The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90032031, 2023-06-15 04:36:19

BUKU PROGRAM DIGITAL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49

SESI 2023/2024

1


2 TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SESI 2023/2024 9:15 pagi : Pendaftaran Ibu bapa / Penjaga berdaftar dan berkumpul di dewan 9.30 pagi : Taklimat Keselamatan Jalan Raya oleh Pegawai Perhubungan Sekolah 10.00 pagi : Bacaan Doa Ucapan Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2023: Puan Jee Lee Yun Yen Ucapan Perasmian Pengetua SMK St Andrew: Puan Woo Lee Fang Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 48 Pembentangan Dan Pengesahan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2022/2023 Pembentangan Dan Pengesahan Laporan Kewangan Tahunan PIBG 2022/2023 Pembubaran AJK PIBG 2022/2023 Penyampaian Sijil Penghargaan AJK PIBG 2022/2023 Pemilihan AJK PIBG 2023/2024 Pelantikan AJK PIBG 2023/2024 Membahas usul Ucapan penangguhan YDP PIBG 2023/2024 Sesi Fotografi Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2022 Program Penetapan Target SPM 2023 Hari Interaksi Akademik Jamuan


3 JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 49 TAHUN 2023 Siaraya, Sistem Pembesar Suara / LCD dan Skrin En Goh Boon Cheng *Dibantu oleh pengawas Persiapan Dewan En Chong Wei Kuan En Hanif bin Mohd Salleh En Mohd Fadhir bin Abdullah En Nakia Friza bin Sapee En Gan Thian Hock *Dibantu oleh Pekerja swasta JAWATANKUASA PEGAWAI Pengerusi Bersama Pn Woo Lee Fang (Pengetua, SMK. St Andrew) Pn Jess Lee Yun Yen (YDP PIBG, SMK. St Andrew) Naib Pengerusi Bersama En Gan Kee Hong (PK Pentadbiran, SMK. St Andrew) En Md Suhaimi Bin Misran (PK HEM, SMK. St Andrew) En Zamri Bin Kassim (PK Koku, SMK. St Andrew) En Soo Chong Kiat (Naib YDP PIBG, SMK. St Andrew) Penyelaras: Pn Hayani Binti Halim Sambutan & Protokol Pn Azniza Binti Esa Cik Soo Siow Tieng *Dibantu oleh pengawas Buku Pelaporan dan Program Pn Gan Hwe San Pn Umaiyal a/p Muthusamy Pn Mariana bt Ibrahim Pn Ang Lay Geok Pn Salina bt Salleh *Dibantu oleh pengawas Disiplin dan Kawalan Pelajar En Hafez B Abd. Rahman Sidek En Wan Muhammad bin Wan Abd Samad Pn Teh Fui Fong En Wan Ahmad Bulkini Wan Nawi En Amri Hubaidah B Mohammad En Gan Thian Hock En Abdullah Hakim B Azhari *Dibantu oleh pengawas Dokumentasi Pn Gan Hwe San Penyelaras: Pn Nor Hanizah bt Mustaffa


4 Perhiasan Meja Kebersihan Cik Maimunah bt Mispan Pn Umi Haryani bt Md Yunus Pn Siti Sallehaton bt Md Amin Pn Gan Bee Yeng Cik Soh Bee Gek Pn Nam Lian Khiaw *Dibantu oleh Pekerja swasta Penyediaan Sijil Penghargaan Penyampaian hadiah dan sijil Pn Gan Hwe San Pn Ang Sy Jia *Dibantu oleh pengawas Penyelaras: En Tan Keh Khee Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga Mesy Agung PIBG En Lim Tong Hai Pn Adida Suhaila bt Ismail Cik Nurulfalah bt Abdul Ghani Pn Meenachi a/p Aramugam Cik Tan Siau Ting *Dibantu oleh pengawas Pengacara Majlis Pn Siti Nor Ain Binti Sabri Pn Nor Asleha binti Jaafar Rakaman Peristiwa En Muhammad Nizam bin Abdullah Cik Soo Siow Tieng *Dibantu oleh pengawas Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga Mesy Agung PIBG En Lim Tong Hai Pn Adida Suhaila bt Ismail Cik Nurulfalah bt Abdul Ghani Pn Meenachi a/p Aramugam Cik Tan Siau Ting *Dibantu oleh pengawas Pencatat Mesyuarat Agung PIBG Pn Umaiyal a/p Muthusamy Pn Siti Sallehaton bt Md Amin Cik Nurulfalah bt Abdul Ghani Penyelaras: Pn Norziana Binti Ismail Jamuan Cik Norhayati Bt Abd.Hakim Pn Siti Azila bt Ridzuan Cik Norazah bt Ali Pn Nur Farhana bt Azemi Cik Lavanyaa a/p M. Ganes Pn Noor Hazneeza bt Ridzuan *Dibantu oleh pengawas Bacaan Doa En Mohd Fadhir Bin Abdullah Seranta / Banner Pn Nur Ilya Syuhada bt Zainal Buku Pelawat Pn Umaiyal a/p Muthusamy


5 SEUNTAI BICARA YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SMK ST ANDREW, MUAR Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran kita dapat sekali lagi bertemu dalam majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Saint Andrew kali ke-49. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua barisan guruguru dan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 atas segala usaha dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang sesi ini bagi memacu kecemerlangan pelajar. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa atas sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan selama ini. Kami AJK PIBG sesi 2022/2023 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Tuan/puan bolehlah melihat buku aturcara mesyuarat agung kali ini di mana terdapat di dalamnya mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG kepada sekolah. Pada sesi 2022 / 2023 ini, PIBG telah meneruskan kesinambungan aktiviti untuk kecemerlangan pelajar seperti mengadakan kelas tambahan bagi pelajar tingkatan 5. Selain itu, “Program Kecemerlangan Akademik SPM”, “Sarapan Pagi Program Diet On Me”, “Majlis Graduasi 2022”, Majlis Anugerah Cemerlang SPM kohort 2022”, “Hari Keusahawanan”, “Zebro Crossing” di Jalan Hashim dan sebagainya. Untuk makluman tuan, pihak SMK Saint Andrew sedang dalam usaha merealisasikan pendigitalan pendidikan seiring dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mewujudkan generasi baharu yang berkompetensi dalam arus globalisasi. Pihak sekolah telah cuba untuk memasang projektor LCD dalam setiap kelas. Walau bagaimanapun, pihak sekolah telah menghadapi kesukaran dan kekangan kewangan untuk menzahirkan usaha tersebut memandangkan projek pemasangan ini menelan suatu belanja yang besar. Demi merealisasikan usaha tersebut, PIBG SMK Saint Andrew, telah berusaha mendapatkan sumbangan dari awam dan old boys agar projektor LCD dapat dipasang di setiap kelas bagi meningkatkan mutu proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih berkesan dan menepati pendekatan PdPC semasa. Setakat ini sebanyak lima unit projector LCD telah berjaya dipasang dan sepuluh unit lagi akan dipasang pada masa terdekat.


6 Sehubungan dengan itu, PIBG telah membuka satu kaunter di dewan ini agar ibu bapa yang ingin memberi sumbangan dalam usaha membantu pihak sekolah merealisasikan projek pemasangan projektor LCD di setiap kelas. Saya percaya ramai di kalangan ibu bapa yang sudi menyumbang agar dapat menentukan penerusan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SMK Saint Andrew. Kepada barisan ahli jawatankuasa baru yang bakal dilantik untuk sesi 2023/2024, saya ucapkan tahniah dan selamat bertugas. Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SMK Saint Andrew. Akhir bicara,sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita semua membuahkan kejayaan kepada anak-anak St Andrew. Sekian, terima kasih. Jess Lee Yun Yen YDP PIBG SMK Saint Andrew


7 SEKAPUR SIREH PENGETUA SMK ST ANDREW, MUAR Selamat sejahtera ingin saya ucapkan kepada Yang Dipertua PIBG, Puan Lee Yun Yen dan semua AJK PIBG 2022/2023, guru-guru serta ibu bapa. Terima kasih dan syukur kerana dapat saya menulis di ruangan ‘Sekapur Sireh’ sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Saint Andrew, Muar kali ke-49 Tahun 2023. Dalam usaha merealisasikan wawasan negara, faktor permuafakatan dan perpaduan amat penting kerana ia merupakan kunci utama bagi mewujudkan persekitaran sosial yang aman dan harmonis. Hal demikian dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan dalam tindakan yang kita lakukan. Semangat mengambil berat dan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), merupakan petanda baik untuk program usahasama bagi kejayaan murid di sekolah ini. Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak di rumah adalah amat diperlukan. Apabila ibu bapa terlibat sama dalam mendidik anak-anak, keyakinan guru dan pencapaian murid meningkat. Ibu bapa merasa mereka juga sebahagian dari sekolah dan lebih menyokong program sekolah. Kes disiplin dalam kalangan murid juga berkurangan dan hubungan antara pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa akan bertambah baik. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasa sekolah. Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting terutama menyokong kemajuan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah murid-murid. Sesungguhnya PIBG merupakan nadi kepada hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Keeratan dan keberkesanan hubungan ini boleh memacu sekolah ke arah kecemerlangan daripada semua aspek pendidikan murid-murid. Natijah daripada itu, wadah ini perlu diperkukuh demi meneruskan kelangsungan persefahaman antara kedua belah pihak. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai ‘aur dengan tebing’ demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SMK Saint Andrew terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah, seterusnya mencipta kegemilangan SMK Saint Andrew, Muar. Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan kokurikulum sesungguhnya disokong dengan kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah murid, bagi melahirkan insan kamil yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan yang positif dan faedah yang besar kepada masa depan


8 murid-murid. Semoga anak-anak SMK Saint Andrew akan bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek dengan adanya kesepakatan antara pihak sekolah dan PIBG. Akhir kata, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa PIBG dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Saint Andrew pada kali ke-49 ini. Sesungguhnya segala bakti, sumbangan, perkongsian idea serta kerjasama bagi kecemerlangan anak didik sekolah ini amatlah dihargai. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua guru yang telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka. Tidak lupa juga kepada barisan AJK PIBG sesi 2022/2023 dan ibu bapa yang komited untuk hadir bersama-sama dalam mesyuarat kali ini. Sekian, terima kasih. Tahniah dan selamat bermesyuarat. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (WOO LEE FANG) Pengetua, SMK Saint Andrew, Muar


9 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA – GURU SMK ST ANDREW SESI 2023/2024 PENGETUA (PENASIHAT) : PN WOO LEE FANG YDP : PN JESS LEE YUN YEN NAIB YDP : EN SOO CHONG KIAT SETIAUSAHA : PN GAN HWE SAN NAIB SETIAUSAHA : PN UMAIYAL A/P MUTHUSAMY BENDAHARI : PN CHRIS TOO LET TENG NAIB BENDAHARI : EN WAN MUHAMMAD BIN WAN ABD SAMAD AJK IBU BAPA : EN IVAN LIM YU MENG : EN CHONG YEAW KIONG : EN SIA WEE PING : PN LATHA A/P SELLAN : PN NORIHA BINTI JAMARI : DR. ELIZABETH LAW FANG LIN : PN CAROL SIM PEI PEI : PN YEO YEE KIANG, ESTHER : EN RAJANDRAN A/L V S MUTHIAH : PN TAN MAY LING AJK GURU : CIK SOO SIOW TIENG : PN AZNIZA BT ESA : PN MARIANA BT IBRAHIM : PN UMI HARYANI BT MD YUNUS : PN SITI SALLEHATON BT MD AMIN JURUAUDIT : EN LEE KAR SOON : EN TAN KEH KHEE


10 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK ST. ANDREW, MUAR, JOHOR KALI KE 48 TAHUN 2022 Tarikh : 19 Jun 2022 Hari : Ahad Masa : 9.30 pagi Tempat : Dewan Terbuka SMK St Andrew Kehadiran : Rujuk lampiran (Kehadiran) Agenda Mesyuarat 1.0 Ucapan Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG – Encik Dominic Lim Kuan Wee Sesi 2021/2022 1.1 YDP PIBG ingin mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa yang hadir dalam Mesyurat Agung PIBG kali ke -48 yang dijalankan secara bersemuka di dewan terbuka ini. 1.2 Tahun lepas Mesyuarat Agung ini dijalankan secara atas talian kerana negara kita menghadapi pandemik Covid 19. Walaupun bagaimanapun pada 1 Mei negara kita telah memasuki fasa endemic dan kita dibenarkan menjalankan Mesyuarat Agung di sekolah. Perubahan ini merupakan satu langkah yang penting di mana ia merupakan satu perkara yang normal dan kita percaya bersemuka di kalangan guru dan pelajar amat penting bagi mencapai visi dan misi sekolah. 1.3 Dengan penularan pandemik ini dan semasa berada di perintah kawalan, pihak sekolah dan PIBG tidak melupakan untuk menjalankan tanggungjawab demi kebajikan pelajar secara keseluruhannya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, contohnya, Program Food Bank SAS, Breakfast Tip Top Diet on me” bagi calon SPM, Program Ziarah Cakna, Majlis Anugerah Cemerlang SPM kohort 2020 dan sebagainya. PIBG juga telah menyumbangkan telefon bimbit dan plan data untuk pelajar supaya tidak ketinggalan dalam PDPR kerana masalah kewangan. 1.4 Untuk maklum semua, Tahun 2022 adalah tahun pertama sekolah menjalankan program DLP (Dual Language Program) iaitu pelajar belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Kelas tersebut mempunyai 30 orang pelajar yang terpilih dan guru-guru yang ditugaskan mengajar kelas tersebut akan mengajar sehingga ke Tingkatan 5. Tahun depan SAS akan menerima lagi pelajar untuk DLP dan diberi tunjuk ajar oleh guru-guru yang berdedikasi. Pihak PIBG yakin program DLP ini akan membawa peningkatan dalam akademik seterusnya menaikkan nama sekolah pada tahun-tahun yang akan datang. 1.5 Untuk maklum semua, peningkatan yang pesat dalam enrolmen pelajar setiap tahun malah mengikuti falsafah pendidikan iaitu memupuk dan mendidik generasi masa depan kita. PIBG juga tidak bersetuju untuk menswastakan sekolah atau penutupan sekolah SAS ini. Isu ini telah ditangani dengan sokongan yang baik dari pihak yang tuan tanah iaitu “His Excellency Bishop Bernard Paul, the Bishop of Malacca Johore Diocese dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS).


11 1.6 Akhir kata, YDP PIBG percaya anak murid di bawah jagaan dan tunjuk ajar yang baik dari pengetua kita, Puan Woo Lee Fang dengan diiringi oleh barisan tiga penolong Kanan dan barisan pengurusan sekolah. YDP menyeru agar ibu bapa berganding bahu dengan pihak pengurusan sekolah untuk mendidik anak-anak sebagai seorang insan yang baik demi masa hadapan mereka. 2.0 Ucapan Pengetua SMK St Andrew - Puan Woo Lee Fang 2.1 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG dan semua AJK PIBG kerana telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah dalam melaksanakan segala program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2021/2022. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasa sekolah. Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting terutama menyokong kemajuan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah muridmurid. Sesungguhnya PIBG merupakan nadi kepada hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Keeratan dan keberkesanan hubungan ini boleh memacu sekolah ke arah kecemerlangan daripada semua aspek pendidikan murid-murid. 2.2 Pengetua membentangkan tentang perkembangan sekolah. Untuk makluman semua, analisis guru mengikut ras, iaitu terdapat 30 orang guru berbangsa Melayu, 17 orang guru berbangsa Cina, dan bangsa India adalah 2 orang. Jumlah guru ialah 49 orang. Mengikut waran, sepatutnya ada 52 orang guru. Ini bererti sekolah masih kekurangan 3 orang guru lagi. Dari segi gred pula, DG54 ada 5 orang, DG 52 adalah 4 orang, DG 48 adalah 18 orang, DG 44 adalah 16 orang dan DG 41 adalah 6 orang. Ini bermaksud sekolah kita mempunyai guru-guru yang komitmen yang tinggi dan mempunyai tenaga kerja yang sangat cemerlang. Untuk enrolmen pelajar pula, jumlah pelajar yang ada sehingga hari ini ialah 631 orang yang terdiri daripada 50 orang pelajar Melayu, 555 orang pelajar Cina dan 25 orang pelajar India dan lain lain ialah 1 orang. 2.3 Visi Sekolah: Pendidikan Berkualiti, Insan terdidik, Negara sejahtera. Misi sekolah pula ialah melestarikan sisitem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Slogan sekolah ialah Fortitier In Re. Dengan lain kata, semua usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah sama ada dari segi pentadbiran, hal ehwal murid atau kokurikulum, semuanya adalah untuk kualiti sekolah dan kemenjadian murid yang cemerlang. Mascot untuk sekolah adalah kuda, di mana ia boleh membawa maksud kuasa, kuat,berdikari, intelek dan sebagainya. Prinsip kerja bagi SMK St Andrew ialah S – Strength (kekuatan), T – Teamwork (kerja sepasukan), A – Attitude(sikap), N – Navigate (panduan arah), D – Data driven (berasaskan data), R – Resilient (Daya tahan), E – Efficiency (kecekapan), W – Wisdom (kebijaksanaan). 2.4 Pengetua membentangkan keputusan SPM 2021 yang baru diumumkan tempoh hari yang lepas, peratus kelulusan ialah 86.07% di mana telah meningkat sebanyak 6.48% berbanding dengan tahun 2020. Ini bererti ramai pelajar dapat menerima Sijil SPM, di mana lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Dari segi GPS pula, sekolah mengalami sedikit kemerosotan, iaitu sebanyak 0.46. Dari segi bilangan pelajar yang cemerlang ialah 2 orang yang mendapatkan straight A, iaitu Lim Lian Ching dan Tee Yee Cheng. Pelajar Tan Yong Bin


12 mendapat 9A, Go Qi Yang mendapat 8A, Mok Wen Le, Heng Cai Zhi, Fernando Lim Jia Yee dan Khoo Yu Shen masing-masing memperoleh 7A dalam SPM. 2.5 Terdapat beberapa program dan aktiviti yang telah dijalankan hasil daripada kerjasama PIBG 2.5.1 Sumbangan untuk program Larian Maya 2.5.2 Sumbangan untuk Bantuan Data PDPR B40 2.5.3 Sumbangan untuk Tabung SAS Prihatin 2.5.4 Sumbangan untuk SAS Food Bank 2.5.5 Sumbangan untuk Majlis Anugerah Cemerlang SPM Kohort 2020 dan PT 3 Kohort 2019 2.5.6 Sumbangan untuk Gaji Guru Ganti selama 6 bulan 2.5.7 Sumbangan untuk pembelian smartphone untuk membantu kelas online 2.5.8 Sumbangan untuk pembelian mobile data bagi murid online class 2.5.9 Sumbangan untuk Kem Kepimpinan Pengawas Tahun 2021 (secara online) 2.5.10 Program Vaksinasi 2.5.11 Sumbangan untuk Teknik Menjawab SPM 2021 Peringkat Kebangsaan secara online 2.5.12 Sumbangan untuk Pemberian Insentif Galakan Untuk Calon Spm 2021 2.5.13 Sumbangan untuk Tabung Hari Guru sempena Perayaan Hari Guru Tahun 2022 2.5.14 Program Breakfast Diet On Me SPM Kahort 2021 2.5.15 Sumbangan untuk pembelian Covid 19 test kits untuk Calon SPM 2021 2.6 Akhir kata, pengetua ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa PIBG dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Saint Andrew pada kali ke-48 ini. Sesungguhnya segala bakti, sumbangan, perkongsian idea serta kerjasama bagi kecemerlangan anak didik sekolah ini amatlah dihargai. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua guru yang telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka. Tidak lupa juga kepada barisan AJK PIBG sesi 2021/2022 dan ibu bapa yang komited untuk hadir bersama-sama dalam mesyuarat kali ini. 3.0 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK St Andrew Kali Ke – 47 3.1 YDP PIBG membentangkan minit Mesyuarat Agung yang lalu tanpa sebarang pmbetulan. 3.2 Perbincangan semula tentang usul Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 47 tahun lepas: 3.2.1 Memasang langsir di bilik darjah tidak dapat dijalankan pada tahun lepas disebabkan oleh SOP yang perlu diikut dalam pengoperasian sekolah semasa pandemik Covid-19. Tahun ini mungkin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPNJ) tidak akan menghalang lagi untuk memasang semula langsir di dalam kelas. Ini akan diuruskan oleh pihak sekolah nanti.


13 3.2.2 Waktu balik sekolah bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 5 amat berbeza. Pihak sekolah perlu menjaga murid-murid tidak berkumpul dan menyebabkan penyebaran Covid -19. Ini juga adalah salah satu SOP yang perlu diikuti oleh semua sekolah. 3.2.3 Pengurangan kerja rumah sekolah supaya pelajar ada masa untuk mengulangkaji. Pada masa yang sama, mencadangkan masa mula belajar dilewatkan sedikit agar pelajar tidak letih sangat. Penerangan PK Pentadbiran yang menerangkan bahawa masa ini adalah mengikut jajaran yang telah ditetapkan oleh KPM dan tidak berubah sesuka hati. 3.2.4 Penambahbaikan pada sekolah dan sentiasa menjaga SOP. Pelbagai program, seperti mensanitasi kelas telah dijalankan sepanjang tahun di dalam sekolah untuk menjaga keselamatan pelajar. 3.2.5 Pelajar warganegara asing dikenakan bayaran tambahan RM33.50. Ini memang telah ditetapkan oleh jabatan yang perlu mengikutinya. Sumbangan Tahunan PIBG adalah RM60 per keluarga dan bayaran sebanyak RM15.00 per keluarga untuk majalah sekolah yang seperti mana yang telah dicatatkan. Untuk sumbangan Pengurusan dan Penyelenggaraan Kelas dipungut bagi pihak Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) adalah RM40 per pelajar. Ini amat diperlukan oleh sekolah sedangkan sekolah ialah sekolah bantuan kerajaan. Pungutan ini adalah untuk penyelenggaraan dan segala kerosakan yang perlu diuruskan oleh pihak LPS. 3.2.6 Pengedaran majalah sekolah yang biasanya akan dilakukan pada tahun berikutnya. Begitu juga pelajar Tingkatan 5 yang juga diedarkan semasa pengambilan slip keputusan SPM. Jika masih ada tidak dapat dengan majalah sekolah boleh datang ke pejabat untuk mendapatkan majalah sekolah ini. 3.2.7 Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran Bahasa Inggeris agar pelajar dapat menguasai bahasa dengan baik. YDP PIBG mengingatkan bahawa penguasaan Bahasa Melayu juga penting dalam SPM. 3.3 Encik Sia Wee Ping mencadangkan minit mesyuarat Agung PIBG yang lalu disahkan dan disokong oleh Encik Soo Chong Kiat. 4.0 Pembentangan Dan Pengesahan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2020/2021 4.1 Setiausaha PIBG membentangkan laporan tahunan PIBG yang lalu tanpa sebarang pembetulan. 4.2 Setiausaha PIBG memaklumkan bahawa terdapat 4 kali mesyuarat PIBG yang telah dijalankan bagi sesi 2021/2022 termasuklah mesyuarat hari ini, iaitu, pada 29 Ogos 2021, 5 Disember 2021, 17 April 2022 dan 19 Jun 2022. Kehadiran bagi AJK PIBG telah dicatatkan seperti dalam jadual yang telah dicetak. 4.3 Setiausaha PIBG ingin mewakili pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG atas sumbangan dan kerjasama bagi aktiviti dan program yang telah dijalankan:


14 4.3.1 Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah Sepanjang Tahun 2021 / 2022 4.3.2 Sumbangan untuk program Larian Maya 4.3.3 Sumbangan untuk Bantuan Data PDPR B40 4.3.4 Sumbangan untuk Tabung SAS Prihatin 4.3.5 Sumbangan untuk SAS Food Bank 4.3.6 Sumbangan untuk Majlis Anugerah Cemerlang SPM Kohort 2020 dan PT 3 Kohort 2019 4.3.7 Sumbangan untuk Gaji Guru Ganti selama 6 bulan 4.3.8 Sumbangan untuk pembelian smartphone untuk membantu kelas online 4.3.9 Sumbangan untuk pembelian mobile data bagi murid online class 4.3.10 Sumbangan untuk Kem Kepimpinan Pengawas Tahun 2021 (secara online) 4.3.11 Program Vaksinasi 4.3.12 Sumbangan untuk Teknik Menjawab SPM 2021 Peringkat Kebangsaan secara online 4.3.13 Sumbangan untuk Pemberian Insentif Galakan Untuk Calon SPM 2021 4.3.14 Sumbangan untuk Tabung Hari Guru sempena Perayaan Hari Guru Tahun 2022 4.3.15 Program Breakfast Diet On Me SPM Kohort 2021 4.3.16 Sumbangan untuk pembelian Covid 19 test kits untuk Calon SPM 2021 4.4 Pn Jess Lee Yun Yen mencadangkan laporan tahunan yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn Noriha bt Jamari. 5.0 Pembentangan Dan Pengesahan Laporan Kewangan Tahunan PIBG Sesi 2021/2022 5.1 Bendahari PIBG, Encik Ivan Lim Yu Meng membentangkan laporan kewangan PIBG yang lalu, iaitu 1 April 2021 sehingga 31 Mac 2022 dengan baki yang tinggal dalam akaun semasa adalah sebanyak RM55,408.8. Semua sumbangan dan bayaran telah dicatatkan satu bulan demi bulan. Antaranya yang melibatkan perbelanjaan yang besar ialah Tabung Kebajikan BAP Johor tahun 2022 ialah RM31,950.00 yang baru diterima dalam bulan ini. Maka, baki Tabung ini belum diketahui lagi. 5.2 Bagi akaun tunai runcit, baki akaun ialah RM216.90 sektakat 31 Mac 2022. 5.3 Jumlah yang ada dalam akaun simpanan tetap ialah RM40,00.00 di mana pada 24 Ogos 2021 dan 27 Ogos 2021 masing-masing RM15,000.00 dan RM 10,000.00 telah dimasukkan dalam akaun tersebut. 5.4 Pn Zalina telah mencadangkan laporan kewangan yang lalu diluluskan dengan disokong oleh Pn Devi. 6.0 Pelantikan Jawatankuasa Guru Dan Ibu Bapa Sesi 2022/2023 6.1 YDP PIBG mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022. Pengetua memohon agar pelantikan pengerusi sementara untuk memilih AJK PIBg sesi 2022/2023.


15 6.2 Encik Ivan Lim Yu Meng mencadangkan Encik Dominic Lim pengerusi sementara untuk melantik AJK PIBG yang baru sesi 2022/2023. 6.3 Encik Ivan Lim Yu Meng mencadangkan Pn Jess Lee Yun Yen sebagai YDP PIBG dan disokong oleh Encik Chong Yeaw Kiong. 6.4 Encik Ivan Lim Yu Meng mencadangkan Encik Soo Chong Kiat sebagai Naib YDP PIBG dan disokong oleh Encik Gan Kee Hong. 6.5 Encik Chong Yeaw Kiong mencadangkan Pn Christ Too Let Teng sebagai Bendahari PIBG dan disokong oleh Pn Lila. 6.6 Encik Dominic Lim mencadangkan nama-nama berikut sebagai AJK PIBG sesi 2022/2023, iaitu: En Ivan Lim Yu Meng, En Chong Yeaw Kiong, En Sia Wee Ping, Pn Noriha bt Jamari, Pn Sim Pei Pei, Pn Elizabeth Law, Pn Latha, Pn Tan May Ling, En Lee Kar Soon, Pn Esther Yeo, En Rajandran. En Lee Kar Soon dilantik sebagai pemeriksa kira-kira. 6.7 Pengetua menamakan guru untuk AJK PIBG sesi 2022/2023 seperti berikut: Pn Gan Hwe San sebagai Setiausaha PIBG, Pn Umaiyal a/l Muthusamy sebagai Penolong Setiausaha PIBG, En Wan Muhammad Bin Wan Abd Samad sebagai Naib Bendahari. Untuk AJK PIBG ialah Cik Soo Siow Tieng, Pn Azniza bt Esa, Pn Mariana Binti Ibrahim, Pn Umi Haryani Bt Md Yunus, Pn Siti Sallehaton Bt Md Amin 6.8 Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa – Guru SMK St Andrew Sesi 2022/2023. Pengetua : Pn Woo Lee Fang (Penasihat) YDP : Pn Jess Lee Yun Yen Naib YDP : En Soo Chong Kiat Setiausaha : Pn Gan Hwe San Naib Setiausaha : Pn Umaiyal a/p Muthusamy Bendahari : Pn Chris Too Let Teng Naib Bendahari : En Wan Muhammad Bin Wan Abd Samad AJK Ibu Bapa : En Ivan Lim Yu Meng : En Chong Yeaw Kiong : En Sia Wee Ping : Pn Latha A/P Sellan : Pn Noriha bt Jamari : Dr. Elizabeth Law Fang Lin : Pn Carol Sim Pei Pei : Pn Yeo Yee Kiang, Esther : En Rajandran A/L V S Muthiah : Pn Tan May Ling AJK Guru : Cik Soo Siow Tieng : Pn Azniza bt Esa : Pn Mariana Binti Ibrahim


16 : Pn Umi Haryani Bt Md Yunus : Pn Siti Sallehaton Bt Md Amin Juruaudit : En Lee Kar Soon : En Tan Keh Khee 6.9 Kebenaran pengeluaran wang oleh pegawai-pegawai berikut bagi pihak PIBG: 6.9.1 YDP PIBG: Pn Lee Yun Yen (KP: 780220-12-6052) 6.9.2 Bendahari: Pn Too Let Teng (KP: 740413-04-5092) Pengerusi dan Bendahari sahaja dibenarkan mengeluarkan cek atau wang bagi pihak PIBG. 6.10 Cadangan pencalonan untuk Board of Governor (BOG) 6.10.1 Mdm Lee Yun Yen 6.10.2 Mr. Soo Chong Kiat 6.10.3 Mr. Chong Yeaw Kiong 7.0 Pembentangan Usul – Usul Yang Telah Ditapis 7.1 Usul 1 & Usul 2 Nama Ibu bapa Puan Tee Bee Hoon Encik Hing Chin Lai Nama anak (Ting) Lim Kee Hing (2B) Hing Wei Xiang (1K) Usul- usul Membaiki kipas yang “slow” di kelas 2B. Kipas tak ada angin di 1K Maklum balas Pihak Sekolah / PIBG Pihak sekolah telah menghubungi kepada LPS untuk urusan memperbaiki masalah kipas angin 7.2 Usul 3 Nama Ibu bapa Puan Yeo Yee Kiang Nama anak (Ting) Jayvis Chua Zhen Yu (2B) Usul- usul Keterangan tiang lampu yang terletak di pinta utama sekolah adalah kurang memuaskan pada waktu pagi atau malam. Pihak sekolah boleh membuat permohonan kepada TNB untuk mendapatkan lampu LED demi keselamatan murid-murid mahupun guru. Maklum balas Pihak Sekolah / PIBG Pihak sekolah telah menulis surat permohanan kepada TNB dan menunggu respon daripada pihak TNB. 7.3 Usul 4 Nama Ibu bapa Encik Wan Muhamaad Yusri bin Wan Muhammad Nor Nama anak (Ting) Wan Muhammad Akid Yusuff Bin Wan Muhamad Yusri (1H) Usul- usul Cara menangani kesesakan jalan ke sekolah Maklum balas Pihak Sekolah / PIBG En Dominic berpendapat bahawa terdapat 2 tempat yang menyebabkan kesesakan jalan, iaitu Jalan Hashim masuk ke sekolah dan sepanjang jalan susur. Ibu bapa boleh menurunkan anak di tepi


17 Jalan Hashim dan anak boleh melintasi jalan raya dengan bantuan pengawal keselamatan. Ibu bapa juga boleh menurunkan anak di jalan susur dan membelok ke kiri untuk menghala ke sekolah rendah Chung Hwa Presbyterian. Jika hari hujan, kereta ibu bapa dapat masuk ke kawasan dan keluar dari tempat letak kereta belakang dan membelok ke kiri menghala ke sekolah rendah Chung Hwa Presbysterian. En Dominic juga merayu agar ibu bapa minta anak – anak bersiap sedia di dalam kereta terlebih dahulu sebelum kereta berhenti supaya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menurunkan daripada kereta. 7.4 Usul 5 Nama Ibu bapa Puan Tan Swee Feng Nama anak (Ting) Jayden Eng Wei Yuan (PB) Usul- usul Ketahui tentang akademik anak Maklum balas Pihak Sekolah / PIBG Puan Pengetua memaklumkan selepas mesyuarat PIBG ini, ibu bapa boleh ke kelas anak-anak masing-masing untuk mengetahui akademik anak dari guru Tingkatan. 7.5 Usul 6 Nama Ibu bapa Encik M Rajandran Nama anak (Ting) Jitthis Ghogul A/L Rajandran (PB) Usul- usul Kelas Bahasa Tamil untuk Tingkatan 1 Maklum balas Pihak Sekolah / PIBG Encik Dominic memaklumkan bahawa murid perlu mencukupi sekurang-kurangnya 15 orang murid dalam satu tingkatan, baru boleh mengadakan kelas. Mengikut pekeliling yang sedia ada, Encik Gan Kee Hong memaklumkan bahawa sekolah memang tidak memenuhi syarat ini. Sebab jumlah murid India yang ada dari Tingkatan 1 hingga 5 tidak sampai 15 orang. Akan tetapi, pihak sekolah telah mengadakan kelas ibunda ( Bahasa tamil) pada setiap hari Rabu dengan bantuan guru POL di dalam luar waktu kelas. 7.6 Usul 7 Nama Ibu bapa Puan Tan Siow Hwee Nama anak (Ting) Carl Chong Buo Wen (PB) Usul- usul Buku sekolah yang dipinjam dari pihak sekolah, terdapat dua buku Bahasa Melayu yang rosak, dirujukkan kepada pihak sekolah tetapi tidak dapat ditukarkan. Harap masalah ini akan diselesaikan pada masa yang akan datang


18 Maklum balas Pihak Sekolah / PIBG Puan Pengetua memaklumkan bahawa penyelaras SPBT baru dipanggil untuk mengambil buku teks baru di PPD Muar. Beliau juga berharap agar bersabar untuk mendapatkan buku teks baru nanti dan bekalan buku teks memang amat terhad. 7.7 Usul 8 Nama Ibu bapa Puan Hoo Kin Yan Nama anak (Ting) Tan Yee Hen (4B) Usul- usul Meningkatkan taraf kemudahan sekolah Maklum balas Pihak Sekolah / PIBG Usul ini tidak dapat diselesaikan kerana kemudahan sekolah yang dirujuk agak luas. Kemudahan asas sekolah yang ada masalah akan diuruskan oleh LPS. 7.8 Usul 9 Nama Ibu bapa Encik Goh Chun Kiat Nama anak (Ting) Goh Jin Hao (1G) Usul- usul Menambah baik kemudahan tandas Maklum balas Pihak Sekolah / PIBG YDP PIBG memaklumkan bahawa kemudahan tandas sudah diperbaiki dan dinaiktaraf. 8.0 Hal –hal lain 8.1 Dr Elizabeth menyoal tentang program DLP, iaitu adakah program DLP akan dijalankan untuk Tingktan 4 pada tahun depan nanti? Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Gan Kee Hong menerangkan bahawa program DLP hanya bermula dengan Tingkatan 1 pada tahun ini, dan akan membawa ke Tingkatan 2 pada tahun depan sehingga ke Tingkatan 5 nanti. Pada masa yang sama, Tingkatan 1 tahun depan juga ada program DLP ini. Tingkatan 4 tahun depan tidak dapat dijalankan kerana tiada peruntukan yang diberikan untuk dimulakan pada Tingkatan 4. 8.2 Pn Lila mencadangkan bahawa boleh masukkan lirik lagu Negaraku, lagu Bangsa Johor dan lirik lagu sekolah ke dalam Buku Program agar boleh dirujuk oleh ibu bapa nanti. YDP PIBG memberitahu cadangan ini akan diambil kira pada tahun depan. 8.3 YDP PIBG mencadangkan bahawa pelajar warganegara asing dikenakan bayaran tambahan RM33.50. Usul ini disokong sebulat suara. 8.4 Untuk sumbangan Tahunan PIBG adalah RM60 per keluarga. YDP PIBG mencadangkan sumbangan PIBG dikekalkan dan ini disokong sebulat suara oleh semua. 8.5 Bagi bayaran sebanyak RM15.00 per keluarga untuk majalah sekolah dan sumbangan Pengurusan dan Penyelenggaraan Kelas dipungut bagi pihak Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) adalah RM40 per pelajar. YDP PIBG menerima usul ini tersebut dan diterima sebulat suara.


19 9.0 Ucapan Penangguhan YDP PIBG Sesi 2022/2023 9.1 YDP PIBG, Pn Jess Lee mengucapkan terima kasih kepada hadirin dan berharap semua AJK boleh berganding bahu untuk memajukan sekolah untuk kebaikan pelajar-pelajar. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 48 ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Kehadiran Ibu bapa dan Guru pada Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 Ibu dan bapa 299 Guru 49 Jumlah 348


20 LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SESI 2022/2023 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa telah diadakan sebanyak empat kali, iaitu, 1. 14 Ogos 2022 2. 4 Disember 2022 3. 12 Februari 2023 4. 4 Jun 2023 Kehadiran ahli jawatankuasa seperti berikut: BIL NAMA JAWATAN 1 2 3 4 1 PN WOO LEE FANG EX – OFFICEO / / THS / 2 PN JESS LEE YUN YEN YANG DIPERTUA / / / / 3 EN SOO CHONG KIAT NAIB YANG DIPERTUA / / / / 4 PN GAN HWE SAN SETIAUSAHA / / / / 5 PN UMAIYAL A/P MUTHUSAMY NAIB SETIAUSAHA / / THS THS 6 PN CHRIS TOO LET TENG BENDAHARI / / THS THS 7 EN WAN MUHAMMAD BIN WAN ABD SAMAD NAIB BENDAHARI / THS THS THS 8 EN IVAN LIM YU MENG AJK IBU BAPA THS THS THS THS 9 EN CHONG YEAW KIONG AJK IBU BAPA / / THS / 10 EN SIA WEE PING AJK IBU BAPA / / THS THS 11 PN LATHA A/P SELLAN AJK IBU BAPA / THS THS THS 12 PN NORIHA BINTI JAMARI AJK IBU BAPA / THS / / 13 DR. ELIZABETH LAW FANG LIN AJK IBU BAPA / / / / 14 PN CAROL SIM PEI PEI AJK IBU BAPA / / THS / 15 PN YEO YEE KIANG, ESTHER AJK IBU BAPA / / / THS 16 EN RAJANDRAN A/L V S MUTHIAH AJK IBU BAPA / / / / 17 PN TAN MAY LING AJK IBU BAPA / THS THS THS 18 CIK SOO SIOW TIENG AJK GURU / / / THS 19 PN AZNIZA BT ESA AJK GURU / THS THS THS 20 PN MARIANA BT IBRAHIM AJK GURU / / / / 21 PN UMI HARYANI BT MD YUNUS AJK GURU THS / / / 22 PN SITI SALLEHATON BT MD AMIN AJK GURU / / THS / 23 EN LEE KAR SOON JURUAUDIT THS THS THS / 24 EN TAN KEH KHEE JURUAUDIT THS THS THS THS *THS : Tidak Hadir dengan Sebab


21 LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SESI 2022/2023 Persatuan Ibu Bapa – Guru bersama-sama pihak sekolah telah menjalankan beberapa aktiviti dan program bagi memastikan kebajikan dan kemajuan para pelajarnya. PIBG juga bersama-sama menyumbang kepada pihak sekolah dalam aktiviti mereka. Aktiviti-aktiviti sepanjang sesi 2022/2023 Mengadakan perbincangan dan mesyuarat yang dijalankan: 1. Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 14 Ogos 2022 2. Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua 4 Disember 2022 3. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketiga 12 Februari 2023 4. Mesyuarat AJK PIBG Kali Keempat 4 Jun 2023 5. Mesyurat Agung PIBG Kali Ke – 48 18 Jun 2023 PIBG juga telah banyak bekerjasama dengan pihak sekolah dan memberikan sumbangan dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan. Antaranya ialah: 1. Sumbangan untuk Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 2. Sumbangan untuk Kejohanan Olahraga kali ke – 65 3. Sumbangan untuk Bengkel dan Kem Kecemerlangan Calon SPM 2022 4. Sumbangan untuk pertandingan kokurikulum peringkat daerah (hoki, bola keranjang, skuash, Students Leader Board, badminton) 5. Hari Keusahawanan 6. Program Kecemerlangan Akademik SPM 2022 7. Sumbangan untuk Karnival HEM 8. Majlis Graduasi 2022 9. Zebra Crossing di Jalan Hashim 10. Program Keceriaan Kelas 11. Program Breakfast Diet On Me bagi calon SPM 2022 12. Program Pemasangan projektor (LCD) di dalam kelas (dalam proses) Disediakan oleh, Disemak oleh, _________________ _________________________ (GAN HWE SAN) ( LEE YUN YEN) SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG SMK ST ANDREW SMK ST ANDREW SESI 2022/2023 SESI 2022/2023


22 Koleksi Gambar Bagi Program Yang Telah Dijalankan Dalam Tempoh Jun 2022 – Mei 2023


23


24


25


26


27


28


29


30


31 MEMBAHAS USUL Bil Nama Ibu bapa Nama anak( Ting) Usul- usul yang telah ditapis 1 Tee Gek Fung Lee Zi Yang (3B) Menyediakan mesin water coway. 2 Hoo Kin Yan Tan Yee Rui (3B) 3 Koo Yan Hock Koo Zhi Yang (5B) 4. Ng Chin Soon Ng Yaw Han (5G) Menambahkan kipas di dewan, khasnya di tempat duduk pelajar Tingkatan 5G dan 5H 5 Khairuz Zaman Bin Hairan Muhammad Ilham Faiq Bin Khairuz Zaman (1K) Menyediakan senarai tugas dan adab-adab ketua kelas, penolong ketua kelas dan pelajar supaya semua memahami peranan masing-masing agar menjadi peajar yang cemerlang dan berjaya pada masa akan datang. 6 H’ng Shey Huey Lim Jia Ler (3H) Menanya sebab untuk pelanjutan waktu persekolahan sehingga 1.30pm. Pemasangan penghawa dingin di sekolah 7 Maliha a/p Packeri Vasantraj A/L Balamuthu (5H) Mengadakan kelas tambahan untuk pelajar Tingkatan Lima 8 Tan Kong Meng Tan Zu Qi (5B) Membenarkan pelajar menggunakan tangga sebelah koperasi semasa waktu balik. 9 Nor Khasmera Binti Kesot Mikhail Anaqi Tan Bin Mohd Daniel Kiat (5k) Segelintir pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah pada waktu balik sekolah menunggang motosikal secara laju apabila keluar dari pagar sekolah dan membahayakan rakan – rakan pelajar yang berjalan kaki. 10 Lau Hui Hoon Marcus Ng Jin Huai (1G) Trafik (waktu balik sekolah) 11 Koo Yan Hock Koo Zhi Yang (5B) Mempertingkatkan aktiviti kokurikulum Biarkan buku teks di dalam kelas atau pasang kabinet untuk menyimpan buku teks untuk mengurangkan berat. 12 Ng Siew Ping Jayden Chew En You (1G) Boleh sponser penghawa dingin 13 Soo Chong Kiat Soo Kang Zheng (4B) Mencadangkan kenaikan sumbangan PIBG sebanyak RM20 dari RM60 kepada RM80


32 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SMK ST ANDREW SESI 2023/2024 YDP : ______________________________________________________________ NAIB YDP : ______________________________________________________________ SETIAUSAHA : ______________________________________________________________ NAIB SETIAUSAHA : ______________________________________________________________ BENDAHARI : ______________________________________________________________ NAIB BENDAHARI : ______________________________________________________________ AJK IBU BAPA : 1. ____________________________________________________________ : 2. ____________________________________________________________ : 3. ____________________________________________________________ : 4. ____________________________________________________________ : 5. ____________________________________________________________ : 6. ____________________________________________________________ : 7. ____________________________________________________________ : 8. ____________________________________________________________ : 9. ____________________________________________________________ : 10. ___________________________________________________________ AJK GURU : 1. ____________________________________________________________ : 2. ____________________________________________________________ : 3. ____________________________________________________________ : 4. ____________________________________________________________ : 5. ____________________________________________________________ : 6. ____________________________________________________________ JURUAUDIT : 1. ____________________________________________________________ : 2. ____________________________________________________________


33


34 PN LEE YUN YEN Yang DIPERTUA PIBG Sesi 2022/2023 SMK St. Andrew, Muar PN WOO LEE FANG Pengetua SMK St. Andrew, Muar Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022 / 2023 SMK St. Andrew, Muar Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 SMK St. Andrew, Muar Semua Staf Akademik dan Sokongan SMK. St. Andrew, Muar Semua pihak dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 49


Click to View FlipBook Version