BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PKSK TAKLIMAT PENULISAN KARANGAN PKSK PECUTAN PKSK Tempat : BSP SKSS Tarikh : 26 September 2023 Masa : 11.00 - 12.30 tengah hari Penceramah : Pn. Noor Aini bt Ismail Tarikh : 30 September 2023 Masa : 8.30 - 10.30 pagi Penceramah : En. Ramlan bin Badawi Tempat : BSP SKSS
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 ke sekolah khusus secara dalam talian. Antara sekolah khusus yang ditawarkan adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak memohon dan menduduki PKSK. Justeru, SK Seri Sekamat telah mencadangkan agar satu bengkel menjawab soalan PKSK dilaksanakan bagi membantu murid menguasai dengan baik komponen yang dinilai iaitu kecerdasan insaniah (20%), kecerdasan intelek (70%) dan artikulasi penulisan (10%) PENGENALAN
OBJEKTIF Murid dapat mengetahui maksud dan tujuan PKSK. Murid dapat memahami pembahagian komponen-komponen PKSK. Murid dapat menguasai teknik menjawab PKSK dengan baik. Memberi peluang murid meneruskan persekolahan ke tingkatan 1 ke sekolah khusus. KUMPULAN SASAR Murid tahun 6 yang memohon untuk menduduki PKSK secara atas talian. Terhad kepada 100 orang sahaja.
JAWATANKUASA PELAKSANA BENGKEL PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) 2023 SK SERI SEKAMAT Penasihat Pn. Sarifah Rafeah bt Ya’acob Guru Besar Pengerusi En. Shuhaimi bin Abd Rani PK Pentadbiran Timbalan Pengerusi Pn. Haslina bt Azizul Kamal PK Hal Ehwal Murid Pn. Nur Reena bt Abdullah PK Kokurikulum En. Dzulhasnan bin Zulkerperi PK Petang Pn. Elissa bt Abdul Rahiim PK Pend. Khas Penyelaras Pn. Nur Azida bt Zubir Setiausaha Pn. Nor Azian bt Ismail Bendahari En. Aminuddin Hafizi bin Mohd Junet AHLIJAWATANKUASA&BIDANGTUGAS Pengacara Majlis Murid En. Azman bin Mansor Menyediakan teks pengacaraan Membimbing murid mengendalikan bengkel secara formal. Bacaan Doa Murid En. Mohd Yazid bin Sulaiaman Menyediakan teks doa Membimbing murid membaca doa Penyambut Tetamu Pn. Jamaliah bt Ismail Memastikan tetamu yang hadir disambut dan diiringi ke bilik Seri Permata atau majlis Pendaftaran/ Kebajikan Pn. Dahlia bt Mohlisi Pn. Norulhuda bt Mohd Zudin Menguruskan pendaftaran peserta Menguruskan kebajikan dan keselesaan sepanjang bengkel. Persiapan Tempat Cik Idaaznim bt Akasah Memastikan tempat dalam keadaan sedia dan baik sebelum dan selepas bengkel. Buku Program Pn. Nabilah bt Husain Menyediakan buku program bengkel
Cenderahati/ Sijil Pn. Mariana bt Yasin Menyediakan hadiah / Cenderahati Penceramah Sijil En. Mohamad Ayub b Mohd Noor Menyediakan Sijil Penceramah Siaraya & Teknikal Pn. Zarirah bt Zainudin En. Aminuddin Hafizi bin Mohd Junet Memastikan peralatan dan kelengkapan siaraya berfungsi dan sentiasa dalam keadaan baik sepanjang program. Jamuan Pn. Shahima bt Bakar Pn. Norasidah bt Ali Hassan Menyediakan tempat jamuan dan tempahan makanan Menguruskan jamuan dan hidangan dengan baik. Dokumentasi/Pelaporan Pn. Diwi Zarina bt Othman Cik Kalpana A/P Lechumanan Merakam salin melaui alat elektronik aktiviti yang dijalankan (Video/gambar digital) Membuat catatan hasil dapatan daripada bengkel yang dijalankan. PKSK 2023
MASA ATUCARA 8.00 - 8. 30 Pagi Pendaftaran Peserta Ketibaan Penceramah Encik Ramlan bin Badawi 8.30 - 10.30 Pagi Bengkel Teknik Menjawab PKSK 2023 10.30 - 10.45 Pagi Penyampaian Cenderahati Penceramah Sesi fotografi 10.45 Pagi Kudapan Bersurai Tentatif Program
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Tahun 6 khasnya dan semua ajk pelaksana yang telah bersama-sama dalam menjayakan Bengkel PKSK bagi sesi 2023 sK seri sekamat.