The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cara-cara menghargai institusi raja, kepentingan taat setia dan kepentingan mempertahankan institusi raja.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ada Br, 2021-02-14 16:08:47

Unit 1: Institusi Raja Payung Negara ( Nota 2)

Cara-cara menghargai institusi raja, kepentingan taat setia dan kepentingan mempertahankan institusi raja.

Sejarah Tahun 5
Unit 1: Institusi Raja Payung Negara

Rujukan

Muka surat 2 hingga 11

Isi Kandungan Pembelajaran

Bahagian 1: Cara-cara menghargai institusi raja
Bahagian 2: Kepentingan taat setia kepada institusi raja
Bahagian 3: Kepentingan mempertahankan institusi beraja

Pengenalan

Lebih 600 tahun dahulu, taat dan setia kepada
Raja terbukti menjadi asas membantu
membina empayar Kesultanan Melayu Melaka,
yang memerintah hingga menjadikan kerajaan
itu berkembang maju dan dipandang tinggi di
seantero dunia.

Diskusi

Bahagian 1:
Cara-cara untuk menghargai

institusi raja

Standard Pembelajaran
6.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai institusi raja.

Soalan

• Nyatakan cara-cara yang boleh dilakukan untuk
menghargai institusi raja?

8. Tidak 1. Meraikan Hari 2.Mengisytiharkan
menyebarkan Keputeraan Bandar DIraja
fitnah terhadap Agong dan Sultan
institusi raja
Cara-cara 3. Menamakan
7. Sentiasa menghargai jalan, masjid
mematuhi institusi raja atau bangunan
undang-undang dengan nama
5. Mengenali Sultan atau
6. Menurut Sultan dan raja Permaisuri
perintah Sultan dengan lebih
4. Melantik
atau Raja mendalam Sultan sebagai
Canselor
Universiti

Cara-cara untuk menghargai institusi raja

1. Meraikan Hari Keputeraan Agong

• Mulai 2021 dan sepanjang tempoh
pemerintahan Al- Sultan Abdullah,
Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka
ialah pada Isnin pertama, Jun setiap
tahun.

• Hari Keputeraan Agong diistiharkan
sebagai cuti umum di semua negeri.
Ianya diberikan bagi membolehkan
rakyat Malaysia untuk menunjukkan
rasa penghargaan mereka terhadap
Agong mereka.

• Setiap tahun, sambutan besar-
besaran Hari Pertabalan Agong akan
berlansung di Istana Negara yang
terletak di ibu kota Kuala Lumpur

Cara-cara untuk menghargai institusi raja

Meraikan Hari Keputeraan Raja atau Sultan

• Cuti umum di negeri masing-
masing.

• Contohnya di negeri Selangor,
rakyat Selangor akan bercuti pada
11 Disember setiap tahun bagi
meraikan hari keputeraan Sultan
Selangor iaitu Sultan Sharafuddin.

Cara-cara untuk menghargai institusi raja

2. Mengistiharkan Bandar Diraja

• Bandar diraja ialah daerah yang menjadi
tempat berdirinya Istana kediaman rasmi
bagi Sultan atau Raja.

• Terdapat bandar diraja bagi negeri-
negeri yang masih mengamalkan institusi
raja.

• Bandar Diraja di Selangor terletak di
Klang.



Cara-cara untuk menghargai institusi raja

3. Menamakan jalan dengan nama Sultan atau
Permaisuri.

• Menamakan nama jalan-jalan
bersempena dengan nama
Raja atau sultan ialah satu
tanda memperingati
sumbangan dan pengorbanan
Raja atau Sultan Melayu pada
zaman dahulu dan kini.

Cara-cara untuk menghargai institusi raja

Menamakan bangunan dengan nama Sultan atau
Permaisuri.

• Stadium Sultan Ibrahim
merupakan stadium bola
sepak di Iskandar Puteri,
Johor, Malaysia.

• Ia dinamakan sempena
penghormatan raja negeri
Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Iskandar.

Cara-cara untuk menghargai institusi raja

Menamakan masjid dengan nama Sultan atau
Permaisuri

• Masjid Tuanku Mizan Zainal
Abidin, sebelum ini digelar
Masjid Besi, ialah sebuah masjid
yang terletak di Presint 3,
Putrajaya, Malaysia.

• Masjid ini dinamakan sebagai
Masjid Tuanku Mizan Zainal
Abidin sempena nama Sultan
Terengganu yang juga Yang di
Pertuan Agong ke 13 iaitu Sultan
Mizan Zainal Abidin

Cara-cara untuk menghargai institusi raja

4. Melantik Sultan sebagai Canselor Universiti

• Al-Sultan Abdullah dimasyhur
sebagai Canselor Universiti
Teknologi Mara (UITM)

• Canselor bermaksud ketua
kehormat bagi sesebuah
universiti.

Cara-cara untuk menghargai institusi raja

5. Mengenali Raja atau sultan dengan lebih
mendalam

• Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah merupakan Sultan Selangor ke-9
yang memerintah negeri Selangor sejak
22 November 2001

• Baginda diputerakan pada 24 Disember
1945 di Istana Jemaah, Klang.

• Baginda berketurunan Melayu-Bugis

• Tengku Permaisuri Norashikin, berasal
daripada Shah Alam, merupakan isteri
kepada Sultan Selangor

Diskusi

Bahagian 2:
Kepentingan Taat Setia
Terhadap Institusi Raja

Standard Pembelajaran
6.1.5 Menghuraikan negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan beraja pada masa kini.

Soalan

• Nyatakan kepentingan taat setia kepada institusi
raja?

Kepentingan Taat Setia 1. Institusi Raja ialah lambang kedaulatan negara.
Terhadap Institusi Raja
2. Menghormati Raja dan sultan yang mempunyai pelbagai tugas
tanggungjawab terhadap negara.

3. Dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.

4. Sebagai lambang taat setia kepada negara selaras dengan prinsip kedua
rukun negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

5. Dapat menyatupadukan rakyat berbilang agama, bangsa dan kaum.

6. Kesetiaan kepada raja amat penting demi mempertahankan warisan
kesultanan di negeri-negeri Melayu sejak sebelum era kemerdekaan.

Diskusi

Bahagian 3:
Kepentingan
Mempertahankan Institusi

Beraja

Soalan

• Nyatakan kepentingan mempertahankan institusi
beraja?

1. Ia merupakan lambang kesetiaan
kepada raja

Apakah
Kepentingan
Mempertahankan
Institusi Beraja?

3. Institusi raja 2. Institusi raja juga
juga menjadi berperanan menjaga
lambang kesuciaan kesuciaan
perpaduan agama Islam dan
rakyat jelata keistimewaan orang
Melayu.

Tamat


Click to View FlipBook Version