SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
LAHAT
Bandar Lahat Baru
31500 Lahat
AEA2053 Telefon : 3228995
No. Fax: 3235041
MINIT MESYUARAT JK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK MEN KEB LAHAT KALI PERTAMA SESI 2020/2021
TAHUN 2021
Tarikh : 18 Mac 2021
Hari : Khamis
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SMK Lahat
Kehadiran : 15/20
Hadir:
1) Puan Hajah Bainah binti Ab. Dolah
2) Encik Zairol Hizam bin Haji Zakaria, AMP
3) Encik Mohd Fadil bin Abdullah
4) Puan Noraspalela binti Abdullah
5) Puan Badariah Salwa binti Aroff
6) Tuan Hj. Fadzil bin Sahak
7) PuanNorhazlita binti Ahmad Kamal
8) Puan Nurhafizah binti Abdullah
9) Puan Nazatul Sahida binti Sahak
10) Encik Syed Jamalul Hisam bin Syed Abd Rani
11) Encik Razali bin Noorhan
12) Puan Nor Azah binti Abdullah
13) Puan Norrosmawati binti Ramli
14) Puan Rohani binti Hashim
15) Encik Mohd Nizar bin Lee
Tidak Hadir:
1) Puan Wan Nazrina binti Wan Nawawi (Pengawas SPM)
2) Encik Mohamad Hafiz bin Abdul Samad (Pengawas SPM)
3) Puan A Victoria Mary @ Rani a/p Anthonisamy (Pengawas SPM)
4) Encik Muhammad Tarmizi bin Pandak Ismail (Bersebab)
5) Puan M.Premalah a/p Mahalingam (Bersebab)
AGENDA:
1.0 Ucapan YDP PIBG - Encik Zairol Hizam bin Haji Zakaria
1.1 Encik Zairol Hizam bin Haji Zakaria mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
AJK PIBG kerana sudi melapangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 Kali Yang Pertama bagi tahun 2021.
Tindakan: Makluman
1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
LAHAT
Bandar Lahat Baru
31500 Lahat
AEA2053 Telefon : 3228995
No. Fax: 3235041
2.0 Ucapan Penasihat - Puan Hajah Bainah binti Ab. Dolah
2.1 Puan Hajah Bainah memberi ucapan alu-aluan kepada semua AJK PIBG yang hadir ke
Mesyuarat PIBG kali pertama bagi tahun 2021. Puan Bainah berharap agar semua pihak
dapat bekerjasama membangunkan potensi murid di sekolah.
2.2 Puan Hajah Bainah memperkenalkan Puan Badariah Salwa binti Aroff, PK HEM
baharu di SMK Lahat dan Puan Norhazlita binti Ahmad Kamal, kaunselor SMK Lahat.
2.3 Terdapat empat guru baharu dan enam orang guru yang akan berpindah keluar. Hanya
tiga orang guru sahaja yang diberikan pengganti. Pihak sekolah akan kekurangan dua
orang guru.
2.4 Terdapat 464 orang murid dan 43 orang guru serta 9 orang AKP.
2.5 SPM tinggal dua mata pelajaran lagi dan akan berakhir pada 22 Mac 2021. Semua
peperiksaan berjalan dengan baik dan semua calon menjawab soalan serta sihat tanpa
sebarang masalah.
2.6 Ucapan terima kasih bagi pihak PIBG yang telah menyumbang roti, air mineral dan
makanan tengah hari kepada semua murid SPM 2020.
2.7 Kehadiran murid Tingkatan 5 (2020) ke kelas tuisyen sangat bagus.
2.8 Hasil bancian peranti murid SMK Lahat, seramai 181 orang murid daripada 464 orang
murid tidak mempunyai peranti/gajet. Seramai 283 orang murid ada peranti gajet.
2.9 Sepanjang bulan Mac, pihak sekolah telah mengadakan sebanyak 648 bilangan kelas.
Didapati seramai 222 orang murid (34.25%) tidak menyertai langsung kelas PdPr.
Pelbagai alas an dan kekangan diberikan oleh murid yang telah dihubungi.
2.10 Bagi aktiviti kokurikulum secara bersemuka dijangka akan dibenarkan bermula pada
bulan Julai. Murid-murid haruslah mengambil peluang dalam setiap pertandingan
online yang diadakan.
2.11 Antara pencapaian yang berjaya diperoleh pada tahun 2020 ialah Johan Pertandingan
Poster Reka Bentuk Digital Peringkat Negeri Perak dan Tempat Ketiga Pertandingan
Menulis Esei Diraja Bahasa Melayu Peringkat Negeri Perak.
2.11 SOP Pembukaan sekolah masih tidak berubah dan mesti dipatuhi. Sanitasi sekolah akan
diadakan pada hari Jumaat (2 April 2021) bermula waktu pagi. Murid akan masuk
seperti biasa dan suhu akan diambil di pintu pagar utama. Murid makan di dalam kelas.
2
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
LAHAT
Bandar Lahat Baru
31500 Lahat
AEA2053 Telefon : 3228995
No. Fax: 3235041
2.12 Penyuraian murid akan dipantau oleh pihak polis. Murid terus pulang dan tidak
dibenarkan berlegar di kawasan sekolah. PPKI akan pulang pada pukul 12.30 tengah hari.
Kelas Peralihan bersurai pada 1.30 tengah hari. Murid lain akan pulang pada pukul 2.00
serentak. Mula keluar kelas pada 1.50 secara berperingkat.
2.13 Penjajaran Kurikulum selepas pandemik menyebabkan masa PdPc bertambah bagi semua
subjek.
2.14 Mesyuarat Agong Tahunan PIBG 2021 dijangka akan diadakan pada 22 Mei 2021
(Sabtu), pukul 9.00 pagi – 11.00 pagi. Tiada persembahan murid dan tetamu luar. Masa
yang dibenarkan tidak melebihi 2 jam.
Tindakan: Semua AJK
3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Lalu.
3.1 Puan Nazatul Sahida binti Sahak mencadangkan minit mesyuarat yang lalu diterima
dan disokong oleh Puan Norrosmawati binti Ramli.
Tindakan: Semua AJK
4.0 Perkara-perkara berbangkit
4.1 Pagar di kawasan padang telah ditinggikan bagi mengelakkan kemasukan kerbau. PPD
memaklumkan pihak sekolah akan mendapat pagar baharu yang berkualiti berharga
RM100 000.
4.2 Bantuan Data Internet RM100 telah diserahkan kepada semua murid Tingkatan 5 SPM
2020.
4.3 Duit bayaran makanan Tuisyen Cikgu Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak bagi
murid SPM 2020 telah diterima semula. Didapati kehadiran murid ke kelas tambahan
memberangsangkan apabila pihak sekolah menyediakan makanan.
Tindakan: Semua AJK
4.0 Laporan/Isu/Makluman/Kertas Kerja
5.1 Laporan Kurikulum
5.1.1 PdPr bagi guru pengawas SPM. Guru yang terlibat dengan pengawasan SPM akan
memberi tugasan secara offline. Respon murid didapati kurang
memberangsangkan atas pelbagai kekangan.
5.2 Laporan HEM
5.2.1 Bilangan murid SMK Lahat terkini seramai 464 orang murid. Murid tingkatan 1
masih lagi belum menerima panggilan dan mendaftar keluar ke sekolah-sekolah
berasrama, MRSM dan lain-lain.
5.2.2 Taklimat persiapan pembukaan sekolah pada 5 April 2021. Kerusi dan meja
sedang disusun oleh pekerja am.
3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
LAHAT
Bandar Lahat Baru
31500 Lahat
AEA2053 Telefon : 3228995
No. Fax: 3235041
5.2.3 Pihak sekolah memilih model 4 iaitu penyuraian murid secara berperingkat.Ibu
bapa dimohon memberi kerjasama untuk mengambil anak-anak mengikut waktu
yang ditetapkan.
5.3 Laporan Kokurikulum
5.3.1 Aktiviti kokurikulum yang sempat diadakan sebelum PKP ialah Kejohanan Sukan
Olahraga. Selepas PKP, aktiviti kokurikulum tidak dapat dilaksanakan.
5.3.2 Hanya enam orang murid Tingkatan 5 berjaya mendapat A bagi markah PAJSK.
5.3.2 Pihak PPD telah bersetuju markah PAJSK diberikan berdasarkan 6 perjumpaan
bersemuka yang telah diadakan.
5.3.3 Selepas PKP, aktiviti kokurikulum diadakan secara dalam talian. Murid akan
dimaklumkan oleh guru penasihat bagi menyertai pertandingan dalam talian. Sijil
akan diberikan secara online dan murid diminta untuk memaklumkannya kepada
guru penasihat supaya markah PAJSK dapat direkod. Murid diminta cakna
tentang segala makluman yang disebarkan oleh guru dan menyertainya.
5.3.4 Acara koakademik akan bermula sejurus selepas sekolah dibuka pada 5 April ini.
Pihak sekolah perlu menghantar penyertaan murid ke PPD. Penyertaan dalam
bentuk rakaman yang dihantar melalui pendrive bagi pertandingan pidato, syair
dan sebagainya.
5.4 Laporan Kewangan
5.1.1 Bendahari membentangkan Laporan Kewangan terkini bermula 1 Mac 2020
sehingga 18 Mac 2021. (Rujuk Edaran). Jumlah kutipan sumbangan PIBG
secara keseluruhan ialah RM20 501.07.
Baki Akaun Sumbangan PIBG ialah RM8256.98.
Baki Akaun Tabung Keselamatan & Keceriaan ialah RM5427.59.
Baki Akaun Tabung Peningkatan Akademik ialah RM6816.5
5.1.2 Sejumlah 50 keluarga yang masih belum menjelaskan sumbangan PIBG.
5.1.3 Berlaku kesilapan merekod akaun kewangan pada tahun-tahun sebelumnya di
mana lajur perbelanjaan tidak direkod mengikut jenis perbelanjaan yang betul.
Kesilapan tersebut telah dibetulkan.
5.1.4 Puan Hajah Bainah mengingatkan bahawa prosedur perbelanjaan yang
melibatkan duit sumbangan PIBG perlu disertakan surat dan diluluskan oleh AJK
4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
LAHAT
Bandar Lahat Baru
31500 Lahat
AEA2053 Telefon : 3228995
No. Fax: 3235041
PIBG jika melebihi RM500. Jika di bawah RM500, YDP boleh membuat
keputusan sendiri. Pihak sekolah tidak boleh mengambilnya sesuka hati.
Sumbangan PIBG fokus kepada kegunaan murid dan aktiviti bersama ibu bapa.
5.1.5 Bagi Tabung Peningkatan Akademik dan Tabung Keselamatan dan Keceriaan,
pihak sekolah boleh menggunakannya tanpa memohon kebenaran AJK PIBG
bagi menjalankan aktiviti atau program sekolah. Penyata kewangan akan
dibentangkan bagi memaklumkan apa yang dibelanja oleh pihak sekolah.
5.1.6 Peruntukan hadiah persaraan atau hadiah perpindahan guru dan staf telah
ditetapkan seperti berikut:
Pengetua/ Penolong Kanan/ Guru Kanan : RM150
Guru/ Staf : RM100
Tindakan: Semua AJK
6.0 Hal-hal lain
6.1 Puan Badariah memaklumkan ibu bapa diminta untuk mengemaskini maklumat ibu
bapa dalam Sistem Pengurusan Sekolah. Masih ramai ibu bapa yang belum
mengemaskini maklumat. Maklumat ini penting bagi memohon sebarang bantuan pada
masa akan datang dan urusan mendaftar persekolahan anak. Jika terlupa password, ibu
bapa diminta maklumkan kepada guru tingkatan. Ibu bapa boleh memantau kehadiran
anak-anak mereka melalui sistem ini. Maklumat tambahan, penyuraian murid pada hari
Jumaat bermula 12.00 tengah hari.
6.2 Encik Razali bin Noorhan mencadangkan ibu bapa menggunakan Whatsapp apabila
sampai di sekolah untuk mengambil anak.
6.3 Encik Zairol mencadangkan satu banner untuk memaklumkan waktu penyuraian murid
mengikut tingkatan diletakkan di pagar sekolah.
6.4 Encik Zairol Hizam bin Haji Zakaria, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
Ahli Jawatankuasa 2020/2021 atas kerjasama yang telah diberikan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.52 petang.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
__________________________ ________________________________________
(NURHAFIZAH BINTI ABDULLAH) (ZAIROL HIZAM BIN HAJI ZAKARIA, AMP.)
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
SMK Lahat. SMK Lahat.
5