JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
KEJURUTERAAN MEKATRONIK
DUA 6022
KOMUNIKASI & PENYIARAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH:
PUAN RAMNIZA BINTI ABDUL RAHMAN
PUAN MUSLEHA BINTI MOKTER
SEKSYEN KURSUS:
DEM5C
TEMA:
“KONSEP KEJIRANAN”
(E-MAJALAH)
SYED FAISSAL BIN SYED ZAINUDDIN
01DEM17F1114
PENGENALAN KONSEP
KEJIRANAN
Assalamualaikum w.b.t...
Topik kali ini amat dekat dengan kita iaitu Konsep Kejiranan di dalam Islam.
Dewasa ini kita menyaksikan masyarakat semakin rosak dan porak poranda. Ya, kami tak
pernah mengecualikan diri kami. Kami juga terdedah kepada kerosakan itu. Antara puncanya
ialah institusi kekeluargaan dan kejiranan yang tidak diberikan perhatian sepenuhnya. Kita
berbicara tentang isu kejiranan. Seorang penduduk di sebuah kawasan perumahan misalnya
tidak merasakan dirinya bertanggungjawab untuk mengetahui keadaan sekitar rumahnya.
Rumah jiran dimasuki pencuri. Anak jiran ponteng sekolah, terlibat dengan gejala sosial.
Isteri jiran curang. Seolah-olah dia terlupa bahawa dia juga sedang terdedah kepada perkara-
perkara sedemikian jika terus bertindak tidak mempedulikan jiran tetangganya.
Kami ingin menulis secara ringkas tentang isu kejiranan ini. Islam merupakan agama
yang syumul. Kejiranan ialah satu cabang kesyumulan Islam. Allah memerintahkan hamba-
hambaNya supaya berbuat baik kepada jiran tetangga. Firman Allah Taala di dalam Surah
An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud:
"Dan sembahlah Allah, dan janganlah kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu pun, dan
berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin, jiran tetangga yang mempunyai hubungan kerabat dan jiran tetangga yang bukan
kerabat."
Rasulullah sendiri terlalu memandang berat akan hak-hak jiran dan menggesa supaya berbuat
baik kepada mereka. Baginda juga melarang keras daripada menyakiti dan meyusahkan jiran.
Sehingga Rasulullah pernah bersabda:
"Jibril sentiasa berpesan kepada aku tentang hak jiran sehingga aku menyangka dia (jiran)
akan mewarisi harta pusaka" Hadith 'Aisyah & Ibnu Umar, Riwayat Bukhari & Muslim.
Nasihat Jibril yang terlalu kerap menyentuh hak-hak jiran menyebabkan Rasulullah
menyangka bahawa jiran juga akan mendapat bahagian dalam pembahagian harta pusaka.”
Rasulullah juga bersabda:
"Sesiapa yang beriman dengan Allah Taala dan Hari Akhirat, maka berbuat baiklah kepada
jirannya" Hadith Abi Syuraih, Riwayat Bukhari & Muslim.
"Sesiapa yang menyakiti jirannya, maka sesungguhnya dia telah menyakiti aku, dan sesiapa
yang menyakiti aku, maka sesunggunya dia telah menyakiti Allah Taala. Dan sesiapa yang
memerangi jirannya, maka sesunggunya dia telah memerangi aku, dan sesiapa yang
memerangi aku maka dia telah memerangi Allah." Hadith Anas, Riwayat Abu As-Syeikh
Ibnu Hibban.
"Demi Allah, tidak beriman seseorang itu selagi mana jirannya belum terlepas daripada
kejahatannya" Hadith Abu Hurairah, Riwayat Ahmad & Syaikhan
Maksudnya, selagi mana seseorang itu menganggu jirannya, memfitnahnya dan melakukan
kejahatan kepadanya, maka dia belum dianggap sebagai seorang Mukmin yang baik.
Jiran yang paling berhak untuk dilakukan kebaikannya ialah yang paling dekat pintunya
dengan rumah kita.
Terdapat hadith yang menyebut bahawa di kalangan jiran itu ada yang mempunyai 3
hak, iaitu jiran Muslim yang mempunyai hubungan kerabat dengan kamu. Ada pula yang
mempunyai 2 hak, iaitu jiran Muslim. Dan ada juga yang mempunyai satu hak, iatu jiran
Zimmi (kafir yang berada di bawah naungan Islam) Antara hadith yang membicarakan
perkara ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Hasan bin Sufyan dan Al-Bazzar di dalam
Musnad mereka. Tetapi hadith tersebut berstatus dhaif, walaubagaimanapun masih boleh
digunakan dalam Fadhail Amal.
Cuba kita perhatikan, hadith ini ada menyebut tentang hak kejiranan terhadap jiran
yang zimmi, sedangkan dia bukan seorang Muslim. Betapa mulianya Islam kerana
memandang jiran yang kafir sebagai seorang yang layak untuk menerima layanan baik
walaupun berlainan agama. Ia juga menunjukkan betapa pentingnya hak-hak kejiranan pada
pandangan agama.
Apabila berbicara soal kejiranan yang merupakan satu cabang kemasyarakatan,
membicarakan soal Al-'Amru bil Ma'ruf dan An-Nahyu 'anil Munkar ialah satu perkara yang
wajib! Sistem dakwah dengan berhikmah yang dianjurkan Islam amat diyakini akan berjaya
memulihkan kembali keburukan yang berlaku dalam masyarakat.
Kesedaran seseorang individu untuk menjadi individu muslim yang sejati akan melahirkan
keluarga muslim yang sejati. Gabungan keluarga-keluarga ini pula akan mewujudkan
masyarakat Islam yang sejati. Akan tetapi gabungan ini tidak akan berjaya sekiranya konsep
kejiranan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah tidak diterapkan. Kejiranan yang harmonilah
yang akan menjayakan kewujudan masyarakat Islam yang seterusnya membawa kepada
penubuhan sebuah daulah Islam yang dicita-citakan. Formula ini tidak akan berjaya
melainkan unsur-unsur dalam formula tersebut dipenuhi. Dan kejiranan merupakan unsur
penting formula ini! Jika dahagakan Khilafah, maka kejiranan jangan diabaikan! Jangan
terlalu gopoh inginkan kemenangan Islam sedangkan kejiranan masih dalam porak-poranda.
DEFINISI KEJIRANAN
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa
pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah,
bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan
dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi
rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah
s.a.w.
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada
rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali
Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau
pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh
manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.
Kedudukan jiran sangat penting dalam Islam namun dalam kepesatan teknologi dan
kemodenan manusia hari ini ramai yang sudah melupakan hak jiran dan tanggungjawab di
antara satu sama lain sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.
Kita lihat manusia hari ini sibuk membina rumah besar dan memasang pagar tinggi-tinggi
dengan dinding tembok yang tebal sehingga memisahkan dirinya dari jiran sebelah dan hidup
sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
Marilah kita kembali kepada sunnah Rasulullah dan ajaran Islam dalam
menghidupkan masyarakat Islam dengan mengamalkan sunnah yang sudah semakin
dilupakan iaitu menghidupkan semangat kejiranan.
PEMBAHAGIAN JIRAN
Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang
mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan
jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman
Allah s.w.t dalam surah an-Nisa’ ayat 36 iaitu :
Maksud-Nya : ‘’Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan
sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak
yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman
sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya mu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang sombong dan membangga-banggakan diri.’’
HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA
Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan
tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran.
Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia
menyakiti jirannya.”Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana tidak membawa
mudarat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak
menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama
mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar
rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudarat.
Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama,
adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka
akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan
manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga
dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di
dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.
Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan
kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan
hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan
daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah
bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah
seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam
seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan
jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam
selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak.
JIRAN DALAM ISLAM
Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan
agama Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara
sesama manusia.
Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas
daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda rasulullah
salallahualaihiwasalam :
ال س عادة من ارب ع, ال ش من وارب ع ال ه نًء وال مرك ب ال صال ح وال جار ال وا سع وال م س كن ال صال حة ال مراة
ال سوء وال مرك ب ال ض ٌق وال م س كن وال مراةال سوء ال شوء ال جار ق اوة
“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal
yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda
daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang
tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .
(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul
Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain
diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani
dengan lafaz yang hampir sama).
Disebut oleh baginda rasulullah bahawa memiliki jiran yang baik termasuk salah satu di
antara tanda-tanda kebahagiaan dan memperolehi jiran yang jahat dan tidak baik termasuk
tanda keburukkan dan derita. Islam merupakan agama yang sempurna dan lengkap dengan
segala pertunjuk dalam pelbagai perkara termasuk dalam soal kemasyarakatan.
Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling
memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin seorang
manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal
dalam sebuah masyarakat.
Tempat tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu
memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni
rumah teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan. Walaubagaimana
sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan
berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah
penempatannya.
Jiran muncul apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal
berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. Maka Islam dalam memelihara hak sesama
manusia serta memandu manusia untuk mencapai harmoni dan bahagia di dunia dan akhirat
turut memasukkan asek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan supaya manusia
dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan seperti yang disebut
di dalam hadith tadi.
Maksud dan Jenis Jiran Dalam Islam
Allah swt telah berfirman :
َوا ْعبُدُوا بَِوا ْللاَ َج ْناَّهللَِب تُ ْش ِر ُكوا بِ ِه َش ٌْئًا َو ِبا ْل َوا ِلدَ ٌْ ِن إِ ْح َسا ًنا َوبِ ِذي ا ْلقُ ْربَى َوا ْلٌَتَا َمى َوا ْل َم َسا ِكٌ ِن َوا ْل َجا ِر ِذي ا ْلقُ ْربَى َوا ْل َجا ِر ا ْل ُجنُ ِب َوال
هصا ِح ِب
“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah
kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang
berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).
Allah menghimpunkan sekali dalam ayat di atas perintah untuk beribadah kepada Allah
dengan perintah untuk berlaku baik kepada hamba-hamba-Nya sebagai tanda Islam ini bukan
sahaja menjalin hubungan dengan pencipta sebaliknya juga menyatukan manusia di dalam
satu kewajipan untuk berlaku baik sesama manusia sebagai termasuk menunaikan ketaatan
kepada Allah swt.
Allah menyebut (( )) َوا ْل َجا ِر ِذي ا ْلقُ ْزبَى: iaitu yang bermaksud jiran yang padanya terdapat
hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Ini merupakan pendapat yang disebut oleh Ali
Ibn Talhah daripada Ibn Abbas ra manakala yang disebut dari riwayat Ikrimah dan Mujahid
dan selain mereka yang mengatakan ianya ialah jiran muslim yang satu agama. Juga ada yang
mengatakan dimaksudkan dengan ayat ini ialah jiran yang rumahnya berdekatan.
Allah menyebut juga (( )) َوا ْل َجا ِر ا ْل ُجىُ ِب: iaitu yang bermaksud lawan kepada ayat sebelumnya
yang sebahagian ulama tafsir menyebut ianya ialah jiran yang tidak memiliki hubungan darah
atau kekeluargaan seperti pendapat Ali ibn Talhah dari Ibn Abbas ra, juga yang mengatakan
ianya bukan muslim seperti jiran yahudi dan nasrani seperti yang disebut dalam riwayat dari
Ikrimah dan Mujahid dan yang lain mengatakan yang dimaksudkan ialah jiran yang
berjauhan rumahnya.
Dan setiap makna dari tafsir di atas dapat dipakai dan memiliki kekuatan hujah masing-
masing dan dapat dirangkumi sekaligus dalam maksud ayat.
(lihat tafsir Tabari m/s 175-180 Jilid 5, tafsir Qurtubi m/s 183 Jilid 5 dan Tafsir Ibn Katsir
m/s 495 Jilid 1dan Tafsir Syaukani m/s 743 Jilid 1).
Kesemua makna yang tersebut di atas menrangkumi makna jiran dan memiliki hak ke atas
muslim yang beriman dengan Allah swt untuk berlaku baik kepada jiran baik yang beragama
Islam atau bukan baik yang berhubungan darah atau yang tidak ada hubungan darah baik
yang berdekatan rumah atau berjauhan.
Berkata Al-Hafidz Imam Ibn Hajar ra : “ Maksud nama jiran itu ialah merangkumi baik yang
muslim atau yang kafir, baik yang beribadah atau yang fasiq, baik rakan atau musuh, baik
yang asing atau yang senegeri, baik yang memberi manfaat atau mudharat serta baik yang
mempunya kekeluargaan atau yang tidak ada hubungan atau juga yang berhampiran
rumahnya atau yang jauh rumahnya dan kesemuanya memiliki hak dan kedudukan antara
satu sama lain..”
(Fathul Bari m/s 441 Jilid 10).
Kedudukan jiran itu berbeza-beza martabat dan kedudukan sekalipun masing-masing
memiliki hak untuk berlaku baik dan dimuliakan dan hal ini jelas daripada riwayat Aisyah
radiallahuanha yang berkata : “ Wahai rasulullah, sesungguhnya aku ini memiliki dua jiran
dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka baginda bersabda : “
Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu”
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2140)
Berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh Al-Fauzan dalam kitabnya “Fiqh Ta’amul
Ma’an Nas” bahawa kedudukan jiran itu terbahagi 3 jenis iaitu jiran yang muslim dan
memiliki hubungan darah, jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah dan jiran yang
kafir.
Demikian juga seperti yang disebut dalam kitab Tanbihul Ghafilin m/s 153 Jilid 1 dan Tafsir
Al-Qurtubi m/s 183 Jilid 5 serta Fathul Bari m/s 441 Jilid 10 yang menyebut bahawa
terbahagi jiran itu kepada 3 jenis seperti yang disebutkan di bawah :
1) Jiran yang muslim dan berhubungan darah – Mereka ini mempunyai tiga hak iaitu hak
Islam, hak kekeluargaan dan hak kejiranan
2) Jiran yang muslim tanpa hubungan darah – Mereka ini mempunyai dua hak iaitu hak
muslim dan hak kejiranan.
3) Jiran yang bukan Islam – Mereka ini mempunyai satu hak iaitu hak kejiranan.
Kedudukan Jiran Menurut Keutamaan
Dapat disimpulkan dari ayat surah An-Nisa dan pelbagai hadith mengenai keutamaan jiran
bahawa jiran itu memiliki kedudukan berbeza mengikut keadaannya antara satu sama lain
seperti yang turut disebut oleh Al-Hafidz Imam Ibn Hajar ra
(lihat dalam Fathul Bari m/s 441 Jilid 10).
Berikut ialah susunan kedudukan jiran yang utama dan yang diatur menurut kedudukan yang
lebih berhak diberi keutamaan berbanding yang selepasnya :
1) Jiran yang muslim yang paling dekat dengan pintu rumah
Berdasarkan hadith yang banyak menyebut perihal darjat jiran yang antaranya daripada
riwayat Aisyah radiallahuanha yang berkata : “Wahai rasulullah, sesungguhnya aku ini
memiliki dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka
baginda bersabda : “ Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu”
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2140)
2) Jiran muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan
Allah berfirman :
َوا ْل َجا ِر ِذي ا ْلقُ ْزبَى
“..jiran tetangga yang berhubungan dekat” (An-Nisa: 36).
Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam juga bersabda : “Sedekah ke atas orang yang
miskin itu pahalanya sedekah tetapi sedekah ke atas kaum kerabat baginya dua iaitu pahala
sedekah dan dapat mengeratkan hubungan” .
(hadith sahih riwayat Nasaie no. 2582 dan Tirmidzi no. 658, Ibn Majah no. 1844 dan Ahmad
16276 serta Darimi dan Baihaqi juga Hakim dengan Isnad yang sahih, disahihkan oleh Ibn
Khuzaimah dan Ibn Hibban dan dihasankan oleh Tirmidzi).
3) Jiran muslim yang berilmu dan alim serta memiliki fadhilat
Allah berfirman :
َي ْز َفعِ اَّهللُ ا هل ِذي َه َءا َمىُىا ِم ْى ُكم َواله ِذي َه أُوتُ ْىا ال ِع ْل َم دَ َر َجا ِت
“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat
dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Al-Mujadalah :11).
Juga dari riwayat yang dibawa oleh Imam Khatib Al-Baghdadi yang menyebut bahawa telah
berkata Muhammad Al-Basri “ Diluaskan majlis (dberi penghormatan dalam majlis) kepada
penghafaz Al-quran, ulama’ dan golongan tua dalam agama.”
(Lihat Khatib Al-Baghdadi dalam Jami’ Akhlaq Rawi wa Adab Sima’,m/s 393).
4) Jiran muslim yang soleh dan beribadah
Allah swt berfirman :
أَفَ َم ْه َكا َن ُم ْؤ ِمىًا َك َم ْه َكا َن َفا ِسقًا لاَ َي ْستَ ُىو َن
“ Apakah keadaan orang yang beriman itu sama halnya seperti orang yang fasiq ? Sungguh
mereka tidak sama” (As-Sajadah : 18).
5) Jiran yang fasiq dan ahli maksiat
Sabda Rasulullah Salallahualaihiwasalam : “ Seorang muslim itu ialah saudara kepada
muslim yang lain, tidaklah boleh dia menzaliminya dan menyerahkannya kepada musuh
(untuk dianiayai)..”
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2310 dan Muslim no. 2580)
6) Jiran yang kafir
Allah swt berfirman :
َوا ْل َجا ِر ا ْل ُجىُ ِب
“Dan Jiran tetangga yang berhubungan jauh” (An-Nisa : 36).
Ini disebabkan daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa
baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah
memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi
itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.
(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya
dan Ahmad no. 6496).
Had Lingkungan Kejiranan
Menetapkan lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut
keadaan tertentu dan suasana. Bahkan menurut Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul Ma’ani Fi
tafsiril Qur’an Al-Azim Wa Sab’ul Masani bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya
seacra zahir kembali kepada uruf (adat setempat).
Ini pendapat yang agak tepat kerana dalam kaedah syarak menyebutkan setiap yang datang
dari perintah syarak ialah mutlak dan sekiranya tidak ada penerangan jelas dari kaedah
melaksanakannya juga tidak dapat dijelaskan dari pemahaman zahir bahasa maka
dikembalikan kepada adat kebiasaan dalam melaksanakannya.
(Fathul Qadir oleh Syaukani m/s 743 Jilid 1).
Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan had lingkungan jiran disebabkan dalil yang
wujud terlalu umum berdasarkan perkataan Khalifah Ali radiallahuanhu yang menyebut : “
Barang siapa yang mendengar azan maka dialah jiran” . Bermaksud bahawa sesiapa yang
dapat mendengar azan yang sama dalam satu kawasan tanpa pembesar suara maka dialah
jiran.
Ada juga yang menetapkan bahawa jiran itu ialah yang berada dalam satu lingkungan yang
dapat mendengar iqamah solat, sebahagian yang lain mengatakan pula jiran ialah mereka
yang dapat besolat berjemaah pada waktu subuh dan Jumaat bersama-sama.
Manakala berdasarkan pendapat yang masyhur dari riwayat Aisyah ra dan para tabien seperti
Hasan Al-Basri, Al-Auzaie dan Az-zuhri dan lain-lain ialah dalam lingkungan empat puluh
buah rumah dari seluruh sisi penjuru.
(lihat dalam Tafsir Al-Qurtubi m/s 185 Jilid 5, Fathul Bari m/s 447 Jilid 10 dan Jami Ulum
Wal Hikam 347 Jilid 1).
Kesimpulannya lingkungan kejiranan kembali kepada penakrifan umum dan adat setempat
yang terpakai dalam sesuatu masyarakat kerana setiap kawasan berbeza adat dan budaya.
Sekurang-kurang lingkungan dan jumlah bilangan jiran ialah 40 buah rumah dari segenap sisi
penjuru dan selebih-lebihnya ialah yang terpakai dan diamalkan oleh masyarakat setempat.
Kepentingan Jiran dalam Islam
Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an :
َوا ْعبُدُوا بَِوا ْللاَ َج ْناَّهللَِب تُ ْش ِر ُكوا بِ ِه َش ٌْئًا َوبِا ْل َوا ِلدَ ٌْ ِن إِ ْح َسا ًنا َو ِب ِذي ا ْلقُ ْر َبى َوا ْلٌَتَا َمى َوا ْل َم َسا ِكٌ ِن َوا ْل َجا ِر ِذي ا ْلقُ ْر َبى َوا ْل َجا ِر ا ْل ُجنُ ِب َوال
هصا ِح ِب
“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah
kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang
berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).
Allah memesan kepada hamba-hamba-Nya supaya menjalankan kewajipan menyembah-Nya
dan juga dalam masa yang sama menjalankan kewajipan kepada sesama hamba-hamba yang
lain. Bahkan di dalam kitab dan sunnah banyak sekali ayat-ayat dan hadith yang menyebut
perintah menjalinkan hubungan sesama makhluk dan manusia dengan baik dan ihsan.
Adapun berkait soal jiran, di dalam Islam jiran menduduki kedudukan yang utama dan mulia
disisi syarak dan perlu dipenuhi hak-hak dan kewajipan serta memuliakan mereka supaya
tercapai salah satu kebahagiaan yang disebut di dalam hadith yang dinyatakan sebelum ini.
Diriwayatkan daripada Aisyah ra dan Ibn Umar ra daripada nabi salallahualaihiwasalam yang
bersabda : “ Selalu Jibril memesan kepadaku (supaya berlaku baik) perihal jiran sehingga
aku seolah-olah menyangka mereka dapat mewarisi (harta pusaka)” .
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5668 dan Muslim no. 2624).
Jelaslah bahawa perintah Jibril di atas menyuruh berlaku ihsan dan baik kepada jiran dan
melayani mereka dengan baik tanpa mengira apakah muslim atau kafir dan apakah jahat atau
baik.
Ini disebabkan daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa
baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah
memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi
itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.
(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya
dan Ahmad no. 6496).
Juga baginda rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “
hendaklah berlaku baik kepada jirannya”.
(hadith sahih riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no. 47,48).
Hadith di atas sangatlah besar pengertiannya apabila rasulullah menghimpunkan keimanan
kepada Allah dan hari akhirat dengan berlaku baik kepada jiran sekaligus bermakna iman
kepada Allah itu bukanlah hanya di lisan atau hati sebaliknya mencakupi urusan amal
perbuatan dan cabang-cabangnya sangatlah banyak serta salah satu dari cabang iman itu ialah
memuliakan jiran dan berlaku baik kepadanya.
Demikian Al-Imam Baihaqi ra memasukkan dalam kitabnya Syabul Iman (Cabang
Keimanan) dan menyebut pada cabang yang ke 67 dari cabang iman itu berdasarkan hadith
70 lebih cabang iman bahawa termasuk menghormati dan memuliakan jiran itu ialah cabang
iman.
Menyayangi jiran juga termasuk dari perintah Islam seperti dalam hadith nabi yang menyebut
: “ Demi zat yang jiwaku berada dalam genggamannya tidaklah beriman seorang hamba itu
sehingga dia mencintai jirannya atau saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya
sendiri” .
(hadith sahih riwayat Muslim no. 45).
Demikianlah disebut oleh baginda rasulullah bahawa hendaklah mencintai jiran dan
memelihara hak mereka seperti mana kita mencintai diri kita sendiri dan mahu hak-hak kita
dijagai dan dipelihara. Bahkan demikian itu merupakan kesempurnaan iman dan tanda
sebagai seorang yang beriman kepada Allah.
Memenuhi Hak Jiran
Kejiranan ialah satu daripada fitrah manusia yang
hidup dalam masyarakat dan Islam itu berada di antara
pertengahan dalam banyak perkara dengan tidak berlebih
dan berkurang. Menyentuh perihal jiran, Islam tidak
membebani seseorang itu dengan sesuatu hal yang
melampau sehingga dia perlu memelihara jirannya dengan
mengabaikan hak dirinya sendiri sebaliknya juga sehingga
tidak mengabaikan hak jirannya dengan mengutamakan
dirinya sendiri sebaliknya berlaku tangungjawab ini secara saksama.
Berikut ialah di antara hak jiran yang wajar dipelihara :
1) Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran
Menyakiti jiran ialah satu dosa yang besar dan menjadikan seseorang dimurkai oleh Allah
swt. Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya” .
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5787 dan Muslim no. 47).
Perbuatan menyakiti jiran ini adalah dilarang baik dengan perbuatan, perkataan dan lisan juga
dengan cara dan sikap yang ditunjukkan dan tidaklah menjadi seorang yang benar-benar
beriman di sisi Allah bagi mereka yang bermusuhan dengan jirannya.
Daripada Abi Hurairah ra yang berkata telah bertanya kepada nabi salallahualaihiwasalam
akan perihal seorang perempuan yang sesungguhnya dia itu berpuasa siang dan mendirikan
solat malam tetapi menyakiti jirannya dengan lisannya maka dijawab oleh baginda : “ Tidak
ada kebaikan baginya dan dia itu berada di neraka” dan ditanyakan kepada baginda akan
perihal seorang perempuan yang lain yang bersolat sekadar yang wajib dan berpuasa
ramadhan dan bersedekah tetapi tidak menyakiti jirannya maka dijawab : “Maka dia berada
di syurga”.
(hadith sahih riwayat Ahmad no. 9673 dan Ibn Hibban no. 5763 danBukhari dalam Adabul
Mufrad no. 119 dan Hakim no, 7304 dengan sahih Isnad dan disepakati oleh Adz-zahabi).
2) Menghormati Jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak
membawa mudarat
Memuliakan jiran termasuk kewajipan dan menghormati mereka ialah perintah dari Allah
serta termasuk salah satu tanda keimanan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam
maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya
ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan
meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selama tidak membawa bahaya
dan mudharat.
Baginda rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “
hendaklah berlaku baik kepada jirannya”.
(hadith sahih riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no. 47,48).
Adapun bagi jiran yang beriman dan beragama Islam maka sekiranya jiran itu melakukan
maksiat dan dosa serta kehidupannya tidak menuruti syariat Islam maka hendaklah
didakwahkan dan berusaha dibimbing dengan nasihat dan teguran.
Sebaik-baik amal makruf dan mencegah mungkar itu ialah di dalam keluarga sendiri dan
kemudian kepada jiran yang berdekatan. Menegur dan menasihati jiran dengan kebaikan dan
kasih sayang, membimbing mereka kepada syariat Allah dan mencegah mereka dari
melakukan maksiat ialah sebaik-baik dakwah dan cara memuliakan mereka.
3) Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah
dengan mereka.
Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat dari
banyak panduan dari hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar ra yang
menyebut telah bersabda rasulullah : “Wahai Aba Zar sekiranya engkau memasak maraq
(sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada
jiran engkau”.
(hadith sahih riwayat Muslim no. 2625).
Juga daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda
rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan
hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?”
diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.
(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya
dan Ahmad no. 6496).
4) Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan.
Termasuk di antara hak dan kewajipan seseorang terhadap jirannya ialah membantu dan
berusaha mengurangkan beban jirannya yang kesusahan sekadar mampunya.
Rasulullah bersabda : “Bukanlah orang yang beriman sekiranya dia kenyang seorang diri
sedangkan jiran disebelahnya kelaparan” dan dalam riwayat lain menyebut “ Tidaklah
beriman kepadaku orang yang kenyang sedangkan jirannya kelaparan disebelahnya dan dia
mengetahui keadaan jirannya itu”
(hadith sahih riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 112 dan Baihaqi dalam Sunan Kubra
no. 19452 dan Hakim no, 7307 dengan isnad yang sahih dan disepakati oleh Adz-zahabi dan
berkata Hafidz Al-Munziri bahawa rijalnya siqah).
Islam menetapkan bahawa hendaklah jiran itu membantu sekadar mampu dirinya untuk
meringankan beban dan tekanan yang dihadapi dari kesusahan oleh jirannya dan demikianlah
Islam berusaha memberi pertunjuk sedapat mungkin ke arah mencapai bahagia.
5) Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat.
Disebalik berusaha melakukan kebaikan kepada jiran dan membantu jiran maka seseorang itu
juga harus berusaha mengelakkan dari mencederakan jirannya dan berlaku khianat serta
membocorkan rahsia dan keaiban dari jirannya.
Hendaklah seorang yang beriman itu melindungi jirannya dari perkara yang membawa
bahaya dan mudharat serta tidak menyerahkan mereka kepada musuhnya. Ini berdasarkan
sabda baginda rasulullah yang menyebut : “Tidaklah masuk syurga orang yang tidak
mengamankan jirannya dari sesuatu yang boleh membahayakannya” dan dalam riwayat lain
“ Orang yang tidak menyelamatkan jirannya dari sesuatu yang memudharatkannya” .
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5670 dan Muslim no. 46).
Memelihara jiran dari sesuatu yang bahaya, juga bermaksud tidak menyerahkan mereka
kepada musuh dan membelot kepada mereka serta juga tidak membiarkan mereka tanpa
amaran apabila adanya bahaya mendekati mereka.
Berlaku khianat kepada jiran boleh terjadi dengan cara membocorkan rahsia jiran yang boleh
memalukan mereka, mencederakan maruah atau nyawa mereka dan harta benda mereka.
Bahkan pelbagai cara boleh berlaku dan yang paling buruk dan jahat serta keji di sisi Allah
ialah mengkhianati jiran dengan melakukan keburukkan kepada ahli keluarga mereka.
Sabda rasulullah : “Sesungguhnya seorang lelaki itu berzina dengan sepuluh orang wanita
adalah lebih ringan baginya daripada berzina dengan isteri jirannya” demikian juga apabila
ditanya tentang mencuri maka dijawab : “Mencurinya seseorang itu daripada sepuluh buah
rumah lebih ringan baginya daripada mencuri dari rumah jirannya” .
(hadith sahih riwayat Ahmad no. 23905 dan Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 103 dan
tibrani dan berkata Hafidz Al-Munziri perawinya siqah).
PENUTUP
Secara kesimpulannya, hendaklah kita semua yang beriman kepada Allah dan rasul serta hari
akhirat mentaati perintah agama dalam memuliakan jiran dan menunaikan hak-hak kejiranan
sebaik dan semampu yang dapat diusahakan sebagai memenuhi kewajipan sebagai seorang
yang beriman.
لاَ يُ َك ِّل ُف اَّهللُ وَ ْف ًسا إِلاه ُو ْسعَ َها
“ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar
kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).
Hak kejiranan dan panduan yang diberikan oleh Islam tidak lain ialah untuk mencapai apa
yang disebutkan sebagai salah satu daripada kebahagiaan dan keamanan dalam hidup.
Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan
ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta
memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau
derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang
sempit dan kenderaan yang buruk” .
(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul
Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain
diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani
dengan lafaz yang hampir sama).
Memiliki jiran yang beragama dan Jiran merupakan teman sekehidupan yang berada
berhampiran dengan kehidupan kita seharian dan mereka mempengaruhi keselesaan dan
persekitaran hidup diri kita dan ahli keluarga. Bagi soleh dapat mempengaruhi kehidupan
anak-anak dan memberikan contoh serta persekitaran yang selamat serta selesa kepada ahli
keluarga. Juga dengan memenuhi tanggungjawab dan peranan sebagai jiran yang baik
merupakan salah satu daripada tanda keimanan dan contoh kebaikan kepada diri sendiri dan
keluarga.
Tidaklah bergelar muslim yang baik dan benar apabila seseorang itu memiliki nama terkenal
dan berceramah atau melakukan dakwah tabligh ke masjid-masjid dan rumah orang lain
sedangkan jirannya sendiri tidak didakwah dan kewajipan kepada ahli keluarga dan jiran
yang berhampiran pun tidak dipenuhi.
Islam itu mementingkan hubungan kemanusiaan yang baik dan menghimpunkan di antara
keimanan kepada Allah dan hari akhirat dengan kelakuan baik serta akhlak dan budi perkerti
mulia terhadap insan dan hamba Allah yang lain.
Marilah kita bersama-sama menjadi jiran yang baik dan berdoa kepada Allah swt seperti
sabda baginda : “Ya Allah berikanlah aku perlindungan dari jiran yang jahat di tempat
tinggalku” .