Dimulai dengan kategori P3, Johan Keseluruhan Kategori dimenangi oleh Rumah _____________ . Bagi kategori L3, Johan Keseluruhan Kategori dimenangi oleh Rumah _____________. Seterusnya, bagi kategori P2, Johan Keseluruhan Kategori dimenangi oleh Rumah _____________. Untuk kategori L2, johan disandang oleh Rumah _____________. Majlis diteruskan dengan Johan Keseluruhan Kategori P1, hadiah dimenangi oleh Rumah _____________. Dan untuk kategori L1, Johan Keseluruhan Kategori dimenangi oleh Rumah _____________. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Olahragawan serta Olahragawati terbaik bagi Kejohanan Olahraga SMK Baling Tahun 2024. Diumumkan Olahragawati Terbaik dahulu. [Baca Acara & Pencapaian dahulu] Anugerah Olahragawati Terbaik jatuh kepada __________________________________________________ dari rumah ________________. Seterusnya diumumkan Olahragawan Terbaik SMK Baling bagi tahun 2024. Siapakah gerangan tuannya. Atlet ini telah mengambil acara ____________ [Baca Acara & Pencapaian dahulu]
Anugerah OlahragawanTerbaik disandang oleh __________________________________________________ dari rumah ________________. Tahniah kepada Olahragawan dan Olahragawati SMK Baling yang baru dinobatkan . Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Nazipah binti Mohd Midah atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi. *********************** Hadirin yang dihormati, sampailah masa yang dinanti-nantikan, iaitu pengumuman Johan Keseluruhan Olahraga Tahunan SMK Baling Kali Ke-32 bagi Tahun 2024. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, En. Rosli bin Md Nafiah, Pengetua SMK Baling untuk menyampaikan anugerah tersebut. Buat pengetahuan semua hadirin, Piala hanya akan diberi kepada Johan Keseluruhan sahaja. Sebelum Johan Keseluruhan Olahraga diumumkan, dinyatakan terlebih dahulu jumlah pungutan pingat bagi setiap rumah sukan. Dengan pungutan pingat emas sebanyak ________ , perak _________ gangsa ______, dengan jumlah keseluruhan pingat sebanyak _________, tempat ke-4 jatuh kepada rumah __________. Seterusnya, Dengan pungutan pingat emas sebanyak ________ , perak _________ gangsa ______, dengan jumlah keseluruhan pingat sebanyak _________, tempat ke-3 jatuh kepada rumah __________. Ok, kita sudah pun tahu kedudukan tempat ke-4 dan ke-3, sekarang diumumkan Naib Johan dan Johan Olahraga SMK Baling. Siapakah pemenangnya?? Kita umumkan Johan dahulu ya, kemudian Naib Johan. Dengan pungutan pingat emas sebanyak ________ , perak _________ gangsa ______, dengan jumlah keseluruhan pingat sebanyak _________, Johan Keseluruhan bagi Kejohanan
Olahraga SMK Baling Kali Ke-32 disandang oleh Rumah _________ . Manakala tidak lain dan tidak bukan Naib Johan jatuh kepada Rumah ________ dengan pungutan pingat emas sebanyak ________ , perak _________ gangsa ______, dengan jumlah keseluruhan pingat sebanyak _________. Dijemput guru rumah sukan _______ untuk tampil ke depan bagi menerima piala. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Tuan Pengetua Cg Rosli menyampaikan piala sebentar tadi. UCAPAN PENUTUP Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi, Daun semulur di pekan sari Batang jerami rebah ke bumi Madah dihulur sembah diberi Kata penutup hajatnya kami Seterusnya majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya mempersilakan Yang Berusaha En. Rosli bin Md Nafiah Pengetua SMK Baling untuk menyampaikan ucapan penutup bagi Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Baling kali ke-32 bagi Tahun 2024. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. (Ucapan Pengetua) Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengetua di atas ucapan yang disampaikan. UPACARA MENURUNKA N BENDERA Hadirin sekalian,
KEJOHANAN OLAHRAGA Majlis diteruskan dengan upacara menurunkan bendera sekolah merangkap bendera Kejohanan Olahraga SMK Baling. Dengan itu majlis menjemput Tuan Pengetua Cg Rosli diiringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum Pn Nazipah binti Mohd Midah untuk menyempurnakan majlis. Ketua Pelajar bagi setiap rumah sukan juga diminta untuk tampil ke depan untuk upacara tersebut. Upacara menurunkan bendera kejohanan. PENUTUP Tuan-tuan dan puan-puan, Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya. Tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang berjaya merangkul kejuaraan pada tahun ini. Menang kalah adat bertanding. Terima ketentuan dengan berlapang dada. Kami selaku pengerusi majlis mewakili urusetia Kejohanan Olahraga merakamkan sekalung tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru dan staf di atas komited dan sumbangan anda, yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan Kejohanan Olahraga SMK Baling Kali Ke-32 bagi tahun 2024. Juga ucapan terima kasih kepada semua pelajar yang melibatkan diri dalam kejohanan ini. In sya Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. Semoga semangat sukan sentiasa membara dalam diri kita. Oleh itu, majlis berakhir di sini....Kita tutup majlis kita dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan surah al-Asr. Wabillahi taufik wal hidayah, wassallamualaikum warahmatuhhi barakatuh. Sekian. Terima kasih. Sebelum bersurai, Pelajar-pelajar diminta mengemas kawasan padang dengan mengutip sampah. Sama-sama kita menjaga nama baik sekolah kita kerana kita meminjam padang sekolah jiran.