SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAINT ANDREW, MUAR
11, JALAN HASHIM 84007, MUAR JOHOR
Email : [email protected] | Tel : 06-9522467 | Fax : 06-9514899
MESYUARAT TARIKH:
AGUNG 19 JUN 2022
PIBG
HARI:
KALI KE - 48 , 2022 / 2023 AHAD
MASA:
9.00 PAGI
TEMPAT:
DEWAN TERBUKA
SMK ST ANDREW
AGENDA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48
SESI 2022/ 2023
9:00 Pagi : Pendaftaran Ibu bapa / Penjaga berdaftar dan berkumpul di dewan.
9:30 Pagi Tayangan video koperat di Dewan
: Bacaan Doa
Ucapan Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG Sesi 2020/2021: Encik Dominic Lim Kuan Wee
Ucapan Perasmian Pengetua SMK St Andrew: Puan Woo Lee Fang
Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK St Andrew Kali Ke – 47
Pembentangan Dan Pengesahan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2021/2022
Pembentangan Dan Pengesahan Laporan Kewangan Tahunan PIBG 2021/2022
Pembubaran AJK PIBG 2021/2022
Pemilihan AJK PIBG 2022/2022
Pelantikan 2 orang Pemeriksa Kira-kira
Membahas usul
Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021
Penyampaian Sijil Penghargaan AJK PIBG 2021/2022
Ucapan penangguhan YDP PIBG 2022/2023
Sesi Fotografi
Jamuan ringan
Hari Interaksi Akademik
1
SEUNTAI BICARA
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA – GURU
SMK ST ANDREW, MUAR
First of all, I wish to welcome all parent and teachers who are attending our 48th SAS Parents-
Teachers Association (PIBG) Annual General Meeting (AGM) this year.
Last year, we held our AGM via on-line google meet. When the country moves into Covid-19 endemic mode on May
1, 2022, we are now allowed to hold our AGM physically in the school compound. This relaxation marked a giant step
towards normalization of school activities as we believe face-to-face interaction among students, teachers and parents
is an essential part in achieving the mission and vision
of school and of our students’ and teachers’ aspirations.
Prior to our migration to endemic phase, and during the Recovery Movement Control Movement (RMCO) period, the
school and PIBG have not forgotten the welfare and well being of the students at large. Various activities were carried
out such as “Program Food Bank”, “Breakfast and Tip Top Diet on me for SPM candidates”, “Program Ziarah Cakna”,
“Majlis Anugerah Cemerlang SPM Cohort 2020”, “Program Vaccination”, etc. We have also sponsored deserving
students hand phones and data plan so that they could enjoy continuous learning and not left behind due to their
financial constraints.
Year 2022 is also a year SAS starts receiving the first batch of DLP (Dual Language Program) students which is to
use English to learn Science and Mathematics subjects. One class of 30 students are selected and teachers are
assigned to them to follow through from Form 1 to Form 5. Next year another new batch of DLP students will arrive
and rest assured that in SAS, all will be well taken care by the dedicated
teachers. We are confident that, the DLP program will slowly propel our school to greater heights in years to come.
We wish to inform that the school has a booming and healthy enrolment each year, and we have always adhere strictly
to the education philosophy - to nurture and educate our future generation. PIBG has objected strongly any plan of
privatization projects which may lead to the eventual total closure of the school. We are glad that the issue has been
put to rest, as PIBG has the full support from the land owner, His Excellency Bishop Bernard Paul, the Bishop of
Malacca Johore Diocese and the School’s Board of Governors (BOG).
Lastly I believe our children is under the good care and guidance by the school, led by our hardworking and meticulous
headmaster, Mdm Woo Lee Fang, who is assisted by her 3 able Penolong Kanan and Barisan Pengurusan Sekolah.
Let us parents, join hand in hand together with the school in realising our children future achievements.
Regards
Dominic Lim Kuan Wee
YDP PIBG
St Andrew School, Muar
2
SEKAPUR SIREH
PENGETUA SMK ST ANDREW, MUAR
Terima kasih dan syukur kerana dapat saya menulis di ruangan ‘Sekapur Sireh’ sempena
Mesyuarat Agung PIBG SMK Saint Andrew, Muar kali ke-48 Tahun 2022.
Selamat sejahtera ingin saya ucapkan kepada Yang Dipertua PIBG, Encik Dominic Lim dan
semua AJK PIBG 2021/2022, guru-guru serta ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi
kepada pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai program sekolah.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul amanah membantu
menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasa sekolah. Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting
terutama menyokong kemajuan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah murid-murid. Sesungguhnya PIBG
merupakan nadi kepada hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Keeratan dan keberkesanan hubungan
ini boleh memacu sekolah ke arah kecemerlangan daripada semua aspek pendidikan murid-murid.
Natijah daripada itu, wadah ini perlu diperkukuh demi meneruskan kelangsungan persefahaman antara kedua belah
pihak. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai ‘aur dengan tebing’ demi menjamin kejayaan agenda pendidikan.
Lantaran itu diharap PIBG SMK Saint Andrew terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi
sekolah, seterusnya mencipta kegemilangan SMK Saint Andrew, Muar.
Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan kokurikulum
sesungguhnya disokong dengan kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat mencambahkan
idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah
murid, bagi melahirkan insan kamil yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Gandingan PIBG
dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan yang positif dan faedah yang besar kepada masa depan
murid-murid. Semoga anak-anak SMK Saint Andrew akan bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang dalam
semua aspek dengan adanya kesepakatan antara pihak sekolah dan PIBG.
Akhir kata, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa PIBG dan semua pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Saint Andrew pada kali
ke-48 ini. Sesungguhnya segala bakti, sumbangan, perkongsian idea serta kerjasama bagi kecemerlangan anak
didik sekolah ini amatlah dihargai. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua guru yang telah
melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka. Tidak lupa juga kepada barisan AJK PIBG sesi 2021/2022 dan
ibu bapa yang komited untuk hadir bersama-sama dalam mesyuarat kali ini.
Sekian, terima kasih.
Tahniah dan selamat bermesyuarat.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(WOO LEE FANG)
Pengetua,
SMK Saint Andrew, Muar
3
AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA – GURU
SMK ST ANDREW
SESI 2021/2022
PENGETUA (PENASIHAT) : PN WOO LEE FANG
YDP : EN DOMINIC LIM KUAN WEE
NAIB YDP : EN PATHMANATHAN A/L RAMACHANDRAN
SETIAUSAHA : PN GAN HWE SAN
NAIB SETIAUSAHA : CIK TAN SOO HUN (PINDAH SEKOLAH PADA NOVEMBER 2021)
BENDAHARI : EN IVAN LIM YU MENG
NAIB BENDAHARI : EN WAN MUHAMMAD BIN WAN ABD SAMAD
AJK IBU BAPA : PN HO CHING CHOO
: PN ZALINA MAJID
AJK GURU : EN IVAN LIM YU MENG
: EN VEERANNAN A/L RAMEN
JURUAUDIT : EN TEY THONG HOE
: EN AZMI IBRAHIM
: PN CHRIS TOO LET TENG
: EN SOO CHONG KIAT
: EN CHONG YEAW KIONG
: EN SIA WEE PING
: CIK SOO SIOW TIENG
: PN CHIU SIEW PENG
: EN HAFEZ BIN ABD RAHMAN SIDEK
: PN MARIANA BINTI IBRAHIM
: PN UMI HARYANI BT MD YUNUS
: PN SITI SALLEHATON BT MD AMIN
: EN LEE KAIT KIEN
: EN TAN KEH KHEE
4
MINIT MESYUARAT AGONG TAHUNAN PIBG
SMK ST. ANDREW, MUAR, JOHOR
KALI KE 47 TAHUN 2021
Tarikh : 23 Mei 2021 (Ahad)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Lokasi masing-masing
Keadah plekasaan : Google Meet
Kehadiran : Rujuk lampiran (Kehadiran)
Agenda Mesyuarat
1.0 Ucapan Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG – Encik Dominic Lim Kuan Wee Sesi 2020/2021
1.1 Mengalu-alukan kedatangan Pengetua Baru, iaitu Pn Woo Lee Fang dari Johor Bahru, Penolong
Kanan Pentadbiran, En Gan Kee Hong, Penolong Kanan HEM, Encik Samsuri Yusoff, PK
kokurikulum Encik Zamri, semua AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa yang hadir.
1.2 Tahun ini merupakan kali pertama menjalankan Mesyuarat Agung PIBG ini secara atas talian.
1.3 Dengan penularan pandemik ini, YDP PIBG berharap ibu bapa dapat memberi sokongan dan
kerjasama kepada pihak sekolah untuk membantu anak-anak agar mereka lebih berjaya dalam
pembelajaran dan usaha untuk mencapai kecemerlangan.
1.4 PIBG telah membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk program
DLP (Dual Language Programme) pada tahun lepas. Untuk pengetuhuan semua, KPM telah
bersetuju secara lisan untuk memulakan satu kelas DLP pada bulan Januari Tahun 2022. YDP
berharap agar AJK yang baru ini dapat memberikan sokongan penuh agar dapat menjayakan
program ini nanti.
1.5 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa atas kepercayaan terhadap beliau untuk
mengetuai barisan AJK dan juga AJK PIBG atas sokongan moral sepanjang Tahun 2020,.
Walaupun Tahun 2020 kita menghadapi pandemik covid-19 dan kebanyakan masa kita berada di
rumah, namun masih terdapat beberapa program yang telah dapat dijalankan, seperti Program Tip
Top Diet On Me.
2.0 Ucapan Pengetua Smk St Andrew - Puan Woo Lee Fang
2.1 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua kerana telah memberi kerjasama dan
komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah dalam melaksanakan pelbgai program. Hanya
dengan kerjsama semua pihak secara berterusan, maka anak-anak didik SMK St Andrew dapat
terbina agar mereka menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.
2.2 Pengetua berkongsi maklumat tentang misi dan visi sekolah, dasar sekolah dan aktiviti yang telah
dijalankan oleh pihak sekolah. Beliau membuat analisis guru mengikut ras, iaitu terdapat 30
orang guru Melayu, 20 orang guru Cina, 1 orang India dan jumlah guru ialah 51 orang. Dari segi
gred pula, DG54 ada 1 orang, DG 52 adalah 8 orang, DG 48 adalah 19 orang, DG 44 adalah 18
orang dan DG 41 adalah 5 orang. Untuk enrolmen pelajar pula, jumlah pelajar yang ada ialah 658
5
orang yang terdiri daripada 62 orang pelajar Melayu, 574 orang pelajar Cina dan 22 orang pelajar
India.
2.3 Visi Sekolah: Pendidikan Berkualiti, Insan terdidik, negara sejahtera. Misi sekolah pula ialah
melestarikan sisitem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi
memenuhi aspirasi negara. Dengan lain kata, semua usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah
sama ada dari segi pentadbiran, hal ehwal murid atau kokurikulum, semuanya adalah untuk
kemenjadian murid yang cemerlang. Mascot untuk sekolah adalah kuda, di mana ia boleh
membawa maksud kuasa, kuat,berdikari, intelek dan sebagainya. Prinsip kerja bagi sekolah St
Andrew ialah S – Strength (kekuatan), T – Teamwork (kerja sepasukan), A – Attitude(sikap), N –
Navigate (panduan arah), D – Data driven (berasaskan data), R – Resilient (Daya tahan), E –
Efficiency (kecekapan), W – Wisdom (kebijaksanaan).
2.4 Program dan aktiviti yang telah dijalankan seperti:
2.4.1 Program Orientasi Ting 1 dan Peralihan pada bulan Januari yang dijalankan secara atas
talian.
2.4.2 Pengagihan buku teks SPBT secara Drive Through
2.4.3 Program Jom ke Sekolah, Program Tip Top Diet on Me bagi pelajar Tingkatan 5 SPM 2020.
Program Ziarah Cakna di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling juga bertujuan
menziarahi rumah dan membantu pelajar yang bermasalah seperti masalah kewangan,
mangsa banjir dan sebagainya.
2.4.4 Program Jom Membaca di bawah Unit Pusat Sumber Sekolah.
2.4.5 Penyerahan notebook kepada pelajar untuk digunakan dalam tempoh PdPr nanti.
Penyerahan duit raya kepada pelajar Islam, Program Anugerah Kehadiran Pelajar yang
Tertinggi, Edaran BAP Johor Berkebajikan, Program YPJ di bawah unit HEM
2.4.6 Majlis Watikah Pemimpin murid di bawah Jawatankuasa Perpustakaan juga telah
dijalankan.
2.5 Pengetua berterima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir ke sekolah sempena Gotong- royong
pembukaan sekolah pada 21 Mac 2021. Begitu juga dengan guru-guru yang telah mengorbankan
masa untuk menjaga SOP sekolah agar pelajar dapat hadir sekolah dalam keadaan yang sangat
selamat.
2.6 Pihak sekolah telah Berjaya menubuhkan telegram / whatapps group bagi ibu bapa dan penjaga
atas bantuan guru tingkatan. Ini adalah untuk menjadi sebagai platform untuk pihak sekolah
menyebarkan maklumat penting kepada ibu bapa. Pada masa yang sama, ibu bapa boleh
mengambil tahu tentang maklumat PdPr. Jika ibu bapa mempunyai kemusykilan terhadap pihak
sekolah, boleh maklumkan kepada pihak sekolah memalui platform ini.
2.7 Pengetua juga membentangkan laporan Pdpr yang telah dijalankan pada minggu lepas. Seramai
66.36% yang mengikuti Pdpr, 17.38% mengikut offline, namun 16.26% tidak mengikuti Pdpr.
Jadual Pdpr bermula pada pukul 7.30 pagi sama seperti jadual persekolahan bersemuka. Ini
adalah bertujuan untuk berlatih pelajar dengan berdisplin. Selain masa pdpr, masih ada waktu
tutorial untuk pelajar. Beliau berharap ibu bapa dapat mengambil berat tentang pelajar untuk
mengikut pdpr.
6
2.8 Sasaran sekolah untuk SPM pada tahun ini ialah GPS sekolah 4.47, peratus lulus ialah 85.00%
dan KPI cemerlang ialah 11 orang. Sekolah St Andrew pada tahun ini menjadi sekolah fokus
untuk PPD Muar. Pegawai yang membimbing ialah pegawai SISC+, iaitu Encik Zainal Fitri bin
Abd Kadir. Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemuafakatan Kurikulum Dearah Muar
ialah Bahasa Cina. Status login ID murid di portal Delima PPD Muar adalah 100%. Pengetua
ingin mengucapakan khas tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang telah meluangkan masa
untuk menghadiri Gotong Royong sempena Pembukaan Sekolah pada 21 Mac 2021. Sijil
penghargaan akan diberikan ibu bapa yang hadir pada program tersebut.
2.9 Akhir sekali, pengetua inigin mengucapkan terima kasih dan berharap kerjasama antara dua
pihak, iaitu ibu bapa dengan pihak sekolah dapat terjalin dengan erat dan sentiasa sepakat demi
kecemerlangan anak-anak murid. Beliau berharap SMK St Andrew dapat menjadi unggul dan
cemerlang dalam semua aspek dan seterusnya menghasilkan insan yang berilmu cemerlang dan
rakyat yang berjasa kepada bangsa dan negara.
3.0 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK St Andrew Kali Ke – 46
3.1 YDP PIBG membentangkan minit mesyuarat yang lalu tanpa sebarang pmbetulan.
3.2 Perbincangan semula tentang usul Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 46 tahun lepas:
3.2.1 Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) akan terus dikekalkan.
3.2.2 Hanya RM 13 bagi Majalah sekolah dan RM40 bagi sumbangan Tabung Pengurusan dan
Penyelenggaraan Kelas dipungut pada tahun lepas. RM30 untuk kutipan Program
Kecemerlangan pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 tidak dapat dikutip dan PIBG hanya
menanggung untuk Program Kecemerlangan SPM.
3.2.3 Penyediaan Coway Water Dispenser ditangguhkan kerana pandemik Covid -19. Usul ini
ditangguhkan sementara, Jika aktiviti kokurikulum dapat dijalankan seperti biasa nanti,
usul ini akan dibincang kemudian.
3.2.4 Waktu Pdpc terlalu panjang. Usul ini bukan menjadi masalah sedangkan pada masa ini
adalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekolah ditutup.
3.2.5 Aktiviti pada waktu petang juga tidak menjadi masalah sekarang. Disebabkan pandemik
Covid -19. Tiada aktiviti kokurikulum bersemuka dapat dijalankan.
3.2.6 Waktu rehat terlalu panjang. Untuk tahun ini, waktu rehat ini telah dijadikan semula 30
minit.
3.3 Encik Lee Kait Kien mencadangkan minit mesyuarat Agung PIBG yang lalu disahkan dan
disokong oleh Pn Ho Ching Choo.
4.0 Pembentangan Dan Pengesahan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2020/2021
4.1 YDP PIBG membentangkan laporan tahunan PIBG yang lalu tanpa sebarang pmbetulan.
4.2 YDP PIBG memberitahu bahawa Laporan Tahunan PIBG ini telah dikongsi dalam Telegram
group masing-masing.
7
4.3 Pn Jess Lee(Ibu bapa) bersoal tentang pada waktu PKP ini, amat memerlukan komunikasi dua
hala, iaitu antara ibu bapa dengan guru. Encik Gan Kee Hong sebagai Penolong Kanan
Pentadbiran menerangkan bahawa telegram / whapps group telah diwujudkan antara guru kelas
dengan ibu bapa. Beliau berharap agar ibu bapa dapat menyertai telegram group tersebut. Ini
adalah suatu tempat di mana ibu bapa dapat berkomunikasi dengan pihak sekolah.
4.4 Pn Ho Ching Choo mencadangkan laporan tahunan PIBG yang lalu disahkan dan disokong oleh
En Ivan Lim Yu Meng.
5.0 Pembentangan Dan Pengesahan Laporan Kewangan Tahunan PIBG Sesi 2020/2021
5.1 Encik Wan Muhammad membentangkan laporan kewangan PIBG yang lalu, iaitu14 Februari
2020 sehingga 31 Mac 2021 dengan baki yang tinggal dalam akaun semasa adalah sebanyak
RM80,740.00.
5.2 Bagi akaun tunai runcit, baki akaun ialah RM216.90 sektakat 31 Mac2021
5.3 RM15,000 masih ada dalam akaun simpanan tetap.
5.4 Encik Wan Muhammad memberitahu bahwa tiada pembayaran yang dilakukan antara tempoh
Bulan April hingga Julai Tahun 2020. Ini disebabkan masalah urusan dengan bank.
5.5 Encik Chong YK berpendapat bahawa insurans kebakaran, elaun guard dan pemasangan air
conditioner perlu dibayar oleh Lembaga Pengurus Sekoah (LPS), bukan ditanggung oleh PIBG
sekolah. PIBG sekolah sepatutnya menjaga kebajikan pelajar, bukan untuk menjaga hardware
sekolah. Encik Tey Thong Hoe juga bersetuju dengan insuran kebakaran untuk bangunan
sepatutnya ditanggung oleh LPS juga.
5.6 YDP PIBG menerangkan bahawa untuk elaun guard yang diberikan dan insuran yang dibayar
adalah untuk menjaga keselamatan. Guard ditugaskan untuk menjaga lalulintas di depan luar
jalan raya pada waktu pagi dan waktu balik sekolah. Jika berlaku sebarang kemalangan maka
boleh ditanggung oleh insuran. Bagi isu air conditioner pula, terdapat perselisihan faham dan
kurang komunikasi antara mantan pengetua dengan LPS. Maka PIBG membuat bayaran sebagai
sumbangan. Untuk makluman semua, mengikut rekod minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke -
41(tahun 2015), kutipan PIBG telah dinaikkan dari RM20 ke RM40 per keluarga, di mana RM10
adalah untuk tanggungan bayaran insuran api(fire insurance) bangunan sekolah SAS. Hal ini
akan dibawa ke mesyuarat LPS pada masa akan datang.
5.7 Encik Tey Thong Hoe bertanya lagi berkaitan dengan Katering ND Maju yang dicatatkan pada
bulan Februari 2020. Beliau ingin penjelasan tentang perkara ini dengan lebih teliti. Encik Wan
Muhammad memberitahu bahawa dia akan memberikan penjelasan yang lebih mendalam pada
mesyuarat yang akan datang selepas menyemak semula maklumat atau invois yang diterima.
5.8 Pn Lila telah mencadangkan laporan kewangan yang lalu diluluskan dengan disokong oleh Encik
Tey Thong Hoe.
8
6.0 Pelantikan Jawatankuasa Guru Dan Ibu Bapa Sesi 2021/2022
6.1 YDP PIBG mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 202/2021 dan Puan Pengetua, Pn Woo
Lee Fang telah dilantik sebagai pengerusi sementara untuk melantik AJK PIBG yang baru sesi
2021/2022.
6.2 Encik Tey Thong Hoe mencadangkan AJK PIBG sesi 2021/2022 dikekalkan dan disokong oleh
Pn Ho Ching Choo serta disokong sebulat suara.
6.3 Encik Tey Thong Hoe mencadangkan lagi Encik Chong Yeaw Keong(YK) sebagai tambahan
AJK PIBG. Encik Chong YK menerima sebagai AJK PIBG yang baru. Encik Chong YK
mencadangkan Encik Sia Wee Ping sebagai AJK tambahan PIBG. Sementara ini, Pn Jess Lee
juga menawarkan diri sebagai AJK PIBG.
6.4 Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa – Guru SMK St Andrew Sesi 2021/2022.
Pengetua(Penasihat) : Pn Woo Lee Fang
YDP : En Dominic Lim Kuan Wee
Naib YDP : En Pathmanathan A/L Ramachandran
Setiausaha : Pn Gan Hwe San
Naib Setiausaha : Cik Tan Soo Hun
Bendahari : En Ivan Lim Yu Meng
Naib Bendahari : En Wan Muhammad Bin Wan Abd Samad
AJK Ibu Bapa : Pn Ho Ching Choo
: Pn Zalina Majid
AJK Guru : Pn Chris Too Let Teng
: En Veerannan A/L Ramen
Juruaudit : En Soo Chong Kiat
: En Tey Thong Hoe
: En Azmi Ibrahim
: En Chong Yeaw Kiong
: En Sia Wee Ping
: Pn Jess Lee Yun Yen
: Cik Soo Siow Tieng
: Pn Chiu Siew Peng
: En Hafez Bin Abd Rahman Sidek
: Pn Mariana Binti Ibrahim
: Pn Umi Haryani Bt Md Yunus
: Pn Siti Sallehaton Bt Md Amin
: En Lee Kait Kien
: En Tan Keh Khee
9
6.5 YDP PIBG mengucapkan terima kasih atas kepercayaan terhadapnya dan berjanji akan
berusaha untuk meningkatkan nama sekolah dan kecemerlangan pelajar.
6.6 Kebenaran pengeluaran wang oleh pegawai-pegawai berikut bagi pihak PIBG:
6.6.1 YDP PIBG: En Dominic Lim Kuan Wee (KP: 740531-01-5791)
6.6.2 Bendahari: En Ivan Lim Yu Meng (KP: 750125-01-6197)
Pengerusi dan Bendahari sahaja dibenarkan mengeluarkan cek atau wang bagi pihak PIBG.
7.0 Pembentangan Usul – Usul Yang Telah Ditapis
7.1 Ada ibu bapa mencadangkan sekolah untuk memasang langsir di dalam bilik darjah. PIBG
mencadangkan usul ini disokong supaya pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa. Pn Ho
Ching Choo dan Encik Veeranan menyokong.
7.2 Encik Lim (Bapa) menyatakan bahawa waktu balik sekolah bagi pelajar Tingkatan 1 dan
Tingkatan 5 amat berbeza. Ini telah menyusahkannya semasa mengambil anak pada waktu balik.
YDP PIBG meminta pengetua memberikan penerangan yang seterusnya. Pengetua menerangkan
bahawa pihak sekolah adalah mengikut penjajaran kurikulum yang telah ditetapkan oleh KPM.
Maka, penjajaran masa untuk PdPc bagi menengah atas adalah lebih panjang daripada menengah
rendah. Ini menyebabkan mereka perlu balik mengikut waktu yang berbeza. Satu lagi sebab ialah
perlu menjaga SOP pada waktu sekarang. Pihak sekolah tidak boleh melepaskan pelajar pada
masa yang sama. Ini memang selalu ditekankan dan dipantau oleh PPD. Maka pelajar perlu balik
secara berperingkat. Pengetua berharap agar ibu bapa boleh faham dan jelas tentang dasar ini.
YDP juga mencadangkan pelajr boleh tunggu di kantin dengan kerusi yang disediakan. Encik
Chong YK juga menyokong dan faham akan keadaan situasi ini. Maka usul ini tidak
dilaksanakan.
7.3 Encik Paneer Selvam memohon agar sekolah dapat bertindak secara tegas pada murid. YDP
PIBG berpendapat bahawa bertindak tegas mungkin membawa maksud dalam bidang displin dan
kerja rumah. Pengetua mengatakan bahawa pihak sekolah memang tegas terhadap pelajar. Guru-
guru disiplin, Cikgu Hafez dan Cikgu Tan Keh Khee memang menjalankan tugas dengan baik.
Jika terdapat isu-isu berkaitan dengan pelajar, pihak sekolah akan bertindak dengan segera. Tahap
disiplin di sekolah juga bertambah baik oleh kerana dedikasi dan komitmen daripada guru-guru.
Pengetua berharap para ibu bapa perlu yakin pada pihak sekolah. Encik Chong YK menyatakan
bahawa Sekolah St Andrew memang terkenal dengan disiplin. Dia berharap disiplin dapat
dikekalkan, namun dendaan mesti setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan tidak
keterlaluan. YDP PIBG juga bersetuju dengan ini. Beliau berharap ketegasan dapat dikekalkan di
bawah pimpinan pengetua dan juga menekakan komunikasi dua hala antara ibu bapa dengan guru
agar kebajikan pelajar dan guru dapat dijaga.
7.4 Encik Tiong Ka Lin dan Puan Low Lin Tyng mencadangkan untuk mengurangkan kerja rumah
sekolah supaya pelajar ada masa untuk mengulangkaji. Pada masa yang sama, mencadangkan
masa mula belajar dilewatkan sedikit agar pelajar tidak letih sangat. PK Pentadbir, Encik Gan
Kee Hong menerangkan bahawa waktu PdPr ini memang disusun mengikut masa penjajaran yang
ditetapkan oleh KPM. Jika masa bermula dengan lewat, maka waktu tamat juga akan dilewatkan
10
sehingga jam 3.00 petang nanti. Terdapat masa tutorial lagi yang diberikan antara jadual di mana
waktu ini adalah untuk pelajar menyiapkan kerja rumah secara offline. Encik Gan Kee Hong
percaya bahawa guru yang memberikan kerja rumah adalah mengikut kebolehan pelajar masing-
masing. YDP PIBG juga menyatakan bahawa pelajar perlu ada disiplin kendiri untuk mengikut
kelas PdPr. Pengetua juga menekankan terdapat perbincangan latihan dengan pelajar pada kelas
yang setersunya.
7.5 Pn Norazlina bt Mustafa mencadangkan agar penambahbaikan pada sekolah dan sentiasa
menjaga SOP.
Pengetua menerangkan bahawa penjagaan SOP di sekolah memang dijaga dengan baik. Sebelum
persekolahan bermula, terdapat gotong royong dijalankan di semua kawasan sekolah, termasuk
pejabat sekolah. Semua warga sekolah terlibat dalam penjagaan SOP sekolah pada waktu pagi,
waktu rehat dan waktu balik. Selepas pelajar balik, pekerja akan mensanitasi kelas-kelas dan
tempat yang melibatkan dengan pelajar. Kaunselor sekolah juga membuat poster dalam pelbagai
bahasa agar ibu bapa faham SOP yang ada dalam sekolah. Semua warga sekolah sentiasa
memakai pelitup muka “mask” di kawasan sekolah. Pelajar yang tiada pakai “mask” akan ditegur
oleh guru.
7.6 Pelajar warganegara asing dikenakan bayaran tambahan RM33.50. Encik Gan Kee Hong
menyatakan bahawa bayaran ini memang ditetapkan oleh jabatan. Bayaran ini akan hantar ke
jabatan nanti. Maka, usul ini disokong sebulat suara.
7.7 Sumbangan Tahunan PIBG adalah RM60 per keluarga. YDP PIBG berpendapat bahawa
sumbangan tahunan PIBG memang rendah berbanding dengan sekolah lain. Encik Chong YK
mencadangkan sumbangan PIBG dikekalkan dan ini disokong sebulat suara oleh semua.
7.8 Bayaran sebanyak RM15.00 per keluarga untuk majalah sekolah. YDP PIBG memberitahu
bahawa majalah sekolah dinaikkan harga dari RM13 ke RM15 per keluarga disebabkan oleh kos
cetak dan hantar. Encik Veerannan menerima usul ini tersebut dan diterima sebulat suara.
7.9 Sumbangan Pengurusan dan Penyelenggaraan Kelas dipungut bagi pihak Lembaga Pengurus
Sekolah (LPS) adalah RM40 per pelajar. YDP PIBG menerangkan bahawa pungutan RM 40 per
pelajar ini akan diserah kepada LPS. LPS akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan
yang ada di sekolah nanti.
11
8.0 Hal –hal lain
8.1 Ada ibu bapa bertanya tentang slip keputusan PK1 masih belum terima daripada pihak sekolah.
Encik Gan Kee Hong menerangkan bahawa slip keputusan sudah ada, cuma belum sempat
mengedarkan kepada pelajar sebelum cuti. Maka pihak sekolah akan memikirkan suatu cara yang
baik untuk mengedarkan kepada pelajar nanti.
8.2 Encik Veerannan bertanya tenntang pengedaran majalah sekolah Tahun 2020 kepada pelajar
sudah dilakukan atau belum. YDP PIBG juga menyatakan terdapat rugutan ibu bapa yang belum
terima majalah sekolah tahun lepas. Encik Zamri memberitahu bahawa pengedaran majalah
sekolah telah dilakukan. Cikgu Siti Sallehaton menyatakan bahawa hanya pelajar Tingkatan 5
kahort 2020 belum sempat edarkan lagi. Namum, pihak sekolah akan bertindak susulan nanti
tentang kelas-kelas yang belum dapat majalah sekolah.
8.3 Pn Lila berpendapat bahawa penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran Bahasa Inggeris agar
pelajar dapat menguasai bahasa dengan baik. YDP PIBG juga bersetuju dengan ini. Beliau
berharap program DLP yang akan diadakan pada tahun depan juga boleh mengukuhkan
penggunaan Bahasa Inggeris.
9.0 Ucapan Penangguhan YDP PIBG Sesi 2021/2022
9.1 YDP PIBG, En Dominic Lim mengucapkan terima kasih kepada hadirin dan berharap semua AJK
boleh berganding bahu untuk memajukan sekolah untuk kebaikan pelajar-pelajar. Beliau juga
berharap dapat mengadakan mesyuarat kali pertama sesi 2021/2022 secara bersemuka nanti.
9.2 Pengetua juga berterima kasih atas kehadiran semua ibu bapa dalam menjayakan mesyuarat
Agung PIBG secara atas talian. Beliau berharap ibu bapa dapat menyertai mesyuarat bersama dan
maklum balas ibu bapa penting dalam pengurusan sekolah.
9.3 Encik Gan Kee Hong mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa atas pemberian
pandangan yang bernas, baik dan munasabah kepada pihak sekolah. Beliau berharap agar dapat
menjaga prestasi sekolah nanti.
9.4 Encik Samsuri mengucapkan terima kasih atas sokongan daripada semua ibu bapa. Beliau
mengingatkan bahawa prestasi kehadiran sekolah perlu dipertahankan.
9.5 Encik Zamri menggalakkan ibu bapa dan pelajar menyertai telegram group . Ini adalah kerana
aktiviti kokurikulum akan dijalankan secara atas talian. Ibu bapa boleh mengetahui maklumat
tersebut melalui telegram nanti.
12
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 ditangguhkan pada jam 4.30 petang.
Kehadiran Ibu bapa dan Guru pada Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47
Ibu dan bapa 49
Guru 48
Jumlah 97
13
LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU
SMK ST ANDREW SESI 2021/2022
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa telah diadakan sebanyak tiga kali, iaitu,
1. 29 Ogos 2021
2. 5 Disember 2021
3. 17 April 2022
Kehadiran ahli jawatankuasa seperti berikut: JAWATAN 12 3
BIL NAMA EX – OFFICEO // /
1 PN WOO LEE FANG
2 EN DOMINIC LIM KUAN WEE YANG DIPERTUA // /
3 EN PATHMANATHAN A/L
NAIB YANG DIPERTUA / / /
RAMACHANDRAN
4 PN GAN HWE SAN SETIAUSAHA // /
5 CIK TAN SOO HUN NAIB SETIAUSAHA
6 EN IVAN LIM YU MENG BENDAHARI / Pindah sekolah
7 EN WAN MUHAMMAD BIN WAN ABD NAIB BENDAHARI
// /
SAMAD
8 PN HO CHING CHOO THS / /
9 PN ZALINA MAJID
10 PN CHRIS TOO LET TENG AJK IBU BAPA / THS THS
11 EN VEERANNAN A/L RAMEN AJK IBU BAPA / / THS
12 EN TEY THONG HOE AJK IBU BAPA THS THS /
13 EN AZMI IBRAHIM AJK IBU BAPA THS THS THS
14 EN SOO CHONG KIAT AJK IBU BAPA THS THS THS
15 EN CHONG YEAW KIONG AJK IBU BAPA / THS THS
16 EN SIA WEE PING AJK IBU BAPA // /
17 PN JESS LEE YUN YEN AJK IBU BAPA // /
18 CIK SOO SIOW TIENG AJK IBU BAPA // /
19 PN CHIU SIEW PENG AJK IBU BAPA // /
20 EN HAFEZ BIN ABD RAHMAN SIDEK AJK GURU // /
21 PN MARIANA BINTI IBRAHIM AJK GURU // /
22 PN UMI HARYANI BT MD YUNUS AJK GURU / THS THS
23 PN SITI SALLEHATON BT MD AMIN AJK GURU // /
24 EN LEE KAIT KIEN AJK GURU // /
25 EN TAN KEH KHEE AJK GURU // /
JURUAUDIT THS THS THS
JURUAUDIT // /
*THS : Tidak Hadir dengan Sebab
14
LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU
SMK ST ANDREW
SESI 2021/2022
Persatuan Ibu Bapa – Guru Bersama-sama pihak sekolah telah menjalankan beberapa aktiviti dan program bagi
memastikan kebajikan dan kemajuan para pelajarnya. PIBG juga bersama-sama menyumbang kepada pihak
sekolah dalam aktiviti mereka.
Aktiviti-aktiviti sepanjang sesi 2021/2022 29 Ogos 2021
5 Disember 2021
Mengadakan perbincangan dan mesyuarat yang dijalankan: 17 April 2022
19 Jun 2022
1. Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama
2. Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua
3. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketiga
4. Mesyurat Agung PIBG Kali Ke – 48
PIBG juga telah banyak bekerjasama dengan pihak sekolah dan memberikan sumbangan dalam beberapa aktiviti
yang dianjurkan. Antaranya ialah:
1. Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah Sepanjang Tahun 2021 / 2022
2. Sumbangan untuk program Larian Maya
3. Sumbangan untuk Bantuan Data PDPR B40
4. Sumbangan untuk Tabung SAS Prihatin
5. Sumbangan untuk SAS Food Bank
6. Sumbangan untuk Majlis Anugerah Cemerlang SPM Kohort 2020 dan PT 3 Kohort 2019
7. Sumbangan untuk Gaji Guru Ganti selama 6 bulan
8. Sumbangan untuk pembelian smartphone untuk membantu kelas online
9. Sumbangan untuk pembelian mobile data bagi murid online class
10. Sumbangan untuk Kem Kepimpinan Pengawas Tahun 2021 (secara online)
11. Program Vaksinasi
12. Sumbangan untuk Teknik Menjawab SPM 2021 Peringkat Kebangsaan secara online
13. Sumbangan untuk Pemberian Insentif Galakan Untuk Calon Spm 2021
14. Sumbangan untuk Tabung Hari Guru sempena Perayaan Hari Guru Tahun 2022
15. Program Breakfast Diet On Me SPM Kahort 2021
16. Sumbangan untuk pembelian Covid 19 test kits untuk Calon SPM 2021
Disediakan oleh , Disemak oleh,
_________________ _________________________
(GAN HWE SAN) (DOMINIC LIM KUAN WEE)
SETIAUSAHA PIBG SMK ST ANDREW YDP PIBG SMK ST ANDREW
SESI 2021/2022 SESI 2021/2022
15
LAMPIRAN
SAS Food Bank
Tarikh 2 September 2021
Lokasi SMK ST ANDREW
16
Majlis Anugerah Cemerlang SPM Kohort 2020 dan PT 3 Kohort 2019
Tarikh 12 September 2021
Lokasi Rumah masing- masing / secara atas talian
17
Tarikh Program Vaksinasi
Lokasi 23/9/21, 14/10/21 (T4&5) 2/10/21, 24/10/21 (Ting 1-3)
SMK TUN PERAK
18
Penyerahan Bantuan Peranti PIBG SS kepada 7 murid yang memerlukan dalam kelas PdPR.
Tarikh 23 September 2021
Lokasi SMK ST ANDREW
19
Tarikh Kem Kepimpinan Pengawas Tahun 2021 (secara online)
Lokasi
27 NOVEMBER 2021
Rumah masing- masing / secara atas talian
20
Teknik Menjawab SPM 2021 Peringkat Kebangsaan secara online
Tarikh 10-13 Januari 2022
Lokasi SMK ST ANDREW
21
Tarikh Pemberian Insentif Galakan Untuk Calon Spm 2021
Lokasi 25 Januari 2022
SMK ST ANDREW
22
Tarikh Breakfast Diet On Me SPM Kahort 2021
Lokasi 2 – 28 MAC 22
SMK ST ANDREW
23
Tarikh Breakfast Diet On Me SPM Kahort 2021
Lokasi 2 – 28 MAC 22
SMK ST ANDREW
24
Tarikh Breakfast Diet On Me SPM Kahort 2021
Lokasi 2 – 28 MAC 22
SMK ST ANDREW
25
MEMBAHAS USUL
Bil Nama Ibu bapa Nama anak(Ting) Usul- usul yang telah ditapis
1 Puan Tee Bee Hoon Lim Kee Hing (2B) Membaiki kipas yang “slow” di kelas 2B.
2 Encik Hing Chin Lai Hing Wei Xiang (1K) Kipas tak ada angin di 1K
3 Puan Yeo Yee Kiang Jayvis Chua Zhen Yu Keterangan tiang lampu yang terletak di pinta utama
(2B) sekolah adalah kurang memuaskan pada waktu pagi
atau malam. Pihak sekolah boleh mmbuat permohonan
kepada TNB untuk mendapatkan lampu LED demi
4 Encik Wan Muhamaad Wan Muhammad keselamatan murid-murid mahupun guru.
Yusri bin Wan Akid Yusuff Bin Wan Cara menangani kesesakan jalan ke sekolah
Muhamad Yusri (1H)
Muhammad Nor
5 Puan Tan Swee Feng Jayden Eng Wei Ketahui tentang akademik anak
Yuan (PB)
6 Encik M Rajandran Jitthis Ghogul A/L Kelas Bahasa Tamil untuk Tingkatan 1
Rajandran (PB)
7 Puan Tan Siow Hwee: Carl Chong Buo Wen Buku sekolah yang dipinjam dari pihak sekolah, terdapat
(PB) dua buku Bahasa Melayu yang rosak, dirujukkan kepada
pihak sekolah tetapi tidak dapat ditukarkan. Harap
masalah ini akan diselesaikan pada masa yang akan
datang
8 Puan Hoo Kin Yan Tan Yee Hen (4B) Meningkatkan taraf kemudahan sekolah
9 Encik Goh Chun Kiat Goh Jin Hao (1G) Menambah baik kemudahan tandas
26
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA – GURU
SMK ST ANDREW
SESI 2022/2023
YDP : ______________________________________________________________
NAIB YDP : ______________________________________________________________
SETIAUSAHA : ______________________________________________________________
NAIB SETIAUSAHA : ______________________________________________________________
BENDAHARI : ______________________________________________________________
NAIB BENDAHARI : ______________________________________________________________
AJK IBU BAPA : 1. ____________________________________________________________
AJK GURU : 2. ____________________________________________________________
: 3. _____________________________________________________________
: 4. ____________________________________________________________
: 5. ____________________________________________________________
: 6. ____________________________________________________________
: 7. ____________________________________________________________
: 8. ____________________________________________________________
: 9. ____________________________________________________________
: 10. ____________________________________________________________
: 1. ____________________________________________________________
: 2. ____________________________________________________________
: 3. ____________________________________________________________
: 4. ____________________________________________________________
: 5. ____________________________________________________________
: 6. ____________________________________________________________
JURUAUDIT : 1. ____________________________________________________________
: 2. ____________________________________________________________
27
ENCIM DOMINIC LIM KUAN WEE
Yang DIPERTUA PIBG Sesi 2021/2022
SMK St. Andrew, Muar
PN WOO LEE FANG
Pengetua
SMK St. Andrew, Muar
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG
Sesi 2021 / 2022
SMK St. Andrew, Muar
Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
SMK St. Andrew, Muar
Semua Staf Akademik dan Sokongan
SMK. St. Andrew, Muar
Semua pihak dan orang perseorangan yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
28