The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA - SHARIFAH NUR AZIZAH BINTI SYED MOHD ROSLAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHARIFAH NUR AZIZAH BINTI SYED MOHD ROSLAN IPG-Pelajar, 2024-03-21 11:45:25

E-Portfolio EDUP 3153 - Pentaksiran Dalam Pendidikan

NAMA - SHARIFAH NUR AZIZAH BINTI SYED MOHD ROSLAN

Keywords: INSTRUMEN PENTAKSIRAN

EDUP 3153 E-PORTFOLIO SHARIFAH NUR AZIZAH BINTI SYED MOHD ROSLAN


MUKA DEPAN


p e n g e n a l a n Menurut Dr Kama Shaffeei (2022), bermula dari prasekolah hingga ke peringkat lebih tinggi seperti universiti, sistem penilaian dan pentaksiran pendidikan disusun merangkumi asas kemahiran, penguasaan bidang sains dan sains sosial serta pembelajaran berfokus. Hal ini membuktikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia adalah satu sistem yang teratur dan selaras untuk memastikan pendidikan bermula daripada pendidikan awal kanakkanak sehingga ke menara gading. Pada tahun 2022, Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidintelah mengumumkan pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dengan menggantikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Hal ini demikian kerana untuk melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan tidak terhad dalam bidang akademik sahaja menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin (Bernama, 2022).Pentaksiran adalah salah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk mengumpul maklumat yang dipercayai mengenai prestasi murid secara berterusan. Menurut Hanifah Mahat et al. (2021), dalam Pendidikan Abad Ke-21, pentaksiran adalah mentafsir dalam pembelajaran iaitu dengan menggunakan hasil pentaksiran untuk mengubahsuai strategi Pengajaran dan Pembelajaran serta perancangan aktiviti pengukuhan dan pemulihan yang bersesuaian. Menurut Mustaqim Roslan (2023), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. PENGENALAN


PENGENALAN p e n g e n a l a n Pelaksanaan tugas 2 (Penghasilan Produk) kursus EDUP 3153 Pentaksiran dalam Pendidikan memerlukan saya untuk mencari dan mengumpulkan tiga instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang sering dilaksanakan dalam bilik darjah. Oleh hal yang demikian, saya telah menghubungi beberapa orang guru iaitu Puan Sharifah Khairiah Binti Syed Jaafar yang merupakan guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tanjung Medang dan Puan Hanisah binti Hamzah yang merupakan guru Sejarah Sekolah Kebangsaan Tanjung Medang dan Puan Naiman binti Naim iaitu guru Sains Sekolah Kebangsaan Tanjung Medang untuk berkolaborasi bagi mendapatkan instrumen pentaksiran. Sejajar dengan itu, instrumen yang telah diperolehi oleh saya ialah lembaran kerja mata pelajaran Sains Tahun 2 , Portfolio iaitu buku skrap Sejarah dan Gambar serta Video Aktiviti membaca Bahasa Melayu. Justeru itu, fokus e-portfolio ini adalah kepada penilaian instrumen PBD yang dilaksanakan di sekolah.


Instrumen seterusnya yang telah dikumpul oleh saya ialah instrumen pentaksiran portfolio. Guru mata pelajaran Sejarah ini telah melaksanakan PBD menggunakan instrumen Portfolio bagi mentaksir murid semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran. Kaedah yang digunakan oleh guru bagi mata pelajaran Sejarah ini adalah kaedah pentaksiran bertulis iaitu murid dikehendaki untuk menghasilkan portfolio yang menarik mengenai tajuk yang diberikan. Kaedah yang digunakan adalah sangat bersesuai kerana murid boleh menajamkan lagi ingatan mereka serta menghasilkan idea yang baru tentang perkara yang dipelajari olehnya. Murid boleh menterjemahkan idea mereka kedalam portfolio yang dihasilkan. in s PORTFOLIO t r u m e n 1 Kaedah


AKTIVITI IN S T R U M E N 1 Dalam konteks ini, guru telah memberikan tugasan kepada murid untuk menghasilkan satu portfolio secara individu. Guru telah menyediakan 6 helai kertas A4 berwarna kepada murid secara individu untuk menghasilkan buku skrap mengenai tajuk yang diberikan. Menurut kaca mata saya, aktiviti ini seharusnya dijalankan secara berkumpulan agar murid tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Ini boleh mewujudkan semangat kolaborasi dan komunikasi antara murid dalam kelas dalam mengumpul dan memberikan idea. Namun, sekiranya aktiviti dijalankan secara berkumpulan, akan wujud murid yang bersikap ‘free rider’ atau lepas tangan kerana kebergantungan kepada ahli kumpulan yang lain. Bukan itu sahaja, malah murid akan merasakan tidak mempunyai kebebasan dalam mengeluarkan idea untuk menghasilkan portfolio tersebut. Guru memberikan arahan dan taklimat tugasan kepada murid untuk menghasilkan Portfolio


TAJUK PDP in s t r u m e n 1 Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi Kaedah DDokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah Tahun 6 telah dijadikan rujukan oleh guru untuk melaksanakan instrumen portfolio. Antara aspek yang diambil kira ialah Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang telah ditetapkan dalamnya. Berdasarkan portfolio yang dihasilkan, guru telah menepati dengan standard yang dinyatakan dalam DSKP. Standard Kandungan yang digunakan adalah 11.2 Agama dan Kepercayaan di Malaysia. Standard Pembelajaran adalah 11.2.1 Menyatakan pelbagai agama dan kepercayaan masyarakat di Malaysia dengan tujuan untuk menilai kefahaman murid dari konteks kepelbagaian agama di Malaysia dan menerangkan sedikit sebanyak mengenai agama tersebut. Oleh hal yang demikian, guru telah merujuk kepada Standard Prestasi yang terkandung dalam DSKP Tahun 6 Sejarah. Dalam konteks ini, guru telah meletakkan kriteria kejayaan iaitu murid boleh menjelaskan agama dan kepercayaan di Malaysia beserta dengan contoh. Justeru, terbukti bahawa instrumen PBD yang dilaksanakan di dalam bilik darjah ini selari dengan kandungan DSKP Sejarah Tahun 6.


Instrumen Portfolio ini mampu untuk menjadi alat yang berkesan untuk melaksanakan pentaksiran kepada murid adalah kerana ia memberi peluang kepada murid untuk mengekspresikan kreativiti mereka. Hal ini kerana, dalam penghasilan portfolio kemahiran kreativiti diperlukan oleh individu. Kompetensi 6C juga dapat diaplikasikan dalam diri murid melalui instrumen ini terutamanya dari aspek kreativiti dan pemikiran kritis. Portfolio yang dihasilkan kebiasaannya memerlukan pemahaman yang mendalam iaitu melalui penyelidikan dan penggubalan maklumat. Murid diberi peluang untuk menilai pembelajaran mereka dan ini membolehkan murid untuk memahami topik dengan lebih mendalam. Mereka perlu menyusun maklumat yang diperolehi serta pemahaman yang menyeluruh dan penilaian kritis. Justeru, guru akan lebih memahami gaya pembelajaran seseorang murid. Kelemahan instrumen portfolio ini dalam mentafsir murid adalah dari aspek penilain secara subjektif. Penggredan buku skrap adalah lebih subjektif dan terbuka kepada tafsiran guru. Guru sukar untuk membuat penilaian yang berbentuk terbuka. Ini boleh menyebabkan perbezaan dalam pentaksiran antara guru dan mungkin tidak sejajar dengan standard pentaksiran objektif terutamanya jika seorang guru itu berat kepada gaya pembelajaran visual. Bukan itu sahaja, ia akan menjadi satu kelemahan kepada murid iaitu murid akan memfokuskan kepada aspek estetika dan visual berbanding isi kandungan dan kefahaman mereka tentang topik yang dibincangkan. Oleh hal yang demikian, guru perlulah menyediakan rubrik pemarkahan kepada sesuatu pentaksiran agar murid lebih memfokuskan kepada isi kandungan berbanding perkara sampingan seperti gambar dan hiasan. in s t r u m e n 1 KEUPAYAAN INSTRUMEN PORTFOLIO MENTAKSIR MURID


Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang telah berjaya dikumpulkan oleh saya adalah instrumen pentaksiran lembaran kerja. Menurut KPM (2019), Pentaksiran secara bertulis adalah melibatkan aktiviti untuk guru menyemak dan memeriksa tugasan serta hasil penulisan murid. Guru mata pelajaran sains ini telah melaksanakan PBD menggunakan instrumen lembaran kerja bagi mentaksir murid. Kaedah yang telah diaplikasikan oleh guru untuk melaksanakan instrumen ini adalah kaedah pentaksiran bertulis iaitu guru telah menyediakan beberapa helai lembaran kerja dan diberikan kepada murid di dalam kelas. Menurut Faezah Saliman & Zamri Mahamod (2023), didapati bahawa pentaksiran secara bertulis lebih banyak ditemukan ketika aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, antara pentaksiran yang sering menjadi pilihan ialah aktiviti pemetaan, melengkapkan lembaran kerja serta menjawab soalan secara individu mahupun secara berkumpulan. Kaedah ini telah menjadi pilihan guru kerana hasil kerja murid lebih mudah disimpan sebagai bukti PBD. LEMBARAN KERJA in s t r u m e n 2 Kaedah


Dalam konteks ini, guru telah melaksanakan aktiviti dalam bilik darjah bagi melaksanakan instrumen lembaran kerja. Menurut Hariatu Hafidzah mahmad Khory et al. (2021) kepelbagaian aktiviti dalam proses PdP memberi peluang besar kepada guru untuk mengenali kebolehan dan keupayaan kognitif murid dengan lebih baik dan dapat memberi latihan pengukuhan, pengayaan dan pemulihan sesuai keperluan murid kelas diajar. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid untuk menjawab soalan yang dikemukakan secara individu di dalam kelas. Menurut Kalai Selvan Arumugham (2015), terdapat guru yang melaksanakan pentaksiran dengan memberi penekanan kepada kerja rumah. Contohnya, guru menganggap bahawa kerja rumah sebagai satu alat pengukuran penguasaan seseorang murid dan menggunakan maklumat itu untuk tambah baik kaedah pengajaran. Namun, sekiranya murid melaksanakan lembaran kerja di dalam kelas dapat memastikan data PBD lebih tepat. Pada pendapat saya, jika murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru di rumah, murid berkemungkinan akan melihat nota yang disediakan oleh guru, membuat rujukan melalui buku teks atau secara atas talian dan bertanya kepada orang yang lebih mengetahui seperti ibu, bapa dan adik beradik. Hal ini akan menyebabkan data yang tidak tepat diperolehi kerana pada asalnya murid tidak faham secara menyeluruh tentang perkara yang dipelajarinya dan menyukarkan guru untuk membuat penilaian. Oleh yang demikian, instrumen lembaran kerja ini lebih sesuai dilaksanakan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran. AKTIVITI IN S T R U M E N 2 Guru mencetak lembaran kerja mengikut jumlah murid di dalam kelas


TAJUK PDP in s t r u m e n 2 Instrumen lembaran kerja ini telah dilaksanakan berdasarkan rujukan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Tahun 2. Antara aspek yang diambil kira adalah Standard Kandungan iaitu Kemahiran Proses Sains dan Standard Pembelajaran iaitu 1.1.1 Memerhati dan 1.1.2 Mengelas. Bukan itu sahaja, guru juga telah merujuk kepada Standard Prestasi yang terkandung dalam DKSP iaitu dari Tahap Penguasaan 1 sehingga Tahap Penguasaan 6. Dalam lembaran kerja ini, murid seharusnya sekurang-kurangnya memerihalkan penggunaaan semua deria yang terlibat untuk membuat pemerhatian tentang fenomena atau perubahan yang berlaku. Lembaran kerja yang disediakan adalah menepati dengan aspek yang dikemukakan dan ia memudahkan guru untuk membuat penilaian kepada murid. Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi DSKP SAINS TAHUN 2


IInstrumen lembaran kerja ini mampu untuk dijadikan pemetaan kepada kemajuan seseorang murid. Hal ini kerana lembaran kerja ini membolehkan guru untuk membuat rekod kemajuan dari semasa ke semasa bagi seseorang murid bagi setiap standard pembelajaran. Dengan cara ini, guru dapat melihat perkembangan murid dalam pelbagai kemahiran dan kefahaman murid dalam sesuatu pembelajaran. Guru dapat mengenalpasti keperluan murid dan memberikan latihan tambahan jika perlu. Dengan melihat rekod pencapaian yang disimpan, guru dapat mengenal pasti trend kemajuan dan menyesuaikan pengajaran mereka mengikut kesesuaian. Instrumen lembaran kerja yang disediakan secara terperinci dan tersusun memudahkan guru untuk membuat penilaian yang lebih objektif untuk memberikan maklum balas yang lebih bermakna. Menurut Siti Aishah Hassan et al. (2021), antara tugas seorang pengajar adalah untuk membina pelajaran yang sesuai mengikut keperluan setiap pelajar. Bukan itu sahaja, instrumen lembaran kerja boleh diubahsuai mengikut keperluan dan matlamat pembelajaran kerana ianya tidak terikat kepada satu mata pelajaran sahaja serta tidak terikat kepada tahap kemahiran. Contohnya, guru menyediakan lembaran kerja tahap mudah kepada murid yang berkemahiran rendah dan sebaliknya. Menurut Dr Mohd Syaubari Othman (2022), Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan semua murid yang mempunyai tahap penguasaan akademik dicampurkan supaya dapat saling membantu selain untuk memperkasakan pentaksiran bilik darjah (PBD). Instrumen lembaran kerja ini juga mempunyai kelemahannya seperti keterbatasan dalam menilai keupayaan sebenar murid. Hal ini demikian kerana, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa pendidikan adalah satu usaha untuk memperkembangkan potensi secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial (JERIS). Ia bukan hanya kebergantungan kepada peperiksaan atau akademik semata-mata. Lembaran kerja juga kurang sesuai untuk mengukur kemahiran abstrak atau kreativiti murid secara terperinci. Dalam pembelajaran abad ke-21 ini, pengaplikasian konsep 6C iaitu konstruk sahsiah (character), kewarganegaraan (citizenship), kolaboratif (collaboration), komunikasi (communication), kreativiti (creativity) dan pemikiran kritis (critical thinking) adalah satu keperluan (Manisah Mohd Shah & Mahamsiatus Kamaruddin, 2022). Oleh hal yang demikian antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah guru boleh menyertai seminar untuk memberikan lebih kefahaman kepada guru untuk membina lembaran kerja yang mencakupi aspek yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti JERIS. Hal ini kerana, penyediaan dan penilaian lembaran kerja ini mengambil masa yang lama kerana dilakukan secara terperinci yang menekankan semua aspek. Sekiranya guru memahami dengan lebih mendalam, guru dapat menyediakan dalam masa yang singkat dan memenuhi kehendak. in s t r u m e n 2 KEUPAYAAN INSTRUMEN LEMBARAN KERJA MENTAKSIR MURID


Instrumen terakhir yang berjaya diperolehi oleh saya ialah instrumen pentaksiran catatan anekdot. Guru mata pelajaran Bahasa Melayu ini telah menggunakan Kaedah Pentaksiran melalui pemerhatian. Pemerhatian adalah salah satu kaedah yang sering digunakan oleh guru dia sekolah terutamanya sekolah rendah. Penilaian pemerhatian di sekolah rendah ialah proses mengumpul maklumat tentang pencapaian murid melalui pemerhatian secara langsung dalam pelbagai aktiviti pembelajaran (Zamri Mahamod & Nor Razah Lim, 2021). Pendekatan ini memberi peluang kepada guru untuk melihat secara langsung kebolehan, kemahiran dan perkembangan pelajar dalam pelbagai situasi pembelajaran. Guru menggunakan pelbagai kaedah untuk menilai prestasi pelajar, termasuk pemantauan harian, catatan anekdot, dan penilaian berterusan. Penilaian ini membolehkan guru faham akan keperluan dan kebolehan murid. Selain itu, kaedah penilaian pemerhatian memperkasakan murid dengan memberi mereka peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran dan menilai diri mereka sendiri. Ini membantu membina keyakinan dan memotivasikan pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka. Secara keseluruhannya, kaedah penilaian pemerhatian di sekolah rendah memberikan gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan murid dan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. CATATAN ANEKDOT in s t r u m e n 3 Kaedah


Dalam pada itu, guru telah melaksanakan aktiviti bagi melaksanakan instrumen catatan anekdot. Aktiviti membaca melalui kaedah pentaksiran pemerhatian melibatkan pemantauan secara langsung terhadap kemahiran membaca pelajar dalam pelbagai situasi pembelajaran. Guru akan mengamati pelajar semasa mereka membaca secara individu, dalam kumpulan kecil, atau secara lisan. Dalam konteks ini, menurut Kamarul Azmi Jasmi (2012), pemerhatian telah dilakukan oleh guru untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid Guru menggunakan catatan anekdot untuk mencatat perkembangan pelajar dari semasa ke semasa .Melalui pentaksiran pemerhatian ini, guru dapat menyesuaikan pengajaran mereka mengikut keperluan setiap pelajar. Mereka dapat memberikan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap pembacaan pelajar dan memberikan sokongan tambahan kepada mereka yang menghadapi cabaran dalam membaca. Menurut Faida Rahim (2023), data terkumpul berdasarkan tahun 2019, seramai 175,304 (13%) kanak-kanak di hujung usia persekolahan sekolah rendah di Malaysia dilaporkan masih tidak berkemahiran dalam membaca dan 1.01 juta (5.03%) rakyat Malaysia masih tidak mempunyai kemahiran literasi. Selain itu, pentaksiran pemerhatian juga membolehkan guru mengenal pasti strategi pembelajaran yang berkesan dan memberikan pujian serta dorongan kepada pelajar untuk meningkatkan motivasi mereka dalam membaca. AKTIVITI IN S T R U M E N 3 Guru menjalankan pemerhatian kepada murid yang sedang membaca


TAJUK PDP in s t r u m e n 3 Instrumen catatan anekdot ini telah dilaksanakan berdasarkan rujukan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 2. Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum (2016), Standard Kandungan yang dipilih ialah 2.1 asas membaca dan memahami manakala Standard Pembelajaran adalah 2.1.1 membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai bagi perkataan, ayat, perenggan dan petikan serta 2.1.2 iaitu membaca dan memahami perkataan, ayat, perenggan dan petikan. Standard Prestasi Kemahiran Membaca juga terdiri daripada Tahap Penguasaan 1 sehingga Tahap Penguasaan 6. Dalam instrumen ini, murid sekurang-kurangnya dapat membaca, memahami dan menaakul bajan, mengenal pasti kandungan teks bahan sastera dan bahan bukan sastera serta mempersembahkan karya sastera pada tahap yang memuaskan. Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi DSKP BAHASA MELAYU TAHUN 2


IInstrumen pentaksiran pemerhatian membolehkan guru mengenal pasti kemajuan membaca setiap murid secara individu. Dengan pemerhatian langsung dan memahami kekuatan dan kelemahan mereka dalam membaca, guru dapat merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca murid. Guru dapat menilai tahap kemahiran membaca dan memberi bantuan yang sesuai untuk meningkatkannya. Catatan anekdot yang dihasilkan oleh guru dapat membantu guru itu menyesuaikan pengajaran dengan keperluan setiap murid. Dengan catatan prestasi murid secara berterusan, guru dapat melihat perkembangan mereka dari semasa ke semasa dan memberikan maklum balas yang berterusan . Kelemahan dalam instrumen pemerhatian ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi dari aspek penilaian guru. Pemerhatian dan catatan anekdot bergantung kepada pertimbangan guru. Penilaian yang dilakukan mungkin dipengaruhi oleh pandangan atau pengalaman peribadi guru yang boleh membawa kepada penilaian yang tidak konsisten oleh guru. Sekiranya guru itu seorang yang tidak kompeten, murid yang mempunyai status sosial yang lebih rendah akan menghadapi akses yang terhad kepada pendidikan yang berkualiti. Perkara ini mendorong kepada berlakunya diskriminasi dan satu pandangan yang negatif terhadap seseorang. Menurut Yong Hie Hoe & Ku Hasnita Ku Samsu (2019), sikap prejudis yang wujud dalam kalangan guru daripada kumpulan etnik majoriti terhadap murid daripada kumpulan etnik minoriti seperti orang asli, Cina dan India. Dengan wujudnya sikap prejudis guru bukan sahaja akan mewujudkan jurang hubungan antara guru dan murid malah akan menghalang pembentukan perpaduan etnik di sekolah. Bukan itu sahaja, malah penempatan anak guru juga telah menjadi isu kepada pendidikan. Perkara ini adalah disebabkan oleh sikap pilih kasih. Menurut Prof Madya Dr Zuwati Hasim (2023), terdapat rungutan daripada ibu bapa tentang pemilihan murid sama ada dalam perjawatan seperti pengawas sekolah, ketua kelas dan pengawas pusat sumber atau pembabitan aktiviti akademik atau kokurikulum seperti pertandingan inovasi serta pertandingan bercerita. Hal ini kerana wujud amalan untuk mendahulukan anak guru meskipun masih terdapat murid lain berkelayakan dan berkemampuan. Perkara ini telah menimbulkan persoalan sejauh manakah penilaian yang dilaksanakan dengan adil dan saksama dalam sistem pendidikan di Malaysia. in s t r u m e n 3 KEUPAYAAN INSTRUMEN CATATAN ANEKDOT MENTAKSIR MURID


PENUTUP P E N U T U P Secara keseluruhannya, guru seharusnya memilih instrumen pentaksiran yang bersesuaian kerana guru perlu mendapatkan maklumat penguasaan murid, mengenal pasti tahap penguasaan pembelajaran mereka dan membuat pertimbangan dengan baik agar prestasi murid yang direkod serta dilaporkan mewakili prestasi sebenar mereka. Pentaksiran bilik darjah merupakan proses penting untuk menilai prestasi pelajar dalam kelas. Guru boleh mengumpul maklumat tentang pemahaman bacaan setiap pelajar melalui pelbagai kaedah, termasuk penilaian pemerhatian dan nota anekdot. Walaupun penilaian ini memberi peluang untuk penilaian berterusan dan pelarasan pengajaran yang sesuai, ia juga mempunyai kelemahan. Namun, sekiranya guru menyedari kelemahan ini, mereka boleh mengambil langkah untuk memastikan penilaian yang lebih menyeluruh dan adil. Oleh itu, pentaksiran bilik darjah memainkan peranan penting dalam membantu guru memahami keperluan pelajar dan menyediakan arahan yang sesuai untuk meningkatkan prestasi membaca.


RUJUKAN RUJUKAN


RUJUKAN R U J U K A N


LAMPIRAN 1 LAMPIRAN


LAMPIRAN 2 LAMPIRAN


LAMPIRAN 3 LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version