The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kas.nh2020, 2022-06-23 16:07:21

MODUL PEMBINAAN JATI DIRI KANAK-KANAK

PENTAKSIRAN AKHIR KAI 60404

Modul
Pembinaan

Jati Diri

Kanak-Kanak

Bil Perkara Muka Surat
1 Pengenalan 1
2 Biodata Penulis 2
3 Konsep 3
4 Jadual Pelaksanaan Aktiviti 3
5 Panduan Pelaksanaan Aktiviti 4
6 Rancangan Pengajaran Aktiviti 1
7 Aktiviti Kanak-Kanak – Aktiviti 1 5 -7
8 Bahan Bantu Mengajar Aktiviti 1 8
9 Pentaksiran Aktiviti 1 9
10 Rancangan Pengajaran Aktiviti 2 10
11 Aktiviti Kanak-Kanak – Aktiviti 2
12 Bahan Bantu Mengajar Aktiviti 2 11 - 14
13 Pentaksiran Aktiviti 2 15
14 Impak dan Penutup 16
15 Rujukan 17
16 Catatan 18
18
19

Modul Pembinaan Jati Diri Kanak-Kanak ini merupakan salah satu
Program Pendidikan Ibu Bapa (Program Sokongan) untuk membantu ibu
bapa dalam mendidik anak-anak yang dimasukkan dalam satu modul yang
meliputi pengetahuan dan sokongan untuk membantu ibu bapa meningkatkan
keberkesanan pengajaran di rumah. Modul ini juga dapat menyediakan kanak-
kanak dalam memahami dan menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam
sesuatu topik yang disusun dalam modul ini.

Modul Pembinaan Jati Diri Kanak-Kanak ini juga menekankan aspek
perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian yang terdapat dalam
Tunjang Keterampilan (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan). Tunjang
ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek sosioemosi dan
pembinaan kemahiran berinteraksi serta kemahiran sosial dalam kalangan
kanak-kanak. Selain itu, tunjang ini juga memupuk kepimpinan dan sahsiah
diri kanak-kanak melalui aktiviti kurikulum dan juga kokurikulum.

Di akhir modul ini, kanak-kanak dapat mengenali diri sendiri, mengurus
emosi dan mengawal tingkah laku sendiri, menghormati kepelbagaian emosi
dan pandangan orang lain, membina kemahiran sosial dalam kehidupan
bermasyarakat serta membina keyakinan dalam menghadapi pelbagai
cabaran.

Kerjasama ibu bapa dalam membantu kanak-kanak membina kemahiran
sosioemosi secara berkesan dengan menggunakan modul ini amat digalakkan
dan ibu bapa melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini
mengikut kreativiti serta perkembangan anak masing-masing.

1

Nama : Nurulhuda binti Kasuan
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Prasekolah

Pengalaman Bekerja : 11 tahun

Tempat Bertugas : SK Taman Tun Dr. Ismail (1 )
Kuala Lumpur.
SK Segamat Baru, Segamat, Johor.

2

Modul Pembinaan Jati Diri Kanak-Kanak ini berkonsepkan
kekeluargaan. Penglibatan ibu bapa dalam menjayakan modul ini amat
penting dalam membantu membentuk jati diri kanak-kanak terutama di
rumah. Selain itu aktiviti dalam modul ini merujuk kepada KSPK 2017
yang berkonsepkan belajar melalui bermain supaya kanak-kanak
berpeluang belajar dalam suasana bebas, selamat, gembira dan
bermakna. Konsep pembelajaran berpusatkan kepada kanak-kanak juga
diaplikasi dalam modul ini bagi memupuk sikap berani mencuba dan
yakin pada diri sendiri. Ibu bapa hanya menjadi pemudahcara atau
pembimbing yang akan memandu kanak-kanak dalam menjalankan
setiap aktiviti dalam modul ini.

BIL HARI FOKUS STANDARD AKTIVITI
KANDUNGAN
- Lompat &
1 JUMAAT KD 1.0 Mengenali & Kenal Emosi
Mengurus Emosi
- eBook
2 SABTU KD 2.0 Mencapai Emosi - Bina Piramid
Yang Positif
Cawan
- Belon

Bergabung

***Jadual ini adalah fleksibel. Ibu bapa boleh menjalankan aktiviti

bersama anak mengikut waktu lapang. 3

Panduan & Cadangan Pelaksanaan Aktiviti

❖ Terdapat 2 cadangan aktiviti yang diberikan dalam modul ini.
Ibu bapa boleh menggunakan cadangan aktiviti tersebut dan
boleh dilaksanakan mengikut kreativiti dan kebijaksanaan ibu
bapa supaya tidak menghalang minta, pengalaman,
kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak.

❖ Aktiviti dan tempoh masa yang dicadangkan dalam RPA
modul ini adalah fleksibel mengikut perkembangan kanak-
kanak.

❖ Masa yang dicadangkan dalam modul ini 10 – 30 minit bagi
setiap aktiviti. Masa juga fleksibel bergantung kepada
kesediaan dan fokus kanak-kanak.

❖ Ibu bapa perlu membimbing kanak-kanak dalam
melaksanakan aktiviti yang disediakan dalam modul ini.

❖ Bahan-bahan pembelajaran yang dicadangkan di dalam
modul ini boleh mengikut kesesuaian bahan yang ada di
rumah.

❖ Borang pentaksiran perlu diisi oleh ibu bapa bagi melihat
penguasaan atau pencapaian kanak-kanak dalam objektif
yang disasarkan.
4

TUNJANG KETERAMPILAN DIRI
TEMA
FOKUS EMOSI DIRI
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN MEMBINA JATI DIRI MELALUI EMOSI

KESEPADUAN KD 1.0 Mengenali dan Mengurus Emosi

OBJEKTIF PEMBELAJARAN KD 1.1.1 Mengenal pasti dan menceritakan pengalaman
emosi yang melibatkan perasaan gembira, sedih,
BAHAN BANTU MENGAJAR takut, marah dan malu.

KOSA KATA FK 2.2.1 Melakukan pergerakan - melompat sebelah kaki.
BI 2.1.3 Read books in the correct manner (left to right).
PI 2.2.1 Mengenali diri sebagai makhluk ciptaan Allah.

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat;
1. Kenal pasti 2 – 4 emosi (gembira, sedih, takut, marah,

malu) dan menunjukkan ekspresi emosi tersebut.
2. Bercerita satu pengalaman emosi yang melibatkan

perasaan gembira/sedih/takut/marah/malu kepada ibu
bapa melalui bacaan buku cerita bersama (eBook).

Kad emosi (gembira, sedih, takut, marah, malu), eBook
tema Emosi., permainan interaktif Wordwall, ganjaran
(hadiah)

emosi, perasaan, gembira, marah, sedih, takut, malu

5

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN
SET INDUKSI
PERKEMBANGAN 1 1. Kanak-kanak meneka kad emosi dan buat ekspresi
muka mengikut kad yang ditunjukkan oleh ibu bapa.
PERKEMBANGAN 2
1. Kad emosi disusun secara berselerak mengikut
kreativiti ibu bapa dan dilekatkan di atas lantai rumah
untuk memudahkan kanak-kanak melompat dua kaki
atau sebelah kaki di atas kad emosi tersebut.

2. Ibu bapa menunjukkan cara bermain aktiviti ini
terlebih dahulu kemudian diteruskan oleh kanak-
kanak sehingga selesai kesemua kad emosi tersebut.

3. Setiap lompatan kanak-kanak perlu berhenti dan
menyebut emosi tersebut serta menunjukkan
ekspresi muka berdasarkan kad emosi yang dipijak
semasa lompatan tersebut.

4. Setelah tamat lompatan di atas semua kad emosi
tersebut, ibu bapa boleh memberikan hadiah kepada
kanak-kanak sebagai ganjaran di atas usaha mereka.

1. Ibu bapa membacakan satu eBook berkaitan dengan

emosi (digalakkan untuk memberi kanak-kanak

memilih buku cerita yang disukai).

2. Setelah selesai membaca kuat bersama kanak-kanak,

ibu bapa meminta kanak-kanak untuk berkongsi

cerita satu pengalaman kanak-kanak yang berkaitan

dengan emosi mereka. berdasarkan bacaan tadi.

Contoh: Kanak-kanak gembira apabila ibu bapa

bermain dan meluangkan masa bersama. 6

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN
PENUTUP
Ibu bapa bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai
PENGAYAAN aktiviti yang telah mereka lakukan dan menyatakan kepada
PENGUKUHAN kanak-kanak mengenai manusia sebagai makhluk Allah dan
TAFSIRAN - PENTAKSIRAN dicipta dengan pelbagai perasaan emosi dalam diri
manusia. Mengajak kanak-kanak berfikir bagaimana
mereka boleh mengawal sesuatu emosi seperti marah. Ibu
bapa memberikan contoh mengurus emosi seperti dalam
eBook yang dibaca bersama kanak-kanak.

Kanak-kanak memadankan gambar kad emosi dengan
ekspresi muka menggunakan permainan interaktif
Wordwall.

Kanak-kanak bercerita semula dengan berani dan yakin,
cerita yang dibaca bersama ibu bapa dalam eBook dan
menggunakan kisah tersebut dengan berkongsi
pengalaman kanak-kanak berkaitan perasaan yang dirasai.

TP 1 – Boleh menyatakan emosi sendiri.

TP 2 – Boleh menyatakan emosi sendiri mengikut situasi.

TP 3 – Boleh mengurus emosi sendiri dalam pelbagai
situasi.

7

1 malu

takut gembira
Lompat & Kenal Emosi

marah

Reading eBook (Emotion)

sedih

freepik Permainan Interaktif
Wordwall

Berkongsi cerita
pengalaman

8

takut gembira malu marah sedih

Beri kanak-kanak peluang untuk memilih buku yang disukai
9

BIL PERKARA TAHAP PENGUASAAN
TP 1
1 Kanak-kanak dapat mengenal pasti 2 – 4
emosi (gembira/sedih/takut/marah/malu) TP 2
dan menyatakan emosi tersebut
berdasarkan ekspresi muka yang
ditunjukkan.

TP 3

2 Bercerita satu pengalaman emosi TP 1
(gembira/sedih/takut/marah/malu) kepada TP 2
ibu bapa melalui bacaan buku cerita
bersama (eBook).

TP 3

Ibu bapa perlu menanda ( _/ ) di kotak tahap penguasaan mengikut
pencapaian kanak-kanak selepas semua aktiviti 1 dijalankan.

10

TUNJANG KETERAMPILAN DIRI
TEMA
FOKUS EMOSI DIRI
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN MEMBINA JATI DIRI MELALUI EMOSI POSITIF
KESEPADUAN
KD 2.0 Mencapai Emosi Yang Positif
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
KD 2.1.1 Menunjukkan sikap positif iaitu
BAHAN BANTU MENGAJAR (sabar & tolong-menolong)
KOSA KATA
FK 2.2.2 Melakukan gabungan pergerakan lokomotor.
FK 2.3.3 Melakukan gabungan pergerakan bukan lokomotor.
BM 1.2.4 Mendengar dan memberi respons dengan
bertatasusila terhadap (arahan).

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat;
1. Membina sikap bekerjasama (tolong-menolong) dalam

melaksanakan aktiviti “Bina Piramid Cawan” dan
“Belon Bergabung”.
2. Memupuk sifat sabar dalam melaksanakan aktiviti
“Bina Piramid Cawan” dan “Belon Bergabung” dari
awal permainan sehingga tamat permainan.

Cawan kertas, gelang getah, tali, belon, air dan ganjaran
(hadiah)

emosi positif, sikap positif, sabar, tolong-menolong

11

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN
SET INDUKSI
1. Music chair – pusing dan duduk di kerusi yang
PERKEMBANGAN 1 dilekatkan kad gambar emosi (gembira, sedih, takut,
marah, malu) mengikut muzik yang dihentikan.

2. Permainan music chair bersama adik-beradik dan ibu
bapa.

1. Aktiviti bina jati diri untuk memupuk emosi yang
positif - tolong-menolong dan sabar dalam aktiviti
“Bina Piramid Cawan” ini. Ibu bapa menunjukkan cara
bermain “Bina Piramid Cawan” seperti berikut;

2. Cara bermain –
a- 15 cawan kertas diletakkan di atas meja secara
berselerak.
b- Satu gelang getah diikat dengan tali di setiap
empat penjuru (untuk 2 - 4 orang pemain).
c- Pemain (ibu, bapa, kanak-kanak dan seorang
adik-beradik) memegang penjuru tali dan menarik
serta memasukkan gelang getah tersebut ke
dalam cawan. Kemudian bersama-sama bergerak
membawa cawan tersebut ke meja kosong untuk
membina piramid cawan.
d- Langkah (c) diulang sehingga ke semua 15 cawan
tersebut habis dan membentuk piramid cawan.

12

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN
PERKEMBANGAN 2
1. Aktiviti bina jati diri untuk memupuk emosi positif -
PENUTUP tolong-menolong dan sabar dalam aktiviti “Belon
Bergabung” ini. Ibu bapa menunjukkan cara bermain
“Belon Bergabung” seperti berikut;

2. Cara bermain –
a- Pemain perlu berpasangan (2 orang).
b- Pemain perlu membawa belon yang berisi air
dengan apa jua cara tetapi tidak boleh memegang
belon dengan tangan.
c- Pasangan pemain yang berjaya membawa belon
berisi air sehingga ke garisan penamat tanpa
pecah dikira sebagai pemenang.
d- Pasangan pemain yang berjaya diberikan ganjaran
hadiah.

Ibu bapa bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai
aktiviti yang telah mereka lakukan dan meminta kanak-
kanak menyatakan refleksi (apa yang mereka perolehi)
daripada aktiviti bina jati diri “Bina Piramid Cawan” dan
“Belon Bergabung” tersebut. Ibu bapa menerapkan nilai
positif dalam memupuk semangat bekerjasama (tolong-
menolong dan sifat sabar dalam diri kanak-kanak melalui
contoh aktiviti yang kanak-kanak lakukan secara hands-on.

13

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN
TAFSIRAN - PENTAKSIRAN
TP 1 – Boleh menunjukkan sikap yang positif dengan
rangsangan.

TP 2 – Boleh menunjukkan sebahagian sikap yang positif.

TP 3 – Boleh menunjukkan sikap yang positif dalam
pelbagai situasi.

14

Bina Piramid Cawan

2

pintest

pintest
Belon Bergabung

pintest

pintest

15

Cawan Tali Gelang getah
plastik

Belon Air

16

BIL PERKARA TAHAP PENGUASAAN
TP 1
1 Kanak-kanak menunjukkan sikap positif
(tolong- menolong) jika ada rangsangan
semasa aktiviti.

Kanak-kanak menunjukkan sebahagian TP 2
sikap yang positif (tolong-menolong)
dalam aktiviti.

Kanak-kanak menunjukkan sikap yang TP 3
positif (tolong-menolong) sepanjang TAHAP PENGUASAAN
aktiviti “Bina Piramid Cawan” & “Belon
Bergabung”

BIL PERKARA

2 Kanak-kanak menunjukkan sikap positif TP 1
(sabar) jika ada rangsangan semasa TP 2
aktiviti.

Kanak-kanak menunjukkan sebahagian
sikap yang positif (sabar) dalam aktiviti.

Kanak-kanak menunjukkan sikap yang TP 3
positif (sabar) sepanjang aktiviti
dijalankan.

Ibu bapa perlu menanda ( _/ ) di kotak tahap penguasaan mengikut 17
pencapaian kanak-kanak selepas semua aktiviti 2 dijalankan.

Diharapkan Modul Pembinaan Jati Diri Kanak-Kanak ini dapat
membantu ibu bapa dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menarik
bersama kanak-kanak di rumah selain memupuk jati diri kanak-kanak
menjadi seorang insan yang mempunyai jati diri yang baik dari segi
mengenali emosi, mengurus emosi dengan baik dan mencapai emosi
yang positif. Penerapan jati diri ini merupakan salah satu elemen penting
dalam perkembangan kanak-kanak yang membolehkan mereka
menangani pelbagai cabaran dalam kehidupan sepanjang hayat. Selain
itu, modul ini juga dapat memupuk ciri kepimpinan dan sahsiah diri
kanak-kanak melalui aktiviti yang dilaksanakan dalam modul ini.
Keakraban hubungan keluarga, kasih sayang dan komunikasi dua hala
juga dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti dalam modul ini.

Elyse, Emotions for Kids: Lessons & Activities to Build Self-Awareness.
Diperoleh pada 18 Jun 2022 daripada proundtobeprimary.com.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017. Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan Pendidikan Prasekolah Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran Semakan 2017. Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum.

Mcilroy T., 2022. Fun Social-Emotional Activities For Preschoolers.

Diperoleh pada 18 Jun 2022 daripada empoweredparents.co/social-

emotional-activities-for-preschoolers/ 18

19


Click to View FlipBook Version