Assalamuaikum WBT. Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin, limpah kurnia dan hidayah-Nya dapatlah kita bersama-sama pada pagi ini dalam Program E-Taranum dan e-Kuiz Al-Quran PPIM Perhubungan Negeri Selangor. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana berusaha mengadakan majlis yang penting ini . Bagi pihak Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Selangor ini, saya merngambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa PPIM negeri Selangor dan PPIM Daerah Gombak yang telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti yang banyak memberi faedah kepada anak-anak pelajar khasnya kepada anak-anak PPIM di sekolah kita. Atas usaha guru-guru yang merupakan ahli-ahli PPIM telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti dalam daerah masing-masing walaupun pertandingan ini dilaksanakan dalam pelbagai cara dengan menggunakan alatan peranti yang bersesuaian. Tahniah diucapkan atas usaha dan kesungguhan guru-guru PPIM ini. Alhamdulillah berkat hari yang mulia ini PPIM Negeri Selangor berjaya mengadakan Program E-Taranum dan e-Kuiz Al-Quran yang banyak memberi pendedahan dalam pembacaan Al-Quran kepada anak-anak PPIM. Bersesuaian dengan program ini, diharapkan dapat mendorong anak-anak PPIM menambahkan taqwa dalam diri masing-masing dengan cara mendekatkan diri dengan Al-Quran, mengisi masa dengan membaca al-Quran dan melakukan aktiviti yang membawa kebaikan sepanjang masa. Untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan usaha amat penting kerana tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, walaupun pelbagai rintangan dan kekangan yang dihadapi pada masa kini pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut untuk mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Seyogia, guru-guru PPIM menjadi penggalak atas kejayaan anak-anak murid menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Sekapur Sirih
PENGENALAN Pergerakan Puteri Islam Malaysia ( PPIM ) Perhubungan Negeri Selangor, merupakan salah satu unit kokurikulum yang bertujuan ke arah penyuburan dan pengembangan potensi diri secara menyeluruh serta bersepadu bagi melahirkan insan Puteri Islam yang berilmu, maju, berketrampilan, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Ana-anak Puteri juga diharapkan mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Pertandingan e-Kuiz al- Quran secara dalam talian ini dilaksanakan untuk memperkukuhkan kemenjadian Puteri secara holistik dalam bentuk aktiviti yang menambah pengetahuan, pengalaman dan motivasi agar menjadi insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual dan sahsiah (JERIS).
Mewujudkan pelajar Puteri Islam yang mempunyai nilai sahsiah yang mulia melalui aktiviti kerohanian yang dijalankan. Puteri PPIM juga dapat mengisi masa untuk meneruskan amalan-amalan yang dituntut oleh agama melalui pengalaman berdasarkan aktiviti yang dijalankan iaitu melalui program e-Taranum dan e-Kuiz AlQuran ini. MATLAMAT
OBJEKTIF Antara objektif e-Taranum dan e-Kuiz al-Quran ialah: 3.1 Menanam minat kalangan ahli-ahli PPIM untuk membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan dan mencari tahu sirah yang terkandung dalam Al-Quran. 3.2 Memperkembangkan potensi murid dalam bidang taranum disamping hukum tajwid semasa membaca al-Quran. 3.3 Dapat mentadaburkan al-Quran dalam kehidupan seharian melalui kuiz yang dipertandingkan.
TENTATIF PROGRAM
JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Pn. Hjh Jahani binti Kafi (Pengerusi PPIM Perhubungan Negeri Selangor) Naib Pengerusi : Pn. Saliha binti Mansor (Naib Pengerusi PPIM Perhubungan Negeri Selangor) Setiausaha Kehormat : Pn. Sakina Begum binti Zainal Abidin (Setiausaha Kehormat PPIM Perhubungan Negeri Selangor) Bendahari Kehormat : Pn. Mariati binti Md Som (Bendahari Kehormat PPIM Perhubungan Negeri Selangor) AHLI JAWATANKUASA: 1. Pn. Siti Azlina binti Saari Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Gombak 2. Pn. Norafizah binti Ahmad Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Klang 3. Pn. Rossita binti Ramlan Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Kuala Langat 4. Pn. Hajah Norhayati binti Zakaria Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Sepang 5. Pn. Hajah Noriha binti Nordin Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Hulu Selangor 6. Pn. Siti Rusilawati binti Samsudin Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Sabak Bernam 7. Pn. Johana binti Mat Said Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Petaling Perdana 8. Pn. Rose Aliza binti Sutrisno Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Hulu Langat 9. Dr. Norlaily binti Abdul Halim Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Petaling Utama 10. Pn. Hjh Noor Hayati binti Embong Pengerusi PPIM Perhubungan Daerah Kuala Selangor 11. Datin Zaryati binti Haji Sakimon AJK Pentadbir Dipilih 12. Pn. Siti Amna'a binti Md Noor AJK Pentadbir Dipilih 13. Pn. Siti Junidah binti Md Darmiah AJK Pentadbir Dipilih 14. Pn. Rohaizah binti Mohamed Sohor AJK Pentadbir Dipilih
JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penghargaan