The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Anita Ramly, 2021-10-12 15:18:36

MESYUARAT GURU KALI KELIMA 2021

MESYUARAT GURU KALI KELIMA 2021

Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka

MINIT MESYUARAT GURU KALI KELIMA 2021
SK BUKIT BARU

TARIKH : 27 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TAHUN 6 DAN PELANTAR GOOGLE MEET

KEHADIRAN :

1 PN. NAFISAH BINTI AMAT MUSTAKIM (GB) 32 ALISHA THIEN ABDULLAH
33
2 HJ. SHAHRANI BIN TAWIL (GPK 34 ROZDI BIN MD DERUS
Pentadbiran) 35 NUR MUYASSARAH MD DAUD
36 SUFIAHANA BINTI MAHZAN
3 PN. ZURINA BINTI MERI (GPK HEM) 37 ANIZAH BINTI ABU SAMAH
38 NOOR NASHREEN BIN MOHD TAMAN
4 AHMAD IMRAN BIN ISMAIL (GPK Koku) 39 HJH. EMYLYZA BINTI SALIMIN
40 FATIMAH BINTI ABDULLAH
5 NUR FITRIAH BINTI SHAIK TAMBY (UBK) 41 HELMILIZAH BINTI SAKMIS
42 SUZAINY FRANCIS
6 SITI ADAWIYAH BINTI MOHD IDRUS 43 MOHD. ASRI BIN ABDUL MAJID
44 MOHD. HAZRUL BIN SAHAK
7 ANITAH BINTI MOKHTAR 45 NUR ASYIQIN AHMAD RIDZWAN
46 MOHD ZARRIN AKBAR ALI
8 ZUNAIRAH BINTI ZAINOL ABIDIN 47 MUSLIMAH BINTI SANAN
48 ANIS SYAHIRAH HAZMAN
9 TN HJ SHABANI MOHD SAKAN 49 NORIZAN BINTI NASIR
50 NUR FATIN ZAFIERAH BINTI ZAFRI
10 ROHANA BINTI IBRAHIM 51 ROHANA BINTI ABDOL SAMAT
52 ROHANA BINTI OMAR
11 MASHITA BINTI HJ BACHIK 53 RUBAIDAH BINTI ABDUL LATIF
54 SUZIANA BINTI SULAIMAN
12 MASYLIAH BINTI EBRAHIM 55 SUWAIBAH BINTI RAHUDDIN
56 NURUL NADIAH BINTI YAHAYA
13 FATIN HAMAMAH BINTI SALAHUDDIN 57 NORHAMIDAH BINTI EMON
58 WAN MAZNAZIHA BT WAN MANSOR
14 MUHD NUR SAIFULLAH BIN SALIKIN 59 NUR AFIFAH BINTI RUSLI (GP)
60 INTAN NUR QAMARINA BINTI SAMSUDIN (GP)
15 NURULHILMY BINTI YAHYA 61
NURUL HANIS (GP)
16 ROZALIN BINTI AMIR NORHALIM NURUL UMAIRAH (GP)

17 ROSNANI BINTI MD TAHIR

18 AZLIN BINTI MUSA

19 MOHAMAD BADRUL HISHAM MD HAMID

20 NOR ILHAM RAMLI

21 MIZI BINTI MD ZAIN

22 MARDHIYAH BINTI UDIN

23 SITI MASAHAYU BINTI AHAD

24 AHMAD FAHMI BIN IBRAHIM

25 ANITA BINTI RAMLY

26 SALNIDAH BINTI SALIMIN

27 SHAZIAN BIN MD. YUSOF

28 NORLIWATI BINTI MD. RAMLI

29 ROSMAWATI BINTI ABU NONG

30 MARTINA BINTI MOHD NOR

31 NUR RASHIDAH BINTI JALALUDIN

1

Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka

AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengoperasian sekolah

2.1 Pembukaan sekolah secara berperingkat mengikut fasa PPN
2.2 Pengoperasian dan Pengurusan sekolah
2.3 Pengoperasian pengajaran dan pembelajaran secara penggiliran
3. Hal-Hal Lain
4. Ucapan Penangguhan

LAPORAN MESYUARAT

BIL PERKARA
1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru – guru kerana hadir ke Mesyuarat

Guru Kali Kelima untuk tahun 2021.

1.2 Pengerusi memaklumkan yang beliau hadir di sesi taklimat libat urus pengoperasian
sekolah yang telah diadakan.

1.3 Guru Besar memaklumkan bahawa sesi libat urus dengan guru-guru pada minggu ini
adalah bertujuan untuk menerangkan tentang pengoperasian sekolah. Pemantauan dari
pihak berkenaan akan diadakan dalam waktu terdekat. Beliau memaklumkan yang
guru-guru perlu bersedia.

2.
PENGOPERASIAN SEKOLAH

2.1 Pembukaan sekolah secara berperingkat mengikut fasa PPN

2.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pembukaan sekolah adalah mengikut Fasa Pelan
Pemulihan Negara (PPN). Sesi persekolahan akan bermula apabila memasuki Fasa 4.
Namun demikian, Prasekolah akan mula beroperasi pada 18hb Oktober tanpa penggiliran.

2.1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa 50 peratus sahaja murid daripada enrolmen yang
akan hadir ke sekolah. Akan ada sistem penggiliran yang mana akan bermula dengan Tahap
1.

2

Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka

2.1.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa murid akan hadir secara bergilir. Guru –
guru perlu menyediakan modul atau lembaran kerja yang sesuai untuk murid sebelum hadir
ke sekolah. Kekerapan kehadiran murid adalah selama seminggu secara bergilir.

2.1.4 Guru Besar turut memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan bermula selepas 2
minggu diumumkan memasuki Fasa 4.

2.1.5 Dalam tempoh 2 minggu sebelum sesi persekolah bermula, guru-guru perlu
bersedia dengan pengurusan kelas, penyediaan modul dan sebagainya.

2.1.6 Guru – guru kelas perlu membahagikan murid kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan
A dan Kumpulan B. Guru – guru kelas juga perlu mengenalpasti murid RMT dan
meletakkan murid-murid RMT dalam Kumpulan A.

2.1.7 Guru- guru kelas juga diminta mengenalpasti adik-beradik murid yang lain agar
dapat diletakkan dalam kumpulan yang sama, sama ada Kumpulan A atau Kumpulan B. Ini
bagi memudahkan ibubapa menguruskan persekolahan anak-anak.

2.1.8 Pengerusi juga memaklumkan bahawa guru-guru kelas perlu menyerahkan pelan
lantai kelas masing- masing. Senarai nama pembahagian kumpulan juga perlu diserahkan.

2.1.9 Pelanjutan sesi persekolahan 2021 adalah sehingga Mac 2022. Pada bulan Mac
dan April 2022, barulah murid-murid bergerak dan memulakan sesi persekolahan 2022.

2.1.10 Status vaksinasi warga sekolah sehingga tarikh 27 September 2021 adalah, 2
orang guru belum cukup satu dos dan seorang guru menolak divaksin.

2.1.11 Hanya pekerja perkhidmatan sokongan yang telah menerima vaksin lengkap
boleh bertugas di sekolah.

2.1.12 Guru dan AKP yang belum menerima dan tidak menerima vaksin perlu hadir ke
sekolah dan mematuhi garis panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh KPM. Ujian Covid-
19 lengkap (RT-PCR) perlu dilakukan 3 hari sebelum hari pertama persekolahan. Ujian
kendiri Covid-19 perlu dilakukan sebanyak 2 kali seminggu di sekolah dengan pemerhatian
pihak sekolah. Keputusan ujian mesti dilaporkan kepada pihak sekolah. Perlu sentiasa
memakai pelitup muka berganda dan pelindung muka. Tidak boleh berada di bilik atau
kawasan yang sama dengan murid atau warga sekolah yang menerima vaksin lengkap.

2.2 Pengoperasian dan Pengurusan sekolah
2.2.1 Puan pengerusi memaklumkan bahawa kehadiran adalah dihadkan kepada 50%

daripada enrolmen kelas. Kehadiran adalah secara penggiliran minggu.
2.2.2 Penambahbaikan SOP pada kali ini adalah pemakaian pelitup muka adalah

3

Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka

diwajibkan ketika sesi pembelajaran serta di dalam kawasan sekolah. Murid bergejala juga
tidak dibenarkan hadir ke sekolah. Perlu memastikan pengudaran yang baik di dalam kelas
serta membuat ujian kendiri Covid-19 sekiranya murid bergejala di sekolah.

2.2.3 Kelonggaran peraturan bagi murid-murid adalah, murid-murid dibenarkan
berpakaian yang sesuai dan kemas sekiranya seragam sekolah tidak padan atau tidak lagi
sesuai dipakai. Ketidakhadiran murid dengan surat makluman dari ibu bapa tidak dianggap
sebagai satu kesalahan disiplin.

2.2.4 Kawalan dan penyuraian murid atau pelajar di pintu pagar sekolah. Sekiranya
dewan sekolah siap, semua murid akan berkumpul di dewan sebelum pulang. Waktu murid
hadir ke sekolah, masih menggunakan pondok menunggu seperti biasa. Jadual waktu murid
pulang ke rumah akan disediakan yang baru.

2.2.5 Demi memastikan keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah, SOP
perlulah dipatuhi. SOP adalah sama seperti sebelum ini. Pelitup muka perlu dipakai pada
setiap masa dan pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan. Penjarakan fizikal
sekurang-kurangnya 1 meter, mencuci tangan dengan air dan sabun, sanitasi tangan,
saringan kesihatan setiap hari di pintu masuk sekolah, individu bersuhu 37.5 dan bergejala
tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Kawasan sekolah juga perlu disanitasi secara
kerap.

2.2.6 Pihak JPN akan bekalkan test kit kepada pihak sekolah. Kit ini boleh digunakan
pada murid yang bergejala.

2.2.7 Puan pengerusi juga memaklumkan bahawa Bilik Isolasi sekolah adalah di Bilik
Kaunseling.

2.2.8 Dalam pengurusan prasarana, pintu dan tingkap hendaklah sentiasa dibuka. Semua
langsir perlu ditanggalkan agar tidak menghalang aliran udara. Penggunaan kipas adalah
digalakkan untuk tujuan pengaliran udara.Penggunaan penyaman udara dibenarkan dengan
mengekalkan suhu 23 -26 darjah Celsius. Penggunaan penapis udara mudah alih adalah
digalakkan.

2.2.9 Kekerapan penggunaan bilik-bilik khas adalah dibenarkan pada tahap yang
minimum. Permaidani, tikar dan skirting meja tidak dibenarkan di semua bilik PdP.
Penjarakan fizikal di kawasan yang bersesuaian di sekolah perlu ditandakan.

2.2.10 Guru Besar juga menyatakan bahawa susun atur murid di dalam kelas perlulah
mengikut susunan tapak dam iaitu perlulah berselang-seli antara satu sama lain.

2.2.11 Ujian kendiri Covid-19 KPM murid sekolah akan diuruskan oleh GPK Hal Ehwal
Murid. Ujian harian akan dilaksanakan hanyakepada murid yang bergejala semasa berada
di sekolah. Kit ujian kendiri perlu dilupuskan oleh pihak sekolah. Kit ini akan dilupuskan
dengan cara memasukkan kit ke dalam beg plastik dan diikat mati dan dimasukkan sekali
lagi ke dalam beg plastik dan diikat mati sekali lagi.

2.2.12 Sekiranya keputusan ujian adalah positif, murid perlu ditempatkan di dalam bilik
4

Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka

isolasi. Maklumkan kepada PKD serta bertindak selanjutnya atas nasihat PKD. Ibu bapa
atau penjaga perlu dimaklumkan. Ibu bapa atau penjaga seterusnya perlu menghantar anak
yang positif ke fasiliti kesihatan berhampiran. Murid yang telah tamat tempoh kuarantin
dan disahkan bebas dari jangkitan boleh hadir ke sekolah seperti biasa.

2.2.13 Sekiranya keputusan ujian adalah negatif, guru hendaklah memaklumkan kepada
ibu bapa atau penjaga untuk jemput anak pulang ke rumah sekiranya bergejala.

2.2.14 Sekiranya keputusan ujian invalid, ujian hendaklah diulangi dari awal.

2.2.15 Bagi pengoperasian kantin pula, semua pekerja kantin perlu mendapat vaksin
yang lengkap. Semua murid akan makan ddan minum di dalam kelas masing-masing
sewaktu rehat dan akan diselia oleh guru. Semua guru juga perlu makan di dalam bilik
guru.

2.2.16 Pengoperasian surau adalah mengikut kapasiti. Surau juga boleh digunakan untuk
penganjuran program.

2.3 Pengoperasian Pengajaran dan Pembelajaran Secara Penggiliran

2.3.1 Murid hadir pada kadar 50% daripada enrolmen kelas. Murid akan hadir mengikut
kumpulan yang telah ditetapkan. Sekiranya jumlah murid di dalam kelas adalah 30 orang,
jumlah murid di setiap kumpulan adalah seramai 15 orang. Kumpulan dibahagikan kepada
Kumpulan A dan Kumpulan B.

2.3.2 Minggu 1 dihadiri oleh murid –murid dari Kumpulan A. Murid-murid akan
menjalani PdP secara bersemuka di sekolah manakala murid-murid dari Kumpulan B akan
menjalani PdPR secara sendiri di rumah masing-masing.

2.3.3 Minggu 2 pula akan dihadiri oleh murid-murid Kumpulan B. Murid- murid akan
menjalani PdP secara bersemuka di sekolah manakala murid-murid dari Kumpulan A akan
menjalani PdPR secara sendiri di rumah.

2.3.4 Guru Besar juga menyatakan cadangan yang guru – guru juga boleh mengajar
secara bersemuka dan maya secara serentak. Sebagai contoh, secara bersemuka dengan
murid-murid dari Kumpulan A dan melalui pelantar Google Meet dengan murid-murid dari
Kumpulan B. Segala cara yang bersesuaian boleh dilakukan oleh guru.

2.3.5 Guru- guru diingatkan untuk menyediakan serta menyerahkan bahan pembelajaran
kendiri murid sebelum sesi persekolahan bermula.

2.3.6 RPH guru boleh digunakan untuk tempoh 2 minggu. Untuk minggu pertama dan
minggu kedua, guru-guru dibenarkan menggunakan RPH yang sama.

2.3.7 Guru perlu memberikan arahan tugasan yang jelas kepada murid-murid. Ibu bapa
atau penjaga perlu dimaklumkan tentang tugasan yang diberi kepada murid.

5

Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka

3. HAL-HAL LAIN

3.1 Pengerusi berharap agar guru- guru tidak ambil kesempatan menggunakan bilik-bilik
khas untuk subjek –subjek yang tidak berkaitan. Ini adalah bertujuan untuk meminimakan
penggunaan bilik-bilik khas.

3.2 Pengerusi mengingatkan bahawa murid perlu hadir mengikut penggiliran yang telah
ditetapkan. Jika terdapat murid yang hadir kerana tersilap penggiliran, murid mestilah
dibawa pulang oleh ibu bapa atau penjaga. Ini bagi memastikan kehadiran pada kadar 50
peratus enrolmen kelas.

4. UCAPAN PENAGGUHAN

4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas komitmen masing-
masing. Beliau juga berharap agar guru-guru dapat mengambil tindakan atas apa yang
telah dinyatakan. Sentiasa bersedia dan bertindak atas arahan JPN. Ianya akan dikemaskini
dari masa ke semasa. Beliau juga turut mendoakan agar usaha semua guru diberkati Allah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.02 tengah hari.

Pencatat:

ANITA BINTI RAMLY
Setiausaha Mesyuarat Guru
SK Bukit Baru,
Melaka.

6


Click to View FlipBook Version