanan awam kepada agensi lain
v) mengambil alih, membeli dan menyewa tanah, harta, sumber dan
barang bagi kegunaan pertahanan awam
vi) menasihati Menteri perkara berkaitan pertahanan awam
vii) mengenalpasti bahaya dan risiko yang boleh mengancam nyawa;
viii) melatih orang awam bagi membantu tugas pertahanan awam
ix) menasihati dan memaklumkan orang awam berhubung pertahanan
awam
x) menyelamat dan memindahkan mangsa ke tempat selamat
10
xi) mendiri dan menyediakan pos bantuan kecemasan dan perubatan
xii) membantu pihak berkuasa awam dalam kebajikan dan kemudahan
xiii) membantu pihak berkuasa awam menyempurnakan mayat mangsa
dalam masa bencana
xiv) membantu pihak berkuasa awam melaksana kerja pembersihan dan
pemulihan infrastruktur
xv) membantu pihak berkuasa awam melaksana kerja pembaikan
kemudahan utiliti awam dan aset kerajaan
xvi) mengawal dan mengkoordinasi pengagihan air bersih dan bekalan
penting lain
xvii) menyedia, mengawal dan mengoperasi peralatan khusus amaran
awam
xviii) mengurus pusat perlindungan awam
xix) menyedia dan melaksana perkhidmatan ambulans
xx) mengambil langkah-langkah yang sah melindungi nyawa dan harta
benda semasa kebakaran termasuk menyediakan anggota bomba
tambahan
xxi) melaksana lain-lain tugas yang ditetapkan
7. Menjelaskan fungsi Menteri, fungsi Ketua Pesuruhjaya dan kuasa-
kuasa anggota APM dalam pelaksanaan tugas.
11
8. Peruntukan Akta yang dikekalkan meliputi:
i) Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Pesuruhjaya dan
pegawaipegawai APM (Seksyen
4)
ii) Ketua Pesuruhjaya membuat peraturan bagi Angkatan (Seksyen 5)
iii) Anggota Angkatan sebagai pekhidmat awam (Seksyen 6)
iv)Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat dan
memanggil berkhidmat
anggota Angkatan (Seksyen 7)
v) Ketua Pesuruhjaya mengarahkan anggota Angkatan untuk
melaksanakan kerja-kerja
bantuan dan pemulihan (Seksyen 8)
9. Peruntukan seksyen baru yang lain meliputi:
i) Angkatan berkhidmat di luar negara
ii) penubuhan Kor Kadet Pertahanan Awam bagi sekolah menengah
hingga institusi
pengajian tinggi
iii) perlindungan daripada tindakan perundangan dan pendakwaan
iv) anggota tidak boleh gagal untuk berkhidmat, berhenti atau bersara
ketika pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong
12
v) perlindungan daripada pembuangan kerja oleh majikan semasa
perkhidmatan dalam
masa darurat
vi) Menteri mengarah dan menetapkan latihan kepada orang awam
vii) Jadual pangkat Angkatan dan kuasa Menteri untuk meminda Jadual
viii) Tauliah Kehormat dan Bersekutu
ix) kesalahan penyamaran sebagai anggota Angkatan
x) senarai pangkat dalam Angkatan.
13
SEJARAH
UNIT BERUNIFORM
14
SEJARAH UNIT PERTUBUHAN
❖ Sejarah Penubuhan Unit
Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan
oleh pihak British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah
Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan
langkah-langkah bagi menghadapi Peperangan Dunia Kedua. The Civil
Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang-
undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.
❖ Sejarah Penubuhan Unit di Malaysia
Pada tahun 1952, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ditubuhkan pada
24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan. Pada
tahun 1957 pula The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta
Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan Negara.
Tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting
dalam sistem pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan. Tahun 1964 Pertahanan Awan diperluaskan
ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia –
Indonesia (Kertas Kabinet No. 302/314/64). Tahun 1965, jumlah
keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dan 37
cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi
untuk seluruh Negara. Tahun 1993 Negara dikejutkan Tragedi Highland
Towers tumbang di Hulu Kelang mula merubah Organisasi Pertahanan
Awam Malaysia.
Tahun 1994 pengenalan nama ringkas JPA3 mula diguna dan
diterima pakai ke seluruh Negara untuk membezakan dengan Jabatan
15
Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam. Tahun 1995
Talian Kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda komitmen
JPAM memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam. Tahun
2009, pengenalan nama ringkas JPAM. Tahun 2003 Perkhidmatan
Penyelamat Pantai JPAM (Baywatch) dimulakan di Batu Ferengghi, Pulau
Pinang dan diikuti di Miri, Sarawak. Pada tahun 2004, Pertahanan Awam
selangkah ke hadapan lagi dengan 7 menara Baywatch memulakan
operasi dengan 2 di Pulau Pinang; 2 di Langkawi; 1 di Teluk Kemang, Port
Dickson; 1 di Pengkalan Balak, Melaka dan 1 di Pantai Irama, Kelantan.
Pada tahun 2006 Pertahanan Awan memperkenalkan slogan baru “Sedia,
Pantas dan Berintegriti” sebagai pemangkin menjadikan Jabatan
Pertahanan Awam sebuah jabatan yang unggul.Pada tahun 2009,
pengenalan nama ringkas kepada JPAM.
Pada 29 Julai 2015 JPAM telah diletakkan ke Jabatan Perdana
Menteri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan
Kassim akan dipertanggungjawabkan menerajui bahagian pengurusan
bencana alam. Keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet pada 26 Ogos
secara rasminya memutuskan bahawa pihak Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) kini mengambil alih tugas pengendalian dan
pengurusan bencana dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).
APM diwartakan pada 25 Ogos 2016 dan kuatkuasa nama APM
pada 1 September 2016. JPAM diwartakan sebagai Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia atau nama pendeknya APM. Penjenamaan
semula JPAM kepada APM sejajar dengan tugas dan peranan pasukan
tersebut yang kini mempunyai keanggotaan melebih satu juta
sukarelawan di seluruh negara.
Rang Undang-undang Pertahanan Awam (Pindaan) 2016 yang
antara lain bagi menubuhkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,
16
telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.Rang
undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menter,i
Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan bahawa pasukan pertahanan
awam itu akan terdiri daripada anggota biasa, sukarelawan dan ahli
tambahan. Pasukan pertahanan awam itu akan menjalankan tugas
seperti pengurusan bencana; khidmat kemanusiaan; untuk memberi
nasihat kepada menteri mengenai perkara-perkara yang berkaitan
dengan pertahanan awam dan mengenal pasti bahaya dan risiko yang
pada anggapan Ketua Pesuruhjaya mempunyai kepentingan
negara.Menurut rang undang-undang itu, Yang di-Pertuan Agong boleh
melantik seorang Ketua Pesuruhjaya dan apa-apa bilangan timbalan
ketua pesuruhjaya, pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya, penolong
pesuruhjaya, kolonel dan pegawai pertahanan awam dalam kalangan
anggota tetap dan sukarela.
Pindaan ini juga menyediakan perlindungan hak pekerja untuk
mana-mana sukarelawan atau ahli tambahan bagi pasukan itu yang tidak
hadir daripada pekerjaan biasa beliau atas sebab menjalankan tugas
yang berkaitan dengan pertahanan awam.Menurut pindaan itu,
seseorang pekerja tidak seharusnya bertanggungjawab ke atas
pemecatan, atau kehilangan cuti tahunan atau faedah lain.
Rang undang-undang itu juga memperuntukkan penubuhan Kor
Kadet Pertahanan Awam bagi mana-mana kawasan di Malaysia, di mana
pelajar sekolah menengah dan yang merupakan seorang pelajar
berdaftar bagi mana-mana institusi latihan atau pendidikan boleh
memohon untuk menyertai kor kadet.Menteri boleh dari semasa ke
semasa membuat perkiraan bagi penduduk awam untuk dilatih dalam hal-
hal pertahanan awam dan bagi menjalankan latihan bagi maksud
pertahanan awam. Menteri juga boleh memberi tauliah kehormat dan
17
bersekutu pasukan itu kepada mana-mana orang yang difikirkannya
layak.
Rang undang-undang itu juga memperuntukkan bahawa mana-
mana orang yang berpura-pura dan dengan salah menyamar sebagai
seorang anggota pasukan itu akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau
dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
❖ Tujuan Penubuhan
Takrif Pertahanan Awam
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan
Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa
bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat,
melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke
atas harta benda penduduk awam.
Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi
kepada dua keadaan iaitu:
Semasa Peperangan
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan
senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu
diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh.
Semasa Aman
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan
harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas
sesuatu bencana.
18
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ini juga bertanggungjkawab bagi
mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara menyediakan latihan
menyelamat kepada orang awam, mewujudkan serta mengendalikan
sistem amaran bencana, serta menyediakan pusat-pusat perlindungan
semasa berlakunya bencana.
Memberi tindakbalas kepada bencana dengan cara menubuhkan
pasukan (First Responder), dan menyediakan perkhidmatan kecemasan,
Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara membantu dalam
aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana. membantu aktiviti
pembangunan semula kawasan yang di landa bencana, serta
menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.
19
STRUKTUR
DAN
ORGANISASI
PERTUBUHAN
20
STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT KEBANGSAAN
21
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT
KEBANGSAAN/NEGERI/DAERAH/IPG
Organisasi Kor Sispa di setiap IPT boleh beroperasi mengikut kapasiti
berikut:
2.2.1 Kompeni
a. Setiap kompeni Kor Sispa terdiri daripada:
i. 1 Ketua Kompeni (Pegawai Bersekutu)
ii. 2 Penolong Ketua Kompeni (Pegawai Bersekutu atau Pegawai Muda)
iii. 3 Ketua Platun (Pegawai Muda)
iv. 3 Platun (1 Junior, 1 Pertengahan, 1 Senior)
v. 9 Ketua Skuad PKS
2.2.2 Platun
b. Setiap platun Kor Sispa terdiri daripada 30 - 36 anggota iaitu:
i. 1 Ketua Platun (Pegawai Muda)
ii. 30 - 36 anggota PKS
2.2.3 Skuad
c. Setiap skuad Kor Sispa terdiri daripada 10 - 12 anggota iaitu:
i. 1 Ketua Skuad PKS
ii. 9 - 11 anggota PKS
22
Rajah 2.1 Contoh carta organisasi Kor Sispa.
FUNGSI MAJLIS TADBIR
Pengerusi
➢ Bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan,
pembangunan, pentadbiran dan kegiatan persatuan.
➢ Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat
Jawatankuasa Persatuan.
➢ Menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan.
➢ Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK
Persatuan dalam perlaksanaan tugas mereka.
➢ Menentukan akaun Persatuan disediakan untuk diaudit, diluluskan
dan dikemukakan ke cawangan.
23
➢ Bertanggungjawab dalam memastikan belanjawan dan
perancangan belanjawan persatuan tersusun rapi.
Naib pengerusi
➢ Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa
ketiadaannya.
➢ Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan
jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik.
➢ Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan
persatuan.
➢ Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK
Persatuan.
Setiausaha
➢ Bertanggungjawab terhadap setiausaha cawangan dan menjadi
Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk cabang dan unit.
➢ Membantu Jawatankuasa Persatuan dalam memelihara
perhubungan dengan Badan-badan kerajaan, swasta dan
Pertubuhan lain.
➢ Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk
Jawatankuasa Persatuan terutama kepada Pengerusi dan Naib
Pengerusi.
Penolong Setiausaha
➢ Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
➢ Berkerjasama dengan Setiausaha.
➢ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke masa.
➢ Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan
PeruntukanTahunan dan Penyata Kewangan
24
Bendahari
➢ Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan
bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata
Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan
Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan.
➢ Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di
persatuan dan unit.
➢ Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai
yang dilantik oleh Jawatankuasa Persatuan.
➢ Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk
dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan dan
memajukan ke persatuan.
➢ Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan
kewangan dan audit.
➢ Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta
persatuan seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan,
perkakasan pejabat dan lain-lain.
Ahli jawatan kuasa
➢ Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti
yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
➢ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan.
25
PENGURUSAN
DAN
PENTADBIRAN
26
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
Pelajar-pelajar Warganegara Sihat tubuh
IPGK yang Malaysia badan-
berusia 18
Pendaftaran pengesahan
tahun ke atas untuk menyertai pegawai jika
Kor SISPA adalah diperlukan
Berdaftar tertakluk kepada
sebagai anggota Tidak menyertai
syarat-syarat mana-mana
pasukan berikut:
Pertahanan pasukan pakaian
Awam Malaysia seragam yang
lain
Pendaftaran Mengajukan
adalah disokong permohonan
dengan mengisi
oleh pihak
IPGM/IPGK borang
permohonan
27
PENDAFTARAN AHLI
DAN KUMPULAN
Bagi menubuhkan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA),
prosedur berikut hendaklah dipatuhi:
2.1.1 Pusat Kokurikulum atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPTA/S
membuat permohonan bertulis dengan mengemukakan surat dan borang
permohonan (rujuk Lampiran 1) yang telah disokong oleh Naib Canselor
IPTA/S kepada Pengarah Pertahanan Awam Negeri (PPAN) dan satu
salinan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
2.1.2 Permohonan daripada IPTA/S akan dinilai, diproses dan disokong
oleh PPAN berdasarkan keperluan Kor SISPA IPTA/S, kemampuan
kewangan, pejabat pengurusan, logistik, peralatan dan jurulatih sebelum
dimajukan kepada Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA) untuk kelulusan
dan rekod.
2.1.3 Sekiranya permohonan tersebut tidak disokong oleh PPAN, surat
maklumbalas permohonan penubuhan Kor SISPA perlu dikembalikan
kepada pihak IPTA/S berkenaan.
2.1.4 Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara
bertulis berserta sijil penubuhan kepada PPAN yang berkenaan dan satu
salinan surat makluman akan dihantar kepada Kementerian Pengajian
Tinggi.
28
2.1.5 PPAN akan memaklumkan kelulusan permohonan kepada pihak
IPTA/S untuk melaksanakan latihan dan aktiviti serta membuat
pemantauan terhadap Kor SISPA di IPTA/S tersebut.
2.1.6 Pihak universiti mengemukakan penubuhan Kor SISPA untuk
kelulusan pihak Senat/Lembaga Pengarah/Pengurusan
Eksekutif/Presiden.
2.1.7 Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu
nombor pendaftaran bagi IPTA/S berkenaan seperti berikut:
X / SISPA / XX / I / 600-XXX(A)
X / SISPA / XX / C / 600-XXX(A)
X / SISPA / XX / I / 600-XXX(S)
X / SISPA / XX / C / 600-XXX(S)
Cth: B/SISPA/UiTM/I/600-01(A)
B/SISPA/UiTM/C/600-02(A)
B/SISPA/UNISEL/I/600-03(S)
B/SISPA/UNISEL/C/600-04(S)
29
X : Kod negeri yang berkenaan, contoh: B untuk Selangor.
SISPA : Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam
XX : Nama singkatan IPT yang memohon
I : IPT Induk
C : IPT Cawangan
600 : No.Fail Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA
XXX : Nombor mengikut urutan, contoh: 01, 02 dan seterusnya.
A : IPT Kategori Awam
S : IPT Kategori Swasta
2.1.8 Permohonan penubuhan Kor SISPA bagaimanapun adalah
tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :-
2.1.8.1 Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta
(IPTA/S) yang diiktiraf dan berdaftar di bawah Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT).
2.1.8.2 Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang
menawarkan program pengajian dengan pelajar yang mengikuti
pengajian sekurang-kurangnya bertaraf Diploma atau tidak kurang dari
tiga (3) tahun atau tidak kurang dari 6 semester.
30
2.1.8.3 Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang
menawarkan program pengajian pada peringkat diploma atau sarjana
muda yang diktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). IPTA/S bersetuju
menjadikan program Kor SISPA sebagai kursus ko-kurikulum wajib dan
diberikan sekurang-kurangnya 1 jam kredit setiap satu semester untuk
tujuan memenuhi keperluan jam kredit pengajian.
2.1.8.4 Universiti yang bersetuju menubuhkan Kor SISPA hendaklah
mematuhi tanggungjawab seperti di perkara 2.4.2.
KUASA PENGANJUR
-STRUKTUR UNIT-
JAWATANKUASA Kor SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM
Jawatankuasa Kor SISPA hendaklah ditubuhkan di peringkat kebangsaan
dan negeri bagi menggerakkan latihan, kegiatan dan pentadbiran Kor
SISPA di peringkat kebangsaan dan negeri.
❖ Jawatankuasa di peringkat kebangsaan hendaklah dianggotai oleh:
a. Pengerusi Bersama
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi
Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam
31
b. Timbalan Pengerusi Bersama
Pengarah Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar JPT
Pengarah Pengurusan Angkatan
c. Ahli-ahli
Komandan Kor SISPA Universiti
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan
Pelajar JPT
Penolong Pengarah Pengurusan Angkatan
Pengarah Pertahanan Awam Negeri
d. Urusetia
Pegawai Pengurusan Angkatan IPPA
❖ Jawatankuasa di peringkat negeri hendaklah dianggotai oleh:
a. Pengerusi Bersama
Komandan Kor SISPA Universiti Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan
Awam
Pengarah Pertahanan Awam Negeri
b. Timbalan Pengerusi Bersama
32
Timbalan Pengarah Negeri
Timbalan Komandan Kor SISPA Universiti
c. Ahli-ahli
Ajutan Kor SISPA Universiti
Pegawai Pengurusan Angkatan Negeri
Pegawai Pertahanan Awam Daerah
d. Urusetia
Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri
Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti
❖ Jawatankuasa di peringkat universiti hendaklah dianggotai oleh:
a. Pengerusi
Komandan Kor SISPA Universiti
b. Timbalan Pengerusi
Timbalan Komandan Kor SISPA Universiti
c. Ahli-ahli
Ajutan Kor SISPA Universiti
33
Pegawai Kokurikulum Universiti
Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti
d. Urusetia
Pegawai-Pegawai Kor SISPA Universiti
JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia:
i) Pendaftaran Pasukan, Pegawai dan anggota Kor SISPA.
ii) Merancang peruntukan belanjawan Kor SISPA.
iii) Menyedia dan merancang perolehan peralatan & logistik Kor SISPA.
iv) Melantik Pegawai Penyelia Kor SISPA/ Pegawai yang
bertanggungjawab di Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia.
v) Meneliti cadangan lantikan Pegawai Kor SISPA Universiti dan
mengesahkannya.
34
vi) Merancang dan melaksanakan program-program Kor SISPA di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
vii) Mengemaskini, mengesahkan dan menyebarkan dasar-dasar serta
arahan tetap mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Kor
SISPA.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Kementerian Pengajian Tinggi:
i) Menetapkan dasar penubuhan dan perkembangan Kor SISPA dengan
kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
ii) Melantik Sekretariat Kor SISPA.
iii) Bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk
merancang dan melaksanakan program Kor SISPA di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
35
PENGURUSAN
FOLIO/ BUKU LOG/
LAPORAN AKTIVITI
36
PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI
CARA MENULIS CATATAN
AKTIVITI
TARIKH / HARI:
MASA:
TEMPAT:
KUMPULAN:
TATACARA PERJUMPAAN:
a) Kehadiran
Mencatat dan mengambil kehadiran ahli Kor SISPA:
b) Pesanan daripada ajutan tentang aktiviti minggu
seterusnya
c) Tatacara Penutup
Menyanyikan lagu tema APM
Bergambar
37
Rajah Contoh Jadual Aktiviti Kokurikulum
38
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
Pegawai Kehormat selaku Komandan
• Memberi nasihat dalam aspek latihan dan bantuan daripada pihak
IPT dalam mengendalikan latihan serta meningkatkan pencapaian
akademik PKS
• Bertindak sebagai Pegawai Pemerintah bagi pengurusan Kor Sispa
IPT berkenaan
• Pegawai yang bertanggungjawab merancang peruntukan
kewangan Kor Sispa IPT
Pegawai Pentadbiran
• Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumber pejabat dan
personel
• Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan
pentadbiran
• Menyediakan anggaran belanjawan tahunan keseluruhan Kor Sispa
• Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal pentadbiran
Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT (Pegawai Lantikan APM)
• Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan dan
pentadbiran Kor Sispa
• Menguruskan pendaftaran keanggotaan Kor Sispa di IPT
• Merancang dan menjalankan aktiviti Kor Sispa berdasarkan
sukatan pelajaran / silibus yang ditetapkan
39
Fungsi Pertahanan Awam
Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia:
❖ Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam
ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan
dan bencana.
❖ Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat
kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan
kecemasan.
❖ Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan
komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
❖ Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui
perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
❖ Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang
boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
❖ Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan
kemanusiaan di seluruh negara.
❖ Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran
kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh,
kecemasan dan bencana.
❖ Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam
berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
❖ Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.
40
Peranan Pertahanan Awam
❖ Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan
dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c
Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
❖ Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan
mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam –
Seksyen 3(2)a Akta 221.
❖ Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi
menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk
awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta
memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-
Seksyen 8(1) Akta 221.
PAKAIAN SERAGAM
Pakaian seragam no.1
41
Keterangan
Baju - Putih, Seluar - Royal Blue berjalur oren & Songkok Hitam
Pemakaian:
Dipakai oleh pegawai sahaja
Dipakai untuk upacara rasmi
Contoh : menerima darjah kebesaran / pentauliahan pangkat / jamuan
diraja
Pakaian seragam no. 2
Keterangan
Baju - Bush Jacket Biru (Royal Blue), Seluar - Royal Blue & beret oren /
peak cap
42
Pemakaian:
Dipakai oleh pegawai sahaja
Dipakai untuk majlis rasmi
Contoh : mesyuarat / seminar / menyambut lawatan orang kenamaan
Pakaian seragam no. 3
Keterangan
Baju - Light Blue, Seluar - Royal Blue & beret oren
Pemakaian:
Dipakai oleh semua pegawai dan anggota pasukan
Boleh dipakai untuk semua urusan am
Contoh : mesyuarat / seminar / kerja-kerja pejabat
43
Pakaian seragam no. 4
Keterangan
Baju & Seluar - Royal Blue & beret oren
Pemakaian:
Dipakai oleh semua pegawai dan anggota pasukan
Boleh dipakai untuk semua urusan am, tugasan & operasi
Contoh : operasi menyelamat / latihan
44
TAKWIM AKTIVITI
UNIT UNIFORM
45
PENGURUSAN
DAN PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
UNIT/ KEM
TAHUNAN
KEBANGSAAN/
ANTARABANGSA
46
KONSEP
❖ Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di
pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Dahulu, berkhemah
merupakan satu keperluan untuk hidup. Berkhemah berkait rapat
dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
❖ Berkhemah bermakna dapat menerima atau memikul beberapa
tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan
melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda.
❖ Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum
di institusi-institusi pengajian. Perkhemahan sering dikaitkan
dengan unit-unit beruniform. Unit beruniform yang sering dikaitkan
dengan aktiviti perkhemahan ialah pengakap.
❖ Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji
kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-
sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti
berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita
menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.
47
TUJUAN
a) Berkhemah sebagai cara pendidikan
Merupakan salah satu kaedah penyaluran pendidikan yang terarah yang
disampaikan secara langsung atau tidak langsung dalam unit APM atau
unit uniform yang lain.
b) Perkhemahan untuk orientasi soisal.
Perkhemahan, setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua
masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya.
Sehubungan dengan itu,setiap peserta seharusnya bekerjasama, bantu-
membantu diantara satu sama lain, dalam semua kerja dan aktiviti
mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan
perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang
kukuh dan penuh berdisiplin.
c) Berkhemah untuk rekreasi
Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok.
Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada
suasana yang lebih luas dan terbuka lapang dan bebas daripada segala
halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat
menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal buku-buku
pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila
menghadiri sesuatu perkhemahan.
48
SIJIL
49
IKATAN
DAN
SIMPULAN
50