SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANTAI
JALAN CENDERAI, BANGSAR,
59100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-20951312 / Faks : 03-20921237
DIALOG PRESTASI GURU KALI KE-4 TAHUN 2021
Tarikh : 9 DISEMBER 2021 (KHAMIS)
Masa : 1.30 TENGAH HARI
Tempat : DEWAN TERBUKA SK BUKIT PANTAI
Pengerusi : EN SHAHARUDDIN BIN EUSOP
Jawatan : GURU BESAR
Kehadiran : Rujuk lampiran
BIL PERKARA/AGENDA YANG DIBINCANGKAN TINDAKAN
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Dialog Untuk makluman
Prestasi Guru kali ke-4 bagi tahun 2021 yang diadakan secara
bersemuka.
1.2 Impak Dialog Prestasi pada kali ini diharapkan lebih berkesan Semua guru
berbanding sebelum ini yang telah dijalankan secara dalam talian.
1.3 Sesi persekolahan tahun 2021 akan diteruskan lagi pada tahun Untuk makluman
2022 berikutan pandemik COVID19.
1.4 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada para pentadbir yang Untuk makluman
telah melancarkan lagi tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran.
Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang bekerjasama
memberikan maklumat dan data yang diperlukan.
1.5 Harapan Guru Besar agar semua guru dapat mengemas kini templat Penyelaras PBD dan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan kadar segera bagi semua guru
membolehkan Ustaz Hafiz menghantar laporan ke JPWPKL. Tarikh
akhir pengisian ialah pada 10 Disember 2021.
1.6 Guru-guru diingatkan agar menulis maklumat keberadaan guru Semua guru
semasa cuti sekolah. 1
1.7 Jurujual dari luar dibenarkan masuk ke kawasan sekolah selepas Untuk makluman
waktu sesi persekolahan berakhir iaitu pada pukul 1.45 tengah hari.
1.8 Guru Besar membuat penjelasan berkenaan sumbangan data oleh Untuk makluman
Raja Nong Chik (RNC) RM100.00 kepada setiap guru untuk
pembelian data. Mengikut perjawatan SK Bukit Pantai mempunyai
61 orang guru. Disebabkan kekurangan 5 orang guru, baki
sumbangan diberikan kepada staf sokongan.
1.9 Permohonan kepada RNC masih boleh diteruskan pada masa akan Setiausaha/Penyelaras
datang sekiranya mana-mana bahagian sama ada kurikulum, Jawatankuasa
kokurikulum atau hal ehwal murid (HEM) memerlukan bantuan
kewangan untuk menjalankan program.
1.10 Guru perlu bertindak segera jika diminta mengambil tindakan Semua guru
memberi data atau mengisi maklumat pada pautan daripada pihak
PPD, JPWP atau KPM.
1.11 Guru perlu menyelesaikan tugas-tugas berkaitan minit mesyuarat, Ketua/Setiausaha
fail peribadi murid, fail setiap jawatan kuasa berkaitan dan Panitia/Jawatankuasa
sebagainya sebelum cuti persekolahan penggal ke 3 2021.
dan Guru Kelas
1.12 Buku yang telah dipilih oleh panitia perlu diputuskan segera supaya Ketua Panitia dan
pihak kedai buku dapat membuat pesanan daripada pihak pembekal ahli-ahli panitia
untuk kegunaan sekolah pada sesi 2022.
1.13 Kedai buku sekolah ditutup bermula pada minggu ini untuk proses Untuk makluman
naik taraf dan penyusunan semula staf.
1.14 Tiada pekerja pembersihan buat masa ini disebabkan beberapa Untuk makluman
masalah yang berpunca daripada pihak pengurusan syarikat
pembersihan sendiri.
2.0 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN Ketua/Setiausaha
Jawatankuasa
2.1 Semua data dan dokumen dalam fail jawatankuasa perlu
dilengkapkan segera bagi menepati sasaran kerja tahunan semasa Semua guru
dan pemantauan daripada pihak berkeperluan.
2.2 Semua maklumat, eviden dan laporan yang disimpan dalam fail
perlu memenuhi instrumen pemarkahan dalam SKPMG2.
2
2.3 Jawatankuasa SPSK yang diketuai oleh Pn Mazriati Kamariah Jawatankuasa SPSK
akan mula menjalankan audit semakan fail pada awal Januari dan semua guru
2022.
2.4 Semua guru dikehendaki mengemas kini templat tahap Semua guru
penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang telah disediakan
oleh Ustaz Hafiz sebelum 10 Disember 2021.
2.5 Pastikan ulasan guru yang dibuat dapat menerangkan keadaan Semua guru
sebenar murid-murid agar ibu bapa penjaga maklum tentang
prestasi anak masing-masing.
2.6 Ketua Panitia perlu mengumpul semua markah PBD mata Ketua Panitia dan
pelajaran dan membuat analisa post-mortem bersama-sama ahli semua ahli panitia
panitia yang lain selari dengan hala tuju Pelan Strategik Sekolah
iaitu untuk mengurangkan TP 1 dan 2 dan meningkatkan TP 5 dan
6.
2.7 Satu salinan soalan Pentaksiran Setara Standard (PSS) perlu Setiausaha
diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan iaitu Pn Nisha selepas Peperiksaan dan
cuti persekolahan Penggal 3 2021.
semua guru
2.8 Markah sumatif PSS yang dibuat perlu diserahkan kepada Ketua Semua guru
Panitia untuk simpanan fail panitia dan rujukan kepada guru-guru
lain.
2.9 Analisa markah PSS membolehkan guru-guru bertindak untuk Semua guru
menjalankan pemulihan atau pengayaan semasa PdPC secara
bersemuka di dalam kelas, sebagai salah satu daripada eviden
PBD dan juga untuk rujukan program khas murid yang boleh
diadakan dengan kerjasama daripada ibu bapa/penjaga.
2.10 Semua maklumat berkaitan pentaksiran bagi tahun 2021 dan Penyelaras PBD dan
tahun-tahun sebelumnya perlu dikemas kini dan disimpan dalam PBS
kaedah yang mudah diakses sama ada secara softcopy atau
hardcopy.
2.11 Bagi penyediaan takwim 2022, Ketua Panitia perlu berbincang Ketua Panitia dan
dengan ahli panitia yang lain dan mencadangkan 4 program/aktiviti semua ahli Panitia
pembangunan murid dan pembangunan guru yang berpandukan
PSO untuk dimasukkan dlm takwim tersebut.
2.12 Semua perancangan Pelan Taktikal dan Pelan Operasi panitia Ketua Panitia dan
masing-masing perlu dilaksanakan bagi tahun 2022 berpandukan semua ahli Panitia
PSO yg telah dibincangkan bersama iaitu mengurangkan TP 1 dan
2 dan meningkatkan TP 5 dan 6. 3
2.13 Pemilihan buku kerja perlu dibuat secara sebulat suara antara Ketua Panitia dan
Ketua Panitia dan semua ahli panitia bersama pentadbir dan semua ahli Panitia
keputusan pemilihan dimasukkan ke dalam Dialog Prestasi panitia
bagi mengelakkan sebarang masalah kekeliruan berlaku. Ketua Panitia
2.14 Sekiranya terdapat perubahan pada bilangan dan jenis buku tulis
mohon maklumkan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
2.15 Buku-buku kerja boleh didapati di Bilik Operasi TS25. Walau Ketua Panitia
bagaimanapun buku kerja Tahun 6 belum dicetak kerana masih
dalam semakan draf.
2.16 GPK Pentadbiran, YM Raja Idzhar memberi masa dua minggu Semua guru
untuk guru-guru melengkapkan semua maklumat dalam e-RPH.
E-RPH merupakan sistem dokumen yang sangat penting dan
guru-guru boleh dikenakan denda dan tindakan sekiranya gagal
melengkapkan e-RPH.
2.17 Semua guru diingatkan agar sentiasa mengisi google form Semua guru
penghantaran dan semakan e-RPH pada setiap hari Jumaat
selepas memuat naik RPH di dalam google drive masing-masing. Ketua Panitia dan
semua ahli Panitia
2.18 Hasil daripada analisa post-mortem PBD dan PSS, semua panitia
perlu fokus menjalankan program pemulihan dan pengayaan pada
bulan Januari dan Februari 2022 bagi tujuan mengurangkan TP 1
dan 2 dan meningkatkan TP 5 dan TP 6.
2.19 Guru-guru boleh merancang untuk melaksanakan program Project Semua guru
Based Learning (PBL) dan Kefahaman Melalui Rekabentuk (KMR)
melalui kerjasama beberapa panitia mata pelajaran untuk
mentaksir TP 6.
2.20 Penataran TS Modul 7 (Digital Tools and Resources) dan Modul 8 Semua guru
(Redesigning Students’ Learning Experience) akan dibuat pada Semua guru
bulan Januari dan Februari 2021.
2.21 Semua guru perlu menghayati dan menerapkan aura KBAT tidak
kira sama ada semasa PdPC di dalam kelas mahu pun di
persekitaran sekolah dengan memperbanyak bahan KBAT di
papan kenyataan, membuat mural dan membina Taman TS25.
2.22 Bagi mata pelajaran yang berpasangan masuk ke dalam kelas, Guru Pendidikan Islam
dinasihatkan kedua-dua guru mengikut ketetapan yang dibuat oleh
KPM dan pihak JPN juga sangat tegas dalam perkara ini.
4
2.23 Semua guru yang mengendalikan data dan maklumat boleh Jawatankuasa yang
menyerahkannya kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran berkenaan
untuk pengumpulan dan perekodan data TS25.
2.24 Semua guru perlu mengamalkan penjimatan ink toner mesin Semua guru
pencetak agar dakwat tidak cepat kehabisan.
2.25 Guru yang masih belum menyerahkan sijil sakit dan borang Cuti Semua guru
Rehat Khas (CRK) diminta berbuat demikian dengan kadar segera
sebelum cuti sekolah. CRK perlu direkod dalam sistem HRMIS.
2.26 Guru diingatkan supaya masuk ke kelas jika menerima surat relief Semua guru
agar keadaan murid menjadi lebih terkawal mengikut SOP yang
telah ditetapkan.
2.27 Ketua Panitia boleh mula merancang jadual untuk ahli-ahli panitia Ketua Panitia dan
mula membuat Rancangan Pelajaran Tahunan 2021 untuk mata semua ahli Panitia
pelajaran masing-masing.
2.28 Pengisian instrumen NKRA-SKPMg2 dilanjutkan sehingga bulan Jawatankuasa SKPMg2
Februari 2022. dan Guru Data
2.29 Semua guru perlu tahu tahap potensi sekolah jika dibandingkan Semua guru
dengan sekolah-sekolah yang lain berdasarkan SKPMg2. Justeru,
semua pihak perlu peka dan membuat kerja yang diamanahkan
berdasarkan SKPMg2.
3.0 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID Semua guru kelas
Semua guru kelas
3.1 Pengisian APDM perlu dibuat pada masa yang telah ditetapkan iaitu
sebelum atau pada pukul 10.00 pagi setiap hari.
3.2 Prosedur penerimaan murid baru :
(a) Ibu bapa / murid bawa fail peribadi dari sekolah lama semasa
hari pertama. Fail akan disimpan sementara di Bilik Guru
Penolong Kanan HEM.
(b) Guru Kelas mengambil fail peribadi murid dari Guru
Penolong Kanan HEM dan menyimpannya di rak fail peribadi
murid di Bilik Operasi TS.
(c) Guru Kelas merekod butiran dan maklumat yang diperlukan
di dalam buku Rekod Pendaftaran Murid (berwarna hijau).
5
3.3 Saringan Ujian Kendiri COVID-19 telah dibuat ke atas 10% daripada Untuk makluman
jumlah kehadiran murid setiap minggu yang telah mendapat
kebenaran daripada ibu bapa masing-masing.
3.4 Saringan telah dibuat sebanyak dua kali oleh Jawatankuasa Bilik Untuk makluman
Rawatan yang diketuai oleh Pn Nooraziemah. Keputusan setakat ini
semuanya negatif.
3.5 Murid-murid Tahun 6 tidak terlibat dengan saringan disebabkan Untuk makluman
majoriti murid telah menerima vaksinasi. Untuk makluman
3.6 Ujian Kendiri COVID-19 dijalankan oleh murid sendiri dengan diberi
penerangan awal dan bimbingan oleh guru.
3.7 Bantuan gerobok rezeki telah diperolehi dari SK Jalan Hang Tuah Guru Kelas
sebanyak 20 pek. Bantuan tersebut akan diagihkan kepada
keluarga murid yang layak semasa cuti sekolah.
3.8 Guru Kelas perlu memaklumkan segera jika terdapat murid-murid
yang memerlukan bantuan keperluan persekolahan.
Untuk makluman
4.0 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
4.1 Secara keseluruhannya, pengisian PAJSK telah lengkap diisi oleh Jawatankuasa PAJSK
semua guru kelas Tahap 2.
4.2 Sijil PAJSK akan dicetak oleh Jawatankuasa PAJSK pada bulan Untuk makluman
Januari 2022. Bagi kemasukan ke Asrama Penuh, MRSM atau
sekolah kawalan, markah PAJSK akan diambil terus dari data
PAJSK KPM.
4.3 Semua guru perlu mengambil maklum bahawa salah satu matlamat Semua panitia
PSO SKBP di bawah bidang kokurikulum ialah meningkatkan Semua panitia
penyertaan dan pencapaian murid di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
4.4 Semua panitia telah ada tempat untuk dijadikan Taman TS25.
Walau bagaimanapun, kekangan masa dan sumber kewangan
menyebabkan rancangan ini tergendala.
4.5 Taman TS Panitia Sains sedang giat dijalankan dan diharapkan Untuk makluman
Taman TS Sains akan menjadi penanda aras untuk panitia-panitia
yang lain, seterusnya akan dijadikan sebagai simbolik perasmian
kepada taman-taman TS yang lain.
6
4.6 Kerja-kerja naik taraf Taman TS panitia lain akan bermula pada Ketua Panitia
bulan Januari 2022. Untuk makluman
4.7 Semua ketua Unit Kokurikulum hendaklah menyiapkan fail-fail unit Semua guru
masing-masing. Semua fail akan disemak oleh Jawatankuasa Semua guru
SPSK pada Januari 2022. Semua bahan dalam fail mestilah Semua guru
mengikut kandungan yang telah ditetapkan. Semua fail berada di Untuk makluman
dalam Bilik Operasi TS25.
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Etika berpakaian akan lebih dititikberatkan pada tahun 2022.
5.2 Semua guru diingatkan dapat menjalankan amanah yang diberi
berdasarkan bidang tugas masing-masing.
5.3 Semua guru diharapkan dapat memberikan kerjasama yang
sewajarnya kepada para pentadbir dalam memastikan
kemenjadian murid-murid SK Bukit Pantai.
5.4 Dialog Prestasi Guru kali ke-4 2021 tamat dan ditangguhkan pada
jam 3.30 petang.
Disediakan oleh,
…………….… t.t………………
(ASEELAWATI BINTI MD SHAH)
Guru Bertugas Mingguan
(6 Disember hingga 10 Disember 2021)
…………….…t.t………………
(SITI SALWA BINTI DERAMAN)
Guru Bertugas Mingguan
(6 Disember hingga 10 Disember 2021)
7