The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat PIBG SK Bandar Rengam kali ke 47

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctsuzzana, 2021-05-02 01:11:08

Mesyuarat PIBG SK Bandar Rengam kali ke 47

Mesyuarat PIBG SK Bandar Rengam kali ke 47

Dipengerusikan oleh:

EN. MOHD. SHAMSOOL BIN MD. NOOR
YDP PIBG SKBR

Isi Kandungan

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
3
1 NOTIS MESYUARAT AGUNG 4
2 KATA – KATA ALUAN GURU BESAR 5
6
3 SEJAMBAK KATA ALUAN YDP PIBG
7
4 JAWATANKUASA PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 8
12
5 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 15
KE - 47 16
17
6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 18
KE -46

7 PENYATA KEWANGAN

8 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2020-2021

9 LAPORAN AKTIVITI

10 USUL MESYUARAT AGUNG KALI KE - 47

11 PENGHARGAAN

2

Notis Mesyuarat

3

Kata Aluan Guru Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W, moga kita akan menjadi hambaNya yang sentiasa
mendapat rahmat dan keredhaanNya. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima
kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam
Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Rengam kali ke – 47.

Selaku penasihat PIBG, saya ingin menyampaikan setinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Dipertua dan ahli jawatankuasanya yang telah menerajui
persatuan ini mengikut perlembagaannya dengan tujuan murni semata – mata untuk
berkhidmat dengan sekolah serta berusaha untuk membantu sekolah meningkatkan
pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah murid.

Majlis ini juga memberi erti mendalam ke arah kerjasama, memupuk kemesraan dan
saling memahami diantara guru, ibu bapa dan masyarakat. Melalui permuafakatan
mesyuarat agung ini juga memberi peluang kepada perbincangan secara menyeluruh
berkenaan dengan perkembangan dan permasalahan anak – anak kita di sekolah.
Secara amnya, masyarakat, ibu bapa, guru dan pihak sekolah saling memerlukan
antara satu sama lain untuk memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat
direalisasikan.

Di bawah pimpinan Yang Dipertua, banyak sumbangan yang telah dihulurkan oleh
PIBG terhadap sekolah ini. Ibu bapa sebagai ahli persatuan ini sudah tentu tidak
berasa hampa dengan langkah – langkah yang telah diambil. Akhirnya, terima kasih
kepada semua ibu bapa serta ahli jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 yang telah
menyumbangkan buah fikiran, tenaga serta wang ringgit untuk membantu kejayaan
yang dikecapi oleh anak – anak sekolah ini saban tahun.

Akhir sekali, saya mendoakan agar mesyuarat ini berjalan dengan lancar dalam
suasana yang harmoni serta menghasilkan sesuatu yang positif ke arah
kecemerlangan demi meningkatkan imej dan maruah sekolah ini. Selamat bersidang
dan semoga diberkati Allah.

Sekian,terima kasih.

TN. HJ. YUSOFF BIN HASSAN,
GURU BESAR,
SK BANDAR RENGAM.

4

Sejambak Kata Aluan
YDP PIBG

Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Segala puji dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan inayahNya dan izinNya
dapat kita sama – sama mengecapi nikmat iman, Islam dan seterusnya menjalankan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke – 47 tahun ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi
kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam buku program ini.
Selaku Yang Dipertua PIBG SKBR sesi 2020/2021, saya mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak
terutamanya guru – guru dan ibu bapa serta penjaga selaku ahli PIBG yang telah
banyak memberi sokongan dan bantuan kepada jawatankuasa PIBG untuk membantu
pihak sekolah menjalankan program ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik,
kokurikulum dan penyediaan kemudahan fizikal untuk membantu murid – murid
meningkatkan pencapaian dan kebolehannya.

Justeru itu, persatuan ini menjadi landasan penting bagi memecahkan permasalahan
ini dan untuk mengelak saling tuding menuding dan salah menyalah antara satu sama
lain. Selain itu, ia bagaikan satu langkah bagi mencapai kata sepakat dalam usaha
merancang dan melaksanakan aktiviti yang boleh membina personaliti dan kredibiliti
masa depan anak – anak terutamanya dari sudut disiplin.
Akhir kata, saya berharap agar ibu bapa mengambil kesempatan ini untuk berkongsi
masalah dan rahsia kejayaan serta bekerjasama mencari penyelesaian sebarang
kekusutan demi memastikan anak – anak kita beroleh kejayaan penuh makna di dunia
dan akhirat. Sesungguhnya, semangat dan kesungguhan para guru dan ibu bapa
diiringi potensi yang ada pada anak – anak kita akan menghasilkan kejayaan dan
memahat kenangan manis buat kita semua.
Sekian, terima kasih.

EN MOHD. SHAM SOOL B MD NOOR
YANG DIPERTUA PIBG,
SK BANDAR RENGAM,
SESI 2020/2022

5

Jawatankuasa Pengelola
Mesyuarat Agung

PIBG kali ke- 47

PENAUNG : EN. MOHD. SAID BIN DAIMON
PENASIHAT : TN. HJ. YUSOFF BIN HASSAN
PENGERUSI : EN MOHD. SHAM SOOL B MD NOOR
SETIAUSAHA : USTAZ MAHATHIR BIN ABDUL WAHID
BENDAHARI : PUAN IRMAWATI BTE IBRAHIM

BUKU PROGRAM &JEMPUTAN PAUTAN PENDAFTARAN
EN. MAHATHIR BIN ABDUL WAHID PN SITI SUZZANA BTE RAMLEE

PERSIAPAN PERALATAN PERSIAPAN BILIK MESYUARAT
MESYUARAT PN. MARINA BTE MD. FADZIL
EN. MUHAMMAD HAKIM BIN KAMAL CIK AIN NADHIRAH BTE JAMHARI
NAJIB
BACAAN DOA
PA SISTEM EN. MAHATHIR BIN ABDUL WAHID
EN ZAHARUDDIN BIN MUHAMMAD
PENCATAT
PN. AZLEANA BINTI MUHAMMAD
PN. AIDAH BTE RABU

6

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi Majlis (Yang Dipertua PIBG ).
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Membentang,menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke –

46.
4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan yang berakhir

pada 31.12.2020.
5. Membentang dan membahas usul – usul.(jika ada)
6. Pembubaran AJK PIBG 2020/2021 dan melantik semula jawatankuasa
7. Hal-hal lain.
8. Ucapan Penangguhan

7

Minit Mesyuarat PIBG

kali ke-46

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR RENGAM
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-46TAHUN 2020

Tarikh : 8 Mac 2020

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan SKBR

Pengerusi : En. Mohd Sham Sool bin Md Noor

Kehadiran(Bilangan) : 49

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ibu bapa yang hadir
dan sudi memberi kerjasama dalam menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali
ke-46

1.3 Tahniah kepada semua guru-guru SKBR khususnya Tuan Guru Besar atas
kejayaan cemerlang UPSR dengan pencapaian sebanyak 93.33%

1.4 Tiada perasmi bagi mesyuarat kali ini ekoran daripada keadaan politik yang
tidak mengizikan

1.5 Pemilihan dan pelantikan AJK baru bagi sesi 2020/2021

1.6 Selamat Hari Wanita kepada semua guru wanita dan juga para ibu yang
hadir.

2 UCAPAN GURU BESAR

2.1 Pn Hjh Norliza binti Sanan, GPK 1 menggantikan Pn Hjh Rajiah binti Abd
Kadir yang bersara wajib pada 26 Januari 2020.

2.2 En Lokman bin Dollah, GPK HEM menggantikan Pn Hjh Norliza yang mula
berkhidmat di SKBR pada bulan Februari yang lepas.

8

2.3 Akan ada pemilihan dan pelantikan AJK yang baru pada mesyuarat hari ini.
Di harap dapat melantik dan memilih orang yang boelh bersama-sama bagi
memajukan sekolah demi kepentingan anak-anak.

2.4 Program sekolah yang telah berjalan bermula bulan Januari hingga Mac.
Kurikulum ✓ Kelas Berfokus bagi murid Tahun 6

HEM ✓ Program Penyayang

✓ Program Minggu Anti Dadah

✓ Program Kepimpinan

✓ Program Cakna Ziarah

✓ Pogram Mentor Mentee

Kokurikulum ✓ Merentas Desa

✓ Kejohanan Olahraga dan Padang

✓ Fast Foward (Tempat ke-3)

✓ Mine Robotic Challenge (Trak -Tempat ke-5 dan Solar

Ship tempat ke-6)

2.5 Seorang murid SKBR iaitu Nur Atiqah Hazwani, tahun 6 telah berjaya
mewakili daerah Kluang ke peringkat Negeri Johor dalam acara 100 meter
dan 200 meter.

2.6 SKBR telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah TS25 (Trasnformasi Tahun
2025).

2.7 Empat hala tuju TS25 :
i. Guru Berkualiti
ii. Pemimpin Berkesan
iii. Penglibatan ibu bapa dan PIBG
iv. Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Dibentang oleh Encik Mahathir bin Abdul Wahid
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Norizan binti Sabtu
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Juliza Adlizan binti Amer
Makluman : Semua PIBG

4 PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN

4.1 Dibentang oleh Puan Irmawati binti Ibrahim
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Hafsah binti Omar
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Norizan binti Sabtu
Makluman : Semua PIBG

5 PEMBUBARAN AJK PIBG 2016/2017

5.1 YDP dengan rasminya membubarkan jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019

5.2 Perlantikan AJK sesi 2020/2021

YDP : En Mohd Sham Sool bin Md Nor
NYDP : Pn Hozrina binti Hajan

9

SU : En Mahathir bin Abdul Wahid
N. SU : Pn Siti Suzzana binti Ramlee
Bendahari : Pn Irmawati binti Ibrahim
AJK Ibu/ Bapa :
1. Pn Juliza Adlizan binti Amer
2. Pn Noraidah binti Misnadi
3. Pn Norhaliza binti Awang
4. Pn Norhayati binti Abd Razak
5. En Sazali bin Salim
6. Pn Norzilah

AJK Guru : 1. En Muhammad Taufiq bin Abd Shukor
2. Pn Juliza bt Rosli
3. Cik Cher Ruey Ming
4. Pn Aidah bt Rabu

Juru Audit Guru : En Zaharuddin Bin Mohamad
Juru Ibu Bapa : Pn Nur Syuhadah binti Juwahil

Makluman : Semua PIBG

6 MEMBENTANG DAN MEMBAHAS USUL

Tiada

7 HAL-HAL LAIN

7.1 En Mohamad Lokman bin Dollah @ Abdullah, GPK HEM memohon
kerjasama daripada ibu bapa penjaga untuk mengisi maklumat murid dengan
lengkap bagi tujuan kelayakan bantuan.

7.2 Pastikan anak-anak hadir ke sekolah dan murid yang gagal hadir tiga hari
berturut tanpa kenyataan akan diberi surat amaran.

7.3 KPI kehadiran SK Bandar Rengam adalah 93%. Peratus bagi kehadiran
bulan Januari adalah sebanyak 96.74 % dan 95.47% pada bulan Februari.

7.4 Permohonan Tahun Satu dan Prasekolah telah dibuka. Layari laman web
http://publicmoe.gov.my bagi permohonan Tahun 1 dan
http://eprasekolah.moe.gov.my bagi permohonan prasekolah

Makluman : Semua PIBG

7 PENUTUP

YDP mengucapkan tahniah di atas perlantikan jawatankuasa yang baru.

Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

10

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

MAHATHIR B. ABDUL WAHID MOHD SHAM SOOL BIN MD NOOR
Setiausaha PIBG 2020 YDP PIBG 2020

11

Penyata Kewangan

12

13

14

Senarai Ahli Jawatankuasa
PIBG kali ke-47

YDP : En Mohd Sham Sool bin Md Nor
NYDP : Pn Hozrina binti Hajan
SU : En Mahathir bin Abdul Wahid
N. SU : Pn Siti Suzzana binti Ramlee
Bendahari : Pn Irmawati binti Ibrahim
AJK Ibu/ Bapa :
1. Pn Juliza Adlizan binti Amer
2. Pn Noraidah binti Misnadi
3. Pn Norhaliza binti Awang
4. Pn Norhayati binti Abd Razak
5. En Sazali bin Salim
6 Pn. Norlizah bte Abu Nua’am

AJK Guru : 1. En Muhammad Taufiq bin Abd Shukor
2. Pn Juliza bt Rosli
3. Cik Siti Amira bte Sadali
4. Pn Aidah bt Rabu

Juru Audit Guru : En Zaharuddin Bin Mohamad
Juru Ibu Bapa : Pn Nur Syuhadah binti Juwahil

15

Laporan Aktiviti

1. Mendapatkan bantuan dana segera RM1000 dari Pejabat Parlimen Simpang
Renggam untuk keperluan penyediaan SOP pembukaan sekolah pasca
PKP1.0.

2. Mendapatkan sumbangan dari Datok Zakaria bin Dullah, Ketua Umno
Bahagian Simpang Renggam untuk menjalankan kursus dan lawatan
penanda aras sekolah TS25 ke SK KOTA,Negeri Sembilan.

3. Mengadakan bacaan Yasin,tazkirah dan Asmaul Husna untuk semua murid
pada setiap Khamis.

4. Mengadakan program motivasi untuk kepimpinan murid SKBR.
5. Mengadakan Program kelas tambahan serta teknik menjawab soalan bagi

memantapkan penyediaan murid menghadapi UPSR.
6. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti pada hari –

hari kebesaran Islam.
7. Menjalankan jualan peralatan sekolah pada waktu pagi dan rehat pada hari

persekolahan di kedai PIBG
8. Membantu pihak sekolah mendapatkan sumbangan dan dana untuk aktiviti

dan kemudahan asas sekolah.
9. Menjalankan jualan peralatan sekolah dan sukan pada hari pendaftaran

sekolah.
10. Menyediakan baju sukan dan baju KRMJ untuk murid-murid SKBR.

16

Usul

USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK BANDAR RENGAM
KALI KE – 47
- Tiada -

17

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada:
1. Tn Hj Yusoff bin Hassan ( Guru Besar SK Bandar Rengam ).
2. En Mohd. Sham Sool bin Md Noor ( Yang Dipertua PIBG sesi 2020/2021 ).
3. Ahli jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021.
4. Jawatankuasa pengelola Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke – 47.
5. Barisan pendidik SK Bandar Rengam.
6. Staff SK Bandar
7. Para ibu bapa serta penjaga.
8. Semua penyumbang dan penaja.
9. Semua murid dan semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung

Tahunan PIBG kali ke – 47

18


Click to View FlipBook Version