The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Anita Ramly, 2020-11-08 12:35:49

MINIT MESYUARAT KALI KETIGA 2020

MINIT MESYUARAT KALI KETIGA 2020

Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka

MINIT MESYUARAT GURU KALI KETIGA 2020
SK BUKIT BARU

TARIKH : 26 OGOS 2020 (RABU)
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER, SK BUKIT BARU

KEHADIRAN :

1 PN. NAFISAH BINTI AMAT MUSTAKIM (GB) 30 ROZDI BIN MD DERUS
NORLIWATI BINTI MD. RAMLI
2 HJ. SHAHRANI BIN TAWIL (GPK Pentadbiran) 31 NOOR ANIZA BINTI ZAMANHURI
HELMILIZAH BINTI SAKMIS
3 HJ. SAHARIL BIN HARUN (GPK HEM) 32 ANIZAH BINTI ABU SAMAH
BADARIAH BINTI BUJANG
4 AHMAD IMRAN BIN ISMAIL (GPK Kokurikulum) 33 HJH. EMYLYZA BINTI SALIMIN
FATIMAH BINTI ABDULLAH
5 SUZAINY FRANCIS JOLIUS 34 NOR ILHAM BINTI RAMLI
NUR RASHIDAH BINTI JALALUDIN
6 NAPIAH BINTI MUHAMAD 35 NUR MUYASSARAH BINTI MD DAUD
MOHD. HAZRUL BIN SAHAK
7 MARTINA BINTI MOHD NOR 36 NUR ASYIQIN AHMAD RIDZWAN
ALISHA THIEN ABDULLAH
8 NORHAMIDAH BINTI EMON 37 MUSLIMAH BINTI SANAN
MOHD ASRI BIN ABDUL MAJID
9 WAN MAZNAZIHA BT WAN MANSOR 38 NORIZAN BINTI NASIR
NUR FATIN ZAFIERAH BINTI ZAFRI
10 ROHANA BINTI IBRAHIM 39 ROHANA BINTI ABDOL SAMAT
ROHANA BINTI OMAR
11 MASHITA BINTI HJ BACHIK 40 RUBAIDAH BINTI ABDUL LATIF
SUWAIBAH BINTI RAHUDIN
12 MASYLIAH BINTI EBRAHIM 41 SYARIFAH NORMAISARAH SYD ZAINAL
ANITAH BINTI MOKHTAR
13 FATIN HAMAMAH BINTI SALAHUDDIN 42

14 SITI ADAWIAH BINTI MOHD IDRUS 43

15 NURULHILMY BINTI YAHYA 44

16 ROZALIN BINTI AMIR NORHALIM 45

17 ROSNANI BINTI MD TAHIR 46

18 AZLIN BINTI MUSA 47

19 MOHAMAD BADRUL HISHAM BIN MOHAMED 48

20 TN. HJ. SHABANI BIN MOHD SAKAN 49

21 MIZI BINTI MD ZAIN 50

22 MARDHIYAH BINTI UDIN 51

23 SITI MASAHAYU BINTI AHAD 52

24 MOHD. ZARRIN BIN AKBAR ALI 53

25 SUZIANA BINTI SULAIMAN

26 SALNIDAH BINTI SALIMIN

27 SHAZIAN BIN MD. YUSOF

28 SITI KHODIJAH BINTI OSMAN

29 ROSMAWATI BINTI ABU NONG

1

Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka

TIDAK HADIR : SEBAB
1. SUFIAHANA BINTI MAHZAN BENGKEL
2. KHAIRUDIN BIN ABDUL RAHIM CRK
3. ZUNAIRAH BINTI ZAINOL ABIDIN MC
4. NURUL NADIAH BINTI YAHAYA PTM
5. ANIS SYAHIRAH HAZMAN PTM

AGENDA MESYUARAT
1 . Ucapan Pengerusi
2. Perbincangan Profesionalisma

2.1 Kemenjadian Murid
2.2 Kehadiran Murid
2.3 Kenalpasti Murid Bermasalah
2.4 Aktiviti PJ dan Kokurikulum
2.5 E-RPH
2.6 Program- program dalam tempoh terdekat
3 : Hal-Hal Lain
4 : Ucapan Penangguhan

LAPORAN MESYUARAT
BIL PERKARA
1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi megucapkan terima kasih kepada guru kerana dapat hadir ke Mesyuarat
Guru Kali Ketiga bagi sesi 2020.

1.2 Beliau turut menegur tentang penjarakkan sosial yang perlu diamalkan.

2

Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka

2. PERBINCANGAN PROFESIONALISMA

2.1 Kemenjadian Murid

2.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tiada apa-apa peperiksaan untuk murid-murid
Tahun 6. Namun, akan ada penilaian lain yang akan diadakan. Tahun 5 akan
menghadapi peperiksaan selaras pada akhir tahun.

2.1.2 Guru Besar mencadangkan agar diadakan ‘drilling’ untuk bacaan dan ejaan, Ini
bertujuan menyelesaikan masalah membaca dikalangan murid – murid.

2.1.3 Rekod Transit untuk PBD mestilah disediakan oleh semua guru.

2.1.4 Ujian Selaras 2 bakal diadakan pada 7 hingga 10 September 2020, untuk Tahun 4,
5 dan 6. Penilaian untuk Tahap 1 boleh diadakan pasa waktu PDPC.

2.1.5 Peperiksaan Akhir Tahun adalah melibatkan semua subjek termasuk subjek-
subjek elektif. Pemarkahan terpulang pada panitia masing – masing.

2.1.6 Mohon dihidupkan sudut bacaan didalam kelas masing – masing. Ucapan tahniah
buat guru- guru yang telah menyediakan sudut bacaan dikelas.

2.2 Kehadiran Murid

2.2.1 Guru Besar memaklumkan peratus kehadiran murid ke sekolah jatuh sehingga
79%. Terdapat ibu bapa yang tidak bersedia menghantar anak- anak ke sekolah.

2.2.2 Ibu bapa perlu menggunakan medium komunikasi yang ada untuk memaklumkan
kepada guru- guru akan ketidakhadiran anak masing- masing.

2.2.3 Sekiranya tiada surat cuti sakit dari pihak doctor, murid perlulah menyerahkan
surat rasmi dari pihak ibu bapa. Jika tiada surat rasmi yang diserahkan, murid – murid

boleh direkodkan sebagai tiada sebab.

2.2.4 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang dapat hadir ke
sekolah.

2.3 Kenalpasti Murid Bermasalah

2.3.1. Guru- guru diingatkan untuk mengenalpasti murid – murid yang bermasalah,
dimana murid yang keluarganya terjejas teruk akibat dari PKP yang telah dilaksanakan.

2.3.2 Guru – guru juga perlu mengemaskini segala maklumat yang terdapat di dalam
sistem APDM.

2.4 Aktiviti PJ dan Kokurikulum

3

Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka

2.4.1. Pelaksanaan aktiviti PJ dan Kokurikulum masih terikat dengan KPM. Pelaksanaan
aktiviti mestilah selari dengan manual pelaksanaan PJ dan Kokurikulum di sekolah.

2.4.2 Kanak – kanak dibawah umur 12 tahun digalakkan memakai pelitup muka atau
pelindung muka kerana mereka tidak pandai atau tidak boleh menjaga penjarakkan sosial.

2.5 E-RPH
2.5.1. Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru – guru yang berjaya melengkapkan

E-RPH. Ianya berkait rapat dengan SKPMG 4.1, iaitu penilaian kendiri yakni guru sebagai
perancang serta menentukan kaedah dalam PDPC.

2.5.2 E-RPH juga ditekankan dalam PBPPP. Ianya juga menentukan tahap kualiti yang
dipamerkan.

2.6 Program- program dalam tempoh terdekat

2.6.1. Program Di Ambang Merdeka akan diadakan pada 28 Ogos 2020. Pertandingan
Kandid Merdeka akan diadakan. Ianya terbuka dikalangan guru- guru. Guru – guru boleh
menghantar gambar- gambar yang diambil secara kandid kepada pihak Guru Besar.

2.6.2 Ujian Selaras 2 akan diadakan pada 7 sehingga 10 September 2020.

2.6.3 Majlis Pecah Tanah untuk Dewan Terbuka akan diadakan pada 24 September 2020.
Namun, ianya bergantung kepada jadual Ketua Menteri, sebagai perasmi acara.

2.6.4 Acara memasak Bubur As- Syura akan diadakan pada 2 September 2020.

2.6.5 Guru Besar berharap agar segala program berjalan dengan lancar.

3. HAL-HAL LAIN
3.1 GPK HEM memaklumkan bahawa E- Sijil untuk sebarang pertandingan pada tahun
ini sudah boleh dicetak.

3.2 GPK Kurikulum menyampaikan ucapan tahniah dari Tuan Pengarah PPD atas
pelaksanaan tugas guru- guru.

3.3 GPK Kurikulum juga memaklumkan bahawa susunan bangunan sekolah perlu
diubah mengikut arah jam.

3.4 Pengerusi menyarankan agar sekiranya berlaku kecemasan, guru perlulah bertindak
menelefon pihak yang berkenaan dengan segera.

4

Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka

3.5 Ustaz Shazian bertanya akan bilakah guru- guru dibenarkan makan di kantin
sekolah. Pengerusi memaklumkan masih belum terdapat arahan membenarkan guru-
guru makan di kantin sekolah. Segala makluman akan dikemaskini dari masa ke
semasa.

3.6 Cikgu Mohd Zarrin memaklumkan tentang Ujian PKL yang bakal berlangsung.

4. UCAPAN PENANGGUHAN

4.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru dan ucapan terima kasih atas
segala usaha keras yang dibuat. Beliau juga berharap agar semua dapat bekerja bersama-
sama. Sekolah kita, tanggungjawab kita. Ditangguhkan dengan tasbih kifarah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Pencatat:

ANITA BINTI RAMLY
Setiausaha Mesyuarat Guru
SK Bukit Baru,
Melaka.

5


Click to View FlipBook Version