Kerja Kursus Sejarah
Syed Mokhtar Al-Bukhary
Disediakan oleh: Muhammad Ammar Hadif bin Mohd Zaidi
Kelas: 1 Al-Farabi
Nama Guru: Puan Surina binti Saad
Sekolah Menengah Sains Setiu
Jadual kerja
TARIKH AKTIVITI
7 Oktober 2021
Mendengar taklimat kerja kursus dari
8 Oktober 2021 guru sejarah, Puan Surina bt Saad.
10 - 13 Oktober 2021
14 - 25 Oktober 2021 Memilih tokoh yang diminati / dikagumi
Mencari dan menganalisis maklumat.
Menyiapkan laporan kerja kursus.
Objektif kajian
1. Melalui kajian yang dijalankan, saya mendapat kemahiran mencari dan
mengumpul fakta tentang latar belakang seorang tokoh, iaitu Tan Sri
Syed Mokhtar Al-Bukhary.
2. Melalui kajian ini, saya dapat mengenali dengan lebih mendalam sebab
tokoh ini dipilih sebagai tajuk kajian kes.
3. Saya juga dapat menjelaskan sebab-sebab pelajar perlu menghormati
dan mengenang jasa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Kaedah kajian
1. Pembacaan
• Saya telah membaca contoh-contoh untuk membuat kerja kursus melalui
contoh yang telah diberikan oleh guru.
2. Media massa
Saya telah mendapatkan maklumat dari bahan-bahan lain seperti
poster dan televisyen
3. Melayari internet
Saya telah mendapatkan maklumat tambahan dan gambar-gambar berkaitan
dengan kerja kursus.
Dapatan kajian
Maksud Tokoh
• Menurut kamus dewan, tokoh bermaksud orang yang kenamaan(dalam apa-
apa bidang seperti bidang politik, kebudayaan, agama, dan lain-lain), orang
terkemuka, penganjur dengan kekuatan peribadinya ia menjadi yang
berkuasa dan dihormatib oleh kawan dan lawan.
Dapatan kajian
Antara tokoh-tokoh di Malaysia
1.Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
2.Dato’ Lee Chong Wei
3.Dato’ Azizul Hasni bin Awang
4.Dato’ Sri Mohd Najib bin Abdul Razak
5.Tan Sri Dr. Mahathir bin Mohamad
Dapatan kajian
Tokoh pilihan
• Tokoh pilihan saya untuk kajian kerja kursus ini ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-
Bukhary.
• Beliau menjadi pilihan kerana banyak prinsip kejayaannya yang boleh saya
ikuti untuk berjaya.
• Antara prinsip beliau yang boleh saya contohi dan ikuti adalah:
a) kerja kuat untuk berjaya
b) jangan malu untuk bertanya
c) yakin dan jangan takut dengan diri sendiri
d) pergantungan kepada Allah SWT
e) jangan mudah putus asa
Dapatan kajian
Sumbangan Tokoh
• Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan
jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia (ke-7 terkaya di Malaysia dan ke-
32 terkaya di Asia Tenggara).
• Beliau banyak membantu golongan miskin melalui penubuhan Yayasan Al-
Bukhary.
• Yayasan ini ditubuhkan pada bulan Mac 1996.
Dapatan kajian
Sumbangan Tokoh
• Yayasan Al-Bukhary ini telah dibina di negeri Kedah dan siap pada akhir
tahun 2004.
• Objektif utama Yayasan ini ialah menggalakkan Persaudaraan Sesama
Islam.
• Yayasan ini terdiri dari dua bahagian, iaitu bahagian kerja kebajikan dan
bahagian menguruskan penyaluran dana.
Dapatan kajian
Sumbangan Tokoh
• Yayasan ini juga lebih menekankan kepada projek kebajikan yang
bercirikan Islam.
• Yayasan ini juga telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti
keagamaan, kebudayaan dan Pendidikan.
• Melalui Yayasan ini juga, ramai pelajar-pelajar miskin dari serata Asean
telah dibawa untuk belajar di Malaysia.
Dapatan kajian
Sumbangan Tokoh
• Yayasan Al-Bukhary juga memberi sumbangan untuk komuniti seperti
kemudahan masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim,
akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
• Melalui Yayasan ini, Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur
telah dibina untuk memaparkan hasil seni Islam.
Dapatan kajian
Sumbangan Tokoh
• Beliau juga telah mendermakan sejumlah RM7.75juta kepada Oxford
Centre for Islamic Studies.
• Yayasan Al-Bukhary juga membantu Institut Pembangunan Pendidikan
Maju (MIED) dan memberi biasiswa kepada pelajar yang kurang mampu.
• Selain itu, tokoh ini juga memberi sumbangan dari segi peluang pekerjaan
melalui perniagaan yang telah diusahakannya.
Cara menghormati/menghargai tokoh
1.Cara saya menghormati atau menghargai tokoh ini ialah dengan
menjadikan beliau sebagai idola saya.
2.Saya juga boleh mencontohi dan mengikuti prinsip-prinsip yang telah
diamalkan oleh beliau untuk berjaya.
3.Selain itu, saya juga boleh menghargai beliau dengan membuat buku
skrap atau apa-apa sahaja yang dapat membeeritahu kejayaan beliau
kepada semua orang.
Rumusan
Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya dapat mempelajari bahawa
bukanlah mudah untuk berjaya dalam kehidupan. Untuk berjaya, saya perlu
berusaha dengan gigih dan melakukan perubahan dalam diri sendiri. Saya
juga tidak boleh mudah berputus asa. Selain usaha yang telah dilakukan,
saya juga perlu memohon dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan
segala urusan yang telah saya lakukan.
Rujukan
Rujukan saya ialah
http://mokhtaralbukhary.blogspot.com/2008/02/tan-sri-syed-mokhtar-
al-bukhary-tan-sri.html
https://theoutlook.asia/19-prinsip-kejayaan-syed-mokhtar-albukhary/
https://www.facebook.com/TanSriSyedMokhtarAlBukharyIdolaKami/phot
os/admin-pun-baru-tahu-cerita-ni-mari-kita-kongsi-bersamasebentar-
tadi-saya-terbaca/208216865985222/