RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN NAMA SEKOLAH SMK SIMPANG KUALA Mata Pelajaran Pendidikan Islam Hari Rabu Tarikh 5/7/2023 Tingkatan 3 Jujur Bilangan Pelajar 16 / 24 orang Masa 11 (12.40-13.10) & 12 (13.10-13.40) Tema Bidang Al-Quran – Bacaan dan Kefahaman Tajuk Pelajaran 17 – Konsep Pengurusan Zakat Kemahiran Fokus Ilmu dan Penghayatan Standard Kandungan Standard Pembelajaran 4.16 Merumus kefahaman tentang zakat serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah 4.16.1 Maksud, Hukum dan dalil zakat 4.16.4 Asnaf yang layak mendapat zakat Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, para pelajar dapat: Bil. Objektif 1 Merumus kefahaman ilmu fiqah dan mengamalkannya serta menghayatinya dalam kehidupan 2 Mengetahui maksud zakat dari segi bahasa dan istilah 3 Mengetahui hukum mengeluarkan zakat dan dalil kewajipan berzakat 4 Mengetahui asnaf yang layak menerima zakat
Bil. Kriteria Kejayaan 1 Mengetahui sekurang-kuragnya 2 perkataan zakat dari segi bahasa 2 Mengetahui hukum bagi mengeluarkan zakat 3 Mengetahui dalil naqli berkaitan dengan zakat dan kaitan dengan rukun Islam 4 Mengetahui sekurang-kurangnya 4 daripada 8 golongan asnaf menggunakan kaedah yang diberi oleh guru Pengisian Kurikulum / EMK / Kepelbagaian kaedah dan teknik Nilai Murni Kerohanian Kemahiran Berfikir (KB) Mengaplikasi Kemahiran Personal (KP) Intrapersonal Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB) Kemahiran menulis dan mencatat nota Kemahiran mengingat Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Nilai murni, Bahasa Bahan Bantu Mengajar (BBM) No Jenis Bilangan 1 BBM Bukan Elektronik – Buku Teks PIS Tingkatan 3 1 2 Pen Marker 2 3 Papan Putih 1 4 Kertas soalan aktiviti “I see, I think, I wonder” 8 keping kertas warna 5 Buku Terjemahan Buku Teks PIS Tingkatan 3 1 Pengetahuan sedia ada pelajar: 1. Pengetahuan tentang rukun Islam 2. Zakat ketika bulan Ramadhan KBAT / i-Think Menganalisis Strategi berfikir Penyelesaian masalah Penyoalan aras tinggi
Langkah Pengajaran Isi Pelajaran Aktiviti PdP Bahan Bantu Mengajar Catatan Permulaan (3 minit) - 1. Guru memulakan sesi PdP dengan bacaan doa serta tajdidul niat bersama para pelajar 2. Para pelajar ditanya/bersoal jawab dengan guru tentang pembelajaran topik yang lalu 3. Guru meminta para pelajar mengeluarkan buku teks, buku nota dan alatan menulis 4. Guru mengambil kehadiran pelajar di dalam kelas dan memastikan pelajar berada dalam keadaan selesa 5. Sesi PdP bermula - Kemahiran: Menghafaz, Menghayati EMK: Nilai Murni Nilai: Tawadhu’ Tawakal Langkah 1 (15 minit) 1.22 Membaca ayat 205-206 surah al-Araf dengan betul, lancar serta bertajwid dan merumus kefahaman ayat serta mengamalkan secara beradab dan istiqamah 1.22.1 Baca ayat dengan betul, lancar dan bertajwid 1.22.2 Baca ayat dengan betul dan fahami maksudnya 1. Guru memulakan sesi PdP dengan topik Pelajaran 17 : Konsep Pengurusan Zakat. SET INDUKSI: a) Pernahkah anda mengalami situasi di mana menjelang bulan Ramadhan, terlihat ramai orang yang berada di kaki-kaki masjid? 2. Guru menerangkan (4.16.1) Maksud, hukum dan dalil zakat 3. Untuk maksud zakat dari segi bahasa, guru menyebutkan S, S, B, B. 4. Para pelajar menyebutkan S (Subur), S (Suci), B (Berkat), B (Berkembang). 5. Guru menerangkan maksud bahasa dan dikaitkan dengan nilai kehidupan manusia a) Suci – seperti air yang mengalir b) Berkat – tidak mengambil hak orang lain dalam harta kita c) Berkembang – pahala berkembang meskipun kita mati (kaitkan dengan surah al-Munafiqun ayat 10 tentang kepentingan bersedekah dan pahala yang berterusan) 6. Guru menerangkan maksud dari segi istilah (guru kaitkan 8 golongan asnaf) 7. Guru bertanya kepada para pelajar tentang hukum zakat 1) Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 3 2) Buku Terjemahan Rumi Pendidikan Islam Tingkatan 3 3) Papan Putih 4) Pen Marker Kemahiran: Mengaplikasi, Mendengar EMK: Nilai Murni Nilai: Kerjasama, Berani, Toleransi
8. Pelajar menjawab berdasarkan nota dalam buku teks 9. Guru menyebutkan mengaitkam hukum zakat dengan menyebutkan syarat wajib bagi seseorang itu mengeluarkan zakat (terutamanya zakat fitrah) 10. Guru meminta seorang pelajar membacakan dalil naqli dan dalil aqli beserta makna. Kemudian guru menjelaskan dan kaitkan dengan hukum berzakat. Langkah 2 (20 minit) 1.22 Membaca ayat 205-206 surah al-Araf dengan betul, lancar serta bertajwid dan merumus kefahaman ayat serta mengamalkan secara beradab dan istiqamah 1.22.3 Perintah Allah SWT di dalam ayat mengikut Ibnu Kathir 1. Guru menerangkan tentang (4.16.4) maksud asnaf dan 8 golongan asnaf yang layak menerima zakat berserta penerangan dan contoh berdasarkan buku teks. 2. Guru menggunakan formula mudah mengingat 8 golongan asnaf: 1 A S, 2 F M H (satu ‘A’nak ‘S’oleh, dua ‘F’ather ‘M’other ‘H’appy) (Satu abjad A = Amil, S = Ibnu Sabil) (Dua abjad F = Fakir, Fisabillah) (Dua abjad M = Miskin, Muallaf) (Dua abjad H = Hamba, Hutang) 3. Guru mengaitkan tentang 8 golongan asnaf dengan dalil dalam al quran, surah atTaubah ayat 60) 4. Guru meminta para pelajar (yang dipilih oleh guru) untuk membaca tentang (4.16.5) hikmah pensyariatan/kenapa perlu berzakat. 5. Guru melakukan peneguhan (memuji / berterima kasih pelajar yang membaca) 1) Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 3 2) Buku Terjemahan Rumi Pendidikan Islam Tingkatan 3 3) Papan Putih 4) Pen Marker Kemahiran: Memahami, Mengaplikasi EMK: Bahasa Nilai: Dedikasi, Teliti, Saling menghormati
Langkah 3 (20 minit) 1.22 Membaca ayat 205-206 surah al-Araf dengan betul, lancar serta bertajwid dan merumus kefahaman ayat serta mengamalkan secara beradab dan istiqamah 1.22.3 Perintah Allah SWT di dalam ayat mengikut Ibnu Kathir Semakan Nota oleh guru 1. Guru melakukan aktiviti “I See, I Think, I Wonder” Cara Pelaksanaan: a) Guru kembali kepada 8 kumpulan yang telah dibentuk pada awal sesi PdP b) Guru membahagikan situasi 8 golongan asnaf menggunakan 8 kertas warna c) Setiap kumpulan diminta untuk melihat kertas situasi yang dipilih oleh kumpulan masing-masing dan menulis nama ahli kumpulan di belakang kertas d) Setiap kumpulan diberikan masa untuk berfikir tentang situasi manakah berdasarkan golongan asnaf yang sesuai e) Guru meminta para pelajar membentang dan menghuraikan jawapan secara ringkas dari segi : I. Adakah situasi tersebut tergolong dalam golongan asnaf? II. Berikan sebab berdasarkan situasi dalam kertas. 2. Aktiviti “I see, I think, I wonder” selesai dijalankan 1) Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 3 2) Buku Terjemahan Rumi Pendidikan Islam Tingkatan 3 3) Papan Putih 4) Pen Marker Kemahiran: Mengaplikasi, Menganalisis EMK: Bahasa Nilai: Berfikiran Kritis, Berani, Bekerjasama Penutup (2 minit) Rumusan 1. Guru membuat rumusan apa yang telah dipelajari oleh para pelajar pada sesi PdP kali ini. 2. Guru bertanya kepada pelajar tentang kefahaman topik. 3. Guru meminta para pelajar untuk membaca baca topik yang akan dipelajari pada sesi PdP akan datang 4. Pelajar mengucapkan terima kasih kepada guru 5. Sesi PdP selesai - Kemahiran: - EMK: Nilai Murni Nilai: Menghargai, Menghormati guru Refleksi Guru: 1) 4 orang pelajar tidak hadir / 2 pelajar tidak masuk ke kelas, dianggap tidak hadir 2) Kesemua langkah dan objektif berjaya dicapai 3) Set Induksi yang disediakan tidak dinyatakan @ disebutkan semasa sesi PdP sedang dijalankan kerana guru terlupa 4) Guru melaksanakan aktiviti membaca dan menghuraikan ke atas pelajar 5) Objektif yang disediakan tidak terlalu berat, mengikut tahap kognitif dan kemampuan pelajar di dalam kelas
Kekuatan: 1) Guru memilih objektif sesuai dengan tahap pelajar, 2) Aktiviti yang dipilih sesuai dengan pelajar kerana pelajar memberikan respons dan kerjasama yang baik dalam menjawab soalan 3) Beberapa pelajar mampu menjawab soalan dengan baik dan betul serta menyebutkan beberapa kata kunci yang bersesuaian dengan jawapan 4) Pelajar mampu mengaplikasikan kaedah yang dinyatakan oleh guru semasa di dalam kelas Kekurangan: 1) Guru tidak menyebut set induksi kerana terlupa 2) Beberapa pelajar tidak menjawab soalan dengan betul kerana keliru dengan soalan tersebut 3) Guru tidak menyediakan kepingan kertas soalan dalam bentuk warna seperti yang dirancang 4) Bilangan ahli kumpulan tidak mencukupi dengan soalan yang disediakan kerana beberapa pelajar tidak hadir Cadangan Penambahbaikan: 1) Guru perlu bersedia sama ada menggunaka kaedah menulis dalam penyediaan set induksi 2) Guru perlu membimbing pelajar semasa sesi pembentangan dijalankan bagi membina semangat pelajar dalam apa jua aktiviti 3) Guru perlu menyediakan kertas warna @ membeli kertas warna sebelum sesi PdP dijalankan 4) Guru perlu sekurang-kurangnya menyediakan soalan mengikut bilangan pelajar sama ada hadir @ tidak hadir Kesimpulan: Refleksi dinilai semasa PdP dijalankan dalam bilik darjah. Para pelajar dari 3 Jujur memberikan kerjasama yang baik kepada guru. Komunikasi antara guru dan pelajar menjadikan sesi PdP dan aktiviti yang dilakukan berjalan dengan lancar. Guru juga memainkan peranan penting semasa aktiviti dijalankan supaya para pelajar tidak berasa malu untuk melakukan pembentangan ringkas meskipun mereka menjawab soalan tersebut sama ada salah atau betul. Guru juga melakukan peneguhan kepada pelajar yang membentang. Guru berharap sesi PdP akan datang ditambahbaik dan aktiviti yang bakal dijalankan menjadi lebih kreatif.
Lampiran Pelaksanan Aktiviti: Lampiran Catatan 1. 1. Kepingan kertas beserta soalan yang disediakan oleh guru (tajuk 4.16.4 Asnaf yang layak menerima zakat)
2. 2. Gambar sepanjang aktiviti dijalankan (kumpulan pelajar membentang)