The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan Kumpulan - Tema 5
Noraima Binti Bintingan @ Paraman - MP2012090T
Jubrin Jumat - MP2012090T

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jubrinjay, 2021-06-07 11:55:42

Pelaksanaan dan Pematuhan Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah

Tugasan Kumpulan - Tema 5
Noraima Binti Bintingan @ Paraman - MP2012090T
Jubrin Jumat - MP2012090T

Keywords: Kokurikulum,Pengurusan Perubahan

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN
SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN)

TP60204 DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN

Tugasan Kumpulan 1 : Tema 5 – Pelaksanaan dan Pematuhan Kegiatan
Kokurikulum Di Sekolah

NAMA PELAJAR (i) NORAIMA BINTI BINTINGAN @ PARAMAN
NO. MATRIK (ii) JUBRIN BIN JUMAT
NAMA PENSYARAH
(i) MP2012092T
(ii) MP2012090T

DR. ROSLEE BIN TALIP

Isi Kandungan Muka Surat
2
Bil. Kandungan/ Perkara 2
1. Pengenalan 3
2. Definisi berkaitan pengurusan Kokurikulum 4
3. Konsep pengurusan Kokurikulum 5
4. Matlamat pengurusan Kokurikulum 6
5. Objektif pengurusan Kokurikulum 8
6. Strategi pengurusan Kokurikulum
20
Dasar-dasar pengurusan perubahan dalam pelaksanaan dan
7. 22

pematuhan kegiatan Kokurikulum di sekolah 25
Aplikasi teori/ model pengurusan perubahan dalam amalan 27
8. 29
pelaksanaan dan pematuhan kokurikulum di sekolah 30
Isu-isu semasa dalam pelaksanaan dan pematuhan 32
9.
kegiatan kokurikulum di sekolah
Cabaran dan Hala tuju pelaksanaan dan pematuhan
10.
kegiatan kokurikulum di sekolah
11. Strategi jangka pendek dan jangka panjang
12. Penutup
13. Bibliografi
14. Rujukan dalam talian

1

Pengenalan

Bagi memastikan kemenjadian murid seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan
intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia telah merangka sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dari
pelbagai sudut dan bidang pembelajaran agar setanding dengan sistem pendidikan negara-
negara maju yang lain. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 merupakan
pelan jangka panjang Kementerian yang menetapkan dengan jelas matlamat dan sasaran
yang ingin dicapai dari segi kualiti, ekuiti dan akses pendidikan kepada golongan pengajar dan
pelajar. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memastikan transformasi dari aspek
pengurusan sumber manusia dan kewangan serta penetapan inisiatif utama yang menjurus
kepada keberhasilan murid dapat dicapai. Perancangan secara holistik ini meliputi pelbagai
aspek dan lebih berfokuskan kepada aspek akademik dan kokurikulum para pelajar. Dalam
konteks ini, aspek pelaksanaan dan pematuhan kegiatan kokurikulum diberikan perhatian
untuk melihat sejauhmana pengurusan perubahan kokurikulum mampu menjadi satu platform
di sekolah bagi mencapai hasrat dan matlamat negara seperti yang diaspirasikan para
pemimpin dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan PPPM 2013 -2025.

Definisi Berkaitan Kokurikulum

Kokurikulum dijelaskan sebagai satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja
yang tersusun dan terancang yang sebahagian besarnya dilakukan di luar bilik darjah.
Kadangkala aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di bilik darjah seperti syarahan, ceramah,
tunjukcara dan sebagainya. Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat
menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Gerakerja
kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu: Unit Badan Beruniform, Persatuan/
Kelab dan Sukan/ Permainan.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,kemahiran, norma, nilai,
unsur,kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid

2

dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”
(Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan, 1997)

Warta Kerajaan bertarikh , 28 hb Disember 1967, No. 5652 ( Peraturan Kursus Pengajian )
Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan, manakala Warta
Kerajaan bertarikh 31hb Disember 1997 , Jilid 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan P.U.
(A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan- Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan
kokurikulum seperti yang berikut: “kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang
dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”

Konsep pengurusan kokurikulum

Kokurikulum merupakan aktiviti yang perlu melibatkan pelajar dan dijalankan di
sekolah sebagai sebahagian daripada aspek kurikulum sekolah. Aktiviti kokurikulum ini boleh
dilaksanakan samaada secara dalaman ataupun dijalankan di luar kelas mengikut kesesuaian
dan keperluan akvtiviti tersebut. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalan bergantung kepada
kreativiti para guru berdasarkan panduan ataupun silibus kokurikulum yang telah ditetapkan.
Aktiviti kokurikulum diwujudkan atas anggapan bahawa terdapat pengalaman tertentu di
dalam bilik darjah yang tidak mampu diperolehi oleh para pelajar. Oleh hal yang demikian,
aktiviti kokurikulum diadakan agar murid dapat merasai dan memperolehi pelbagai
pengetahuan dan pengalaman dari perspektif lain iaitu yang melibatkan pelbagai deria untuk
perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika
serta sosial yang positif. Kenyataan ini disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Mohd Fazli
Hassan (2013) yang menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum adalah penting dalam
membantu pelajar melengkapkan dan memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam kelas,
di samping dapat menunjukkan perubahan tingkah laku serta mempengaruhi sahsiah dan
emosi pelajar.

Pengurusan kokurikulum pula dilihat sebagai tatacara bagaimana suatu aktiviti
kokurikulum yang melibatkan aspek sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta kelab
unit beruniform diurus dan dikendalikan di sesebuah sekolah atau institusi bagi menggalakkan
penglibatan para pelajar bagi mencungkil bakat pelajar dalam bidang yang diceburi sehingga

3

ke peringkat yang tertinggi. Kenyataan ini disokong dengan kajian oleh Aminuddin (2002)
dalam Zahurul (2013) yang menyatakan bahawa matlamat utama pengurusan kokurikulum
adalah menyelaras semua aspek pentadbiran, lataihan, aktiviti penglibatan dan kejayaan
keseluruhan supaya dapat dilaksanakan dengan lancar, berkesan dan mencapai objektif yang
dirancang.

Dalam satu artikel hasil tulisan Imelda Manu Matthew (2020) bertajuk “Aktiviti
Kokurikulum”, penulis menyatakan bahawa bidang kokurikulum dilihat sebagai satu bidang
pendidikan yang mana penglibatan semua murid dan anggota masyarakat dalam pelaksanaan
bidang kokurikulum adalah perlu. Selain itu, bidang kokurikulum juga perlu dijalankan dengan
anggapan bahawa semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan
mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan
rohani). Penulis juga menyatakan bahawa semua murid mempunyai minat dan bakat yang
boleh dikembangkan, semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan
rakan sebaya. Pihak sekolah adalah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk
keperluan masyarakat dan negara. Akhir sekali masyarakat turut dituntut untuk
bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid.

Matlamat, objektif dan strategi pelaksanaan pengurusan kegiatan kokurikulum

Matlamat pengurusan kokurikulum

Menurut Aminuddin (2002), matlamat utama pengurusan kokurikulum adalah
menyelaras semua aspek pentadbiran, latihan, aktiviti penglibatan dan kejayaan keseluruhan
supaya dapat dilaksanakan dengan lancar, berkesan dan mencapai objektif yang dirancang.

Berdasarkan Buku Pengurusan Kokurikulum, SK Seri Kundang (2020), matlamat utama
aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara
matlamat yang hendak dicapai ialah melahirkan generasi yang seimbang, sihat, cerdas,
berdaya tahan, berdaya saing, berakhlak dan berketerampilan dengan tumpuan kepada
mencungkil, memupuk, mengembang dan memantapkan minat, serta bakat yang ada pada
setiap individu bagi mengukuhkan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kenyataan ini
juga disokong oleh kenyataan daripada Mohamed (2016) yang merujuk kepada Buku Panduan
Pengurusan Sekolah Menengah pada tahun 2009 bahawa objektif dan matlamat utama

4

pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah untuk mencapai dan merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Imelda Manu Matthew (2020) pula, antara matlamat yang ingin dicapai dalam
aspek pengurusan kokurikulum, antaranya ialah:

1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.
2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,

jasmani dan emosi murid-murid.
3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di

antara sekolah.
4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi.
5. Membina dan meningkatkan disiplin murid.
6. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.
7. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara

sekolah dan masyarakat.
8. Mewujudkan sekolah berwatak.

Objektif pengurusan kokurikulum

1. Memberi peluang seluas-luasnya kepada penglibatan pelajar supaya mereka
memperolehi pengetahuan tentang fungsi dan peranan sebagai seorang pelajar.

2. Menggunakan dan menggalakkan penyertaan aktif dan sungguh-sungguh untuk
membentuk sifat tanggungjawab, rajin berusaha dan perasaan bangga atas kejayaan
diri dan sekolah.

3. Menggunakan kokurikulum untuk menyokong pembelajaran, membina perasaan yakin
diri dan watak mulia serta membolehkan hubungan dua hala di antara persekolahan
pelajar dengan alam masyarakat sekitar.

4. Membina imej sekolah sebagai sekolah berwatak melalui kejayaan kokurikulum yang
cemerlang.
( Buku Pengurusan Kokurikulum, SK Seri Kundang, 2020 )

5

Strategi pelaksanaan pengurusan kokurikulum

Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaan yang
perlu diikuti menurut Imelda Manu Matthew (2020):

1. Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan
kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.

2. Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan dan
permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang
kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan.

3. Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang
sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.

4. Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat.
5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), Persatuan Ibu Bapa

Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan
aktiviti kokurikulum.
6. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang
dikehendaki.
7. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
8. Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid.
9. Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan.
10. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa ke
semasa.

Selain itu, untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, beberapa strategi
pelaksanaan perlu diikuti:

1. Kegiatan kokurikulum dan akademik yang telah dijadualkan hendaklah seimbang.
Aktiviti kokurikulum yang dirancang perlu bersesuaian dengan kurikulum.

2. Pihak sekolah dari semasa ke semasa perlu menambahkan bilangan persatuan/ kelab/
unit beruniform untuk memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara aktif.

3. Setiap murid akan melibatkan diri secara aktif sama ada secara individu atau
berkumpulan.

6

4. Setiap murid diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya 3 aktivti iaitu satu
daripada kelab/ persatuan, satu daripada sukan/ permainan dan satu daripada
pasukan unit beruniform.

5. Setiap pasukan/kelab/unit beruniform perlu merancang dengan teliti, menarik, kreatif
dan berfaedah bagi aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti tersebut perlulah
dipelbagaikan seperti lawatan, khidmat masyarakat, latihan, kursus, pertandingan iaitu
meliputi rutin dan developmental.

6. Bilangan perjumpaan perlulah sekurang-kurangnya 12 kali setahun dan setiap
perjumpaan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang memakan masa 2 jam.

7. Setiap penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum tentang perkembangan dan
kemajuan serta pencapaiannya perlu dinilai dan direkod. Penghargaan hendaklah
diberi kepada murid yang aktif dan banyak memberi sumbangan serta mengharumkan
nama sekolah sebagai insentif di samping sebagai sumber inspirasi kepada murid lain.

8. Kehadiran pelajar dalam kokurikulum perlulah 80% atau sekurang-kurangnya 10 kali
bagi membolehkan menerima sijil atau dicatat dalam rekod penglibatan kokurikulum
dalam sijil berhenti sekolah/ surat akuan.

9. Semua persatuan/kelab dan unit beruniform dikehendaki menjalankan satu aktiviti luar
seperti lawatan sambil belajar/ khidmat masyarakat dan kajian luar agar dapat menarik
minat murid.
( Buku Pengurusan Kokurikulum, SK Seri Kundang, 2020 )

7

Dasar-dasar pengurusan perubahan dalam pelaksanaan dan pematuhan kegiatan
kokurikulum di sekolah

Dalam konteks melihat implementasi dasar perlaksanaan pengurusan perubahan
kokurikulum di sekolah, Unit Kokurikulum SK Tinambak, Tuaran telah dijadikan sebagai
sumber rujukan untuk perolehan maklumat berkenaan pelaksanaan pengurusan perubahan
kokurikulum di sekolah tersebut. Kebenaran telah diberikan oleh Guru Besar SK Tinambak,
Tuaran untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan Unit Kokurikulum di
sekolah tersebut. Kebenaran dan persetujuan untuk mendapatkan sebarang maklum balas
dan juga maklumat berkaitan dengan aspek pengurusan perubahan kokurikulum juga telah
diminta daripada En. Gerry Lucien selaku PK Kokurikulum di sekolah tersebut. SK Tinambak
merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan luar bandar Daerah Tuaran dan
mempunyai enrolmen pelajar seramai 110 orang termasuk murid-murid pra sekolah. Walau
bagaimanapun, kegiatan kokurikulum di sekolah tersebut hanya melibatkan murid-murid
Tahap 2 iaitu murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6.

Fasa Perancangan
Menurut Penolong Kanan Kokurikulum SK Tinambak, dalam aspek pengurusan Unit

Kokurikulum, perkara pertama yang dilakukan oleh Unit Kokurikulum SK Tinambak adalah
mengadakan mesyuarat akhir tahun untuk berbincang dan merancang aktiviti kokurikulum
yang akan dilaksanakan pada tahun berikutnya. Semua ahli jawatankuasa akan dipanggil
untuk bermesyuarat dan untuk mengetahui perancangan aktiviti bagi kelab/ persatuan, sukan
dan permainan serta badan unit beruniform masing-masing. Dalam mesyuarat tersebut,
beberapa perkara juga turut dibincangkan, antaranya ialah laporan status pencapaian murid,
laporan status peralatan dan kemudahan sedia ada yang terdapat di sekolah, sebarang
penambahbaikan yang diperlukan untuk tahun berikutnya serta perkongsian sebarang info
dan arahan terkini daripada PPD, JPN dan KPM berkenaan pelaksanaan aktiviti kokurikulum
murid. Daripada mesyuarat ini, takwim program atau pelan pelaksanaan program tahunan
disediakan untuk tahun berikutnya.

Berikut merupakan contoh ringkasan takwim Unit Kokurikulum SK Tinambak, Tuaran
yang dapat dikongsikan menggunakan Carta Gantt:

8

TAKWIM AKTIVITI/PROGRAM
SK TINAMBA

Bil Aktiviti/ Program Jan Feb Mac Apr Mei

1234123412341234123

1 Semakan/ Kemaskini fail

2 Mesy. Koko Bil 1/2021

3 Mesy. Koko Bil 2/2021

4 Mesy. Koko Bil 3/2021

5 Perjumpaan UB (Mesy.
Pelantikan AJK/
Perancangan Aktiviti

6 Perjumpaan Ko-Akademik
(Mesy. Pelantikan AJK/
Perancangan Aktiviti

7 Perjumpaan Sukan &
Permainan (Mesy.
Pelantikan AJK/
Perancangan Aktiviti

8 Perjumpaan UB dan Kelab
Sukan & Permainan

9 Perjumpaan Persatuan Ko-
Akademik

10 Mesy. Sukan Bil 1/2021

11 Mesy. Sukan Bil 2/2021

12 Sukan Sekolah

13 Mesy. Program
Perkhemahan Sekolah Bil
1/2021

14 Mesy. Program
Perkhemahan Sekolah Bil
2/2021

15 Program Perkhemahan
Sekolah

Rajah 1 : Carta Gantt Takwim Kokurikulum SK Tinambak, Tu

M UNIT KOKURIKULUM 2021
AK, TUARAN

Minggu/ Bulan

Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis

3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 34

uaran (Sumber : Fail Takwim Unit Kokurikulum, SK Tinambak, Tuaran)
9

Dalam melihat kepada contoh fasa perancangan unit Kokurikulum SK Tinambak,
Tuaran, dapat dilihat bahawa dalam aspek pengurusan perubahan, pemimpin (Guru Besar/
PK Kokurikulum) memainkan peranan penting dalam menetapkan hala tuju serta matlamat
organisasi bersama-sama dengan para subordinat lain. Dalam hal ini, takwim tahunan
disediakan dan arahan daripada pihak pengurusan atasan dikongsi bersama dalam mesyuarat
atau perjumpaan. Pembuatan keputusan dibuat bersama dalam mesyuarat untuk menentukan
apa yang akan dilaksanakan dan ingin dicapai pada masa hadapan, dan gaya kepimpinan
seperti inilah yang dapat dikaitkan dengan Teori Kepimpinan yang wujud seperti Teori Gaya
Kepimpinan Transformasional dan Teori Gaya Kepimpinan Transaksional. Gaya kepimpinan
yang diamalkan oleh pentadbir di sekolah ini jelas menunjukkan pemimpin mengerti
kepentingan pengurusan perubahan terhadap para guru yang menjalankan tugas-tugas di
bawah unit kokurikulum.

Menurut pengamatan saya, jika amalan perancangan yang diamalkan oleh pentadbir
di SK Tinambak ini dikaitkan dengan konteks gaya kepimpinan, guru besar dan PK
Kokurikulum di sekolah ini mengamalkan Gaya Kepimpinan Transformasional. Hal ini sama
seperti pendapat yang dikemukakan menurut pandangan Zaidatol Akmaliah (2003), mereka
melaksanakan salah satu amalan utama pemimpin transformasional iaitu Motivasi Berinspirasi.
Elemen yang diterangkan dalam amalan Motivasi Berinspirasi ini ialah bersemangat apabila
menyampaikan arahan yang perlu disempurnakan oleh kakitangan, membentuk wawasan
masa depan yang lebih baik, optimistik terhadap masa depan dan berpendirian teguh dan
tegas terhadap isu-isu kontroversi.

Fasa Pengelolaan

Setelah mesyuarat, proses perancangan serta penyediaan takwim program
dilaksanakan, satu Mesyuarat Jawatankuasa diadakan bagi menetapkan ahli jawatankuasa
Unit Kokurikulum sekolah serta memilih guru-guru untuk memegang jawatan sebagai guru
penasihat bagi sukan dan permainan, kelab/ persatuan serta badan unit beruniform.
Penetapan ahli jawatankuasa serta pemilihan guru-guru penasihat ini sebagai pengelola
adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran guru tersebut mengurus dan
mengendalikan kelab/ persatuan serta program-program sebelum ini. Menurut PK
Kokurikulum SK Tinambak, kebiasaannya guru yang dilantik adalah guru yang sama seperti
tahun-tahun sebelumnya. Hal ini kerana, guru tersebut sudah berpengalaman dan

10

berpengetahuan serta telah menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pengendalian
kelab/persatuan dan juga program yang berkaitan.

Perkara ini juga dapat dikaitkan dengan amalan pengurusan perubahan menggunakan
Teori Kepimpinan Transformasional yang mana menurut Zaidatol Akmaliah (2003), amalan
Pertimbangan Individu digunakan para pentadbir Unit Kokurikulum dalam menetapkan
pengagihan tugas para guru yang terlibat dalam tugas Kokurilum ini. Pertimbangan Individu
dijelaskan sebagai membantu dalam proses membina kekuatan kakitangan, memberi
pertimbangan bahawa individu mempunyai keperluan, keupayaan dan aspirasi yang berbeza,
meluangkan masa untuk membimbing kakitangan serta menjadi pendengar yang aktif.

Berikut merupakan contoh carta organisasi dan jawatankuasa Unit Kokurikulum SK
Tinambak, Tuaran:

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM
SK TINAMBAK, TUARAN

En. Suhaimi Voo Bin Abdullah
(Guru Besar SK Tinambak)

Cikgu Gerry Lucien
(PK Kokurikulum)

Cikgu Norakmalina Ustaz Roslim Ismail
(Setiausaha Kokurikulum) (Setiausaha Sukan)

Cikgu Meriah Derum Cikgu Anjilinah Ustaz Roslim Ismail
(Guru Penyelaras Kelab (Guru Penyelaras (Guru Penyelaras Kelab
Persatuan Pengakap)
Bahasa Melayu) Bola Sepak)
Cikgu Liew Maire
Cikgu Maidah Josephine (Guru Penyelaras Tunas Cikgu Fransesca Lyn
(Guru Penyelaras Kelab (Guru Penyelaras
Puteri)
Bahasa Inggeris) Badminton)

(Sumber : Fail Jawatankuasa Unit Kokurikulum, SK Tinambak, Tuaran)
Rajah 2 : Carta Organisasi Unit Kokurikulum, SK Tinambak, Tuaran

11

Selepas guru-guru penyelaras dan guru-guru penasihat dipilih dan dilantik, mesyuarat
bagi kelab/persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform di peringkat murid diadakan
untuk memilih ahli jawatankuasa di kalangan murid. Murid-murid dipilih untuk memegang
jawatan seperti pengerusi pasukan/ kelab, kapten pasukan, ketua rumah, timbalan pengerusi,
bendahari, setiausaha dan ahli jawatankuasa kecil. Murid-murid dididik dan dibimbing untuk
mempimpin dan mengelola persatuan/ kelab oleh guru-guru penyelaras dan penasihat. Murid
akan menghadiri kesemua perjumpaan kelab/persatuan, sukan dan permainan serta unit
beruniform mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Fasa Pengawalan
Setiap kehadiran dan penglibatan murid dalam aktiviti atau program yang dijalankan

akan direkodkan dan dinilai tahap penglibatan dan pencapaian mereka sebagai contoh
Pelaporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Guru-guru penasihat
akan membimbing murid-murid dalam memastikan potensi dan bakat murid dapat dicungkil
sepenuhnya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Walau bagaimanapun, aspek keselamatan
dan kesihatan murid dititikberatkan dalam setiap aktiviti dan program yang dijalankan.
Sebelum murid menyertai suatu aktiviti atau program, kebenaran daripada pihak ibu bapa
akan diminta untuk memastikan keselamatan dan kesihatan murid untuk menyertai aktiviti
diberikan.

Berikut merupakan contoh rekod penilaian PAJSK untuk mengukur tahap penglibatan
dan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum:

12

(Sumber : Fail Penyeliaan Unit Kokurikulum, SK Tinambak, Tuaran)
Rajah 3 : Borang Pelaporan PAJSK, SK Tinambak, Tuaran

Daripada penerangan PK Kokurikulum tentang implementasi pelaksanaan pengurusan
korkurikulum di SK Tinambak, didapati terdapat persamaan konsep pengurusan yang
diamalkan oleh Unit Kokurikulum SK Tinambak dengan amalan dalam Panduan Pengurusan
Profesional Sekolah Menengah (1993) yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir Persekutuan (JNP)
yang telah menggariskan langkah pengurusan kokurikulum bagi sekolah menengah iaitu
pengurusan kokurikulum perlulah mengandungi aspek perancangan, pengelolaan,
kepimpinan, pengawalan dan juga hubungan sekolah dengan masyarakat. Walaupun, tidak
semua aspek pengurusan kokurikulum yang diikuti sepenuhnya seperti yang dijalankan di
Sekolah Menengah memandangkan SK Tinambak merupakan sebuah sekolah rendah di
kawasan luar bandar, namun, terdapat beberapa aspek yang dilaksanakan seperti yang
terdapat dalam Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah.

Menurut Noor Azzam Syah et al. (2016) dalam kajiannya menyatakan bahawa
pengurusan kokurikulum yang dikajinya menggunakan Model Proses Pengurusan Stoner et al.
(1995) dan merujuk kepada Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah (1993) yang
mengandungi aspek perancang, pengelolaan, kepimpinan dan pengawalan sebagai asas
kajian.

Menurut beliau, dalam aspek perancangan kokurikulum perkara yang digariskan dan
perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
a) menyatakan matlamat dan objektif kokurikulum
b) mengenal pasti input utama yang disediakan diperingkat sekolah seperti kemudahan,
tenaga jurulatih, potensi murid, teknologi dan kewangan
c) menentukan komponen dan menubuhkan unit kokurikulum yang sesuai dengan situasi
sekolah
d) menentukan kandungan program dan aktiviti kokurikulum
e) menyediakan jadual sesi kokurikulum yang berasaskan kepada satu sistem yang praktikal,
rasional dan ekonomi.

Dalam aspek pengelolaan kokurikulum pula, ianya perlulah ditadbir dan diuruskan oleh
sebuah organisasi yang kuat dan mantap dan mempunyai jawatankuasa kokurikulum yang
dianggotai oleh guru yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sikap yang sesuai.
Selain itu, bidang dan spesifikasi tugas jawatankuasa berkenaan perlu ditentukan dengan

13

jelas. Carta organisasi jawatankuasa perlu disediakan bagi memudahkan semua ahli
memahami saluran komunikasi dan peringkat tanggungjawab masing-masing.

Menurut beliau lagi, dalam aspek pengawalan terdapat perkara seperti berikut telah
digariskan iaitu:
a) Penyeliaan
b) Penilaian
c) Penyimpanan Rekod
d) Keselamatan.

Dalam penyeliaan, peranan pengurus kokurikulum adalah membimbing dan perlu
mahir dalam menggunakan pelbagai teknik pemerhatian untuk membantu membuat
keputusan yang berkesan semasa penyeliaan. Semua aktiviti dan program kokurikulum murid
perlu dinilai. Fokus penilaian ialah prestasi kokurikulum murid dan juga penilaian bagi
kandungan program kokurikulum yang dijalankan. Penyimpanan rekod dan data perlu
dilaksanakan oleh semua peringkat tanggungjawab dalam organisasi kokurikulum sekolah.
Jenis rekod yang disimpan ialah rekod kehadiran murid, prestasi murid, hasilan projek,
penggunaan kemudahan, alat dan bahan, aktiviti yang dijalankan serta minit mesyuarat yang
telah dijalankan. Bagi keselamatan pula melibatkan keselamatan murid, keselamatan guru,
rekod dan dokumen serta kemudahan kelengkapan alat dan bahan. Pelaporan kes yang
melibatkan keselamatan wajar dilaksanakan mengikut sistem dan tatacara yang boleh
dipertanggungjawabkan.

14

Dasar-dasar pendidikan dalam pengurusan kokurikulum di sekolah

Terdapat beberapa dasar yang menjadi panduan dalam pelaksanaan pengurusan
korkurikulum di SK Tinambak, Tuaran. Dasar yang didokong ini adalah berdasarkan kepada
dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dasar Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran
dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik
darjah.”

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian)
Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai “Kegiatan Kumpulan”. Dalam Warta Kerajaan
bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531,
Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif
Kokurikulum iaitu :

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang
berikut:
1. Penyertaan dalam sukan dan permainan
2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan.

Dasar 1: Kegiatan Kokurikulum Adalah Sebahagian Daripada Kurikulum Kebangsaan
Rujuk Seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550)

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”

15

(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang
diterbitkan sebagai PU(A) 531/97. Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB.
Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang
jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya
sekali di bawah Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am.

Dalam Dasar 1 ini, Unit Kokurikulum SK Tinambak telah menetapkan bahawa program
dan aktiviti berkonsepkan kokurikulum yang melibatkan aktiviti dalam bilik darjah mahupun
luar bilik darjah adalah dikira sebagai satu sesi pembelajaran yang wajib dilaksanakan
mengikut kandungan pelajaran serta jadual yang telah ditetapkan.

Dasar 2: Penyertaan Murid Dalam Kegiatan Kokurikulum Adalah Wajib

“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar.
Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu
gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau
permainan.” – {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

“Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan
kokurikulum yang mereka minati.” – {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah
diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan
4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai
PU(A)196/98.}

“Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod
dan diberi penilaian.” – {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}

“Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri
untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh
dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan
ponteng sekolah atau ponteng kelas.” – {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-
Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}

16

Berdasarkan Dasar 2 ini, Unit Kokurikulum SK Tinambak telah menetapkan beberapa
perkara berkenaan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum. Antaranya ialah :

1. Semua murid sekolah rendah Tahap Dua (Tahun 4,5,6) adalah diwajibkan menyertai
setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut : Kelab dan Persatuan, Badan
Unit Beruniform, serta Sukan dan Permainan.

2. Bilangan masa yang ditetapkan untuk sekolah rendah (mengikut SPI Bil. 2/2007)
tidak kurang 60 minit seminggu bagi murid Tahun 4, dan 120 minit seminggu bagi
murid Tahun 5 dan 6.

3. Semua murid diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.

Dasar 3: Penyertaan Semua Guru Adalah Wajib

“Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus,
menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib”.

“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan
gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

“Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab
yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang
dilakukan dalam bidang kurikulum”.

“Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diperuntukan
adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan
kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh
dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan
tatatertib)(Bab D)”.

Dalam Dasar 3 ini, beberapa perkara ditetapkan untuk aspek tenaga pengajar ini.

17

1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum adalah orang yang dipertanggungjawabkan
sepenuhnya untuk membantu Guru Besar bagi memastikan murid/pasukan sekolah
ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

2. Guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan
gelaran:

i. Guru Penasihat/ Pemimpin
ii. Guru Pengiring

3. Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti
berikut:

i. Memastikan semua bidang Kokurikulum dan sukan dilaksanakan
ii. Menggubal perlembagaan kelab dan persatuan yang ada di sekolah
iii. Memastikan kelab dan persatuan berdaftar dengan badan induk
iv. Melantik jawatankuasa setiap unit di bawah kawalan
v. Mendaftar murid dengan badan induk
vi. Merekod kehadiran murid setiap perjumpaan/ aktiviti
vii. Melaksanakan aktiviti harian, mingguan dan tahunan
viii. Menyimpan rekod penglibatan dan pencapaian murid
ix. Menyediakan statistik lengkap yang sentiasa kemaskini dari segi jumlah dan

peratus penglibatan murid
x. Menyediakan pelaporan tahunan

4. Penglibatan guru untuk tugas luar dibenarkan tidak lebih 10% daripada hari
persekolahan.

Dasar 4: Pelaksanaan “Kegiatan Kokurikulum”

“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan
yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik
darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.”
{Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

18

“Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud
mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema
penilaian yang pragmatis dan progresif”.

“Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu
membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang”.

Berdasarkan Dasar 4, Unit Kokurikulum SK Tinambak telah menetapkan bahawa
pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah pada setiap Hari Rabu sebagai Hari Kokurikulum.
Semua aktiviti kokurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu di luar waktu pembelajaran dan
pengajaran. Perjumpaan ditetapkan pada jam 2 petang hingga 4 petang. Semua guru adalah
digalakkan memakai pakaian pasukan UB lengkap mengikut unit masing-masing semasa sesi
PdPC (SPI bil. 8/2007). Semua perjumpaan dan aktiviti yang dijalankan akan mengikut
panduan dan silibus yang telah disediakan.

Dasar 5: Aktiviti Peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa

Unit Kokurikulum SK Tinambak juga telah menetapkan bahawa penyertaan pasukan
sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa sama ada di bawah kelolaan kementerian, jabatan dan agensi luar mestilah
mendapat kelulusan Guru Besar. Tujuan penyertaan mestilah atas dasar memberi peluang
penyertaan, penglibatan dan pendedahan di kalangan murid dan bukannya atas tujuan
sebagai memeriahkan atau meramaikan acara/program. Setiap 10 orang murid atau kurang
mesti diiringi oleh seorang guru pengiring/pembimbing dan sekiranya ada murid perempuan
mesti diiringi oleh guru perempuan. Murid mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada
ibubapa/penjaga. Guru pengiring/pembimbing wajib bersama-sama sepanjang masa semasa
aktiviti.

19

Aplikasi teori/model pengurusan perubahan dalam amalan pelaksanan dan
pematuhan kokurikulum di sekolah

Sepanjang pengumpulan maklumat serta melakukan temubual (secara dalam talian)
bersama dengan Penolong Kanan Kokurikulum SK Tinambak, didapati bahawa kekuatan yang
ada pada pengurusan kokurikulum di sekolah ini adalah pada peranan dan tanggungjawab
Guru Besar serta Penolong Kanan Kokurikulum sendiri (pemimpin/ pentadbir). Guru Besar dan
PK Kokurikulum banyak melibatkan diri serta memberi penekanan dalam soal perancangan,
pengelolaan, penglibatan dan pencapaian murid serta penilaian murid. Guru Besar dan PK
Kokurikulum sangat menitikberatkan tentang kelancaran program atau aktiviti kokurikulum
yang dijalankan kepada murid. Guru Besar akan sentiasa memantau dan memastikan berlaku
pembelajaran oleh guru kepada murid sewaktu aktiviti atau program kokurikulum berjalan.
Guru Besar dan PK Kokurikulum juga akan sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada
para guru tentang pentingnya memberi ilmu kepada para murid tentang faedah menyertai
aktiviti kokurikulum di sekolah dan sentiasa melibatkan pihak ibubapa dan komuniti dalam
sebarang aktiviti kokurikulum murid.

Keadaan ini sama dengan pendapat yang dikemukakan oleh Lokman Mohd Tahir, dll
(2008), sejak dahulu lagi Pengetua/Guru Besar (PGB) menduduki hierarki tertinggi dalam
membuat keputusan. PGB membuat pelbagai jenis keputusan berkaitan pengurusan sekolah
termasuklah perancangan kurikulum, perkembangan staf, kewangan, penilaian, penyeliaan
dan termasuk kokurikulum. Mutakhir ini PGB telah bergerak aktif meninggalkan kepompong
amalan tradisional yang memperlihatkan pengasingan mereka dan autonomi daripada proses
pembuatan keputusan kepada lebih menonjolkan diri dengan menerima pendapat dan
penglibatan secara aktif pelbagai pihak dalam organisasi sekolah. Kaedah kolaboratif ini perlu
diamalkan oleh setiap pengurus sekolah untuk merancakkan penglibatan seluruh warga
sekolah dalam menghasilkan kejayaan bidang kokurikulum di sekolah.

Walaupun tidak dijelaskan secara langsung tentang teori ataupun model pengurusan
perubahan yang digunakan dalam pengurusan kokurikulum di SK Tinambak ini, namun dapat
dilihat dan dikaitkan pengurusan perubahan kokurikulum di sekolah ini dengan Teori
Kepimpinan Transformasional sebagai rangka utama mengurus perubahan organisasi di
sekolah ini. Ciri-ciri dan gaya kepimpinan Guru Besar serta Penolong Kanan Kokurikulum dapat
dikaitkan dengan Model Kepimpinan Transformasional Slocum dan Hellriegel (2007).

Menurut Intan Salina dan Jamalullail (2017), dalam model ini, terdapat 4 dimensi
terpenting iaitu sikap pemimpin yang memberikan pertimbangan berdasarkan individu,
membina ransangan intelektual,m menyalurkan motivasi dan memupuk pengaruh yang ideal

20

dalam organisasi pimpinannya, khususnya guru-guru di sekolah. Bayangan masa depan yang
jelas serta mampu diikuti oleh pengikut seperti yang diilhamkan oleh pengetua berintergriti
tinggi ini akan membantu membawa perubahan yang berterusan apabila kesedaran untuk
berubah lahir dari kesedaran sendiri. Model ini mengutamakan amalan teladan melalui tingkah
laku kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin. Dalam konteks pentadbir di SK Tinambak
ini, guru besar dan penolong kanan kokurikulum menunjukkan teladan yang boleh diteladani
dan diikuti oleh para guru dan mempengaruhi warga sekolah sehingga boleh dijadikan budaya
dalam organisasi.

Pertimbangan Motivasi
Berasaskan Individu Berinspirasi

Kepimpinan
Transformasional

Memupuk Pengaruh Membina Ransangan
Yang Ideal Intelektual

Rajah 4 : Model Kepimpinan Transformasional Slocum dan Hellriegel (2007)

Selain itu, dalam aspek pengurusan kepimpinan juga, Rangka Kepimpinan yang
diperkenalkan oleh Bolman dan Deal (1991). Selain itu, terdapat pengkaji yang mendapati
beberapa elemen dalam Teori Rangka Kepimpinan yang meliputi sumber manusia, struktural,
politik dan simbolik mempunyai ciri-ciri yang mempunyai persamaan dengan Teori
Pengurusan oleh Stoner, Freeman dan Gilbert (1995). Kajian yang dijalankan terhadap kedua-
dua teori ini telah berjaya membuktikan bahawa kedua-dua teori ini boleh digabungkan untuk
menghasilkan satu panduan yang boleh membantu pengetua/guru besar dalam pengurusan
kokurikulum di sekolah.

Menurut pengkaji, Teori Pengurusan oleh Stoner, Freeman dan Gilbert (1995) telah
digunakan oleh beberapa pengkaji dan hasil kajian telah memberikan impak yang positif
kepada organisasi pendidikan. Mohd Izham (2006) telah menggunakan teori ini dalam kajian

21

beliau tentang Pengurusan Proses Perubahan di sekolah dan teori ini sangat sesuai digunakan
dalam kajian tersebut. Selain itu, Nor Foniza (2012) juga telah menggunakan teori ini dalam
kajian beliau tentang Amalan Organisasi di Sekolah Cemerlang. Aspek Pengurusan yang
menjadi fokus dalam kajian ini adalah proses merancang, mengelola, memimpin dan
mengawal.

Pengkaji juga menerangkan bahawa Teori Bolman dan Deal (1991) digunakan dalam
menganalisis kepimpinan pengetua. Secara umum, Bolman dan Deal (1991) membina empat
gaya atau rangka kepimpinan sebagai panduan kepada penganalisisan kepemimpinan
organisasi. Rasional penggunaan teori ini adalah berasaskan kepada kesesuaian ciri-ciri yang
terkandung dalam rangka kepimpinan ini dalam membantu pengetua mengurus kokurikulum
di sekolah. Selain itu, model ini juga bersesuaian untuk mengkaji tingkah laku seseorang
pemimpin iaitu kebolehan pengetua dalam menggunakan stail kepimpinan yang pelbagai
merupakan penyumbang kepada iklim sekolah yang berkesan.

Isu-isu semasa pelaksanaan dan pematuhan kegiatan kokurikulum di sekolah

Dalam pihak KPM rancak mempromosi serta mengusahakan pelbagai program serta
aktiviti berkaitan kokurikulum ke seluruh pelosok negara untuk menarik minat para pelajar
menceburi bidang kokurikulum, namun, masih terdapat kepincangan ataupun isu-isu yang
timbul dari aspek pengurusan kokurikulum ini. Sebelum wabak pandemik Covid-19 melanda
negara, beberapa isu dikenalpasti timbul dalam pengurusan kokurikulum di sekolah.

Salah satu isu yang menjadi perhatian adalah perancangan dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum yang kurang menarik. Jika dilihat terhadap aspek perancangan dan pelaksanaan
aktiviti kokurikulum ini, sudah tentulah tugas dan tanggungjawab ini digalas oleh para guru.
Kejayaan atau keberkesanan aktiviti kokurikulum ini bergantung pada tahap kesediaan guru,
penasihat atau jurulatih. Guru yang berminat dan komited akan sentiasa hadir dan bersama
murid ketika aktiviti kokurikulum diadakan. Walau bagaimanapun, sebaliknya guru yang tidak
berminat dan beranggapan bahawa aktiviti kokurikulum sekadar membebankan, akan malas
untuk hadir ketika aktiviti kokurikulum diadakan. Oleh hal yang demikian, kadangkalan kita
dapati ada permainan atau persatuan atau badan unit beruniform yang sangat aktif di sekolah
serta ada juga kelab dan persatuan yang seperti “hidup segan mati tak mahu” atau “sekadar
melepaskan batuk di tangga”. Oleh kerana sikap dan cara berfikir begini, aktiviti kokurikulum
yang dijalankan hanya sekadar memenuhi masa sahaja tanpa mengambilkira hasil
pembelajaran yang akan diperolehi oleh pelajar. Kenyataan ini disokong melalui Laporan
Jawatankuasa Kabinet (1979) yang menyatakan bahawa kencenderungan guru terhadap

22

aktiviti kokurikulum seperti badan unit beruniform dan aktiviti sukan tidak
memberangsangkan. Adnan (1990) pula menyatakan bahawa walaupun sumbangan
kokurikulum dalam pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang difahami hingga ada
yang masih menganggap kokurikulum sebagai kegiatan luar. Oleh kerana itu, program atau
aktiviti kokurikulum dilaksanakan secara sambil lewa dan aktiviti dijalankan secara tergesa-
gesa dan tidak diberikan keutamaan seperti kurikulum. Isu ini juga dilihat selari dengan
kenyataan daripada Nik Sasliza (2020) dalam Soon Sang (2011) bahawa penglibatan murid
dalam aktiviti kokurikulum adalah salah satu usaha kearah dalam memupuk pembangunan
sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum ini hanya dapat dilaksanakan dengan jayanya
seandainya guru yang terlibat itu memahami tugas mereka serta melaksanakannya dengan
penuh minat, jujur dan berdedikasi.

Satu lagi isu yang diketengahkan dalam aspek pengurusan kokurikulum ini ialah isu
kehadiran murid yang tidak memuaskan dalam sebarang aktiviti kokurikulum. Suatu
pelaksanaan aktiviti kokurikulum tersebut dikatakan tidak berjaya disebabkan ketidakhadiran
murid dalam aktiviti yang diadakan. Antara sebab dan faktor murid tidak hadir ke aktiviti
kokurikulum ialah ketiadaan minat terhadap aktiviti yang disertainya dan masa aktiviti yang
dijalankan kadang kala serentak dengan kelas tiusyen luar. Selain itu, faktor kewangan juga
mempengaruhi murid untuk tidak hadir bagi mengikuti aktiviti kokurikulum ini. Wang yang
lebih harus disediakan untuk makanan dan minuman, baju untuk badan unit beruniform dan
sebagainya. Masalah ketidakhadiran ini juga dilihat disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri.
Kadang kala seseorang pelajar tidak mahu menyertai atau melakukan aktiviti kerana mungkin
kurang berbakat dan takut dimalukan oleh pelajar-pelajar lain. Ada juga sebab yang
menyatakan pilihan kelab/persatuan dan badan unit beruniform yang menjadi pilihan dan
minat murid tidak diberikan oleh guru menyebabkan mereka hilang minat. Ada isu yang
menyatakan bahawa pilihan kelab/persatuan dan badan unit beruniform murid diberikan
secara mandatori kepada murid dan murid terpaksa akur dengan keputusan ini. Ini akan
membuatkan murid hilang motivasi dan keyakinan diri kerana tidak minat dengan pilihan
kelab/persatuan dan badan unit beruniform yang diberikan. Hal ini selari dengan kenyataan
Sauki et al. (2013) yang menyatakan bahawa bagi masalah penglibatan murid dalam gerak
kerja kokurikulum, kajian mendapati masalah sikap murid seperti tidak berminat, pasif, lebih
mengutamakan bidang akademik, pengaruh rakan, masalah pengangkutan, beban kerja
rumah dan sekolah serta jarak ke sekolah. Kenyataan ini juga disokong daripada kajian luar
negara oleh Tran Le Huu Nghia (2017) yang menyatakan bahawa isu pertama yang berkaitan
dengan penyertaan pelajar ialah tanggapan bahawa aktiviti kokurikulum sekadar kegiatan luar

23

kelas, kebanyakan pelajar tidak mementingkan aktiviti tersebut berbanding dengan mata
pelajaran yang diajar di dalam kelas.

Seterusnya, isu yang dilihat adalah pengurusan yang lemah dari segi pengurusan
alatan dan kemudahan kokurikulum di sekolah. Isu ini juga dilihat merupakan salah satu aspek
yang kadangkala menjadi penghalang kepada kegiatan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Contohnya, ketiadaan gelanggang badminton yang sesuai untuk aktiviti amali atau praktikal
boleh menyebabkan guru atau pelajar bosan, lama-kelamaan keadaan ini akan mengurangkan
minat mereka untuk hadir melakukan aktiviti kokurikulum. Murid yang telah mempelajari teori
selalunya akan terangsang untuk melakukan sesi praktikal. Namun, disebabkan kemudahan
dan peralatan yang dilihat menghalang hasrat guru dan pelajar seperti ketiadaan padang,
gelanggang, jaring bocor, raket badminton patah dan sebagainya, minat dan keinginan guru
dan pelajar menjadi pudar. Menurut Noor Azzam (2016), terdapat juga pihak pengurusan
kokurikulum yang tidak menyelenggara dan mengurus kemudahan peralatan untuk program
kokurikulum di sekolah dengan baik (Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.2/1991). Ini
menyebabkan penglibatan murid akan berkurangan dan kejayaan sesuatu program
kokurikulum tidak akan tercapai.

Satu lagi isu yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan pengurusan kokurikulum ini
ialah isu penyeliaan daripada pihak pentadbiran sekolah. Aspek yang paling penting dalam
sesuatu program ialah pemantauan dan penilaian. Sesuatu program yang baik mestilah
sentiasa dipantau dan diperbaiki segala kelemahan yang wujud di dalamnya. Tugas dan
tanggungjawab untuk memantau ini sudah tentulah jatuh kepada pihak pentadbir terhadap
semua aspek dan bidang di sekolah. Keadaan ini tidak terkecuali dalam pelaksanaan aktiviti
kokurikulum. Namun, realitinya, perkara ini jarang dibuat. Guru, penasihat dan jurulatih perlu
dinilai dari segi pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana ada dalam kalangan mereka
yang mengajar secara remote control dari kantin atau garaj kereta atau bawah pokok, tetapi
mereka masih tidak mendapat teguran dan amaran daripada pihak pentadbir. Keadaan ini
amat membimbangkan kerana guru mesti bertanggungjawab penuh terhadap segala tindakan
dan perlakuan pelajar, mereka perlu mematuhi tatasusila etika keguruan. Menurut Mohd
Anuar Abdul Rahman (2011), pelaksanaan aktiviti kokurikulum perlulah di pantau oleh
pengetua. Ini adalah kerana tanpa pemantauan pengetua, aktiviti yang dijalankan adalah
kurang berkualiti dan dari segi perlaksanaannya perlulah didokumentasikan dengan cekap.
Faktor penyebab penyeliaan terhadap pengurusan kokurikulum ini tidak dilaksanakan atas
sebab tiada kepakaran pentadbir dalam memantau perkara ini. Selain itu, ketiadaan senarai
semak atau borang khas untuk melakukan pemantauan ini juga menyebabkan keadaan ini
berlaku.

24

Akhir sekali, isu terkini yang menjadi kebimbangan dalam aspek pengurusan
kokurikulum ini ialah pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara jarak jauh pada waktu wabak
pandemik Covid-19 ini sedang menular. Banyak kajian yang sedang dibuat untuk melihat
sejauhmana tahap pelaksanaan program dan aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan pada
waktu wabak pandemik ini berlaku. Arahan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
untuk melakukan penjarakan sosial dan melaksanakan sebarang kerja dari rumah memberi
cabaran yang sangat berat khasnya kepada para guru dan murid. Hal ini kerana, aktiviti
kokurikulum dan sukan yang banyak melibatkan pergerakan dan sentuhan dilihat sangat sukar
untuk dilaksanakan. Sebarang perjumpaan mahupun aktiviti berkumpulan seperti dalam
perkhemahan mustahil untuk dilaksanakan. Oleh hal yang demikian, pihak KPM perlulah
mengkaji semula tatacara pelaksanaan program kokurikulum ini serta mencari cara terbaik
agar hasil pembelajaran daripada kegiatan kokurikulum dapat dicapai dan dimanfaatkan oleh
murid di era pandemik ini.

Cabaran Dan Hala Tuju Pelaksanaan Dan Pematuhan Kegiatan Kokurikulum Di
Sekolah

PANDEMIK COVID-19

Dunia sedang berdepan dengan masalah pandemik Covid-19, sejenis penyakit berjangkit yang sedang
melanda dunia tidak terkecuali Malaysia. Dalam sektor pendidikan, pandemik itu memberikan kesan
yang sangat besar seperti kebanyakan sekolah di dunia ditutup untuk menghentikan
penyebaran COVID-19. Kesan dari pandemik COVID-19 menyebabkan kerajaan melaksanakan
program pembelajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian merupakan pembelajaran
yang berdasarkan pada teknologi media digital yang bahan pelajarannya dihantar secara
elektronik atau dalam bentuk fail kepada pelajar dari jarak jauh menggunakan rangkaian
internet dengan media komputer. Pembelajaran dalam talian ini merupakan cara yang paling
berkesan dan cekap untuk melakukan pembelajaran dalam keadaan pandemik saat ini,
termasuklah pelaksanaan kokurikulum. Aktiviti kokurikulum tidak dapat dilaksanakan seperti
kebiasaannya. Penilaian dan program tidak dapat dijalankan. Oleh itu, pelaksanaan ini dibuat
secara dalam talian melalui aktiviti pembelajaran, kuiz, bakat dan sebagainya.

25

Kesan Negatif Tidak Melaksanakan Kokurikulum

SEKOLAH
Kebanyakan sekolah akan dikenali di peringkat zon, daerah, negeri atau kebangsaan berdasarkan
kecemerlangan dari segi pencapaian kurikulum dan atau kokurikulum. Oleh itu, sekiranya sekolah yang tidak
cemerlang dalam akademik, mereka masih boleh dikenali di peringkat yang disertai melalui kecemerlangan
kokurikulum. Bagi sekolah yang tidak melaksanankan kokurikulum di sekolah, sekolah juga akan diambil
tindakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

GURU
Guru tidak dapat mengembangkan pengetahuan yang mereka peroleh sama ada dari bakat semula jadi atau
dari mengikuti kursus, bengkel atau pun seminar. Oleh itu, ilmu pengetahuan yang mereka peroleh
tidak dapat disalurkan kepada murid yang sememangnya dahagakan ilmu, sama ada akademik
mahupun kokurikulum.

MURID
Bagi murid yang tidak mengikuti aktiviti kokurikulum, maka mereka akan kehilangan markah bagi kemasukan
ke SBP. Ini merupakan satu kerugian kepada murid yang sememangnya bijak dalam akademik, tetapi kurang
aktif dalam kegiatan kokurikulum. Kegagalan mereka menempatkan diri di SBP, mungkin disebabkan oleh
kegagalan mereka hanya dalam aktiviti kokurikulum sepanjang masa persekolahan. Selain itu, pelajar juga
akan mengalami masalah kesihatan seperti yang telah dinyatakan.

FAKTOR KESIHATAN
Kegagalan pelajar menyertai aktiviti sukan akan memberi kesan terhadap tahap kesihatan mereka. Menurut
Anuar Din (2006), murid yang tidak aktif dalam sukan atau kokurikulum mungkin akan mengalami
pertambahan berat badan atau lebih dikenali sebagai obesiti, mudah diserang penyakit berkaitan
kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, serangan jantung, strok dan sebagainya. Selain itu murid
akan mudah berasa letih dan lesu. Kajian yang dilakukan oleh sebuah majalah di Britain yang menyatakan
tekanan darah tinggi dijangkakan menjadi ancaman kesihatan penduduk diseluruh dunia menjelang 2025
(Berita Harian, 2005). Kajian ini menunjukkan jumlah orang lelaki dewasa yang mengidap darah tinggi
sebanyak 972 juta orang, iaitu 333 juta orang di negara maju, sementara itu 639 juta orang di negara sedang
membangun seperti Malaysia. Lebih mengejutkan lagi, kajian ini juga berpendapat penyakit
tekanan darah tinggi akan meningkat 80% di negara membangun. Faktor yang menyebabkan penyakit ini,
antaranya pengambilan lemak yang berlebihan, kurang melakukan aktiviti fizikal serta pengambilan garam
yang tinggi dalam makanan yang sudah diproses, yang lebih dikenali sebagai makanan segera. Kebanyakan

26

mereka yang berada pada 2025 adalah murid yang sekarang ini berada di sekolah rendah dan juga di sekolah
menengah. Ini akan memberi kesan kepada negara dari pelbagai sudut, sama ada produktiviti, politik,
ekonomi, kewangan mahu pun sosial.

Strategi Jangka Pendek dan Jangka Panjang

PENTADBIR
Guru besar, Guru Penolong Kanan terutamanya GPK kokurikulum seharusnya diberikan penerangan yang
lebih terperinci oleh KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri. Penerangan tentang pentingnya kokurikulum
kepada murid untuk memasuki SBP. Penerangan ini mungkin boleh disampaikan melalui kursus, bengkel atau
pun seminar. Selain itu, dengan melantik pengetua atau GPK Kokurikulum sebagai AJK di peringkat daerah,
negeri atau negara juga merupakan salah satu cara untuk melibatkan mereka secara aktif dalam aktiviti
kokurikulum.

GURU
Pentadbir sekolah seharusnya memberi penekanan kepada setiap guru di sekolah mereka. Pentadbir harus
memberitahu setiap guru kepentingan kokurikulum kepada pelajar, seperti kesihatan, kerjasama, integrasi,
terutama kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA. Selain itu, usaha yang berterusan ini harus
diselaraskan dengan kempen-kempen mengenai kesihatan, ceramah-ceramah daripada mereka yang
berkecimpung dalam bidang ini, seperti guru mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan
ataupun guru sains sukan, sesi bimbingan dan kaunseling yang boleh dianjurkan oleh pihak sekolah, sama
ada pada hari kokurikulum dijalankan, perhimpunan sekolah atau dalam program lain yang boleh memberi
kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya menjaga kesihatan diri. Bagi melaksanakan satu aktiviti
kokurikulum yang berkesan, guru-guru juga perlu dihantar oleh pihak sekolah untuk menyertai kursus-kursus
yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu, seperti Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran
Bahagian/Gabungan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini kerana, pengetahuan
yang diperoleh semasa berkursus akan meningkatkan keyakinan guru untuk menyampaikan ilmu kepada
pelajar mereka semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Penekanan berkaitan dengan Akta Pendidikan 1996
Jilid 42. No 11 Tambahan No 41, Perundangan (A), P.U (A) 196 seperti yang telah dinyatakan harus disebut
selalu kepada setiap guru, terutama semasa mesyuarat kokurikulum dijalankan.
MURID
Murid harus diberitahu tentang kepentingan kesihatan diri, penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular.
Pihak pentadbir, GPK kokurikulum, Setiausaha kokurikulum dan semua guru harus memberi kesedaran
kepada pelajar betapa pentingnya kokurikulum untuk masa depan pelajar. Ketidakhadiran semasa aktiviti
kokurikulum boleh diatasi melalui unit bimbingan dan kaunseling setiap sekolah. Unit Bimbingan dan

27

kaunseling mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar tentang
peri mustahaknya menyertai aktiviti kokurikulum. Selain itu, pihak sekolah juga harus menggunakan sistem
merit dan demerit kepada pelajar bagi kegiatan aktiviti kokurikulum. Sementara bagi pelajar yang masih ingkar,
tindakan disiplin boleh digunapakai bukan untuk hukuman tetapi sebagai pengajaran.

KEMUDAHAN
Terdapat sekolah yang tidak mempunyai kemudahan mencukupi bagi membolehkan kegiatan aktiviti
kokurikulum berjalan lancar. Oleh yang demikian, pihak sekolah boleh mengambil beberapa tindakan untuk
mengatasi masalah ini, contohnya dengan pembelian peralatan sukan. Selain itu, masalah kekurangan padang
atau kawasan untuk aktiviti kemahiran sukan atau badan beruniform terhad, GPK Kokurikulum, Setiausaha
dan Penyelaras aktiviti perlu menyusun jadual yang adil bagi semua kelab atau permainan serta badan
beruniform, agar mereka tidak melakukan aktiviti praktikal dalam satu masa yang sama.

PENJAGA
Terdapat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk melihat anak mereka ke menara
gading hingga memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap kurikulum sahaja. Oleh yang demikian, ibu
bapa atau penjaga harus diberi kesedaran dan penerangan melalui ceramah motivasi, semasa mengambil
buku rekod pencapaian pelajar, semasa mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) diadakan, hari
Anugerah Kecemerlangan Akademik atau pun semasa Kejohanan Sukan Olahraga peringkat sekolah. Selain
itu, semasa ceramah motivasi yang diadakan harus diterapkan dengan unsur-unsur penjagaan kesihatan diri
anak-anak, dengan memberikan fakta-fakta berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pihak-pihak
tertentu seperti pihak Kementerian Kesihatan dan KPM. Penerangan ini penting untuk memberikan input
bermakna kepada penjaga atau ibu bapa tentang mustahaknya anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum.

ANUGERAH KECEMERLANGAN
Sekolah boleh mengadakan hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum seperti yang dilakukan oleh
Kementerian Pelajaran pada tahun 2006. Anugerah ini dilaksanakan bagi memberi pengiktirafan kepada
murid, sekolah seterusnya menjadi pemangkin bagi menggalakkan murid menyertai aktiviti kokurikulum.
Anugerah kecemerlangan ini dinilai bermula dari peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara. Sebanyak
tujuh anugerah telah diberikan, antaranya Murid Cemerlang Kokurikulum.

28

Penutup
Secara keseluruhannya, pengurusan perubahan dalam pelaksanaan dan pematuhan

kegiatan kokurikulum di sekolah yang ditadbirurus dengan baik akan memberikan banyak
manfaat kepada warga sekolah iaitu para murid khususnya. Dengan menekankan dan mencari
amalan terbaik dari aspek perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan pengawalan akan
menjadikan pengurusan kokurikulum sesebuah sekolah itu berjalan dengan baik dan lancar.
Pentadbir sekolah perlulah mempunyai visi dan misi yang jelas dan dikongsikan dengan
seluruh warga sekolah agar matlamat yang diingini dapat difahami dan dicapai dengan
kerjasama semua pihak. Aktiviti kokurikulum mahupun akademik yang melibatkan pelbagai
sekolah, PIBG sekolah serta komuniti setempat mampu memberi kelainan kepada murid yang
terlibat terutama dalam penghayatan nilai dan budaya. Dalam erti kata lain, tanggungjawab
bagi pemupukan nilai dalam kalangan murid ini tidak perlu bersandarkan kepada pihak sekolah
dan guru semata-mata, tetapi juga pemuafakatan pintar dengan komuniti setempat dapat
membantu menyemarakkan lagi penghayatan nilai tersebut. Inilah hasrat utama yang ingin
dicapai melalui aspirasi dalam Anjakan Ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.

29

Bibliografi

Ahmad Esa, Mohd. Khir Mohd Nor, Nawawi Jusoh, Norashidah Abd Rahman & Zalinah Salehon
(2015). Citra Kokurikulum. Penerbit UTHM

Aminuddin Yusof. (2002). Takrif Kokurikulum. Unpublished paper: Universiti Putera Malaysia.
Ariffin, Rahayu. (2014). Persepsi pelajar dan guru terhadap program rancangan integrasi

murid untuk perpaduan di sekolah menengah, Kuala Lumpur. Masters thesis, Universiti
Putra Malaysia.
Dr. Sharifah Nor Puteh Prof. Dr. T Subahan Mohd. Meerah. Fakulti Pendidikan, Ukmcabaran
Dan Isu Dalam Perancangan Dan Pembangunan Kurikulum Persekolahan Di Malaysia:
Satu Analisis Refleksi
Intan Salina, Jamalullail Abdul Wahab. (2017). Pendekatan Kepimpinan Transformasional
Menangani Isu Guru Di Sekolah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Pentaksrian Sekolah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksrian Bilik Darjah,
Edisi ke-2, Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2014). Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2014). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Panduan Pentadbiran Pentaksiran Psikometrik. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Yusof Boon dan Mohd Musa Shaharudin. (2011). Kepimpinan Guru besar dalam Pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi,
Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir, & Soaib Asimiran. (2013). Hubungan Persekitaran
Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah,
38(2), 1–9.
Mohamed, N. A. S. (2016). Proses Pelaksanaan Pengurusan Kokurikulum Yang Diamalkan
Oleh Kumpulan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah Menegah Harian. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, 3(3).
Muhamad Sauki, Razali and Sheriza Nur, Kamarudin and Che Zawawi, Che
Husin. (2014). PENGURUSAN KOKURIKULUM: PENYERTAAN MURID DALAM PASUKAN
BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan
Pendidikan, 28 (2). pp. 91-105. ISSN 1511-4147
Noor Azzam Syah, M. (2016). Pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah menengah
harian/Noor Azzam Syah Mohamed (Doctoral dissertation, University of Malaya Centre
for Continuing Education (UMCCed))

30

Noor Azzam Syah Mohamed, & Suria Baba. (2016). Proses Pelaksanaan Pengurusan
Kokurikulum Yang Diamalkan Oleh Kumpulan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah
Menengah Harian. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Bil.3(Isu 3), 17–43.

Prof. Madya Dr. Ahmad Fauzi Mohd Ayub. (2017). Anjakan 3: Melahirkan Rakyat Malaysia
Yang Menghayati Nilai, Majalah Pendidik, Julai 2017

Rahman, Mohd Anuar Abdul, and Nor Azah Azman. (2007). Peranan pengetua sebagai
pengurus kokurikulum di sekolah menengah daerah Mersing. Diss. Universiti Teknologi
Malaysia,

Saberi, Nik Sasliza Bt Nik, and Mohd Izham Bt Hj Mohd Hamzah. (2020). "Amalan Pengurusan
Risiko: Pelibatan Dalam Pendidikan Luar." (Webinar) Seminar Nasional Pendidikan
2020. Vol. 1. No. 1.

Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip, Mohammad Fuad Ishak, Shazarina Zdainal Abidin,
Suziana Hanini Sulaiman. (2016). Konsep Penerapan Dan Penghayatan Nilai-Nilai
Murni Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Fpk), Fakulti Pendidikan, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Tran Le Huu. (2017). Developing Generic Skills for Students via Extra-Curricular Activities in
Vietnamese Universities: Practices and Influential Factors Nghia, Journal of Teaching
and Learning for Graduate Employability, v8 n1 p22-39

Zahurul Haq Bin Abu Bakar. (2013). Pengurusan Kokurikulum Di Tiga Buah Sekolah Menengah
Daerah Kota Tinggi. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Zainal Ariffin Zainuddin, Yaakob Daud, dan Saiful Azmi Mohd Nor. (2016). PENGURUSAN
KOKURIKULUM DAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM
DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH KUALA TERENGGANU. Proceeding of
ICECRS, 1 891-900 ISSN. 2548-6160 International Seminar on Generating Knowledge
Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia,
Malaysia.

31

Rujukan dalam talian
1. https://www.academia.edu/4751269/AKTIVITI_KOKURIKULUM_Konsep_Matlamat_St
rategi_dan_Perlaksanaan_
2. http://eprints.utm.my/id/eprint/44625/5/ZahurulHaqAbuBakarMFP2013.pdf.
3. https://anyflip.com/udli/fkyy
4. https://www.pendidik.com.my/2017/07/06/anjakan-3-melahirkan-rakyat-malaysia-
yang-menghayati-nilai/
5. https://www.moe.gov.my/en/education/secondary-school/kokurikulum-pendidikan-
menengah
6. https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/1818-pelan-
pembangunan-pendidikan-2013-2025/file
7. https://www.slideshare.net/kheru2006/tajuk-1-pengenalan-pengurusan-kokurikulum
8. http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html
9. https://www.researchgate.net/publication/277562617

32


Click to View FlipBook Version