The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DATO' SERI HISYAMUDDIN TUN HUSSIEN ONN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10360346, 2021-04-14 23:06:05

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

DATO' SERI HISYAMUDDIN TUN HUSSIEN ONN

Keywords: SLB

KHAERAH NADJWA BINTI ABDULLAH
6 SIDDIQ

SEKOLAH KEBANGSAAN ABDULLAH SG MATI 84400 TANGKAK JOHOR
DARUL TAKZIM

E-MAIL: [email protected]

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

1.PENDAHULUAN
2.BIODATA TOKOH PEMIMPIN
3.PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH
4.KERJAYA TOKOH
5.SUMBANGAN TOKOH
6.NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI AKAN DATANG
7.PENUTUP DAN KESIMPULAN
8.SUMBER RUJUKAN

1.Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (lahir 5 Ogos 1961) ialah seorang ahli politik dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) dan kini beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri pada 10 Mac 2020. Beliau telah berkhidmat dalam kerajaan Malaysia
sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sejak 2013 hingga 2018. Sebelum ini beliau ialah Menteri Pelajaran dari tahun 2004-2009. Beliau telah
disebut sebagai kemungkinan pengganti kepada sepupunya, Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak.[2] Beliau ialah anak
kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan anak saudara Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak..

Datuk Seri Panglima Hishammuddin adalah anak kepada Tun Dato' Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-tiga Malaysia dan cucu kepada
Dato' Sir Onn Dato' Jaafar, yang juga merupakan pengasas UMNO. Hishamuddin juga adalah sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib
Tun Razak. Isteri beliau, Yang Mulia Tengku Dato' Sri Datin Seri Panglima Marsilla Tengku Bendahara Dato' Sri Abdullah, Puteri Raja Pahang,
Malaysia. Anak-anak beliau ialah: Nasha Alyssa Hisammuddin (lahir 23 Mac 1989), Faris Hishamuddin (lahir 11 September 1992), Kyra Arianna
Hishammuddin (lahir 31 Mei 1996) dan Fahd Hishamuddin (lahir 31 Mei 1997).

Anak perempuan beliau telah mengahwini Anas Zawawi Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, seorang anak ahli perniagaan terkenal di Malaysia.

2.Hishammuddin merupakan anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan cucu kepada Onn Jaafar, pengasas UMNO dan pejuang
kemerdekaan Malaya.
Sebelum beliau memulakan kerjaya politik beliau, Hishammuddin merupakan bekas seorang peguam dengan firma besar Malaysia yang kemudian dikenali
sebagai Skrine & Co (kini dikenali sebagai Skrine) dan kemudian, sebuah firma yang kemudiannya dikenali sebagai Lee Hishammuddin (kini dikenali sebagai
Lee Hishammuddin Allen & Gledhill).
Isterinya, Yang Mulia Tengku Dato' Sri Datin Seri Panglima Marsilla Tengku Abdullah, adalah seorang puteri dari negeri Pahang, Malaysia.Hishamuddin dan
Yang Mulia Tengku Dato' Sri Datin Seri Panglima Marsilla telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, Faris Hussien, Kyra Arianna dan
Fahd Hussein. Anak sulung Hishamuddin iaitu Nasha Alyssa merupakan menantu kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), suami kepada penyanyi
Datuk Siti Nurhaliza. ke arah matlamat cemSebagai seorang wakil rakyat, beliau bertekad untuk membangunkan kawasan Parlimen Sembrong erlang,
gemilang dan terbilang.

3.Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. St. John's Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum ayahnya dilantik menjadi
Timbalan Perdana Menteri pada 1973. Setelah perlantikan jawatan dilakukan ke atas ayahnya, beliau menuntut ke Sekolah Alice Smith, Kuala
Lumpur sebelum ditukarkan ke sebuah sekolah swasta. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Wales, Aberystwyth, United
Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat
Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan Korporat pada 1988 di Sekolah Ekonomi London,
United Kingdom.

4.Hishammuddin merupakan ahli UMNO Cawangan Sri Lambak, Sembrong, Johor. Beliau kini juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian
Sembrong. Selain itu, beliau turut dilantik sebagi Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Biro UMNO
Malaysia.Beliau pernah juga dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Tenggara dan Ketua UMNO Bahagian Tenggara. Kerjaya beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi Parlimen Tenggara
pada pilihan raya umum tahun 1995. Pada tahun 1999, iaitu pilihan raya berikutnya, beliau telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut.Walau
bagaimanapun, kesan daripada persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), beliau telah bertukar ke kawasan baru,
iaitu Parlimen Sembrong pada pilihan raya ke-11 yang lalu. Beliau menewaskan calon PAS, Onn Jaafar dengan majoriti 16,978 undi.
ke arah matlamat sebagai seorang wakil rakyat, beliau bertekad untuk membangunkan kawasan Parlimen Sembrong cemerlang, gemilang dan terbilang.

5.Sepanjang perkhidmatannya beliau bersama-sama Kementerian Dalam Negeri, beliau telah melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi meningkatkan
lagi taraf kecekapan dari sudut perkhidmatan dan sistem oleh seluruh warga kementerian. Portal maya Kementerian Dalam Negeri juga diwujudkan atas
inisiatif beliau untuk mendekatkan KDN kepada rakyat Malaysia.

Dengan adanya inisiatif baru, Polis DiRaja Malaysia yang berada dibawah seliaan Kementerian Dalam Negeri dapat melaksanakan beberapa strategi
untuk memerangi jenayah. Inisiatif ini diambil dengan berpandukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan
(PTK) mengenai usaha mengurangkan jenayah.

Usaha untuk menghapuskan jenayah ini dilakukan secara besar besaran apabila semua tenaga dan usaha difokuskan kepada kawalan dan pencegahan
jenayah. Melalui inisiatif yang dijalankan kadar jenayah di Malaysia telah menurun, sungguhpun begitu masih terdapat banyak lagi kelemahan yang boleh
diperbetulkan,bagi meningkatkan lagi prestasi kerja petugas keselamatan dan keberkesanan sistem penilaian. Fasa kedua NKRA juga telah dijalankan
apabila segala permasalahan telah dikenal pasti.

6.BELIAU SEORANG YANG AMAT TEGAS DAN BERDEDIKASI DALAM MELAKSANAKAN TUGAS.

7.APABILA KITA HENDAK BERJAYA PADA MASA HADAPAN,KITA HARUSLAH MENGIKUTI CARA-CARA SEPERTI BELIAU.

8.
-POWER POINT
-https://en.wikipedia.org/wiki/Hishammuddin_Hussein









TERIMA KASIH .


Click to View FlipBook Version