Mesyuarat Guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka
MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2021
SK BUKIT BARU
TARIKH: 18 JANUARI 2021 (ISNIN)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : RUMAH MASING – MASING
KAEDAH : GOOGLE MEET
30 ROZDI MD DERUS
31 NORLIWATI BINTI MD. RAMLI
32 NUR MUYASSARAH MD DAUD
33 SUFIAHANA BINTI MAHZAN
34 ANIZAH BINTI ABU SAMAH
35 NOOR NASHREEN BIN MOHD TAMAN
36 HJH. EMYLYZA BINTI SALIMIN
37 FATIMAH BINTI ABDULLAH
38 HELMILIZAH BINTI SAKMIS
39 SUZAINY FRANCIS
40 MOHD. ASRI BIN ABDUL MAJID
41 MOHD. HAZRUL BIN SAHAK
42 NUR ASYIQIN AHMAD RIDZWAN
43 MOHD ZARRIN AKBAR ALI
44 MUSLIMAH BINTI SANAN
45 ANIS SYAHIRAH HAZMAN
46 NORIZAN BINTI NASIR
47 NUR FATIN ZAFIERAH BINTI ZAFRI
48 ROHANA BINTI ABDOL SAMAT
49 ROHANA BINTI OMAR
50 RUBAIDAH BINTI ABDUL LATIF
51 SUZIANA BINTI SULAIMAN
52 SUWAIBAH BINTI RAHUDDIN
53 NURUL NADIAH YAHAYA
54 NORHAMIDAH EMON
55 ALISHA THIEN ABDULLAH
56 MARTINA BINTI MOHD NOR
KEHADIRAN :
1 PN. NAFISAH BINTI AMAT MUSTAKIM (GB)
2 HJ. SHAHRANI BIN TAWIL (GPK Pentadbiran)
1
Mesyuarat Guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka
3 PN. ZURINA BINTI MERI (GPK HEM)
4 AHMAD IMRAN BIN ISMAIL (GPK
Kokurikulum)
5 NUR FITRIAH BINTI SHAIK TAMBY (UBK)
6 SITI ADAWIYAH BINTI MOHD IDRUS
7 ANITAH BINTI MOKHTAR
8 ZUNAIRAH BINTI ZAINOL ABIDIN
9 TN HJ SHABANI MOHD SAKAN
10 ROHANA BINTI IBRAHIM
11 MASHITA BINTI HJ BACHIK
12 MASYLIAH BINTI EBRAHIM
13 FATIN HAMAMAH BINTI SALAHUDDIN
14 MUHD NUR SAIFULLAH BIN SALIKIN
15 NURULHILMY BINTI YAHYA
16 ROZALIN BINTI AMIR NORHALIM
17 ROSNANI BINTI MD TAHIR
18 AZLIN BINTI MUSA
19 MOHAMAD BADRUL HISHAM MD HAMID
20 NOR ILHAM RAMLI
21 MIZI BINTI MD ZAIN
22 MARDHIYAH BINTI UDIN
23 SITI MASAHAYU BINTI AHAD
24 AHMAD FAHMI BIN IBRAHIM
25 ANITA BINTI RAMLY
26 SALNIDAH BINTI SALIMIN
27 SHAZIAN BIN MD. YUSOF
28 SITI KHODIJAH BINTI OSMAN
29 ROSMAWATI BINTI ABU NONG
TIDAK HADIR : SEBAB
1. WAN MAZNAZIHA BT WAN MANSOR Cuti Bersalin
2. NUR RASHIDAH BINTI JALALUDIN Cuti Bersalin
AGENDA MESYUARAT
1 . Ucapan Pengerusi
2. Perbincangan Profesionalisma
2
Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka
2.1 Kehadiran guru
2.2 Cuti
2.3 Pakaian guru
2.4 Keberadaan guru
2.5 e- RPH
2.6 Pengajaran dan Pemudahcaraan
2.7 Pengurusan Panitia
2.8 Jawatankuasa Pengurusan Pentadbiran
2.9 Pengurusan HEM
2.10 Pengurusan Kokurikulum
3 : Hal-Hal Lain
4 : Ucapan Penangguhan
LAPORAN MESYUARAT
BIL PERKARA
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi megucapkan syukur Alhamdulillah kerana dapat berkumpul meskipun secara
maya. Walaubagaimanapun, Ketua Panitia dan Setiausaha setiap unit hadir ke sekolah.
1.2 Setinggi penghargaan kepada semua jawatankuasa atas pelaksanaan tugas bagi tahun
2020. Guru – guru semua terhebat.
1.3 Pengerusi menyelusuri catatan diari 2020, dimana banyak aktiviti yang dapat serta tidak
dapat dilaksanakan pada tahun 2020. Program koakademik berjalan seperti biasa.
1.4 Guru Besar memaklumkan terdapat 3 orang guru berpindah keluar negeri dan 3 orang
guru lagi bertukar ke sekolah lain. Guru Besar juga mengucapkan Selamat Datang
kepada guru- guru baru, iaitu Puan Zurina binti Meri, Puan Nur Fitriah binti Shaik
Tamby, Encik Ahmad Fahmi, Encik Muhd Saifullah serta Encik Nor Nashreen.
1.5 Pengerusi juga memaklumkan bahawa jumlah guru yang sepatutnya ada di sekolah
adalah 63 orang. Namun, jumlah setakat ini hanyalah 58 orang.
2.
PERBINCANGAN PROFESIONALISMA
2.1 Kehadiran guru
2.1.1 Pengerusi mengingatkan guru- guru untuk hadir sebelum jam 7.30 pagi, dan guru-
guru hendaklah mengambil bacaan suhu serta mengetik kad perakam waktu. Guru
diingatkan untuk tidak mengetik kad perakam waktu orang lain.
3
Mesyuarat Guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka
2.1.2 Guru yang tidak hadir perlulah memaklumkan kepada pihak guru besar. Makluman
ketidakhadiran hendaklah dibuat sebelum jam 7 pagi. ini untuk memudahkan urusan relief
dilakukan. Guru juga perlu mengemaskini kehadiran di dalam Telegram Keberadaan Guru.
Naytakan sebab tidak hadir ke sekolah. Sekiranya guru ingin keluar pada waktu sedang
bekerja, sila tulis dalam buku rekod keluar sebelum guru- guru keluar. Ianyan penting
sebagai bukti rekod guru – guru.
2.1.3 Pada akhir bulan, sila kemaskini kad perakam waktu. Nyatakan cuti guru- guru
diruangan catatan sekiranya guru – guru mengambil cuti pada bulan tersebut. Lewat hadir
ke sekolah juga perlu dicatatkan pada kad perakam waktu guru- guru. Tandatangan
pentadbir adalah perlu setelah guru hadir lewat ke sekolah.
2.2 Cuti
2.2.1 Guru berhak memohon cuti. Lampiran permohonan hendaklah disertakan. Cuti
yang tidak dimohon akan dikenakan tindakan tatatertib. Cuti Rehat Khas adalah untuk kes –
kes lain. Guru diingatkan untuk merancang cuti dengan berhemah.
2.3 Pakaian Guru
2.3.1 Pengerusi mengingatkan guru – guru untuk berpakaian sesuai dengan profesion.
Dilarang sama sekali memakai T shirt dan slack ketika mengajar PJ. Guru hendaklah
berpakaian yang sesuai, iaitu berpakaian sukan 1 set.
2.3.2 Guru dilarang berselipar ke sekolah. Guru perlu memakai kasut yang bertutup
penuh.
2.4 Keberadaan Guru
2.4.1 Keluar masuk guru ke sekolah mestilah mendapat kebenaran dari pihak guru besar
atau pentadbir yang lain.
2.4.2 Lembaran kerja perlu disediakan untuk murid – murid sekiranya guru hendak
bercuti lebih awal. sekiranya bercuti kecemasan, dikecualikan dari menyediakan lembaran
kerja.
2.4.3 Guru perlu sentiasa kemaskini aktiviti guru dalam e- RPH.
2.4.4 Guru – guru wajib merekodkan kehadiran didalam kelas menggunakan QR Code
yang disediakan di kelas- kelas.
2.5 e – RPH
2.5.1 e- RPH hendaklah disediakan sebelum sesi pengajaran. Guru – guru mesti mampu
pamer e- RPH tanpa sebarang alas an, terutama sekiranya terdapat pemantauan.
2.5.2 e- RPH hendaklah dimuat naik selewatnya pada hari Jumaat setiap minggu.
2.5.3 PKP masih dijalankan, guru – guru perlu mengikut jadual yang disediakan untuk
pembelajaran semasa PKP yang telah diselaraskan untuk semua tahun.
2.5.4 Rekod transit untuk PBD hendaklah disediakan. Sekiranya guru merotan murid,
hendaklah dicatatkan dalam rekod guru. Guru hendaklah merekodkan segala tindakan yang
telah diambil.
2.6 Pengajaran dan Pemudahcaraan
2.6.1 Guru – guru perlulah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
4
Mesyuarat Guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka
2.6.2 Semua buku murid perlulah disemak mengikut kewajaran.
2.6.3 Guru ganti perlu menerima jadual ganti yang diberi. jika jadual ganti bertembung
dengan jadual guru, guru berhak menolak jadual ganti. Guru ganti perlulah menjalankan
aktiviti yang sesuai, seperti bacaan di dalam bilik darjah.
2.6.4 Untuk PDPR, guru dinasihatkan menggunakan pendekatan yang sesuai. PdPr
bermula pada 25hb Januari 2021. Untuk Tahap 1, guru dicadangkan membuat latihan
membaca dan salin semula. sediakan aktiviti yang sesuai. Untuk Tahap 2, Fakta- fakta asas
Matematik boleh digunapakai.
2.6.5 Buku tulis murid hendaklah diguna dengan betul dan mengikut kesesuaian.
2.6.6 Terapkan PAK 21 dalam pengajaran. Papan kenyataan dikelas, perlu dipamerkan
hasil kerja murid. Semua guru adalah guru disiplin. segala yang berlaku boleh direkodkan
dalam rekod transit.
2.6.7 Guru – guru tidak dibenarkan mendenda murid- murid diluar kelas walau apa jua
alasan.
2.6.8 Penggunaan peralatan PJ perlu direkodkan dan dikemaskini. Alatan perlu
dipulangkan bersama oleh guru dan murid. Guru tidak boleh hanya menyuruh murid
menyimpan alatan yang dipinjam. SOP penggunaan alatan PJ untuk Tahun 2021 adalah
sama seperti Tahun 2020.
2.6.9 Penglibatan guru – guru dalam aktiviti sekolah adalah wajib. Semua guru – guru
hendaklah melibatkan diri. Contohnya dalam program bacaan Yaasin.
2.6.10 Panduan kewangan untuk guru- guru, nota minta perlu mendapat kebenaran Guru
Besar. Kertas kerja yang dihasilkan perlulah mengikut spesifikasi yang betul. Pegawai
penerima aset hendaklah mendaftarkan aset dalam kad petak. Ketua Panitia perlu melantak
seorang pengurus aset untuk setiap panitia.
2.7 Pengurusan Panitia
2.7.1 Fail – fail panitia hendaklah dikemaskini dan disiapkan. Fail hendaklah diletakkan
di pejabat.
2.8 Jawatankuasa Pengurusan Pentadbiran
2.8.1 Terdapat 13 jawatankuasa dibawah Pengurusan Pentadbiran.
2.9 Pengurusan HEM
2.9.1 Bilik isolasi adalah untuk murid yang bergejala COVID. Murid yang dihantar ke
bilik isolasi hendaklah dimaklumkan kepada HEM serta pihak pejabat. Murid yang tidak
bergejala, boleh la menunggu di ruangan menunggu di pejabat.
3.
Hal – hal Lain
3.1 Guru digalakkan untuk menjayakan PdPr dengan baik.
3.2 SOP sekolah hendaklah dijaga. Suhu bacaan murid perlu diambil, tetapi tidak perlu
direkodkan. Bagaimanapun bacaan suhu guru- guru perlulah direkodkan dalam sistem.
3.3 Untuk bantuan murid, borang permohonan hendaklah diisi meskipun ibu bapa boleh
mengakses sendiri sistem atas talian.
5
Mesyuarat Guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka
4. UCAPAN PENANGGUHAN
4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru – guru atas sumbangan RM20 untuk
tujuan keceriaan sekolah. Pengerusi juga mengharapkan agar guru dapat meneruskan
amalan yang baik.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.06 pagi
Pencatat:
ANITA BINTI RAMLY
Setiausaha Mesyuarat Guru
SK Bukit Baru,
Melaka.
6