The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xw, 2022-03-19 11:46:49

BMMB1104 Tugasan 1 Penghasilan Produk

BMMB1104 Tugasan 1 Penghasilan Produk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98009 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SJKC]

KERJA KURSUS
BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK

NAMA PELAJAR : TING XUE WEN

ANGKA GILIRAN : 2021022310155

NOMBOR KAD PENGENALAN : 030725130820

KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-6

KOD DAN NAMA KURSUS BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
:

KEBUDAYAAN MELAYU

NAMA PENSYARAH : PUAN SELINA BINTI AHMAD

TARIKH HANTAR : 21 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR :
MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

Kandungan

Perkara Muka Surat
1
1.0 Pengenalan 1
1
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 1
1
2.1 Takrif Kesusasteraan Melayu 2
3
2.2 Jenis, bentuk dan ciri 3
4
2.2.1 Prosa tradisional 4
4
2.2.2 Prosa moden 5
5
2.2.3 Puisi tradisional 6
7
2.2.4 Pusisi moden 7

3.0 Fungsi Sasatera Melayu

3.1 Hiburan

3.2 Pendidikan

3.3 Dakwah

3.4 Kritikan Sosial

4.0 Manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu

5.0 Penutup

6.0 Rujukan

1

1.0 Pengenalan

Sastera menjadi sebagai medium penjaga peradaban, penghimpun ajaran dan
pernyataan yang dapat mendidik ahli masyarakat menyebabkan karya-karya
kesusasteraan Melayu tradisional menjadi perantara komunikasi massa yang penting
(Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi, 2015). Menurut Ani Hj Omar (2011),
sastera berfungsi untuk menghargai karya-karya kreatif yang dihasilkan oleh penulis.

2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu
2.1 Takrif Kesusasteraan Melayu

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil
karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Karya-karya
kesusasteraan Melayu menjadi alat komunikasi untuk menyampaikan maklumat dengan
lebih berkesan.

2.2 Jenis, ciri dan bentuk

2.2.1 Prosa tradisional • Meliputi mitos, legenda dan cerita rakyat.

Naratif • Contohnya, cerita jenaka ialah cerita rakyat yang
lisan terdiri daripada kehidupan masyarakat.

• Ciri: kisah kejadian yang ditimbulkan oleh

Naratif perlakuan watak yang bodoh.

Naratif • Cerita yang dihasilkan dalam bentuk tulisan.
tulisan • Terbahagi kepada sastera sejarah, epik dan agama.
• Misalnya, epik merupakan prosa atau puisi panjang.
Prosa • Ciri: kisah tentang kepahlawanan seseorang tokoh
tradisional
dalam sejarah.

Bukan • Hasil kesusasteraan yang tidak mempunyai plot yang khusus.
naratif • Terdiri daripada sastera undang-undang, kitab dan ilmu

tradisional.
• Contohnya, Adat Temenggung merupakan sastera undang-

undang mengandungi perkara perbincangan adat istiadat di
istana.

2

2.2.2 Prosa moden

Prosa moden

Cerpen Novel Drama

• Akronim bagi perkataan • Terdiri daripada • Kisah yang diceritakan
cerita dan pendek. karangan prosa dalam bentuk lakonan.
panjang.
• Bentuk: • Pelakon memegang
- Peniruan: Meniru atau • Merangkumi peranan sebagai watak-
rangkaian cerita watak.
merakamkan perkara yang kehidupan seseorang
berlaku dalam kehidupan watak dengan orang • Drama bertulis: Karangan
tetapi pengarang akan sekitarnya. berdialog berbentuk prosa
menambah imaginasinya. dan puisi.
- Cerpen beralasan: • Jenis:
Mengadakan alasan untuk - Novel sejarah • Drama pementasan: Terdiri
membuat pengubahsuaian - Novel komedi daripada dialog antara
terhadap bentuk biasa. • Ciri-ciri karakter lalu ditunjukkan
• Cir-ciri: - Ditulis dengan narasi untuk pementasan
- Mempunyai watak yang teatrikal.
terbatas. atau deskripsi untuk
menggambarkan • Jenis-jenis drama:
sesuatu perkara. - Drama komedi
- Drama tregedi
• Ciri-ciri
- Konflik menjadi unsur

untuk menggerakkan plot.

3

2.2.3 Puisi tradisional
Puisi tradisional merupakan karangan berangkap yang mempunyai ikatan

dengan peraturan sesuatu jenis puisi. Ciri-cirinya termasuklah menggunakan
bahasa kental, mengandungi nilai moral dan menimbulkan rangsangan.

Pantun • Puisi lama yang mempunyai rangkap yang tetap.
• Pantun menyampaikan fikiran yang sedih atau gembira.
• Rima akhirnya ialah a/a/a/a.

Gurindam • Puisi lama yang terdiri daripada dua baris serangkap.
• Rima akhirnya ialah a-a atau a-b.
• Setiap baris mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih

perkataan.

Puisi • Puisi berlagu yang terdiri daripada empat baris serangkap.
tradisional • Merupakan puisi terikat dan tidak mempunyai pembayang.
• Bilangan perkataan sebaris antara empat hingga lima
Syair
perkataan.
• Rima akhirnya perlu sama seperti a/a/a/a.

Seloka • Puisi bebas yang tiada bentuk tertentu dari segi rangkap,
rima akhir dan jumlah baris.

• Menyindir atau mengejek seseorang.
• Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda.

2.2.4 Puisi moden

Puisi moden dibahagikan kepada puisi sinsis, puisi elegi dan sebagainya.
Puisi moden terdiri daripada sajak yang merupakan sebuah karangan
berangkap yang menyampaikan ekspresi tentang pengalaman manusia
secara imaginatif. Sifat sajak adalah tidak mempunyai imbangan bunyi yang
tetap, bebas dari jumlah suku kata, baris dan pembentukan rima akhir.

4

3.0 Fungsi Sastera Melayu
3.1 Hiburan
Karya sastera Melayu dapat memberikan keseronokan kepada pembaca.
Hal ini kerana kanak-kanak dan remaja disajikan dengan berbagai-bagai genre
seperti cerita kisah, cerpen dan sebagainya. Dalam sesuatu cerpen, gelagat
dan dialog watak yang diselitkan dengan kata-kata yang menarik akan
menghiburkan hati pembaca (Rohaya Md Ali et al., 2019). Gambar dan warna
persekitaran dalam sesuatu cerpen yang diadun dengan baik dapat menarik
pembaca. Contohnya, cerpen “Oren”, watak-watak telah dibangunkan dengan
imej yang jelas. Oren merupakan imej pertama diberikan warna dan mimik
muka yang dapat mencuit hati pembaca. Pembaca dapat mengisi masa lapang
dan dijadikan sebagai hobi mereka. Gurindam yang dinyanyi dengan pelbagai
irama dapat menghiburkan masyarakat seperti irama hiasan.

3.2 Pendidikan

Karya sastera Melayu membolehkan pembaca memahami realiti
kehidupan dan mentafsir kehidupan. Kemampuan mentafsir hidup akan
melahirkan remaja yang dapat membentuk peribadi yang mulia. Pembaca
diberi latihan dalam kemahiran pemahaman dan memperkukuhkan
kemampuan mereka untuk berfikir secara kritis kerana kebanyakan sastera
mengandungi pemikiran dan kritikan. Pembaca perlu membuat tafsiran
tentang isu yang diketengahkan dalam karya. Sastera Melayu memberi
pengajaran kepada pembaca. Misalnya, novel “Di Sebalik Dinara” yang
berkaitan dengan seorang saintis, Karl menjadikan isterinya sebagai bahan uji
sehingga gila. Pengajaran ialah kita mestilah menyayangi ahli keluarga dan
jangan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hak orang lain.

5

3.3 Dakwah
Menurut Kamus Dewan (2000), dakwah bermaksud kegiatan menyeru,

membimbing dan meyakinkan orang lain agar menerima sesuatu
kepercayaan, patuh kepada ajaran agama Islam dengan lebih sempurna.
Dakwah dalam sastera dapat menyampaikan nilai-nilai postif kepada
pembaca agar dipraktikkan dalam kehidupan. Dakwah sentiasa menuntut
individu agar saling mengingati dan menasihati. Jadi, kehidupan dapat
diperbaiki. Setiap individu perlu menghayati kebesaran dan kekuasaan
Tuhan. Misalnya, Syair Perahu yang menyeru semua umat Islam perlu
sentiasa berpegang teguh kepada agama Islam kerana kehidupan dianggap
sebagai perahu dan perjalanan kehidupan penuh dengan cabaran serta
menasihati pembaca supaya sentiasa membuat persediaan awal.

3.4 Kritikan Sosial
Kritikan dalam karya sastera Melayu tradisional dihasilkan dalam

berbagai-bagai bentuk dan tidak disampaikan secara eksplisit (Mazarul
Hasan Mohamad Hanapi et al., 2021). Kritikan ini dilihat dalam pantun, cerita
jenaka atau hikayat. Fungsinya adalah dijadikan sebagai pengajaran.
Contohnya, dalam cerita Pak Kaduk, Pak Kaduk yang merupakan seorang
bodoh menyebabkannya sering ditipu oleh orang lain. Kritikan sosial dalam
sastera dijadikan sebagai teguran kepada masyarakat. Menurut Burhan
Nurgiyantoro (2005), sesebuah karya sastera dihasilkan melalui fenomena
sebenar yang berlaku dalam kehidupan sosial masyarakat. Misalnya, dalam
cerita Mat Jenin, Mat Jenin yang suka berangan-angan terjatuh apabila
memanjat pokok kelapa. Perkara ini dijadikan teguran.

6

4.0 Manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu

Dalam rangkap pertama, dua baris yang terakhir iaitu baik dibawa resmi
padi, semakin berisi semakin tunduk. Padi menjadi tanda untuk membina akhlak
seseorang manusia. Proses pentafsiran dijalankan untuk melihat sifat padi yang
akan menunduk semasa buahnya semakin berisi. Fenomena ini menjadi
gambaran kepada masyarakat. Ayat tersebut dijadikan pengajaran kepada
masyarakat iaitu sekiranya manusia yang berjaya mendapat kekayaan atau
kedudukan tetapi perlu sentiasa merendah diri dan tidak sombong. Menurut
Tenas Effendy (2006), sikap rendah hati sebagai berlembut lidah, rendah diri dan
tidak pengecut. Sektor penanaman padi digutamakan oleh masyarakat Melayu
pada zaman dahulu dan menjadi resam padi sebagai ikutan yang menjurus
kepada sesuatu yang mendatangkan kebaikan.

Dua baris yang terakhir dalam rangkap kedua iaitu indah tampan kerana
budi, tinggi bangsa kerana bahasa membawa maksud individu yang sentiasa
berbudi akan dipandang mulia manakala martabat bangsa akan dinilai dari aspek
pertuturan. Seseorang perlu mengamalkan kesantunan berbahasa supaya
disenangi oleh orang lain.

Dalam rangkap ketiga, dua baris pertama merupakan pembayang yang
mengingati ahli masyarakat bahawa padang luas hanya menjadi habitat hidupan
kecil. Rangkap ini menggambarkan kepentingan usaha yang dilakukan dalam
menuntut ilmu pengetahuan atau mempelajaran pengalaman orang lain. Dua
baris terakhir memberi pengajaran iaitu kita perlulah rajin menambah ilmu kerana
jika seseorang menuntut ilmu daripada sumber tidak sempurna maka
pengetahuan yang diperoleh juga terhad dan tiada faedah.

5.0 Penutup
Kesimpulannya, kita perlu menghargai karya kesusasteraan Melayu yang

merupakan warisan bangsa dan mencerminkan identiti Malaysia.

(1086 patah perkataan)

7

6.0 Rujukan
Ani Hj Omar. (2011). Apresiasi teori kesusasteraan Melayu. Emeritus

Publications.

Burhan Nurgiyantoro. (2005). Teori pengkajian fiksi. University Press.

Kamus Dewan. (2000). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria, Abu Zarrin Selamat &
Norfaizah Abdul Jobar. (2021). Metafora sebagai kritikan sosial dalam
pantun membentuk nilai insan. International Journal Of Creative
Industries (IJCREI). 3(6), 31-41. https://docplayer.info/208916762-
Metafora-sebagai-kritikan-sosial-dalam-pantun-membentuk-nilai-insan.html.

Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan
Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa suatu analisis.
Jurnal Komunikasi Malaysian dan Journal of Communication. 31(2),
183-194. http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf.

Rohaya Md Ali, Phat a/l Awang Deng, Melor Fauzita Yusoff, Rashidah Mamat &
Nor Hafidah Ibrahim. (2019). Adaptasi sastera rakyat kanak-kanak dalam
media digital: Membangun modal insan negara. Jurnal Sultan Alauddin
Sulaiman Shah. 252-263. http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3
/jsass_khas03_recit18_010_rohaya.pdf.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Oxford Fajar.

Tenas Effendy. (2006). Tunjuk ajar Melayu. Balai Kajian dan Pengembangan
Bahasa Melayu dan Penerbit Adicita.


Click to View FlipBook Version