The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL SYUHADA SHAHIRA BINTI AMIRUDIN(H1) P21191750

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 692-9-syuhada, 2021-11-14 00:07:14

NURUL SYUHADA SHAHIRA BINTI AMIRUDIN(H1) P21191750

NURUL SYUHADA SHAHIRA BINTI AMIRUDIN(H1) P21191750

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1 )

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
(BMMB1094)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NURUL SYUHADA SHAHIRA BINTI
AMIRUDIN
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN 2021192310023

KUMPULAN 030917-06-0628
KOD DAN NAMA KURSUS
H1 PPISMP AMBILAN JUN 2021
TAJUK TUGASAN
KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
(BMMB1094)

PENULISAN ESEI

NAMA PENSYARAH PUAN MAZURA BINTI SULAIMAN
25 OKTOBER 2021
TARIKH HANTAR
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS

DARIPADA PENSYARAH

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1

2.0 PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR 2
2.1 PERINGKAT AWAL 2
2.2 PERINGKAT PERTENGAHAN 2
2.3 PERINGKAT MAJU 2

3.0 PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR 3
3.1 PERINGKAT AWAL 3
3.2 PERINGKAT PERTENGAHAN 3
3.3 PERINGKAT MAJU 3

4.0 FAKTOR MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR 4

5.0 FAKTOR MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BERTUTUR 4

6.0 HUBUNG KAIT PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DENGAN 5
FAKTOR MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR

7.0 HUBUNG KAIT PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DENGAN 5-6
FAKTOR MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BERTUTUR

8.0 RUMUSAN 6

RUJUKAN 7

1.0 PENGENALAN
Setiap orang perlu menguasai kemahiran lisan kerana ia merupakan kemahiran asas.

Kemahiran lisan ini meliputi kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Menurut Siti Hajar
Abdul Aziz(2009) kemahiran mendengar ialah kemasukan input bahasa melalui telinga.
Keupayaan seseorang pelajar itu untuk mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang
didengarnya dalam pelbagai situasi pengucapan misalnya cerita merujuk kepada definisi
kemahiran mendengar. Seterusnya, menurut Asmah Haji Omar(1985) kemahiran bertutur
didefinisikan sebagai keupayaan pelajar dalam menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan serta idea yang kreatif dan kritis secara lisan dengan menggunakan intonasi yang
betul. Kemahiran lisan amat penting sama ada dalam situasi formal atau tidak formal kerana
ia membolehkan seseorang itu untuk berkomunikasi dengan orang lain.

1

2.0 PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR

2.1 PERINGKAT AWAL
Pada peringkat awal, antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah

berkemampuan untuk mengecam, mengajuk serta memilih bunyi. Selain itu, pelajar dapat
mendengar dan mengecam makna perkataan, frasa atau ayat dengan baik. Pelajar juga
berkemampuan melakukan sesuatu perkara yang disuruh dengan baik dan mampu untuk
menjawab soalan-soalan mudah yang diberikan dengan tepat. Mereka juga mampu
mengingat serta memadankan perkataan mudah dengan tepat.

2.2 PERINGKAT PERTENGAHAN
Pada peringkat pertengahan, pelajar perlu menguasai kemahiran seperti

berkemampuan mengecam dan mengingat fakta serta butiran secara tepat dan terperinci.
Pelajar juga berkemampuan mengenal pasti maklumat yang khusus serta dapat mengenal
pasti urutan. Misalnya urutan cara-cara membuat roti. Pelajar mampu untuk mengenal pasti
perhubungan, sikap dan perasaan penutur.

2.3 PERINGKAT MAJU
Pada peringkat maju, kemahiran seperti mengenal pasti isi-isi penting perlu dikuasai

oleh pelajar. Selain itu, mereka juga dapat mengenal pasti peranan dan perhubungan
penutur. Pelajar turut berupaya mentafsirkan maksud penutur dan dapat mengikuti sesuatu
perbualan atau dialog. Kemudian, mereka berupaya dalam menjelaskan fungsi tekanan dan
intonasi yang penutur gunakan serta mampu mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang
didengarinya.

2

3.0 PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR

3.1 PERINGKAT AWAL
Pada peringkat awal, pelajar perlu menguasai kemahiran seperti dapat melafazkan

ucapan yang bertatasusila iaitu sopan dan berkemampuan untuk mengajuk semula perkataan
atau ayat yang didengarinya. Pelajar berkemampuan untuk bertanya bagi mendapatkan
sesuatu maklumat serta dapat memberikan kenyataan tentang sesuatu perkara. Mereka juga
berupaya menyoal dan menjawab soalan-soalan mudah yang diajukan serta dapat
memberikan arahan dengan jelas. Selain itu, mereka dapat membina ayat mengenai diri
sendiri atau berpandukan daripada gambar yang diberi.

3.2 PERINGKAT PERTENGAHAN
Pada peringkat pertengahan, pelajar berkemampuan untuk menjelaskan tentang

sesuatu objek atau gambar. Mereka mampu bercerita berdasarkan siri gambar, gambar bersiri
atau berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Kemudian, mereka dapat memberikan ucapan
dan komen yang mudah serta berkemampuan untuk bertanya dan menjawab soalan yang
berkaitan peribadi. Pelajar juga dapat mengikuti perbualan mudah dan mampu memberikan
ulasan, padangan serta pendapat yang mudah.

3.3 PERINGKAT MAJU
Pada peringkat maju, kemahiran yang perlu dikuasai pelajar dapat menjelaskan

tentang sesuatu peristiwa serta dapat bercerita sama ada mengunakan alat pandang atau
tidak. Mereka juga dapat mengambil bahagian dalam perbincangan atau perbualan dengan
menggunakan laras bahasa yang betul. Pelajar mampu untuk menyoal bagi mendapatkan
maklumat serta dapat menjelaskan arah atau hala sesuatu tempat dengan betul. Kemudian,
pelajar juga mampu untuk menyertai aktiviti seperti lakonan dan forum serta mampu
mendeklamasikan sajak. Mereka turut berkemampuan untuk menyampaikan ulasan dan
komen serta mengkritik pendapat orang lain.

3

4.0 FAKTOR MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR
Antara faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar ialah faktor fizikal. Kanak-

kanak normal mempunyai deria pendengaran semula jadi sejak dari lahir.
Faktor seterusnya ialah jantina. Tahap kemahiran mendengar antara kanak-kanak

perempuan dan lelaki mempunyai perbezaan. Hal ini kerana tahap kefahaman kanak-kanak
perempuan lebih baik berbanding lelaki.

Seterusnya, faktor bunyi. Ketika mendengar kita memerlukan persekitaran yang
senyap untuk mendengar dengan baik. Susana yang bising akan menyebabkan tahap
pendengaran kita terhad.

Kemudian, fikiran tertutup. Mendengar dengan fikiran yang tertutup menyebabkan
input yang didengari tidak sampai ke otak untuk diproses. Ini akan menyebabkan aktiviti
mendengar kita gagal kerana kita tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penutur.

5.0 FAKTOR MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BERTUTUR
Antara faktor yang mempengaruhi kemahiran ini ialah faktor fisiologi seperti jantina.

Mengikut kajian kanak-kanak perempuan dapat bertutur lebih awal daripada kanak-kanak
lelaki. Selain itu, penyakit biologikal seperti kerosakan pita suara akan menyebabkan
keupayaan bertutur seseorang akan terkesan.

Faktor seterusnya ialah faktor fizikal seperti alat pendengaran, orang pekak tidak
dapat bertutur kerana mereka tidak pernah mendengar sebarang bunyi. Kemudian, alat
pertuturan iaitu kegagalan alat artikulasi berfungsi dengan baik menyebabkan individu tidak
dapat bertutur dengan baik. Contohnya, gagap.

Kemudian, faktor persekitaran seperti keluarga. Peranan keluarga penting bagi
mempertingkatkan keupayaan kanak-kanak untuk bertutur. Seterusnya, sosioekonomi. Faktor
ini mempengaruhi kerana keluarga yang mempunyai tahap sosioekonomi yang baik dapat
menyediakan kemudahan pembelajaran bahasa kepada anak-anak.

4

6.0 HUBUNG KAIT PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DENGAN FAKTOR
MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR

Antara faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar ialah faktor fizikal, faktor
jantina, faktor bunyi dan fikiran tertutup.

Faktor fizikal merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kemahiran
mendengar. Kanak-kanak yang normal berkemampuan untuk mengecam, mengajuk serta
memilih bunyi. Hal ini kerana mereka mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak
dari lahir. Namun tahap pendengaran mereka ini adalah berbeza kerana ada kanak-kanak
yang mempunyai deria pendengaran yang tajam dan sebaliknya. Sebagai contoh kanak-
kanak A mampu mengecam sesuatu bunyi dan mencari bunyi yang seakan sama dengannya
berbanding kanak-kanak B hanya mampu mendengar sahaja.

Selain itu faktor jantina. Tahap pendengaran kanak-kanak perempuan lebih baik
berbanding kanak-kanak lelaki. Contohnya, kanak-kanak perempuan yang berumur antara 7
hingga 9 tahun berkemampuan untuk mengecam dan mengingat sesuatu fakta serta butiran
secara tepat dan terperinci berbanding kanak-kanak lelaki.

Seterusnya, mendengar dengan fikiran tertutup. Pelajar yang melakukan perkara
tersebut akan menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjawab soalan-soalan mudah
yang diberikan kerana mereka tidak dapat mengenal pasti maklumat khusus yang didengari
seterusnya tidak mampu untuk mengenal pasti isi-isi yang penting.

7.0 HUBUNG KAIT PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR DENGAN FAKTOR
MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BERTUTUR

Antara faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur ialah faktor fisiologi, faktor fizikal
dan faktor persekitaran.

Jantina merupakan salah satu faktor fisiologi. Kebiasaannya kanak-kanak perempuan
dapat bertutur dengan lebih awal daripada kanak-kanak lelaki. Oleh itu, mereka dapat
menjawab dan menyoal solan yang mudah kepada orang dewasa. Kajian di Britain mendapati
bahawa perempuan memiliki perbendaharaan kata yang lebih baik daripada lelaki
menyebabkan kemahiran bertutur mereka lebih bagus berbanding lelaki. Seterusnya,
kerosakan pada pita suara. Pelajar yang mengalami masalah ini akan mengalami kesukaran
untuk menyoal bagi mendapatkan sesuatu maklumat kerana mereka tidak mampu untuk
bertutur. Kesannya, mereka tidak dapat untuk mengikuti perbualan yang mudah. Hal ini akan
mengakibatkan mereka tidak berupaya untuk menyertai aktiviti seperti forum.

5

Selain itu, faktor fizikal seperti kegagalan alat artikulasi akan menyebabkan gagap.
Pelajar yang mengalami masalah ini tidak berupaya untuk menyoal dan menjawab soalan
yang mudah. Oleh itu, sudah pasti mereka juga tidak berkemampuan untuk menunjukkan arah
atau hala sesuatu tempat apabila disoal kerana mereka tidak dapat bertutur dengan baik.

Kemudian, faktor persekitaran seperti keluarga. Ibu bapa yang sering berkomunikasi
dengan anaknya akan menyebabkan mereka berkemampuan mengajuk perkataan atau ayat
yang didengarinya. Contohnya, ibu bapa yang sering berkomunikasi dengan anaknya yang
masih bayi. Namun demikian terdapat segelintir ibu bapa yang gemar memberikan gadjet
kepada anak-anak mereka. Hal ini akan mengakibatkan anak-anak mereka kurang berminat
untuk bertutur kerana ketagih untuk bermain gadjet.

8.0 RUMUSAN
Daripada penulisan di atas, jelaslah bahawa kemahiran mendengar dan bertutur

merupakan kemahiran yang sangat penting. Dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat
perkaitan diantara peringkat dan faktor bagi kemahiran mendengar dan bertutur. Tuntasnya,
setiap pelajar mestilah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur agar dapat melahirkan
generasi yang celik akal dan berkualiti seterusnya mampu memajukan sektor pendidikan agar
menjadi lebih cemerlang.

6

RUJUKAN

Amelia Inbam Neelagandan. (2020, Ogos 28). Perkembangan bahasa dan kemahiran
literasi awal. MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.
http://www.myhealth.gov.my/perkembangan-bahasa-dan-kemahiran-literasi-awal/

Great Speech. (2021, Julai 15) . Why do girls speak earlier than boy.
https://greatspeech.com/why-do-girls-speak-earlier-than-boys/

Marina bt Abdul Malek. (2020, Ogos 28). Bagaimanakah kanak-kanak mempelajari bahasa.
MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia. http://www.myhealth.gov.my/bagaimana-
kanak-kanak-mempelajari-bahasa/

Muhamaad Razis Ismail. (2020 Julai 2). Anak lambat bercakap. myMetro.
https://www.hmetro.com.my/WM/2020/07/595708/anak-lambat-bercakap

Norfadillah bt. Nordin. (2017, Ogos 4). Peringkat kemahiran pendengaran. MyHealth
Kementerian Kesihatan Malaysia.

http://www.myhealth.gov.my/peringkat-kemahiran-pendengaran/

Nikhil Swaminathan. (2008, March 5). Girl talk: Are women really better at language?.
Scientific American. https://www.scientificamerican.com/article/are-women-really-
better-with-language/

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II . Siri Pendidikan Guru. Oxford Fajar Sdn
Bhd.

7


Click to View FlipBook Version